PEPERIKSAAN II TAHUN AKADEMIK 2014 TAHAP II MEI 2014
MASA : 2 JAM 30 MINIT
KOD SUBJEK
:
1032/2
TAJUK SUBJEK
:
BAHASA MELAYU
ARAHAN
:
1.
Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2.
Jawab semua soalan.
3.
Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4.
Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahandaripada pengawas peperiksaan.
5.
Sila baca soalan dengan teliti sebelum menjawab.
6.
Jumlah markah keseluruhan kertas ini adalah 110 markah.
7.
Kertas soalan ini TIDAK dibenarkan untuk dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan.
Nama: Kelas : Nombor Matrik: ____________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.
Soalan 1: Rumusan [ 30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan. Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan oleh manusia. Hal ini demikian disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun yang dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan memusnahkan sistesis protein dalam tubuh badan manusia. Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana cendawan mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semula hutan. Perusahaan cendawan yang berkembang pesat, seperti cendawan tumbuh selepas hujan, sebaik-baiknya hendaklah seiring dengan kesedaran tentang manfaat pemakanan cendawan.Walau bagaimanapun, penggemar cendawan dinasihati supaya mempunyai pengetahuan untuk mengenali jenis-jenis cendawan liar yang selamat dimakan supaya tidak termakan cendawan yang beracun yang boleh memudaratkan kesihatan. Begitu juga, individu yang hendak mengambil makanan tambahan yang berasaskan cendawan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’ Oleh Wardah Abdul Rahman, Dewan Kosmik, April 2011.
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah ] 2
Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)
Berikan maksud elemen utama. [2 markah]
(ii)
Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
(iii)
Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut? [4 markah]
Soalan 2(b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. "Semua askar Punjabi mati. Kubu Kuala Pak Amat jatuh. Juga di Dasar dan Sabak. Jepun berada di mana-mana." Suara Pak Husain sangat lemah. Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah. Darahnya sudah dicuci. Tetapi semangat Pak Husain sudah hilang. Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak melihatnya. Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami. Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab datam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkatan kalau tenteratentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya. Alangkah! Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar, di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat. Pak Husain telah menyelamatkan kami! (Dipetik daripada 'Pahlawan Buntung' oleh S.Othman Kelantan daLam antologi Dirgahayu "Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)
Apakah kesan yang dialami oleh Pak Husain setelah dia dipaksa menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati? [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membalas jasa 3
pejuang kemerdekaan negara seperti Pak Husain? [3 markah] (iii)
Huraikan satu nilai murni berdasarkan petikan cerpen di atas dan satu nilai murni lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah] Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.
Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang. Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.” Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.” Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.” (Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah]
(ii)
Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah yang perlu lakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya peperangan? [3 markah]
Soalan 2(d) - Seloka 4
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SELOKA EMAK SI RANDANG Baik budi emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. Md. Ali Bachik (Penyelenggara) Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003 ILADAM
(i)
Apa yang dimaksudkan dengan baris-baris seloka di atas. [2 markah]
(ii)
(iii)
Sekiranya anda merupakan jiran kepada Emak Si Randang bagaimanakah anda dapat membantunya? [3 markah] Huraikan pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas. [3 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a)
Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
seniman budiman hartawan karyawan peragawati olahragawati [ 6 markah ] 5
(b)
Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi)
Saya mendeklamasikan sebuah sajak sempena pelancaran Program Nilam. Ibu bapa mestilah sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka. Kami telah mengusir kambing yang berkeliaran di tepi jalan itu. Dia sering melalui jalan ini untuk ke masjid. Awak perlu menyiapkan kerja sekolah tepat pada waktunya. Mereka tetap menghadiri kelas tambahan meskipun hari hujan. [ 6 markah ]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)
Para ilmuan sedang berbincang tentang cara-cara untuk meningkatkan hasil negara dalam bidang komersil.
(ii)
Setiap pelajar mempunyai tahap kecerdikan yang berbeza dan perlukan masa untuk mempelajari sesuatu perkara yang di pelajari di sekolah.
(ii)
Semua pegawai pendidikan yang telah berkhidmat untuk jangka masa yang tertentu akan dinaikan pangkat secara otomatik. [6 markah] Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
(d)
(i)
Ustaz Ramli telah diberikan tugas untuk mengurus para peserta-peserta yang akan
(ii)
Profesor Mohd Kamal memaklumkan bahawa soal selidik yang akan dibentangkan
(iii)
Pak Sako sering menceritakan tentang pengalamannya yang menggores hati, iaitu memasuki pertandingan nasyid peringkat daerah Kuala Krai. dalam seminar itu telah beliau siapkan. kekejaman tentera Jepun sewaktu menjajah negara kita. [6 markah]
(e)
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut (i)
Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang.
(ii)
Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda. tetapi cuba membaikinya sehingga benda itu menjadi rosak.
(iii)
Jangan sengaja mencari kesusahan [6 markah] 6
Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i)
Papa… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof
(ii)
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(a)
Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang menggambarkan persoalan pengorbanan dalam kehidupan. [7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam novel-novel tersebut. [8 markah]
7