PENGHAYATAN ISLAM SAUDARA BARU ORANG ASLI KG. SG. BERUA TERENGGANU Oleh Razaleigh Muhamat @ Kawangit
1. Pengenalan Kertas kerja ini membincangkan penghayatan Saudara Baru masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua terhadap nilai-nilai Islam serta masalah dan cabaran yang mereka hadapi selepas memeluk Islam khususnya dalam aspek ibadat. Analisis ini dibuat berdasarkan kepada soal selidik yang diedarkan kepada 28 responden Orang Asli dan temu bual bersama Penggerak Masyarakat Orang Asli Terengganu serta pegawai Daerah Hulu Terengganu. Kesemua data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statisic Package for Sosial Science (SPSS) versi 16.0.
2. Latar Belakang Kampung Orang Asli Sungai Berua
dan Sejarah
Pengislamannya
Kampung Sungai Berua membabitkan satu kawasaan tanah seluas 84 hektar. Perkampungan Orang Asli ini terletak di pendalaman daerah Hulu Terengganu dan berhampiran dengan Tasik Kenyir. Jarak perkampungan ini dengan pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu lebih kurang 13 kilometer sahaja. Ia boleh dihubungi melalui jalan darat Kuala Berang-Tapah. Dari Tapah ke perkampungan ini terdapat dua laluan pilihan iaitu melalui jalan balak yang berbukit dan Tapah melalui jalan Felcra Bukit Kapah. Perkampungan ini mula dibuka pada November 1977. Ia merupakan perkampungan baru bagi Orang Asli di daerah ini. Kawasan perkampungan lama mereka adalah terletak dalam kawasan Empangan Kenyir sekarang. Dengan penempatan ini, mereka tidak lagi mengamalkan cara hidup berpindah randah sebagaimana sebelumnya. Tambahan pula sumber pencarian mereka yang banyak bergantung kepada hasil-hasil hutan, telah banyak ditenggelami air. Pergerakan mereka di hutan belantara, mulai terhad akibat daripada pembinaan Empangan Kenyir (Omar 2003 : 1).
Kepimpinan di kampung ini diketuai oleh Batin. Perlantikan Batin dibuat secara pilihan ramai oleh penduduk kampung dan disahkan oleh kerajaan. Kerajaan mengiktiraf kedudukan Batin setaraf dengan ketua-ketua kampung masyarakat Melayu. Dari sudut ekonomi pula, dalam usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk membantu membawa pembangunan ekonomi kepada Orang Asli di kampung ini, tumpuan diberikan di bawah aktiviti projek kecil dan bumi hijau. Bantuan-bantuan terus diberikan seperti membekalkan alatan pertanian, bekalan benih-benih, baja, racun rumpai dan lain-lain. Bantuan ini diberikan dari masa ke semasa berasaskan prioriti dan agihan peruntukan. Antara projek yang dijalankan ialah kelapa sawit yang diuruskan oleh FELCRA, dan projek ternakan ikan di Tasik Kenyir yang diuruskan oleh JHEOA dan Jabatan Perikanan. Walaupun telah terdapat beberapa projek yang dilaksanakan tersebut, namun bagi menyara hidup, mereka masih gigih mencari hasil-hasil hutan seperi rotan manar, rotan sega, kayu candan, kayu mancis dan akar kayu (Abdullah 1994. 6).
Pada umumnya, sebelum mereka menganut Islam, mereka mempercayai bahawa wujudnya pencipta alam ini yang disebut sebagai ‘tuhan’, namun begitu konsep tentang kewujudan dan kekuasaan ‘tuhan’ itu masih lagi kabur dan tidak jelas. Manakala ciri kepercayaan mereka yang lebih ketara ialah terhadap kewujudan ‘makhluk-makhluk halus’ seperti hantu, syaitan dan penunggu. Kesemua makhluk ini dipercayai boleh mendatangkan bencana dan berbagai jenis penyakit kepada mereka. Oleh itu, mereka mempercayai ‘tangkal azimat’ mampu mendinding mereka dari penyakit khususnya bagi kanak-kanak, selain dari itu mereka juga sering mengaitkan mimpi-mimpi ngeri dengan kesusahan atau kemalangan yang akan menimpa mereka (Abdullah 1994 :7).
Sebelum kemasukan beramai-ramai masyarakat Orang Asli Sungai Berua ke dalam agama Islam, telah banyak program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang menjadi pemangkin perubahan sikap mereka yang positif kepada Islam. Dalam hal ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya
dalam bidang dakwah, telah berusaha untuk mendekati masyarakat Orang Asli dan berjinak dengan mereka. Jabatan ini memikirkan bahawa langkah awal dakwah yang perlu dilaksanakan ialah dengan menempatkan seorang pendakwah khas untuk menjalankan usaha dakwah ‘bil hal’ di kalangan masyarakat Orang Asli. Cara ini difikirkan lebih berhikmah dan lebih berkesan daripada cara yang lain. Oleh yang demikian, pada tahun 1991, JHEAT bersetuju melantik ustaz Lokman bin Sulaiman sebagai mubaligh dan ditugaskan khusus untuk mengadakan lawatan dakwah secara berterusan di perkampungan Orang Asli ini. Beliau telah dibayar elaun bulanan sebanyak RM250 sebulan. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 1991 (Omar 2009:2). Di samping aktiviti yang dilakukan oleh mubaligh ini, terdapat juga aktiviti yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan negeri yang lain termasuk juga program yang dilaksanakan oleh Pusat Islam Malaysia (sekarang lebih dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-JAKIM). Walaupun banyak pihak telah mengadakan pelbagai program di perkampungan Orang Asli ini, namun minat mereka kepada agama Islam tidak begitu kelihatan. Dengan kata ringkas, kesemua program yang diatur belum berjaya menarik mereka kepada Islam sepenuhnya.
