PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KUIS Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. PELAJAR BAHARU KUIS YANG DIRAIKAN, 1. Tahniah dan terima kasih kerana memilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk memulakan langkah bagi mencapai cita-cita anda. Kehadiran anda sebagai siswa dan siswi KUIS sangat dialu-alukan. 2. Sila baca, fahami dan patuhi panduan ini sebelum hadir mendaftar di KUIS mengikut tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan seperti dalam Surat Tawaran Kemasukan. 3. PERINGATAN! Sila cetak dan lengkapkan semua Borang Pendaftaran Pelajar Baharu dan Borang permohonan.
A.
YURAN PENDAFTARAN Semua pelajar baharu KUIS dikehendaki menjelaskan yuran pendaftaran sebelum hari pendaftaran di KUIS. Yuran pendaftaran hanya perlu dijelaskan sekali sahaja dan tidak akan berulang pada semester berikutnya. BIL.
JENIS PEMBAYARAN
JUMLAH YURAN PENDAFTARAN (PELAJAR TEMPATAN)
YURAN PENDAFTARAN
B.
RM 1,000.00
KAEDAH BAYARAN YURAN PENDAFTARAN 1.
BAYARAN DI KAUNTER BANK ISLAM Pembayaran boleh dibuat di KAUNTER mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menggunakan Slip Pembayaran Bil / Bill Payment Slip.
SILA PASTIKAN NOMBOR AKAUN BANK ISLAM KUIS : 1202 9010 0517 64 digunakan untuk bayaran melalui kaunter BIMB sahaja. Bayaran perlu dibuat 5 hari sebelum tarikh pendaftaran bagi melancarkan perjalanan pada hari pendaftaran.
1|Halaman
Contoh Slip Pembayaran Slip
Pelajar perlu menggunakan Slip Pembayaran Bil / Bill Payment Slip dan melengkapkannya seperti berikut:
2.
1.
Nama
: *Sila Letakkan Nama Pelajar*
2.
No. Akaun KUIS
: 1202 9010 0517 64
3.
No Tel
: No Telefon Bimbit Pelajar
4.
Wang Tunai Ringgit
: RM1,000
5.
Bayar Kepada
: KUIS
6.
Jenis Pembayaran
: Yuran Pendaftaran
7.
No. Kad Pengenalan
: *Sila Letakkan No Kad Pengenalan Pelajar*
TUNAI/KIRIMAN WANG/WANG POS MALAYSIA ATAU CEK/ DERAF BANK Pembayaran secara tunai adalah tidak digalakkan atas faktor keselamatan. Walaubagaimanapun, pembayaran dengan kaedah Tunai/Kiriman Wang/Wang Pos Malaysia Atau Cek/ Deraf Bank boleh dibuat dan dibawa pada hari pendaftaran. Pembayaran hendaklah dibuat atas nama KUIS.
Sila simpan bukti pembayaran yuran pendaftaran dan hendaklah dibawa bersama pada hari pendaftaran untuk diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Hasil & Kewangan Pelajar (BPHKP) bagi tujuan rujukan dan proses pengeluaran resit rasmi KUIS. Untuk maklumat lanjut berkaitan yuran pendaftaran, sila hubungi pihak BPHKP, Pejabat Bendahari ditalian 03-8911 7000 sambungan 3332, 3399 atau 1214 atau emel kepada
[email protected].
2|Halaman
C.
SARINGAN PENEMPATAN BAHASA ARAB DAN INGGERIS
1. Objektif Saringan Penempatan Bahasa Arab dan Inggeris diadakan ialah seperti berikut:
Pengecualian subjek Bahasa Arab dan/ atau Inggeris Semester Satu (bagi pelajar yang mencapai tahap cemerlang dalam saringan).
Penempatan pelajar di dalam kelas bahasa mengikut keputusan saringan bahasa yang diduduki.
Memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas bahasa dan mematuhi piawaian (standard) yang ditetapkan oleh fakulti/ pusat.
2. Pelajar baharu yang terlibat dengan Saringan Penempatan Bahasa Arab ialah seperti berikut:
Semua pelajar program diploma.
Semua pelajar program ijazah sarjana muda KECUALI pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan) (Kepujian).
3. Pelajar baharu yang terlibat dengan Saringan Penempatan Bahasa Inggeris ialah seperti berikut:
Semua pelajar program diploma kecuali pelajar Diploma Pengajian Bahasa Inggeris dan Diploma Perguruan (TESL).
