Pengajian Am Peperiksaan Percubaan STPM 2011 Kertas II Skema jawapan Soalan 1 . Laman web sosial 2 kebaikan + 2 keburukan Manfaat laman web sosial 1. Laman web sosial memudahkan komunikasi pelbagai hala.
Hubungan keluarga yang rapat dikekalkan. dapat bersua muka melalui facebook atau Skype. mempertemukan sahabat lama. bertanya khabar antara satu sama lain. Rakyat juga dapat berkomunikasi dengan pemimpin negara. Misalnya melalui Twitter PM Dato Sri Najib
Meluaskan pergaulan dan kenalan sosial Halangan geografi; sempadan politik; polarisasi budaya, agama dan etnik diatasi Komuniti siber dapat berkenalan dengan rakan sosial lain dari pelbagai negara Identiti, profil, dan foto hidup diri dimuatnaik untuk berkawan dengan rakan siber lain Hubungan, jalinan dan jaringan sosial global sesama manusia diperluas dan dipererat
2. Laman web sosial penting dlm bidang perniagaan. Peniaga boleh mempromosi barangan melalui laman web sosial. Berita pengguna disebar. Barangan mencapai pasaran global. Pengguna dapat membuat pemilihan dan pembelian secara online. Hotel/air tikect (jimat kos, pasaran luas, mudah, pelbagai pilihan, waktu urus niaga tidak terbatas) (bank on-line 24 jam, Mesin ATM, urusan wang 24 jam secara global) 3. Laman web sosial menyebarkan maklumat./ Perkongsian dan penyelesaian masalah hidup
Jemputan dan pengumuman boleh diletakkan dalam web. Rakan-rakan dapat dimaklumkan dengan mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan.
Tsunami, gempa bumi, accident:twitter:derma darah Laman sosial menyebarkan berita terkini. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta.
Golongan muda sering menghadapi masalah hidup Misalnya gagal dalam pelajaran dan percintaan Mereka dapat berkongsi perasaan dan masalah Masalah yang dihadapi dikongsi secara simpati dan empati oleh rakan siber Punca masalah dikenalpasti dan jalan penyelesaian dicadangkan
4. Laman web sosial penting dalam pendidikan. mendapat ilmu terkini dengan cepat melalui ……. berkongsi ilmu bersama. Soalan STPM dibincang dan dikongsi bersama. Ilmu dalam bidang perubatan, teknologi, kesihatan dan sebagainya juga dapat disebarkan. Pakar pelbagai bidang mempunyai blog tersendiri untuk menyebarkan ilmu mereka. 5. Perkongsian detik-detik suka dan menggembirakan dalam hidup Manusia akan mengalami pelbagai detik suka dalam kehidupan hariannya Detik suka bersama ahli keluarga dan rakan dapat dirakamkan secara digital 1
Gambar foto tersebut kemudian dapat dimuatnaik untuk dikongsi bersama Rakan siber kita dari pelbagai negara lain dapat bersama merasai detik suka kita Laman web sosial sedemikian akan menceriakan kehidupan harian kita
Keburukan laman web sosial 1. Laman web sosial melalaikan/melekakan/ obses/ketagihan. Selepas ketagih, sentiasa terpikat di depan skrin komputer. lupa tentang tanggungjawab. Tugas wajibnya terabai kerana asyik melayari laman web. Tumpuan tugas juga terjejas. produktiviti kerja menurun. Pelajar ponteng sekolah Ibu bapa abaikan asuhan anak-anaknya. 2. Laman web sosial menjejaskan kesihatan. menjejaskan kesihatan fizikal ataupun mental. Sakit sendi, dan pening kepala. Sinaran skrin menjejaskan penglihatan pengguna. obesiti jika kurang bergerak. kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer. 3.Meruntuhkan rumah tangga/kegiatan maksiat. Gambar dan video lucah disebar. Pesta dadah dan seks: berhubung melalui web Remaja hilang kawalan perasaan dan nafsu. Remaja senang terjebak dalam gejala zina dan seks rambang. Facebook menyebabkan kes perceraian kerana curang
Teman sosial ditemui Terpedaya dengan kata manis rakan siber. Terjebak dengan gejala negatif sosial siber Badan bogel diri dapat disaksikan secara talian di di hadapan skrin komputer Gambar dimuatnaik untuk dijadikan simpanan peribadi rakan siber Nilai moraliti semakin terhakis.
