11/6/2012
Pemikiran Sederhana (al-Wasothiyah) Dalam Islam (Sesi 1)
Ust Mohd Jakfar bin Hj Embek Dip Pengajian Islam (Usuluddin), INTIS, KL PGC/ MA Muslims Community Studies, Gloucester Univ, UK
Topik Perbincangan o Kesederhanaan & Pertengahan Dalam Islam. o Ciri-Ciri Khusus Dalam Pemikiran Islam. o Beberapa kaedah fiqh mengenai amalan kesederhanaan. o Contoh-Contoh Kesederhanaan Dalam Aqidah & Pemikiran Hubungan Antara Pengikut Agama Yang Berlainan.
o Neraca Kesederhanaan Dalam Islam. o Pengertian Pelampauan Mengikut al-Quran dan al-Sunnah.
ََا َء ُ ً ِ َ ُ ُ ا َ َ َْ ُآْ ُأ ً َو َ َ َِٰ!َو َآ ۗ ِ"ًا َ ُْ "ْ َ# َ ل ُ ُ% ن ا َ ُ'َ س َو ِ َ) ا# َ Al Baqarah : 143
Dan demikian pula Kami menjadikan kamu umat yang ‘adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi atas manusia dan para Rasul menjadi saksi atas kamu.
1
11/6/2012
Maksud al-Wasothiyah :
Bahasan Arab – pertengahan, adil, terpilih dan terbaik.
Istilah ulama masakini ;
Kesederhanaan pada iktiqad (kepercayaan). Kesederhanaan dalam pemikiran hubungan antara agama.
Dalil-dalil yang mengukuhkan Islam adalah sederhana : Nas al-Quran :
ََ ْ ً ِإ ُو,-ْ َ .ُ ا/ ُ 0َ 'ُ َ “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (al-Baqarah : 286)
ًا%"ْ 1 َ ُ ا2-ِ ْ ِ"ُ ا َوَأ3ُ ا َوَأ4َ ْ ْ ُ ْ وَا َ َ ْ َ ا.َ ُ ا ا2َﺕ6 ۗ ُْ , ِ -ُ ْ 7َِ “Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatilah, dan keluarkanlah harta yang terbaik bagi diri kamu.” (al-Taghaabun : 16)
Dalil dari nas hadis Rasulullah s.a.w.
ا4 ; ) ﺕ84' < =ن ا6 , ن2" ﺕ84 ا9 !وا1 . ﺕ ا76 . ﺕ ﺏ% وأ,> ? 6 .# " ا “Laksanakan amalan mengikut kesanggupanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa jemu sehingga kamu merasa jemu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesuatu yang aku larang hendaklah kamu meninggalkannya. Dan sesuatu yang aku perintahkan kamu, lakukannya menurut kesanggupanmu”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2
11/6/2012
A4," ا-"A ﺏBCﺏ رﺏ اHدوا و,6 , .?D < أ; ا9'د اF' 9 و%,' 9'ا , وا%Fواﺏ وا%-وا و<ﺕ%Fوا وﺏ%,وا و<ﺕ%,' “Aku diutuskan dengan agama yang mudah”. (Riwayat Imam Ahmad) “Agama itu mudah, tiada seorang yang mepersulitkan urusan agama kecuali Ia akan mendapat kepayahan. Maka berusahalah mencari kebenaran, Hampiri keadilan dan bawalah kegembiraan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Permudahkan dan jangan mempersulitkan, bawalah berita gembira dan jangan membawa berita gembira dan jangan membawa berita menggerunkan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa Kaedah Yang Ada Kaitan Dengan Sederhana o Kaedah “Laa ifrat wa Laa Tafrit” o Kaedah “Raf’ul al-Haraj” o Konsep “al-Yusr” o Konsep “Tasammuh”
Ciri-Ciri Khususiyah Dalam Pemikiran Islam 1. Rabbaniyah 2. Syumuliyah 3. Umum 4. SEIMBANG (Tawazun) & SEDERAHANA (Wasothiyah) 5. Tetap (Tsabat) dan Anjal (Mutaghayirat) 6. Jelas 7. Ideal & Realistik 8. Balasan Dunia & Akhirat
3
11/6/2012
Seimbang & Sederhana Maksud o Seimbang dan sederahana bermaksud setiap sudut diberikan ruang & peluang yang cukup untuknya.
o Tidak dikurangi, tidak dilebihkan dan tidak diabaikan haknya.
o Seimbang & sederhana pada teori & praktikalnya.
Perbicangan Kumpulan Tonton video “Sang Pencerah” dan bincangkan sudut tidak keseimbangan & sederhana sudut pemahaman agama masyarakat Jawa desa yang terikat dengan tradisi dan kesukaran mereka untuk membezakan antara “‘ilmu” dengan “taqlid” (ikut buta).
