Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 SPM Pentaksiran 2013 dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah : Meningkatkan Semangat Patriotisme Murid Oleh, Wilbinah Bahoi SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran, Beg Berkunci No.05, 89257 Tamparuli, Sabah.
ABSTRAK Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu, mata pelajaran Sejarah diharap dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia, semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa. Sejarah adalah mata pelajaran yang bermatlamat untuk menerapkan kemahiran menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negara secara nasional. Selain itu mata pelajaran ini dapat mempertingkat daya pemikiran dan kematangan pelajar berasaskan pengalaman sejarah. Sejarah mendukung konsep penyelidikan, penyiasatan dan kajian sebab-musabab. Justeru pengajaran sejarah secara berkesan oleh guru adalah amat penting dalam usaha melahirkan rakyat Malaysia yang memahami perjalanan pelbagai rentetan peristiwa dan seterusnya mengambil iktibar untuk meningkatkan jati diri dan semangat nasionalisme. Oleh itu, kajian telah dijalankan untuk meneliti
kesan kaedah pengajaran menggunakan soalan Sejarah
Kertas 3 Pentaksiran 2013 terhadap peningkatan semangat patriotrisme murid di SMK Tun Fuad Stephens Kiulu Tuaran. Kajian dilaksanakan di tingkatan 5 Sains pada tahun 2012 dan tingkatan 4 Perakaunan bermula tahun 2012 sehingga Mei 2013. Keputusan peperiksaan kendalian sekolah dan peperiksaan awam telah dijadikan penanda aras kepada keberhasilan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi dalam mata pelajaran Sejarah, selaras dengan peningkatan semangat patriotisme dalam kalangan murid. Kesimpulannya, pengenalan Sejarah Kertas 3 amat signifikan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sesuai dengan keperluan semasa negara.
188
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
PENDAHULUAN Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra bahawa Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan peringkat SPM pada tahun 2013 dan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), telah menjadi sejarah baru dalam perkembangan pendidikan di negara ini. Beliau yang juga Menteri Pelajaran pada ketika itu berkata, ketika ini elemen sejarah diajar dalam mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah sebelum diterapkan sebagai mata pelajaran teras di bawah KSSR 2014. Perkara yang lebih penting berkaitan pelajaran Sejarah ialah kalangan murid baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, perlu memahami falsafah di sebalik mata pelajaran itu yang bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai sejarah negara dan hubungan antara kaum di negara ini. Mata pelajaran Sejarah adalah penting bagi membina generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi
dan sedia
berkorban untuk negara. ISU YANG PERLU DI ATASI Generasi muda kini, walaupun mempelajari Sejarah tetapi buta sejarah terutama berkaitan negara sendiri. Mereka tidak memahami kontrak sosial yang tersirat dalam Perlembagaan Negara sedangkan pemahaman dan penghayatan sejarah negara sangat penting dalam pembinaan negara bangsa. Guru Sejarah mengharapkan murid yang celik sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat patriotisme. Bagi mengatasi masalah ini, mata pelajaran Sejarah mestilah difahami dan dihayati bukan dihafal seperti sekarang. Penghayatan Sejarah
bertujuan untuk
membentuk jati diri rakyat negara ini yang berbilang kaum serta sebagai penerusan kewujudan Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke arah mengekalkan kemerdekaan. Elemen memahami dan menghayati adalah sangat penting dalam menerapkan kesedaran cinta kepada negara, mempunyai semangat patriotisme dan mengeratkan hubungan kaum di negara ini. Nilai Sejarah negara yang penting, mesti dihayati murid sehingga dewasa. Oleh itu, bentuk soalan Kertas 3 SPM digunakan untuk menilai pemahaman Sejarah dan patriotisme murid semasa
189
proses pengajaran dan pembelajaran,
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
merupakan salah satu cadangan untuk mengatasi isu tersebut. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah
mesti berubah mengikut zaman dan
keperluan isu semasa
negara.