Semua pelajar program ijazah sarjana muda KECUALI bekas pelajar diploma KUIS dan pelajar yang mendapat Malaysian University English Test (MUET) Band 3 ke atas.
4. Bayaran untuk menduduki Saringan Penempatan Bahasa Arab ialah RM 10.00 dan Saringan Penempatan Bahasa Inggeris juga sebanyak RM 10.00 secara TUNAI. Sila pastikan resit rasmi KUIS diserahkan oleh petugas Kaunter Saringan Penempatan Bahasa Arab/ Inggeris sebagai bukti bayaran telah dibuat.
D.
DOKUMEN DAN BORANG PENDAFTARAN
1. Pelajar baharu KUIS dinasihatkan untuk mengambil maklum secara serius mengenai senarai dokumen dan borang pendaftaran yang perlu disediakan sebelum hadir mendaftarkan diri mengikut tarikh dan masa ditetapkan. Sila rujuk Senarai Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’ untuk maklumat lanjut. Terdapat juga dokumen yang perlu disediakan sendiri oleh pelajar.
Semua pelajar baharu dinasihatkan untuk menyediakan/ mengisi/ melengkapkan sepenuhnya dokumen dan borang yang disenaraikan dalam Senarai Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’ serta membawanya semasa mendaftarkan diri sebagai pelajar KUIS.
2. Berikut ialah senarai dokumen dan borang pendaftaran yang khusus untuk kegunaan semasa proses pendaftaran utama:
BIL. 3|Halaman
BORANG & DOKUMEN
NOTA/ PENERANGAN
a.
SENARAI SEMAK ‘A’ PROSES PENDAFTARAN UTAMA
Sila lakukan semakan dan pastikan semua perkara disediakan dengan rapi berdasarkan senarai semak ini. Pengesahan Salinan Dokumen/ Sijil
b.
BORANG BPK 01
c.
BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN
d.
SATU (1) SALINAN SURAT TAWARAN
e.
SIJIL AKADEMIK ASAL DAN SATU (1) SALINAN YANG DISAHKAN
f.
SIJIL MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) DAN SATU (1) SALINAN YANG DISAHKAN (JIKA ADA)
Salinan sijil MUET perlu disahkan oleh pegawai berkelayakan*.
g.
KAD PENGENALAN ASAL DAN SATU (1) SALINAN YANG DISAHKAN
Salinan fotokopi depan dan belakang Kad Pengenalan perlu disahkan oleh pegawai berkelayakan*.
h.
SLIP PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN (JIKA ADA)
Slip atau resit rasmi BIMB/ Kiriman Wang/ Bank Draf
i.
BORANG PENDAFTARAN PENGINAPAN
Borang tempahan kediaman pelajar di Mahallah atau Qaryah
Sila pastikan gambar dilekatkan dan perakuan ditandatangan. Surat Tawaran tidak akan diulang cetak oleh KUIS. Sila cetak dalam jumlah yang mencukupi untuk simpanan (Contoh: 10 salinan) bagi kegunaan pemohonan pinjaman PTPTN dan sebagainya. Salinan fotokopi sijil-sijil perlu disahkan oleh pegawai berkelayakan*.
Nota : * Pegawai berkelayakan - Pengetua Sekolah/ Ketua Kampung/ Pegawai Gred 41 dan ke atas. 3. Berikut pula ialah senarai dokumen dan borang pendaftaran yang khusus untuk kegunaan semasa proses melengkapkan pendaftaran:
BIL. a.
BORANG & DOKUMEN SENARAI SEMAK ‘B’ PROSES MELENGKAPKAN PENDAFTARAN
NOTA/ PENERANGAN Sila lakukan semakan dan pastikan semua perkara disediakan dengan rapi berdasarkan senarai semak ini. Pengesahan Status Kesihatan
b.
BORANG BPK 02
c.
BORANG KUIS P03
Laporan Kesihatan Pelajar dan Laporan X-ray. (PERHATIAN: Filem X-ray tidak perlu dibawa ke Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS).
d.
BORANG KUIS P01
Borang Penerimaan Tawaran Kemasukan
e.
BORANG KUIS P04
Borang Maklumat Pelajar
f.
BORANG KUIS P05
Surat Akuan Ibu bapa/ Penjaga/ Suami/ Isteri
g.
