Layak menerima perlindungan oleh PIDM TERMA DAN SYARAT Kempen “#RHBSmartLifetimeExperience” TEMPOH KEMPEN 1. Kempen “#RHBSmartLifetimeExperience” (“Kempen”) dianjurkan oleh RHB Bank Berhad (“RHB Bank”) dan RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic Bank”) (kedua-duanya dirujuk sebagai “RHB” di dalam dokumen ini melainkan dibezakan secara khusus) dan akan berlangsung daripada 1 April 2017 hingga 30 Jun 2017; termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”). KELAYAKAN 2. Kempen ini terbuka kepada semua pemegang akaun (baharu dan sedia ada) RHB Smart Account dan RHB Smart Account-i (kedua-duanya dirujuk sebagai “RHB Smart Account/-i”), pemastautin dan bukan pemastautin (“Peserta”). 3. Akaun bersama tidak dibenarkan untuk akaun ini. 4. Pemilikan Tunggal, Perkongsian, Pengamal Profesional, Kelab, Persatuan, Pertubuhan, Sekolah, Perbadanan, Organisasi Bukan Untung dan entiti perniagaan lain tidak layak untuk membuka atau megendalikan RHB Smart Account/-i. 5. Setiap pelanggan yang layak dibenarkan membuka hanya satu (1) akaun sahaja, sama ada akaun Konvensional atau Islamik. 6. Individu-individu /entiti-entiti yang berikut (yang ditentukan oleh RHB mengikut budi bicaranya) tidak layak menyertai Kempen ini:i. Kakitangan tetap dan/atau kontrak Kumpulan Perbankan RHB dan ahli keluarga terdekat masingmasing (termasuk pemastautin dan bukan pemastautin); atau ii. Wakil dan/atau ejen (termasuk agensi pengiklanan, agensi promosi) RHB dan ahli keluarga terdekat masing-masing. HADIAH 5. Hadiah Kempen (“Hadiah”) termasuklah bilangan Peserta yang menang adalah seperti jadual di bawah: Bulan Kempen Dari
Ke
01-Apr-17
30-Apr-17
01-Mei-17
31-Mei-17
Kategori Hadiah Hadiah Bulanan 5 X GoPro HERO5 Session X 3 bulan
01-Jun-17 30-Jun-17 Jumlah pemenang
15
Hadiah Utama Pengalaman 5-bintang yang mewah di Pulau Jeju, Korea, dengan menaiki helikopter dan pelancongan peribadi untuk dua (2) orang benilai RM16,000 1
Jumlah besar 16 (Secara kolektif, Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama hendaklah dirujuk sebagai “Hadiah”) 11. RHB tidak membuat sebarang representasi atau memberi jaminan berkaitan kualiti Hadiah. Sekiranya terdapat kecacatan pembuatan, kehilangan atau kecurian, Peserta digalakan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan RHB @ 03-92068118 untuk bantuan. 12. Setiap Peserta berhak memenangi satu (1) Hadiah Bulanan sepanjang Tempoh Kempen. Pemenang yang sama untuk Hadiah Bulanan adalah tidak dibenarkan.
