INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
METODOLOGI TAFSIR MUHAMMAD ALI AS-SABUNI DALAM MUKHTASAR IBNU KATHIR: SATU KAJIAN 1038
ABDUL HAKIM BIN ABDURRAHMAN WAN HAKIMIN BIN WAN MOHD NOR ZAINUDDIN CHE SEMAN ROSLI MOKHTAR Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor.
[email protected]
Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji metodologi yang digunakan oleh Syeih Muhammad Ali As-Sabuni dalam penulisan tafsirnya, Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir. Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Ali bin Jamil Ash Shabuni. Metod penyelidikan yang digunakan adalah dalam bentuk pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil dari kajian mendapati bahawa metod yang diguna pakai ialah Tafsir bi al-Riwayah dan Tafsir bi-al-Isyarah. Dalam at-Tibyan fi Ulum al-Quran,Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni mendefinisikan Tafsir bi alRiwayah sebagai. ‘Tafsiran al-Quran yang menggunakan ayat al-Quran, Sunnah Nabi SAW,atau merujuk kepada pandangan para sahabat Nabi.’Beliau berpendapat bahawa tafsiran yang terbaik ialah tafsiran yang di ambil daripada al-Quran sendiri.Jika perincian maksud sesuatu ayat tidak diperoleh daripada al-Quran, Sunnah perlu dirujuk untuk memahami maksudnya. Jika selepas merujuk kepada al-Quran dan Sunnah maksud sesuatu ayat masih belum jelas,kita perlu merujuk kepada perkataan para sahabat Nabi. Melalui kajian ini, pengkaji bermatlamat untuk mendedahkan bukan sahaja perkaitan pengarang kitab tersebut dan maklumat kitab itu, tetapi usaha pengkaji untuk mendedahkan bagaimana Sheikh Muhammad Ali As-Sabuni menyerlahkan karya beliau dalam bentuk metododologi yang amat memenuhi disiplin keilmuan, menjadikan kitab tersebut digunapakai di madrasah, masjid hingga ke peringkat pengjian tinggi bahkan menjadi rujukan dalam pelbagai masalah fiqh. Hasil daripada kajian ini dapat dirumuskan dan dibuat kesimpulan yang menyeluruh terhadap kitab tersebut. Kata Kunci: As-Sabuni, metodologi, tafsir, quran
PENGENALAN
Dalam perbincangan ini, perbahasan tertumpu pada usaha penulis untuk memperkenalkan kitab Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir yang merangkumi maklumat latar belakang kitab, cetakan dan terbitan, kandungan perbahasan kitab, jumlah hadith yang dimuatkan di dalam kitab itu dan beberapa maklumat lain yang berkaitan. manakala dalam perbahasan seterusnya, adalah kajian penulis terhadap metodologi penulisan dan penyusunan kitab tersebut merujuk kepada jilid kedua sahaja. Kajian terhadap metodologi tersebut tertumpu pada kandungan kitab tersebut yang akan diteliti satu persatu.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis dokumen yang dilakukan terhadap kitab Mukhtasar Ibnu Kathir. Kajian ini tertumpu pada metodologi penulisan kitab jawi yang
507
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mnggunakan kaedah pendekatan daripada kitab arab kemudian diterjemahkan kepada bahasa Melayu dalam bentuk bahasa baku.
PENGENALAN MUKHTASAR IBNU KATHIR
Adapun metode yang diterapkan Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dalam tafsirnya: a. Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Zamakhsyari dalam kitab Burhan, dalam bab masalah menterjemahkan al-Quran dengan cara terbaik iaitu dengan kaedah mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran. Ini dikuatkan dengan hujah yang diberikan oleh para pentafsir iaitu sesungguhnya al-Quran mentafsirkan antara satu sama alin. Tambahan pula, ada ayat yang menerngkan ayat selepasnya, dengan dalil-dalil yang jelas menunjukkan pertaliannya. Namun kadang-kadang ada jugaayat al-Quran yang berbentuk umum atau mutlak, mujmal dan lainlain. Ini dapat diperhatikan apabila Syekh Muhammad Ali As-Sabuni cuba mentafsirkan ayat daripada surah Al-An’am menerusi firman Allah s.w.t. : Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. Surah Al-An’am 6 :82 Dengan ayat berikut : ‘ Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.’ Surah Luqman 20 : 21 b. Tafsir Al-Quran dengan Sunnah Ini digunakan apabila sesuatu ayat al-Quran itu tidak dapat ditafsirkan dengan menggunakan ayat al-Quran yang lain. Cara yang kedua ini adalah dengan cara para sahabat akan kembali kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang mana sahabat akan berrtanya tentang ayat-ayat itu
508
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kepada Nabi secara terus dan Nabi s.a.w. akan menafsirkannya. Jadi, setelah kewafatan Nabi s.a.w., maka sahabat akan tetap kepada ajaran sunnah Nabi s.a.w. yang terpelihara.
