BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017 POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Politeknik Mentranformasi kehidupan 1
ISI KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
1) PANDUAN PENDAFTARAN
3
2) MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN
4
3) BANTUAN KEWANGAN
5
4) PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN
6
5) RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK
7
6) SKIM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
8 - 15
7) LAIN-LAIN PENAJA
16 – 19
8) MAKLUMAT HOTEL DAN HOMESTAY DI SEKITAR SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
20
9) LOKASI POLITEKNIK SEBERANG PERAI
21 – 22
10) ALAMAT BANK ISLAM BERDEKATAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI
23
11) TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA SERTA BAYARAN PENDAFTARAN
24 – 26
12) MEMO BAYARAN GANTI RUGI BAGI KES KEROSAKAN HARTA BENDA KERAJAAN AKIBAT PERBUATAN VANDALISME
27 - 28
2
1) PANDUAN PENDAFTARAN PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PELAJAR: A) SEBELUM HARI PENDAFTARAN: 1. Membuat bayaran Yuran Pengajian, Yuran Kolej Kediaman dan Bayaran Pendaftaran di BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) (Rujuk muka surat 4) 2. Semua bayaran boleh dibuat melalui tiga cara iaitu: a) Mesin Juruwang Automatik (ATM) (rujuk muka surat 25) b) Mesin Deposit Tunai (Cash Deposit Machine CDM) (rujuk muka surat 26) c) Perbankan Internet (sistem atas talian Bank Islam dengan Bank Islam sahaja) rujuk muka surat 24 3. Sila rujuk Kaedah Pembayaran Yuran Politeknik di muka surat 24 – 26. 4. Bakal pelajar dikehendaki mendaftar secara atas talian (online) di menu pendaftaran online pelajar baru selepas 24 jam ( hari bekerja ) bayaran dibuat. B) SEMASA HARI PENDAFTARAN PENGAJIAN 1. Sila bawa bersama dokumen seperti di bawah : - Surat Tawaran - Borang HEP 1 hingga HEP 6 yang telah dilengkapkan - Kad Pengenalan - Slip atau sijil SPM - Sijil berhenti sekolah - Transkrip Akademik/Sijil Selain Lulusan SPM - Resit Bayaran - Slip pendaftaran online
Dokumen Asal
C) SELEPAS PENDAFTARAN 1. Sila ke Kompleks Sukan untuk sesi penggambaran kad pelajar. Pastikan sahsiah rupa diri kemas (lelaki berambut pendek)
3
2) MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN Bil
Perkara
Jumlah Bayaran (RM)
1.
Yuran Pengajian
200.00
Yuran Asrama
630.00
* Abaikan jika anda memilih untuk tidak menetap di asrama
ATAU
2.
3.
Bayaran Pendaftaran
ATAS NAMA : POLITEKNIK KPT
600.00
150.00 (Pra Diploma Sahaja)
Bayaran Aktiviti Asrama * Abaikan jika anda memilih untuk tidak menetap di asrama
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). (Resit bukti pembayaran WAJIB dibawa semasa pendaftaran)
60.00 (Pra Diploma Sahaja)
ATAU
4.
Cara Bayaran
30.00
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB). (Resit @ Slip bukti pembayaran WAJIB dibawa semasa pendaftaran)
Kaedah Pembayaran
a) (Mesin ATM) (resit wajib dibuat salinan) b) Cash Deposit Machine (CDM) (resit wajib dibuat salinan) c) Perbankan Internet * Transaksi Bank Islam ke Bank Islam sahaja (laporan transaksi perlu dicetak).
ATAS NAMA : KOP POLI S.PERAI Bayaran Pendaftaran adalah untuk Kad Pelajar, Majlis Sukan Politeknik, Aktiviti JPP, Koperasi PSP, Insurans (3 tahun), Baju Korporat Rasmi PSP, Baju Bengkel/Blazer, T-Shirt Polibriged, Pakaian Sukan,beg, alat tulis dan lainlain.
NOTA :
Semua bayaran perlulah dibuat secara BERASINGAN. Sila pastikan anda membuat pembayaran pada akaun yang betul. Sebarang kesilapan pembayaran dan tuntutan semula mengambil masa sehingga setahun dari tarikh penghantaran dokumen tuntutan yang lengkap.