Namun, semuanya telah berubah apabila satu sejarah telah terlakar di perkampungan Orang Asli ini pada tanggal 28 Ogos 1994 dengan pengislaman secara beramai-ramai masyarakat Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu. Majlis pengislaman ini berlangsung bersempena dengan majlis penutupan Projek Keluarga Angkat anjuran bersama UKM, BAHEIS, JHEOA, dan kerajaan negeri Terengganu (Omar 2003 : 2). Sebelum projek keluarga angkat ini dilaksanakan banyak pihak menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli selalu menolak apabila mereka diseru untuk menerima agama Islam. Rata-rata masyarakat Melayu beranggapan bahawa masyarakat Orang Asli meskipun mudah didekati melalui perhubungan sosial dan ekonomi, namun mereka belum menampakkan minat terhadap agama Islam. Bagaimanapun semasa Projek Keluarga Angkat ini dilaksanakan di Kampung Sungai Berua, ternyata pandangan-pandangan tersebut meleset dan didapati sikap Orang Asli terhadap Islam telah berubah. Detik-detik awal sejarah pengislaman masyarakat Orang Asli ini bermula apabila satu usaha dakwah cuba dilakukan dalam bentuk Projek Keluarga Angkat di perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu pada 22-28 Ogos 1994. Projek Keluarga Angkat ini berjalan lancar hasil kerjasama yang
diberikan oleh pelbagai pihak yang terlibat. Contohnya, kerajaan negeri menyediakan berbagai kemudahan menerusi penglibatan agensi-agensi pentingnya seperti Pejabat Daerah Hulu Terengganu, JHEAT, dan Pejabat Kadi Daerah Hulu Terengganu. Lainlain agensi dan badan yang turut terlibat sama ialah jabatan-jabatan seperti Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian, jabatan Perikanan, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, KEMAS, FELCRA, dan JKK Kampung Tapah. Masyarakat yang hidup berjiran dengan kampung Orang Asli tersebut telah menunjukkan sokongan yang padu terhadap usaha murni ini (Abdullah 2009 : 88).
Antara tujuan utama projek ini diadakan adalah bagi melatih mahasiswa dan mahasiswi dengan latihan amali dakwah kepada masyarakat non-Muslim khususnya kepada Orang Asli. Sungguhpun program ini bermotifkan dakwah, tetapi perkataan ‘dakwah’ sengaja tidak ditonjolkan bagi mengelak daripada timbulnya unsur-unsur penolakan di kalangan masyarakat Orang Asli. Mengikut pandangan umum, ramai menyatakan bahawa masyarakat Orang Asli Sungai Berua ini kurang gemar dengan imej dakwah dan besar kemungkinan mereka akan bersikap negatif terhadap apa-apa program yang menonjolkan imej tersebut. Oleh yang demikian, istilah ‘Keluarga Angkat’ difikirkan lebih sesuai dan layak digunakan untuk projek ini, lagipun sebelum ini Orang Asli Sungai Berua pernah didedahkan dengan program yang lebih kurang serupa yang dianjurkan oleh KUSZA. Peserta-peserta projek ini terdiri daripada 31 orang mahasiswa dan 19 orang mahasiswi termasuk 2 orang siswazah lanjutan. Acara penyerahan anak angkat dilakukan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, YM. Ku Abdul Azzah bin Syed Alwi dalam majlis perasmian yang diadakan pada pagi 23 Ogos 1994. Pada umumnya setiap keluarga Orang Asli mendapat seorang mahasiswa dan seorang mahasiswi sebagai anak angkat mereka. Serentak dengan penyerahan anak angkat ini, disampaikan juga ‘buah tangan’ kepada keluarga terbabit sebagai tanda penghargaan. Orang Asli tidak keberatan untuk menerima program ini kerana anak angkat tidak ditempatkan di rumah mereka. Mahasiswi tinggal di tingkat atas Dewan Serbaguna dan mahasiswa bermalam di dua buah rumah lama yang pernah digunakan oleh pegawai, pembantu luar dan guru JHEOA. Manakala pensyarah menginap di rumah Penggerak Masyarakat. Berhubung dengan makan minum peserta, Orang Asli tidak perlu bersusah payah menyediakannya, kerana ia diurus oleh pelajarpelajar sendiri (Abdullah 2009 : 88-89).
3. Penganalisaan Data
Penganalisaan data ini dilakukan melalui hasil borang soal selidik yang dikembalikan oleh Responden. Pengedaran soal selidik ini dilakukan secara rawak iaitu dari rumah ke rumah di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Berua, Kuala Berang, Terengganu. Soal selidik ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A berkaitan latar belakang responden, bahagian B berkaitan dengan kefahaman terhadap konsep Islam, bahagian C cabaran dan masalah selepas responden memeluk Islam dan bahagian D berkenaan dengan bimbingan daripada pihak lain selepas mereka memeluk Islam. Responden telah memberi jawapan berdasarkan soalan yang dinyatakan di dalam borang soal selidik. Pemprosesan soal selidik adalah bertujuan untuk menentukan peratusan bagi setiap item.
3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden
Jadual 3.1 : Maklumat responden mengenai jantina Perkara
Kekerapan
Peratus
Lelaki
15
53.6
Perempuan
13
46.4
Jumlah
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.1 di atas menunjukkan kesemua 28 orang responden yang telah menjawab soalan soal selidik ini telah dikenal pasti jantina masing-masing. Peratusan jantina yang tertinggi diwakili oleh kaum lelaki iaitu sebanyak 53.6 % yang berjumlah 15 orang. Manakala bilangan responden perempuan adalah 46.4% bersamaan 13 orang. Ini menunjukkan responden yang menjawab soalan soal selidik ini majoritinya adalah kaum lelaki. Perbezaan ini berlaku kerana daripada pemerhatian penyelidik, penduduk Kampung Sungai Berua ini ramai terdiri daripada golongan lelaki daripada golongan perempuan. Oleh yang demikianlah wujudnya perbezaan ini yang mana responden lelaki lebih ramai daripada responden perempuan. Jumlah awal responden yang disasarkan untuk menjawab soalan soal selidik ini adalah seramai 50 orang, namun penyelidik berjaya mendapat hanya 28 responden untuk menjawab soal selidik ini. Ini adalah kerana ramai diantara responden enggan menjawab soalan soal selidik ini dan ada juga dikalangan mereka yang buta huruf. Oleh yang demikian, penyelidik hanya berjaya mendapatkan pandangan hanya dari 28 orang responden ini sahaja untuk mendapat pandangan daripada mereka.
Jadual 3.2 : Maklumat responden mengenai umur Perkara
Kekerapan
Peratus
15-20 tahun
5
17.9
21-25 tahun
7
25.0
26-30 tahun
6
21.4
31-35 tahun
2
7.1
36-40 tahun
4
14.3
41 tahun ke atas
4
14.3
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.2 di atas menunjukkan tahap umur responden yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Terdapat seramai 5 responden (17.9%) yang terdiri dari umur 15-20 tahun, 7 responden (25.0%) berumur lingkungan 21-25 tahun, 6 responden (21.4%) berumur 26-30 tahun, 2 responden (7.1%) berumur 31-35 tahun, dan responden yang berumur 36-40 tahun serta 41 tahun ke atas masing-masing terdiri daripada 4 orang (14.3%). Oleh yang demikian, responden yang berumur 21-25 tahun menjadi responden yang paling ramai menjawab soalan soal selidik ini.