BORANG KUIS P06
Pengakuan Pelajar
h.
BORANG PERMOHONAN KAD PELAJAR
Dokumen untuk menyediakan kad matrik pelajar KUIS.
4. Selain daripada perkara (2) dan (3) di atas, pelajar amat digalakkan untuk menyediakan borang/ dokumen berikut demi kelancaran proses pendaftaran: 4|Halaman
BIL. a.
b.
E.
BORANG & DOKUMEN GAMBAR 4 KEPING
NOTA/ PENERANGAN Saiz pasport sahaja
AKAUN SIMPANAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Sila buka akaun simpanan BIMB (jika belum mempunyai akaun) bagi kegunaan pemohonan PTPTN dan sebagainya.
PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
1. Pelajar baharu KUIS dinasihatkan hadir awal pada hari pendaftaran mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan dalam Surat Tawaran. 2. Hanya tiga (3) pusat tanggungjawab (PTJ) dengan jumlah kaunter yang mencukupi akan bertugas mengendalikan proses pendaftaran utama iaitu seperti berikut: BIL. a.
b.
PUSAT TANGGUNGJAWAB Bahagian Pemasaran dan Komunikasi (BPK)
FUNGSI PADA HARI PENDAFTARAN Menyemak dan mengesahkan kelayakan akademik pelajar baharu berdasarkan dokumen/ sijil Akademik* ASAL yang dibawa.
DOKUMEN/ BORANG YANG DIRUJUK Borang BPK 01 Borang Permohonan Kemasukan Surat Tawaran dan salinan Sijil-sijil Akademik ASAL dan Salinan yang disahkan Sijil MUET dan Salinan (jika ada) Kad Pengenalan dan Salinan yang disahkan
Bahagian Pengurusan Hasil dan Kewangan Pelajar (BPHKP)
Menerima bayaran Yuran Pendaftaran dan mengeluarkan resit rasmi KUIS.
5|Halaman
Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di KUIS Slip bayaran Yuran Pendaftaran (jika ada)
c.
Bahagian Kediaman dan Penempatan Mahasiswa (BKPM)
Memproses permohonan dan penempatan pelajar baharu ke asrama KUIS. Kunci bilik asrama akan diserahkan kepada pelajar baharu.
Borang Pendaftaran Penginapan Gambar 1 keping
3. Sila pastikan semua sijil, slip dan/ atau transkrip ASAL yang berkaitan pencapaian akademik (contohnya seperti Sijil SPM/ Sijil O-Level/ Sijil STPM/ Sijil STAM/ Transkrip Asasi/ Sijil & Transkrip Diploma/ Sijil & Transkrip Sarjana Muda/ Sijil & Transkrip Sarjana/ lain-lain kelayakan akademik jika ada) dibawa bersama pada hari pendaftaran bagi tujuan semakan dan pengesahan kelayakan kemasukan oleh Pegawai KUIS.
PERINGATAN PENTING! ANDA TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDAFTAR JIKA GAGAL MENGEMUKAKAN SIJIL, SLIP DAN/ ATAU TRANSKRIP ASAL KELAYAKAN AKADEMIK YANG BERKAITAN
4. Proses melengkapkan pendaftaran pelajar baharu pula akan dilaksanakan pada hari berikutnya, selepas proses pendaftaran utama selesai. Terdapat empat (4) pusat tanggungjawab (PTJ) yang terlibat iaitu seperti berikut: BIL.
PUSAT TANGGUNGJAWAB
FUNGSI PADA HARI PENDAFTARAN Menyemak laporan pemeriksaan kesihatan
DOKUMEN/ BORANG YANG DIRUJUK Borang BPK 02 Borang KUIS P03
a.
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi dan Pensyarah/ Pegawai Kejururawatan
b.
Bahagian Pengurusan Hasil dan Kewangan Pelajar (BPHKP)
Menerima bayaran yuran Saringan Penempatan Bahasa Arab/ Inggeris dan mengeluarkan resit rasmi KUIS
c.
Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Insan (BMI)
Proses mengambil gambar pelajar baharu untuk penyediaan Kad Pelajar KUIS.
Borang Permohonan Kad Pelajar Gambar 1 keping
d.
Seksyen Rekod, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)
Mengumpulkan semua dokumen dan borang pendaftaran pelajar baharu seperti yang terdapat dalam Senarai Semak ‘A’ dan Senarai Semak ‘B’. Semua
6|Halaman
Sijil Malaysian University English Test (MUET) (jika ada).
