Memperingati
L EE KUAN YEW
Memperingati
L EE KUAN YEW 1923 –2015 Encik Lee Kuan Yew ialah pengasas Singapura moden. Pendudukan Jepun telah mencorak pemikiran politik beliau dan juga telah mendorong beliau untuk melibatkan diri dalam perjuangan anti-penjajah. Sebaik sahaja beliau pulang ke Singapura pada 1950 dengan ijazah undang-undang daripada Universiti Cambridge, beliau mula bekerja dengan kesatuan-kesatuan sekerja. Kemudian pada 1954 beliau membentuk Parti Tindakan Rakyat bersama sekumpulan rakan yang mempunyai pemikiran yang sealiran dengan beliau. Encik Lee telah dipilih untuk menjadi anggota Dewan Undangan Singapura sebelum kemerdekaan pada 1955, dan menjadi Perdana Menteri Singapura pemerintahan sendiri pada 1959. Beliau memimpin Singapura sepanjang percantuman dengan Malaysia pada 1963 dan perpisahan daripada Malaysia pada 1965, dan merupakan penggerak utama dalam perubahan Singapura daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara Dunia Pertama. Beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri pada 1990, tetapi terus berkhidmat dalam Kabinet sehingga 2011, pada usia 87 tahun. Beliau terkenal di seluruh dunia sebagai seorang negarawan yang unggul di Asia – salah seorang daripada pemimpin-pemimpin yang hebat yang telah mendorong kebangkitan Asia dalam abad ke-20. Pameran ini bertujuan untuk memperingati sumbangan-sumbangan Encik Lee Kuan Yew yang amat besar kepada Singapura, kedudukan beliau sebagai seorang yang penting dan berkaliber di peringkat antarabangsa, dan kepada cita-citanya yang tinggi dan keyakinan yang telah mencorak beliau dan pemimpin-pemimpin generasi beliau.
TAHUN-TAHUN AWAL 1923-1950 “Kita, di Tanah Melayu, sedang menyaksikan penguasaan lebih seratus tahun kerajaan British memasuki tahap akhir. Imperialisme penjajah di Asia Tenggara telah berakhir kecuali di Tanah Melayu, dan generasi kita akan memastikannya berakhir.” - Encik Lee Kuan Yew, di Forum Tanah Melayu di Dewan Malaya, London, 28 Januari 1950
Encik Lee Kuan Yew yang dilahirkan pada 16 September 1923 di Singapura telah muncul sebagai pelajar terbaik sekolah Raffles Institution dalam peperiksaan Senior Cambridge pada 1940. Beliau kemudian meneruskan pendidikan beliau di Maktab Raffles, dan berharap untuk meneruskan pengajian beliau dalam bidang undang-undang di London, tetapi rancangan beliau telah tergendala akibat Perang Dunia Kedua. Selepas British menyerahkan Singapura kepada tentera Jepun pada 15 Februari 1942, Encik Lee nyaris-nyaris dibunuh, dalam operasi sook ching (“penyingkiran melalui pembersihan”), operasi anti-Cina tentera Jepun yang telah mengorbankan begitu ramai nyawa orang-orang Cina. Encik Lee telah pergi ke tempat pemeriksaan sook ching di Jalan Besar tetapi beliau telah merasakan sesuatu yang tidak kena dan telah mendapat kebenaran keluar dari barisan itu. Beliau telah bersembunyi dengan bantuan tukang kebunnya pada malam itu dan secara kebetulan beliau dibebaskan pada keesokan harinya. Kemudian beliau sedar bahawa beliau tidak memasuki politik, tetapi Pendudukan Jepunlah yang membawa politik kepada beliau. Pendudukan kejam Jepun telah membuat beliau sedar bahawa jika rakyat Singapura tidak mengambil tindakan dan mengubah nasib mereka, mereka akan tetap berada di bawah pemerintahan kuasa-kuasa besar. Universiti Cambridge dan Forum Tanah Melayu Encik Lee menyambung semula pengajian beliau selepas Perang Dunia Kedua. Beliau telah mendaftarkan diri di Sekolah Ekonomi London (London School of Economics) dan kemudian menuntut di Universiti Cambridge pada 1947. Beliau telah menamatkan pengajian beliau di Universiti Cambridge dengan kelulusan ““Double Double First” First” dan telah menerima satu-satunya bintang kecemerlangan dalam senarai kepujian Law Tripos II terakhir. Semasa di England, Encik Lee menyertai Forum Tanah Melayu bersama Goh Keng Swee dan Toh Chin Chye yang kemudian menyertai beliau membentuk PAP. Forum itu terdiri daripada sekumpulan pelajar Tanah Melayu di Britain yang prihatin tentang politik dan ingin memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu (yang pada masa itu akan melibatkan Singapura). Encik Lee pulang ke tanah air selepas berjaya menjadi peguam pada Jun 1950.
