MEMACU KECEMERLANGAN ANAK ANDA DI DALAM PELAJARAN MELALUI PENINGKATAN MOTIVASI
www.RahsiaAnakPintar.com
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
HAKCIPTA TERPELIHARA [Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan daripada penerbit www.RahsiaAnakPintar.com [Anda TIDAK BOLEH] menjual report ini untuk mendapat sebarang keuntungan. [Anda TIDAK BOLEH] mengedar report ini secara spam atau apa-apa cara yang tidak beretika dan salah disisi undang-undang [Anda TIDAK BOLEH] mengubahsuai mana-mana kandungan dalam report ini. [Anda TIDAK BOLEH] mengedarkan report ini kepada sesiapa jua.
WALAU BAGAIMANAPUN [Anda BOLEH] menjadikan report ini sebagai BONUS bagi mana-mana produk yang anda jual dengan syarat harga produk anda tidak kurang daripada RM40.00 [Anda BOLEH] mencetak untuk kegunaan anda sendiri.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
2
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
PENAFIAN PENULIS Segala maklumat yang terkandung dalam report ini adalah untuk tujuan pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ia tidak bertujuan untuk sebarang diagnosis atau rawatan. Segala kandungan dalam ebook ini bukanlah nasihat rasmi atau menepati 100% daripada apa yang dinyatakan. Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan, masa, keadaan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi hasil daripada kaedah yang dicadangkan. Penulis sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah di luar jangkauan penulis. Report ini tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat dan konsultansi oleh doktor. Oleh itu, sebarang gangguan kesihatan, kesan sampingan, komplikasi, kerugian baik dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang kesan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan dalam report ini adalah di luar tanggungjawab penulis
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
3
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN HALAMAN PENYATAAN HAKCIPTA.....................................................................................3 PENAFIAN PENULIS............................................................................................4 1.0 PENGENALAN..............................................................................................6 2.1 PENETAPAN MATLAMAT DAN CITA-CITA.................................................7 2.2 BINA KEYAKINAN DIRI................................................................................8 2.3 GANJARAN………………………………………..……………………..……….9 2.4 LIBATKAN DALAM URUSAN PEMBELAJARAN ANAK…..…………….…10 2.5 BANDINGKAN DENGAN PELAJAR YANG CEMERLANG……………..…11 2.6 HORMATI GURU.......................................................................................12 2.7 GAYA KEIBUBAPAAN...............................................................................13 2.8 TEMPAT BELAJAR YANG KONDUSIF.....................................................15 2.9 MEMPELBAGAI KAEDAH BELAJAR........................................................16 2.10 TIDUR........................................................................................................17 3.0 PENUTUP..................................................................................................18 BIODATA PENULIS...........................................................................................19 IKLAN.................................................................................................................20
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
4
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
1.0 PENGENALAN
Motivasi adalah proses psikologi yang merangsang, memberi arah dan mengekalkan tingkah laku seseorang ke arah pencapaian matlamat tertentu. Motivasi belajar pula boleh didefinisikan sebagai keinginan yang sangat kuat pada diri seseorang pelajar yang mendorongnya untuk berusaha bersungguhsungguh demi mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran. Menurut Abraham Harold Maslow, seorang pakar psikologi menyebut di dalam bukunya bertajuk Motivation and Personality bahawa individu akan terus bermotivasi oleh kerana adanya sesuatu matlamat. Beliau menjelaskan lagi bahawa matlamat tersebut merangkumi 5 keperluan iaitu fisiologi, keselamatan, sosial, penghormatan dan pencapaian hasrat hati bagi diri seseorang.
Agama Islam mengutamakan motivasi. Banyak ayat-ayat Al-Quran berupa motivasi untuk menggalakkan penganutnya melakukan amal kebaikan secara ikhlas. Salah satu ayat di dalam Al-Quran yang menggalakkan umatnya menuntut ilmu, Allah s.w.t berfirman bermaksud; “Allah s.w.t akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (S. Al-Mujadilah: 11).
