KOMPONEN PENYELIAAN PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL DI MALAYSIA
Dr. Hjh Sarimah Ismail Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru
[email protected] dan
[email protected] Chia Peggie Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru
[email protected] Dr. Rohana Hamzah Fakulti Pendidikan, 81310 UTM Johor Bahru
[email protected]
Abstrak: Dapatan kajian kualitatif keatas guru-guru sekolah menunjukkan pengetua jarang menyelia pengajaran mereka. Semasa peyeliaan, pengetua pula hanya menyemak buku persediaan mengajar dan lebih menekankan penyediaan dan penggunaan alat bantu mengajar. Hal ini telah menimbulkan perasaan cemas dan keresahan dalam kalangan guru kerana penyelia tidak mengaplikasi kriteria penyeliaan yang sepatutnya semasa menyelia dan kurang memberi bantuan dalam membimbing guru yang diselia. Oleh itu kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti criteria atau komponen penyeliaan P&P keatas guru-guru teknikal. Borang soal selidik yang lengkap diisi telah dikumpul daripada 162 orang guru yang mengajar mata pelajaran teknikal di 4 buah sekolah menengah teknik di Malaysia. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi instrumen kajian ialah 0.9. Perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 16.0 digunakan untuk menganalisis semua data yang dikumpul. Dapatan kajian menunjukkan purata penyeliaan yang dijalankan mengikut komponen P&P penguasaan isi pelajaran, penglibatan pelajar, hasil kerja pelajar, persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi berkesan, amalan profesion keguruan, penggunaan sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan dan pengurusan kelas keatas guru-guru teknikal berada pada tahap tinggi (min=4.15). Kajian ini mencadangkan agar model penyeliaan P&P dibangunkan sebagai panduan penyeliaan proses P&P dalam bilik darjah bagi menjamin keberkesanan penyeliaan P&P yang dijalankan di sekolah, di samping dapat membantu mengenalpasti ciri-ciri penyeliaan yang baik, diingini dan boleh diterima oleh semua pihak. Kata kunci: penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran
1.1
Pengenalan
Penyeliaan adalah proses pembangunan dan usaha kerjasama kearah mengesan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Penyeliaan yang melibatkan pihak pengurusan sekolah dan guru ialah kunci kepada keberkesanan proses P&P dalam bilik darjah (Tanner dan Tanner, 1987). Penyeliaan penting bagi membantu orang yang dinilai meningkatkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam bidang yang diceburi Christenson et al., (1982). Di antara tujuan penyeliaan adalah untuk meningkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses P&P sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan Negara; berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman Pengetua/Guru Besar untuk memperbaiki proses P&P di sekolahnya. Sumber maklumat ini boleh digunakan oleh Pengetua/Guru Besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu; memupuk, memelihara dan mengukuhkan hubungan professional dan interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru-guru, antara guru dengan guru dan antara guru dengan murid; dan membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987).