Borang BPK 01 bersama: - Borang Permohonan Kemasukan - Surat Tawaran - Salinan Sijil-sijil Akademik yang telah
BIL.
F.
PUSAT TANGGUNGJAWAB
FUNGSI PADA HARI PENDAFTARAN pelajar baharu dikehendaki menyerahkan dokumen pendaftaran yang LENGKAP untuk simpanan Seksyen Rekod BPA.
DOKUMEN/ BORANG YANG DIRUJUK disahkan - Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan Borang KUIS P01 Borang BPK 02 bersama Borang KUIS P03 Borang KUIS P04 Borang KUIS P05 Borang KUIS P06 Gambar 1 keping
KOD ETIKA PAKAIAN KETIKA MENDAFTAR
1. Semasa datang mendaftar, semua pelajar baharu hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan sopan. 2. Pakaian perlulah melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal siswa/ siswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 3. Berikut ialah contoh cara/ gaya berpakaian yang menepati garis panduan etika berpakaian ketika menghadiri sesi pendaftaran pelajar baharu KUIS.
4. Pelajar baharu siswa hendaklah memakai baju kemeja, berseluar ‘slack’dan berkasut ketika menghadiri sesi pendaftaran. DILARANG bertindik atau memakai subang, gelang atau rantai dan sebagainya.
7|Halaman
5. Pelajar baharu siswi hendaklah memakai baju kurung atau jubah dan bertudung serta memakai kasut bertutup dan berstoking ketika menghadiri sesi pendaftaran. DILARANG memakai pakaian yang mendedahkan aurat wanita seperti:
t-shirt tidak berlengan
tudung, baju atau kain yang singkat/ kecil dan jarang
apa sahaja pakaian yang menampakkan bentuk tubuh badan.
PERINGATAN PENTING! ANDA TIDAK AKAN DIBENARKAN MENDAFTAR JIKA TIDAK MEMATUHI KOD ETIKA PAKAIAN SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH KUIS 6. Semua pelajar dinasihatkan agar sentiasa peka dengan segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh KUIS dan dikuatkuasakan dari semasa ke semasa khususnya melalui:
Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) dan
Bahagian Kediaman dan Penempatan Pelajar (BKPM).
7. Sila rujuk Lampiran I – Etika Pemakaian Mahasiswa dan Mahasiswi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor untuk mendapatkan gambaran lengkap mengenai kod etika pakaian yang ditetapkan oleh KUIS.
G.
KEMUDAHAN PENGINAPAN
1. Kemudahan penginapan yang disediakan dalam kampus KUIS mampu menempatkan seramai 9,034 orang pelajar. Terdapat dua kategori bangunan penginapan yang disediakan iaitu:
10 blok Kolej Kediaman B.O.T. (10-11 tingkat) yang lebih dikenali sebagai bangunan Parcel. 5 blok dikhususkan untuk penempatan siswa dan 5 blok lagi dikhaskan untuk penempatan siswi.
5 blok Kolej Kediaman KUIS (5 tingkat tanpa lif) yang lebih dikenali sebagai bangunan Qaryah.
2. Berikut ialah maklumat ringkas mengenai jenis kediaman, kemudahan asas dan harga per hari untuk kemudahan penginapan yang disediakan oleh KUIS. BIL. a.
JENIS KEDIAMAN Apartment AA
8|Halaman
BANGUNAN Parcel
PENERANGAN RINGKAS 3 bilik. Kapasiti 2 orang setiap bilik.
KEMUDAHAN ASAS Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam apartment)
HARGA SEHARI (RM) 11.00
b.
Apartment AB
Parcel
3 bilik. Kapasiti 3 orang setiap bilik.
9.00
Kapasiti 2 orang setiap dorm.
Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam apartment) Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam apartment) Pantri, ruang tamu, utiliti, tandas (dalam apartment) Utiliti & tandas di luar dorm
c.
Apartment BA
Parcel
3 bilik. Kapasiti 3 orang setiap bilik.
d.
Apartment BB
Parcel
3 bilik. Kapasiti 4 orang setiap bilik.
e.
Dormitori C
Parcel
f.
Dormitori D
Parcel
Kapasiti 4 orang setiap dorm.
Utiliti & tandas di luar dorm
5.50
g.