Motivasi belajar anak sangat penting dan hendaklah sentiasa di tahap yang tinggi supaya semangat dan keinginan untuk belajar sentiasa wujud dalam diri anak-anak. Motivasi merupakan faktor dalaman diri anak-anak sendiri yang boleh ditingkatkan melalui berbagai kaedah. Motivasi yang tinggi amat berkait rapat dengan kejayaan yang cemerlang. Semakin tinggi motivasi, semakin kuat dan bersemangat seseorang itu belajar, maka semakin cerah peluang untuk berjaya.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
5
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.1 PENETAPAN MATLAMAT DAN CIT-CITA
Perkara paling utama yang perlu dibentuk di dalam diri anak-anak untuk meningkatkan motivasi belajar ialah penetapan matlamat belajar. Tanpa matlamat yang jelas sudah pasti motivasi yang tinggi tidak akan wujud. Bantu anak-anak anda menetapkan matlamat dan cita-cita berdasarkan minat dan potensi diri yang mereka miliki. Jelaskan kepada anak anda bahawa belajar adalah perintah Allah dan mendatangkan ganjaran di akhirat di samping faedah di dunia.
Matlamat jangka pendek dan matlamat jangka sederhana juga dapat meningkatkan motivasi belajar. Matlamat jangka pendek bermaksud pencapaianpencapaian di dalam tempoh masa yang singkat seperti pencapaian dalam ujianujian bulanan atau peperiksaan penggal. Manakala matlamat jangka sederhana adalah seperti memperolehi 5A di dalam UPSR, 8A di dalam PMR atau 9A di dalam SPM. Ibu bapa seharusnya mengikuti perkembangan anak-anak belajar secara berterusan di samping mendorong mereka ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Bantu anak anda membezakan antara cita-cita dan angan-angan. Citacita perlu disertai dengan usaha dan munasabah (archieveable) untuk mencapainya. Cita-cita juga boleh bertukar menjadi angan-angan sekiranya tidak disertai dengan usaha yang bersesuaian.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
6
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.2 BINA KEYAKINAN DIRI Bina keyakinan diri anak anda. Anak anda tidak harus merasa rendah diri sekiranya memiliki sesuatu kelemahan sebaliknya cuba meneroka kekuatan yang ada pada diri mereka. Bantu anak anda untuk memperkukuhkan kepercayaan bahawa mereka akan berjaya sepertimana orang lain yang telah berjaya.
Kebanyakan anak-anak mudah berputus asa sekiranya mereka gagal dalam sesuatu perkara. Oleh itu, jangan biarkan mereka berfikiran negatif, menyesali diri sehingga menganggap diri mereka bodoh. Lantaran itu, ibu bapa hendaklah sentiasa membimbing mereka dengan memberi harapan dan dorongan. Bukakan minda mereka dengan memberi mereka contoh-contoh yang sesuai. ‘Berfikiran positif’ amat istimewa. Berfikiran positif berupaya menukar sesuatu masalah menjadi suatu peluang. Perkara yang dianggap payah menjadi mudah.
Ibu bapa perlu mengelak daripada memperlekeh tahap kebolehan anakanak mereka. Sekiranya anak anda lemah di dalam sesuatu bidang tertentu, jangan sekali-kali memperkecilkannya, menyindir atau merendah-rendahkannya. Elakkan daripada menceritakan kelemahan anak anda kepada orang lain dihadapan mereka. Sebaliknya anda hendaklah memberi kata-kata positif yang membina untuk meningkatkan motivasi mereka.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
7
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.3 GANJARAN Pemberian ganjaran dapat meningkatkan motivasi. Berikan ganjaran apabila anak anda menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran, walaupun peningkatan yang diperolehi adalah sedikit atau hanya pencapaian peringkat ujian bulanan. Dengan ganjaran yang diberi, motivasi mereka akan melonjak dan mereka akan memperbaiki pencapaian dari semasa ke semasa. Walaupun demikian, anak-anak perlu diberi masa secukupnya untuk menjadi pelajar cemerlang. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka berada di dalam kategori pelajar yang sederhana atau lemah.