c. Tafsir al-Quran dengan kata-kata para sahabat. Syekh Muhammad Ali As-Sabuni akan mentafsirkan dengan kata-kata sahabat apabila tidak boleh ditafsirkan dengan menggunakan ayat al-Quran dan atau dengan Sunnah. Hal ini kerana para sahabat merupakan golongan yang terdekat yang hidup bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Mereka juga mengetahui sebab musabab penurunan ayat, keadaan pada masa itu, dan mereka akan bertanyakan terus sesuatu perkara kepada Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, mereka juga lebih memahami bahasa mereka dan menghafal serta fasih dalam gaya bahasa Arab. Kata-kata ini juga dikuatkan oleh Ibnu Taimiyyah.(as-San’aniy 199,105) Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu. An-Nisa’ 4 : 101 Dalam menghuraikan makna ‘jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir’ itu bukanlah dikira sebagai syarat untuk mengqasarkan solat, tetapi perkataan itu selalu diucapkan menurut kebiasaannya kerana pada umumnya orang Islam (pada masa itu) selalu berada dalam ketakutan (daripada diserang oleh kaum Musyrikin). Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar Al-Khattab r.a. :’ Bolehkah kami mengqasarkansolat padahalkami sudah aman ?’ Umar menjawab :’ Sesungguhnya akujuga pernah hairan sepertimana kamu, dan aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau menjawab,’Qasar itu adalah sedekah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu, kerana itu terimalah sedekahnya. ( Syekh Muhammad Ali As-Sabuni 2004) d. Tafsir Al-Quran dengan kata-kata Tabi’in Ibnu Taimiyyh berkata, ‘Sekiranya tidak terdapat tafsiran dengan al-Quran atau Sunnah atau kata-kata sahabat, maka kembalilah kepada kata-kata tabiin. Antaranya ialah Mujahid bin Jabar, Said bin Jubair, Ikrimah Maula Ibnu Abbas, Atho’ bin Abi Rubah, Hassan al-Basri, Said bin Musayyab, Abi al-Aliyah dan lain-lain dalam kalangan tabiin selepasnya. ‘
509
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
e. Penafsiran Qiraat Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni juga telah menghuraikan cara pembacaan qiraat bagi ayatayat Quran yang mempunyai perbezaanbacaan. Contohnya, pengharaman arak dan judi. Allah s.w.t. berfirman : ‘Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayatayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah 219)1 Kesemua ulama Qiraat telah membaca
قل فيهما اثم كبير
dengan huruf ‘Ya ‘, tetapi Imam
Hamzah dan juga Imam Kisaai membaca dengan huruf ‘tha’ iaitu
كثي. Imam Qurtubi
berkata :’ Sekiranya ingin menyifatkan banyak itu ia akan membawa maksudnya : dosa kedua-duanya lebih banyak daripada manfaatnya.’ Kesemua ulama telah membaca qiraat Amru telah membaca dengan
قل العفو
قل العفو
iaitu dengan nasab, tetapi Imam Abu
iaitu dengan rafa’. Oleh yang demikian ,makna
kalimahtersebut :’ Apa yang mereka dermakan, katakanlah : Yang didermakan adalah kebaikan.( Muhammad Ali As-Sabuni) f. Menjelaskan surah-surah Al-Qur’an secara umum atau ijmali, kemudian memperincikan maksud-maksud yang terkandung dalam surah tersebut. Metodologi penafsiran al-Quran yang pertama muncul ialah metodologi ijmali kerana Nabi s.a.w. dan para sahabat mentafsirkan al-Quran secara global iaitu tidak memperincikan tafsirannya tentang sesuatu ayat. Maksud metodologi ijmali ialah menjelaskan ayat-ayat alQuran secara ringkas tetapi mencakupi susunan bahasa yang mudah difahami dan mudah pula untuk dibaca. Metodologi secara ijmali ini pentafsir tidak akan kemukakan pendapatnya sebaliknya secara ringkas dan umum seakan-akan kita sedang membaca al-Quran, walhal kita sedang membaca tafsirannya. Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni menggunakan kaedah ini untuk mentafsirkan al-Quran.(Khalid Abdul Rahman 1994,120)