Terma dan Syarat |Kempen #RHBSmartLifetimeExperience
1
Layak menerima perlindungan oleh PIDM 13. Hadiah-hadiah ini mempunyai terma dan syarat yang tersendiri dan terma dan syarat ini adalah terpakai sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam dokumen ini. Hadiah Bulanan 14. Hadiah Bulanan diberikan berdasarkan “keadaan sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, kredit, barangan lain atau baucer sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. Warna dan saiz sebenar Hadiah Bulanan mungkin berbeza daripada gambar yang ditunjukkan dalam iklan. 15. Hadiah Bulanan hanya akan dihantar ke alamat di Malaysia. Penghantaran tidak akan dibuat ke Peti Surat atau ke alamat di luar negara. Hadiah Utama 16. Hadiah Utama diberikan tertakluk pada terma dan syarat yang berikut: 16.1. Waran/ Baucer pelancongan hanya boleh ditebus dengan agensi pelancongan yang dilantik oleh RHB. 16.2. Waran/baucer pelancongan adalah sah untuk penebusan dalam masa satu (1) tahun daripada tarikh pengeluaran sebagaimana yang tertera. 16.3. Waran/Baucar pelancongan tersebut boleh ditebus untuk tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat dan pengalaman yang dinyatakan di atas sahaja. 16.4. Pemenang akan menanggung perbezaan kos sekiranya amaun yang ditebus melebihi amaun yang dinyatakan di dalam waran/baucar pelancongan. 16.5. Sebarang permintaan untuk pembayaran balik tidak akan dilayan jika pemenang tidak menggunakan keseluruhan amaun waran/baucar pelancongan sebagaimana yang dinyatakan dalam klausa 5. 16.6. Waran/baucar pelancongan tidak boleh dipindah milik atau ditukar ganti dengan wang tunai atau kredit atau yang seumpamanya, sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya. 16.7. Penebusan mestilah dibuat sekali sahaja, iaitu tidak boleh dibuat secara berkala. 16.8. Apa-apa kos lain yang berkaitan dengan perjalanan (iaitu pasport, visa, insurans penerbangan, insurans tambahan atau apa-apa kerugian, kerosakan atau salah laku yang berkaitan dengan perjalanan) akan ditanggung oleh Pemenang. RHB tidak akan bertanggungjawab untuk mendapatkan visa atau permit yang diperlukan bagi pihak Pemenang dan juga tidak bertanggungjawab untuk menyediakan penggantian atau pengganti hadiah jika Pemenang gagal mendapatkan visa atau permit yang diperlukan.
MEKANIK KEMPEN Kriteria Kelayakan 17. Untuk layak menyertai Kempen ini, Peserta dikehendaki memenuhi kriteria kelayakan kempen (“Kriteria Kelayakan”) dengan melaksanakan perkara yang berikut:
Mengekalkan baki purata bulanan minimum sebanyak RM1,000 dalan RHB Smart Account/-i mereka sepanjang Tempoh Kempen.
Penyertaan Kempen yang Layak 18. Untuk layak menyertai Kempen ini (“Penyertaan Kempen”), Peserta dikehendaki untuk melaksanakan urus niaga berikut dan memenuhi kriteria tersebut:Jenis Transaksi Simpan Bayar Belanja
Deskripsi Setiap RM2,000 dideposit dalam sebulan. Setiap 3 pembayaran bil melalui perbankan dalam talian RHB Now / perbankan mudah alih dalam sebulan. Setiap perbelanjaan terkumpul sebanyak RM1,000 bagi Kad RHB Debit atau Kad Kredit dalam sebulan
Terma dan Syarat |Kempen #RHBSmartLifetimeExperience
