BAB
5 MERANCANG PENELITIAN TINDAKAN KELAS PENGENALAN Dalam setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada sebabnya. Dalam penelitian tindakan kelas, permulaan kepada pelaksanaannya boleh jadi disebabkan oleh beberapa perkara atau situasi.
Bagi guru-guru, pengalaman mengajar sering
menjadi titik permulaan kepada pelaksanaan penelitian tindakan kelas. Penyelidikan tindakan melibatkan pembaikan atau membuat perubahan ke atas sesuatu amalan pendidikan yang sedia ada. Dalam konteks bilik darjah, aspek yang boleh diubah termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran seperti kaedah, teknik, aktiviti, bahan, alat bantu mengajar, penilaian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, perkara yang ingin diubah biasanya terletak kepada pertimbangan pendidik yang akan menjalankan penyelidik tindakan itu sendiri dan permasalahan yang berupaya ditonjolkan melalui kajian yang hendak dilakukan.
56 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
REFLEKSI PENGAJARAN SEBAGAI ASAS PENYELIDIKAN TINDAKAN Guru mempunyai peranan yang unik dan penting dalam mencipta pengetahuan mengenai pengajaran. Seseorang guru perlu mempunyai pengalaman untuk membezakan set signifikan bagi sesuatu set amalan pengajaran dengan set amalan yang lain. Untuk melakukan perbandingan ini, guru tersebut bukan sahaja memerlukan sifat sensitiviti yang tinggi, tetapi idea, pengetahuan teori dan model juga penting. Dengan sokongan daripada majikan dan rakan sekerja, guru dipercayai dapat menonjolkan pendapat mereka mengenai isu yang timbul di dalam bilik darjah, terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keprihatinan mereka. Pendapat yang dikeluarkan mereka adalah berdasarkan penilaian kendiri serta refleksi mengenai amalan pengajaran dan pembelajaran. Untuk merangsang perbincangan berdasarkan refleksi, serta membentuk soalan dan topik penyelidikan, beberapa set soalan telah dikenal pasti. Soalan-soalan tersebut adalah: 1.
Apabila memikirkan amalan pengajaran anda, bagaimana anda mengenalpasti bahawa kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah terbaik dalam menghasilkan pembelajaran pelajar yang maksimum? Pada pendapat anda, apakah kelebihan kaedah pengajaran yang anda gunakan? Bagaimana anda memastikan anda benar-benar berjaya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik?
2.
Apakah yang anda fikirkan mengenai pekerjaan anda sebagai seorang guru? Secara ringkasnya, terangkan mengenai diri anda sendiri sebagai seorang guru.
3.
Apakah peranan yang dimainkan oleh perasaan dan niat dalam cara anda memikirkan soal pengajaran. Apakah yang membangkitkan minat anda mengenai pengajaran, pembelajaran, dan pelajar? apakah yang sedang anda usahakan sekarang?
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 57
4.
Apakah dilemma dan masalah yang anda hadapi dalam pekerjaan anda sekarang? Bagaimana anda cuba untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut?
Refleksi kendiri merupakan salah satu perkara penting dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran. Selain soalan-soalan di atas, soalan-soalan baru perlu sentiasa diajukan kepada diri sendiri untuk menilai amalan pengajaran seseorang guru, dan membina pengetahuan pengajaran yang baru berdasarkan pengetahuan pengajaran sedia ada. Penyoalan berterusan akan membolehkan seseorang guru itu mengenalpasti kelebihan dan kelemahan amalan pengajaran mereka. Namun, perkara ini tidak akan dicapai oleh individu tanpa usaha dan kerja keras. PENYATAAN MASALAH Semasa membuat pernyataaan sesuatu tajuk penyelidikan, beberapa pertimbangan perlu diambil kira oleh penyelidik. Pertimbangan pertama ialah perkara yang hendak dikaji dan apakah aspek yang hendak dikaji. Ia meliputi jenis masalah , pemboleh ubah yang terlibat, data-data yang diperlukan, serta keupayaan penyelidik dari segi kewangan, tenaga, pengetahuan, kebolehan dan latihan. Pertimbangan yang kedua ialah penyelidik harus menyatakan masalah kajian dengan jelas dan spesifik. Pemilihan sesuatu topik masalah tidak bererti masalah dapat dinyatakan dengan jelas. Ciri yang penting sesuatu penyataan masalah adalah ia harus memberi fokus dan arah yang jelas kepada penyelidik. Kerlinger mengariskan tiga ciri permasalahan yang penting iaitu: 1.
Permasalahan harus dapat menyatakan talian antara dua atau lebih pemboleh ubah
2.