Membaca di tepi Sungai Cam di Universiti Cambridge, 1947 Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Di Cambridge, 1947-1949 Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Encik Lee Kuan Yew dan Cik Kwa Geok Choo bersama W S Thatcher, Censor bagi Fitzwilliam House yang menawarkan Encik Lee tempat di Universiti Cambridge, 21 Jun 1949. Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Encik Lee Kuan Yew dan Cik Kwa Geok Choo sebelum Encik Lee berlepas ke England untuk menuntut, 5 September 1946 Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Bersama Cik Kwa Geok Choo di Universiti Cambridge, di mana kedua-duanya menuntut, 1947-1949 Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Di Perpustakaan Sekolah Undang-undang Universiti Cambridge, 1947 - 1949 Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Encik Lee Kuan Yew dan Cik Kwa Geok Choo di majlis makan malam bersama rakan-rakan beliau yang merupakan pelajar-pelajar dari Singapura dan Tanah Melayu yang menuntut di Universiti Cambridge, 1949. Antara yang hadir adalah E W Barker (barisan belakang, keempat dari kiri) dan Yong Pung How (duduk, kedua dari kanan). E W Barker menyandang jawatan Menteri Kabinet dari 1964 hingga 1988, sementara Yong Pung How menjadi Ketua Hakim Singapura dari 1990 hingga 2006. Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Foto tamat pengajian bersama Cik Kwa Geok Choo, 1949 Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Foto tamat pengajian, 1949 Ihsan Koleksi Puan Lee Kuan Yew, Arkib Negara Singapura
Encik Lee Kuan Yew, 1960an Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Wig Barrister dan kotaknya, 1949 Selepas diterima menjadi peguam, Encik Lee Kuan Yew dan Cik Kwa Geok Choo membeli wig barrister. Ia dihasilkan oleh Ravenscroft, pembuat wig dan jubah terkemuka di London. Sumbangan Encik Lee Kuan Yew Koleksi Muzium Negara Singapura
Jam tangan Rolex Oyster Perpetual, 1953 Jam tangan ini telah dihadiahkan kepada Encik Lee Kuan Yew oleh Kesatuan Sekerja Kakitangan Pos dan Telekomunikasi Singapura pada 11 April 1953. Encik Lee telah berjaya dalam mewakili kesatuan sekerja itu dalam prosiding timbang tara mengenai satu pertikaian gaji. Pada akhirnya, hampir 1,000 kerani menerima gaji tertunggak sebanyak 28 bulan. Sumbangan Encik Lee Kuan Yew Koleksi Muzium Negara Singapura
Plat kaca induk, 1955 Plat kaca induk ini telah digunakan untuk mencetak risalah-risalah untuk kempen Encik Lee Kuan Yew sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1955. Risalah tersebut menyatakan hari mengundi adalah pada 2 April 1955 dan mengisytiharkan sokongan Encik Lee untuk kemerdekaan dan hak pekerja. Koleksi Muzium Negara Singapura
Kotak Merah Menteri, pertengahan abad ke 20 Kotak merah ini digunakan oleh Encik Lee Kuan Yew semasa beliau memegang jawatan politik. Ia mengandungi kerja-kerja beliau – kertas-kertas berkaitan kerja, draf-draf ucapan, surat-surat, bahan bacaan, nota-nota dan pita kaset yang mengandungi rakaman arahan-arahan beliau. Menurut Menteri Pendidikan Heng Swee Keat, yang bertugas sebagai Ketua Setiausaha Sulit Encik Lee dari 1997 hingga 2000, kotak yang dikunci itu tiba di pejabat Encik Lee pada jam 9 pagi setiap hari. Setiausaha-setiausaha beliau akan menyalin arahan-arahan yang dirakamkan dan Encik Heng akan memastikan arahan-arahan beliau dilaksanakan sebelum beliau tiba di pejabat. Kali terakhir Encik Lee menggunakan kotak merah ini adalah pada 4 Februari 2015, sehari sebelum beliau dimasukkan ke hospital. Sekarang, kotak merah ini menjadi simbol komitmen Encik Lee yang teguh terhadap Singapura. Poster Dewan Undangan Pertama Singapura, 1955 Poster ini menunjukkan Dewan Undangan Singapura yang pertama, termasuk 25 anggota yang dilantik menerusi Pilihan Raya Umum Singapura yang pertama di bawah Perlembagaan Rendel. Poster ini bertarikh 22 April 1955, tarikh sidang pertama Dewan Undangan diadakan. Encik Lee Kuan Yew, Anggota bagi Tanjong Pagar, telah memenangi kerusi beliau dengan kelebihan undi yang terbanyak di kalangan semua calon. Sumbangan Puan Anita Benson Koleksi Muzium Negara Singapura
Risalah untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan di Tanjong Pagar, 1957 Setelah rundingan mengenai kemerdekaan Singapura di London gagal, David Marshall meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri. Pada 26 April 1957, beliau mencabar Encik Lee Kuan Yew supaya meletakkan jawatan dan bertanding semula di dalam satu pilihan raya kecil. Encik Lee serta merta menyahut cabaran itu. Tetapi dua hari kemudian, Marshall mengumumkan “persaraan buat selamanya” dari politik. Encik Lee tetap bertanding dan memenangi pilihan raya kecil Tanjong Pagar. Risalah ini mengandungi surat terbuka kepada para pengundi Tanjong Pagar dan menjelaskan matlamat PAP untuk mengakhiri penjajahan dan mewujudkan sebuah negara Tanah Melayu yang merdeka dan bukan komunis. Ia juga menyenaraikan bukti-bukti kelayakan Encik Lee, terutama sekali bilangan kesatuan sekerja yang banyak di mana beliau berkhidmat sebagai penasihat guaman. Koleksi Muzium Negara Singapura
Risalah bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan, 1959 Ini adalah risalah PAP untuk kempen Pilihan Raya Umum 1959. Ia mengandungi ulasan tentang Encik Lee Kuan Yew sebagai setiausaha agung PAP dan calon bagi Tanjong Pagar. Selain menekankan bukti-bukti kelayakan beliau, risalah ini juga menyebut tentang kefasihan Encik Lee dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu. Selepas PAP memenangi 43 daripada 51 kerusi dalam pilihan raya tersebut, Encik Lee menjadi Perdana Menteri pertama Singapura pemerintahan sendiri. Koleksi Muzium Negara Singapura