Penyeliaan dalam pendidikan bertujuan membantu guru dalam menyelesai masalah yang dihadapi terutamanya pengajaran dan pembelajaran (P&P) (Mohd Salleh, 1998). Penyeliaan yang berkesan dapat memastikan pembelajaran dan perkembangan guru secara berterusan (Sufean, 2005) dan membantu guru-guru memperbaiki proses pengajaran mereka bagi mencapai matlamat yang telah dirancang (Mohd Hamsam, 2002). Pengurusan P&P Sekolah Menengah Negeri Johor telah menetapkan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah Negeri Johor diselia minimum dua kali setahun berpandukan Borang Pencerapan Pengajaran & Pembelajaran bersesuaian dengan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) (Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001: 2008). Penyeliaan P&P dalam sistem pengurusan sekolah wujud daripada arahan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987. Walaupun penyeliaan ke atas P&P guru-guru merupakan tanggungjawab penuh Pengetua atau Guru Besar, akan tetapi Penolong Kanan (PK) dan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) juga boleh membantu Pengetua atau Guru Besar dalam melaksanakan tugas penyeliaan (Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001: 2008). Pengetua sepatutnya menggunakan 25%-30% daripada masanya untuk tujuan penyeliaan pengajaran guru kerana beban tugas pengetua sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbiran menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran menjadi terhad (Boardman et al., 1953 dan Mohd Selleh, 2000). Kajian yang dijalankan oleh Mohd Hamsam (2002) ke atas 150 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di 18 buah sekolah menengah, mendapati hanya 23.33% responden diselia oleh pengetua manakala 76.67% responden yang lain diselia oleh Ketua Bidang dan Ketua Panitia. Dapatan kajian Hashim (2000) juga menunjukkan pengetua jarang menyelia keberkesanan pengajaran guru dalam bilik darjah. Kajian yang dijalankan keatas 146 orang guru oleh Sharifah dan Azizah (1988) pula menunjukkan 44 peratus guru tidak bersetuju diselia oleh pengetua kerana tidak yakin dan meragui sistem penyeliaan pengajaran, sifat profesionalisme pengetua sebagai penyelia dan berasa status mereka terancam semasa diselia sementara proses penyeliaan itu sendiri tidak dapat membantu proses P&P guru dalam meningkatkan prestasi pelajar. Kajian Sergit Singh (1974) mengenai persepsi guru terhadap peranan nazir dalam penyeliaan pengajaran di sekolah mendapati sebahagian besar guru beranggapan penyeliaan tersebut tidak berkesan dan tidak mencapai matlamat sebenar. 1.2
Latar Belakang Masalah
Penyeliaan pengajaran telah menjadi aspek penting dalam pengurusan dan pentadbiran di semua institusi pengajian seperti di sekolah, politeknik, maktab, pusat pengajian tinggi dan sebagainya bukan sahaja kerana arahan daripada Kementerian Pendidikan seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 KP (BS)8591/Jld.11(77) bertarikh 11 November 1987, tetapi kerana kesannya yang positif. Malangnya, dapatan kajian oleh Bahagian Perancanagn dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (1987) menunjukkan aspek penyeliaan pengajaran paling kurang dilakukan oleh pengetua kerana member tumpuan lebih kepada kerja-kerja pentadbiran. Penyataan ini telah disokong oleh responden-responden dari dua buah sekolah Menengah Teknik yang terlibat dalam kajian ini: “Pengetua sentiasa perlu menghadiri mesyuarat di merata tempat. Kerjakerja menyelia P&P guru biasanya dijalankan oleh penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sekolah” (RA) “Penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah kami berdasarkan sistem hieraki. Biasanya pengetua menyelia penolong kanan dan guru kanan matapelajaran. Penolong kanan pula menyelia ketua panitia manakala guru-guru biasa akan diselia oleh ketua panitia, rakan sekerja ataupun penolong kanan” (RB) Bagi guru-guru yang diselia oleh pengetua pula berpendapat penyeliaan yang dijalankan tidak memberi manfaat dan kurang meningkatkan profesionalisme mereka (Abdul Shukor, 1988) kerana pengetua hanya menyemak buku persediaan mengajar dan lebih menekankan persediaan alat bantu mengajar (Sapon, 2001) dan ini menimbulkan salah tanggapan antara guru dan pengetua. Pengetua berpendapat tugas penyeliaan telah menambahkan beban kerja mereka manakala guru pula beranggapan pelaksanaan penyeliaan pengajaran telah memberi peluang kepada pengetua untuk mencari kelemahan dan kesalahan mereka. Walau bagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan hasil temubual bersama guru-guru di beberapa buah sekolah menengah teknik di Malaysia. Mereka berpendapat penyeliaan pengajaran telah membawa kesan yang positif kepada mereka. “penyeliaan ni sangat berkesan, ia dapat membantu saya meningkatkan kemahiran menyampaikan isi pelajaran yang dirancangkan dan masalah lain dalam proses P&P”(G1) “dengan adanya penyeliaan pengajaran dapat mambantu saya menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah dan juga meningkatkan pencapaian pelajar. Penyelia pula seorang yang berfikiran terbuka, beliau sentiasa meminta pandangan daripada saya dan menerima cadangan saya” (G2) “saya suka penyeliaan P&P dijalankan....ia dapat merapatkan hubungan saya dengan pihak pentadbiran.”(G3) Berdasarkan dapatan temubual kumpulan fokus bersama guru-guru teknikal, didapati terdapat konflik dalam proses penyeliaan P&P di sekolah yang memberi gambaran ketidakselarasan komponen yang diselia sehingga wujudnya prasangka guru-guru terhadap
pengetua yang dianggap mencari kesalahan dan kesilapan pengajaran guru dan tugas penyeliaan yang sepatutnya dilaksanakan oleh pengetua tetapi telah diserahkan kepada guru penolong kanan (GPK) yang juga diragui kemampuan dan kemahiran meraka dari aspek pendekatan dan komponen yang dinilai. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti komponen penyeliaan proses P&P yang dijalankan keatas guru-guru.
