PEMBELAJARAN PENYIARAN DRAMA CINTA DAN WAHYU, TV AL-HIJRAH MENURUT NERACA MASLAHAH-AL MURSALAH Mohd Huefiros Efizi bin Husain, Mohd Nasir bin Abd Majid Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia E-mel:
[email protected],
[email protected] Abstrak Kedudukan hukum dalam kehidupan masyarakat merupakan keutamaan sejak dari zaman mula Islam, ini kerana hukum merupakan agen penentu sosial terhadap perubahan-perubahan yang berlangsung di dalam kehidupan seharian manusia dan berfungsi mewujudkan kemaslahatan umat manusia. Hal ini sesuai dengan syariat yang bertujuan memberikan kemanfaatan dan menghilangkan kemudharatan untuk kepentingan masyarakat. Justeru, perkembangan dunia hari ini menuntut kepada kaedah istinbat hukum melalui ijtihad para ulama’ menyelesaikan isu-isu baharu muncul yang tiada dirakamkan dari sumber-sumber utama perundangan Islam antaranya Maslahah al-Mursalah. Ia meliputi definisi, dalil, prinsip, penghujahan dan peranannya dari para mujtahid berkaitan. Permasalahan kajian di dalam kertas kerja ini mengkaji aplikasi Maslahah alMursalah sebagai sumber penetapan hukum Islam yang diterapkan di dalam drama Cinta dan Wahyu, TV Al Hijrah. Kajian ini mendapati penerapan Maslahah al-Mursalah sangat ketara melalui beberapa babak antaranya ciri-ciri pekerja baharu yang diperlukan di dalam sesebuah syarikat, sistem pembelajaran di pondok dan membangunkan perniagaan makanan sunnah. Selain itu kertas kerja ini mampu menjadi bahan rujukan TV Al Hijrah selaku stesen televisyen pertama berteraskan dakwah islamiah di dalam pemilihan produk dan penyiaran sesebuah drama serta bersaing bersama stesen-stesen televisyen yang lain dalam melestarikan industri penyiaran drama di Malaysia. Kata Kunci: Maslahah al-Mursalah, Drama Cinta dan Wahyu, TV AlHijrah.
1
Pendahuluan : Allah menurunkan agama Islam sebagai agama memberikan keindahan kehidupan di dunia dan akhirat. Adapun sumber perundangan oleh Allah adalah untuk merealisasikan agama suci ini sebagai pegangan yang utuh dan menjamin kesejahteraan di muka bumi ini.1 Sesiapa hamba-Nya yang mengikuti ajaran Islam maka akan menemui hikmah dan sebaliknya kepada sesiapa yang mengingkarinya. Al-Quran mencakupi kaedah-kaedah atau sistem kehidupan manusia yang lengkap menerusi permasalahan di dunia dan akhirat dengan istinbat hukum atas kemaslahatan manusia. Persoalan-persoalan hukum dalam pelbagai aspek yang dahulunya tidak muncul, telah muncul pada era moden ini. Ia menuntut kepada hukum Islam hari ini mencari jawapan agar umat Islam menjalani kehidupan dengan penuh tertib, berlandaskan syariat dari segenap aspek. Hubungan antara teori hukum dan perkembangan semasa merupakan suatu persoalan asas dalam falsafah hukum. Maslahah al-
