HH512 Hotel Lodging and Operation
Sesi Jun 2012
LAPORAN FORUM ‘BICARA ISU SEMASA INDUSTRI PERHOTELAN’ Anjuran Semester 5 Kursus HH512 Hotel & lodging Operation Tarikh :
09 November 2012 (Jumaat)
Tempat : Panel Industri :
Restoran Baiduri, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti Pn. Suzelah Binti Ahmad ( Director of Human Resource, Thistle Hotel JB) Cik Murniza Binti Idris (Asisstant Human Resource Manager, Selesa Hotel Pasir Gudang)
Penyertaan :
Pn. Zuhaila Binti Yusof (pensyarah kursus) Pn. Normazlina Binti Mohamad Amin (pensyarah kursus) Pn. Hariati Binti Hamdan (pensyarah kursus) Cik Anipah Binti Samari (pensyarah kursus) Pelajar Semester 5 dan 1 (DHK5B, DHK5C, BHK 5, DHK1B)
Satu forum bicara bersama panel industri anjuran pelajar-pelajar daripada Diploma Hotel Katering Semester 5 telah berlangsung dengan jayanya pada 09 November yang lepas. Forum ini membincangkan isu-isu semasa dalam industri perhotelan dan telah menampilkan dua orang panel daripada industri iaitu Puan Suzelah Binti Ahmad (Thistle Hotel , JB) dan Cik Murniza Binti Idris (Hotel Selesa, Pasir Gudang). Forum ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari dan dihadiri oleh 120 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 5 dan Semester 1. Selain memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk Kursus HH512 Hotel and Lodging Operation, antara objektif utama penganjuran forum ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar daripada bidang Pengurusan Hotel Katering tentang keperluan dan kehendak pihak industri dalam pemilihan sumber manusia dalam industri perhotelan pada masa kini. Selain itu, cabarancabaran semasa dalam industri turut dibincangkan. Sesi soal jawab bersama panel berlangsung dengan hangat berikutan banyak isu-isu semasa yang dikupas oleh para panel menarik perhatian para pelajar. Antara isu yang menarik termasuklah kriteria pemilihan pekerja berdasarkan kelayakan akademik atau pengalaman, isu berkaitan gaji permulaan yang rendah dalam sektor perhotelan, pelaksanaan gaji minimum bermula tahun 2013 dan bagaimana industri perhotelan
menguatkuasakan undang-undang ini dan pengendalian arak dan
pemakaian tudung oleh pekerja islam. Selain itu, isu yang turut mendapat perhatian ialah bagaimana pelaksanaan sistem keselamatan di hotel bagi memastikan keselamatan dan kepuasan pelanggan. Forum ini turut membincangkan bagaimanakah ‘managerial level’ merapatkan hubungan dengan
Disediakan Oleh : Cik Anipah Binti Samari (Pensyarah, JPH)
HH512 Hotel Lodging and Operation
Sesi Jun 2012
‘operational level’ untuk mengurangkan masalah-masalah di tempat kerja serta kepentingan sijil halal JAKIM dalam operasi restoran di hotel. Kesimpulannya, forum ini telah bejaya membuka minda para pelajar yang was-was dengan terjawapnya persoalan oleh para panel jemputan. Forum ini lebih kepada perbincangan antara dua hala dan merupakan medium yang terbaik bagi pihak industri dan para pelajar bagi meluahkan persoalan dan pandangan masing-masing tentang isu-isu semasa yang berlaku. Diharapkan para pelajar mendapat input yang berguna dalam menyediakan mereka untuk bekerja dalam industri perhotelan selepas ini. Forum ini telah berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Perasmian dan penutupan majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Cik Hjh. Rosnah Binti Rahmat disertai dengan pemberian cenderahati kepada para panel. Cenderamata penghargaan khusus diberikan kepada Hotel Selesa, Pasir Gudang kerana telah berbesar hati bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dalam menyediakan tempat latihan amali bagi para-pelajar selama dua bulan bagi kursus HH512 Hotel dan Lodging Operation. Penghargaan juga diberikan kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kerana menyediakan sistem PA bagi melancarkan lagi perjalanan majlis. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan Oleh : Cik Anipah Binti Samari (Pensyarah, JPH)
HH512 Hotel Lodging and Operation
Sesi Jun 2012
Panel Jemputan menjawab persolan yang diajukan oleh moderator dan para pelajar.
Disediakan Oleh : Cik Anipah Binti Samari (Pensyarah, JPH)
HH512 Hotel Lodging and Operation
Sesi Jun 2012
Kelas yang terlibat menjayakan forum DHK5B, DHK5C, BHK 5
Disediakan Oleh : Cik Anipah Binti Samari (Pensyarah, JPH)
HH512 Hotel Lodging and Operation
Sesi Jun 2012
Disediakan Oleh : Cik Anipah Binti Samari (Pensyarah, JPH)
HH512 Hotel Lodging and Operation
Sesi Jun 2012
Disediakan Oleh : Cik Anipah Binti Samari (Pensyarah, JPH)