Memasang Joomla! di Komputer Sendiri Mohd Hazmi Kasmin Pusat Teknologi Maklumat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia April 2012
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Pengenalan
Pada asasnya menguruskan laman web memerlukan pengetahuan HTML atau Hypertext Markup Language, suatu protokol yang membolehkan text dipaparkan menerusi pelayan sesebuah laman web. Namun dengan menggunakan aplikasi pengurus kandungan laman web Joomla!, jika ia sudah siap terpasang disesebuah laman web maka pengetahuan cara menggunakan Joomla! sahaja yang diperlukan. Ini adalah disebabkan aplikasi Joomla! telah dibangunkan sebagai sebuah pengurus kandungan laman web yang mempunyai ciri-ciri media penulisan sebagaimana perisian Microsoft Word dan juga pelbagai ciri yang membolehkan sesiapa juga menguruskan laman web dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal yang mendalam terhadap teknologi pembangunan laman web.
Diantara ciri yang ketara adalah fungsi didalam memberi akses kepada suatu pasukan atau jawatankuasa untuk terus membina kandungan sesebuah laman web dengan bantuan minima daripada bahagian teknologi maklumat. Ini amat berbeza dengan laman web tradisi yang mengkehendakkan setiap artikel perlu dikodkan kepada bahasa HTML barulah ia berupaya dipaparkan di sesebuah laman web. Joomla! akan menukarkan artikel penulisan biasa kepada kod HTML secara automatik.
Salah satu kelebihan penting menggunakan Joomla! adalah kerana bahagian pentadbir Joomla! adalah berasaskan web sepenuhnya oleh yang demikian walau di mana individu yang mentadbir laman web tersebut dengan akses kepada internet beliau berupaya mentadbir laman web tersebut tanpa perlu untuk pergi secara fizikal kepada pelayan web tersebut. Ini amat berguna kerana ia membolehkan laman web ditadbir pada bila-bila masa sahaj dan di mana sahaja pentadbir itu berada.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
2
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Laman Web Rasmi Joomla!
Contoh Laman Web Menggunakan Joomla!.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
3
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Permintaan Pengguna
Imej, video, HTML Pengguna
Pelayan web
Laman Web Statik HTML
Permintaan Pengguna Joomla!
PHP [templat]
Pengkalan Data
Imej, video, HTML Pengguna
Pelayan web
Laman Web Dinamik Joomla!
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
4
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Sejarah Joomla!
Joomla! adalah berasal daripada perisian Mambo yang dibina oleh para jurutera laman web di sebuah syarikat di Australia bernama Miro Corporation. Namun disebabkan terdapat percanggahan pendapat di antara pihak pengurusan Miro Corporation dan para pembangun Mambo didalam memberikan lesen sumber terbuka sepenuhnya terhadap aplikasi tersebut, Joomla! telah dilahirkan berasaskan daripada kod program Mambo oleh beberapa orang pembangun utama yang keluar daripada syarikat tersebut.
Nama Joomla! telah diambil daripada perkataan Swahili jumla yang membawa maksud “all together” atau “as a whole” ataupun semua bersatu. Joomla! versi 1.0.0 telah dilancarkan pada 16 September 2005 dibina berasaskan Mambo versi 4.5.2.3. Joomla! adalah antara perisian pengurus kandungan laman web yang popular selain Wordpress dan Drupal.
Perbandingan Google Trend Menggunakan Katakunci Carian
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
5
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Joomla!
Aplikasi web Joomla! boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi Joomla! iaitu http://www.joomla.org dan di laman web tersebut terdapat pelbagai ruang seperti forum perbincangan di Joomla! Forum, pautan bagi memuat-turun aplikasi tambahan yang dikenali sebagai extensions kepada Joomla! seperti Component, Module dan Plugins dan juga berita berkaitan dengan Joomla! iaitu Joomla! Magazine.
Joomla! hari ini dan masa hadapan.