Perjuangan Untuk Percantuman (The Battle for Merger) – Edisi bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin, 1961 Antara 13 September dan 9 Oktober 1961, Encik Lee Kuan Yew menyampaikan 12 ceramah radio dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu, kesemuanya 36 siaran. Matlamat ceramah-ceramah itu adalah untuk mendedahkan tentang Komunis – matlamat, cara dan pertubuhan mereka . Walaupun PAP mempunyai kelebihan hanya satu kerusi sahaja dalam Dewan Undangan, ceramah-ceramah itu telah banyak membantu PAP dalam perjuangan menentang Komunis. Ceramah tersebut telah disusun dan diterbitkan dalam semua empat bahasa rasmi di bawah tajuk Perjuangan Untuk Percantuman. Percantuman Koleksi Muzium Negara Singapura
Rostrum diperbuat daripada kayu rosewood, 1970an Pada 1970an, Perdana Menteri Lee Kuan Yew menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan tahunan beliau di Panggung Negara di rostrum ini. Koleksi Muzium Negara Singapura
Jalan ke arah Kemerdekaan 1950–1965 “Masanya telah tiba untuk rakyat Tanah Melayu bersatu, kerana kita tidak boleh menghentikan penindasan ini kecuali kita menjadi tuan dalam negara kita sendiri. Jadi, ini ialah perkara yang pertama yang mesti diperbetulkan. Kita mesti mencapai kemerdekaan.” - Encik Lee Kuan Yew, di rapat umum pilihan raya, 21 Mac 1955
Penasihat guaman kepada kesatuan sekerja
Perasmian PAP
Pada 1952, Encik Lee Kuan Yew mewakili Kesatuan Sekerja Kakitangan Pos dan Telekomunikasi Beruniform dalam rundingan gaji dengan pemerintah penjajah. Beliau telah mendedahkan keangkuhan majikan dalam memberi layanan kepada pekerja-pekerja pos, tetapi telah menasihati pekerja-pekerja itu agar mengamalkan pendekatan yang aman dan sederhana dalam rundingan mereka. Encik Lee menerima publisiti yang meluas setelah beliau berjaya mencapai satu huraian yang lebih baik untuk pekerja-pekerja pos itu. Tidak lama kemudian, lebih banyak kesatuan sekerja dan persatuan suku kaum meminta beliau menjadi penasihat guaman mereka.
Menerusi pelajar-pelajar ini, Encik Lee Kuan Yew berkenalan dengan Lim Chin Siong dan Fong Swee Suan, dua tokoh berpengaruh dalam Barisan Bersatu Komunis. Encik Lee memberitahu mereka mengenai rancangan beliau untuk membentuk sebuah parti politik, dan tidak lama kemudian mereka menyertai kumpulan Oxley Road itu. Pada 21 November 1954 PAP telah dirasmikan di Dewan Peringatan Victoria.
Pembetukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Bersama-sama sekumpulan kecil pelajar-pelajar yang baru pulang dari England, Encik Lee Kuan Yew memperkembangkan idea untuk membentuk sebuah parti politik untuk berjuang mencapai kemerdekaan mengikut perlembagaan. Kumpulan ini, termasuk Toh Chin Chye, Goh Keng Swee, S. Rajaratnam dan Kenneth Bryne yang kemudian disertai Samad Ismail dan Devan Nair, bertemu secara kerap di ruang makan di tingkat bawah tanah rumah Encik Lee di Oxley Road. Perbicaraan Fajar Pada 1954, Encik Lee Kuan Yew telah diminta membela lapan penuntut Universiti Malaya yang didakwa dengan tuduhan menghasut kerana menerbitkan sebuah rencana dalam Fajar Fajar,, sebuah majalah mahasiswa. Bersama-sama Peguam Diraja (Queen’s Counsel) D N Pritt, Encik Lee telah berjaya membela pelajar-pelajar tersebut. Tidak lama selepas itu, beliau mewakili pelajar-pelajar sekolah menengah Cina yang membuat rayuan ke atas sabitan kesalahan merusuh berkaitan pendaftaran Perkhidmatan Negara. Ini merupakan permulaan Encik Lee mengenali dunia orang-orang berpendidikan Cina. Seperti yang dijelaskan beliau, ia “dunia yang penuh bertenaga, dengan kedinamikan dan perubahan”.
Pilihan Raya Dewan Undangan 1955 PAP menyertakan empat calon untuk bertanding, termasuk Encik Lee Kuan Yew. PAP memenangi tiga kerusi di mana Encik Lee sendiri menang dengan bilangan undi yang terbesar yang diperolehi oleh sebarang calon. Beliau tampil sebagai pemimpin semula jadi bagi pergerakan anti-penjajah.
Berjabat tangan dengan W A Cooper, Pengarah Pos, Singapura, selepas berjaya merundingkan pemberian gaji tertunggak sebanyak 28 bulan kepada pekerja-pekerja kerani yang menjadi anggota Kesatuan Sekerja Kakitangan Pos dan Telekomunikasi Singapura (SUPTW), 11 April 1953 The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Seorang anggota SUPTW sedang mengalungkan Encik Lee dengan kalungan bunga di Dewan Peringatan Victoria, 11 April 1953 The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Menyambut Peguam Diraja (Queen’s Counsel) D N Pritt di lapangan terbang, 1954. Pritt tiba untuk mewakili lapan penuntut Universiti Malaya yang didakwa dengan tuduhan menghasut melalui sebuah rencana yang diterbitkan dalam Fajar, sebuah majalah mahasiswa. Kesemua lapan orang penuntut itu telah dibebaskan dari tuduhan. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berucap di mesyuarat penubuhan Parti Tindakan Rakyat di Dewan Peringatan Victoria, 21 November 1954 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Di pejabat SUPTW semasa Persidangan Parti Khas PAP, 13 Februari 1955 Keputusan untuk PAP bertanding dalam Pilihan Raya Dewan Perundangan yang akan datang telah dibuat di mesyuarat itu. Empat orang calon, termasuk Encik Lee Kuan Yew, telah dicalonkan untuk bertanding. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura.
