Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam Malaysia Berhad
LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK
(Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Peribadi-i. Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam surat tawaran / nota jemputan. Dapatkan penerangan daripada institusi anda sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma-terma umum). 1.
Pembiayaan Peribadi-i
Apakah kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam?
Kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan bercagar/tidak bercagar bagi memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan sama ada kadar tetap atau kadar boleh ubah. 2.
Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?
Konsep Syariah yang diguna pakai adalah Tawarruq. Ilustrasi struktur product adalah seperti gambarajah dibawah:
PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ Pelanggan menyelesaikan jumlah yang perlu dibayar kepada Bank (Pokok + Untung) dengan kaedah ansuran yang telah dipersetujui
Broker 2 Bertindak sebagai agen yang telah 5 dilantik pelanggan, Bank menjual komoditi kepada broker 2
7 Bank mengkreditkan akaun pelanggan dengan hasil jualan komoditi
6
Bank Islam
4
Pelanggan meminta Bank sebagai Agen Jualannya untuk menjual komoditi di pasaran
2 Bank membeli komoditi dari Broker 1 Broker 1
Klien
3 Bank menjual komoditi kepada pelanggan pada Harga Jualan Bank (Pokok + Untung) atas syarat tangguh
1
Bank mendapatkan dokumen transaksi Tawarruq dari pelanggan
3.
Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?
Jumlah Amaun Pembiayaan
Pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan maksimum sebanyak RM 200,000 atau lebih sekiranya dijamin dengan cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank.
Tempoh
Dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 10 tahun (120 bulan). Muka surat 1 dari 6 Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Peribadi-i Jualan Bank Islam Malaysia Berhad BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
Kadar Keuntungan
Anda boleh memilih salah satu dari dua jenis kadar: Kadar Tetap atau Kadar Terapung Kadar Tetap 1-10 tahun – dari 4.99% hingga 7.00% setahun. Kadar Terapung 1-3 tahun – Kadar Asas (KA) + 1.30%% setahun atau Kadar Asas (KA). 4-10 tahun - Kadar Asas (KA) +2.60% setahun atau Kadar Asas (KA).
Kadar Keuntungan Efektif
4.
Apakah tanggungjawab saya?
Jumlah ansuran bulanan
Dari 5.20% hingga 11.69% bergantung kepada tempoh pembiayaan. Ansuran bulanan dikira mengikut formula di bawah: Kadar Tetap : ((P x R x T) + P) / t, di mana: P = Jumlah Pembiayaan Diluluskan R = Kadar keuntungan setahun T = Tempoh kemudahan dalam tahun t = Tempoh kemudahan dalam bulan
Kadar Terapung: 12 * T P
R 1+
1200
1200
12 * T R 1+
- 1 1200
Di mana: P = Jumlah pembiayaan yang diluluskan R = Kadar keuntungan setahun T = Tempoh kemudahan dalam tahun
Anda adalah diminta untuk memilih sama ada Potongan Gaji atau Pindahan Gaji dengan pindahan dana auto atau Arahan Tetap untuk bayaran ansuran bulanan. Anda adalah diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi diwajibkan untuk Muka surat 2 dari 6 Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Peribadi-i Jualan Bank Islam Malaysia Berhad BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
membayar ansuran bulanan. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa. 5.
Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu saya bayar?
Duti setem (sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Duti Setem 1949 (Semakan semula 1989). Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM 50.00. 6% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan. Pembatalan kemudahan yang diberikan Anda perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan.
6.
Adakah Bank Islam memerlukan bayaran pendahuluan?
Tidak. Bank Islam tidak memerlukan ansuran bulanan sebagai bayaran pendahuluan. Walaubagaimanapun sekiranya kaedah pembayaran adalah melalui Arahan Tetap, Bank Islam akan meminta 2 bulan bayaran pendahuluan.
7.
Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?
Jika anda gagal untuk memenuhi tanggungjawab anda tepat pada masanya:1.
Caj Pembayaran Lewat Bank akan mengenakan Ta’widh (ganti rugi ke atas caj pembayaran lewat) kepada anda seperti berikut:•
Sebelum tarikh matang kemudahan pembiayaan Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh; Formula: Bayaran tertunggak x 1% x Jumlah hari tertunggak / 365
•
Selepas tarikh matang kemudahan Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada); Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365
•
Hutang selepas penghakiman Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365
Nota : Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.