CADANGAN MENGATASI ISU Dalam mengatasi isu tersebut, guru Sejarah perlu menggunakan landasan pemikiran ‘Haluan Kerja Pendidikan Negara : Prinsip Kerja X-PLUS - Merealisasikan Agenda Transformasi Negara’. Yakni telah diperkenalkan oleh Dato’ Abdul Ghafar Mahmud, Ketua pengarah Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Prinsip X-PLUS bermatlamat memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang (eXcellence) berteraskan Pengetahuan, Latihan, Usaha dan Semangat sepasukan. Guru perlu menekankan prinsip yang keempat iaitu Usaha. Perlu diketahui bahawa usaha berbeza dengan kerja. Usaha bermaksud berikhtiar seupaya mungkin dengan menggunakan pelbagai sudut pemikiran, sumber dan kreativiti dan inovasi demi menyempurnakan misi dan mencapai objektif. Usaha bermaksud ’go extra mile’ dan mengutamakan matlamat dan objektif. Ukuran usaha ialah keberkesanan. Guru perlu melihat sukatan pelajaran dari sudut pembelajaran. Demikian juga matlamat murid menghadiri persekolahan. Murid ingin belajar dan berubah ke arah kemajuan, bukan untuk membantu guru menghabiskan sukatan pelajaran. Penerapan prinsip yang keempat dalam mengatasi isu yang timbul ini menuntut guru memiliki kesungguhan berikhtiar, daya fikir yang berkembang dan merealisasikan imaginasi melalui kreativiti guru, seterusnya matlamat dan objektif menjadi kenyataan. Dengan merujuk Prinsip X-Plus yang keempat guru Sejarah perlu berusaha untuk meningkatkan semangat patriotisme murid. Antara usaha yang digunakan guru adalah menggunakan Kaedah Pengajaran Sokratik (Socrates). Menurut Socrates, kaedah tersebut mengutamakan teknik penyoalan yang bertujuan meningkatkan taraf pemikiran murid secara logik dari yang belum diketahui kepada yang diketahui. Taraf pemikiran yang boleh dicapai adalah bergantung kepada jenis soalan yang ditanya iaitu daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi. Jenis soalan adalah berbentuk peringatan, pemikiran, pertimbangan,
190
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
mencipta dan kreatif. Sehubungan dengan itu, kaedah Socrates ini boleh diterapkan dalam Kaedah Soalan Sejarah SPM Kertas 3 untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Soalan Sejarah SPM Kertas 3 ini telah mula dilaksanakan dalam kalangan murid tingkatan 4 dibeberapa buah sekolah menengah terpilih yang dijadikan sebagai perintis sepanjang tahun 2011. Ia telah mula digunapakai untuk murid tingkatan 4 di semua sekolah menengah seluruh negara bermula Januari tahun 2012 selepas melalui beberapa penambahbaikan di sekolah - sekolah perintis tadi. Secara umum, Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 mulai tahun 2013 adalah seperti berikut: i.
Mengetahui dan memahami istilah dalam sejarah Malaysia dan sejarah negara luar
ii.
mengetahui, memahami dan mengaplikasi konsep sejarah Malaysia dan sejarah negara luar dalam kehidupan
iii.
Mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea tentang : •
kepentingan sejarah sebagai satu disiplin ilmu dalam kehidupan
•
fakta sejarah Malaysia dan negara luar
•
ciri kemasyarakatan dan kebudayaan masyarakat Malaysia
•
sumbangan tokoh dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara serta mempertahankan maruah bangsa
•
nilai murni dalam kehidupan
•
pengamalan semangat patriotik dalam mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan dan dan pembangunan negara
•
perkembangan masyarakat dan negara dari sudut politik, ekonomi dan sosial
•
kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat antarabangsa
iv.
Mengetahui, memahami dan mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan Apabila Objektif Pentaksiran Sejarah SPM Kertas 3 tahun 2013 ini dapat dicapai
selepas proses pengajaran dan pembelajaran, maka diharapkan semangat patriotisme murid berjaya dipupuk dan ditingkatkan.
191
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
OBJEKTIF KAJIAN 1. Murid mengetahui, memahami dan menganalisis konsep sejarah Malaysia dan sejarah negara luar dalam kehidupan 2. Murid mengaplikasi, menilai dan menjana idea daripada pelajaran sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan 3. Murid mempunyai semangat patriotisme unggul
KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian adalah murid tingkatan 5 Sains tahun 2012 berjumlah 24 orang dan murid tingkatan 4 Perakaunan berjumlah 20 orang.
TEMPOH PELAKSANAAN Tempoh kajian dilaksanakan: 1. Tingkatan 5 Sains bermula Jun sehingga Oktober 2012. 2. Tingkatan 4 Perakaunan bermula Jun 2012 sehingga Mei 2013.