Berucap di Rapat Umum Merdeka di Farrer Park, 17 Ogos 1955 The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Encik Lee Kuan Yew bersama para penyokong beliau sehari sebelum kemenangan pertama beliau dalam pilihan raya, 1 April 1955 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Melaungkan “Merdeka” di rapat umum di Padang, 15 April 1957 Encik Lee Kuan Yew baru pulang dari London sebagai anggota rombongan semua parti ke London bagi perbincangan perlembagaan mengenai pemerintahan sendiri Singapura. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Jalan ke arah Kemerdekaan 1950–1965 “Sekali sekala dalam masa yang lama dalam sejarah sebuah bangsa, akan terdapat satu detik perubahan yang hebat. Dan malam inilah masanya dalam hidup kita… Kita mulakan babak baru dalam sejarah Singapura. Kuasa rakyat melalui pemerintah yang dipilih adalah terhad kepada hal ehwal dalam negeri kita. Ia bukan apa yang kita benar-benar inginkan. Tetapi ia hanyalah satu langkah ke depan mencapai percantuman dan Kemerdekaan.” - Encik Lee Kuan Yew, di rapat umum berikutan kemenangan PAP dalam Pilihan Raya Umum Singapura 1959, 3 Jun 1959
Perikatan barisan terbuka Encik Lee Kuan Yew dan rakan-rakan bukan komunis beliau dalam PAP berpendapat mereka perlu menjalin perikatan dengan komunis untuk menentang penjajahan. Tetapi ini bermakna perebutan kuasa yang kerap dalam PAP. Encik Lee telah bertemu Fong Chong Pik secara rahsia, seorang wakil Parti Komunis Malaya yang beliau gelar “the Plen” iaitu singkatan bagi plenipotentiary atau wakil penuh, dalam ceramah Perjuangan Untuk Percantuman. Percantuman Pilihan Raya Umum 1959 PAP telah memenangi 43 daripada 51 kerusi dalam pilihan raya pertama Singapura bagi dewan undangan yang dipilih sepenuhya. Ia adalah satu kemenangan yang besar. Encik Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri pertama Singapura pemerintahan sendiri. Beliau dengan segera melaksanakan dasar-dasar sosial dan ekonomi yang mempunyai kesan yang meluas yang merubah pulau ini sepanjang beberapa dekad kemudian. Kemerdekaan menerusi percantuman Pada Mei 1961, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman, telah mengumumkan kemungkinan percantuman dengan Singapura. Pertentangan pendapat berhubung isu ini telah mengakibatkan perpecahan dalam PAP pada Julai 1961. Pada mulanya, kumpulan pro-komunis yang diketuai Lim Chin Siong cuba menjatuhkan pemerintah dalam Dewan Perundangan. Apabila mereka gagal, mereka keluar dari parti dan membentuk Barisan Sosialis. Kesatuan-kesatuan sekerja juga berpecah – kesatuan-kesatuan sekerja yang setia kepada PAP telah membentuk Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sementara kesatuan-kesatuan sekerja pro-komunis telah membentuk Persatuan Kesatuan-kesatuan Sekerja Singapura (SATU).
Ini telah mengakibatkan kempen yang hebat untuk memenangi hati dan minda rakyat Singapura. Encik Lee Kuan Yew telah membuat satu siri siaran radio untuk mendedahkan pergerakan komunis iaitu matlamat, cara dan pertubuhan mereka, dan beliau telah mengadakan lawatan ke semua 51 kawasan undi. Satu pungutan suara telah diadakan pada September 1962 di mana cadangan PAP untuk bercantum dengan Persekutuan telah mendapat 71 peratus undi. Setahun kemudian pada 16 September 1963, Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia. Lima hari selepas Percantuman, PAP menang 37 kerusi dalam Pilihan Raya 1963, berbanding 13 kerusi yang dimenangi Barisan Sosialis. Menerusi kepimpinan politik Encik Lee yang luar biasa sebagaimana yang disifatkan Dr Goh Keng Swee selepas itu, PAP telah dapat mengatasi serangan hebat anggota-anggota komunis. Perpisahan Percantuman merupakan satu pengalaman yang mengecewakan. PAP bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 tetapi hanya menang satu kerusi sahaja di wilayah Semenanjung. Rusuhan kaum tercetus di Singapura pada 21 Julai 1964. Hubungan di antara Singapura dan Kuala Lumpur semakin buruk sedang Encik Lee Kuan Yew berkempen untuk konsep bukan-perkauman “Malaysia untuk rakyat Malaysia” (Malaysian Malaysia). Pada 9 Ogos 1965, Singapura berpisah dari Malaysia. Siaran televisyen yang menunjukkan Encik Lee menangis kerana berasa “amat sedih” tidak akan dapat dilupakan oleh seorang pun rakyat Singapura.