Contoh Kesederhanaan Dalam Aqidah o Aqidah Islam berbeza dengan kepercayaan agama yang lain, sudut beriman kepada benda yang ghaib pada masa yang sama bersandar pada ilmu (bukti dan dalil).
o Aqidah yang menolak fahaman aqidah mulhid (atheist) dan juga menolak aqidah polytheist (banyak Tuhan).
o Aqidah yang menolak fahaman bahawa alam sejagat ini kewujudan yang hakiki (materialisme), dan juga menolak bahawa alam ini tidak punya hakikat (agnotisme).
4
11/6/2012
o Aqidah yang berada di pertengahan antara golongan yang mempertuhankan harta dan kekayaan (economic survivalism) dengan golongan (passivism) yang menganggap manusia ibarat sehelai bulu yang terapung di udara mengikut arah angin.
o Aqidah pertengahan antara fahaman yang mendewakan para nabi dengan fahaman golongan yang mendustakan para nabi dan mukjizat para nabi.
o Aqidah pertengahan antara golongan yang mendewakan akal dan ilmu, dengan fahaman yang hanya beriman pada wahyu dan benda ghaib (taqlid buta).
Contoh Kesederhanaan Dalam Pemikiran Hubungan Antara Agama Lain. o Islam agama yang hidup dalam realiti sekitaran yang berbeza dan majmuk. Kemajmukan adalah realiti fitrah alam (sunnah Allah), dan keberadaan umat Islam dalam situasi kepelbagaian adalah sebagai ujian perhubungan yang bertanggungjawab, umat dakwah dan memberi rahmat pada sekelian alam.
o Walaupun Islam adalah satu-satunya agama disisi Allah, namun Islam menerima hak dan menghormati kebebasan beragama antara umat.
o Tetapi Islam menolak fahaman syncretisme (mengadunkan) agama, dan menerima toleransi dan takaful antara umat yang berlainan.
Asas dalam Menghormati Kebebasan Beragama (m.s 4 – 23) Dari Al-Quran
o “Tiada paksaan untuk memasuki agama (Islam)….” o “Dan jika Allah menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman semuanya ?”
5
11/6/2012
Dari Sirah Rasulullah o Petunjuk daripada Piagam Madinah dalam mengiktiraf kebebasan hubungan antara umat berlainan agama.
o Saiyidina Umar al-Khatab memberi amaran kepada penduduk al-Quds yang beragama Kristien untuk melakukan ibadah mereka di gereja dan memakai salib.
o Rasulullah diajar untuk membalas kejahatan dengan kebaikan, samada ketika di Mekah maupun di Medina. (al-Quran, Fussilat : 34)
Perbincangan Kumpulan
o Tonton video “fitnah” dan jelaskan dimanakah kesilapan beberapa dakwaan yang menjelaskan kononnya Islam mengajar kekerasan dan perang kepada orang bukan Islam.
Pengertian Pelampauan (m.s 27- 37) Kuiz 1. Berikan maksud sesat atau melampau dalam surah al-Fateha ? 2. Mengapa umat Islam senantiasa diingatkan agar tidak termasuk dalam golongan di atas dan minta diberi petunjuk dalam kehidupan ?
3. Lihat ayat surah al-Baqarah: 229 dan beri tafsiran ulama daripada ayat diatas.
4.
Apa pengertian “istiqamah” oleh Syed Qutb daalam surah Hud: 112
5. Barikan beberapa istilah yang membawa maksud melampau dalam alQuran ?
6. Berikan maksud 2 jenis pelampauan dan jelaskan sudut syarak dan para ulama.
6
11/6/2012
Latihan Analisa 1. Baca pada bab perspektif masyarakat bukan Islam di dunia dan antarabangsa dan pemerintah Singapura (39 – 101).
a. Berikan respon anda mengenai beberapa perspektif orang
bukan Islam di atas. (Respon anda hendaklah tidak melebehi 5 muka surat).
b. Berikan beberapa pengalaman sebenar anda di luar bagi mengukuh jika pandangan di atas adalah benar-benar berlaku.
2. Berdasarkan pada kedua rencana “Mengapa Perlu Emosi” & “Cegah Aliran Salah Pengaruhi Minda” dalam buku “Menunggak Nilai, Melurus Faham (2008)” lakukan reviu bagaimana sewajarnya umat Islam Singapura bertindak mengatasi beberapa isu sensitif atau salah tanggap orang bukan muslim terhadap masyarakat muslim minoriti. (Reviu anda dalam 2 muka surat).
7