4. Menghakis pergaulan secara realiti. memencilkan diri/menumpukan hubungan online sahaja. jarang bergaul dengan ahli keluarga dan jiran tetangga. Hubungan sesama ahli keluarga renggang. Jejas hubungan masyarakat tempatan. Penagih ini seolah-olah hidup dalam alam maya(siber). Mereka terputus daripada realiti hidup. 5. Laman web sosial menimbulkan masalah jenayah siber. Hacker menceroboh ruang peribadi web Pergaulan siber dilakukan secara talian seseorang. dan virtual Pecah kod rahsia, lesap wang. Ceroboh, Tidak pernah bersemuka secara langsung curi dan musnah maklumat penting Mangsa ditipu dan dirogol. Kes-kes penipuan wang, cinta dan Gambar bogel dirakam & diri diugut. sebagainya sering berlaku. Wang habis dikebas Gambar bogel seseorang disebar tanpa Kerugian terhadap kehormatan dan sempadan. kesucian diri serta harta benda Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan.
Soalan 2. Pemerdagangan (penyeludupan) manusia. 2 keburukan + 2 langkah 1. Kegiatan ini melanggar hak asasi manusia./mangsa dieksploitasi/dizalimi 2
Ramai orang diseludup sebagai buruh kasar murahan. Mereka dibayar gaji rendah dan masa bekerja pula panjang. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan tidak terjamin. hilang kebebasan kerana diugut dan dikurung. Kanak-kanak dijadikan peminta sedekah.
2. Kegiatan ini mencetuskan pelbagai jenayah sosial. Gadis cantik dipaksa menjadi hamba seks. diseksa dan dibunuh jika tidak tunduk kepada kehendak sindiket maksiat. dipaksa mengambil dadah agar mudah dikawal. Rakyat miskin menjual organ mereka. melakukan aktiviti seks atau buruh paksa
Sesetengah mangsa diperdaya atau diculik Kebanyakan mangsa terdiri dpd kanakkanak & gadis bawah umur dilacurkan Hak mangsa untuk mendapat pendidikan & belaian kasih sayang dinafikan Masa depan mereka hancur
Memburukkan masalah pelacuran dan perebakan penyakit AIDS Wanita dan kanak-kanak dipemerdagangkan sebagai pelacur Permintaan yang tinggi membuatkan industri ini tiada penamatnya Kegiatan pelacuran mempercepat perebakan AIDS dan penyakit kelamin lain Kesihatan dan kesejahteraan hidup pesakit terjejas
3. Penyakit bahaya merebak dengan serius. Golongan haram tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Pelbagai penyakit bahaya mudah merebak. Penyakit H1N1 Influenza A dibawa masuk ke US oleh pendatang haram Mexico. Di Malaysia, pendatang haram menyebabkan AIDS, batuk kering dsn. 4. Menjejaskan imej negara Malaysia disenaraihitamkan kerana membenarkan kemasukan para pelacur asing. Jabatan Imigresen tidak cekap. Malaysia menjadi negara transit kepada golongan ini. Ini mencerminkan kelemahan pihak Jabatan Imigresan. Menunjukkan gejala rasuah di negara ini amat serius. 5 .Memburukkan masalah buruh kanak-kanak Isu global di peringkat antarabangsa Kanak-kanak kecil diperdaya, dijual atau diculik untuk tujuan tersebut Hak asas sebagai seorang pekerja dibawah undang-undang buruh dinafikan Buruh kanak-kanak ini dieskpoit untuk mendatangkan keuntungan maksimum kpd majikan 6. Menjejaskan imej negara Ramai gadis bawah umur M’sia telah diselamatkan dari negara-negara tertentu Antaranya ialah Jepun, Kanada, Jerman, AS, Australia, Taiwan dsbnya M’sia bukan sahaja dijadikan negara transit bahkan negara pengeksport mangsa Ini merupakan tamparan hebat terhadap pihak berkuasa negara khususnya Kementerian Dalam Negeri Imej negara telah tercalar di persada antarabangsa
Langkah-langkah 1. Kerjasama antarabangsa penting dalam hal ini. Polis Antarabangsa(Interpol) dan Kerajaan bertukar maklumat perisikan. Taktik dan strategi sindiket dikaji. Operasi antarabangsa melumpuhkan rangkaian antarabangsa sindiket haram. Pintu masuk dan keluar, serta kawasan perairan sesebuah negara yang terlibat diperketat. 3
Cara mengesan dan mencegah penyeludupan manusia yang canggih.