PELAKSANAAN Kaedah Soalan Kertas 3 telah dilaksanakan di tingkatan 5 Sains dan 4 Perakaunan bermula bulan Jun tahun 2012 selepas Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, bahawa Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan peringkat SPM
pada tahun
2013. Meskipun tingkatan 5 Sains ini tidak terlibat dengan penambahbaikan dasar tersebut, namun pelaksanaan Kaedah Soalan Kertas 3 tetap dijalankan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme murid melalui mata pelajaran Sejarah. (Sila rujuk
Lampiran 2 untuk Unsur Patriotisme berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM) Bentuk dan contoh soalan Sejarah SPM Kertas 3 mulai 2013, berdasarkan Mesyuarat Penataran Format Baru Sejarah SPM 2013, adalah seperti dalam Jadual 1 yang berikut:
192
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
TAJUK UMUM TUGASAN Tajuk 7.2 (Bab 3 Tingkatan 4) - Tamadun Awal Asia Tenggara Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: i.
Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
ii.
Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
iii.
Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan. SOALAN PADA HARI PEPERIKSAAN
Huraikan
sejarah
kegemilangan
kerajaan
awal
di
Asia
Tenggara
dan
menghubungkaitkannya dengan kegemilangan negara kita pada hari ini. Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. (Jadual 1) FORMAT
ASPEK
Pengenalan Memahami latar
PERINCIAN 1. Jelaskan latar belakang kemunculan
belakang
kerajaan awal di Asia Tenggara
Isi dan
Memahami ciri
2. Huraikan ciri-ciri dan faktor
Huraian
dan faktor
perkembangan kerajaan-kerajaan awal di
MARKAH 5 30
Asia Tenggara: i. Kerajaan Agraria (15m) ii. Kerajaan Maritim(15m) Menganalisis
3. Jelaskan aspek saling kebergantungan
15
antara Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim Mengaplikasi
4. Bagaimanakah kita memanfaatkan
15
kedudukan yang strategik di Nusantara bagi kemajuan negara kita? Menilai
5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan kedudukan yang strategik di Nusantara?
193
10
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Mencipta /
6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh
Menjana idea
Malaysia dalam memajukan negara?(5m)
10
Nyatakan Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. (5m) Menghayati nilai
7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur
murni, iktibar,
patriotisme daripada kemajuan kerajaan
unsur
awal yang boleh diterapkan demi kemajuan
patriotisme
negara kita.
Kesimpulan Rumusan
8. Rumusan
10
5
•
Pengetahuan diperolehi
•
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara Harapan untuk masa depan
•
ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang Langkah 1 CARTA GANTT Jadual carta gantt di bawah telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan kajian mengikut masa yang telah ditetapkan. Bi
Bulan /
Jun
Jul
Ogo
Sept
Okt
Jan
Feb
Apr
Mei
l
Tahun
201
201
s
201
201
201
201
201
201
(Aktiviti)
2
2
201
2
2
3
3
3
3
2 1
Menyerahkan
X
kertas cadangan kepada Pengetua 2
Pembentanga
X
n kertas cadangan
194
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
peringkat panitia 3
Pelaksanaan
X
X
X
X
X
X
X
X
X
Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 4
Pelaksanaan
X
X
X
X
peperiksaan 5
Pemprosesan data peperiksaan
6
Merumus data
7
X
Penulisan Laporan Kajian
8
Pemurnian
X
Kajian 9
Laporan
X
kajian kepada Pengetua Langkah 2 KAEDAH
SOALAN
SEJARAH
KERTAS
3
DALAM
PROSES
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN Untuk melaksanakan Kaedah Soalan Kertas 3 semasa proses pengajaran dan pembelajaran di kelas, saya telah mengubahsuai bentuk soalan tersebut menjadi bentuk soalan yang lebih ringkas agar sesuai dengan tajuk pelajaran, dapat difahami dan dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual kurikulum.
195
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Contoh tugasan bertulis berbentuk soalan kertas 3 yang dibuat oleh murid untuk dilaksanakan di kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 2 yang berikut: (Jadual 2) Soalan Bab ... Sub-Tajuk...