Muka surat 3 dari 6 Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Peribadi-i Jualan Bank Islam Malaysia Berhad BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
2.
Sekiranya berlaku kemungkiran • Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada pelanggan, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada pelanggan dan/atau penjamin. • Bank berhak untuk mendebit sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan pelanggan yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini. • Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk memberi maklum balas terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual. • Tindakan undang-undang terhadap pelanggan boleh memberi kesan kepada penarafan kredit pelanggan yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda. • Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank.
8.
Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang?
Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan, Bank berakujanji untuk memberi anda Ibra’ (rebat) yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh semasa penyelesaian. Formula Ibra’ (rebat): Ibra’/rebate ke atas penyelesaian awal = Keuntungan Tertangguh. Nota: i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan – Keuntungan Terakru. ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan = Harga Jualan – Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan). iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas baki Harga Belian belum selesai (atau jumlah Pembiayaan) yang dikeluarkan (atau digunakan).
9.
Adakah saya memerlukan perlindungan takaful?
Ya. Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi (“PFTP”) adalah disyaratkan bagi melindungi pelanggan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Perlindungan (“PFTP”) ini boleh diperolehi dari Pengendali Takaful yang telah dilantik oleh pihak Bank. Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk melantik pengendali Takaful yang lain namun perlu diuruskan sendiri oleh pelanggan.
Untuk kemudahan bercagar, perlindungan takaful adalah tidak diwajibkan.
10. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?
Jika anda tidak memenuhi keperluan kredit minimum, Bank mungkin akan memerlukan seorang / lebih penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda untuk menghantar permohonan.
11. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran perhubungan saya ?
Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kami dengan segera sebarang perubahan kepada butiran perhubungan bagi memastikan semua urusan surat menyurat sampai kepada anda dalam tempoh yang ditetapkan.
12. Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan cara penyelesaian?
Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran ansuran bulanan, anda perlu Muka surat 4 dari 6 Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Peribadi-i Jualan Bank Islam Malaysia Berhad BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
menghubungi kami dengan segera untuk membincangkan pilihan pembayaran. Anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Pusat Panggilan Bank Islam Malaysia Berhad th 17 Floor, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900 Email:
[email protected]
Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan khidmat percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang seseorang. Anda boleh menghubungi AKPK di: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-88-2575 Email:
[email protected] Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Feedback Channel & Distribution Department (Jabatan Rangkaian & Pengagihan Maklum Balas) Level 18, Menara Bank Islam No 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2782 1284 Fax: 03 2782 1337
Email:
[email protected]
Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515 Email:
[email protected]
13. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Pembiayaan Peribadi-i, sila rujuk kepada buku kecil bankinginfo berkenaan pembiayaan peribadi-i, yang boleh didapati di semua cawangan kami dan di laman web www.bankinginfo.com.my. 14. Pakej-pakej lain Pembiayaan Peribadi-i yang ada?
Selain pakej biasa yang ditawarkan, pakej lain yang boleh didapati adalah: i. Pembiayaan bukan pakej. ii. Pembiayaan bercagar. Muka surat 5 dari 6 Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Peribadi-i Jualan Bank Islam Malaysia Berhad BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014
PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL KE ATAS ANDA SEKIRANYA ANDA GAGAL UNTUK MEMBAYAR ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i ANDA. Maklumat yang diberi di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai dari _______ (hh/bb/tttt) / The information provided in this disclosure sheet is valid as at _____________ (dd/mm/yyyy). Nota: 1. Maklumat di atas adalah untuk kegunaan ilustrasi sahaja. Keuntungan dan caj-caj mungkin akan berubah dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank. 2. Maklumat yang diberikan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga tarikh terkini. 3. KPA/KA yang ditunjukkan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tertakluk kepada perubahan.
Muka surat 6 dari 6 Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Peribadi-i Jualan Bank Islam Malaysia Berhad BU/PDS/ Pembiayaan Peribadi-i Jualan/Versi 1.0/2014