1
Al-Quran Al-Karim ___________________, (1991), Zaad al-Ma’aad fi Huda Khayr al-I’bad. Beirut : Muassasah al-Risalah. 510
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
g. Membahaskan tentang hal yang berhubungan dengan aspek bahasa, seperti kata akar bagi sesuatu kalimat dan bukti-bukti kalimat yang diambil dari ungkapan orang Arab. ‘Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad: Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. Surah Al-A’raf, Ayat 3 . Di sini Syekh Muhammad Ali AS-Sabuni memberikan perkataan seerti dengan ikutlah اتبعوا, iaitu terkesanlah iaitu dengan menggunakan kalimah
h. Perbahasan tentang tafsir ayat. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. AlMu’minoon Ayat ke-12)Di sini penulis menrangkan bahawa Adam a.s diciptakan daripada pati atau kandungan tanah dan begitulah jua zuriatnya. Ali As-Sabuni telah menyebut lagi hubungan di antara ayat sebelum dan selepasnya agar iamenampakkan ada kesinambungan di antara kedua-duanya. Contohnyadalam surah al-Ma’idah ayat 1-10, beliau menjelaskan tentang apa yang disyariatkan oleh Allah s.w.t termasuklah perkara yang halal dan haram kemudian dalam tafsiran ayat 11-20, beliau menyebut,’ Pada ayat sebelumnya Allah menjelaskan apa-apa yand disyariatkan kepada hambanya terutamanya tentang halal dan haram, maka pada ayat-ayat ini (maksudnya ayat 11-20), Allah s.w.t menyebut tentang nikmat yang dikurniakan kepada hamba-Nya iaitu petunjuk Islam, dan dijauhkan daripada dosa. Beliau mengaitkan ayat sebelumnya agar tampak dan lahirlah kemukjizatan al-Quran itu dari sudut persembahan susunannya. (As-Sabuni )2 i. Perbahasan tentang Asbab al-Nuzul
Syeikh Ali As-Sabuni menyatakan sebab turunnya ayat 11 surah al-Maidah, Bani Nadhir yang berniat jahat kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Allah s.w.t menurunkan ayat 11 surah al-Ma’idah memberitahu Rasulullah s.a.w akan niat jahat mereka sehingga Rasulullah s.a.w kembali semula ke Madinah bersama para sahabat. Allah s.w.t berfirman : Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu.
2
A’syur, Syeikh Muhammad Fadhil.2008. At-Tafsir wa rijaluhu. Dar as-Salam. 511
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah dan kepada Allah jualah (sesudah bertakwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri. Al-Maidah , 5: 11
Dalam ayat di atas, maksud menahan tangan mereka itu ialah Allah s.w.t menghalang perbuatan jahat mereka. Ayat di atas sangat jelas menyatakan sebab turunnya ayat iaitu Allah s.w.t melarang perbuatan jahat Bani Nadhir terhadap Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya.3
j. Pentafsiran dari Aspek Balaghah Pentafsiran ini menyentuh tentang perbahasan dari sudut ilmu Bahasa, balaghah, maknamakna akar kalimah, dan bukti-bukti kalimah yang diungkapkan oleh orang Arab, Ali asSabuni menyebut dalam Sofwah al-Tafsir dari sudut tinjauan Bahasa dan aspek balaghah sebagaimana contohnya dalam ayat berikut : Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari
tempat-tempatnya
(dan
maksudnya)
yang
sebenar
dan
mereka
melupakan
(meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orangorang yang berusaha supaya baik amalannya.4 Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya) dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah) dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang 3
Abu ‘Abbas Shamsuddin Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakar.t.th. Wafyat al-A’yan tahqiq Dr.Ihsan ‘Abbas. Jil.2, hlm 72. Beirut : Dar al-Sadir. 4 Abd Wahab Latif& Badlihisham Mohd Nasir & Mashitah Ismail.2004. Dakwah dan Keunggulan Para Daie. Shah Alam : Karisma Publication. 512