Jadual 3.3 : Maklumat responden mengenai pendidikan Perkara Darjah 6
Kekerapan
Peratus
6
24.4
Tidak Bersekolah
22
78.6
Jumlah
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.5 di atas menunjukkan tahap pendidikan responden yang terdiri daripada 6 responden (24.4%) yang mempunyai tahap pendidikan darjah 6 dan 22 responden (78.6%) yang tidak bersekolah. Kesimpulannya, majoriti responden adalah tidak bersekolah. Ini adalah kerana responden tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi disebabkan faktor kewangan serta kurangnya kesedaran tentang peri pentingnya pendidikan.
Jadual 3.4 : Maklumat responden mengenai pekerjaan Perkara
Kekerapan
Peratus
Penoreh Getah
5
17.9
Petani
6
21.4
Tidak Bekerja
17
60.7
Jumlah
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.4 di atas menunjukkan maklumat mengenai pekerjaan responden. Seramai 5 responden (17.9%) terdiri daripada penoreh getah, 6 responden (21.4%) bekerja sebagai petani sementara 17 responden (60.7%) lagi tidak bekerja. Kesimpulannya, responden yang tidak bekerja dikenal pasti sebagai responden yang paling ramai menjawab soal selidik ini. Daripada pemerhatian penyelidik, responden tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, sehubungan dengan itu mereka tidak bekerja di sektor-sektor kerajaan dan swasta. Mereka lebih senang memilih untuk bekerja sendiri seperti menjadi petani dan penoreh getah. Ada juga dikalangan mereka memilih untuk tidak bekerja.
Jadual 3.5 : Maklumat mengenai status responden Perkara
Kekerapan
Peratus
Bujang
10
35.7
Berkahwin
17
60.7
1
3.6
28
100
Janda Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.5 di atas menunjukkan mengenai status responden. Terdapat seramai 10 responden (35.7%) yang masih bujang, manakala 17 responden (60.7%) sudah berkahwin dan seorang responden (3.6%) adalah janda. Majoriti responden yang menjawab soal selidik ini adalah dari kalangan mereka yang telah berkahwin. Masyarakat Orang Asli Sungai Berua ini ramai memilih untuk berkahwin pada umur yang muda iaitu pada umur belasan tahun. Mereka pernah mencatat sejarah apabila menganjurkan majlis perkahwinan dan persandingan beramai-ramai dan berita mengenainya disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan.
3.2.
Analisis data Bahagian B : Bahagian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman saudara baru Orang Asli terhadap konsep Islam
Jadual 3.6 : Islam satu ajaran agama yang mudah dan tidak membebankan Perkara Sangat Setuju
Kekerapan
Peratus
3
10.7
14
50.0
Kurang Setuju
9
32.1
Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.6 di atas menunjukkan kebanyakan responden memperakui Islam adalah satu ajaran agama yang mudah dan tidak membebankan. Ini kerana, seramai 3 responden (10.7%) menyatakan sangat setuju dengan persoalan ini dan seramai 14 responden (50.0%) menyatakan setuju manakala 9 responden (32.1%) menyatakan kurang setuju serta 2 responden (7.1%) menyatakan tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden setuju bahawa Islam sebagai satu ajaran yang mudah dan tidak membebankan. Pemerhatian yang dijalankan mendapati guru-guru agama yang mengajar responden khususnya di dalam kelas fardhu ain tidaklah mengajar mereka dengan perkara-perkara yang boleh membebankan mereka. Mereka hanya diajar berkenaan dengan asas-asas agama dan perkara-perkara yang dirasakan bersesuaian dengan mereka.
Jadual 3.7 : Wujud perasaan tenang dan tenteram selepas memeluk Islam Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
4
14.3
Setuju
11
39.3
Kurang Setuju
12
42.9
1
3.6
28
100
Tidak Setuju Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.7 menunjukkan wujudnya perasaan tenang dan tenteram di dalam diri responden selepas memeluk agama Islam. Ini berdasarkan kenyataan daripada responden iaitu sebanyak 4 responden (14.3%) menyatakan sangat setuju, 11 responden (39.3%) menyatakan setuju, manakala 12 responden (42.9%) menyatakan kurang setuju dan baki 1 responden (3.6%) menyatakan tidak setuju dengan kenyataan ini. Kesimpulannya, kebanyakan responden menyatakan bahawa selepas mereka memeluk agama Islam, mereka merasa tenang dan tenteram dengan ajaran agama ini. Selepas responden memeluk Islam, banyak badan-badan dakwah seperti PERKIM, JHEAT dan JHEOA sendiri terlibat secara langsung menghulurkan bantuan-bantuan kepada mereka. Keadaan ini semestinya mendatangkan keselesaan kepada mereka terhadap agama Islam yang mereka anuti ini.
Jadual 3.8 : Banyaknya keraguan di dalam agama asal Perkara
Kekerapan
Peratus
Setuju
18
64.3
Kurang Setuju
10
35.7
Jumlah
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.9 di atas menunjukkan terdapat banyak keraguan di dalam agama asal responden. Berdasarkan jawapan yang diperolehi daripada responden, seramai 18 responden (64.3%) setuju dengan kenyataan ini dan 10 responden (35.7%) lagi menyatakan kurang setuju. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa memang wujudnya banyak keraguan di dalam agama asal mereka. Ini kerana, Islam adalah agama fitrah yang diturunkan oleh Allah (s.w.t) dan ajarannya menepati sifatsifat semulajadi manusia. Sebagai contoh, Islam menganjurkan untuk makan makanan yang berkhasiat lagi halal kerana bertujuan untuk menjaga kesihatan manusia itu sendiri. Jika dibandingkan dengan ajaran asal mereka, banyak perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah manusia dan ini menimbulkan keraguan di kalangan responden selepas mereka belajar mengenai Islam.
Jadual 3.9 : Islam lebih sistematik dan teratur Perkara Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Jumlah
Kekerapan
Peratus
1
3.6
23
82.1
4
14.3
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.9 di atas menunjukkan ajaran Islam lebih sistematik dan teratur. Seramai 1 responden (3.6%) menyatakan sangat setuju dengan kenyataan ini manakala 23 responden (82.1%) menyatakan setuju dan 4 responden (14.3%) lagi menyatakan kurang setuju. Kesimpulannya, sebahagian besar daripada responden setuju bahawa ajaran Islam lebih bersistematik dan teratur. Di dalam Islam, wujudnya konsep ibadah di dalam segala aktiviti yang dilakukan manusia. Setiap perlakuan itu mestilah disertai dengan niat yang baik supaya mendapat ganjaran pahala daripada Allah (s.w.t). Inilah konsep ajaran Islam yang dikatakan lebih bersistematik dan tersusun yang tidak terdapat pada mana-mana ajaran kepercayaan yang lain.