2.0
METOOLOGI KAJIAN Malaysia mempunyai 19 buah Sekolah Menengah Teknik. Bagi kajian kuantitatif ini hanya empat buah sahaja telah dipilih sebagai lokasi kajian berdasarkan kriteria ditadbir oleh pengetua cemerlang (Jadual 2) dengan anggapan pengetua cemerlang ini mengaplikasi semua komponen penyeliaan yang ditetapkan semasa menyelia proses P&P guru-guru teknikal di sekolah mereka. Jadual 2: Populasi Guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Malaysia yang ditadbir oleh Pengetua Cemerlang Bil Sekolah Menengah Teknik Bilangan Bilangan Populasi sampel 1. Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur 61 35 2. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru 63 37 3. Sekolah Menengah Teknik (Perdagangan) Johor Bahru 82 47 4. Sekolah Menengah Teknik Bachok 74 43 Jumlah 280 162 Sumber: Bahagian Pendidikan Tenik dan Vokasional, KPM (2011). Sampel kajian dipilih mengikut persampelan rawak mudah yang memberi makna semua sampel mempunyai peluang yang yang sama untuk dipilih menjadi sampel kajian (Leary, 2009). Formula saiz sampel untuk saiz populasi yang dikenali: S = x ² NP (1-P) ÷ d ² (N-1) + x ² Di mana: S = saiz sampel yang diperlukan x² = nilai jadual khi-kuasa dua untuk 1 darjah kebebasan pada tahap keyakinan yang dikehendaki (3,841) N = saiz populasi P = perkadaran populasi (diandaikan menjadi 0,50 kerana ini akan memberi saiz sampel maksimum) d = darjah ketepatan yang dinyatakan sebagai nisbah (0.05). Kajian rintis dijalankan keatas 14 orang guru teknikal di salah sebuah sekolah menengah teknik di Melaka. Nilai kebolehpercayaan pekali alpha Cronbach, instrumen kajian yang mengandungi 86 item yang adalah 0.9. Pembolehubah komponen penyeliaan yang dikaji adalah penglibatan pelajar, penguasaan pembelajaran pelajar, hasil kerja pelajar, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan, penguasaan isi kandungan, pengurusan kelas dan amalan profesionalisme keguruan.
