EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 3: Pengukuran Keluaran Negara - sambungan
Kegunaan Data Pendapatan Negara Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara Pengukuran KDNK Benar Dan KDNK Nominal
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara Model Ekonomi Tertutup - Model Dua Sektor
1
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA -
Alat pengukur jumlah keluaran pelbagai sektor dalam ekonomi
-
Alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi
-
Alat pengukur taraf hidup
-
Petunjuk perubahan struktur ekonomi
-
Asas untuk membuat ramalan dan perancangan ekonomi
-
Petunjuk saiz pasaran
Masalah Menggunakan Data Pendapatan Negara Perkapita Sebagai Ukuran Taraf Hidup Antara Masa Dan Antara Negara -
Kelemahan membandingkan pendapatan negara per kapita antara masa o Perbezaan tingkat harga o Perubahan kualiti barang dan perkhidmatan o Perubahan corak agihan pendapatan o Perubahan lain yang mempengaruhi tingkat kebajikan rakyat tetapi tidak digambarkan oleh perubahan nilai pendapatan negara perkapita Perubahan jenis keluaran Perubahan masa rehat pekerja Perubahan kesan luaran negatif
-
Kelemahan membandingkan pendapatan negara perkapita antara Negara o Perbezaan komposisi keluaran Negara o Perbezaan penaksiran komponen pendapatan Negara o Perbezaan tingkat harga umum o Perbezaan jumlah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang o Perbezaan corak agihan pendapatan o Perbezaan nilai mata wang o Perbezaan iklim dan perbelanjaan di antara Negara o Faktor lain Perbezaan masa rehat yang dinikmati Perbezaan kesan luaran yang negatif Perbezaan kestabilan politik dan sosial
2
Pengukuran KDNK Benar Dan KDNK Nominal -
-
-
Kes jumlah KDNK secara keseluruhan o KDNK benar Ia merupakan keluaran dalam negeri kasar yang dihitung pada harga tetap.
yang mana, IH0 = Indeks harga pada tahun asas IHt = Indeks harga pada tahun semasa KDNKn(t) = Keluaran dalam negara nominal pada tahun semasa KDNKr(t) = Keluaran dalam negara benar pada tahun semasa o KDNK Nominal keluaran dalam negeri kasar mengikut harga semasa. Kes beberapa barang (Ekonomi tiga barang)
o Jadual menunjukkan kuantiti barang A dan C telah meningkat, manakala kuantiti barang B telah menurun. Harga pula telah meningkat bagi barang B dan C, manakala harga barang A telah menurun. Persoalan sekarang adalah apakah kesannya terhadap nilai KDNK benar pada Tahun 2. o Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu mengetahui dan memilih tahun asas dan menggunakan harga pada tahun asas sebagai wajaran untuk 3
mengira KDNK benar. Cara ini, yang mana suatu wajaran dipilih, dipanggil prosedur wajaran tetap. Dalam prosedur ini, harga sesuatu tahun telah dipilih sebagai harga tahun asas, dan harga ini akan digunakan untuk mengira KDNK benar.
o Sebagai contoh, katakan T1 dipilih sebagai tahun asas. Ini bererti semua harga barang pada Tahun 1 akan menjadi wajaran. Daripada Jadual, didapati KDNK benar Tahun 1 ialah RM242 (kolum 5). Nilai ini adalah sama dengan nilai KDNK nominal. Nilai KDNK nominal diperoleh apabila semua harga barang sesuatu tahun didarabkan dengan semua kuantiti barang pada tahun itu. Oleh kerana nilai KDNK benar sama dengan nilai KDNK nominal, maka indeks harga (pendeflasi KDNK) ialah 100. Pengiraannya adalah seperti berikut:
o Berdasarkan Tahun 1 sebagai tahun asas, kita boleh menghitung KDNK benar Tahun 2, iaitu mendarabkan semua kuantiti barang pada Tahun 2 dengan semua harga barang Tahun 1. Berdasarkan contoh dalam Jadual 2.7, KDNK benar ialah RM302 (kolum 6). Ini bererti KDNK benar telah meningkat sebanyak 24.8%. Peningkatan ini berbeza dengan peningkatan KDNK nominal. KDNK nominal pada tahun 2 ialah RM384 (kolum 8), iaitu apabila semua kuantiti barang pada tahun 2 didarabkan dengan semua harga barang pada tahun 2. -
Masalah menggunakan wajaran tetap o Prosedur ini tidak mengambil kira kesan penggantian apabila harga berubah. Kesan penggantian menyebabkan pengguna menggantikan barang yang lebih mahal kepada barang yang lebih murah. o Prosedur ini tidak mengambil kira peningkatan kualiti yang membawa kepada peningkatan harga.
4
o Prosedur ini tidak mengambil kira kesan perubahan struktur ekonomi yang akan menyebabkan perubahan harga barang dan seterusnya perubahan tingkat pengeluaran. o Prosedur ini juga tidak mengambil kira peranjakan/peralihan penawaran agregat dalam ekonomi akibat kejutan perubahan cuaca yang buruk atau kejutan peningkatan teknologi.
Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara Model Ekonomi Tertutup -
Ekonomi tertutup bermaksud sebuah ekonomi yang tidak melibatkan kegiatan ekonomi luaran seperti perdagangan dan pelaburan antarabangsa.
-
Model Dua Sektor o Model ini mengandaikan peranan kerajaan adalah tidak relevan dalam pembangunan ekonomi negara.
5
Fungsi Penggunaan
Secara umum, isi rumah akan melakukan penggunaan berasaskan kepada pelbagai faktor termasuk pendapatan semasa, kekayaan, bunga dan jangkaan pendapatan masa hadapan.
Dalam ekonomi dua sector Yd = Y kerana tiada peranan kerajaan
Fungsi Penggunaan
Fungsi Tabungan
Sebahagian daripada pendapatan akan diperuntukkan untuk penggunaan dan sebahagian lagi akan disimpan dan membentuk tabungan. 6
Fungsi Tabungan
Fungsi Pelaburan
Istilah pelaburan dalam ekonomi merujuk kepada pembelian stok modal baru seperti rumah, jentera, kilang, peralatan dan perubahan dalam inventori. Jangka hayat barangan yang dibeli oleh firma yang digunakan untuk pengeluaran yang melebihi setahun pada kebiasaan yang dikategorikan sebagai pelaburan. Manakala, jangka hayat barang yang kurang daripada setahun dianggap sebagai barang perantara dan 7
tidak dikira sebagai pelaburan. Istilah pelaburan ini berbeza dengan penggunaan harian yang mana konsep pelaburan umumnya merujuk kepada pembelian saham, bon dan dana amanah.
Analisis Perbelanjaan Agregat (AE-AS) Dua Sektor
8
Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi Model Dua Sektor
9
Analisis Suntikan-Bocoran Dua Sektor
Analisis Perubahan Perbelanjaan, Tabungan dan Pelaburan dalam Pendapatan Negara
Perubahan Dalam Penggunaan
10
Perubahan Dalam MPC
Perubahan Dalam Pelaburan 11
Perubahan Dalam Pelaburan
Perubahan Dalam Tabungan
12
Pengganda pendapatan negara
13