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah dia dari jalan yang betul. (al-Ma’idah, 5:12)
Maksud naqiba daripada kalimah naqib dalam ayat tersebut ialah pemimpin masyarakat yang mengurus keadaan dan kemaslahatan orang bawahannya. Manakala maksud sawaa al-sabil ialah jalan tengah iaitu jalan yang lurus. Syeikh Al As-Sabuni mengeluarkan mufradat yang susah, kemudian menjelaskannya dari sudut Bahasa Arab.5 Dari aspek Balaghah pula beliau menafsirkan ayat wabaathna minhum dari subut Bahasa Arab dengan menyatakan lafaz yang digunakan memindahkan ibarat iltifat ghaib, yakni orang yang ketiga kepada mutakallim orang yang kedua. Lafaz, wabaathna bermaksud memalingkan ibarat menghormati kedudukannya. 6
k. Penafsiran dengan menyatakan faedah-faedah atau pengajaran yang diperolehi daripada tafsiran ayat
Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni menyatakan pengajaran-pengajaran yang diperolehi daripada ayat yang ditafsirkan. Beliau menyatakan pengajaran pada bab terakhir setelah ditafsirkan dari sudut asbab al-Nuzul, sudut bahsa, tafsir ayat, dan kesesuaian antara ayat. Contohnya setelah ditafsirkan ayat 27-40 surah al-Maidah dinyatakan faedahnya. Beliau menyatakan bahawa pengajaran yang terdapat daripada tafsiran ayat tersebut adalah seperti berikut:
1.
Mengasingkan seseorang dari negerinya bererti membuangnya dan menjauhkannya.
Berdasarkan kata-kata Imam Malik,’Mengasingkan bererti juga memenjarakan daripada kebebasan dunia, kemudian memberinya kesempitan. 2.
Rahsia didahulukannya pencuri lelaki di sini dan mendahulukan penzina wanita
kerana lelaki lebih berani untuk mencuri dan perzinaan di kalangan wanita itu lebih keji dan disebut kedua-duanya sesuai dengan kecenderungan mereka. ( As-Sabuni) Pengajaran ini juga inti pati terhadap apa yang ingin dijelaskan oleh seseorang mufassir. Kaedah yang digunakan oleh Al As-Sabuni jarang-jarang digunakan oleh mufassir yang lain. 5
Abu Dahir, Ahmad 2010. Wajiz Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Cetakan Pertama. Abu al-Fatah ‘Uthman bin Janni. 1998. Al-Muhtasib tahqiq Muhammad ‘Abdul Qadir ‘Ata. Kil. 2 hlm. 71. Beirut : Dar al Kutub al-Ilmiyyah. 6
513
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ia dapat menjelaskan kepada pembaca kesimpulan yang terdapat daripada tafsiran sesuatu ayat.7
l. Membawa pandangan ulama mufassir lain terhadap ayat atau kalimah yang ditafsirkan Syeikh Muhammah Ali As-Sabuni telah menggunakan rujukan kitab-kitab tafsir terdahulu. Justeru itu, beliau telah mentafsirkan ayat dengan membawa pendapat ulama mufassir yang lain. Contohnya ialah pada tafsiran ayat 60 surah al-Ma’idah. Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul. (al-Ma’idah 5:60)
Syeikh Muhammad As-Sabuni membawa pendapat ulama mufassir dengan tafisrannya ayat dari hal’ di antara mereka ada yang dijadikan kera dan babi.” Ibnu Kathir berkata:’ Hai ahli kitab yang mencela agama kami pada hal itu agama tauhid, bagaimana celaan itu keluar daripada kamu, padahal kamu boleh mendapatkan semua itu dalam agamamu.’ Al-Qurtubi berkata:’Ketika ayat ini diturunkan, orang-orang Muslim berkata,’Hai teman-teman kera dan babi.” Sesungguhnya kutukan Alah itu kepada orang Yahudi, dan orang Yahudi itu adalah teman-teman kera .(Ali As-Sabuni 2011, 70)
j. Mengaitkan Isu-Isu Semasa di dalam Tafsir Terdapat juga isu-isu semasa yang dibahaskan dalam Mukhtasar Ibnu Kathir berkaitan dengan syariat. Antara isu tersebut ialah : Hukum potong tangan kepada berdasarkan firman Allah s.w.t : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Ma’idah 5:38) 7
Abdul Ghafar Don & berhanuddin Abdullah & Zulkiple Abd Ghani. 2007. Dakwah dan Pengurusan Islam Di Malaysia. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 514