Mursalah adalah prinsip mencari kemaslahatan hasil ijtihad para ulamak yang berupaya mengembangkan hukum Islam dan berusaha untuk mencari jalan keluar dari permasalahan yang dihadapi. Maslahah al-Mursalah merupakan dalil syarak selepas al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan tergolong di dalam al-Qiyas. Di sebalik penerimaan para mujtahid sebagai sumber hukum, terdapat sebahagiannya menentang penerimaan dan pelaksanaan sumber hukum ini atas alasan tersendiri.2 Berdakwah melalui media contohnya drama, merupakan salah satu saluran penyampaian isi dakwah kepada sasaran penonton. Ia bertujuan menjaga kemaslahatan masyarakat dewasa ini dengan paparan acuan peraturan kehidupan seharian yang benar melalui tauladan yang disiarkan. Drama mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu mencorakkan tingkah laku dan sikap penonton. Keistimewaan ini menyebabkan drama amat berguna dalam menyampaikan isi dakwah. TV AlHijrah tampil sebagai stesen televisyen yang meletakkan drama jenis patuh syariah sebagai syarat penyiarannya.3 Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan menghuraikan sejauh mana konsep Maslahah al-Mursalah diterapkan ke dalam drama Cinta dan Wahyu yang disiarkan di stesen televisyen tersebut di negara ini. 1
Abu Ishak Al-Syatibu, al-Muwafaqat fi usul al-Syariah, tahqiq : Abdullah Darraz, ( Beirut : Dar al-Fikr, t.th. ), vol.ii, h.6 2 Abdul Aziz Dahlan “As-Shawkani ; Suplemen Ensiklopedia Islam, vol.2, ( Jakarta : PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2001 ), 189. 3 Sumber web utama TV AlHijrah, www.tvalhijrah.com
2
METODOLOGI KAJIAN Kaedah kajian merupakan kaedah yang sistematik untuk menyelesaikan permasalahan kajian. Ianya boleh difahami sebagai ilmu untuk mengkaji bagaimana kajian itu dijalankan secara ilmiah, Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data dan bertujuan untuk memahami secara mendalam fenomena berkaitan persoalan kajian. Kajian kualitatif ini juga bertujuan menilai Maslahah al-Mursalah di dalam drama Cinta dan Wahyu dan menjadi pembelajaran kepada penonton dan pihak berwajib.
Metod Pengumpulan Data Metod pengumpulan data dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan (library research). Ia diperolehi ke atas penulisan dan dokumen bertulis yang dapat memberikan keterangan dan digunakan sebagai bukti yang sahih tentang suatu kenyataan. Ini merangkumi sumber-sumber dalam bentuk dalil dari al-Quran, as-Sunnah, buku-buku, jurnal, disertasi, prosiding seminar, kertas kerja dan laman web. Data yang diperolehi dihimpun, dikaji dan menjadi panduan dalam mengenalpasti kaedah yang terbaik Maslahah al-Mursalah di dalam drama Cinta dan Wahyu.
Metod Analisis Data Dalam menganalisis data, pengkaji secara umumnya menggunakan metod analisis deskriptif kualitatif iaitu dengan menilai mutu dan kesahihan data tersebut. Metod ini adalah satu kaedah untuk menganalisa data yang terhasil melalui teori-teori dan pemikiran yang ada iaitu membuat kesimpulan yang bersifat khusus.
Tinjauan terhadap Maslahah al-Mursalah 1. Definisi Maslahah al-Mursalah Menurut Imam ar-Razi Maslahah berasal dari kata tunggal susunan huruf sod lam ha )(ص ل ح dan kata jamak al-Masolih yang membawa maksud kemaslahatan, kemanfaatan dan kebaikan dan berlawanan dengan maksud kerosakan dan kemudharatan. Surah al-Baqarah ayat 11 membawa maksud : “Dan apabila dikatakan kepada mereka “Janganlah kalian membuat kerosakan di muka bumi, mereka menjawab “Sesungguhnya kami orang-orang yang melakukan kebaikan.”.