Jadual 3.10 : Tidak boleh meninggalkan ajaran asal walaupun sudah memeluk Islam Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
2
7.1
Setuju
9
32.1
14
50.0
Tidak Setuju
1
3.6
Sangat Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Kurang Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.10 di atas menunjukkan masyarakat Orang Asli boleh menerima Islam dan boleh meninggalkan ajaran asal mereka walaupun sudah memeluk Islam. Ini kerana, 2 responden (7.1%) menjawab sangat setuju, 9 responden (32.1%) menjawab setuju, manakala 14 responden (50.0%) menjawab kurang setuju dan 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju serta 2 responden (7.1%) menjawab sangat tidak setuju dengan kenyataan diatas. Kesimpulannya, majoriti daripada responden dapat menerima Islam dengan kebanyakan menyatakan mereka kurang setuju bahawa mereka masih tidak dapat meninggalkan ajaran asal mereka. Responden telah memeluk Islam hampir 16 tahun yang lalu. Tempoh masa ini mungkin telah menjadikan mereka sudah dapat membiasakan diri dengan ajaran Islam dan sedikit sebanyak dapat meninggalkan ajaran asal mereka. Jadual 3.11 : Lebih selesa berada dalam ajaran asal berbanding berada dalam Islam Perkara Setuju
Kekerapan
Peratus
8
28.6
16
57.1
Tidak Setuju
3
10.7
Sangat Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Kurang Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.11 di atas menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli lebih selesa berada dalam ajaran asal beranding berada dalam Islam adalah tidak tepat. Ini berdasarkan kepada persoalan yang telah dijawab oleh responden dengan 8 responden (28.6%) sahaja menyatakan setuju dengan kenyataan ini manakala 16 responden (57.1%) menjawab kurang setuju dan 3 responden (10.7%) menjawab tidak setuju serta 1 responden (3.6%) menjawab sangat tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti responden menyatakan kurang setuju bahawa mereka lebih selesa berada dalam ajaran asal berbanding berada dalam Islam. Hal ini menunjukkan perkembangan yang positif terhadap usaha-usaha dakwah yang dilakukan. Mengikut kepada pemerhatian penyelidik, banyak pihak yang telah memberi bimbingan dan dorongan kepada mereka khususnya daripada badan-badan dakwah. Oleh yang demikian, mereka akan berasa lebih selesa selepas memeluk Islam kerana mereka merasakan diri mereka lebih dihargai dan diberikan tumpuan melalui bimbingan-bimbingan tersebut.
Jadual 3.12 : Ajaran asal dan ajaran Islam tidak ada beza Perkara
Kekerapan
Peratus
11
39.3
Kurang Setuju
9
32.1
Tidak Setuju
8
28.6
28
100
Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.12 di atas menunjukkan wujudnya perbezaan antara ajaran asal masyarakat Orang Asli dan ajaran Islam. Ini kerana hanya 11 responden (39.3%) menyatakan setuju dengan kenyataan tersebut manakala 9 responden (32.1%) menyatakan kurang setuju dan 9 responden ( 32.1%) menyatakan tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan daripada responden menyatakan setuju bahawa wujudnya perbezaan di antara ajaran asal dan ajaran Islam. Mereka berpandangan bahawa disana wujudnya perbezaan yang ketara antara ajaran asal mereka dan ajaran Islam itu sendiri. Ini adalah kerana banyaknya wujud unsur-unsur ketidakpastian di dalam ajaran asal mereka jika dibandingkan dengan Islam yang jelas menerangkan tentang tujuan disyariatkan sesuatu perkara.
Jadual 3.13 : Islam adalah kepercayaan yang dicari-cari selama ini Perkara
Kekerapan
Peratus
Setuju
15
53.6
Kurang Setuju
13
46.4
Jumlah
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.13 di atas menunjukkan Islam adalah kepercayaan yang dicari-cari selama ini oleh masyarakat Orang Asli. Seramai 15 responden (53.6%) bersetuju bahawa Islam adalah kepercayaan yang dicari-cari manakala seramai 13 responden (46.4%) lagi kurang beretuju dengan kenyataan tersebut. Kesimpulannya, majoriti daripada responden menyetujui bahawa Islam merupakan ajaran yang dicari oleh mereka selama ini. Menyedari akan hakikat konsep Islam penuh dengan kemurnian dan keharmonian, responden telah terpikat dengan ajaran tersebut. Keselarian ajaran Islam dengan kehidupan manusia juga menjadikan responden lebih berminat kepada agama Islam berbanding dengan ajaran-ajaran yang lain. Oleh yang demikian, Islam telah menjadi satu agama yang mereka cari selama ini kerana ianya dilihat sebagai agama yang lengkap.
Jadual 3.14 : Sukakan Islam kerana Islam satu-satunya agama yang mampu membawa kebaikan Perkara Sangat Setuju
Kekerapan
Peratus
2
7.1
21
75.0
Kurang Setuju
4
14.3
Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.14 di atas menunjukkan masyarakat Orang Asli menyukai Islam kerana Islam adalah satu-satunya agama yang mampu membawa kepada kebaikan. Kenyataan ini berdasarkan kepada seramai 2 responden (7.1%) menjawab sangat setuju dan 21 responden (21%) menjawab setuju manakala 4 responden (14.3%) menjawab kurang setuju serta 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju terhadap persoalan tersebut. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang mampu membawa kebaikan telah membuatkan masyarakat Orang Asli memilih dan menyukai agama ini. Berpandukan kepada pemerhatian penyelidik, rata-rata responden mengakui bahawa Islam adalah agama yang penuh dengan nilai-nilai murni dan sama sekali menegah manusia untuk melakukan kerosakan. Mereka berasa yakin dengan hal yang sedemikian, agama Islam mampu untuk membawa kebaikan kepada seluruh penganutnya.