Masalah yang dinyatakan mesti dalam bentuk soalan dan bukan dalam bentuk kenyataan.
58 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
3.
Permasalahan boleh dikaji secara empirikal. Satu soalan yang tidak boleh dikaji secara empirikal bukanlah masalah berbentuk saintifik kerana salah satu ciri saintifik adalah pemboleh ubah permasalahan itu dapat diukur.
Selain daripada ciri-ciri yangtersebut, Tuckman (1993) pula telah menambahkan dua lagi ciri iaitu: 1.
Masalah kajian perlu dinyatakan dengan jelas dan tidak kabur
2.
Kenyataan masalah itu tidak mewakili persoalan moral atau etika
Walau bagaimanapun, sebelum sesuatu penyelidikan tindakan diteruskan, penyelidik dinasihati supaya meneliti semula pernyataan masalah yang telah dikemukakan berdasarkan lima kriteria yang telah disenaraikan. penyelidik boleh menggunaka cadangan Best (1981: 36-38) untuk menaksir kesesuaian suatu masalah penyelidikan: 1.
Apakah masalah itu boleh diselesaikan secara efektif melalui proses penyelidikan? Bolehkah data yang relevan dikumpul untuk menguji teori atau mencari jawapan?
2.
Adakah masalah mustahak? Adakah penting untuk melibatkan prinsip? Adakah penyelesaiannya akan memberi sebarang perbazaan kepada teori atau amalan pendidikan?
3.
Adakah masalah itu baru? Adakah jawapannya sudah diperolehi? Jika sudah dijalankan, adakah ia berguna untuk mengulanginya?
4.
Adakah kemungkinan untuk membuat reka bentuk kajian dengan cara tertentu bagi mengurangkan pengaruh pemboleh ubah luaran?
5.
Sejauh manakah dapatan penyelidikan itu dapat digeneralisasikan?
6.
Adakah penyelidikan itu boleh dijalan? Bolehkah penyelidik melakukannya dengan sempurna?
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 59
SUMBER MASALAH PENYELIDIKAN Terdapat berbagai-bagai sumber masalah penyelidikan. Tinjauan literatur kajian lepas dalam penyelidikan pendidikan dan implikasi-implikasi dapatan kajian dapat membantu penyelidik mencari dan mendapatkan topik penyelidikan. Seseorang penyelidik yang akan melakukan penyelidikan boleh memilih sesuatu tajuk daripada beberapa sumber ilmu. Teori pendidikan atau disiplin lain yang berkaitan boleh menyumbang idea untuk memulakan sesuatu topik penyelidikan. Seseorang harus mempunyai pengetahuan asas dalam bidang atau topik yang akan diselidik. Berpandukan literatur serta teori ilmu pendidikan, penyelidik dapat menggubal soalan-soalan yang sesuai untuk dikaji. Isu-isu semasa termasuk isu-isu sosial dan politik dalam pendidikan boleh juga dijadikan masalah penyelidikan. Wiersma menyatakan sumber bukan dikenalpasti dan ditangani secara vakum, tetapi maklumat yanga ada itu saling berkaitan. Soalan kajian seharusnya ada dan dialami dalam dunia pendidikan sama ada secara teori atau amalan. Sumber masalah yang pertama boleh didapati melalui pembacaan artikel di dalam jurnal atau majalah. Lazimnya, di dalam sesuatu artikel penulis ada membuat cadangan untuk melakukan kajian lanjut terhadap kajian mereka. Sumber yang kedua adalah melalui pengalaman penyelidik sendiri. Pengalaman profesional serta keadaan setempat boleh mencetuskan suatu masalah kajian. Penyelidik mungkin mendapat idea daripada perbincangan dengan orang lain tentang kesulitan atau masalah yang dialami. Masalah ini pula ternyata mampu diselidik oleh pengkaji. Sumber ketiga melalui laporan akhbar. Adakalanya, seseorang penyelidik mendapat idea melalui pembacaan akhbar sama ada laporan berita atau rencana pengarang akhbar itu. Sumber keempat adalah dari dokumen rasmi kerajaan seperti Laporan Kabinet Mengkaji Daar Pelajaran (1979). Sumber ini boleh menjadi satu sumber yang baik untuk tajuk penyelidikan dalam bidang pendidikan. Sumber kelima boleh didapati
60 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
daripada pihak penaja. Adakalanya sesebuah agensi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan, dari dalam atau luar negeri ingin menjalankan penyelidikan tentang sesuatu tajuk tertentu dan memerlukan penyelidik mengendalikan kajian secara kontrak. Penyelidik tempatan berperanan penting untuk membantu penyelidik luar. Institusi-institusi anggotanya mengembangkan penyelidikan mereka. Hujahan ini juga adalah satu sumber yang baik untuk memilih tajuk penyelidikan.