3
Maslahah menurut Ibnu al-Manzur adalah kemanfaatan, berbeza dengan kerosakan.4 Berdasarkan definisi di atas, jelas menunjukkan Maslahah dengan membawa maksud kebaikan dan kemanfaatan berselisih dengan kata mafsadah iaitu membawa kerosakan dan kemudharatan iaitu bercanggah dengan tuntutan syarak. Manakala Maslahah menurut istilah menampakkan perbezaan pendirian dari kalangan para ulamak namun berpegang kepada satu tujuan iaitu memberi kemanfaatan dan menolak kemudharatan sepertimana kehendak manusia di muka bumi ini. Imam al-Ghazali menyatakan Maslahah mestilah berjalan mengikut landasan syariat dan ia bertujuan membawa kemanfaatan dan menolak kemudharatan yang menjadi sebahagian keperluan manusia. Ia bertujuan memelihara 5 keutamaan syarak iaitu agama, akal, jiwa, keturunan dan harta benda.5 Begitu juga dengan Imam al-Syatibi memahamkan Maslahah sebagai tuntutan setiap kejadian di atas muka bumi dengan membawa kemanfaatan dan menolak kemudharatan namun tidak menggunakan akal semata-mata dalam hal ini. Ia berdiri di atas prinsip jika tiada dirakamkan di dalam sumber asas al-Quran dan as-Sunnah maka ia ditolak.6 ‘Izz al-Din Abd al-Salam pula mentafsirkan Maslahah mencakupi al-khair (kebajikan), al-husn (kebaikan) dan alnaf’(kemanfaatan).7 Ada pun Najm al-Din al-Tufi memberi definisi Maslahah melalui dua perkara iaitu ‘urf dan syara’ di mana Maslahah dari sudut ‘urf ialah sebab yang menuju kepada kebaikan dan kemanfaatan. Contohnya mengaut keuntungan dari sumber perniagaan. Sedangkan Maslahah menurut syara’ ialah perkara yang membawa kepada tujuan syarak sama ada dari segi ibadat dan muamalat8. Oleh yang demikian, definisi Maslahah dari segi istilah di atas memberi gambaran bahawa Maslahah adalah sesuatu yang tidak disyariatkan menerusi dalil-dalil utama terdahulu malah ia hasil dari ijtihad para ulamak di atas tujuan memberi kebaikan dan kemanfaatan dan menolak segala kerosakan akan tetapi berlandaskan syariat islam. Imam al-Ghazali menggariskan panduan kepada Maslahah dengan memelihara 5 keutamaan demi membawa kesejahteraan di
4
Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Beirut : Dar al-Fikr, Jil. 2, h. 516. Al-Ghazali, al-Mustashfa, Jil. 1, h. 174. 6 Al-Syatibi, al-I’tisam : Dar al-Rahmat, jil. 1, h. 352. 7 ‘Izz al-Din ibn Abd al-Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Kaherah : Maktabah al-Kulliyyat alAzhariyyah 1994, Juz 1, h. 5. 8 Najm al-Din al-Tufi, Syarah al-Arba’in al-Nawawiyah, h. 19, Mustafa Zaid, al-Maslahah fi al-Tasyri’ al-Islamiy wa Najm al-Din al-Tufi, 1964M, Dar al-Fikr al-‘Arabiy, h. 211. 5
4
muka bumi ini. Justeru Maslahah memberi gambaran bahawa pensyariatan islam memenuhi setiap ruang kegunaan manusia dan mengikut peredaran masa. Maslahah al-Mursalah menurut Imam al-Ghazali disifatkan sebagai dalil yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam nas-nas syarak sebelum ini tentang penghujahan dan penerimaannya sebagai sumber peletakan hukum dan tiada juga penolakannya9. Ini membuktikan Maslahah al-Mursalah mampu menjadi panduan menyelesaikan hal-hal yang berteraskan syarak yang berlaku walau tiada dalil sahih ke atasnya. Al-Shatibi mengeluarkan tafsiran Maslahah al-Mursalah adalah penetapan maslahah yang tiada sandaran kukuh secara khusus mengenai kebolehan dan juga penafian terhadapnya dari sumber hukum terdahulu dan ia mestilah berlandaskan syarak islam10. Justeru, Maslahah al-Mursalah dilihat satu metodologi hukum islam yang tiada pertentangan ke atasnya dari nas-nas utama bahkan ia menjadi pengantara kepada jawapan kemaslahatan yang timbul. Imam at-Tufi menerangkan Maslahah alMursalah adalah dalil yang tidak kelihatan padanya mengikut syarak sama ada ditolak atau diterima bersama11. Oleh yang demikian Maslahah al-Mursalah menjadi sebab kepada mencapai kemanfaatan dan memperoleh kebaikan serta menepikan segala kemudharatan seperti keuntungan yang diraih adalah disebabkan oleh urusan perniagaan. Ini dapat dirumuskan bahawa Maslahah al-Mursalah ini satu tatacara istinbat hukum melibatkan ibadat dan adat yang memberi kebaikan dan kesejahteraan sekalian manusia dan menolak segala kemudharatan berteraskan syariat yang tidak dijumpai secara tepat di dalam nas-nas syarak. Ia juga tiada dalil dalam menyatakan penerimaan atau penolakannya secara hakikat kepada penetapan hukum islam. Bertepatan dengan tujuan penetapan hukum islam menerusi al-Quran dan as-Sunnah dalam memberi kemaslahatan pelbagai sudut kehidupan bagi mencapai keharmonian kepada penganut agama Islam melalui hikmah dan illat12. Bertepatan dengan firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : “Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
9
Al-Ghazali, al-Mustasfa, h.174, ar-Razi, al-Mahsul, jil. 6, h. 221, al-Amadi, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jil. 3, h. 315. 10 Al-Shatibi, Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Lakhmi al-Shatibi, al-I’tisam, Riyad : Maktabah al-Riyad al-Hadithah, h. 115 11 At-Tufi, Syarah Mukhtasar ar-Raudhah. Jil, 3, h. 206. 12 Ibn Asyur, Tahir ibn Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyah. Tunis : Dar Suhnun, Kaherah : Dar al-Salam, 2006M, h. 12.