Para pembangun Joomla! telah memulakan operasi merombak rangka yang mendokong Joomla! kepada sesuatu yang unik dan tidak lagi bergantung kepada kod-kod asal yang diwarisi daripada Mambo. Rangka kerja baru ini telah menyebabkan lahirnya versi Joomla! 1.5.0, 1.6, 1.7 dan yang terkini versi 2.5 yang lebih dinamik dan versatil dan dilihat dapat meningkatkan lagi tahap keupayaan Joomla! dalam mendokong teknologi-teknologi pembinaan laman web masa hadapan.
Versi
Keterangan
1.0
Joomla! versi 1.0 mula dibangunkan pada tahun 2005 dan sehingga tahun 2009 versi stabil adalah Joomla! 1.0.15 dan pembangunan diberhentikan pada September 2009.
1.5
Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2008 dan akan diberhentikan pembangunan (End of Life, EOL) pada April 2012.
1.6
Versi stabil diperkenalkan pada Januari 2011
1.7
Versi stabil pada Julai 2011
2.5
Versi terkini Joomla! diperkenalkan pada Januari 2012 sebgai versi Long Term Release (LTR) selepas versi 1.5 dan semua versi sebelumnya dinasihatkan agar dinaiktaraf kepada versi 2.5
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
6
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Spesifikasi bagi memasang Joomla!
Spesifikasi yang diperlukan untuk memasang aplikasi Joomla! adalah pelayan web seperti Apache Web Server, perisian PHP dan pangkalan data MySQL. Kebanyakkan syarikat yang memberi perkhidmatan pelayan laman web komersil pada kebiasaannya sudah mempunyai spesifikasi ini dan juga mempunyai skrip khas yang boleh digunakan bagi memasang Joomla! untuk kegunaan pembangunan laman web. Bagi membina laman web menggunakan komputer peribadi, perisian XAMPP, WAMP atau Microsoft Web Platform Installer boleh digunakan untuk menyediakan persekitaran untuk pembangunan laman web dan aplikasi berasaskan web kerana ia memudahkan pemasangan komponen asas Apache, PHP dan MySQL.
Rujukan :
1. Joomla!, http://www.joomla.org 2. XAMPP, http://www.apachefriends.org 3. PHP, http://www.php.net 4. MySQL, http://www.mysql.org 5. Microsoft Web Platform Installer, WPI, http://www.microsoft.com/web/downloads/platform.aspx
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
7
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri.
Bagi tujuan pembangunan dan pembelajaran, adalah dinasihatkan agar memasang Joomla! di komputer peribadi dahulu sehingga anda berpuashati dengan laman web tersebut dan kemudiannya memindahkan ke pelayan sebenar. Terdapat beberapa cara untuk menyediakan persekitaran pembangunan laman web di komputer peribadi. Pakej perisian seperti XAMPP, WAMP dan Microsoft Web Platform Installer (WPI) boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Namun adalah diingatkan pakej ini adalah tidak sesuai untuk dijadikan laman web utama kerana isu-isu sekuriti dan ia hanya sesuai untuk proses pembangunan sahaja.
Pakej Perisian XAMPP bagi Windows
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
8
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Perisian XAMPP adalah suatu pakej yang mempunyai semua perisianperisian bagi membolehkan untuk membangunkan sebuah laman web. Ia mempunyai pelayan web Apache, pengkalan data MySQL dan juga komponen PHP yang diperlukan bagi membolehkan Joomla! digunakan untuk menguruskan kandungan laman web. Ia juga mempunyai perisian phpMyAdmin bagi menguruskan pangkalan data MySQL. Kesemua aplikasi yang digunakan adalah mempunyai lesen sumber terbuka oleh yang demikian tiada lesen berbayar yang diperlukan. Ia boleh dimuat-turun melalui laman web rasmi XAMPP iaitu http://www.apachefriends.org/ dan terdapat beberapa versi bagi kegunaan pelbagai pengguna seperti versi Microsoft Windows, versi Linux, versi Mac OS X dan versi Solaris.
