MALAYSIAN STANDARD
MS 1324:2014 (BM)
Kailan segar - Spesifikasi (Semakan pertama)
ICS: 67.080.20 Perihal: kailan segar (Brassica alboglabra Bailey daripada famili Cruciferae), spesifikasi
© Hak cipta 2014 DEPARTMENT OF STANDARDS MALAYSIA
PEMBANGUNAN MALAYSIAN STANDARD Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) ialah badan standard dan akreditasi kebangsaan. Fungsi utama Jabatan Standard Malaysia adalah untuk merangsang dan menggalakkan standard, penstandardan dan akreditasi sebagai cara bagi memajukan ekonomi negara, menggalakkan kecekapan dan pembangunan industri yang bermanfaat kepada kesihatan dan keselamatan awam, melindungi pengguna, memudahkan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa serta melanjutkan kerjasama antarabangsa berhubung dengan standard dan penstandardan. Malaysian Standard (MS) dibangunkan melalui sepersetujuan jawatankuasa-jawatankuasa yang dianggotai oleh perwakilan yang seimbang daripada pengeluar, pengguna dan pihak lain yang kepentingannya relevan, sebagaimana yang sesuai dengan perkara yang sedang diusahakan. Malaysian Standard adalah sejajar atau diterima guna daripada standard antarabangsa, seboleh mungkin. Kelulusan sesuatu standard sebagai Malaysian Standard ditentukan oleh Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549]. Malaysian Standard dikaji semula secara berkala. Penggunaan Malaysian Standard adalah secara sukarela, melainkan diwajibkan oleh pihak berkuasa yang mengawal selia melalui peraturan, undang-undang kecil tempatan atau apa-apa cara lain yang serupa. Untuk tujuan Malaysian Standard, definisi-definisi berikut diguna pakai: Semakan: Proses di mana Malaysian Standard yang sedia ada dikaji semula dan dikemaskini yang menjurus kepada penerbitan edisi baharu Malaysian Standard. MS yang disahkan: Malaysian Standard yang telah dikaji semula oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab dan mengesahkan bahawa kandungannya adalah terkini. Pindaan: Proses di mana peruntukan-peruntukan dalam Malaysian Standard sedia ada diubah. Perubahan-perubahan dinyatakan dalam halaman pindaan yang dimasukkan ke dalam Malaysian Standard sedia ada. Pindaan-pindaan boleh dalam bentuk teknikal atau editorial. Corrigendum teknikal: Cetakan semula yang telah dibetulkan bagi edisi terkini yang dikeluarkan untuk membuat pembetulan kepada kesilapan teknikal atau kekeliruan dalam Malaysian Standard yang diwujudkan dengan tidak sengaja semasa mendraf atau percetakan yang menyebabkan penggunaan Malaysian Standard yang tidak betul atau tidak selamat. NOTA: Corrigendum teknikal bukan untuk membetulkan kesilapan yang boleh dianggap mendatangkan akibat semasa penggunaan Malaysian Standard, sebagai contoh kesilapan kecil percetakan.