Jadual 3.15 : Berazam untuk menjadi seorang yang mahir tentang Islam Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
1
3.6
Setuju
18
64.3
Kurang Setuju
8
28.6
Tidak Setuju
1
3.6
Jumlah
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.15 di atas menunjukkan persoalan mengenai responden berazam untuk menjadi seorang yang mahir tentang Islam satu hari nanti. Ini dapat dilihat melalui jawapan yang diberikan iaitu seramai 1 responden (3.6%) menyatakan sangat setuju terhadap kenyataan ini dan 18 responden (64.3%) menyatakan setuju. Manakala 8 responden (28.6%) menyatakan kurang setuju dan 1 responden (3.6%) menyatakan tidak setuju untuk menjadi seorang yang mahir tentang Islam. Kesimpulannya, majoriti daripada respoden setuju untuk menjadi seorang yang mahir mengenai Islam pada masa yang akan datang. Hal ini kerana, hari demi hari responden semakin senang dengan ajaran agama Islam kesan daripada peranan yang dimainkan oleh pendakwah. Kerana keluhuran Islam itu sendiri, mereka berazam untuk menjadi seorang muslim yang sejati pada masa yang akan datang untuk meraih syurga Allah (s.w.t).
3.3
Analisis data Bahagian C : Bahagian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran dan masalah selepas responden memeluk Islam
Jadual 3.16 : Berasa malu selepas memeluk Islam Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
1
3.6
Setuju
7
25.0
15
53.6
Tidak Setuju
4
14.3
Sangat Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Kurang Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.16 di atas menunjukkan bahawa responden tidak berasa malu selepas mereka memeluk Islam. Ini kerana, 1 responden (25.0%) menyatakan sangat setuju dan 7 responden (25.0%) menyatakan setuju dengan persoalan ini. Manakala seramai 15 responden (53.6%) menyatakan kurang setuju, 4 responden (14.3%) menyatakan tidak setuju dan 1 responden (3.6%) menyatakan sangat tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti responden menyatakan bahawa mereka kurang setuju bahawa mereka berasa malu selepas memeluk Islam. Menurut pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, kemungkinan hal ini berlaku disebabkan kerana mereka
mulai sedar bahawa ajaran agama Islam adalah ajaran yang sebenar dan sehubungan dengan itu, mereka bangga menjadi salah seorang penganut agama ini.
Jadual 3.17 : Masyarakat Melayu memandang serong selepas responden memeluk Islam Perkara Sangat Setuju
Kekerapan
Peratus
2
7.1
Setuju
10
35.7
Kurang Setuju
14
50.0
Tidak Setuju
1
3.6
Sangat Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.17 di atas menunjukkan persoalan mengenai selepas responden memeluk Islam, masyarakat Melayu di sekeliling tidak memandang serong terhadap mereka. Ini berdasarkan kepada hanya 2 responden (7.1%) memberi jawapan sangat setuju dan 10 responden (35.7%) menjawab setuju bahawa masyarakat Melayu memandang serong terhadap mereka selepas mereka memeluk Islam. Manakala 14 responden (50.0%) lagi menjawab kurang setuju dan responden yang menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing 1 responden (3.6%). Kesimpulannya, kebanyakan responden kurang setuju bahawa masyarakat Melayu di sekeliling mereka memandang serong kepada mereka selepas mereka memeluk Islam. Ini dapat dilihat
apabila mereka turun ke pekan yang berdekatan untuk mendapatkan barang-barang harian, mereka dapat berinteraksi dengan baik dengan penjual-penjual khususnya orang Melayu tanpa sebarang persepsi negatif terhadap masyarakat Orang Asli tersebut. Ini menunjukkan bahawa wujudnya satu toleransi yang murni dan sekaligus menghapuskan jurang-jurang yang terpisah jauh antara kaum di negara ini.
Jadual 3.18 : Masyarakat
Melayu
susah
membantu
ketika
responden
menghadapi masalah Perkara Sangat Setuju
Kekerapan
Peratus
3
10.7
18
64.3
Kurang Setuju
6
21.4
Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.18 di atas menunjukkan sikap masyarakat Melayu yang susah untuk membantu responden tatkala responden menghadapi masalah. Seramai 3 responden (10.7%) menjawab sangat setuju dan 18 responden (64.3%) menjawab setuju terhadap persoalan ini. Diikuti lagi 6 responden (21.4%) menjawab kurang setuju dan hanya 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju. Kesimpulannya, sebilangan besar responden setuju bahawa masyarakat Melayu susah memberi
bantuan kepada responden ketika mereka menghadapi masalah. Ini menunjukkan walaupun masyarakat Melayu tidak mempunyai tanggapan yang negatif terhadap mereka, tetapi responden berpendapat bahawa masyarakat Melayu sebenarnya sukar untuk menghulurkan bantuan kepada mereka ketika mereka menghadapi sebarang kesusahan. Berdasarkan kepada perbualan penyelidik dengan responden, masyarakat Melayu sekeliling mereka jarang-jarang menziarahi mereka ketika mereka menghadapi kesulitan seperti sakit dan lain-lain. Hanya sebahagian kecil sahaja daripada masyarakat Melayu sekeliling yang peka terhadap masyarakat Orang Asli ini.
Jadual 3.19 : Keluarga tidak meminggirkan responden selepas memeluk Islam Perkara Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Jumlah
Kekerapan
Peratus
2
7.1
20
71.4
6
21.4
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.19 di atas menunjukkan keluarga responden tidaklah meminggirkan responden selepas mereka memeluk Islam. Ini dibuktikan dengan 2 responden (7.1%) menjawab sangat setuju dan 20 responden (71.4%) menjawab setuju dengan pernyataan tersebut. Manakala 6 responden (21.4%) lagi menjawab kurang
setuju. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa keluarga mereka tidak meminggirkan mereka selepas mereka memeluk Islam. Ini kerana jika melihat kepada sejarah pengislaman masyarakat Orang Asli di sini, mereka menerima Islam secara beramai-ramai pada hari terakhir program keluarga angkat anjuran UKM pada tahun 1994. Oleh itu, tidak timbulnya disini isu meminggirkan ahli keluarga sendiri selepas mereka memeluk Islam kerana ramai di antara mereka menerima Islam secara beramai-ramai.
Jadual 3.20 : Tahu membezakan dosa dan pahala Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
2
7.1
Setuju
15
53.6
Kurang Setuju
9
32.1
Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.20 di atas menunjukkan responden tahu membezakan atara dosa dan pahala. Seramai 2 responden (7.1%) menyatakan sangat setuju dan 15 responden (53.6%) menyatakan setuju bahawa mereka dapat membezakan dosa dan pahala. Manakala seramai 9 responden (32.1%) menyatakan kurang setuju dan hanya 2 responden (7.1%) sahaja tidak setuju dengan kenyataan ini. Kesimpulannya, majoriti daripada responden tahu untuk membezakan antara dosa dan pahala sepertimana yang
diberitahu oleh Islam. Jika dilihat kepada kelas-kelas fardhu ain yang dijalankan, ada dijelaskan kepada responden berkenaan dengan konsep dosa dan pahala. Dengan ini, responden secara tidak langsung memahami apa yang dimaksudkan dengan dosa dan juga pahala.