Penyertaan Kempen 10 2 5
2
Layak menerima perlindungan oleh PIDM Setiap RM1,000 yang dilaburkan dalam produk pelaburan 5 RHB yang terpilih Nota 1: Jumlah di atas boleh dikumpul. Nota 2: Semua transaksi hendaklah dipenuhi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Terma & Syarat RHB Smart Account dan RHB Smart Account-i Labur
19. Penyertaan Kempen yang diperolehi setiap bulan tidak boleh dibawa ke cabutan Hadiah Bulanan bulan yang berikutnya, iaitu Peserta perlu terus melakukan transaksi setiap bulan untuk layak untuk cabutan Hadiah Bulanan yang berikutnya. Walau bagaimanapun, Kempen Penyertaan yang diperolehi bulanan akan dikumpul untuk cabutan Hadiah Utama. 20. Contoh pengiraan Penyertaan Peraduan Bulan Kempen: 1 April – 30 April 2017 Jenis Jumlah Terkumpul Penyertaan No. Transaksi (RM) Kempen 1 Simpan 4,500 20 2 Bayar 5 2 3 Belanja 1,500 5 4 Labur 2,300 10 Jumlah Penyertaan Kempen untuk April 37
Kenyataan 2 x penyertaan untuk Simpan 1 x penyertaan untuk Bayar 1 x entries for Belanja 2 x penyertaan untuk Labur
21. Untuk layak menyertai Kempen dan/atau untuk memenangi Hadiah, Peserta RHB Smart Account/-i mestilah sah dan berada dalam kedudukan kewangan yang baik semasa dan selepas Kempen, sebagaimana ditentukan oleh RHB mengikut budi bicaranya. Jika, pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen, akaun Peserta ditutup atas apa-apa sebab sekalipun, penyertaannya dalam Kempen menjadi terbatal dan tidak sah berkuatkuasa dengan serta merta. 22. “SIMPAN” bermaksud jumlah simpanan baharu dalam Akaun Pemegang RHB Smart Account/-i. “SIMPAN” dibahagikan kepada dua (2) kategori sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah
SIMPAN (JADUAL A) (urus niaga di bawah termasuk Kadar Bonus)
i) Deposit Tunai ii) Deposit Pos Tunai iii) Pemindahan Kredit iv) Kredit Deposit Tetap v) Kredit Perintah Juruwang vi) Kredit Draf Permintaan vii) Pemindahan Kredit Telegrafi/ RENTAS/IBG viii) Pembayaran Peribadi/Kewangan Segera ix) Autokredit RHB
x) Kredit Pembayaran MARA xi) Kredit Pembayaran KWSP xii) Deposit Kiriman Wang /Pesanan Pembelian xiii) Kredit Pemindahan Dana REFLEX xiv) Kredit Pembayaran Gaji REFLEX xv) Autokredit REFLEX xvi) Kredit MCA xvii) Kredit Pendahuluan Tunai IBK xviii) Kredit ATM IBFT di RHB xix) Kredit ATM IBFT di MEPS
URUS NIAGA BUKAN SIMPANAN (JADUAL B) (urus niaga di bawah dikecualikan daripada Kadar Bonus) i)
Pemindahan dana dalam akaun semasa/ simpanan RHB ii) Deposit cek
23. “BAYAR” bermaksud pembayaran yang dibuat dari Akaun Pemegang RHB Smart Account/-i menerusi RHB Now atau Perbankan Mudah Alih RHB Now untuk membayar bil utiliti atau bil lain di
Terma dan Syarat |Kempen #RHBSmartLifetimeExperience
3
Layak menerima perlindungan oleh PIDM bawah organisasi pengebilan yang turut serta. “BAYAR” dibahagikan kepada dua (2) kategori sebagaimana yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah. BAYAR (JADUAL A)
BAYAR (JADUAL B)
(urus niaga di bawah termasuk Kadar Bonus) Pembayaran bil di bawah Pengebil lain dan JomPAY yang dibuat kepada organisasi pengebilan menerusi RHB Now atau Perbankan Mudah Alih RHB Now.