5
Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”
2. Sejarah Maslahah al-Mursalah Keistimewaan pensyariatan islam adalah memiliki pelbagai sumber dalam penetapan hukum ke atasnya. Ianya bertitik tolak kepada tujuan mencapai kesejahteraan dan membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Selain al-Quran dan hadith sebagai sumber utama hukum, hadir Maslahah alMursalah sebagai pelengkap penetapan hukum kepada perkara yang baru muncul hasil ijtihad para ulamak. Amalan ini bermula sejak zaman para sahabat a.s dan berterusan kepada zaman tabi’in, imam-imam mazhab dan sehingga kini. Berikut adalah sejarah Maslahah al-Mursalah : i. Pengumpulan al-Quran al-Karim bermula zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Wujud perbalahan pendapat pada awalnya terhadap usaha ini setelah melihat tiada dalil khusus terhadap suruhan pengumpulan ayat-ayat suci al-Quran yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w pada zaman ini namun setelah melihat kemaslahatan akan datang dan khuatir dengan syahid sebahagian para huffaz al-Quran dan kehilangan ayat-ayat al-Quran di dada-dada umat Islam, maka usaha ini disambut baik dan diterima umum. Maksud ayat 9 dari Surah al-Hijr ialah: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.” ii. Perlantikan Saidina Umar al-Khattab a.s sebagai khulafa’ ar-rasyidin. Dakwah satu perihal yang mesti diteruskan walau setelah kewafatan Rasullah s.a.w. Begitu juga dengan perlantikan kuasa pemimpin kepada umat. Walau tidak dinyatakan di dalam hadith ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, perlantikan Saidina Umar a.s selepas Saidina Abu Bakar dilihat sebagai menjaga kemaslahatan kelangsungan tampuk pimpinan dan membawa kemanfaatan13. iii. Hukuman lapan puluh sebatan kepada peminum arak. Tujuan dikenakan hukuman kesalahan minum arak dengan lapan puluh sebatan pada zaman khulafa’ rasyidin sebagai tambahan dari empat puluh sebatan pada asalnya kerana memandang serius terhadap kesalahan ini yang semakin menular di kalangan ummat ketika itu dan menjaga kemaslahatan dengan memelihara kesihatan akal14.