Sila tulis nombor Kad Pengenalan anda di resit pembayaran
4
3) BANTUAN KEWANGAN Politeknik Seberang Perai TIDAK menjamin sebarang bentuk bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah di luar bidang kuasa Politeknik. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pelajaran, buku dan lain-lain. Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (sekiranya layak) memohon biasiswa/pinjaman dari Yayasan Negeri masing-masing sebelum mendaftar diri di PSP. Pelajar boleh menggunakan surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik untuk tujuan tersebut. Pelajar-pelajar yang layak juga boleh memohon dari Tabung Kebajikan Bekas Perajurit dan Tabung Kebajikan Bekas Polis. Sekiranya Anda Mendapat Tajaan * Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membuat bayaran sepenuhnya walaupun mendapat tajaan. Tuntutan boleh dibuat selepas pendaftaran pengajian. Sila rujuk Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk urusan tuntutan.
5
4) PAKAIAN DAN RUPA DIRI SEMASA PENDAFTARAN a) Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan (menutup aurat bagi pelajar Islam). Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang. b) Berkasut serta berstokin. c) Rambut mestilah kemas. Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju. Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. d) Topi, baju-T tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan adalah dilarang.
KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU MINGGU SUAI KENAL (MSK) 1.
Minggu Suaikenal (MSK) adalah WAJIB diikuti sepenuhnya TANPA GAGAL oleh semua pelajar baharu yang mendaftar iaitu lepasan SPM dan lepasan Sijil IPT. Sebarang kegagalan mengikuti mana-mana aktiviti atau program yang telah dirancangkan akan menyebabkan pelajar berkenaan boleh didakwa dibawah AKTA 174, Akta Institusi Pendidikan 1976. Pindaan (Tatatertib) 2007.
2.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Minggu Suai Kenal, pelajar-pelajar boleh berhubung dengan Urusetia Minggu Suai Kenal @ emelkan kepada
[email protected]
6
5) RUPA DIRI PELAJAR POLITEKNIK Pelajar politeknik tertakluk kepada semua peraturan dibawah AKTA 1974, Akta InstitusiInstitusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan bersopan. Panduan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Semasa Menghadiri Kuliah dan Aktiviti di Kampus: PERKARA a) Pakaian
b) Kasut
c) Rambut
PELAJAR LELAKI Kemeja lengan panjang/pendek Tali leher (pilihan) T-shirt berkolar adalah dibenarkan. Seluar panjang (slack) Seluar jeans dilarang Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi mesti lengkap sepasang bersamping dan bersongkok.
PELAJAR PEREMPUAN Baju kurung / kebarung Blaus Kain/Maxi/Skirt labuh dan longgar Seluar panjang (slack) Tidak ketat
Kasut yang sesuai dan berstokin Selipar, terompah, capal atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan
Kasut yang sesuai dan digalakkan bersarungkaki Selipar, terompah, capal atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan
Pendek dan kemas Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju
Kemas dan beridentitikan pelajar perempuan Pelajar Islam digalakkan bertudung Tidak mewarnakan rambut
Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga Aras depan tidak melebihi dahi Tidak mewarnakan rambut. d) Perhiasan
Sebarang bentuk perhiasan adalah tidak dibenarkan.
Tidak digalakkan memakai barang kemas Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan. 7
6) SKIM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja. Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah: i.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
ii.
Akta Institut Teknologi MARA 1976;
iii.
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;
iv.
Politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996; dan
v.
Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi.
Skop Pembiayaan Pendidikan Skop pembiayaan pendidikan mengikut peringkat pengajian bagi IPTA/ IPTS/ Politeknik adalah seperti berikut: PERINGKAT PENGAJIAN
KATEGORI IPT YANG DIBIAYAI
Diploma Sepenuh Masa
IPTA, Politeknik dan IPTS
Diploma Separuh Masa
IPTA, Politeknik dan IPTS*
Diploma PJJ Diploma Lanjutan
IPTA IPTA dan Politeknik
Ijazah Pertama Sepenuh Masa
IPTA dan IPTS
Ijazah Pertama Separuh Masa
IPTA dan IPTS*
Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ
IPTA
Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ
IPTA
Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ
IPTA
8
Nota: * Pembiayaan pendidikan dikhususkan kepada pelajar IPTS di UNITEM, UNITAR, Wawasan Open University dan Asia E University. WANG PENDAHULUAN PEMBIAYAAN (WPP) Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik. Syarat-Syarat Pemberian WPP Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut : i.
Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN;
ii.
Ibubapa/Penjaga pelajar mestilah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);
iii.
Warganegara Malaysia;
iv.
Ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA & Politeknik; dan
v.
Tidak mempunyai hutang WPP
*Syarat adalah tertakluk kepada ketetapan PTPTN.
Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP i.
Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.
ii.
Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pelajar mendaftarkan diri ke IPTA dan Politeknik.
iii.
Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.
iv. v.
Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran. Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA 9
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN Syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut: i.
Warganegara Malaysia;
ii.
Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
iii.
Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
iv.
Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
v.
Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
vi.
Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
vii.
Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
viii. ix.
Tiada penaja lain; dan Telah membuka akaun SSPN-i**.
* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN. ** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.
10
NOMBOR PIN PTPTN i.
Diperlukan untuk membuat permohonan.
ii.
Boleh dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan nilai RM5.00.
iii.
Sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian.
Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900
PERMOHONAN SECARA ONLINE Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan : i.
Mendapat tawaran ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan.
ii.
Memohon pembiayaan pendidikan secara online di alamat : http://www.ptptn.gov.my/gateway/
iii.
Permohonan berpandukan tarikh yang telah ditetapkan mengikut IPT . Maklumat boleh didapati di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/tarikh-tutup-permohonan
iv.
Mempunyai akaun simpanan individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT(bagi semua politeknik adalah Bank Islam Malaysia Berhad).
JUMLAH PEMBIAYAAN
Peringkat jumlah pembiayaan ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:
PERINGKAT PEMBIAYAAN Maksimum
KELAYAKAN Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M)
75% daripada pembiayaan maksimum 50% daripada pembiayaan Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BR1M) maksimum
11
Jumlah Pembiayaan Bagi Program Sepenuh Masa :
PENGELUARAN PEMBIAYAAN Pengeluaran pembiayaan pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN. Pengeluaran pembiayaan kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut: i.
Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
ii.
Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan
iii.
Tidak menerima penaja lain.
iv.
Pengeluaran pembiayaan akan dikreditkan ke akaun pelajar. Potongan bayaran yuran pengajian boleh diuruskan atas persetujuan bersama pelajar, IPT dan bank terlibat
PERLINDUNGAN TAKAFUL Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada penerima biaya. Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pembiayaan yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada penerima biaya akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful. Setiap penerima biaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pembiayaan. Bagi penerima biaya yang masih belajar, 12
kaedah potongan sumbangan takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pembiayaan. Manakala bagi penerima biaya yang telah menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pembiayaan tambahan. STATUS PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN Pengeluaran pembiayaan pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab berikut: Memperolehi keputusan peperiksaan PNG/ GPA kurang daripada 2.0; Menangguhkan pengajian; atau Digantung pengajian oleh IPT. Jadual pembiayaan adalah seperti berikut: Pelajar IPTA dan Politeknik Contoh Semester Pengajian Semester 1 Semester 2
PNG/ GPA
Status Bayaran
< 2.0 2.0 dan ke atas
Semester 3
< 2.0
Semester 4
2.0 dan ke atas
Semester 5
2.0 dan ke atas
Semester 6
2.0 dan ke atas
Dibayar Dibayar Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 1 Dibayar Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3 Dibayar
Pelajar IPTS Contoh Semester Pengajian Semester 1
PNG/ GPA
Status Bayaran
< 2.0
Dibayar Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 1 Dibayar Tidak dibayar berasaskan peperiksaan Semester 3
Semester 2
2.0 dan ke atas
Semester 3
< 2.0
Semester 4
2.0 dan ke atas
Bagi pelajar yang digantung pengajian, pengeluaran pembiayaan hanya akan dibuat setelah pelajar disahkan mendaftar semula pengajian oleh IPT
13
PEMBERHENTIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN Pembiayaan pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut: i. Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon pembiayaan pendidikan; ii.
Pelajar membuat pembatalan pembiayaan pendidikan PTPTN;
iii.
Menerima tajaan lain;
iv.
Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
v.