XAMPP juga boleh dipasang di peranti USB mudahalih bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan laman web dan membolehkan pengguna mempunyai persekitaran pembangunan bagi tujuan persembahan dan sebagainya. Pengguna hanya perlu memuat-turun versi XAMPP Portable iaitu XAMPP USB Lite dan meletakkan kesemua komponen yang diperlukan di dalam peranti USB dan komponen seperti Apache dan MySQL diaktifkan apabile perlu sahaja.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
9
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Instalasi Pakej Xampp.
Muat turun pakej tersebut daripada laman web http://www.apachefriends.or g dan kemudian pasangkan fail tersebut. Sila ambil versi untuk Windows.
Sila pilih di mana anda ingin memasang pakej Xampp tersebut.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
10
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Pilih instalasi yang bersesuaian dengan kehendak anda. Klik pada “Install” untuk memulakan instalasi.
Proses instalasi bermula.
Proses selesai. Klik “Finish” dan “Yes” bagi memulakan aplikasi kawalan Xampp.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
11
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Aplikasi kawalan Xampp yang membantu dalam menghidupkan pelayan Apache dan MySql. Hidupkan MySQL dahulu diikuti dengan Apache. i) Klik “Start” bagi MySQL. ii) Klik “Start” bagi Apache.
Untuk memastikan laman web telah tersedia, sila taip http://localhost pada ruangan alamat laman web. Jika paparan skrin seperti disebelah maka anda adalah bersedia untuk membuat instalasi Joomla!.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
12
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Pakej Perisian WAMP
Pakej WAMP boleh dimuat-turun daripada laman web rasmi di http://www.wampserver.com/en/ dan pengguna boleh memilih samada ingin menggunakan pakej WAMP 32 bits atau WAMP 64 bits. Bagi kegunaan di versi Windows 7 932bits), Windows XP dan ke bawah boleh menggunakan versi WAMP 32bits tetapi jika menggunakan versi Windows 7 64bits maka perlu memilih WAMP 64bits.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
13
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Muat Turun WAMP
Paparan Muat Turun WAMP Apabila menu “Download” dipilih, sila tekan penyataan “download it directly” kerana borang yang peru diisi hanya opysen jika ingin mendapatkan maklumat terkini perkembangan pakej WAMP. Sila ikut arahan yang diberikan bagi memasang pakej WAMP tersebut.
Paparan Skrin Utama WAMP Setup
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
14
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Apabila pakej WAMP berjaya dipasang segala aturan bagi aplikasi tersebut boleh dibuat menggunakan program yang boleh diakses di kanan bawah Task Bar bagi Windows.
Pakej WAMP berjaya dipasangkan dengan memastikan paparan skrin WAMP Server ditayangkan pada alamat URL http://localhost di pelayar web.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
15
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Windows Web Platform Installer
Microsoft Web Platform Installer (WPI) adalah satu aplikasi yang membantu untuk memasang aplikasi-aplikasi sumber terbuka di persekitaran Windows. Menggunakan WPI membolehkan pemasangan aplikasi seperti Joomla!, Wordpress, phpBB dan pelbagai lagi aplikasi untuk tujuan pembangunan di komputer peribadi sendiri.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
16
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
WPI ini akan secara automatik memastikan segala aplikasi yang berkaitan untuk membolehkan Joomla! digunakan akan dipasang bersama sebagaimana yang boleh dilihat pada rajah diatas.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
17
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Pemasangan Joomla! Di Komputer Peribadi
Muat Turun Aplikasi Joomla!
A
Layari laman web Joomla! di http://www.joomla.org dan kemudian tekan butang “Download” sebagaimana yang ditunjukkan pada [A] di gambarajah di atas.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
18
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Bagi pemasangan Joomla! baru sila pilih untuk memuat-turun versi Joomla! 2.5.4 Full Package [A] yang tekini manakala jika untuk menaiktaraf dari versi sebelumnya hanya perlu memuat-turun versi naiktaraf sebagai contoh “2.5.3 to 2.5.4 Upgrade Package” [B] sebagaimana yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.