Jadual 3.21 : Sukar laksanakan ibadat-ibadat wajib yang diperintah Islam Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
1
3.6
Setuju
13
46.4
Kurang Setuju
12
42.9
Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.21 di atas menunjukkan kesukaran untuk melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang diperintah oleh Islam. Seramai seorang responden (3.6%) menjawab sangat setuju dan 13 responden (46.4%) menjawab setuju. Manakala 12 responden (42.9%) pula menjawab kurang setuju dan selebihnya 2 responden (7.1%) menjawab tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan responden setuju bahawa sukar untuk melaksanakan ibadat wajib yang diperintahkan oleh Islam. Berpandukan kepada pemerhatian, responden kebanyakannya masih lagi
mempunyai sikap malas untuk melaksanakan ibadatibadat yang dituntut ini. Kesedaran mereka terhadap kepentingan ibadat ini masih belum memuaskan.
Jadual 3.22 : Lebih jelas tentang agama Islam dengan mengikuti kelas fardhu ain Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
2
7.1
Setuju
18
64.3
Kurang Setuju
6
21.4
Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.22 di atas menunjukkan bahawa dengan mengikuti pembelajaran di kelas-kelas fardhu ain responden akan lebih jelas mengenai agama Islam. Ini kerana, seramai 2 responden (7.1%) menyatakan sangat setuju dan 18 responden (64.3%) menyatakan setuju dengan kenyataan ini. Responden yang kurang setuju pula seramai 6 responden (21.4%) diikuti dengan 2 responden (7.1%) yang menyatakan tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti responden setuju bahawa kefahaman yang lebih jelas tentang ajaran Islam boleh diperolehi sekiranya hadir ke kelas-kelas fardhu ain. Ini menunjukkan peranan yang dimainkan oleh kelas fardhu ain ini adalah besar kerana dapat membawa responden mengenali konsep Islam. Jika
diperhatikan kepada modul-modul kelas fardhu ain ini, terdapat pendekatanpendekatan yang bersesuaian dengan responden yang mengikuti kelas tersebut sehingga mereka dapat memahami apa yang diajar dengan mudah.
Jadual 3.23 : Puasa bulan Ramadhan amat membebankan Perkara Sangat Setuju
Kekerapan
Peratus
3
10.7
Setuju
12
42.9
Kurang Setuju
10
42.7
Tidak Setuju
1
3.6
Sangat Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.23 di atas menunjukkan ibadat puasa amat membebankan kepada sebahagian responden. Hal ini dapat dilihat melalui 3 responden (10.7%) menjawab sangat setuju dan 12 responden (42.9%) menjawab setuju bahawa puasa di bulan Ramadhan amat membebankan. Manakala 10 responden (42.7%) menjawab kurang setuju dan 1 responden (3.6%) menjawab tidak setuju serta 2 responden(7.1%) menjawab sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan daripada responden setuju bahawa puasa di bulan Ramadhan adalah amat membebankan. Berdasarkan kepada tinjauan yang dilakukan oleh penyelidik terhadap
rata-rata responden, mereka sememangnya ada berpuasa di bulan Ramadhan tetapi tidak genap sebulan Ramadhan kerana sebahagian daripada mereka bekerja berat seperti petani yang bekerja di bawah panas terik matahari. Tempoh menahan lapar dan dahaga di siang hari selama sebulan ini telah memberikan beban kepada mereka.
Jadual 3.24 : Melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan kecuali untuk Allah semata-mata Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
2
7.1
Setuju
15
53.6
Kurang Setuju
9
32.1
Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.24 di atas menunjukkan responden melakukan sesuatu perkara tanpa mengharapkan balasan selain untuk Allah semata-mata. Seramai 2 responden (7.1%) menjawab sangat setuju, 15 responden (53.6%) menjawab setuju terhadap persoalan tersebut. Manakala seramai 9 responden (32.1%) lagi menjawab kurang setuju dan seramai 2 responden (7.1%) menjawab tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti daripada responden bersetuju mereka melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan melainkan untuk Allah semata-mata. Kejelasan
responden terhadap konsep dosa dan pahala sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini kemungkinan telah mendorong responden melakukan sesuatu perkara itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk Allah (s.w.t) semata untuk mendapat ganjaran pahala daripada Allah (s.w.t).
Jadual 3.25 : Utamakan diri sendiri dahulu sebelum orang lain Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
1
3.6
Setuju
11
39.3
Kurang Setuju
13
46.4
Tidak Setuju
2
7.1
Sangat Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.25 di atas menunjukkan responden tidak mengutamakan diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Buktinya, seramai seorang responden (3.6 %) menjawab sangat setuju dan hanya 11 responden (39.3%) menjawab setuju untuk mengutamakan diri sendiri dahulu sebelum orang lain. Manakala seramai 13 responden (46.4%) menjawab kurang setuju, 2 responden (7.1%) menjawab tidak setuju dan seorang responden (3.6%) menjawab sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan responden
kurang setuju bahawa mereka
mengutamakn diri mereka dahulu sebelum orang lain. Keadaan ini dapat dilihat apabila semangat tolong-menolong sebenarnya wujud dalam komuniti ini apabila ada ahlinya yang mengalami kesusahan. Mereka datang membantu walaupun terpaksa meninggalkan kerja mereka. Inilah yang dapat digambarkan bahawa masyarakat Orang Asli ini sebenarnya tidak mementingkan diri mereka sendiri sahaja.
3.4
Analisis data bahagian D : Bahagian ini bertujuan untuk menganalisis sejauhmana bimbingan yang dimainkan oleh pihak lain
Jadual 3.26 : Banyak pihak mengambil berat kebajikan responden selepas Islam Perkara
Kekerapan
Peratus
4
14.3
14
50.0
Kurang Setuju
7
25.0
Tidak Setuju
3
10.7
28
100
Sangat Setuju Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.26 di atas menunjukkan bahawa banyak pihak yang mengambil berat mengenai kebajikan responden selepas Islam. Seramai 4 responden (14.3%) menyatakan sangat setuju dan 14 responden (50.0%) menyatakan setuju
dengan kenyataan tersebut. Selebihnya diikuti seramai 7 responden (25.0%) menyatakan kurang setuju dan 3 responden (10.7%) menyatakan tidak setuju. Kesimpulannya, rata-rata responden setujui bahawa banyak pihak yang mengambil berat tentang kebajikan mereka selepas mereka memeluk Islam. Berdasarkan kepada pemerhatian penyelidik, pelbagai pihak khususnya badan-badan dakwah yang bertanggungjawab seperti PERKIM dan JHEAT sentiasa memantau mereka dengan bantuan dan penganjuran program-program tertentu sebagai usaha membimbing mereka ke arah mengenal Islam dengan lebih mendalam.
