Terima kasih kerana anda sudi untuk mendownload e-book ini. Ebook ini diberikan secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak boleh menjualnya atas apa jua tujuan. Ianya hanya boleh diberikan secara PERCUMA sahaja kepada orang lain atau anda boleh jadikan ianya sebagai bonus tambahan untuk produk anda. Segala isi kandungan di dalam e-book ini adalah hakcipta terpelihara blog http://abdullahidris.com . Jadi anda tidak boleh mengeluarkannya dalam apa jua bentuk tanpa mendapat keizinan dari penulis. Semoga kemunculan e-book ini akan memberikan faedah yang banyak kepada para pembaca. Anda juga digalakkan untuk mengedarkan e-book ini kepada sesiapa sahaja. Mudah-mudahan akan mendapat ganjaran dari Allah atas usaha anda. PENTING : Sekiranya anda belum mendaftar sebagai ahli newsletter blog http://abdullahidris.com, sila berbuat demikian untuk mendapat pelbagai bonus istimewa. Antaranya anda akan diberikan link untuk mendownload satu produk istimewa iaitu E-TAJWID. Sebagai pelanggan newsletter kami, anda akan mendapat makluman awal tentang perkhidmatan dan produk terbaru. Selain itu, anda juga akan mendapat diskaun menarik sekiranya menggunakan produk dan perkhidmatan kami pada masa akan datang. Jadi, daftar SEGERA.
Hak Cipta Terpelihara : http://www.abdullahidris.com
Pendahuluan Pertama sekali bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, akhirnya saya dapat menyiapkan e-book yang banyak kekurangan ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat baginda dan seterusnya seluruh muslimin dan muslimat yang mematuhi dan mengamalkan ajaran baginda sepanjang hidup mereka. Sebenarnya,saya tergerak untuk menulis e-book ini kerana ketika saya mengajar, seorang perempuan bertanyakan kepada saya bagaimana hukumnya wanita yang haid hendak membaca al-Quran. Maka, bertitik tolak dari situ saya merasakan tentu banyak lagi masyarakat diluar sana yang mempunyai persoalan sama yang belum terjawab. Maka, terhasillah e-book yang kecil dan sederhana ini yang membahaskan sedikit tentang hokum tersebut. Oleh sebab itu saya berikan tajuk ebook ini “ Hukum Wanita Haid Berkaitan Al-Quran”. Saya berharap agar lahirnya e-book ini sedikit sebanyak akan memberikan manfaat kepada pembaca sekelian. Kepada para alim ulama yang tentunya lebih arif, saya persilakan untuk memberikan teguran yang membina terhadap e-book ini. Segala teguran tersebut bolehlah di emelkan kepada
[email protected]. Dan semua teguran tersebut saya ucapkan jutaan terima kasih.
Hak Cipta Terpelihara : http://abdullahidris.com
1. Hukum wanita haid membaca al-Quran. Wanita yang berhaid haram membaca al-Quran walaupun sebahagian ayat seperti satu huruf disebabkan keagungan al-Quran. Ini berdasarkan kepada sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Wanita yang berhaid dan orang yang berjunub jangan membaca sesuatu daripada al-Quran” ( Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi dan Ibnu Majah daripada hadith Ibnu Umar). Hadis ini walaupun hadith yang dhaif namun ia disokong oleh dalil yang lain yang menampung kedhaifannya iaitu pendapat kebanyakan ahli ilmu dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w dan para tabi’in serta mereka yang selepasnya seperti Sufyan al-Thauri, Ibnu al-Mubarak, al-Syafie, Ahmad, Ishak dan selain mereka. Tempat pengharaman ini, adalah jika ia membacanya dengan niat al-Quran, tetapi jika ia tidak bermaksud membaca al-Quran atau ia membacanya dengan maksud untuk berzikir atau dibacakannya dalam bentuk berdoa, atau dibacakan ayat-ayat yang mempunyai pengertian berdoa dan ia tidak dimaksudkan untuk membaca al-Quran maka tidak ada apa-apa halangan untuknya. Dilaporkan daripada Imam Malik bahawa beliau berkata: Wanita yang berhaid[32] boleh membaca al-Quran dan orang yang berjunub tidak boleh membacanya, kerana wanita yang berhaid jika tidak membacanya ia akan lupa ayat-ayat al-Quran memandangkan hari-hari haid itu berpanjangan sedangkan tempoh junub tidak berpanjangan. Namun yang rajihnya (jelas) ialah pendapat jumhur ulama dari kalangan fuqaha’ Syafi’e, Hanafi dan Hanbali sebagaimana yang dibuktikan oleh hadith yang disebutkan. Kebimbangan lupakan ayat alQuran boleh diatasi dengan membacakannya di dalam hati[33]. ____________________________________________________________________________________ [32]. Juga merupakan qaul qadim (pendapat lama) oleh Imam Syafi’e yang mengharuskan wanita berhaid membaca al-Quran. Al-Majmu’ 2/387. [33]. Al-Majmu’ 2/387. Tuhfatul ahwadzi 1/458. Al-Mughni li Ibn Qudamah 1/224. Hasyiah Ibn ‘Abidin 1/293. Mughni al-Muhtaj 1/72. Al-Syarqawi ‘ala syarhit tahrir 1/58. Al-Haid wa ahkamuhu, hlmn 77.