13 14
Al-Buthi, Dhawabit al-Maslahah, h. 309 As-Syatibi, al-I’tisam, h. 356
6
Kesimpulan dari rentetan sejarah Maslahah al-Mursalah ini menunjukkan keupayaan para ulamak mencari kesepakatan dalam menghasilkan hukum terhadap perkara yang berlaku namun tidak dijumpai dalil khusus dan suruhan atau larangan ke atasnya dari nas-nas terdahulu. Ini kerana Islam memperkenalkan kasih sayang (rahmat) dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip keadilan (‘adalah) dan Maslahah al-Mursalah hadir melengkapi keperluan manusia dalam mencari kemanfaatan, kebaikan dan terhindar dari segala kerosakan agar mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Drama ‘Cinta dan Wahyu’ dan TV AlHijrah 1. Definisi drama Drama cukup dekat di hati penonton dan memberi kesan yang besar dalam perkembangan minda penonton dengan menyiarkan mesej-mesej berfaedah melalui penceritaannya. Selain itu drama memaparkan realiti kehidupan insan dan dipersembahkan melalui medium televisyen. Kamus Dewan edisi ketiga memberi definisi drama ialah sesuatu persembahan lakonan yang dipersembahka oleh para pelakon sama ada di pentas teater, radio mahupun televisyen 15. Abdul Aziz Hammudah menerangkan drama itu adalah kesenian lakonan yang memaparkan perihal kehidupan manusia di atas bumi ini namun diseliakan mengikut kehendak penonton sebagai sebuah tarikan16. Penonton hari ini semakin bijak memilih drama untuk ditonton berikutan lambakan drama di televisyen khususnya dengan paparan cerita yang mengikut selera masyarakat, mengikut arus perdana dan mampu memberi kesan secara santai dan menghiburkan. Manakala drama menurut Mana Sikana pada tahun 2006 ialah satu cabang kesenian yang dilakukan oleh para pelakon meliputi pergerakan tubuh, lontaran suara, pemilihan pakaian dan penghayatan di dalam jiwa mengikut teknik dan peraturan tertentu di hadapan penonton17. Oleh yang demikian, syarikat penyiaran dan penerbit drama mestilah berganding bahu dalam memastikan drama yang dipilih untuk disiarkan mencapai kualiti dan standard dari segi pelbagai cabang seperti mesej disampaikan, lakonan dan pengurusan teknikal drama yang dimahukan supaya ia mampu memberi manfaat dan mencegah dari segala kemudharatan. Maksud firman Allah s.wt di dalam Surah al-Imran ayat 110 : 15
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 315. Abd Aziz Hammudah, al-Bina’ ad-Drama, 1998. Hai’ah al-Masriah al-Ammah Lil Kitab, al-Qahera, h. 16. 17 Mana Sikana (2006), Drama Melayu, Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 3. 16
7
“Kalian adalah ummat yang terbaik yanf dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan menghindarkan dari mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik dari mereka di antara mereka yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq.”
Kesimpulan dari himpunan definisi drama di atas, jelas menunjukkan drama adalah satu jalinan yang menghubungkan sesama masyarakat dan salah satu faktor pembentukan budaya yang dipersembahkan dalam bentuk lakonan melalui medium-medium tertentu seperti televisyen dengan mengikut caranya tersendiri.
2. Drama Cinta dan Wahyu Kajian ini mengkhususkan kepada drama bersiri ‘Cinta dan Wahyu’ yang diadaptasi dari novel Kala Cinta dan Wahyu Bersatu karangan A.Ubaidillah Alias. Drama 12 siri bersiaran pada tahun 2013 di TV AlHijrah terbitan Syarikat AlKahfi Pictures ini adalah rentetan dari drama ‘Warkah Cinta’ yang juga diadaptasi dari novel iaitu Warkah Cinta Berbau Syurga. Antara nama watak-watak utama dalam naskhah ini ialah Amir Mukhlis, Balqis, Tasnem, Amelia dan Izzudin. Selain memaparkan pergolakan cinta antara muda mudi berlandaskan ajaran islam, drama yang diarahkan Sutradara Mior Hashim Manap ini menunjukkan sisi berbeza berbanding drama-drama lain. Pengkaji tertarik dengan kewibawaan agamawan iaitu Graduan Universiti Al-Azhar, Mesir terjun ke medan masyarakat dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, sukarelawan dan pekerja pejabat sebahagian yang dipaparkan di dalam naskhah ini. Selain itu drama yang memilih lokasi penggambaran di Malaysia dan Kemboja ini turut menyelitkan kehidupan pengajian agama di pondok secara ringkas. Drama yang bersiaran 1 jam setiap episod ini tidak lari dari memberi pengajaran melalui tema percintaan patuh syariah, kekeluargaan, persahabatan dan hubungan sesama saudara seagama yang pasti memberi panduan kepada penonton tentang tatacara kehidupan islam yang baik. Justeru pengkaji akan mengkaji dan menghuraikan secara terperinci Drama Cinta dan Wahyu ini dari sudut pandang Maslahah al-Mursalah yang boleh dijadikan sebagai pembelajaran kepada penerbit, syarikat penyiaran, penonton khususnya dan masyarakat amnya. Berdiri di atas prinsip membawa kemanfaatan dan menghindarkan kemudharatan di mana suruhan dan tegahannya