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Syeikh Ali As-Sabuni menafsirkan ayat ini dengan setiap orang yang mencuri lelaki dan perempuan maka hendaklah dipotong tangannya sebagai balasan atas perbuatan jahatnya sebagai balasan daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana dalam hal syariatNya maka Diatidak menyuruh memotong tangan dengan aniaya, maka sekiranya mereka bertaubat dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah akan menerima taubatnya. Syeikh Ali As-Sabuni menjelaskan bahawa orang Barat mencela syariat Islam dalam hal hokum potong tangan. Mereka menganggap hukuman itu terlalu kejam dan tidak patut dipraktikkan dalam masyarakat yang mempunyai peradaban. Pemikiran mereka yang hanya bersandar pada logic menyebabkan bertambahnya bilangan penjenayah hingga penjara tidak dapat menampung bilangan mereka disebabkan terlalu penuh. Berapa banyak yang kita dengar, penjenayah yang keluar penjara kemudian melakukan kejahatan yang serupa.
METOD DALAM MENGHURAIKAN HUKUM
Dalam menghuraikan masalah hukum , Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni telah mengambil kaedah mengeluarkan kesemua pandangan ulama ataupun mazhab yang ada tentang sesuatu isu yang berkaitan dan melakukan tarjih yang paling sahih menurut pandangannya. Sebagai contohnya, dalam hokum berpuasa di bulan Ramadhan, beliautelah menimbulkan persoalan, sakit dan bermusafir yang bagaimanakah yang membolehkan seseorang itu tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Berikut merupakan kaedah beliau dalam menjawab persoalan tersebut: 1. Ahli Zahir mengatakan: Sakit dan Bermusafir yang secara mutlak. Walaupun jarak dalam bermusafir itu dekat, dan sakit itu ringan, sehinggakan sakit jari jemari atau sakit gigi pun dibolehkan berbuka puaas. Pendapat ini diriwayatkan daripada Atha’ dan Ibn Sirin daripada tafsir Imam Fakhrurazi. 2. Sebahagian ulama mengatakan : Rukhsah puasa ini dikhususkan hanya kepada orang yang sakit dan apabila dia berpuasa maka akan bertambah sakitnya. Dalm bermusafir pula mestilah perjalanan itu merupakan perjalanan yang memenatkan dan menyusahkan. Pendapat ini dikemukakan oleh Aslam. 3. Majoriti fuqaha mengatakan: Sakit yang dibolehkan berbuka ialah sakit yang berat dan parah yang menyebabkan terancam nyawa seseorang atau yang boleh menyebabkan ia menjadi lebih parah atau dibimbangkan sekiranya seseorang itu berpuasa maka penyakitnya itu tidak akan sembuh. Manakala, perjalanan yang
515
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
memboleh seseorang berbuka puasa adalah perjalanan jauh yang menyebabkan kesusahan. Ini adalahpendapat daripada imam mazhab yang empat. Dalil yang dikemukakan oleh ahli zahir : Golongan ahli zahir mengemukakan dalil dengan kemumuman ayat al-Quran. Firman Allah s.w.t. : Maka sesiapa yang di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir,(bolehlah berbuka), kemdian wajiblah berpuasa sebanyak hari yang dibuka itu pada hari yang lain. Al-Baqarah 2: 184 Dalam ayat ini lafaz yang menyatakan makna ‘sakit’ sifatnya umum, tidak dinyatakan samada ia parah atau teruk. Demikian juga lafaz’bermusafir’, sifatnya juga umum, tidak dibatasi oleh jauh. Oleh sebab yang demikian, sakit dan bermusafir secara umum memboleh seseorang itu berbuka puasa. Diceritakan bahawa mereka pernah berkunjung kerumah Ibnu Sirin pada bulan Ramadhan, dan pada waktu itu dia sedang makan dengan alasan sedang sakit jari-jemarinya. Daud Az-Zahiri mengatakan bahawa ‘rukhsah’ di sini meliputi semua bentuk musafir meskipun musafir itu hanya 1 farsakh iaitu kurang daripada 8 kilometer. Hal ini ekrana seseorang itu tetap dikira bermusafir, dan inilah yang ditunjukkan oleh zahir ayat al-Quran ini.