Jadual 3.27 : Mudah
berurusan
dengan
pihak-pihak
tertentu
untuk
mendapatkan bantuan Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
1
3.6
Setuju
9
32.1
17
60.7
1
3.6
28
100
Kurang Setuju Sangat Tidak Setuju Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.27 di atas menunjukkan bahawa responden mudah berurusan dengan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan adalah tidak benar. Ini kerana, seramai seorang responden (3.6%) menyatakan sangat setuju dan 9 responden (32.1%) menyatakan setuju bahawa mereka mudah untuk berurusan dengan pihak-
pihak berkenaan. Manakala selebihnya lagi adalah mereka yang menyatakan kurang setuju seramai 17 responden (60.7%) dan pendapat yang menyatakan sangat tidak setuju seramai seorang responden (3.6%). Kesimpulannya, majoriti responden menyatakan kurang setuju dengan kenyataan tersebut dengan berpendapat bahawa mereka sukar untuk berurusan dengan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan. Disini, kemungkinan banyaknya prosedur-prosedur yang perlu dilalui oleh seseorang pemohon menyebabkan mereka berasa sukar untuk berurusan dengan pihak-pihak berkenaan. Oleh kerana mereka tidak biasa dengan prosedur-prosedur ini, mereka menyatakan bahawa sukar untuk mereka berurusan dengan pihak-pihak tersebut.
Jadual 3.28 : Program-program
kerohanian
tidak
mengganggu
aktiviti
responden Perkara Sangat Setuju
Kekerapan
Peratus
1
3.6
18
64.3
Kurang Setuju
8
28.6
Sangat Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.28 di atas menunjukkan program-program kerohanian yang dianjurkan menggangu aktiviti responden. Ini berdasarkan kepada seramai seorang responden (3.6%) menjawab sangat setuju dan 9 responden (32.1%) menjawab setuju
bahawa program-program kerohanian adalah tidak mengganggu mereka. Sebaliknya seramai 17 responden (60.7%) menjawab kurang setuju dan seorang responden (3.6%) menjawab sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut. Kesimpulannya, kebanyakan daripada responden berpendapat bahawa program-program kerohanian adalah mengganggu aktiviti mereka. Berdasarkan kepada pemerhatian penyelidik kepada aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan, ianya sedikit sebanyak telah mengganggu aktiviti sesetengah responden kerana aktiviti tersebut dibuat tidak sesuai dengan masa yang mana banyak bertembung dengan aktviti seharian responden.
Jadual 3.29 : Sebarang kemusykilan tentang Islam akan ditanya kepada ustaz/ustazah Perkara Sangat Setuju
Kekerapan
Peratus
2
7.1
20
71.4
Kurang Setuju
4
14.3
Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010 Rajah 3.29 di atas menunjukkan bahawa responden akan bertanya kepada ustaz/ustazah seandainya mereka mengahadapi sebarang kemusykilan. Seramai 2 responden (7.1%) menyatakan sangat setuju dan 20 responden (71.4%) menyatakan setuju dengan kenyataan ini. Manakala 4 responden (14.3%) lagi menyatakan kurang
bersetuju dan 2 responden (7.1%) menyatakan tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti responden setuju dengan kenyataan bahawa sebarang kemusykilan tentang Islam mereka akan bertanya kepada ustaz/ustazah. Kelas-kelas fardhu ain dijadikan tempat mereka merujuk permasalahan mereka kerana di situ wujudnya satu ruang dan peluang mengutarakan permasalahan tersebut untuk diselesaikan.
Jadual 3.30 : Masyarakat Melayu sekeliling membantu untuk menghayati Islam Perkara
Kekerapan
Peratus
Sangat Setuju
1
3.6
Setuju
8
28.6
13
46.4
Tidak Setuju
5
17.9
Sangat Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Kurang Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.30 di atas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu sekeliling kurang membantu responden untuk menghayati Islam. Ini kerana, seramai seorang responden (3.6%) menjawab sangat setuju dan 8 responden (28.6%) menjawab setuju manakala seramai 13 responden (46.4%) menjawab kurang setuju seterusnya 5 responden (17.9%) menjawab tidak setuju dan baki seorang responden (3.6%) menjawab sangat tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden kurang
setuju bahawa masyarakat Melayu sekeliling mereka ada membantu mereka untuk menghayati Islam. Mengikut apa yang diperhatikan oleh penyelidik, masyarakat Melayu yang berjiran dengan mereka sibuk dengan urusan masing-masing dan ada diantara mereka langsung tidak mempedulikan masyarakat Orang Asli ini. Berdasarkan kepada keadaan ini, untuk membantu responden menghayati ajaran Islam adalah jauh sekali seandainya mereka sentiasa sibuk dengan urusan mereka.
Jadual 3.31 : Kaedah pengajaran agama dalam kelas fardhu ain tidak sesuai Perkara
Kekerapan
Peratus
Setuju
10
35.7
Kurang Setuju
15
53.6
3
10.7
28
100
Tidak Setuju Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.31 di atas menunjukkan kaedah pengajaran agama dalam kelas fardhu ain tidak sesuai adalah tidak tepat. Seramai 10 responden (35.7%) bersetuju kaedah pengajaran adalah tidak sesuai manakala 15 responden (53.6%) kurang bersetuju diikuti 3 responden (10.7%) yang tidak setuju bahawa kaedah pengajaran agama dalam kelas fardhu ain ini adalah tidak sesuai. Kesimpulannya, majoriti responden kurang setuju bahawa kaedah pengajaran agama didalam kelas fardhu ain adalah tidak sesuai. Ini adalah kerana dengan mengikuti kelas fardhu ain
ini, akan menjadi satu wadah dan dapat membantu responden mengenali Islam dengan mendalam sepertimana yang dibincangkan dalam pernyataan sebelum ini. Selain daripada itu, kelas fardhu ain dijadikan sebagai tempat merujuk sebarang permasalahan.
