LAPORAN MM KUMPULAN D4 a) Nama Program : Program Mentor Mentee Kerja Lapangan Eksperimen Biologi b) Tarikh Program : 3,4,5, dan 6 Februari 2012 (Jumaat hingga Isnin) c) Tempat Program : Pulau Langkawi, Kedah d) Penganjur : Pusat Asasi UiTM Puncak Alam e) Kumpulan Sasaran/Peserta/: Cik Norlizayati bt Ramlan(pensyarah bertugas) Cik Puteri Noor Safura bt Megat Mahmud(pensyarah bertugas) Kumpulan D4(28 orang) f) Ringkasan Perjalanan Program (Rumusan mengikut tentatif keseluruhan program) Pada 3-6 Febuari 2012, Kumpulan D4 UiTM Puncak Alam telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi bagi melaksanakan lapangan kerja Eksperimen 7 subjek biologi. Tujuan utama kami mengadakan lawatan ini adalah untuk mengadakan kerja lapangan untuk eksperimen 7 bagi subjek Biologi yang berkaitan dengan ekologi. Kami bertolak pada hari Jumaat pada pukul 11.00 malam dengan menaiki bas UiTM. Perjalanan kami mengambil masa selama 8 jam dan kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada pukul 7.00 pagi. Kami meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri Lada Dua dan sampai di sana pada pukul 12.00 tengah hari
Jeti Kuala Perlis
Feri Lada Dua
Setibanya di sana,kami bertemu dengan ejen yang menguruskan pakej yang kami pilih iaitu Encik Jamaluddin bin Maidin. Kami dibawa terus menjalani aktiviti pertama kami iaitu island hopping di tiga lokasi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Di sini, kami telah mula mengkaji ekosistem yang terdapat di pulau tersebut. Sebagai contoh, persaingan antara burung-burung helang untuk mendapatkan makanan di Pulau Singa Besar. Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapat impak yang besar iaitu untuk terus bersaing dalam pelajaran dan hidup.
Pulau Dayang Bunting
Menaiki Bot
Pulau Singa Besar
Selepas aktiviti ini, kami dibawa ke tempat penginapan kami iaitu Langkapuri Inn di Pantai Cenang. Kami diberi masa untuk berehat dan aktiviti kendiri sebelum meneruskan aktiviti di malam hari yang melibatkan semua ahli kumpulan untuk memupuk semangat kerjasama dan kesukanan.
Tempat Penginapan
chalet
Aktiviti Pada Waktu Malam
Pada hari kedua di Pulau Langkawi, kami memulakan hari kami dengan bersarapan pagi bersama-sama. Selepas itu, kami memulakan perjalanan ke Gunung Mat Cincang. Dalam perjalanan menuju ke destinasi itu, kami singgah sebentar di Gedung Batik dan juga Kilang Gamat Nusantara. Setibanya di Gunung Mat Cincang, kami membeli tiket dan terus menaiki kereta kabel ke puncak gunung untuk memahami ekosistem pada tahap ketinggian 652.5m dari aras laut disamping menikmati pemandangan yang indah dan juga menghirup udara segar dari puncak gunung. Kami meneruskan perjalanan kami ke Telaga Tujuh yang terletak berhampiran dengan Gunung Mat Cincang. Di lokasi ini, terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan juga haiwan yang jarang dijumpai disekitar Puncak Alam.
Gedung Batik
Kilang Gamat
Gunung Mat Cincang
Telaga Tujuh
Walaupun badan kami berasa letih dan lesu,namun keletihan itu telah diubati dengan destinasi kami yang seterusnya iaitu Pekan Kuah. Di sini, ahli kumpulan dapat membeli cenderahati dari Pulau Langkawi sebagai kenang-kenangan untuk dibawa pulang ke Puncak Alam. Ini merupakan destinasi terakhir kami pada hari kedua sebelum pulang ke tempat penginapan kami dan berehat secukupnya bagi mempersiapkan diri untuk aktiviti pada malam hari.
Pada hari terakhir kami di Pulau Langkawi, kami pergi ke Underwater World of Langkawi untuk aktiviti kemuncak kami di sana untuk melengkapkan kerja lapangan kami yang masih berbaki. Kami berasa sangat teruja dan gembira apabila memasuki tempat ini kerana kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan yang tidak terdapat di Malaysia. Sebagai contoh,penguin yang hanya terdapat di kutub utara. Kami mengambil gambar tersebut sebagai contoh untuk dijadikan bahan bukti dalam kerja lapangan dan juga dimuatkan dalam laporan eksperimen kami.
Hidupan Laut di Underwater World
Di Underwater World Of Langkawi
Setelah selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Langkawi untuk bertolak pulang ke UiTM Puncak Alam. Kami tiba di Jeti Kuala Perlis pada pukul 4.30 petang sebelum bas datang menjemput kami dan membawa pulang ke Puncak Alam. Kami tiba di Uitm Puncak Alam pada pukul 1.00 pagi.
g) Kos Perbelanjaan (RM) : RM 216 seorang
h) Masalah/ kekangan yang dihadapi : Salah seorang pelajar telah terseliuh kakinya dan tindakan telah diambil dengan membawanya ke klinik.
i)Kelebihan / Manfaat program : 1) Dapat memupuk semangat kerjasama. 2 ) Dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kumpulan dengan mentor. 3) Dapat menambahkan ilmu pengetahuaan. j) Cadangan penambahbaikan : Aktiviti ini harus dilakukan lebih kerap dan tempoh yang lama agar lebih pengetahuan dan pengalaman yang boleh diperolehi oleh para pelajar.
Disediakan oleh,
…………………………… WAN UMMI NAJWA BINTI AWANG@HASAN, Setiausaha Lawatan , Kumpulan D4, Asasi Sains UiTM Puncak Alam.
13 Februari 2012