DAPATAN KAJIAN
Kesimpulan yang diperoleh daripada metodologi tafsir yang digunakan oleh Syeikh Muhammad Al As-Sabuni dalam mentafsirkan ayat adalah secara al-Mathur iaitu berdasarkan tafsiran dengan ayat al-Quran, dengan al-sunnah, serta qawl sahabah dan tabiin. Beliau juga menggunakan tafsiran secara al-ra’yi dengan mentafsirkan dari sudut Bahasa, kesesuaian antara ayat dan pengajaran yang dinyatakan. Beliau juga mentafsirkan ayat secara ijmali dan tahlili. 8
1. Maksud metodologi ijmali ialah menjelaskan ayat-ayat al-Quran secara ringkas tetapi mencakupi dengan susunan Bahasa yang mudah difahami dan mudah pula dibaca. Kelebihan tafsir secara ijmali ini ialah ia lebih praktikal dan mudah difahami. Ia juga bebas daripada penafsiran Israiliyyat dan pemahaman al-Quran secara telus dan lebih
8
Abdullah Basmeh. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran. 516
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
terjaga. Bahasa yang digunakan juga lebih ringkas, singkat dan padat serta lebih akrab dengan Bahasa al-Quran iaitu Bahasa Arab. 2. Maksud tafsir tahlili ialah menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan memaparkan segala aspek yang terkandung dalam ayat-ayat yang ditafsirkan itu serta menerangkan makna-makna yang tercakup dalamnya, sesuai dengan keahlian dan kecenderungan mufassir yang mentafsirkan ayat-ayat tersebut. Huraian tersebut menyangkut pelbagai aspek latar belakang ayat, asbab al-nuzul, ayat-ayat lain sebelum dan sesudah, dan disertakan pendapat ulama dari hal tafsiran ayat tersebut. ( Muhammad Ali As-Sabuni 1990,130-137)
Hukuman penjara bukannya ubat yang ampuh untuk mengubati penyakit mereka. Sedangkan Islam, cukup dengan satu tangan, maka ini membuatkan para penjenayah gerun. Alangkah bijaksananya syariat Islam ini. ( Ali As-Sabuni 2011, 46) Beliau menambah lagi dalam tafsiran ayat 50 surah al-Ma’idah dalam menjelaskan maksud hukum jahiliyyah. Beliau menyatakan maksud hukum jahilliyyah adalah hokum manusia. Apakah kita akan mengambil hokum Allah s.w.t. atau hukum jahiliyyah ? Manusia , apabila menghukum dengan hokum Allah s.w.tmaka mereka adalah Muslim, namun apabila mereka menghukum dengan syariat buatan manusia maka mereka berada dalam jahiliyyah dan terkeluar daripada syariat Allah. ( Ali As-Sabuni 2011,60)9
Penulis dapat membuat kesimpulan daripada perbahasan di atas bahawa hukum Islamyang perlu dilaksanakan adalah menjadi kewajipan kita untuk melaksanakannya. Syeikh Ali AsSabuni sangat tegas dalam mentafsirkan ayat berkaitan dengan hukum hudud. Beliau akan mengaitkan ayat sebelum dan selepas yang menceritakan tentang hokum hudud tersebut. Jelas di sini beliau menyangkal dakwaan bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan kerana menyalahi peradaban manusia, sedangkan hukum tersebut menyelamatkan manusia amnya.10
9
Abu al-Fatah ‘Uthman bin Janni. 1998. Al-Muhtasib tahqiq Muhammad ‘Abdul Qadir ‘Ata. Kil. 2 hlm. 71. Beirut : Dar al Kutub al-Ilmiyyah. 10 Abdullah bin Muhammad Basmeih, 2000. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran 30 Juzuk. Jakim : dar al-Fikr. 517