2. Kempen kesedaran penting untuk mengatasi masalah ini. NGO dan kerajaan negara yang terlibat perlu giatkan kempen kesedaran. Kisah mangsa yang dianiaya disebarkan. Masyarakat disedarkan tentang bahaya dan risiko. Corak hidup pekerja haram yang bagaikan neraka dipaparkan. Pihak majikan juga disedarkan tentang hukuman berat(sebat) jika mereka mengambil pekerja haram. 3. Penguatkuasaan undang-undang Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010/hukuman berat denda bagi kesalahan pengeksploitan orang yang diperdagangkan antara RM500,000 hingga maksimum RM1 juta, selain dilucuthakkan keuntungan daripada kesalahan itu. Membabitkan individu serta pertubuhan terbabit dalam pemerdagangan orang serta penyeludupan migran. Pelantikan pegawai penguat kuasa merakamkan keterangan mangsa. Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dikeluarkan.
Soalan 3 Wabak penyakit berjangkit melalui media air. Jawapan: 2+2(mesti sentuh media air) Punca-punca 1. Pencemaran alam sekitar/ Pencemaran fizikal Longkang tersumbat dengan sisa pepejal menyebabkan air bertakung. Contoh ialah seperti sampah sarap daripada logam, plastik, kaca dsbnya Nyamuk Aedes dan nyamuk tiruk membiak. merebakkan penyakit malaria dan penyakit denggi. Penyakit JE(Japanese Encephilitis) kerana najis khinzir tidak diurus. Maka virus nipah membiak dan merebak melalui nyamuk kuleks. Virus Hepatitis A terdapat dlm makanan laut & sungai yg tercemar Wujud dalam spesis kerang & siput di muara sungai persisiran pantai & laut cetek. Mangsa akan mengalami demam, keletihan, hilang selera makan dan jaundis Bagi kes yang lebih kronik, kerosakan hati hingga membawa maut boleh berlaku.
2. Dibawah oleh haiwan contoh tikus /ikan Tikus merebakkan penyakit kencing tikus/ leptospirosis melalui air kencing Simtom leptospirosis: selsema, meningitis, kerosakan buah pinggan, pendarahan dalam paru-paru, enyakit leptospirosis juga dikenali sebagai penyakit Berpunca daripada bakteria leptospira interrogans dalam air kencing tikus Air kencing tikus mencemari sungai di kawasan rekreasi dan perkelahan awam Bakteria tersebut menggerudi sel-sel dalam organ hati dan ginjal serta membiak di situ Organ tersebut akan mengalami kerosakan dan disfungsi.
4
Rawatan penyakit kulit :penyakit psoriasis melalui ikan dan air Pesakit masukkan kaki dalam kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit. Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka. Ini akan mudah dipindahkan kepada orang lain Teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat
3 Pencemaran biologi/virus/bakteria Berpunca daripada air kumbahan domestik yang dibuang dari loji pembetungan Sumber lain ialah najis dan kencing haiwan dari ladang ternakan Najis manusia dan haiwan ini mengandungi bakteria berbahaya seperti E.Coli Bakteria berbahaya ini boleh mencetuskan wabak penyakit Penyakit taun berpunca daripada virus taun yang wujud dalam najis manusia Virus taun menyebabkan wabak taun berlaku Mangsa mengalami cirit-birit dan proses penyahidratan yang teruk Badan manusia akan kehilangan air, garam, elektrolit dan nutrien Pesakit boleh menemui maut jika rawatan segera tidak diberikan
4. pemanasan global suhu air yang lebih tinggi sedikit akan menggalakkan pembiakan bakteria yang membawa taun. Penyakit berjangkit berkait rapat dengan alam sekitar Pertukaran musim, perubahan iklim serta punca kepada penyakit berjangkit. Ekologi alam sekitar memainkan peranan sangat signifikan dalam wabak penyakit dan pengulangan coraknya. Organisme yang mengakibatkan taun tinggal dalam plankton atau zooplankton marin tetapi bakteria itu juga boleh hidup dalam air tawar yang mempunyai kaitan dengan plankton. Wabak taun di Bangladesh meningkat ketika musim panas, iaitu ketika plankton membiak dengan banyak. Langkah-langkah mengatasi masalah penyakit berjangkit melalui air 1 . R&D dalam