A
B
Menyediakan Pangkalan Data MySQL
Tatacara berikut ini adalah dengan menganggap bahawa XAMPP telah terpasang di computer peribadi sendiri dan telah diletakkan pada lokasi c:\xampp serta Apache dan MySQL telah diaktifkan. Sila buka pelayar web dan taipkan alamat http://localhost atau http://127.0.0.1 bagi membuka laman web peribadi anda.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
19
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
phpMyadmin
Sila pilih phpMyAdmin pada menu sebelah kiri untuk membina pangkalan data bagi digunakan oleh Joomla! kemudian klik pada tab “Database”.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
20
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Kemudian taip “myjoomla” [A] dan tekan butang “Create” [B].
A
B
Pangkalan data “myjoomla” boleh dilihat pada senarai di sebelah kiri.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
21
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Pemasangan Joomla!
Sila extract fail Joomla! 2.5.4 Full Package yang telah dimuat-turn ke dalam direktori c:\xampp\htdocs\myjoomla
Dan buka alamat URL http://localhost/myjoomla bagi mengakses laman web Joomla! tersebut.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
22
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Pemilihan Bahasa
Pemeriksaan Awal
Ia adalah dikenali sebagai Pre-Installation Check yang mana segala seting bagi komponen yang akan membolehkan Joomla! berupaya digunakan diperiksa terlebih dahulu. Jika semua adalah dalam keadaan yang baik maka status adalah berkeadaan hijau jika terdapat sebarang seting yang berstatus merah maka ia perlulah diperbetulkan terlebih dahulu.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
23
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Penerimaan Penyataan Lesen Sumber Terbuka
Anda mestilah bersetuju untuk menerima lesen sumber terbuka GNU/GPL yang dimiliki oleh Joomla!. Adalah disarankan agar membaca terlebih dahulu lesen tersebut untuk mengetahui dan agar segala peraturan penggunaan aplikasi sumber terbuka diikuti.
1. Antara lain lesen tersebut adalah penyataan bahawa, anda adalah dibenarkan untuk : 2. Menggunakan aplikasi mengikut keperluan anda 3. Berupaya untuk mengakses kod sumber aplikasi dan membuat pengubahsuaian. 4. Mengedarkan aplikasi dan kod sumber.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
24
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
5. Dan segala aplikasi yang berintegrasi adalah juga mempunyai lesen GNU/GPL atau mana-mana lesen sumber terbuka yang lain. Klik “Next” jika anda bersetuju.
Konfigurasi Pangkalan Data
Disini anda perlu memasukkan maklumat seperti berikut :
[A] Hostname : localhost [B] Username : root [C] Password : [kosongkan] [D] Database Name : myjoomla
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
25
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
A B C D
Konfigurasi FTP Anda boleh menekan butang “Next” bagi melangkau skrin ini.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
26
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Konfigurasi Laman Web
Skrin ini merupakan konfigurasi awal bagi laman web Joomla! yang telah anda pasangkan. Sila masukkan butir-butir yang berkaitan seperti Nama Laman atau “Site Name”, Emel Pentadbir di “Your Email”, Kata Nama Pentadbir di “Admin Username” dan Kata Laluan bagi Pentadbir. Sila tekan butang “Install Sample Data”, [A] untuk mendapatkan contoh bagaimana kandungan laman web Joomla! dibina.
A
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
27
Memasang Joomla! di Komputer Sendiri
Sila klik pada “Remove Installation Folder”, [A] bagi skrin seterusnya untuk menamatkan proses pemasangan aplikasi Joomla!.
A
Tahniah! anda telah Berjaya memasang Joomla! di computer peribadi anda dan ia boleh dilihat dengan menekan butang “Site”.
Pusat Teknologi Maklumat, UTHM
28