Penerima biaya diisytihar muflis
TAWARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN i.
Tawaran pembiayaan pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN.
ii.
Tempoh pembiayaan ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
iii.
Keputusan permohonan pembiayaan boleh diperoleh di alamat http://www.ptptn.gov.my/gateway/
iv.
Panduan mencetak dan mengisi dokumen tawaran pembiayaan boleh diperolehi di alamat http://www.ptptn.gov.my/web/guest/panduan-pengguna1
v.
Tempoh sah laku tawaran pembiayaan adalah 90 hari dari tarikh kelulusan.
vi.
Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen sokongan lain.
vii.
Penerima biaya yang ingin menolak tawaran pembiayaan, perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.
14
PERTANYAAN/MAKLUMAT LANJUT i.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.ptptn.gov.my atau hubungi PTPTN HOTLINE - 03-2080 4455 untuk sebarang kemusykilan.
ii.
Alamat ibu pejabat PTPTN : Ibu Pejabat PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 5.00 petang (Waktu Rehat Jumaat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang) Talian Hotline 8.00 pagi - 6.00 petang Peta Lokasi ( Latitud: 3.152750° Longitud: 101.666490° )
iii.
Alamat PTPTN Cawangan Negeri Pulau Pinang : Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang No. 53 Jalan Todak 6 Pusat Perniagaan Bandar Sunway Perdana 13700 Seberang Jaya, Butterworth Pulau Pinang No Tel : 04 - 383 1410 No Faks : 04 - 383 1419 Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 5.00 petang (Waktu Rehat Jumaat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang) Peta Lokasi ( Latitud: 5.396835° Longitud: 100.399567° )
15
7) LAIN-LAIN PENAJA Selain daripada PTPTN dan KPT, terdapat penaja lain yang turut menawarkan pinjaman / biasiswa kepada pelajar yang layak. Walaubagaimanapun, permohonan ini adalah terhad dan pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi penaja-penaja berkenaan. Pelajar juga boleh mendapatkan dengan sendiri maklumat penaja lain seperti Yayasan Negeri, Mara atau Badan-badan Berkanun serta Badan Swasta yang menawarkan pinjaman / biasiswa. Berikut disenaraikan beberapa penaja yang aktif memberikan pinjaman / biasiswa kepada pelajar di IP
SENARAI PENAJA PINJAMAN/BIASISWA PELAJAR BIL NAMA PENAJA
ALAMAT PENUH
1
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 3,4,5,6, Blok c1 Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA Tel : 03-8885 3049 Fax : 03-8881 0745 Emel:
[email protected]
2
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Setiausaha Bahagian Biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi Aras 4, Blok 1 Menara PJH,Presint 2 62100 Putrajaya Tel : 03-8884 4600 Website: http://www.mohe.gov.my
3
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
PTPTN, Lot G2, Tingakat Bawah Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan Damansara Heights 50490 Kuala Lumpur Hotline: 03-2080 4455 Website: http://www.ptptn.gov.my
4
Kouk Foundation Berhad
Pengurus Kouk Foundation Berhad Tingkat 14, Wisma Jerneh 38 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur 16
Tel: 03-2142 5319 Website: www.koukfoundation.com 5
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Pengarah Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar Kedah Darul Aman No. Tel: 04-774 4451, 04-774 4452, 04-774 4453, 04774 4454 Emel:
[email protected]
6
Yayasan Kelantan Darul Naim
Pengurus Yayasan Kelantan Darulnaim Tingkat 5,Kompleks Yakin Jalan Gajah Mati 15000 Kota Bharu Kelantan Tel: 09-744 6127/748 3213/3870 Website: http://yakin.kelantan.gov.my/pelajaran.htm
7
Kerajaan Negeri Selangor
Pejabat Kerajaan Negeri Selangor Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-5521 2275/5544 7543 http://tkwbns.selangor.gov.my
8
Yayasan Selangor