Jawapan Murid
1. Jelaskan latar belakang / maksud ... 2. Huraikan ciri-ciri / faktor / kesan ... 3. Jelaskan aspek ... 4. Bagaimanakah kita memanfaatkan ... untuk kemajuan negara kita? 5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan ... 6. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam... Nyatakan Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. 7. Nyatakan nilai murni, iktibar dan unsur patriotisme yang diperoleh daripada ... yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita. 8. Rumusan •
Pengetahuan diperolehi
•
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
•
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
Langkah 2 CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas
: 5 Perakaunan
Masa
: 7.00 pagi - 8.20 pagi
Subjek
: Sejarah Tingkatan 5
Tajuk / Bab
: 6 - Pengukuhan Negara Bangsa Malaysia
Sub-Tajuk
: Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia i. Dalam Negara
196
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
ii. Luar Negara
Hasil Pembelajaran: Aras 2 2.3 Menjelaskan reaksi negara luar terhadap pembentukan Malaysia
Aras 3 3.1 Menganalisis usaha pemimpin negara menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat
Aktiviti
:
1. Guru menjelaskan negara yang dikategori sebagai ‘Dalam Negara’ dan ‘Luar Negara’. 2. Murid menyatakan faktor-faktor wujud reaksi yang pelbagai dari negara-negara terlibat. 3. Murid menjelaskan aspek /
langkah-langkah yang diambil oleh pemimpin untuk
menangani reaksi luar bagi mengekalkan negara Malaysia yang berdaulat. 4. Murid menyatakan cara memanfaatkan pengalaman Sejarah tersebut dalam memajukan negara Malaysia. 5. Murid menyatakan kejayaan yang telah diperolehi oleh Malaysia sejak dibentuk sehingga hari ini. 6. Murid menyatakan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk memajukan Malaysia, seterusnya menyatakan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut. 7. Murid memberi 3 contoh nilai murni, 3 iktibar dan 4 unsur patriotisme yang diperolehi daripada ‘Reaksi Dalam Negara dan Luar Negara’ terhadap pembentukan Malaysia. 8. Murid memberi rumusan tentang pengetahuan yang diperolehi dan harapannya terhadap masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
Unsur Patriotisme: Keranamu Malaysia • Sedia berkorban Kesepakatan untuk kestabilan negara • Sentiasa bersatu padu
197
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Pengukuhan
: Murid dapat menjawab soalan Sejarah yang diberi (minimum 4 fakta /
idea), dapat dibentangkan (lisan) oleh murid, dan tugasan bertulis itu dihantar sebaik sahaja jadual pengajaran dan pembelajaran selesai.
Refleksi
:-
Jawapan murid dalam aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah diubahsuai kepada bentuk lisan, bertulis dan dilaksana berdasarkan individu atau berkumpulan, mengikut aras kecerdasan murid dalam kelas tersebut. Soalan-soalan tersebut adalah untuk menilai pencapaian Hasil Pembelajaran murid selepas pengajaran dan pembelajaran selesai.
DAPATAN KAJIAN PERBANDINGAN KEPUTUSAN TINGKATAN 5 SAINS 2012 Semester 2, 5 Sains 2012
SPM Sebenar, 5 Sains 2012
A+
0
A+
1
A
1
A
6
A-
3
A-
8
B+
1
B+
3
B
5
B
2
C+
4
C+
1
C
5
C
3
D
2
D
0
E
0
E
0
G
3
G
0
Bil. Ambil
24
Bil. Ambil
24
Bil. Gagal (Peratus)
3 (12.5 %)
Bil.Gagal (Peratus)
0
198
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Bil. Lulus (Peratus)
21 (87.5 %)
Bil. Lulus (Peratus)
24 (100%)
PERBANDINGAN KEPUTUSAN 4 PERAKAUNAN 2012 dan 5 PERAKAUNAN 2013 Semester 2, 4 Perakaunan 2012
Semester 1, 5 Perakaunan 2013
A+
0
A+
0
A
0
A
0
A-
0
A-
2
B+
0
B+
4
B
2
B
4
C+
4
C+
3
C
7
C
6
D
1
D
1
E
2
E
0
G
4
G
0
Bil. Ambil
20
Bil. Ambil
20
Bil. Gagal (Peratus)
4 ( 20 %)
Bil. Gagal (Peratus)
0
Bil. Lulus (Peratus)
16 (80 %)
Bil. Lulus (Peratus)
20 (100%)
199
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Berdasarkan pencapaian murid tingkatan 5 Sains dan tingkatan 4 / 5 Perakaunan, dapat dilihat peningkatan prestasi dalam peperiksaan kendalian sekolah dan awam. (Sila rujuk
Lampiran 1 untuk lebih terperinci). Membuktikan bahawa murid dapat menjawab soalansoalan berbentuk KBKK (SPM 2012) dan soalan-soalan bentuk baru Sejarah Kertas 3 Pentaksiran 2013 dengan cemerlang.(Sila rujuk Lampiran 3 untuk contoh-contoh
soalan). Idea dan pendapat murid dalam memberi jawapan yang cemerlang hanya dapat dijana oleh murid yang memiliki jati diri dan semangat patriotisme yang unggul. Melalui pencapaian prestasi ini , membuktikan bahawa Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat melahirkan murid yang mindanya celik sejarah manakala hati dan jiwanya pula kental dengan semangat patriotisme yang sedia berkorban untuk mempertahankan negara.