Di sidang akhbar di Bilik Kabinet di Dewan Bandaraya, 1960an Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berucap di tangga Dewan Bandaraya di upacara perlantikan Encik Yusof bin Ishak sebagai Yang Di-Pertuan Negara, 3 Disember 1959 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Bersama Tunku Abdul Rahman di Lapangan Terbang Antarabangsa Paya Lebar sebelum keberangkatan Tunku ke perbincangan percantuman Singapura-Malaysia di London, 16 November 1961 The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Menggesa penduduk di Tanjong Pagar supaya membantu menjadikan Singapura sebagai “salah sebuah bandar yang paling bersih dan sihat di Asia” semasa kempen besar-besaran membersihkan kota Singapura, 23 November 1959 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Membahagi-bahagikan risalah dalam kempen untuk percantuman Singapura-Malaysia, 26 Ogos 1962 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Merasmikan Minggu Taat Setia Kebangsaan di Radio Malaya, 2 Disember 1959 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Mengetuai menteri-menteri dan ahli-ahli Dewan Undangan dari Dewan Bandaraya ke Dewan Undangan untuk menghadiri sidang Dewan Undangan yang pertama yang diadakan bagi Dewan Undangan Singapura yang pertama yang dipilih sepenuhnya, 1 Julai 1959 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berucap di hadapan orang ramai yang berhimpun di Fullerton Square semasa rapat umum pilihan raya pada waktu makan tengah hari, 25 September 1963 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Mendengar keprihatinan penduduk Geylang Serai ekoran rusuhan kaum, 24 Julai 1964 Menerusi siaran televisyen pada hari yang sama, Encik Lee berikrar untuk membantu mangsa-mangsa rusuhan dan berkata Pemerintah beliau akan melenyapkan kebimbangan dan memulihkan keyakinan. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Menyampaikan ucapan penutup di Persidangan Perpaduan Malaysia yang pertama di Panggung Negara, 6 Jun 1965 Encik Lee bertekad untuk menentang fahaman perkauman dan menekankan konsep “Malaysia untuk rakyat Malaysia” (“Malaysian Malaysia”). The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Tiba di Bangunan Penyiaran (Broadcasting House) Singapura untuk sidang akhbar di televisyen mengenai perpisahan Singapura dari Malaysia, 9 Ogos 1965 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Penakatan dan Kenegaraan 1965-1990 “Saya mempunyai tanggungjawab terhadap penakatan dua juta penduduk di Singapura … tugas utama saya, yang paling utama bagi saya adalah penakatan rakyat saya sendiri … Saya bertekad untuk memastikan mereka akan terus bertahan dan saya percaya mereka mempunyai ketabahan yang cukup.” - Encik Lee Kuan Yew, wawancara dengan wartawan-wartawan luar negeri, 14 Ogos 1965
Tempoh ini telah dikaitkan dengan kepimpinan dan kekuatan perwatakan Encik Lee Kuan Yew. Dengan dibantu sekumpulan rakan sekerja beliau yang amat berkebolehan, Encik Lee telah merubah Singapura kepada sebuah negara yang maju, terbuka dan berjaya dari segi ekonomi.
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan Mandarin, Melayu dan Tamil sebagai bahasa-bahasa ibunda. Sejurus selepas Perpisahan, beliau mengisytiharkan bahawa tidak akan ada kaum majoriti atau minoriti di Singapura. Beliau menentang semua bentuk fahaman perkauman.
Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa untuk Singapura
Membina sebuah pasukan pertahanan
Encik Lee Kuan Yew percaya adalah amat penting untuk menempatkan Singapura dalam sistem antarabangsa. Sebelum Singapura mencapai kemerdekaan, beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh utama pada masa itu (termasuk Nehru, Nasser dan Tito) dan mengetuai misi-misi ke Afrika dan Australia bagi pihak Malaysia. Beliau memanfaatkan pengalaman beliau ini setelah Singapura merdeka. Kedaulatan undang-undang dan bebas daripada rasuah Encik Lee Kuan Yew memperkenalkan perubahanperubahan dalam perlembagaan dan menyesuaikan kedaulatan undang-undang dengan konteks setempat. Beliau amat menitikberatkan tahap kejujuran yang tinggi dalam pemerintah dan beliau tidak henti-henti berjuang menentang rasuah. Beliau percaya kejayaan negara ini bergantung pada keutuhan dan kewibawaan institusi-institusinya, terutama sekali perkhidmatan awam dan kehakiman. Singapura untuk rakyat Singapura Encik Lee Kuan Yew mengimpikan sebuah masyarakat berbilang kaum, agama dan bahasa yang mengamalkan sistem meritokrasi yang mana tidak seorang pun akan diberi layanan baik atau dibeza-bezakan atas sebab kaum, bahasa dan agamanya. Beliau menjauhkan diri daripada parti-parti politik yang berlandaskan kaum dan menekankan peri pentingnya keharmonian kaum dan agama. Dalam bidang pendidikan, Encik Lee telah menginstitusikan kedwibahasaan dengan
Untuk memastikan keselamatan Singapura, Encik Lee Kuan Yew bekerja rapat dengan Menteri Pertahanan Goh Keng Swee untuk membangunkan Angkatan Bersenjata Singapura. Pada 1967, beliau memperkenalkan Perkhidmatan Negara yang diwajibkan ke atas semua warga lelaki yang berusia 18 tahun. Seramai 900 anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa telah diambil masuk dalam kumpulan pertama pada tahun itu. Bertahan mengharungi kesukaran tanpa tentera British Pada 1960an, pangkalan-pangkalan tentera British menyumbang sebanyak 20 peratus kepada Hasil Kasar Dalam Negeri Singapura. Selepas kerajaan British mengumumkan pada 1968 bahawa mereka akan mengundurkan tentera British dari kawasan ‘Timur Suez’, Encik Lee Kuan Yew telah mengadakan rundingan dengan para pemimpin Britain mengenai satu pakej bantuan yang murah hati dan penangguhan tarikh pengunduran tentera British di Singapura dari Mac kepada Disember 1971. Beliau juga menubuhkan Jabatan Perubahan Ekonomi Pangkalan-pangkalan yang diketuai oleh Hon Sui Sen, untuk menyelia penukaran kegunaan pangkalan-pangkalan dan kemudahan-kemudahan tentera British kepada kegunaan komersial. Dengan cara ini, iaitu dengan berani mengubah krisis menjadi peluang, Singapura telah berjaya bertahan mengharungi kesukaran ekoran pengunduran tentera British. Ia telah menjadi satu ciri kecemerlangan kepimpinan Encik Lee sedang Singapura mengatasi krisis-krisis pada tahun 1970an dan 1980an.