Yayasan Selangor Menara Yayasan Selangor No.18 A Jalan Persiaran Barat 46000 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan (U/P: Bahagian Pinjaman Pelajaran) No. Tel : 03-7955 1212 No. Fax: 03-7954 1790 Website: http://www.yayasanselangor.org.my
9
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bangunan Perak Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 17
30000 Ipoh Tel: 05-253 1957 Website: http://www.perak.gov.my 10
Yayasan Negeri Sembilan
Bahagian Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus Tel: 06-762 8046 Fax: 06-763 1420 Website: http://www.yns.gov.my
11
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Paras 25, Kompleks Tun Abdul razak(komtar) 10503 Pulau Pinang Tel: 04-262 1957 Fax:04-261 3203 Website: http://epp.penang.gov.my
12
Yayasan Terengganu
Pengarah Yayasan Terengganu Bangunan Yayasan Terengganu Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Tel: 09-622 1733 Fax:09-623 2944 Website: http://www.ytrg.terengganu.gov.my
13
Yayasan Pahang
Yayasan Pahang Kompleks Yayasan Terengganu Tanjung Lumpur 26060 Kuantan Pahang Darul Makmur Tel: 09-518 1800 Fax: 09-518 1888 Website: http://www.yp.org.my
14
Yayasan Pelajaran Johor
Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor No.12, Bangunan YPJ Jalan Nuri Larkin Jaya Karung Berkunci 711 80990 Johor Bahru Johor Darul Takzim Tel: 07-234 4355 Fax: 07-234 4434 Website: http://www.kpypj.edu.my
18
15
Yayasan Sarawak
Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching, Sarawak Tel: 6082-441686 Fax: 6082-440023 Email:
[email protected] Laman Web: www.yayasansarawak.org.my
16
Yayasan Sabah
Yayasan Sabah Group Menara Tun Mustapha Yayasan Sabah Headquarters Complex Likasbay,P.o.box11201 88813 Kota Kinabalu, Sabah Tel: 6 088 326300 Fax: 6 088 326424
17
Kerajaan Negeri Perlis
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis 01990 Kangar, Perlis Tel :04-973 8800 Fax:04-977 5863 Email:
[email protected]
19
8) MAKLUMAT HOTEL DAN HOMESTAY DI SEKITAR SEBERANG PERAI, PULAU PINANG Hanya untuk maklumat dan kemudahan kepada keluarga bakal pelajar yang ingin mencari penginapan sepanjang hari pendaftaran. Pihak PSP tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan sepanjang penginapan. Ini adalah sekadar maklumat dan kemudahan. Bil 1 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.
Senarai Hotel dan Homestay Mutiara Inn Politeknik Seberang Perai Hotel Sunway Seberang Jaya Pearl View Butterworth Hotel Inderawasih Perai Beauty House Hotel Butterworth Butterworth Travel Lodge, Butterworth Embassy Hotel Butterworth Hotel Summit Bukit Mertajam Hotel Uitm Permatang Pauh Hotel Palm Inn Bukit Mertajam Nahdhoh Inn Bukit Mertajam Safira Country Club Seberang Jaya Nasmir Hotel Bukit Mertajam Bukit Mertajam Inn, Bukit Mertajam Adamson Inn, Permatang Pauh
16. Shamida Homestay, Bandar Putra Bertam 17. Homestay Azzahra, Seberang Jaya 18. Homestay D’Bamboo, Seberang Jaya 19. Homestay Kondo Mutiara, Bandar Perda 20. Homestay, Taman Pauh
21. Lepakhomestay www.lepakhomestay.com 22. Hotel Sri Pauh
No. Telefon 04-5383322 04-3707788 04-3989888 04-3902815 04-3233736 04-3333399 04-3235378 04-5386666 04-3823888 04-5307532 04-5213500 04-3983111 04-5077755 04-5395344 019-4426995 /019-4259126 012-4096499/ 019-4756499 019-4228964 012-5595646 016-4490031/ 016-4490032 012-2655793/ 017-4618278/ 019-5252648 013-4408002 04-3900351
20
9) LOKASI POLITEKNIK SEBERANG PERAI Lokasi Politeknik Seberang Perai (dari Tol Sungai Dua, PLUS)
21
21
Lokasi Politeknik Seberang Perai (dari Tol Juru, PLUS)
PERBANKAN INTERNET 1.
Layari www.bankislam.com.my
2.
Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”
3
Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
4.
Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.
5.
Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti.
6.
Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”
7.
Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”
8.
Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”
22
10 ) ALAMAT BANK ISLAM BERDEKATAN POLITEKNIK SEBERANG PERAI Cawangan Bandar Baru Perda No. 32 & 34, Ground Floor, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang No. Tel : 04-540 3150 / 3151 / 3153 Cawangan Butterworth No. 71 & 73, Jalan Taman Selat Off Jalan Bagan Luar, P.O. Box 303 12720 Butterworth, Pulau Pinang No. Tel : 04-331 2357 / 2358 / 332 1301 / 1317 Waktu Urusniaga Isnin - Khamis : 9:30 pagi - 4:30 petang Jumaat : 9:30 pagi - 12:30 petang : 2:30 petang - 6:00 petang
23
11) TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN & ASRAMA SERTA BAYARAN PENDAFTARAN A
PERBANKAN INTERNET
1.
Layari www.bankislam.com.my
2.
Klik logo “Internet Banking Login” dan tekan butang “ok” pada “Security Alerts”
3
Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan Internet Bank Islam.
4.
Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”.
5.
Pilih POLITEKNIK KPT (untuk urusan Yuran Pengajian dan Asrama), KOP POLI S.PERAI (Urusan Bayaran Pendaftaran) pada bahagian senarai Universiti.
6.
Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”
7.
Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”
8.
Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “source account” yang hendak di debitkan and sahkan jumlah amaun yang hendak di bayar dan klik “pay”
9.
Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan..
10.
Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
11.
Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Sila buat cetakan & salinan fotostat makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan/bukti. Tuliskan nama & nombor Kad Pengenalan di belakang dokumen tersebut. Sila bawa kedua-duanya semasa hari pendaftaran.
24
B
MESIN ATM BANK ISLAM
AKAUN POLITEKNIK KPT * BAYARAN BAGI YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA Pilih menu LAIN-LAIN Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT Pilih menu YURAN IPT/Bil Presentment Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit ) Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar Pilih Bil yang ingin dibayar – POLITEKNIK KPT Pilih amaun yang ingin dibayar Masukkan Amaun yang ingin dibayar Sahkan Transaksi / Pembayaran Transaksi selesai dan ambil resit Tuliskan nama & nombor Kad Pengenalan di belakang dokumen tersebut. Sila bawa kedua-duanya semasa hari pendaftaran.
AKAUN KOP POLI S.PERAI * BAYARAN PENDAFTARAN Pilih menu LAIN-LAIN Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT Pilih menu YURAN IPT/Bil Presentment Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit ) Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar Pilih Bil yang ingin dibayar – KOP POLI S.PERAI Masukkan Amaun yang ingin dibayar Sahkan Transaksi / Pembayaran Transaksi selesai dan ambil resit Tuliskan nama & nombor Kad Pengenalan di belakang dokumen tersebut. Sila bawa kedua-duanya semasa hari pendaftaran.
25
C
MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BANK ISLAM
AKAUN POLITEKNIK KPT * BAYARAN BAGI YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA Pilih menu YURAN IPT/ BILL PRESENTMENT Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar Pilih – POLITEKNIK KPT Sahkan data dan masukkan Wang Sahkan Jumlah Kemasukkan wang Transaksi selesai dan ambil resit Tuliskan nama & nombor Kad Pengenalan di belakang dokumen tersebut. Sila bawa kedua-duanya semasa hari pendaftaran.
AKAUN KOP POLI S.PERAI * BAYARAN PENDAFTARAN Pilih menu YURAN IPT/ BILL PRESENTMENT Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar Pilih – KOP POLI S.PERAI Sahkan data dan masukkan Wang Sahkan Jumlah Kemasukkan wang Transaksi selesai dan ambil resit Tuliskan nama & nombor Kad Pengenalan di belakang dokumen tersebut. Sila bawa kedua-duanya semasa hari pendaftaran.
Jika terdapat masalah sistem BIMB ini tidak dapat menerima bayaran yuran, sila emelkan butiran yang diperlukan di bawah kepada
[email protected] Tajuk Emel: Gagal transaksi pembayaran yuran akaun POLITEKNIK KPT Nama: No. Pendaftaran: No. Kad Pengenalan: Semester pada Jun 2017: Cawangan Bank Islam : Jenis masalah: (contohnya, Sistem BIMB gagal membenarkan transaksi Yuran Asrama RM630 ke akaun POLITEKNIK KPT).
26
27 27
28
28