MENCARI FOKUS PENYELIDIKAN Bagi menjalankan penyelidikan tindakan, pengetahuan mengenai bidang yang hendak dikaji sangat penting. Ini kerana pernyataan masalah hanya dapat diterbitkan berdasarkan pengetahuan dan idea yang dikembangkan melalui isu dalam situasi umum. Isu tersebut pada mulanya mungkin agak kabur. Oleh itu, guru seharusnya membuat pembacaan terhadap kajian-kajian lepas supaya satu isu atau situasi yang khusus dapat difokuskan. Setelah skop atau perkara yang hendak dikaji dikenalpasti, guru sebagai penyelidik boleh memfokus kepada tajuk atau topik yang hendak dikaji. Sebaik-baiknya, bidang yang hendak dikaji mestilah sesuai dengan pengetahuan dan kemampuan pengkaji. Pemilihan sesutau topik banyak bergantung kepada minat dan pertimbangan nilai penyelidik. Umumnya, sifat ingin tahu merupakan pendorong utama dalam memilih masalah dan menentukan tajuk penyelidikan. Namun diingati supaya skop kajian yang dipilih seharusnya tidak terlalu luas supaya masalah yang dipilih dapat diselesaikan dalam masa yang ditentukan khususnya jika tindakan segera diperlukan. Perbincangan idea penyelidikan dengan rakan sekerja mempunyai potensi untuk mengenal pasti dan menjelaskan topik, soalan dan fokus kajian. Tentatif idea dan soalan
boleh
menjadi
“idea
penggerak”
dan
“soalan
panduan”
dalam
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 61
mengembangkan
minat
guru
melaksanakan
penyelidikan.
Melalui
dialog
berkumpulan, idea dapat diperkembangkan berdasarkan perspektif yang berbeza dalam kalangan ahli kumpulan perbincangan, seterusnya meneroka topik untuk merangsang inkuiri. Pengungkapan pendapat merupakan salah satu cara berguna untuk membantu setiap ahli kumpulan memetakan minat dan idea penyelidikan. Melaluinya, pelbagai idea dapat diperkembangkan daripada perspektif yang berbeza daripada ahli kumpulan, dan membuat perkaitan bagi setiap satu daripadanya serta menjadi panduan kepada arah perjalanan penyelidikan yang hendak dimajukan. Penjelasan yang diperolehi dengan cara ini kemudiannya akan memberi motivasi kepada guru apabila sesuatu masalah yang didapati berat pada mulanya menemukan gambaran penyelesaian. Sepertimana dalam refleksi kendiri guru, pengungkapan pendapat juga dimulakan daripada penyoalan terhadap diri sendiri tentang amalan pengajaran. Antara beberapa soalan yang memandu proses pengungkapan pendapat adalah: 1.
Apabila memikirkan mengenai pelajar dan pengajaran anda, apakah aspek yang anda rasakan boleh diperbaiki dan apakah pula yang patut dikekalkan?
2.
Apakah strategi yang mungkin anda gunakan untuk membantu pelajar belajar dengan lebih efektif?
3.
Apakah idea bermakna yang boleh membantu pelajar membina iklim pembelajaran yang “sebenarnya” di dalam bilik darjah?
4.
Apa yang anda ingin ketahui apabila menyentuh soal tahap dan subjek pengajaran anda?
5.
Apakah yang membangkitkan minat anda mengenai pengajaran anda di dalam bilik darjah?
Inilah antara soalan-soalan yang boleh mengembangkan perbualan anda dengan rakan sekerja kepada satu bentuk perbincangan yang menuju ke arah satu tindakan melalui penyelidikan sebagai usaha memperbaiki amalan pengajaran. Cara lain
62 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
untuk mendapatkan topik atau fokus penyelidikan adalah melalui formulasi soalansoalan yang berbentuk “apakah yang akan berlaku jika”. Proses ini memberi gambaran mengenai apakah visi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. gambaran seperti biasanya akan mendedahkan kepercayaan dan falsafah yang dipegang oeh guru selama mereka bekerja. Pengumpulan soalan-soalan “apakah yang akan berlaku jika” juga akan mendedahkan bagaimana harapan terhadap pengajaran bersesuaian dengan realiti amalan pengajaran. Contoh soalan-soalan yang dimaksudkan adalah: 1.
Apakah yang akan berlaku jika pelajar-pelajar tingkatan lima belajar bersama pelajar tingkatan yang leih rendah untuk tempoh seminggu sekali?