Berucap di Dewan Peringatan Victoria selepas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Umum 1963, 22 September 1963 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berbual-bual dengan pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang baru menerima pentauliahan selepas Perbarisan Pentauliahan Institut Latihan SAF di Padang, 16 September 1973 Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Bertemu Presiden Suharto dari Indonesia di Istana Merdeka, Jakarta, 8 September 1982 Selama bertahun-tahun, kedua-dua pemimpin telah mengadakan banyak pertemuan peribadi seperti itu, di mana Presiden Suharto menyifatkannya sebagai pertemuan empat mata. mata. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Minum ucap selamat kepada Naib Perdana Menteri Kanan China Deng Xiaoping semasa lawatan beliau ke Singapura, 12 November 1978 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Walaupun hari hujan, Encik Lee Kuan Yew bersama Pengerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan Lim Kim San menjadi tuan rumah kepada Putera Norodom Sihanouk dari Kemboja di Queenstown, 18 Disember 1962 Kemboja di bawah kepimpinan Putera Sihanouk adalah di antara negara-negara yang pertama mengiktiraf Singapura selepas Singapura merdeka pada 1965. The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Meninjau tapak Estet Perindustrian Jurong bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Hon Sui Sen, 27 Oktober 1962 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Meninjau pembangunan Estet Perindustrian Jurong bersama Yang di-Pertuan Negara Yusof bin Ishak, 10 Mei 1964 The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Berbual-bual dengan seorang pekerja semasa Encik Lee Kuan Yew melawat Estet Perindustrian Jurong, 2 Mei 1965 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Penakatan dan Kenegaraan 1965-1990 “Kita tidak boleh kembali ke masa lalu, kepada pelabuhan perdagangan Singapura yang lama. Kita mesti terus bergerak maju, mempelbagaikan ekonomi kita, mempertingkatkan teknologi di kilang-kilang dan pejabat-pejabat, dan meningkatkan ilmu serta kemahiran kita.” - Encik Lee Kuan Yew, Amanat Hari Kebangsaan, 8 Ogos 1982
Membina asas ekonomi Singapura
Taruhan bagi setiap rakyat
Sebagai seorang pemimpin yang unik di kalangan para pemimpin negara sedang membangun yang sezaman dengan beliau, Encik Lee Kuan Yew mengalu-alukan syarikat-syarikat berbilang negara. Beliau melihat syarikat-syarikat ini sebagai cara ke arah perindustrian dan cara untuk menghubungkan Singapura ke seluruh dunia. Yang paling penting dalam wawasan ekonomi beliau ialah mewujudkan keharmonian perusahaan. Encik Lee telah bekerjasama dengan Devan Nair dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk menggalakkan kerjasama tiga pihak. Majlis Gaji Kebangsaan telah ditubuhkan pada 1972 dengan para anggotanya yang terdiri daripada wakil-wakil kesatuan sekerja, majikan dan pemerintah untuk mencapai kesepakatan dalam isu-isu gaji.
Encik Lee Kuan Yew berpendapat adalah penting sekali untuk memberi setiap rakyat Singapura taruhan di negeri ini. Visi beliau adalah sebuah negara di mana setiap rakyatnya memiliki rumah. Jadi, beliau menubuhkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan untuk membina flat-flat dan menjualnya kepada rakyat Singapura. Oleh kerana gaji meningkat, Encik Lee juga menaikkan kadar sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi membantu rakyat Singapura membeli rumah dan memastikan mereka mempunyai simpanan yang cukup untuk persaraan. Pada 1984, beliau memulakan skim Medisave, satu skim simpanan perubatan nasional. Skim-skim dan institusi-institusi ini – HDB, CPF, Medisave – kekal sebagai asas yang kukuh bagi dasar sosial Singapura pada hari ini.
Mewujudkan sebuah pusat kewangan
Menyusun golongan akar umbi
Bersama-sama Dr Goh Keng Swee, Encik Lee Kuan Yew telah membantu menjadikan Singapura sebagai sebuah pusat kewangan dunia. Pada 1967, Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang telah ditubuhkan untuk mengeluarkan mata wang Singapura. Pada 1971, Penguasa Kewangan Singapura, bank pusat negara, telah ditubuhkan. Pada 1981 pula, Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) Singapura telah ditubuhkan untuk melabur rizab pemerintah. Encik Lee berkhidmat sebagai pengerusi GIC sejak penubuhannya hingga 2011.
Untuk membina keyakinan dan kepercayaan di antara rakyat dan pemerintah, Encik Lee Kuan Yew telah menubuhkan Persatuan Rakyat dan menjadi pengerusinya yang pertama. Balai-balai rakyat dibina di seluruh negara untuk menyatupadukan rakyat. Selain daripada itu, Encik Lee melancarkan banyak kempen – daripada kempen “Jaga Kebersihan dan Kehijauan Singapura” hinggalah kempen “Bertutur Lebih Banyak Mandarin, Kurangkan Penggunaan Dialek”. Beliau dan para sahabat pemimpin-pemimpin lama beliau menganggap diri mereka sebagai pendidik awam selain pemimpin politik.