8
tidak dijumpai secara khusus di dalam Al-Quran dan as-Sunnah namun berlandaskan syariat islam yang tepat. 3. TV AlHijrah
TV AlHijrah merupakan stesen televisyen hak milik kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation dan memulakan operasi pada September 2009 di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Selari dengan jumlah peratusan tertinggi rumah di semenanjung Malaysia didiami oleh orang Melayu yang dilengkapi televisyen iaitu 63% mewakili 12237 juta, manakala 27% atau 5.1 juta terdiri dari Cina dan diikuti India iaitu 1.9 juta atau 10%18, TV AlHijrah hadir sebagai saluran televisyen digital Islam pertama di Malaysia dan menerbitkan pelbagai rancangan yang menarik berlandaskan pensyariatan islam dan kualiti bahan penyiaran bersifat universal. Sejajar dengan perkembangan Islam melalui media visual dan audio, TV AlHijrah dilihat selari dengan acuan falsafah komunikasi Islam iaitu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dan menjadi contoh kepada yang lain untuk mendaulatkan nama Islam ke seluruh dunia19 dengan ajaran amar makruf nahi mungkar. Secara tidak langsung kita tidak perlu lagi berpegang utuh kepada pembentukan etika komunikasi dari barat yang sememangnya terpesong dari ajaran Islam yang tepat. Objektif utama penubuhan TV AlHijrah ialah menjadikan sebuah stesen televisyen yang mampu menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk berteraskan Islam, kedua sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut perspektif Islam, ketiga memperkenalkan kepada masyarakat Malaysia bahawa Islam itu cantik, menarik, indah dan Islam sebagai “way of life”. Selain itu objektif keempat berusaha membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia terutamanya di kalangan remaja dan pemuda, kelima agen penangkis propaganda negative terhadap Islam dari dalam dan luar negara dan terakhir berhasrat murni menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa. Daripada objektif yang diperkenalkan oleh TV AlHijrah di atas, jelas menunjukkan TV AlHijrah mengambil serius usaha memartabatkan Islam bukan sahaja ditujukan sesama Muslim malah dengan masyarakat berbilang agama dan bangsa melalui medium penyiaran televisyen dengan pendekatan tersendiri di samping membangunkan industri penyiaran Islam. TV AlHijrah hari ini setanding stesen 18
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_DakwahdiTVperlukreativiti/Article/index_html. Mohd Safar Hashim (2009). Islam Sebagai Asas Falsafah Komunikasi, Zulkiple Abd. Ghani, Komunikasi Di Malaysia : Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, Bangi Malaysia; Institut Islam Hadhari, h. 19-34. 19
9
televisyen yang terdahulu daripadanya di Malaysia dalam bersaing menghasilkan produk yang berkualiti dan mengikut selera penonton.
DAPATAN KAJIAN Pengkaji akan membincangkan perkara-perkara yang menepati konsep Maslahah al-Mursalah di dalam drama 12 episod Cinta dan Wahyu yang disiarkan di TV AlHijrah terbitan syarikat AlKahfi Pictures.
1. Penulis skrip dari kalangan agamawan. Skrip drama Cinta dan Wahyu ini ditulis oleh Ust. A. Ubaidillah bin Alias dari Kota Bharu. Jika diimbas sejarah pendidikan, beliau merupakan Graduan Fakulti Syariah dan Undangundang, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dan bergiat aktif menulis novel bertemakan islamik antaranya Warkah Cinta, Cinta Kembali Bertasbih dan Mengintai Cinta Khalifah. Melihat kepada judul karya-karya ini jelas menampilkan sisi cinta antara lelaki dan wanita berlandaskan Islam dan menjaga hubungan antara makhluk dengan Allah Taala. Drama Cinta dan Wahyu tidak terkecuali dengan mengangkat tema yang sama dan memperkenalkan jalan cerita yang tersendiri. Ini dilihat satu usaha yang boleh dibanggakan dalam memberi kemanfaatan dan menolak kemudharatan apabila skrip drama yang berunsurkan Islam itu ditulis sendiri oleh individu yang berkelayakan. Hasilnya jalan cerita yang disiarkan memenuhi etika patuh syariah walau di dalam lakonan antara lelaki dan perempuan seperti menjaga aurat, pergerakan dan pemakaian.