2.
Apakah yang akan berlaku jika mata pelajaran Sains dan sastera diintegrasi?
3.
Apakah yang akan terjadi jika pelajar didedahkan dengan aktiviti khidmat komuniti dan projek penelitian tindakan kelas seminggu sekali?
4.
Apakah yang akan terjadi jika guru-guru disuruh terlibat dengan program pembinaan kurikulum seminggu sekali dan berkongsi pengalaman amalan pengajaran?
5.
Apakah yang akan terjadi sekiranya golongan datuk dan nenek hadir ke sekolah untuk mengetahui tahap perkembangan cucu mereka di sekolah?
TUJUAN PENYELIDIKAN Biasanya setelah masalah dapat dikenal pasti,penyelidik perlu menyataan objektif penyelidikan dengan tepat. Penyelidik perlu jelas tentang tujuan dan objektif kajian supaya langkah-langkah untuk mencapai tujuan itu dapat ditentukan dan dirancang dengan teliti. Dalam konteks untuk mencapai kecemerlangan pendidikan, tujuan kajian yang diarahkan untuk menangani berbagai masalah pembelajaran adalah lebih tepat.
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 63
PEMBENTUKAN DAN PENYATAAN HIPOTESIS Selepas sesuatu masalah penyelidikan itu dikenalpasti, langkah berikutnya adalah menyatakan dan menghuraikan hipotesis. Pernyataan masalah penyelidikan hanya memberi satu arah yang umum untuk kajian penyelidikan. Ia tidak mengandungi semua maklumat supaya tidak terlalu berat dan sukar diurus. Untuk mendapat pernyataan yang lebih khusus dan terarah, hipotesis perlu dibentuk. Hipotesis adalah tekaan atau cadangan mengenai jawapan kepada masalah kajian. Hipotesis boleh diperolehi terus daripada pernyataan masalah atau berdasarkan literatur penyelidikan (kajian-kajian lepas). Berikut ialah contoh-contoh hipotesis: 1.
Terdapat perbezaan faktor personaliti pelajar tingkatan empat sains mengikut pencapaian akademik.
2.
Terdapat hubungan positif diantara konsep kendiri dengan tingkah laku akademik pelajar tingkatan empat.
Oleh sebab hipotesis itu suatu pernyataan cadangan tentang perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah, maka ia perlu dinyatakan dengan betul. Hipotesis mencadangkan perhubungan tertentu antara pemboleh ubah dan ia dapt menjuruskan masalah supaya lebih khusus dan boleh dikaji. Ini dapat juga memudahkan pengkhususan dan pengenalpastian pemboleh ubah tak bebas dan pemboleh ubah bebas. Selain itu, hipotesis juga seharusnya: 1.
Boleh diuji
2.
Dinyatakan dalam bentuk hubungan di antara dua pemboleh ubah atau lebih
3.
Seberapa ringkas tetapi mampu menyediakan penyelesaian terhadap masalah
4.
Dikemukakan dari hujah berasas teori atau bukti lain serta berguna untuk diuji
64 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
JENIS DAN BENTUK HIPOTESIS Penyataan hipotesis yang menunjukkan hubungan diantara dua pemboleh ubah atau lebih, boleh dinyatakan dalam dua bentuk. Kerlinger (1986 & 1989) menamakan dua bentuk sebagai hipotesis substantive atau penyelidikan dan hipotesis statistic. Hipotesis substantive itu menunjukkan arah keputusan sahaja. Contohnya hipotesis ‘kerja kumpulan kecil meningkatkan nilai kerjasama diantara pelajar berbanding dengan aktiviti perbincangan kelas’ dan ‘dengan peningkatan rondaan polis di pusat-pusat hiburan dan membeli-belah, akan mengurangkan bilangan pelajar ponteng sekolah’. Hipotesis statistik dinyatakan dalam bentuk tertentu, sesuai untuk analisis. Hipotesis boleh dinyatakan dalam bentuk terarah atau tidak terarah berasaskan maklumat daripada hipotesis penyelidikan. Jika bukti daripada literature menunjukkan kemungkinan mendapatkan perbezaan atau hasil tertentu, hipotesis statisti terarah lebih sesuai. Sebaliknya, jika terdapat keraguan atau tidak cukup bukti mengenai jawapan yang dicadangkan, hipotesis statistik tidak terarah lebih sesuai digunakan. Berikut adalah contoh hipotesis nul yang tidak terarah: 1.
Pendekatan belajar pelajar perempuan adalah sama dengan pendekatan belajar pelajar lelaki dalam kalangan pelajar-pelajar berpencapaian tinggi.