Ganjaran
yang
perlu
disediakan
tidak
semestinya
mahal
tetapi
mempunyai nilai-nilai tertentu. Sebaik-baik ganjaran biarlah mempunyai kaitan dengan pelajaran seperti pen, beg, jam tangan, bekas pensil atau sebagainya bergantung kepada kreativiti anda. Selain itu ganjaran juga boleh berbentuk pujian tetapi hendaklah diingat, janganlah keterlaluan sehingga menampakkan ketidakikhlasan anda. Lantaran itu janganlah kedekut untuk memberi pujian kepada anak anda.
Anak-anak anda juga digalakkan memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri untuk meningkatkan motivasi. Umpamanya apabila selesai sesuatu sesi belajar atau selesai menduduki sesuatu ujian, sediakan sedikit masa untuk membaca suratkhabar atau menonton rancangan televisyen yang berfaedah atau seumpamanya sebagai ganjaran kepada diri sendiri . Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
8
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.4 LIBATKAN DALAM URUSAN PEMBELAJARAN ANAK
Tunjukkan yang anda mengambil berat tentang pelajaran anak-anak anda. Temani mereka mengulangkaji pelajaran walaupun anda sebenarnya tidak mampu membantu mereka menjawab soalan-soalan latihan. Sekiranya anda sendiri mempunyai kemahiran dan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah di dalam mata-mata pelajaran tertentu, ianya merupakan suatu bonus buat anak anda.
Meluangkan masa anda bersama anak-anak anda ketika belajar khususnya anak-anak di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah, mereka berasa dihargai dan bermotivasi. Dengan kata lain menemani anak anda belajar, walaupun sambil melakukan tugasan anda yang lain berupaya meningkatkan motivasi anak belajar. Apatah lagi sekiranya anda dapat mewujudkan budaya membaca di kalangan anak-anak, maka motivasi belajar anak-anak anda akan dapat dikekalkan.
Sekiranya anak anda memerlukan buku-buku rujukan dan peralatan berkaitan pelajaran, bawalah anak-anak sekali ketika membeli. Berbincang dengan mereka keperluan yang perlu disediakan. Mereka akan rasa diri mereka dihargai seterusnya dapat meningkatkan motivasi belajar.
Melibatkan diri dalam program-program di sekolah anak-anak anda seperti mesyuarat PIBG, gotong royong dan seumpamanya juga dapat meningkatkan motivasi anak anda belajar. Penglibatan anda dengan aktiviti di sekolah menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memberi komitmen yang tinggi terhadap persekolahannya. Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
9
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.5 BANDINGKAN DENGAN PELAJAR YANG CEMERLANG Anak anda perlu menjejaki orang yang lebih cemerlang daripada dirinya. Jadikan seseorang yang terbukti hebat dan cemerlang sebagai rujukan dan idola mereka. Jangan sekali-kali membiarkan anak anda membandingkan pencapaian dengan orang yang lebih rendah tahap pencapaiannya daripada mereka.
Sesetengah anak-anak gemar membandingkan dengan rakan yang lebih rendah pencapaian daripada mereka dengan tujuan untuk menutup kelemahan dirinya. Sekiranya mereka membandingkan dengan orang yang lebih rendah, sudah tentu mereka akan mudah berpuashati dengan apa yang sudah dicapai dan motivasi akan menurun. Sebagai pelajar, hendaklah mempunyai sifat ‘tamak’ kepada ilmu (tolab) dan tidak mudah berpuas hati bagi mendorong ke arah pencapaian yang lebih cemerlang.
Pastikan anak-anak anda bijak memilih kawan. Pilihlah kawan yang mempunyai motivasi belajar yang tinggi di sekolah untuk dijadikan sebagai kawan rapat atau rakan untuk belajar. Anda hendaklah mengambil tahu siapakah rakan baik anak anda. Terdapat kajian mendapati bahawa pelajar lebih mudah dipengaruhi oleh rakan berbanding guru. Oleh itu jadikan rakan-rakan anak anda yang bermotivasi tinggi sebagai pendorong motivasi belajar kepada anak anda.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
10
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.6 HORMATI GURU Hormati para guru merupakan salah satu kunci kejayaan. Anak anda perlu tunjukkan hormat kepada guru dengan mengenepikan soal peribadi mereka. Sikap hormat dan sayang kepada guru akan meningkatkan minat kepada mata pelajaran yang diajar seterusnya akan meningkatkan motivasi belajar anak anda.