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Kekuatan dan Kelemahan Kitab Mukhtasar Ibnu Kathir 1. Penulisannya ringkas dan mudah difahami. 1. Gaya bahasa yang tepat dan jelas. 2. Mengumpul pendapat daripada kitab-kitab tafsir. Indukdan mengambil pendapat yang paling rajih. 3. Menjelaskan munasabah surah dan ayat. 4. Menghuraikan kategori ayat. 5. Membahaskan asbab al-Nuzul. 6. Menjelaskan aspek bahasa dan menjelaskan perbandingan pendapat ahli bahasa Arab. 7. Menjelaskan pengajaran atau faedah yang diperoleh atau hikmah ayat atau surah. 8. Membahaskan hubungan ayat sebelum dan selepas. 9. Pengambilan hadith daripada sumber yang sahih. 10. Dinyatakan sumber hadith di akhir kitab denngan tersusun. 11. Menjelaskanlatar belakang surah dengan ringkas. 12. Menyatakan kelebihan membaca surah, contohnya kelebihan membaca surah alBaqarah. 13. Penulisannya merangkumi aspek sirah, akhlak, akidah dan fiqh. 14. Penafsirannya bebas daripada unsur Israilliyyat. 15. Kitab tafsir ini sesuai menjadi bahan bacaan semua golongan.
Kelemahan Kitab
1. Dalam permasalahan hukum, pengarang tidak membawa pendapat keempat-empat mazhab. 2. Pengarang tidak menulis keseluruhan hadith bahkan hanya menyatakan potongan daripada beberapa ayat sahaja.
PENUTUP
Berdasarkan pengamatan penulis, hasil karya Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni ini menghimpunkan keseluruhan pendapat dariapda kalangan mufassir yang terkenal dalam satu hasil karya yang mudah difahami oleh pembacanya. Karangannya ini juga digunakan oleh para ustaz yang mengajar di masjid-masjid dengan menggunakan kita bini. Pengarang juga
518
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
telah mencurahkan pengetahuannya dalam semua disiplin ilmu untuk menghasilkan karya yang hebat ini. Menerusi kitab Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir ini juga mendorong terlahirnya banyak lagi karya-karya dalam ilmu tafsir. Ketokohan dan kehebatan ilmu Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni dalam bidang tafsir al-Quran tidak dapat disangkalkan lagi/ Beliau adalah seorang ulama yang tersohor dan penulisannya mendapat tempat dalam kalangan pencinta ilmu.
RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim ___________________, (1991), Zaad al-Ma’aad fi Huda Khayr al-I’bad. Beirut : Muassasah al-Risalah. A’syur, Syeikh Muhammad Fadhil.2008. At-Tafsir wa rijaluhu. Dar as-Salam.
Abd Wahab Latif& Badlihisham Mohd Nasir & Mashitah Ismail.2004. Dakwah dan Keunggulan Para Daie. Shah Alam : Karisma Publication.
Abdul Ghafar Don & berhanuddin Abdullah & Zulkiple Abd Ghani. 2007. Dakwah dan Pengurusan Islam Di Malaysia. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah Basmeh. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran.
Abdullah bin Muhammad Basmeih, 2000. Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran 30 Juzuk. Jakim : dar al-Fikr. Abu al-Fatah ‘Uthman bin Janni. 1998. Al-Muhtasib tahqiq Muhammad ‘Abdul Qadir ‘Ata. Kil. 2 hlm. 71. Beirut : Dar al Kutub al-Ilmiyyah. Abu ‘Abbas Shamsuddin Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakar.t.th. Wafyat al-A’yan tahqiq Dr.Ihsan ‘Abbas. Jil.2, hlm 72. Beirut : Dar al-Sadir.
Abu Dahir, Ahmad 2010. Wajiz Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Cetakan Pertama.
519
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Abu Hayyan al-Andalusi. 1993. Tafsir Al-Bahr al-Muhit. Jil 5 hlm. 332. Beirut : dar al Kutb al-Ilmiyyah.
Ali-Sobuni, Muhammad Ali al-SA\obuni, t.th, Mukhtasar Ibnu Kathir, Jil 2, Lubnan : Dar alQalam
Az-Zahabi. 1996. Muhammad Husin. Perniagaan Jahabersa : Johor Bharu.
520