Hakcipta Terpelihara : http://abdullahidris.com
2. Melihat al-Quran Tidak mengapa bagi wanita yang berhaid melihat kepada al-Quran dengan menelitinya atau membacanya di dalam hati dengan tidak menggerakkan lidahnya di mana ia sendiri tidak mendengarnya atau dengan menggerakkan lidahnya sambil menghembusnya. Sebagai contohnya, ia meletakkan mushaf atau lauh(papan tulis) lalu melihat kepada ayat-ayatnya lalu membacanya dengan hati[34].
3. Membaca Ayat Yang Dinasakhkan Adalah harus bagi wanita yang berhaid dan orang yang berhadas besar membacakan ayat yang telah dinasakhkan(dimansuhkan) tilawahnya kerana ia bukan lagi dikira sebagai membaca al-Quran.
4. Menyentuh Dan Membawa Mushaf Haram ke atas wanita yang berhaid menyentuh dan membawa mushaf tanpa apa-apa darurat berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah al-Waqi’ah ayat 79 yang bermaksud:
ن َ ُو َ ُ ۡ ُ ۥۤ ِإ ٱ َ َ “Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan” (Al-Waqi’ah : 79) Ayat ini merupakan perkhabaran yang membawa maksud larangan. Ini juga berdasarkan sabda nabi s.a.w yang bermaksud: “Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci” (Haditah riwayat al-Daruqutni dan al-Hakim di mana beliau mengatakan sanad hadith ini adalah mengikut syarat hadith yang sohih). ________________________________________________________ [34]. Mughni al-Muhtaj 1/72. Hasyiah al-Syarqawi 1/88. Al-Majmu’ 2/387.
Hak Cipta Terpelihara : http://abdullahidris.com
Memandangkan menyentuh mushaf diharamkan ke atas wanita yang berhaid maka membawanya adalah lebih lagi diharamkan, kecuali jika mushaf itu beserta dengan barang-barang yang lain dan pembawanya tidak bermaksudkan untuk membawa mushaf itu semata-mata, maka harus dibawa bersamanya. Atau jika terdapat darurat yang mendesak untuk dibawa mushaf itu seperti bimbangkan ia tenggelam atau terbakar atau jatuh ke tangan orang kafir, maka haruslah membawanya walaupun dalam keadaan sedang haid. Pendapat yang mengatakan tentang pengharaman ini ialah mazhab jumhur fuqaha’. Adapun pendapat yang mengatakan yang dimaksudkan dengan yang dipersucikan ialah para malaikat ditolak kerana menyifatjan al-Quran dengan perkataan “tanzil” melalui firman Allah:
َ ِ َٰب ٱۡ َـ ٌ۟ ر# ِ$%َ& “Diturunkan dari Tuhan semesta alam” (Al-Waqia’ah:80) Ayat ini jelas merujuk kepada erti mushaf dan para malaikat kesemuanya adalah makhluk yang dipersucikan menurut ijma’. Oleh itu perkataan yang dipersucikan dalam ayat ini bermaksud yang bersuci di mana termasuk dalam erti bersuci ialah membersihkan diri daripada dua hadas. Dengan menyebutkan perkataan mushaf maka hokum ini tidak termasuk kitab-kitab yang lain seperti taurat, injil dan ayat al-Quran yang telah dimansuhkan. Oleh itu tidak haram menyentuhnya kerana ia telah dimansuhkan, sementara Taurat dan Injil tidak haram disentuh kerana keduanya telah diubah[35].
[35]. Mughni al-Muhtaj 1/36. Al-Syarqawi ‘ala syarhit tahrir 1/86. Hasyiah Ibn ‘Abidin 1/293. Manarus Sabil 1/57. Hasyiah al-Dusuqi 1/174. Rahmatul Ummah, hlmn 12.
Hak Cipta Terpelihara : http://abdullahidris.com