bidang perubatan perlu digiatkan. Menjalankan tinjauan Epidemiologi serta membuat pengawasan terhadap pengesanan, rawatan pesakit serta diagnosa komuniti penyakit berjangkit. Gen atau DNA virus bahaya diselidik. Vaksin dan kaedah rawatan mesti dicari. Suntikan imunisasi harus diberi. Pesakit yang mempunyai simtom-sintom penyakit bahaya dikuarantinkan. Alatan canggih untuk mengesan simtom itu perlu dihasilkan. (suhu? Terma skaner 2. Amalan hidup positif juga penting bagi mengatasi masalah penyakit berjangkit. Seseorang perlu menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Jangan ambil sumber air tercemar/bermain di sumber air tercemar Selalu bersihkan tangan dan badan Tiada benda bertakung air Kebersihan mengelakkan serangga dan tikus membiak dan mencemari air Dengan itu, vektor-vektor penyakit berjangkit seperti lalat, nyamuk dan sebagainya tidak dapat membiak. 3 Amalan pemakanan yang sihat juga penting. mengamalkan gizi pemakanan yang seimbang. daya ketahanan penyakit akan meningkat. Elak makanan laut yang tercemar dengan hepatitis dan E-coli tidak mudah diserang penyakit berjangkit. kita juga perlu menjaga kebersihan makanan. Makanan dan air minuman harus cukup masak. 4. memastikan sumber air bersih mengekstrak air bawah tanah. Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air permukaan
5
Pengurusan sungai yang lebih cekap. Elak pencemaran dari najis haiwan dan manusia. Melindungi semua kawasan tadahan air dan kawasan yang berpotensi daripada vektor penyakit. Loji perawatan air perlu ada teknologi membasmi bakteria dan virus Rawatan sinaran radioaktif.
Isi--isi lain: WHO, Kuarantin pesakit /elak melancong, penerangan, mengesan pembawa virus, vaksin, Tolak isi bukan berlaras sains: kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang
Soalan 4 Teknologi hijau 4 kepentingan 1. memulihara sumber dan alam semula jadi. teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam Produknya selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat. Misalnya panel solar atas bangunan hijau TTM Malah aliran udara dan tumbuhan hijau yang banyak. Ini menjimatkan tenaga dan sumber asli. 2 mengelakkan pemanasan global dan perubahan iklim dunia. Penggunaan bahan bakar fosil melepaskan gas pencemar. Kesan rumah hijau mencetuskan pemanasan global. Perubahan iklim dunia. Tenaga solar dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca. Biofuel yang mesra alam dihasilkan dari bahan-bahan organik. Kereta Hybrid: Honda Insight, Toyota Prius 3 Teknologi/Tenaga hijau merupakan sumber tenaga alternatif yang penting. Sumber tenaga asli semakin pupus. Bekalan petroleum akan semakin berkurangan serta habis. Maka tenaga boleh diperbaharui mesti dihasilkan. Contoh tenaga solar(matahari), tenaga hidroelektrik, tenaga angin, hidrogen, dan biojisim kelapa sawit. Geotermal, dan ombak. Projek hidroelektrik Bakun 4 mengatasi masalah pencemaran alam sekitar(kelestarian ekologi) Pengurusan sisa pepejal bersepadu merangkumi proses kitar semula, penggunaan semula, pengkomposan dan pilihan loji rawatan termal serta tapak pelupusan. Loji menggunakan teknologi penggasan. Beroga, Selangor. dapat mengurangkan dioksin dan volum gas ekzos. Proses kitar semula bahan-bahan dan memproses baki sisa dijalankan. Baki sisa dapat diproses semula jadi produk yang berguna. Pengurusan air dan sisa: pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan pelupusan sampah. Pengangkutan hijau; basikal, STAM(MRT). STAR(Sistem Transit Aliran Ringan)
Soalan 5 (a) (I) Mereka menentang kerana salah faham terhadap isi kandungannya/hanya ajar hubungan seksual. (II)
6
1.PKRS memastikan individu berpengetahuan positif/pandangan positif dalam bidang ini. Jadi, dapat membendung gejala salah laku seksual dalam kalangan remaja. Insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat menghormati dapat dilahirkan.
