Larian jarak jauh 10000 m Arif Anwar 5K7 Hak cipta terpelihara
Spesifikasi Acara
Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh 10 kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 25 pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan penamat acara larian. Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini juga tidak disertai oleh kaum wanita.
Arena & peralatan
Acara lari jarak jauh 10 000 meter berlangsung di gelanggang yang berbentuk bujur. Balapan atau tempat berlari dibina daripada rumput, ‘asphalt’ atau bahan ‘synthetic’ dan biasanya mengandungi lapan lorong. Acara lari adalah dijalankan di lorong balapan. Peralatan seperti pakaian amat penting kepada kemajuan dan prestasi pelari. Seseorang pelari yang berpakaian kemas dan bersih menunjukkan sifat disiplin diri yang baik. Pelari perlu memakai singlet atau kemeja ‘T’ yang sesuai dan tidak terlalu ketat. Pakaian yang terlalu ketat akan menghalang pergerakan tubuh badan, begitu juga ketika memilih seluar pendek. Pelari tidak perlu membeli kasut yang terlalu mahal tetapi memilih kasut yang tahan, selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
PERATURAN & UNDANGUNDANG
Pelari akan berlari sebanyak 25 pusingan balapan bersaiz 400 meter.
Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.
Pelari hendaklah berlari dari mula hingga akhir larian untuk memenangi menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.
Pelari dibenarkan berhenti atau berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di balapan dan tidak mengganggu pelari lain yang sedang berlari.
Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat ( biasanya loceng ) atau siren apabila pelari mempunyai baki larian satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.
Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan dibenarkan untuk berlari serta mempunyai nombor peserta serta logo atau bendera pasukan atau negara yang diwakilinya.
Pelari boleh berlari sama ada dengan kasut, spikes ataupun tanpa berkasut, tetapi kasut itu hendaklah tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan mendatangkan kecederaan kepada pelari itu serta pelari lain.
Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF.
Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk menghalangnya berlari, untuk mencederakannya atau untuk membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian.
Pelari hendaklah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan dan tidak bermegah jika mencapai kemenangan serta tidak pula berkecil hati atau kecewa jika tidak berjaya.
sebarang kedudukan. Pelari yang
TEKNIK LATIHAN KEMAHIRAN ASAS Joging Joging adalah berlari pada jarak jauh di samping melakukan beberapa latihan fizikal yang bertujuan memberi ketahanan dan kelenturan kepada pelari. Ini membolehkan pelari berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam acara jarak jauh. Cara paling baik dalam berjoging bagi meningkatkan prestasi pelari jarak jauh ialah dengan menggunakan cara larian yang berbagai-bagai kelajuan atau berlari bersama bebanan. Latihan Pelaziman Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persediaan awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan bersama latihan lain atau sebagai gabungan dengan latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke semasa. Latihan ini merangkumi tiga aspek utama sepeti berikut : • • •
Latihan memanaskan badan yang antara lain merangkumi aspek-aspek seperti jogging dan lari pecut untuk jarak tertentu. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian. Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan. Latihan Angkat Berat Sebagai olahragawan, setiap pelari harus mengikuti latihan angkat berat sebagai keperluan asas mereka. Latihan ini tidak semestinya diadakan setiap hari, memadailah sekadar seminggu sekali atau dua kali. Bentuk latihan hendaklah berunsur pelaziman yang melibatkan semua anggota tubuh badan.
TEKNIK LARIAN Berlari pada lorong di bahagian dalam Pelari harus berusaha berlari di lorong paling dalam supaya jarak tidak berlebihan berbanding berlari di lorong luar. Mengekalkan Kepantasan Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah mengekalkan kepantasan yang sama sepanjang larian. Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namun dia harus berusaha mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dengan menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan larian pada akhir perlumbaan.
Berlari mengikut rentak dan cara sendiri Jangan sekali-kali berlari mengikut rentak lawan untuk acara jarak jauh kerana pelari sendiri akan terperangkap dan mungkin tidak dapat menamatkan larian. Menyimpan tenaga Pelari harus bijak berlari tanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan larian disebabkan keletihan, kehausan dan ketiadaan tenaga.
I. KEJOHANAN OLAHRAGA MSSNM KAWASAN ALOR GAJAH 2000 Pengelola : Sek. Men. Tebong PINGAT EMAS
Ghaffar Nayan 10000m Jalan Kaki L18
Rekod Malaysia SUKMA 2002 Senarai Keputusan Peserta Lelaki Dalam Acara 10 000m No. Acara : 101 Tarikh : 09-Sep-2002 Jantina : Lelaki Masa : 06:30 Acara : 10000m Jalan Kaki Angin : Status : Akhir Lokasi : Stadium Likas, Kota Kinabalu *SR = Sukma Record *NR = National Record Catatan : Rekod : NR - 43:03:24 MOGAN RAJOO NSE Seremban 10/05/97 SR - 44:05:99 TEOH BOON LIM PEN Shah Alam 1998
Senarai Keputusan Peserta Wanita Dalam Acara 10 000m No. Acara : 301 Tarikh : 11-Sep-2002 Jantina : Wanita Masa : 06:30 Acara : 10000m Jalan Kaki Angin : Status : Akhir Lokasi : Stadium Likas, Kota Kinabalu *SR = Sukma Record *NR = National Record Catatan : Rekod : NR - 45:22:05 YUAN YU FANG KUL Eisenhstadt,GER 09/05/98 SR - 56:43:23 LAI JIN SZE SAR P.Pinang 2000
rujukan
http://10000m.tripod.com/
VIDEO Sekian, terima kasih………