Jadual 3.32 : Sumbangan material memudahkan dalam urusan ibadah Perkara
Kekerapan
Peratus
5
17.9
18
64.3
Kurang Setuju
3
10.7
Tidak Setuju
2
7.1
28
100
Sangat Setuju Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.2 di atas menunjukkan bantuan sumbangan berbentuk material memudahkan responden dalam urusan ibadah. Seramai 5 responden (17.9%) menjawab sangat setuju dan diikuti 18 responden (64.3%) menjawab setuju. Manakala 3 responden (10.7%) menjawab kurang setuju dan 2 responden (7.1%) lagi menjawab tidak setuju dengan kenyataan ini. Kesimpulannya, majoriti responden bersetuju bahawa sumbangan material dapat membantu untuk memudahkan mereka dalam urusan ibadah. Ini kerana dengan sumbangan tersebut akan dapat membeli keperluankeperluan untuk melakukan Ibadah seperti kain sembahyang, pakaian dan sebagainya
untuk kegunan beribadah kepada Allah (s.w.t). Sehubungan dengan itu, sumbangan material adalah sesuatu yang penting yang dapat membantu mereka dalam urusan pengibadatan kepada Allah (s.w.t).
Jadual 3.33 : Amat berpuas hati terhadap bimbingan yang diberikan oleh ustaz/ustazah Perkara Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Jumlah
Kekerapan
Peratus
5
17.9
19
67.9
4
10.7
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.33 di atas menunjukkan bahawa responden amat berpuas hati dengan bimbingan yang diberikan oleh ustaz/ustazah yang mengajar responden. Seramai 5 responden (17.9%) sangat setuju diikuti 19 reponden (67.9%) telah menjawab setuju. Selebihnya 4 responden (10.7%) menjawab kurang setuju terhadap persoalan ini. Kesimpulannya, sebahagian besar responden bersetuju mereka amat berpuas hati dengan bimbingan daripada ustaz/ustazah yang mengajar mereka. Ini dibuktikan apabila mereka diberikan peluang untuk bertanya tentang perkara yang mereka tidak faham dan ustaz atau ustazah melayan mereka dengan terbaik. Daripada inilah, mereka berpuas hati dengan segala bimbingan yang diberikan kepada mereka.
Jadual 3.34 : Mengharapkan bimbingan yang berterusan untuk mengenali Islam Perkara Sangat Setuju Setuju Kurang Setuju Jumlah
Kekerapan
Peratus
7
25.0
17
60.7
4
14.3
28
100
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.34 di atas menunjukkan bahawa responden mengharapakan bimbingan yang berterusan untuk mereka mengenali Islam dengan lebih mendalam. Seramai 7 responden (25.0%) menyatakan sangat setuju, 17 responden (60.7%) telah menjawab setuju dengan kenyataan ini. Manakala 4 responden (14.3%) lagi menjawab kurang setuju. Kesimpulannya, majoriti responden bersetuju bahawa mereka sememangnya mengharapkan bimbingan yang berterusan daripada badan-bdan yang berkenaan untuk lebih mengenali Islam. Jika diperhatikan kepada persoalan yang diutarakan sebelum ini, responden mempunyai azam untuk menjadi seseorang yang mahir tentang ajaran agama Islam satu hari nanti. Oleh yang demikian. untuk mencapai impian tersebut, perlunya bimbingan yang berterusan daripada semua pihak.
Jadual 3.35 : Memberikan kerjasama terhadap setiap program kerohanian Perkara
Kekerapan
Peratus
1
3.6
17
60.7
Kurang Setuju
7
25.0
Tidak Setuju
2
7.1
Sangat Tidak Setuju
1
3.6
28
100
Sangat Setuju Setuju
Jumlah
Sumber : Soal selidik 2010
Jadual dan graf 3.35 diatas menunjukkan responden memberikan kerjasama terhadap setiap program kerohanian yang diadakan di kawasan mereka. Seramai seorang responden (3.6%) sangat setuju dan 17 responden (60.7%) menjawab setuju dengan kenyataan ini. Manakala 7 responden (25.0%) menjawab kurang setuju, 2 responden (7.1%) menjawab tidak setuju dan seorang lagi responden (3.6%) telah menjawab sangat tidak setuju. Kesimpulannya, majoriti daripada responden telah memberikan kerjasama terhadap setiap program kerohanian yang dianjurkan di tempat mereka. Walaupun terdapat sebahagian aktiviti yang mengganggu aktiviti sehari mereka, tetapi ini tidak menjadi penghalang kepada responden untuk memberikan kerjasama terhadap sesuatu program yang dianjurkan di kawasan mereka.
4. Kesimpulan
Berdasarkan huraian dan analisis di atas, dapatlah disimpulkan disini bahawa masyarakat
Orang
Asli
perkampungan
Sungai
Berua
telah
menunjukkan
perkembangan-perkembangan yang positif terhadap nilai-nilai Islam. Namun apa yang menyedihkan adalah mereka hanya memahami sahaja apa yang dimaksudkan dengan nilai-nilai Islam tetapi di peringkat perlaksanaan masih lagi tidak memuaskan. Kesedaran-kesedaran terhadap peri pentingnya perlaksanaan tuntutan ajaran Islam dalam kehidupan seharian khususnya yang melibatkan ibadah-ibadah yang wajib mestilah dititikberatkan lagi dalam penyampaian mesej-mesej dakwah. Pendekatanpendekatan dakwah juga mestilah melalui metode yang sesuai supaya masyarakat Orang Asli ini dapat menerima seruan tersebut dengan keadaan yang selesa mengikut situasi mereka. Dengan perkara yang sedemikian, penyelidik percaya akan sedikit sebanyak membantu masyarakat Orang Asli khasnya di Sungai Berua ini lebih peka lagi terhadap seruan tuntutan yang wajib dilaksanakan di dalam agama Islam.
5. Rujukan
Abdullah Muhammad Zin. 1994. Projek keluarga angkat di perkampungan Orang Asli Sg. Berua Hulu Terengganu. Laporan projek. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM. Abdullah Muhammad Zin & Padzal Hj. Mokhtar. 2009. Metodologi dakwah kepada Orang Asli : Pengalaman pengislaman di Sungai Berua, Hulu Terengganu. Dlm. Abdul Ghafar Hj. Don & Zulkiple Abd. Ghani (pnyt.).Dakwah kepada nonmuslim di Malaysia : Konsep, metode & pengalaman, hlm.81-106. Bangi : Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI UKM. Ismail bin Awang. 2010. Penghayatan, cabaran serta melaksanakan nilai-nilai Islam. Temubual, 30 April.
masalah
dalam