2.PKRS mengelakkan berlakunya sumbang mahram dalam kalangan remaja. Bimbingan diberi sebelum seseorang mencapai usia baligh. Dengan ini, remaja tahu mempertahankan maruah diri. 3. Bantu mengatasi masalah sosial. Ibu bapa tidak ada masa dan tidak tahu cara asuh anak.
Soalan 5(b) ( I) Gagasan ini dapat menjamin kemakmuran negara dari segi pembangunan dan kesejahteraan hidup. (II) 1. Setiap rakyat di negara ini perlu dididik untuk menghormati dan menerima bangsa yang lain, barulah semangat perpaduan yang kukuh terpacak dalam jiwa semua rakyat Malaysia. Mereka diinsafkan bahawa kemajuan yang dicapai melibatkan usaha semua kaum. 2. Institusi pendidikan di pelbagai peringkat bertanggungjawab untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia menerusi bidang kurikulum dan kokurikulum. Nilai perpaduan, permuafakatan, dan kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum perlu diutamakan dalam sukatan pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran yang berkaitan. 3. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa juga perlu memberikan sokongan yang padu. Semua rakyat perlu saling memahami dan mengikis prasangka terhadap kaum lain. Dalam hal ini, toleransi, ramah mesra, dan sikap saling menghormati antara kaum amat diperlukan. 4. Media massa menjalankan pelbagai usaha untuk menjayakan gagasan Satu Malaysia ini. Gagasan ini dipaparkan secara meluas di media massa (cetak dan elektronik)
Soalan 6 (a) (I)mempunyai satu kromoson yang lebih pada pasangan kromosom ke-21/mempunyai jumlah kromosom 47 ialatu satu lebih daripada orang normal. (II) 1. Masalah pembelajran, tidak dapat belajar secara normal. Tak dapat mengikuti sekolah biasa. 2. Mental yang tidak normal. Tidak dapat berfikir matang dan waras. Kebudak-budakan 3. Terdedah kepada penindasan dan eksploitasi orang lain, mudah diperkosa, ditipu atau dianiaya.
Soalan 6 (b) (I) Saintis hampir dapat menyiapkan ‘Pelan Asas Manusia’/hampir dapat menjelaskan fungsi genetik manusia melalui kajian DNA. (II) 1. Projek ini dapat meningkatkan kesihatan manusia. Melalui projek ini, kemungkinan gen seseorang yang abnormal dapat dirawat. Dengan ini, penyakit kencing manis, sakit jiwa, sakit jantung, barah dan alzheirmer mungkin dapat dielakkan. 2. DNA menyelesaikan banyak kes jenayah. Identiti penjenayah dan mangsa dapat dikesan. Kes jenayah dapat diselesaikan. 3. Lahirkan generasi baru yang lebih sihat 4. Jelaskan asal-usul ciri-ciri sesuatu benda bernyawa 7
2008 lelaki
2009 Perempuan
Umur(Tahun)
Soalan Jangka
Lelaki
Perempuan
2010 lelaki
Perempuan
Umur(Tahun)
Umur(Tahun)
Melayu
69.0
72.4
69.0
72.5
70.2
76.6
Cina
70.6
76.3
70.7
76.5
70.9
76.7
India
64.4
70.4
64.6
70.6
65.0
76.0
7 Hayat
Mengikut Kumpulan Etnik Dan Jantina Di Malaysia Antara Tahun 2008 Hingga 2010.