Jabatan Standard Malaysia melantik SIRIM Berhad sebagai ejen bagi membangunkan Malaysian Standard. Jabatan itu juga melantik SIRIM Berhad sebagai ejen pengedaran dan penjualan Malaysian Standard. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Malaysian Standard, sila hubungi: Jabatan Standard Malaysia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 1 & 2, Blok 2300, Century Square Jalan Usahawan 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan MALAYSIA Tel.: 60 3 8318 0002 Faks: 60 3 8319 3131 http://www.jsm.gov.my E-mel:
[email protected]
ATAU
SIRIM Berhad (No. Syarikat 367474-V) 1, Persiaran Dato' Menteri Seksyen 2, Peti Surat 7035, 40700 Shah Alam Selangor Darul Ehsan MALAYSIA Tel.: 60 3 5544 6000 Faks: 60 3 5510 8095 http://www.sirim.my E-mel:
[email protected]
MS 1324:2014 (BM)
Kandungan Muka surat Perwakilan jawatankuasa ........................................................................................................... ii Prakata ...................................................................................................................................... iii 1
Skop.............................................................................................................................. 1
2
Rujukan normatif .......................................................................................................... 1
3
Istilah dan takrifan ........................................................................................................ 1
4
Keperluan am ............................................................................................................... 2
5
Penggredan .................................................................................................................. 3
6
Pembungkusan ............................................................................................................. 3
7
Pelabelan ...................................................................................................................... 4
8
Pensampelan ................................................................................................................ 4
9
Pematuhan standard .................................................................................................... 4
10
Tanda pensijilan ........................................................................................................... 4
11
Keperluan ladang ......................................................................................................... 5
12
Keperluan perundangan ............................................................................................... 5
Lampiran A
Contoh baik, cacat dan rosak ............................................................................. 6
© STANDARDS MALAYSIA 2014 - Hak cipta terpelihara
i
MS 1324:2014 (BM)
Perwakilan jawatankuasa Jawatankuasa Standard Perindustrian mengenai Pertanian (JSP A) yang di bawah kuasanya Malaysian Standard ini dibangunkan, dianggotai oleh wakil daripada organisasi yang berikut AgroVet Certification Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Jabatan Perikanan Malaysia Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia Jabatan Pertanian Jabatan Standard Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Lembaga Getah Malaysia Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Persatuan Anak Benih Kebangsaan Malaysia Persatuan Minyak Sawit Malaysia Persatuan Pengeksport-pengeksport Buah-buahan Malaysia Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia SIRIM Berhad (Sekretariat) Universiti Putra Malaysia Jawatankuasa Teknikal mengenai Sayur-sayuran Segar yang membangunkan Malaysian Standard ini dianggotai oleh wakil daripada organisasi yang berikut: Dewan Bahasa dan Pustaka Hulu Yam Fresh Sdn Bhd Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia Jabatan Pertanian Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Bahagian Kualiti dan Standard) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Bahagian Regulatori) Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia Persekutuan Persatuan-persatuan Pekebun-pekebun Sayur-sayuran Malaysia Persekutuan Persatuan-persatuan Penjual Sayur-sayuran Malaysia SIRIM Berhad (Sekretariat) Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd Universiti Putra Malaysia Universiti Teknologi MARA
ii
© STANDARDS MALAYSIA 2014 - Hak cipta terpelihara
MS 1324:2014 (BM)
Prakata Malaysian Standard ini dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai Sayur-sayuran Segar di bawah Jawatankuasa Standard Perindustrian mengenai Pertanian. Pindaan utama dalam semakan standard ini adalah seperti yang berikut: a)
tajuk standard telah ditukar kepada “Kailan segar - Spesifikasi (Semakan pertama)”;
b)
dimuatkan klausa-klausa baharu seperti, “Rujukan normatif” pada Klausa 2, “Tanda persijilan” pada Klausa 10 dan “Keperluan ladang” pada Klausa 11;
c)
pindaan pada Klausa 3 bagi “istilah dan takrifan”;
d)
pindaan pada Klausa 4 bagi “Keperluan am”;
e)
pindaan pada isi kandungan dalam Jadual 1, “Keperluan gred” pada Klausa 5; dan
f)
pindaan pada Lampiran A berkaitan contoh kailan yang segar, cacat dan rosak.
Malaysian Standard ini akan membatalkan dan menggantikan MS 1324:1993, Specification for fresh kale (Kailan). Versi Bahasa Malaysia ini adalah terjemahan daripada versi asal dalam Bahasa Inggeris iaitu MS 1324:2013, Fresh kailan - Specification (First revision). Jika terdapat sebarang pertikaian semasa penggunaan standard ini, versi asal Bahasa Inggeris adalah dirujuk. Pematuhan ke atas Malaysian Standard ini tidak dengan sendirinya memberikan kekebalan daripada obligasi undang-undang.
© STANDARDS MALAYSIA 2014 - Hak cipta terpelihara
iii