2. Pemilihan pekerja Episod 5 di dalam drama ini menunjukkan cara pemilihan pekerja yang akan menguruskan bahagian agama dalam sesebuah institusi melalui sesi temuduga antara beberapa orang calon. Ciri-ciri yang dimahukan adalah bagaimana seseorang pekerja itu mampu memakmurkan bilik ibadat yang tersedia, mengatasi masalah sosial di kalangan pekerja di situ dan menjadi pekerja ikutan yang lain menerusi soalan yang diajukan ketika sesi temuramah di dalam babak pada minit 25.25 sehingga 31.03. Ini bertujuan mengharapkan kelestarian dan keharmonian sektor pekerjaan dengan berteraskan syariat Islam. Kita dapat meneladani kisah perlantikan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah ar-Rasyidin selepas Saidina Abu Bakar 10
as-Siddiq bagi meneruskan deligasi kepimpinan dan dakwah Islamiah yang tergolong di dalam Maslahah al-Mursalah dengan membawa kebaikan dan menolak kebatilan kepada agama.
3. Jual beli produk makanan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Di dalam al-Quran dan as-Sunnah banyak menceritakan tentang perihal hukum berjual beli dan berkaitan makanan. Ia banyak dibahaskan oleh para ulamak dengan peringkat-peringkat tertentu supaya manusia dapat mengenal halal dan haram sesuatu perkara. Namun tiada dalil khusus melibatkan ciri-ciri jual beli makanan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Dewasa ini menyaksikan kemajuan teknologi menyebabkan manusia mencari idea dan berfikir untuk menghasilkan sesuatu atas keperluan mengikut acuan yang dihalalkan. Contohnya makanan sunnah campuran susu kambing dan buah-buahan seperti kurma. Ia boleh dicadangkan kepada pengguna untuk kesihatan tubuh badan di mana kedua-duanya mempunyai khasiat yang tersendiri. Begitu juga yang disampaikan melalui drama ini, perniagaan makanan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w seperti susu kambing campuran madu dan madu campuran habbatus sauda’ mendapat perhatian dari penduduk setempat dengan memilihnya sebagai penawar kesihatan dan dijadikan amalan harian.
4. Pembinaan pam air Atas dasar tanggungjawab dan kebajikan sesama manusia, drama ini juga memaparkan usaha rombongan rakyat Malaysia ke Kemboja. Ia bukan hanya menghulurkan sumbangan berbentuk kerohanian dengan penyebaran dakwah dan pendidikan kepada penduduk setempat yang kurang bernasib baik sahaja, malah sumbangan berbentuk material dengan pembinaan pam air di kawasan yang sukar ditemui air bersih. Sumbangan ini bertujuan memberi kemudahan memperoleh air yang bersih untuk dimanfaatkan di dalam ibadat, makanan dan kegunaan harian yang lain. Secara tidak langsung perihal ini dapat menjauhkan dari segala kemudharatan. Ini boleh dilihat pada episod 11, minit 31.00 di dalam drama tersebut.
11
5. Masjid menggunakan kubah selain kubah kebiasaan Kubah merupakan simbolik pembinaan masjid dan melambangkan kedaulatan agama Islam. Senibinanya di Malaysia pada kebiasaan berbentuk separa bulat beserta simbolik bulan sabit dan bintang dan diletakkan di tengah bumbung masjid. Bukan itu sahaja, terdapat menara di sebelahnya yang berbentuk tirus pada hujung. Oleh yang demikian, tiada dalil khusus menerangkan jenis bentuk kubah masjid dengan ciri-ciri tertentu. Di dalam drama Cinta dan Wahyu ini menampilkan keindahan Masjid Jubli Perak Ismail Petra atau dikenali sebagai Masjid Beijing kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam yang menyerupai Masjid Niujie di Beijing, China yang berusia lebih daripada 1000 tahun. Ini salah satu contoh yang menunjukkan Islam itu syumul dan amat menitikberatkan keindahan dan menepis segala tanggapan negatif seperti Islam adalah agama jumud dengan satu ketetapan, adat dan budaya sahaja. Ternyata senibina ‘Masjid Beijing’ yang terletak di Rantau Panjang, Kelantan ini meraikan seluruh umat Islam tidak kira latar belakang bangsa yang berbeza namun menganuti agama yang satu.