Melawat kilang kamera Rollei di Braunschweig, Jerman Barat, 30 September 1970 Encik Lee kemudian bertemu dengan kumpulan pertama teknisyen Singapura yang menjalani latihan di sana. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Melawat kilang Singapore Time yang baru dirasmikan yang dibina syarikat Seiko, 19 Mac 1976 Dengan pelaburan $30 juta dan menggajikan 1,500 pekerja, syarikat Jepun tersebut menjadi syarikat pertama yang membuat jam di Singapura untuk dieksport Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berucap di pelancaran Bulan Daya Penghasilan di Dewan Persidangan Singapura, 11 November 1982 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berhenti sebentar untuk berbual-bual dengan seorang pelajar, semasa beliau menjadi tetamu terhormat di acara sambutan Hari Pengasas St. Joseph’s Institution, 15 Mei 1967 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Beramah mesra dengan kanak-kanak semasa lawatan beliau ke estet perumahan Queenstown, 2 Mei 1965 Pada mulanya dibina oleh syarikat Singapore Improvement Trust (SIT) dan kemudian oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Queenstown telah menjadi bandar satelit Singapura yang pertama. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Mengunjungi sebuah flat penduduk di Cantonment Road di Tanjong Pagar yang baru siap dibina, 10 April 1964 Encik Lee memilih Tanjong Pagar sebagai kawasan undi beliau pada 1955 kerana beliau mahu mewakili penduduk yang tinggal di situ yang terdiri daripada golongan buruh. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berucap di pelancaran Kempen Berbudi Bahasa Kebangsaan 1982 di Dewan Persidangan Singapura, 29 Jun 1982 Encik Lee berkata sikap bertimbang rasa yang sebenar terhadap satu sama lain adalah “perekat sosial” yang akan menyatupadukan rakyat Singapura The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Berbual-bual dengan seorang budak lelaki semasa lawatan menemui penduduk di Nee Soon, 24 Julai 1966 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Penakatan dan Kenegaraan 1965-1990 “Rakyat mesti berasa bahawa menjadi sebahagian daripada Singapura dan mempertahankannya adalah berbaloi. Jika tidak, kita tidak akan wujud lagi … Kita boleh membangunkan Singapura menjadi sebuah masyarakat yang bertenaga dan maju, dengan peluang-peluang untuk menikmati kehidupan yang memuaskan dan bermakna..” - Encik Lee Kuan Yew, Amanat Hari Kebangsaaan, 8 Ogos 1989
Menjalin hubungan antarabangsa
Singapura yang bersih dan menghijau
Encik Lee Kuan Yew telah membantu Singapura menjalin hubungan yang erat dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, India, Jepun dan Britain. Beliau mengalu-alukan kehadiran Amerika Syarikat sebagai kuasa pemantap di rantau Asia Pasifik. Hubungan rapat beliau dengan Deng Xiaoping telah membawa kepada pengukuhan hubungan antara Singapura dan China pada tahun 1980an. Encik Lee dipandang tinggi oleh ketua-ketua pemimpin dunia yang sezaman dengan beliau.
Encik Lee mengambil berat tentang persekitaran yang bersih dan menghijau. Beliau merupakan pencetus ilham dan penggerak utama dalam perubahan Singapura kepada sebuah “bandar taman”, dan kemudiannya menjadi “bandar dalam taman”. Pembersihan Sungai Singapura dan lembah Sungai Kallang - sebuah projek besar-besaran yang memakan masa 10 tahun untuk selesai, lengkap dengan pembinaan laluan-laluan air, taman-taman dan pohon-pohon yang menghiasi landskap Singapura, merupakan antara pencapaian Encik Lee yang bertahan sehingga hari ini.
Negara-negara Commonwealth dan ASEAN Encik Lee Kuan Yew memastikan suara Singapura didengar di pentas dunia. Singapura telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Pemerintah Commonwealth pada 1971 dengan Encik Lee selaku pengerusinya. Bersama Menteri Ehwal Luar S Rajaratnam, Encik Lee merupakan penyokong kuat Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), yang beliau lihat sebagai penting untuk kestabilan di rantau ini. Menempatkan Singapura di peta dunia Encik Lee memberi perhatian secara peribadi terhadap Syarikat Penerbangan Singapura (SIA), dan menggesa syarikat tersebut menumpukan perhatian kepada laluan-laluan penerbangan antarabangsa daripada hanya laluan-laluan penerbangan serantau sahaja. Keputusan beliau untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, yang dibuka pada 1981, telah membantu Singapura menjadi sebuah hab udara di rantau ini.
Kisah air Pergantungan Singapura pada Malaysia untuk airnya merupakan soal yang amat mustahak. Encik Lee Kuan Yew merupakan orang yang penting dalam perbincangan dua hala dengan Malaysia berkaitan bekalan air. Di bawah kepimpinan beliau, Singapura telah memberi tumpuan ke arah membangunkan sumber airnya sendiri. Ini termasuk menjadikan lebih daripada tiga suku kawasan Singapura kawasan takungan air, membangunkan loji-loji penyahgaraman air dan memperkenalkan NEWater atau Airbaru atau air yang dikitar semula. Peralihan Kepimpinan Encik Lee Kuan Yew percaya bahawa kemajuan Singapura yang berterusan terletak pada pegawai-pegawai pemerintah yang berkebolehan, terutama dalam kepimpinan politiknya. Selepas Pilihan Raya Umum 1988, beliau telah memberi laluan kepada Encik Goh Chok Tong untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau melihat ini sebagai tugas terakhir beliau sebagai Perdana Menteri sebelum mengundurkan diri pada 1990.