Dormitori Q
Qaryah
Kapasiti 8 orang setiap dorm.
Utiliti & tandas di luar dorm
5.50
7.50
7.00
6.50
3. Pelajar baharu program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda akan ditempatkan di kediaman jenis Apartment/ Dormitori di Kolej Kediaman B.O.T. Manakala pelajar baharu program Asasi ditempatkan di kediaman jenis Dormitori Q di Kolej Kediaman KUIS, tertakluk kepada kekosongan. 4. Kawalan Keselamatan adalah 24 jam oleh Pengawal Keselamatan di Kolej Kediaman. Manakala 15 orang Felo Kolej Kediaman dilantik bagi urusan ta’dib dan tarbiyah warga kolej kediaman. 5. Antara beberapa kemudahan pelajar yang disediakan oleh KUIS ialah .
6.
Kawasan kolej kediaman Siswa: Surau, Ruang Tamu, Bilik Aktiviti, Perkhidmatan Dobi, Mesin Vending Air Sejuk & Panas, Mesin Vending Air Mineral/ R.O.
Kawasan kolej kediaman Siswi: Surau, Ruang Tamu, Bilik Aktiviti, Stor, Perkhidmatan Dobi, Mesin Vending Air Sejuk & Panas, Mesin Vending Air Mineral/ R.O, Kedai Runcit.
Pusat Kemudahan Pelajar: Perkhidmatan Kafetaria, Kedai Jahit, Kedai Makanan Kesihatan, Kedai Perkhidmatan Lesen Memandu, Kedai Gambar, Kedai Aksesori Komputer.
Sekitar kawasan kampus: Masjid Al-Azhar, Wifi Hotspot, Koperasi, Kedai Fotokopi, Kiosk Makanan, 5 kafetaria, makmal siber, Kedai Buku Ibnu Khaldun, Pusat Mel, Mesin ATM BIMB.
Semua pelajar asasi, diploma dan sarjana muda sepenuh masa WAJIB menginap di asrama yang disediakan oleh pihak KUIS (selagi terdapat kekosongan). Sebarang rayuan untuk tinggal di luar kawasan KUIS perlu diajukan kepada Pengetua Bahagian Kediaman dan Penempatan Mahasiswa (BKPM).
7. Sila rujuk Lampiran II - Susun Atur Asrama Pelajar untuk mendapatkan gambaran mengenai susun atur dalam asrama penginapan yang disediakan oleh KUIS.
9|Halaman
H.
SESI TA’ARUF (SUAI KENAL) PELAJAR BAHARU
1. Semua pelajar baharu WAJIB mengikuti Sesi Ta’aruf (Suai Kenal) yang bermula pada tarikh pendaftaran. Sesi ini akan membolehkan pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di kampus KUIS. 2. Jawatankuasa taaruf yang terdiri daripada anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar-pelajar senior akan membimbing pelajar baharu mengenai selok belok kehidupan sebagai siswa dan siswi KUIS. 3. Pakaian semasa Sesi Ta’aruf adalah pakaian formal atau pakaian-pakaian yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 4. Semua pelajar baharu KUIS dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri dan barangan peribadi dengan sebaiknya sepanjang Sesi Ta’aruf dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. 5. Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti Sesi Ta’aruf tanpa sebarang gangguan, ibu/ bapa/ penjaga TIDAK DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak semasa sesi ini sedang berjalan, kecuali atas urusan kecemasan. 6. Sebarang urusan peribadi seperti menguruskan ujian memandu, percutian keluarga dan/ atau menyelesaikan urusan pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan sebelum atau selepas Sesi Ta’aruf dilaksanakan.
I.
BARANG KEPERLUAN PERIBADI (Cadangan sebagai panduan pelajar baharu/ ibu bapa)
1. KUIS hanya menyediakan keperluan asas di asrama kediaman pelajar. Sehubungan itu, semua calon pelajar dicadangkan untuk membawa sendiri barangan keperluan peribadi masing-masing. 2. Jadual seterusnya menyenaraikan cadangan barangan keperluan yang boleh dibawa bersama pada hari pendaftaran oleh pelajar baharu KUIS. Barangan keperluan yang tersenarai juga boleh dibeli dari beberapa kedai runcit/ serbaneka yang terdapat dipersekitaran Bandar Seri Putra, Bangi (jika tidak sempat disediakan lebih awal). 3. Barangan tersebut adalah seperti berikut: BIL. a.