KESIMPULAN Maslahah al-Mursalah merupakan sumber hukum yang disepakati hasil ijtihad para ulamak selepas nas-nas utama di dalam pensyariatan Islam. Tiada dalil yang jelas menunjukkan Maslahah al-Mursalah ini diterima atau ditolak untuk diamalkannya. Fungsi konsep ini adalah memberi kemanfaatan dan menghilangkan kemudharatan bersandarkan syariat Islam dengan memberi kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak berserta syarat tidak bercampur dengan hawa nafsu dan emosi. Ia bermula sejak zaman para sahabat selepas kewafatan Rasullah s.a.w dalam mencari jawapan di atas hukum-hukum baharu muncul berikutan perubahan masa dan situasi. Melihat kepada kepentingan menyebarkan ajaran Islam di zaman sains dan teknologi ini, drama menjadi pengantara terdekat di antara manusia dan Islam dengan meneladani setiap nilai-nilai murni dan patuh syariah yang dipaparkan. Drama bukan hanya ditonton dari sudut pelakon yang terlibat dan perjalanan sebuah penceritaan sahaja malah harus di teliti perkara-perkara yang boleh dikategorikan memberi kebaikan dan menolak keburukan yang tidak dijumpai penetapannya di dalam sumber perundangan Islam yang asal tetapi bersesuaian syariat Islam. Jelas kelihatan aplikasi konsep Maslahah al-Mursalah di dalam drama Cinta dan Wahyu. Justeru konsep Maslahah al-Mursalah ini mampu memberi panduan kepada TV AlHijrah dalam 12
pemilihan skrip drama dan melestarikan industri dan ekonomi di dalam bidang penyiaran drama dengan peningkatan kualiti produk yang terhasil. RUJUKAN Al-Quran al-Karim Abdul Aziz Dahlan “As-Shawkani ; Suplemen Ensiklopedia Islam, vol.2, ( Jakarta : PT Ichtiar Baru Van Hoeve, 2001 ). Abd Aziz Hammudah, al-Bina’ ad-Drama, 1998. Hai’ah al-Masriah al-Ammah Lil Kitab, al-Qahera, h. 16. Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Lakhmi al-Syatibi, al-Muwafaqat fi usul al-Syariah, tahqiq : Abdullah Darraz, ( Beirut : Dar al-Fikr, t.th. ). Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim ibn Musa al-Lakhmi al-Syatibi, al-I’tisam, Riyad : Maktabah al-Riyad alHadithah. Al-Buthi, Muhammad Saied Ramadhan, Dhawabit al-Maslahah fi as-Syariah al-Islamiah, Muassasah arRisalah, Beirut. Al-Amadi, Ali bin Muhammad al-Amadi Abu al-Hasan, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Tahqiq : Dr. Saied Jamil, Dar al-Kitab al-Arabi – Beirut. Al-Ghazali, Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali , al-Mustasfa Min ‘Ilm al-Usul, Dar al-Fikr- Beirut
At-Tufi, Najm al-Din al-Tufi, Syarah Mukhtasar ar-Raudhah al-Qudamiyah. At-Tufi, Najm al-Din al-Tufi, Syarah al-Arba’in al-Nawawiyah. Ibn Asyur, Tahir ibn Asyur, Maqasid al-Syariah al-Islamiyah. Tunis : Dar Suhnun, Kaherah : Dar alSalam, 2006M, h. 12. Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, Beirut : Dar al-Fikr. Izz al-Din ibn Abd al-Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Kaherah : Maktabah al-Kulliyyat alAzhariyyah. 13
Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 315. Mana Sikana (2006), Drama Melayu, Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 3. Mohd Safar Hashim (2009). Islam Sebagai Asas Falsafah Komunikasi, Zulkiple Abd. Ghani, Komunikasi Di Malaysia : Satu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, Bangi Malaysia; Institut Islam Hadhari, h. 19-34. Mustafa Zaid, al-Maslahah fi al-Tasyri’ al-Islamiy wa Najm al-Din al-Tufi, 1964M, Dar al-Fikr al‘Arabiy. http:// www.tvalhijrah.com http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_DakwahdiTVperlukreativiti/Article/index_html.
14