8
Soalan 8 EKSPORT MALAYSIA DAN ARAH PERDAGANGAN MENGIKUT NEGARA BAGI TAHUN 2010. Negara RM billion Singapura 23.830 Amerika Syarikat 19.280 Jepun 13.890 EC 12.335 ASEAN 6.737 Korea Selatan 3.524 Negara-negara lain 24.048 Jumlah 103.657
% 23 18.6 13.4 11.9 6.5 3.4 23.2 100
ketinggian Eksport RM bilion 2.3 Barang keluaran kilang 20.306 1.9 Petroleum &gas asli 11.816 1.3 Getah 2.384 1.2 Kelapa sawit 5.390 0.7 Kayu balak gergaji 3.835 0.3 Injab & tiub termionik 14.408 2.3 lain-lain 45.505 10 Jumlah 103.657
( Sumber: Diubahsuai daripada data 2010 Jabatan Perangkaan Malaysia)
9
% 19.6 11.4 2.3 5.2 3.7 13.9 43.9 100
Sudut 71 41 8 19 13 50 158 360
Soalan 9(3+3) 3X2% + 3X2% = 12 bhs + impak=3% ISI-1 Jumlah naik Jumlah perbelanjaan pelancong di Malaysia terus meningkat/naik. Tahun 2006 angkanya ialah RM 8.63 bilion naik kepada RM 9.22 bilion tahun 2007. Naik lagi menjadi RM 11.54 bilion tahun 2008 dan naik menjadi RM14.73 bilion tahun 2009. Iaitu naik RM6.1 bilion atau 70.7% ISI-2 Paling tinggi/paling tinggi dan naik Belanjaan pelancong dari Singapura paling banyak/naik dalam tempoh terlibat. Iaitu RM 2.5 bilon (2006), bertambah menjadi RM 2.9 bilion (2007), meningkat menjadi RM 3.9 bilion(2008) dan naik lagi menjadi RM 4.8 bilion(2009). Naik RM2.3 bilion atau 92%.
ISI-3 Terus naik : ASEAN Timur/ Arab/Negara Islam/Singapura pilih salah satu Belanjaan pelancong semakin meingkat ASEAN Timur naik dari RM1.2 bilion tahun 2006 hingga RM1.6 bilion tahun 2009. Naik RM0.4 bilion/33.3%
10
ISI-4 Naik paling banyak Arab/Negara Islam naik paling banyak dalam tempoh itu. daripada RM0.9 bilion kepada RM4.7 bilion. Naik RM3.8 bilion atau 23.6 % ISI-5 Jatuh Eropah jatuh daripada RM 1.7bilion tahun 2006 ke RM1.3 bilion tahun 2009 Jatuh RM0.4bilion/23.5% ISI-6 tak konsisten Negara ASEAN yang lain ISI-7 Kekal tidak berubah:
negara-negara Pasifik
Program Menarik Pelancong 1.Program Tahun Melawat Malaysia/ MATTA Fair Cth TMM dengan tema berbunyi “Fascinating Malaysia-Naturally More”. TMM slogan “Malaysia Truly Asia” Kempen dan promosi dalam dan luar negera dilancarkan. Publisiti di media massa/internat secara meluas penting. Ini dapat menjual nama Malaysia. 2. Program Transformasi Negara: Kekalkan keselamatan sosial dan kestabilan politik. Ini akan menyakinkan pelancong serta pelabur asing berkunjung ke negara kita. Pelancong tidak menghadapi risiko dirompak dan nyawa terancam. Masalah keselamatan sosial terjamin. 3. Program kemudahan. MRT Sistem pengangkutan canggih dan selamat, menawarkan keselesaan dan jimat masa (STAR) Penang Hill, Langkawi : Cable car Ekopelancongan. Homestay Lebih memahami budaya dan corak hidup. 5.Upacara khas Upacara kemuncak: pelancaran sambutan tahun baru dengan pelbagai pertunjukan menarik di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Upacara sambutan khas di pintu masuk utama negara. Sambutan Ulang Tahun ke-600 Bandar Raya Bersejarah Melaka, Pesta Sabah, Pesta Gawai Dayak, Penjelajahan sungai Perak, Pesta Mencandat/sauh Sotong, Pesta Flora, Taman Negara dsn Ada aktiviti khas selain makan minum dan membeli-belah
6. Program antarabangsa: Hari Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) Georgetown dan Melaka, Langkawi, LIMA, Grand Prix Formula One. Sambutan Ulang Tahun ke-600 Bandar Raya Bersejarah Melaka. Malaysia Feast. De Tour langkawi. Pertandingan kapal layar “Monson Cup” di Trengganu Pesta Layang-layang Antarabangsa. Tarik masuk peserta, penyokong dan peminat.
Soalan 10 Jawapan 2 faktor manusia dan 2 faktor pengurusan 4X3%=12% Bhs & Impak=3%
Industri pengeluaran makanan termasuk kilang pengeluaran makanan laut, ringan, segera, makanan dalam tin dan sebagainya. 11
Industri perkhidmatan makanan meliputi hotel, restoran, malah kantin sekolah.