2.
Tiada perbezaan konsep kendiri diantara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
3.
Tiada perbezaan personaliti pelajar berpencapaian rendah mengikut jantina.
Contoh hipotesis alternatif terarah pula adalah seperti berikut: 1.
Pelajar yang menerima latihan keusahawanan pertanian mempunyai aspirasi kerjaya yang tinggi berbanding pelajar yang tidak menerima latihan tersebut.
2.
Pencapaian matematik pelajar berkecerdasan tinggi lebih tinggi daripada pelajar berkecerdasan sederhana.
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 65
Kesilapan-kesilapan dalam menyatakan hipotesis Terdapat beberapa sebab hipotesis dikatakan tidak dinyatakan dengan tepat. Sebabsebab tersebut adalah: 1.
Pernyatan hipotesis penyelidikan yang terlalu kabur. Penyelidik tidak jelas tentang bagaimana dan apa yang dimaksudkan dengan ‘kecerdasan’ dan ‘sikap’. Contohnya dalam hipotesis ini, ‘Terdapat hubungan kecerdasan dan sikap’.
2.
Pernyataan hipotesis penyelidikan terlalu umum, misalnya, ‘Pelajar yang bijak mempunyai sikap yang baik’. Perkataan ‘bijak’ dan ‘baik’ mewakili perkataan yang umum tidak mudah ditakrifkan.
3.
Pernyataan hipotesis penyelidikan dalam bentuk yang tidak boleh diuji. Contohnya pelajar yang kerap ke majlis lenih beriman.
4.
Hipotesis penyelidikan itu tidak boleh diterima (reasonable) dalam konteks maklumat yang ada. Contohnya, ‘Terdapat hubungan yang positif diantara skor ujian kecerdasan dengan pencapaian kreatif’ dan ‘Terdapat hubungan diantara paras air sungai denga peningkatan pencapaian akademik pelajar’.
PEMBOLEH UBAH Seperti yang telah dibincangkan sebelumnya, didapati pernyataan masalah penyelidikan dan hipotesis penyelidikan melibatkan penggunaan istilah yang khusus iaitu pemboleh ubah dan keadaan. Pemboleh ubah dan istilah yang digunakan mestilah ditakrifkan dengan jelas, supaya tidak disalahertikan. Pengkaji dapat memerhati sama ada hubungan yang dihipotesiskan itu wujud antara pemboleh ubah. Proses pentakrifan seharusnya bermula apabila pengkaji menyatakan masalah dan hipotesis. Penakrifan pemboleh ubah dapat membantu individu (pengkaji dan pembaca) untuk mengetahui perkara yang sedang dikaji serta memudahkan interpretasi keputusannya. Selain itu, takrifan pemboleh ubah biasanya dilakukan dalam definisi operasional untuk menggambarkan konsep sesuatu pemboleh ubah yang dirujuk dalam penyelidikan yang dilaksanakan. Pemboleh ubah adalah satu ciri yang mengambil nilai atau keadaan yang berbeza untuk individu yang berbeza.
66 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
Pemboleh ubah boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu pemboleh ubah yang dimalarkan, pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Pemboleh ubah dimalarkan atau pemalar adalah ciri atau keadaan yang serupa bagi semua individu dalam satu kajian. Jika seorang penyelidik berminat mencari kesan dua kaedah pengajaran yang berbeza terhadap pencapaian Bahasa Arab pelajar matrikulasi, maka tahap matrikulasi adalah pemalar. Ini kerana semua individu yang terlibat berada pada tahap pendidikan yang sama iaitu matrikulasi. Kemudiannya, setiap kumpulan pelajar akan menerima kaedah pengajaran yang berbeza. Perbezaan kaedah pengajaran menunjukkan autoriti guru untuk mengawal dan memanipulasi kaedah pengajaran tersebut.
Oleh itu, dalam konteks
penyelidikan ini, kaedah pengajaran adalah pemboleh ubah dimanipulasi. Pemboleh ubah dimanipulasi atau nama lainnya pemboleh ubah tak bersandar boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kehadiran tindakan yang dikenakan terhadap sesuatu keadaan. Kumpulan yang melalui keadaan dengan kehadiran tindakan dipanggil sebagai kumpulan eksperimen atau rawatan. Manakala kumpulan yang tidak menerima tindakan khas tersebut dipanggil sebagai kumpulan kawalan. Berbalik kepada contoh penyelidikan berkenaan kesan dua kaedah pengajaran yang berbeza terhadap pencapaian Bahasa Arab pelajar matrikulasi, selepas kaedah pengajaran dilaksanakan, semua pelajar matrikulasi tersebut akan diukur tahap penguasaan Bahasa Arab mereka. Tidak mungkin semua pelajar memperolehi markah atau skor yang sama alam ujian itu, jadi penguasaan Bahasa Arab itu boleh menjadi pemboleh ubah, kerana individu mempunyai penguasaan bahasa yang berbeza. Apatah lagi kaedah pembelajaran juga berbeza-beza. Pencapaian Bahasa Arab dikatakan bergantung kepada kaedah pengajaran yang diguna pakai oleh guru. Oleh itu, pencapaian tersebut adalah pemboleubah bergerak balas atau bersandar.