KATEGORI KEPERLUAN Ibadah
b.
Menghadiri kuliah
10 | H a l a m a n
SENARAI CADANGAN Al-Quran (naskhah yang mempunyai terjemahan) Al-Mathurat Pakaian sesuai untuk beribadah. Baju, seluar dan kasut yang bersesuaian (Rujuk perkara F. Kod Etika Pakaian)
c.
Sukan dan Rekreasi/ Ko-kurikulum
Baju dan Seluar Sukan/ rekreasi Kasut sukan
d.
Kebersihan Diri
Penyangkut baju (Hanger)/ pengepit baju Tuala besar/ kecil Gayung/ baldi Sabun/ berus membasuh baju (jika tidak menggunakan khidmat dobi) Sabun mandi/ berus gigi/ ubat gigi/ shampu Pencuci muka dan Deodorant
e.
Asrama/ Kediaman Pelajar
Bantal/ sarung bantal Cadar saiz katil ‘single’/ Selimut Selipar / Padlock (untuk kunci locker)
4. Senarai cadangan ini bukanlah muktamat. Ibu bapa, penjaga, penaja dan/ atau pelajar baharu boleh mempertimbangkannya mengikut kesesuaian dan keperluan.
J.
KEMUDAHAN TAJAAN & BIASISWA Pilihan samada untuk memohon biasiswa, dermasiswa, bantuan kewangan, pinjaman dan/ atau mengeluarkan simpanan sendiri adalah terletak di atas budi bicara pelajar dan juga ibu bapa/ penjaga. Seksyen Penajaan dan Kebajikan, Bahagian Pembangunan Mahasiswa akan membantu menyelaras permohonan biasiswa Tajaan Khas KUIS (TKK) serta pinjaman PTPTN oleh pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda KUIS. Bagi sumber pembiayaan pengajian yang lain, pelajar/ ibu bapa/ penjaga dicadangkan untuk mengambil inisiatif sendiri untuk memohon terus kepada pihak yang berkaitan. Bil.
Jenis Pembiayaan
Sumber/ Contoh
1.
Dermasiswa/ Biasiswa
Lembaga Zakat Selangor (anak Selangor dalam kategori asnaf, fakir, miskin), Lembaga Zakat Selangor (Zakat-MAIS Mesir dan MAIS-Muallaf), JAKIM, Pusat Zakat Sabah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (khas untuk pelajar OKU), Kumpulan Media Karangkraf, Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Tabung Pendidikan Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat, Yayasan Sime Darby, Yayasan Peneraju, Tabung Haji, Tajaan Khas KUIS (Pelajar Asasi), Biasiswa Utusan Karya (Pelajar M.A dan PhD).
2.
Bantuan Kewangan
Bantuan Sara Diri Kerajaan Negeri Selangor
11 | H a l a m a n
K.
3.
Pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Sabah, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Perkhidmatan Negeri Sabah, Permodalan Nasional Berhad, pinjaman pendidikan ditawarkan oleh bank-bank komersil.
4.
Simpanan/ Pembiayaan Sendiri
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ibu bapa/ Penjaga, Wang Simpanan Peribadi
PERTANYAAN BERKAITAN PENDAFTARAN
1. Sila hubungi Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS melalui saluran berikut untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan pendaftaran. No. Telefon
: 03-8911 7000 no. sambungan : 2240/ 2239/ 1220/ 1205
No. Faksimili
: 03-8926 8462
No. Whatsapp
: 019-226 6937/ 019-389 6937
E-mel
:
[email protected]
SELAMAT MAJU JAYA.
12 | H a l a m a n
LAMPIRAN I ETIKA PEMAKAIAN MAHASISWA DAN MAHASISWI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
13 | H a l a m a n
14 | H a l a m a n
15 | H a l a m a n
16 | H a l a m a n
LAMPIRAN II SUSUN ATUR ASRAMA PELAJAR
DORMITORI C (2 ORANG SEBILIK)
DORMITORI D (4 ORANG SEBILIK)
DORMITORI Q (8 ORANG SEBILIK)
17 | H a l a m a n
APARTMENT AA (2 ORANG SEBILIK)
APARTMENT AB (3 ORANG SEBILIK)
18 | H a l a m a n
APARTMENT BA (3 ORANG SEBILIK)
APARTMENT BB (4 ORANG SEBILIK)
19 | H a l a m a n