Sekiranya berlaku konflik antara anak anda dan guru, sudah pasti motivasi belajar anak anda akan terjejas. Justeru itu, pantau perkembangan anak anda di sekolah bagi memastikan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan guru. Keberkatan di dalam pelajaran akan datang dengan menghormati guru walau sekecil mana sekalipun ilmu yang dicurahkan kepada anak anda.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
11
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.7 GAYA KEIBUBAPAAN Gaya keibubapaan yang baik antara ibu atau bapa terhadap anak-anak merupakan sumber pembentuk peribadi mulia kepada anak-anak. Setiap ibu atau bapa di dalam dunia ini mempunyai latar belakang dan pengalaman yang berbeza.
Oleh
itu
mereka
menggunakan
gaya
yang
berbeza
dalam
berkomunikasi dengan anak-anak.
Menurut kajian yang dijalankan oleh sekumpulan ahli psikologi daripada Universiti Teknologi Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azizi Hj Yahya mendapati bahawa gaya keibubapaan AUTORITATIF merupakan yang terbaik dapat mempengaruhi motivasi belajar anak.
Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak pula dididik dengan penuh kemesraan. Kesannya anak-anak dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi.
Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri. Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
12
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang baik, dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.
Terjemahan petikan kata-kata Dorothy Law Notle;
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
13
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.8 TEMPAT BELAJAR YANG KONDUSIF
Tempat belajar yang kondusif boleh difahami dalam bahasa yang mudah sebagai tempat belajar yang selesa dan sesuai untuk proses pembelajaran berlaku. Tempat belajar yang selesa akan menggalakkan anak-anak belajar, memberi semangat belajar serta dapat mengurangkan kebosanan.
Tempat belajar yang selesa membawa erti yang agak subjektif dan berbeza-beza antara seseorang dengan seorang yang lain. Tidak semestinya tempat belajar yang selesa ialah sebuah bilik khas berhawa dingin yang menelan belanja yang besar. Namun anda boleh berbincang dengan anak-anak anda berhubung perkara tersebut.
Tidak semua ibu bapa mampu menyediakan sebuah bilik khas untuk belajar. Oleh itu, corakkan rumah anda supaya mempunyai suasana belajar dan sesuai untuk proses pembelajaran. Khaskan suatu sudut yang diletakkan sebuah meja untuk belajar, kerusi, kipas angina dan jam dinding.
Tempat belajar hendaklah mempunyai cahaya yang terang dan tiada gangguan kebisingan. Pastikan tempat belajar mempunyai pengudaraan yang baik. Tampal slogan-slogan tertentu dengan kata-kata yang boleh membakar semangat. Tulis dengan jelas matlamat anak anda dan tampal pada ruang yang mudah dilihat, sebaik-baiknya ianya ditulis dan ditampal sendiri oleh anak anda.
Sekiranya terdapat kemudahan perpustakaan, jangan lepaskan peluang untuk menggunakannya. Perpustakaan merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk mengulangkaji dan mentelaah pelajaran. Walaupun demikian, pemantauan
ibu
bapa
masih
diperlukan
bagi
memastikan
anak-anak
menggunakan kemudahan perpustakaan dengan berkesan.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
14
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.9 MEMPELBAGAIKAN KAEDAH BELAJAR Mempelbagaikan kaedah dan aktiviti belajar dapat meningkatkan motivasi belajar anak-anak. Kaedah belajar perlu dipelbagaikan seperti kaedah membuat nota yang menarik, cara mengulangkaji dan sebagainya.
Mempelbagaikan topik pelajaran pada sesuatu tempoh masa tertentu juga boleh mengelak kebosanan dan meningkatkan motivasi belajar. Anak-anak perlu mengelak daripada hanya menumpukan kepada mata-mata pelajaran tertentu yang diminati sahaja.