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 67
Dalam melaksanakan penyelidikan, didapati penyelidik sering melakukan kesilapan dalam aspek pemboleh ubah. Seharusnya, penyelidik mengelak daripada melakukan beberapa kesilapan yang biasa ditemui dalam sesuatu penyelidikan seperti: 1.
Penyelidik gagal mentakrifkan istilah atau pemboleh ubah
2.
Penyelidik gagal mentakrifkan istilah atau pemboleh ubah secara operasional
3.
Penyelidik gagal mentakrifkan istilah atau pemboleh ubah supaya tekal dengan literatur atau teori
4.
Penyelidik gagal mentakrifkan istilah atau pemboleh ubah yang konsisten dengan cara mengukur mengikut definisi operasional.
TINJAUAN LITERATUR Tinjauan literatur adalah tindakan untuk mendapatkan sumber-sumber daripada artikel jurnal, dokumen, buku dan sebarang sumber rujukan lain yang berkaitan dengan topik penyelidikan yang hendak dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan topik yang dipilih menjadi satu bentuk konteks teoritikal yang kukuh. Tinjauan literatur juga akan menunjukkan perkaitan antara penyelidikan yang hendak
dilaksanakan
dengan
kajian-kajian
yang
berkaitan
yang
pernah
dilaksanakan oleh penyelidik lain. Maklumat yang diperoleh daripada rujukanrujukan ini boleh dijadikan panduan supaya penyelidikan yang hendak dilaksanakan lebih efektif dan melalui langkah-langkah yang lebih efisien. Hal ini berdasarkan kepelbagaian maklumat yang boleh diperolehi seperti soalan penyelidikan,cara menghasilkan pembelajaran di dalam bilik darjah yang berkesan, kaedah pemungutan data atau teknik menganalisis data. Antara lainnya, tujuan menapa tinjauan literatur perlu dilakukan adalah seperti berikut: 1.
Mendapatkan idea dan hala tuju tentang penyelidikan yang akan dijalankan
2.
Mendapatkan gambaran tentang penyelidikan terkini yang dijalankan dalam bidang yang ingin dikaji
68 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
3.
Mendapatkan gambaran tentang pemboleh ubah yang ingin dikaji serta hubungan antara pembolehbah tersebut
4.
Mendapatkan gambaran tentang kekerapan kajian-kajian
yang telah
dijalankan dalam bidang yang ingin dikaji 5.
Mendapatkan pola penggunaan pemboleh ubah dalam kajian yang ingin dijalankan (melihat kelompangan dalam kejain lepas)
6.
Melihat kebolehsuaian kaedah kajian yang ingin dijalankan
Seperti yang telah dinyatakan, sumber-sumber untuk melaksanakan tinjauan literatur boleh dibuat melaui pembacaan artikel jurnal, dokumen dan buku. Berikut adalah serba sedikit penerangan mengenai sumber-sumber tersebut. Tinjauan literatur merupakan aspek penting dalam penyelidikan atau kajian huraian bertulis mengenai rujukan yang relevan dengan topik kajian dan objektif kajian. Ia meliputi segala bahan terbitan mengenai topik dan objektif kajian contohnya buku, jurnal, catatan sejarah, laporan kerajaan, dokumen, tesis dan sebagainya yang relevan. Tinjauan literature digunakan bagi Memberi maklumat dari sumber yang sah berkaitan topik dan konstruk kajian. Seterusnya membantu membina objektif tentatif kajian. Maklumat juga membantu pengkaji menganalisis dan mempertimbangkan aspekaspek: 1. Latar teoritikal (theoretical background) 2. Metodologi kajian-kajian lain dalam bidang sekitar jaringan topik 3. Dapatan kajian-kajian lepas 4. Bukti permasalahan dan rasional kajian yang hendak dijalankan 5. Maklumat asas untuk pembinaan item-item konstruk dalam instrumen kajian kuantitatif dan kategori/konsep/tema serta soalan berstruktur kajian kualitatif 6. Sandaran untuk perbincangan hasil kajian dalam rumusan
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 69
Beberapa objektif ulasan kepustakaan juga perlu diambil kira seperti berikut: 1.