Berucap di Forum Hokkaido mengenai peri pentingnya perdagangan bebas kepada Singapura pada abad ke-21, 11 Julai 1988 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Bertemu Presiden Amerika Syarikat, Encik Ronald Reagan di Rumah Putih, 19 Jun 1981 Sejak pertemuannya dengan Encik Lyndon Johnson, Encik Lee telah bertemu setiap Presiden AS. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Menyambut ketibaan Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher di Istana sempena lawatan beliau ke Singapura, 1 Ogos 1988 The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Menaiki kapal terbang Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) di Lapangan Terbang Paya Lebar, 19 Januari 1976 Encik Lee menyedari tentang pentingnya Singapura memiliki syarikat penerbangan nasional yang berjaya untuk memasyhurkan dan menonjolkan imej Singapura ke seluruh dunia. The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Menanam anak pokok batai (yellow flame) di Balai Rakyat Tanjong Pagar, 12 Disember 1971 Pokok pertama yang ditanam Encik Lee untuk melancarkan kempen menanam pokok di Singapura adalah pokok Mempat yang ditanam di Farrer Circus pada 16 Jun 1963. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Memeriksa Sungai Singapura, 2 September 1987 Encik Lee menyifatkan projek yang mengambil masa sedekad untuk membersihkan sungai tersebut sebagai antara projek beliau yang paling hebat. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Menerima tabik hormat semasa Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang, 9 Ogos 1987 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Mengucapkan terima kasih kepada para penyokong selepas kemenangan beliau di Tanjong Pagar dalam Pilihan Raya Umum Singapura 1988, 11 September 1988 Ini merupakan pilihan raya terakhir yang Encik Lee tandingi sebagai Perdana Menteri. The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Berucap di sidang akhbar selepas Pilihan Raya Umum 1988, 3 September 1988 Peralihan kepimpinan adalah penting bagi Encik Lee. Beliau telah membimbing Goh Chok Tong (di sebelah kanan beliau) untuk menjadi pengganti beliau sebagai Perdana Menteri Singapura. The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Warisan Beliau
“… nilai-nilai saya adalah untuk membentuk sebuah pemerintah yang jujur, berkesan dan cekap dalam usaha melindungi rakyatnya dan memberi peluang kepada semua untuk memajukan diri mereka dalam sebuah masyarakat yang stabil dan aman damai, di mana mereka boleh menjalani kehidupan yang baik dan membesarkan anak-anak mereka supaya menikmati kehidupan yang lebih baik daripada mereka …” - Encik Lee Kuan Yew, ucaptama di Forum Create 21 Asahi di Tokyo, 20 November 1992
Negarawan unggul Encik Lee Kuan Yew berundur daripada jawatan Perdana Menteri pada 1990, tetapi kekal dalam Kabinet selaku Menteri Kanan. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembimbing pada Ogos 2004, apabila Encik Lee Hsien Loong menggantikan Encik Goh Chok Tong sebagai Perdana Menteri. Encik Lee Kuan Yew menyandang jawatannya sehingga 2011, apabila beliau bersara dari Kabinet. Encik Lee mempunyai kerjaya yang aktif selepas menjadi Perdana Menteri, dan kehadiran beliau dirasakan di dalam dan luar negara. Antara peristiwa kemuncak beliau pada tahun-tahun tersebut adalah penerbitan memoir dua jilid beliau. Ia telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Sepanyol, Portugis dan Perancis, dan ini mencerminkan minat seluruh dunia terhadap pandangan negarawan Asia yang unggul ini. Warisan Warisan Encik Lee Kuan Yew adalah Singapura. Beliau menumpukan jiwa raga, bakat dan tenaga yang ada pada dirinya demi kebaikan rakyat. Beliau berpendapat bahawa sebuah masyarakat yang adil dan saksama, yang mana setiap rakyat mempunyai taruhan adalah penting. Beliau yakin kita boleh menjadi “rakyat yang bersatu padu, tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama”. Beliau berpendapat bahawa pemerintah mesti jujur dan teguh jika ia mahu menjadi penggerak ke arah kebaikan. Lantas beliau bersikap tegas dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, meritokrasi dan tiada tolak ansur terhadap rasuah. Dengan asas-asas yang kukuh inilah yang dibina oleh Encik Lee Kuan Yew dan para pemimpin generasi beliau Singapura akan terus berkembang maju pada dekad-dekad akan datang.
Perdana Menteri Goh Chok Tong dan Presiden Wee Kim Wee menyaksikan Encik Lee Kuan Yew mengangkat sumpah sebagai Menteri Kanan di dalam Dewan di Bangunan Dewan Bandaraya, 28 November 1990 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyaksikan Presiden S R Nathan menyampaikan watikah kepada Encik Lee Kuan Yew atas perlantikan beliau sebagai Menteri Pembimbing, Istana, 12 Ogos 2004 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Melakukan lawatan menemui penduduk di estet perumahan Ghim Moh, 8 September 1991 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Mengucapkan terima kasih kepada seorang penyokong pada Hari Penamaan Calon dalam Pilihan Raya Umum 1997, 23 Disember 1996 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Menyampaikan ceramah Collins Family International Fellowship Lecture yang pertama di Sekolah Pemerintahan John F Kennedy, Universiti Harvard, 18 Oktober 2000 Encik Lee membincangkan tentang pentingnya kestabilan dan pemerintah yang baik kepada pertumbuhan dan kemajuan sesebuah negara. Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Berucap di pelancaran jilid kedua memoirnya yang bertajuk, From Third World to First First,, 16 September 2000 Koleksi Kementerian Perhubungan & Penerangan, Ihsan Arkib Negara Singapura
Tokoh-tokoh terkemuka Amerika memberi penghormatan kepada Encik Lee Kuan Yew di majlis makan malam sempena ulang tahun ke-25 Majlis Perniagaan AS-ASEAN, 27 Oktober 2009 Dari kiri: Dr Lee Wei Ling, Senator AS Jim Webb, Menteri Pembimbing Lee Kuan Yew, mantan Pengerusi Majlis Perniagaan AS-ASEAN George David, Duta Besar Singapura ke Amerika Syarikat Chan Heng Chee, mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Henry Kissinger, and Puan Linda Bond, isteri kepada Senator Christopher Bond. The Straits Times, Ihsan syarikat Singapore Press Holdings Limited
Encik Lee Kuan Yew, 23 November 2004 Foto oleh Tara Sosrowardoyo, Koleksi Muzium Negara Singapuran