Cabaran Sumber manusia: 1. Staf/Tenaga Kerja dalam industri ini mesti mahir dan bertanggungjawab. Rakyat negara yang maju seperti Malaysia amat sesuai. Mereka tahu pelbagai bahasa antarabangsa. Jadi, sesuai bekerja di hotel dan tempat pelancongan. Pendedahan mereka kepada budaya majmuk mendorong mereka faham tentang makanan haram penganut agama tertentu. Golongan berpendidikan tinggi mengutamakan kekemasan dan kebersihan makanan. Misalnya ketika menyediakan makanan di hotel atau kilang pemprosesan makanan, mereka akan berpakaian bersih, bertopi, bedung(apron), bersarong tangan dan berkuku pendek. ( proses susu segar melalui teknologi canggih) Kebersihan makanan akan diutamakan. 2. Latihan dan pendidikan asas profesional mesti disediakan. Latihan asas menyediakan makanan dan memasak perlu dikuasai oleh pekerja yang terlibat. Jadi, latihan dan pendidikan Kulinary /kursus masakan diberikan oleh IPTA/IPTS(cutlery, culinary) Mereka lebih mahir menjaga kebersihan diri, tutup dan simpan makanan, alatan yang digunakan juga dipastikan bersih. Proses pengawetan dan persediaan makanan lebih selamat dan bebas pencemaran bakteria/radiasi. Latihan dalam perkhidmatan ini memastikan kes-kes keracunan makanan tidak berlaku dan makanan tidak mengancam kesihatan pengguna. Hidangan juga bebas pencemaran bakteria. FAKTOR PENGURUSAN 1. Penyeliaan Dan Pemantauan mesti cekap Penyeliaan dan pemantauan ketat mesti dijalankan dalam pemprosesan dan penyediaan makanan. Tempat simpan, sedia dan proses makanan mestilah bersih. Penyelia harus menunjukkan teladan, kekemasan dan kebersihan diri. (jangan hisap rokok di tempat kerja, keluar dari bilik air mesti basuh tangan.) Mereka perlu buat penilaian dan kongsi pengalaman dengan pekerja bawahan. Ini memastikan tidak akan berlaku keracunan makanan
2. Kualiti Pembekalan makanan mesti terjamin Makanan yang disediakan harus ada nutrisi. Kesegaran juga penting supaya khasiat kekal dan tidak berlaku keracunan. Kebersihan kualiti pembekalan makanan dan produk diutamakan. Pastikan makanan yang dihasilkan selamat, segar, dan dalam tempoh berguna. Contoh: eksport makanan laut segar yang disejuk beku ke Eropah dihentikan kerana makanan laut kita mengandungi bakteria E-coli akibat pencemaran air laut. Ikan sardin/tuna/salmon dalam tin terus diporses dalam kapal demi menjamin kebersihan dan kesegaran. (ikan bilis diproses dan dikeringkan di laut)
12
3. Reka Bentuk Tempat pemprosesan dan penghidangan makanan mesti sesuai. Ruang mesti luas dan lapang , maka tidak bersentuhan badan dan kain dengan makanan. Stor simpanan untuk jenis makanan yang beza disediakan.(bilik sejuk beku untuk daging dan makanan laut) Basin basuh tangan mesti mencukupi. Bilik air harus jauh daripada tempat dapur atau pemporsesan makanan. Tandas dan bilik air bersih, tertutup bukan terbuka, jauh dari tempat dapor atau penyimpanan makanan. Reka bentuk tempat juga mesti dapat mengawal serangga perosak lalat, tikus dan lipas 4. Kerja Dokumentasi juga mesti kemaskini Label makanan mesti jelas dan terkini Rekod tarikh luput makanan dan bahan lain seperti rempah mesti ada. Jika ada masalah tidak segar, tercemar, busuk, kita dapat mengesan sumber. Tindakan dapat diambil termasuk tindakan undang-undang. Identiti pengendali, lokasi dan pembuangan makanan dapat dikenalpasti Tempat simpan, kumpul dan buang makanan juga didokumentasikan. Semua ini penting untuk elak sabotaj orang jahat/pengganas
Tamat
13