Membezakan apa yang telah dibuat daripada apa yang perlu dibuat
2.
Menemui variable/pembolehubah - relevan kepada tajuk
3.
Mengabungkan bahagian –bahagian yang berasingan dan mendapat perspektif baru
4.
Menunjukkan hubungan antara idea dengan amalan
5.
Menentukan konteks tajuk atau masalah
6.
Memberi rasional kesignifikanan tajuk/masalah kajian
7.
Mempertingkatkan dan memperoleh vocabulary /istilah baru
8.
Memahami struktur subjek kajian
9.
Menghubungkan idea, teori dengan amalan
10.
Mengenalpasti metodologi atau kaedah penyelidikan yang telah digunakan
11.
Menunjuk perihal tahu perkembangan penyelidikan yang telah dijalankan mengenai topik/masalah
Beberapa stategi mencari bahan rujukan perlu bagi membuat tinjauan literatur seperti di bawah ini: 1.
“Browse and Peruse”
2.
“Specify and look-up” membina beberapa soalan sebagai panduan:
3.
Apakah kajian-kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan tajuk ini, dan apakah rumusan yang telah dibuat oleh pengkaji.
4.
Apakah istilah utama yang digunakan oleh pengkaji dan apakah definisi nya?
5.
Apakah kekuatan dan kelemahan metod atau kaedah-kaedah yang terdapat dalam kajian-kajian lepas?
6.
Kajian-kajian lepas berasas kepada teori atau model apa?
Perbandingan antara kajian-kajian lepas bertujuan memetik poin-poin utama dalam perkara-perkara seperti:
70 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
1.
Tujuan kajian dan hipotesis
2.
Kerangka kajian dan sampel
3.
Instrumen/alat kajian dan prosidur
4.
Tatacara analisis data
5.
Hasil kajian dan penemuan baru
6.
Interpretasi
Penulisan ulasan kepustakaan mestilah mengandungi perkara-perkara seperti berikut: 1.
Pengenalan–Sebagai peta kepada pembaca tentang apakah skop dan struktur ulasan kepustakaan.
2.
Isi/kandungan- Susunan bergantung kepada topik dan konstruknya
3.
Tahap Doktor Falsafah-ditulis secara evaluatif dan bukan deskriptif. Contoh: menimbangkan sebab-sebab mungkin timbulnya persamaan atau perbezaan antara kajian-kajian.
4.
Penutup–Merumuskan dapatan-dapatan utama daripada bacaan dan dikaitkan dengan tujuan kajian anda.
Ciri-ciri Ulasan Kepustakaan yang Cemerlang Antara ciri-ciri ulasan kepustakaan yang cemerlang adalah seperti berikut: 1.
Adakah ulasan kepustakaan secara keseluruhan ini dapat menerangkan dan atau memberi pengertian kepada tesis/masalah dan objektif/persoalan kajian saya?
2.
Apakah jenis ulasan kepustakaan yang saya lakukan? Adakah isu tentang teori? metodologi? kajian kuantitatif atau kualitatif? dasar?
3.
Apakah skop tinjauan saya? Jenis-jenis penerbitan jurnal, buku, dokumen, disiplin/bidang contohnya dalam pendidikan pentadbiran, kaunseling atau pengukuran?
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 71
4.
Adakah sistem mencari bahan-bahan baik? Memuaskan atau tidak Memuaskan? Adakah perihal mencari dan usaha luas dan mencukupi sehingga mendapat bahan yang relevan? Adakah bilangan sumber mencukupi?
5.
Adakah saya kritikal terhadap bacaan dan analisis, buat bandingan antara kajian- kajian lalu, apakah kekuatan dan kelemahan kajian–kajian ini?
Ciri-ciri Ulasan Kepustakaan yang Baik Antara ciri-ciri ulasan kepustakaan yang baik adalah seperti berikut: 1.
Meringkaskan kajian-kajian lepas yang ada (sintesis) dengan membuat penilaian yang kritikal secara evaluatif.
2.
Merangkumi skop yang luas dan dalam berkaitan topik kajian
3.
Penulisan ayat tepat dan jelas
4.
Menggambarkan pendirian yang tegas dan konsisten
Ciri-ciri Ulasan Kepustakaan yang Lemah Antara ciri-ciri ulasan kepustakaan yang lemah adalah seperti berikut: 1.
Merupakan
‘annotated bibligraphy’
iaitu,
penulisan
secara
diskriptif
(bercerita) tentang setiap rujukan. Yang biasa dilakukan oleh pelajar, satu perenggan satu rujukan. 2.