(urus niaga di bawah dikecualikan daripada Kadar Bonus) i)
Pembayaran kepada mana-mana Kad Kredit RHB
ii) Pembayaran kepada mana-mana Pinjaman RHB
24. “BELANJA” bermaksud jumlah perbelanjaan runcit Pemegang RHB Smart Account/-i. “BELANJA” dibahagikan kepada dua (2) kategori sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Jadual di bawah. PERBELANJAAN RUNCIT (JADUAL A) (urus niaga di bawah termasuk Kadar Bonus) (i) Pembelian runcit tempatan dan luar negara
PERBELANJAAN RUNCIT (JADUAL B) (urus niaga di bawah dikecualikan daripada Kadar Bonus) i) Pelan Pembayaran Mudah/Easy (EPP) ii) Pemindahan Baki (BT) iii) Lebihan Tunai iv) Baki Belum Jelas Kad Kredit
viii) Urus Niaga Berbalik ix)
Urus Niaga yang Dipertikaikan
x)
Kad Urus Niaga Palsu
xi)
Fi Penggantian Kad
v) Caj Kewangan
xii) Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP)
vi) Fi Tahunan
xiii) Ansuran Dial-An
vii) Caj Pembayaran Lewat
xiv) Fi dan Caj lain
24.1. Semua jumlah urus niaga runcit yang dicajkan dan dimasukkan ke dalam kad kredit RHB prinsipal dan (sekiranya berkaitan) tambahan dan/atau kad debit Pemegang Akaun dalam bulan kalendar akan dikumpulkan untuk pengiraan jumlah amaun yang dikenakan. 24.2. Bagi Kad Debit sedia ada atau baharu, kad tersebut perlu ditandakan sebagai yang utama bagi RHB Smart Account untuk layak mendapat Kadar Bonus di bawah kategori “BELANJA”. 24.3. Jumlah perbelanjaan terkumpul boleh dikumpul melalui penggunaan kredit kad berganda di bawah profil pelanggan yang sama. Walau bagaimanapun, bagi kelayakan perbelanjaan runcit kad debit, RHB Smart Account/-i mesti dikenal pasti sebagai akaun utama untuk kad debit yang berkaitan. 24.4. Semua urus niaga runcit dengan tarikh pos dalam bulan kalendar yang sama akan dikumpulkan untuk dikira. Jumlah urus niaga runcit yang tidak dihantar tidak akan dikira. RHB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran atau kenyataan pos apa-apa urus niaga runcit. Rekod RHB bagi tarikh pos mana-mana urus niaga runcit adalah mutakhir, muktamad, dan mengikat. 24.5. Jika terdapat urus niaga yang tidak sah atau dipulangkan (pembatalan perbelanjaan), pengiraan keuntungan bonus bagi bulan kalendar yang sama akan mengambil kira amaun perbelanjaan bersih selepas menolak amaun yang dibatalkan. Misalnya, jika Pemegang Akaun berbelanja sebanyak RM2,000 pada 5 March 2017 dengan kad kredit RHB-nya, seterusnya jika berlaku urus niaga yang tidak sah bernilai RM500 ke atas kad kredit RHB-nya pada 15 March 2017, pengiraan faedah bonus untuk bulan March 2017 akan dikira berdasarkan jumlah perbelanjaan bersih sebanyak RM1,500.
Terma dan Syarat |Kempen #RHBSmartLifetimeExperience
4
Layak menerima perlindungan oleh PIDM 24.6. Jumlah berikut yang terhasil menerusi penggunaan kad kredit RHB dan/atau kad debit RHB tidak dimasukkan dalam pengiraan jumlah urus niaga runcit: i. Fi dan caj kad kredit dan/atau kad debit (misalnya fi tahunan, caj pembayaran kewangan dan pembayaran lewat, dan sebagainya); ii. Pemindahan Baki/Pelan Pembayaran Mudah/Easy (EPP)/Lebihan Tunai; iii. Jumlah yang ditukar kepada Pelan Ansuran/ Ansuran Dial-An; iv.Urus niaga yang tidak sah, dipulangkan atau dibatalkan dalam bulan kalendar; dan v. Jumlah lain sebagaimana yang diberitahu oleh RHB dari semasa ke semasa. 24.7. Jika kad kredit RHB dan/atau kad debit ditamatkan atas sebarang sebab, sama ada oleh pemegang akaun atau RHB, maka semua jumlah yang dicajkan dan diposkan dalam bulan penamatan mengikut kalendar (jika ada) dibatalkan daripada pengiraan jumlah urus niaga runcit. Misalnya, jika pelanggan yang layak menamatkan kad kredit RHB pada 30 Jun 2016, maka semua jumlah yang dicajkan dan dihantarkan kepada kad kredit yang ditamatkan dari 1 Jun 2016 hingga 30 Jun 2016 (jika ada) adalah dibatalkan dan tidak akan dikira. 