PENUTUP Sejarah mempunyai idea dan konsep khusus. Pemahaman dan penghayatan tentang idea dan konsep tersebut amat penting untuk menjadikan pengetahuan sejarah relevan dan berguna dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Sejarah adalah pendukung
utama
pemupukan
semangat
patriotik.
Dalam
pengajaran
dan
pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap aspek patriotisme, nilai dan iktibar melalui pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara, kebanggaan dan peperibadian sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan Kaedah Soalan Sejarah Kertas 3 dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dibincangkan dalam kajian ini adalah satu eksperimen, cadangan dan usaha rintis untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan murid dalam kehidupan masa kini dan akan datang sebagai generasi yang bakal memimpin masa depan negara. Perkara
penting
dalam
menyampaikan
mata
pelajaran
Sejarah
adalah
pengalaman dan ilmu pengetahuan guru yang dapat memberikan gambaran jelas kepada murid mengenai perkara yang berlaku ketika itu dan bijak mengaitkannya dengan keadaan sekarang. Kita tidak mahu murid yang lulus cemerlang mendapat A+
200
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
dalam mata pelajaran Sejarah tetapi tidak memahami, menghayati dan menggunakan pengetahuan Sejarah dalam kehidupan pada masa depan. Sesungguhnya, sejarah negara pada masa akan datang terletak kepada keputusan generasi sekarang yang mampu memahami dan menghayati sejarah masa lampau. Sejarah adalah ilmu pengetahuan yang mengandungi fakta yang benar, ilmu pengetahuan yang dapat memandu hidup dan menjadi pedoman masyarakat Malaysia untuk menerajui masa depan yang cemerlang.
RUJUKAN Jemaah Nazir (2007). Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. __________________(Bil.80/Januari 2011). Majalah PENDIDIK. Kelana Jaya: Widad Publication Sdn. Bhd. __________________(2011).HALUAN
KERJA
PENDIDIKAN
Merealisasikan
Agenda Transformasi Negara.Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Covey Stephen R., (Penterjemah Adlie Syamsudin Samsudin).(2010). (Edisi Bahasa Melayu) The Leader In Me. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Masariah
Binti
Pembelajaran
Mispari
(April
2010).
Koleksi
Pedagogi
Pengajaran
dan
Sejarah. Majlis Guru Cemerlang Sejarah Cawangan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
201
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
_________________ (2010). Strategi Pengajaran Guru Cemerlang. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd Kuala Lumpur. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (2003).
Kurikulum
Bersepadu sekolah
Menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lampiran 1 SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN TINGKATAN 5 SAINS 2012 Semester 2, 2012 Bil
Nama Murid
SPM Sebenar 2012 Markah
Gred
Gred
1
Alexander Celestinus
60
C+
B
2
Anne Peturus
62
C+
A
3
Axie Minora Sikinor
79
A-
A
4
Azreel Moontin
33
G
C+
5
Eronna Petrus
80
A
A+
6
Esther Sualan
52
C
B+
7
Graziani Rendy John
66
B
A-
8
Harnyice Amin
60
C+
A-
9
Jannefer Maratin
71
B+
A-
10
Jasck Joel
45
D
C
11
JE Myzone Welfred
29
G
C
202
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
12
Jelenek Ladium
37
G
B
13
Jonathan Lois Justin
53
C
C
14
Joviana Juanis
50
C
B+
15
Jusila Kaling
67
B
A
16
Laura Lucius
58
C
A
17
Lidwina Madato
66
B
B+
18
Lydia Ongui
75
A-
A
19
Marcella Gohun
65
B
A-
20
Ned Deon Barantau
64
C+
A-
21
Shahnen Toibit
46
D
A
22
Valleries Yakong
66
B
A-
23
Wellareckson Jiliuh
52
C
A-
24
Yusli Jaffar
75
A-
A-
SENARAI NAMA MURID DAN PENCAPAIAN TINGKATAN 4 / 5 Perakaunan 2012 / 2013
Bil.