Kaedah pembelajaran output mampu meningkatkan motivasi anak anda. Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan mengguna segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan. Antara kaedah pembelajaran output tradisional ialah latihanlatihan menggunakan buku kerja, mencuba soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya, diskusi bersama rakan, kuiz dan sebagainya.
Kini terdapat sistem-sistem pembelajaran output secara online yang interaktif dan memberi jawapan serta merta. Prasarana seumpama ini dibangunkan oleh berbagai pihak iaitu kerajaan dan swasta seiring dengan perkembangan penggunaan internet secara meluas di serata dunia.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
15
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
2.10 TIDUR Tidur merupakan kaedah rehat yang paling baik. Sebagai pelajar, anakanak memerlukan rehat secukupnya mengikut peringkat umur. Namun demikian, tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk anak-anak yang sedang belajar. Kajian mendapati bahawa kekurangan tidur akan meningkatkan kerunsingan, keresahan dan bersikap cepat marah, akhirnya akan menjejaskan motivasi belajar.
Sebaliknya tidur yang mencukupi akan meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang. Tidur yang cukup menjadikan anak anda lebih bersedia dengan mental dan fizikan bagi menerima pelajaran pada hari esoknya.
Cadangan Jangkamasa Tidur Yang Sesuai;
Usia
Jumlah Tidur Purata Sehari
Baru lahir
18 jam
1 – 12 bulan
14 – 18 jam
1 – 3 tahun
12 – 15 jam
3 – 5 tahun
11 – 13 jam
5 – 12 tahun
9 – 11 jam
Remaja
9 – 10 jam
Elakkan tidur selepas Asar dan selepas Subuh kerana dua waktu ini tidak digalakkan di dalam Islam. Hadis Rasulullah ada menyebut bahawa “Tidur selepas subuh (sebelum terbit matahari) akan mewarisi kepapaan manakala tidur selepas Asar akan mewarisi penyakit gila”.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
16
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
3.0 PENUTUP
Motivasi merupakan dorongan dari dalam diri anak-anak yang boleh ditingkatkan ke tahap lebih tinggi melalui berbagai cara. Walaubagaimanapun, semua kaedah untuk meningkatkan motivasi anak-anak belajar memerlukan usaha dan pemantauan berterusan tanpa jemu. Ibu bapa seharusnya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan mengutamakan perasaan ’kasih sayang’ sebagai asas untuk mendorong motivasi anak belajar. Sokongan dan dorongan yang ikhlas daripada ibu bapa akan memacu peningkatan motivasi anak belajar dengan lebih berkesan.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
17
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
BIODATA PENULIS
Nama
:
Hj. Mohamad Ja’afar bin Hj. Hussin
Tarikh Lahir
:
10.11.1967
Tempat Lahir
:
Kedah, Malaysia.
Kelulusan
:
Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
Pengalaman Bidang Pendidikan :
Guru, Tutor, Fasilitator, Perunding e-Learning.
Nama
:
Hjh. Nor Azlina bt. Hj. Sidek
Tarikh Lahir
:
10.12.1969
Tempat Lahir
:
Selangor, Malaysia
Pengalaman
:
Ibu kepada 3 anak
http://www.RahsiaAnakPintar.com
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
18
10 TIPS TINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR ANAK
SUMBER MAKLUMAT & PROGRAM
DAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN ANAK PINTAR DI LAMAN BERIKUT;
www.blog.rahsiaanakpintar.com www.anakpintar2u.com
PROGRAM PEMBELAJARAN ON-LINE (OUTPUT LEARNING); www.anakpintar2u.com/scorea2u
SOFTWARE MENJANA KEUPAYAAN MINDA www.xcellmind.net
GAMES MEWARNA PENDIDIKAN BERCIRI ISLAM; www.games.anakpintar2u.com
PEMAKANAN TAMBAHAN MINDA www.anakpintar2u.com/examo
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.RahsiaAnakPintar.com
19