25. LABUR” bermaksud pembelian produk kewangan RHB dengan jumlah minimum sebanyak RM1,000 yang dikumpulkan dalam satu bulan kalendar. Pembayaran bonus akan dibayar berdasarkan jumlah pelaburan bersih. Jumlah pelaburan bersih =Jumlah Keseluruhan Pelaburan – (Caj Jualan & Cukai Barang Dan Perkhidmatan (CBP)) 25.1. Untuk menikmati Kadar Bonus, pembelian mesti dibuat menerusi cawangan Perbankan Runcit RHB dan/atau cawangan RHB Islamic Bank. 25.2. Hanya jumlah pembelian yang disahkan bagi produk kewangan RHB dalam bulan kalendar yang sama akan dikumpulkan untuk pengiraan keuntungan bonus. 25.3. Keuntungan bonus hanya akan dibayar selepas tempoh bertenang (jika ada). 25.4. Produk kewangan RHB seperti Pelaburan bukan-KWSP, Skim Persaraan Persendirian (PRS) & dana Unit Amanah (UA) yang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% atau lebih adalah layak. PENUNTUTAN HADIAH 26. Pemenang akan dimaklumkan tentang kemenangan mereka sama ada secara bertulis atau melalui telefon dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh tamatnya setiap Bulan Kempen. 26.1. Sepucuk surat rasmi dengan segala butiran yang relevan bersama-sama dengan Hadiah akan dihantar kepada setiap pemenang ke alamat yang ditunjukkan dalam rekod RHB, yang memaklumkan perkara di atas. 27. Kesemua Hadiah mesti dituntut atas kos dan perbelanjaan pemenang sendiri dan semua Hadiah yang tidak dituntut selepas tempoh yang dinyatakan akan dibatalkan oleh RHB. 28. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 5, Hadiah diberikan berdasarkan “keadaan sedia ada”. Hadiah adalah tertakluk kepada keterdesiaan daripada pembekal. Sekiranya pembekal tidak dapat menyediakan Hadiah tersebut, RHB berhak menggantikan mana-mana Hadiah dengan yang lain yang sama nilai spesifikasinya, dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu sama ada dengan mengepos notis tersebut kepada peserta atau menghantar notis yang same melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (“SMS”) atau mel eletronik kepada peserta atau memaparkannya di cawangan RHB atau laman web atau degan apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh RHB. 29. Semua Hadiah tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau yang seumpamanya sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya. Terma dan Syarat |Kempen #RHBSmartLifetimeExperience
5
Layak menerima perlindungan oleh PIDM PROSES PEMILIHAN PEMENANG 30. Semua Peserta yang layak akan disenarai pendek melalui sistem pemilihan rawak berkomputer. 31. RHB atau wakil yang dilantik akan menghubungi Peserta yang disenarai pendek atas usaha terbaik mereka berdasarkan nombor telefon terkini yang ditunjukkan di dalam rekod RHB pada bila-bila masa pada waktu pejabat (9.00 pagi hingga 5.00 petang) untuk melakukan pengesahan. Apabila dihubungi oleh RHB atau wakilnya yang dilantik untuk melakukan pengesahan, Peserta perlu menjawab satu soalan berkaitan Kempen dengan betul untuk dipilih sebagai pemenang. Sekiranya Peserta yang layak gagal menjawab telefon atau menjawab dengan betul atas apa-apa sebab sekalipun, atau jika pengesahan gagal dilakukan, Peserta yang layak yang disenarai pendek dianggap terlepas peluang untuk menang dan RHB atau wakilnya yang dilantik berhak memilih Peserta lain yang layak yang disenarai pendekkan seterusnya apabila perlu. 32. Semua pemenang akan dimaklumkan oleh RHB sama ada secara bertulis, melalui telefon atau dengan memuat naik senarai nama pemenang di laman web RHB. 33. Semua Pemenang dengan ini memberi kebenaran kepada RHB untuk mendedahkan atau menyiarkan nama dan 4 digit terakhir nombor Kad Pengenalan mereka di dalam bahan media, bahan pemasaran atau pengiklanan untuk tujuan Kempen ini dengan syarat RHB telah mendapatkan persetujuan pemenang. 