Nama Murid
Semester 2, 2012
Semester 1, 2013
Markah
Gred
Markah
Gred
1
Alexmean Diun
57
C
55
C
2
Alychiana Pazon
66
B
75
A-
3
Andy Maxwell
52
C
63
C+
4
Avyclarina Junis
49
D
68
B
5
Elvatasha Felicity Gopining
63
C+
63
C+
6
Glendalyn Johnny
65
C+
73
B+
7
Indamelagarina Bindamin
43
E
60
C+
8
Joebit Daesif
44
E
58
C
9
Joerdent Juanis
51
C
70
B+
10
Lorina Lopius
57
C
68
B
203
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
11
Lydora Maratin
62
C+
65
B
12
Michwell Rezza Christopher
29
G
58
C
13
Natashya Josinie
66
B
78
A-
14
Ooi Yee Cheng Ching
62
C+
73
B+
15
Raymond Luis
54
C
65
B
16
Roscyelyne Helin
34
G
TH
TH
17
Setiben Suani
60
C+
55
C
18
Sherilviana Jukilin
56
C
70
B+
19
Sterry Lositim
28
G
58
C
20
Wiccie Michael
40
E
58
C
21
Mohd. Azreen Alwi
45
D
Belum daftar masuk
MARKAH RUJUKAN SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU Berdasarkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bermula tahun 2010
GRED
MARKAH
A+
90 - 100
A
80 - 89
A-
75 - 79
B+
70 -74
B
65 - 69
C+
60 - 64
C
55 - 59
D
50 - 54
E
40 - 49
204
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
G
0 - 39
Lampiran 2 Unsur Patriotisme
Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah (KBSM) Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
o
menghormati raja dan pemimpin negara
o
menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
o
menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan jata negara)
o
menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
o
menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
o
berbangga dengan sejarah negara
2. Bersemangat Setia Negara
205
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
o
cinta akan bangsa dan negara
o
taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
o
sedia berkorban untuk bangsa dan negara
o
berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
o
peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
o
bersyukur sebagai warganegara Malaysia
3. Bersemangat Kekitaan
o
bersatu-padu dan berharmoni
o
bertolak-ansur dan bertoleransi
o
bekerjasama dan tolong-menolong
o
hormat menghormati
o
bersefahaman dan bermuafakat
o
muhibah atau semangat bermasyarakat
4. Berdisiplin
o
berakhlak dan berbudi mulia
o
mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
o
mematuhi peraturan dan undang-undang
o
berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
o
bertindak wajar
o
bersifat amanah dan jujur
o
berlaku adil dan bertimbang rasa
5. Berusaha Dan Produktif
o
rajin dan gigih
o
berdikari
o
tabah menghadapi cabaran
206
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
o
menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
o
berganding bahu membangunkan negara
o
berilmu dan berketrampilan
Lampiran 3 Contoh soalan tingkatan 5 Sains i. Kertas 2 Bahagian B Semester 2, 2012
BAHAGIAN B [60 Markah] JAWAB TIGA SOALAN SAHAJA 1. Jadual berikut berkaitan dengan Piagam Madinah Tarikh 622 Masihi 628 Masihi 630 Masihi
Peristiwa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah? Perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara pihak Islam dengan orang Arab Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai semula Kota Makkah.
a. Huraikan sebab-sebab yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah. ( 6 markah ) b. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka semula kota Makkah? 207
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
( 6 markah ) c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah kepada dunia Islam. ( 8 markah ) 2. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenankan beberapa unsur baru dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan. a. Terangkan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu. (12 markah ) b. Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan kepada pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat. Buktikan pernyataan tersebut. ( 4 markah ) c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah cara untuk mengukuhkan konsep daulat? ( 4 markah )
3. Rajah berikut berkaitan gerakan nasionalisme.
Gerakan nasionalisme
Usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
a. Nyatakan ciri-ciri perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara. (5 markah) b. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina. (7 markah) c. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme di negara-negara Asia Tenggara? (8 markah)
208
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
4.
Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentuk kerajaan melalui pilihan raya. a. Jelaskan sistem pilihan raya di Malaysia. (9 markah) b. Nyatakan proses pilihan raya yang dijalankan di negara kita. (6 markah) c. Sebagai seorang warganegara Malaysia, apakah syarat yang melayakkan anda mengundi dalam pilihan raya? (5 markah)
5. Rajah berikut menunjukkan dasar pembangunan sosial yang turut memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan negara.
a. Terangkan kepentingan Rukun Negara dalam usaha mencapai perpaduan negara. (9 markah)
209
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
b. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (7 markah)
c. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang diambil untuk menjadikan sukan sebagai alat perpaduan di negara kita? (4 markah)
KERTAS SOALAN TAMAT
ii. Kertas 2 Bahagian B SPM, 2012 Contoh soalan tingkatan 4 / 5 Perakaunan i. Kertas 3 Semester 2, 2012
SMK TUN FUAD STEPHENS KIULU TUARAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2, 2012 SEJARAH Kertas 3 Tiga Jam ________________________________________________________________________ Tajuk Umum Tugasan (Diedarkan 6 minggu sebelum hari peperiksaan): 210
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
Merujuk Tema 9 Huraian Sukatan pelajaran dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 10. Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: i. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain‐lain. ii. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan. iii. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan. Dasar British Terhadap Ekonomi Negara dan Kesannya. (Merujuk Tema 9 Huraian Sukatan pelajaran dan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 10) SOALAN (Pada hari peperiksaan): Dasar British berkaitan ekonomi telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap negara kita. Bincangkan. Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. Perincian Markah Penuh 1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang: ‐Latar belakang ekonomi negara sebelum kedatangan British (ekonomi tradisional) 5 markah 2. Dasar‐dasar British Berkaitan Ekonomi Terangkan dasar‐dasar yang telah diperkenalkan oleh British berkaitan ekonomi di negara kita. ‐Ekonomi Dagangan (22 markah) ‐Dasar British terhadap pertanian (8 markah) 30 markah 3. Kesan Dasar Ekonomi British Terangkan kesan dasar yang telah diperkenalkan oleh British berkaitan ekonomi. 15 markah 4. Langkah Ke arah Matlamat Malaysia sebagai Kegiatan Ekonomi Antarabangsa Cadangkan langkah‐langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan ekonomi antarabangsa. 15 markah 211
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
5. Kejayaan Malaysia Dalam Kegiatan Ekonomi Antarabangsa Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita dalam kegiatan ekonomi di peringkat antarabangsa. 6. Cabaran dan Langkah Menghadapi Cabaran Di abad Ke‐21 ‐Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke‐21 bagi menjamin kemakmuran negara (5 markah) ‐Nyatakan langkah‐langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5 markah) 7. Nilai‐nilai Murni Daripada Perkembangan Ekonomi Negara Nyatakan nilai‐nilai murni atau iktibar yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara. 8. Rumusan ‐Pengetahuan yang diperoleh ‐Iktibar kepada diri, bangsa dan negara ‐Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
10 markah 10 markah 10 markah 5 markah
ii. Kertas 3 Semester 1, 2013
SOALAN (Pada hari peperiksaan): Penubuhan negara bangsa Malaysia yang berdaulat telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, segala rintangan dan cabaran itu telah dapat diatasi sehingga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang berkembang pesat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Huraikan Sejarah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat sehingga kini. Peringatan: Jawapan calon hendaklah berdasarkan aspek-aspek yang berikut: FORMAT
PERINCIAN
MARKAH PENUH
Pengenalan 1. Nyatakan idea cadangan pembentukan Malaysia Isi dan Huraian
5 markah
2. Memahami cadangan pembentukan Malaysia i. Huraikan sebab‐sebab pembentukan Malaysia (15 markah) ii. Huraikan reaksi pembentukan Malaysia
212
30 markah
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)
(15 markah)
3. Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia. 4. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pelajar untuk menjayakan konsep 1 Malaysia. 5. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang boleh dibanggakan telah dicapai oleh Malaysia sehingga kini. 6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara. (5 markah) ii. Nyatakan langkah‐langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 markah)
7. Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar/ patriotisme daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Rumusan
8. Rumusan i. Pengetahuan yang diperolehi ii. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara iii. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
213
15 markah
15 markah 10 markah
10 markah
10 markah
5 markah