Penulisan lebih kepada mengumpul sebanyak maklumat tanpa analisis kritikal atau penilaian.
3.
Skop tinjauan (bacaan) yang sempit.
4.
Poin tidak jelas dan diterangkan dengan panjang
5.
Cara penyampaian maklumat tidak konsisten
6.
Terlalu banyak merujuk bahan sekunder dan sering menggunakan dalam contoh >60-80%.
72 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
Jurnal akademik Jurnal akademik adalah sumber terbaik dalam melakukan tinjauan literatur. Ini kerana pada kebiasaannya artikel yang terkandung di dalam jurnal akademik ditulis oleh golongan pakar dalam bidang tersebut. Malah terdapat beberapa artikel daripada jurnal akademik merupakan laporan kajian yang pernah dilaksanakan atau idea akepada teori baru yang dibangunkan oleh tenaga akademik universiti. Apatah lagi, sebelum diterbitkan, artikel di dalam jurnal akademik akan dinilai terlebih dahulu. Laman sesawang Laman sesawang merupakan sumber untuk mendapatkan maklumat dengan cepat. Walau bagaimanapun, bua semua makumat yang diperolehi daripada sumber ini boleh dipercayai. Tidak seperti artikel yang terdapat dalam jurnal akademik, sumber yang terdapat di dalam lamina sesawang tidak melalui fasa penilaian. Sebaliknya, sesiapa sahaja boleh memuat naik artikel masing-masing ke dalam laman sesawang. Oleh itu, pemilihan artikel daripada laman sesawang perlu dibaut secara berhatihati supaya maklumat yang diperoleh benar-benar boleh dipercayai. Buku Selain artikel jurnal akademik, buku juga adalah sumber yang boleh dipercayai. Namun, kebolehpercayan ini adalah terhad kepada isi kandungan buku yang diperoleh daripada rujukan lain atau yang dterbitkan oleh penerbit-penerbit tertentu yang menjaga kualiti buku-buku yang diterbitkan. Sebagai panduan tambahan, penyelidik tidak semestinya membaca keseluruhan buku yang dirujuk. Penyelidik harus bijak memilih bahagian-bahagian tertentu dalam buku tersebut yang berkaitan dengan topik penyelidikan dalam membuat tinjauan literatur. Sumber tak bercetak Terdapat beberapa jenis sumber tak bercetak yang boleh digunakan untuk membekalkan maklumat latar belakangmengena penyelidikan tindakan yang
Merancang Penelitian Tindakan Kelas 73
hendak dilaksanakan. Contoh sumber rujukan yang tidak diterbitkan adalah pengalaman atau laporan bertulis yang dibuat oleh guru-guru yang pernah berhadapan dengan masalah yang sama seperti penyelidik. Pendapat ibu bapa juga boleh digunakan sebagai sumber maklumat tambahan. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh memberikan maklumat latar belakang kumpulan sasaran penyelidikan iaitu pelajar-pelajar. Atau melalui sedikit usaha, penyelidik berupaya utuk mendapatkan maklumat daripada komuniti atau penyelidik lain yang mempunyai pengetahuan khusus yang berkaitan dengan topik penyelidikan yang hendak dilaksanakan. PENGUKURAN DAN PUNGUTAN DATA Pengukuran nilai-nilai pemboleh ubah yang betul dan tepat sangat mustahak dalam sesuatu penyelidikan. Tanpa pengukuran yang tepat, sebarang perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah tidak bermakna. Pengukuran boleh menjadi kompleks dalam situasi sebenar lebih-lebih lagi jika tidak ada alat ukur sebenar bagi mengukur sesuatu pemboleh ubah, misalnya keimanan atau keikhlasan seseorang. Pemilihan dan penggunaan alat ukur yang betul bagi pemboleh ubah-pemboleh ubah psikofizikal atau skala psikologikal serta prosedur-prosedur pengukuran adalah sangat penting dalam semua kajian. Pungutan data adalah sebahagian yang sangat penting dalam semua penyelidikan, kerana rumusan daripada sesuatu kajian dibuat berdasarkan data yang diperolehi. Oleh sebab itu, jenis data yang dikumpulkan, kaedah pungutan data yang digunakan dan cara pemarkahan harus difikirkan dengan teliti dan berhati-hati. Ini bertepatan dengan definisi penyelidikan sebagai suatu proses untuk mendapatkan penyelesaian yang boleh diharap atau dipercayai (dependable solutions) kepada msalah-masalah melalui pungutan data yang terancang dan sistematik , penganalisaan dan interpretasinya (Mouly 1963).