34. RHB berhak mempunyai tempoh maksimum sembilan puluh (90) hari dari tarikh pengumuman pemenang untuk menyerahkan Hadiah. 35. Pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah, yang tarikh, masa dan tempatnya akan dimaklumkan oleh RHB. Semua kos pengangkutan, penginapan, perbelanjaan peribadi dan apaapa kos lain yang ditanggung berkaitan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang. TERMA DAN SYARAT UMUM 36. Keputusan RHB atas semua perkara berkaitan dengan Kempen ini, termasuk keputusan pemenang adalah muktamad. Semua hadiah tidak boleh dipindah milik dan tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di sini. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan dan bantahan tidak akan dilayan. 37. RHB berhak untuk membatalkan kesemua penyertaan daripada Peserta di dalam Kempen ini dan melarang individu tersebut daripada terus menyertai Kempen ini, jika individu tersebut disyaki tidak mengikut cara dan peraturan serta terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan untuk Kempen ini. 38. RHB berhak untuk membatal, menamatkan atau menggantung Kempen ini. Apa jua pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen oleh RHB, tidak melayakkan Peserta untuk menuntut gantirugi atau pampasan daripada RHB untuk apa jua kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Peserta, hasil daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan ini. RHB hendaklah memberi notis pemberitahuan terlebih dahulu di laman web RHB dan/atau apa jua jenis komunikasi yang dianggap sesuai oleh RHB. 39. Keputusan RHB atas semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan sebarang suratmenyurat yang mempertikaikan keputusan RHB tidak akan dilayan. RHB berhak, mengikut budi bicaranya, tertakluk kepada RHB telah memberi notis dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta untuk mengubah, memadam atau menambah terma-terma dan syarat-syarat dari semasa ke semasa, dengan memberi notis sama ada dengan memaparkannya di laman web RHB dan/atau melalui apa jua jenis komunikasi yang dianggap sesuai oleh RHB. Sekiranya terdapat sebarang
Terma dan Syarat |Kempen #RHBSmartLifetimeExperience
6
Layak menerima perlindungan oleh PIDM pertukaran terhadap terma-terma dan syarat-syarat yang tidak dipersetujui oleh Peserta, maka Peserta tersebut hendaklah berhenti melibatkan diri seterusnya dalam Kempen ini. 40. RHB berhak dengan syarat RHB telah mendapatkan persetujuan pemenang untuk menyiarkan atau memaparkan nama, gambar, fotograf dan 4 digit terakhir nombor pengenalan pemenang Kempen ini di dalam laman web RHB untuk tujuan pengiklanan dan publisiti. 41. RHB tidak bertanggungjawab ke atas apa jua kegagalan berkaitan dengan Kempen ini, yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, larangan bekerja, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, badai, kegagalan teknikal atau sistem atau apa jua perkara yang diluar kawalan RHB. 42. Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga, tidak boleh dirunding dan tidak boleh ditukar untuk kredit dan seumpamanya, secara sebahagian atau sepenuhnya. 43. Jika berlaku ketidakseragaman di antara terma-terma dan syarat-syarat di sini dan risalah-risalah, bahan-bahan pasaran yang berkaitan dengan Kempen ini, terma-terma dan syarat-syarat di sini akan diguna pakai. 44. Dengan menyertai Kempen ini, peserta bersetuju mematuhi Terma-terma dan Syarat-syarat ini.
Terma dan Syarat |Kempen #RHBSmartLifetimeExperience
7