3.0
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dapatan kajian ini dibincangkan mengikut tahap penyeliaan pengetua ke atas pembolehubah bagi komponen penyeliaan proses P&P dikaji iaitu penglibatan pelajar, penguasaan pembelajaran pelajar, hasil kerja pelajar, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian, teknik penyoalan, penguasaan isi kandungan, pengurusan kelas dan amalan profesionalisme keguruan (rujuk Jadual 3). Jadual 3: Ringkasan Dapatan Kajian Pembolehubah Kajian (Komponen Penyeliaan P&P) Penglibatan Pelajar Penguasaan Pembelajaran Murid Hasil Kerja Murid Perancangan dan Persediaan Guru Kaedah Penyampaian Kemahiran Komunikasi Berkesan Penggunaan Sumber Pendidikan Penilaian Teknik Penyoalan Isi Kandungan Pengurusan Kelas Amalan Profesionalisme Keguruan
ATS 1
TS 2
TP 3
S 4
SS 5
f/%
f/%
f/%
f/%
f/%
0.33 0.20 0.00 0.00 0.29 0.17
0.33 0.20 0.33 0.20 1.43 0.89
9.33 5.73 19.83 12.23 18.86 11.66
101.30 62.57 100.67 61.17 96.86 58.90
50.83 31.28 41.17 25.40 44.57 27.51
1.64 1.02 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 1.00 0.63 0.00 0.00
0.00 0.00 4.36 2.70 0.00 0.00 2.50 1.53 0.00 0.00 1.50 0.93 0.25 0.15 3.25 2.00 0.00 0.00
19.00 16.81 8.91 5.50 16.75 10.35 32.25 19.90 12.00 7.40 12.67 7.81 13.13 8.11 18.38 11.34 10.55 6.37
96.82 59.75 105.27 64.97 104.00 64.20 84.00 51.85 107.60 66.42 104.50 64.50 103.13 63.66 100.00 61.66 105.44 57.73
44.55 27.48 43.45 26.82 41.25 35.79 51.13 26.48 42.40 26.16 43.33 26.73 45.5 28.09 39.38 24.30 45.88 28.33
Purata
3.1
Min
Sisihan Piawai
Tahap Min
4.25
0.58
Tinggi
4.13
0.61
Tinggi
4.14
0.63
Tinggi
4.13
0.65
Tinggi
4.16
0.62
Tinggi
4.15
0.57
Tinggi
4.04
0.71
Tinggi
4.19
0.55
Tinggi
4.17
0.59
Tinggi
4.20
0.57
Tinggi
4.08
0.70
Tinggi
4.22
0.54
Tinggi
4.15
0.61
Tinggi
Penyeliaan Penglibatan Pelajar Dapatan kajian bagi pembolehubah ini menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi keatas penglibatan pelajar. Ini dibuktikan dengan nilai purata 4.25 dan sisihan piawai 0.58 bagi subpembolehubah yang dikaji. Enam item menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi seperti menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar (min=4.32), meminta pelajar memberi pandangan dan cadangan (min=4.18), menggalakkan pelajar bekerjasama, berinteraksi antara satu sama lain (min=4.18), menyediakan aktiviti P&P untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik (min=4.26), melibatkan pelajar
dalam aktiviti P&P bagi mewujudkan komunikasi berkesan antara guru dengan pelajar (min=4.27) dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti P&P (min=4.27). Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan yang lebih baik bagi komponen penyeliaan yang dikaji berbanding dapatan kajian tinjauan Jemaah Nazir Sekolah (1996) yang mendapati 40%-70% guru mempunyai prestasi pengajaran ditahap sederhana manakala 10%-25% kurang berkemahiran, kefahaman dan pengetahuan dalam isi pelajaran yang disampaikan disebabkan kurang penyeliaan ke atas proses P&P (Syed Alwi, 1989). Dapatan kajian ini juga menunjukkan penyelia memastikan guru-guru yang dinilai mempelbagaikan aktiviti P&P supaya dapat menggalakkan penglibatan aktif semua pelajar. Dapatan kajian ini selaras dengan pendapat Mok (1995) yang menyatakan penglibatan pelajar dalam aktiviti P&P memberi peluang kepada mereka berinteraksi di antara satu sama lain bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti berkumpulan. 3.2
Penyeliaan Penguasaan Pembelajaran Murid Dapatan kajian menunjukkan purata bagi tahap penyeliaan ke atas penguasaan pembelajaran murid adalah tinggi dengan nilai min 4.13 dan sisihan piawai 0.61. Terdapat 6 item yang mengukur pembolehubah kajian ini. Semua sub pembolehubah bagi item-item ini menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi iaitu bagi meminta pelajar membuat rumusan pembelajaran (min=4.18), memastikan semua pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran sebelum berpindah ke isi pelajaran seterusnya (min=4.11), menilai tahap kefahaman pelajar melalui latihan (min=4.15), pelajar dapat menguasai pembelajaran dari segi pemikiran kritis (min=4.06), pelajar dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang pelajari dengan aktiviti harian mereka (min=4.08) dan pelajar dapat menyelesaikan masalah berdasarkan situasi yang diberi (min=4.19). 3.3
Penyeliaan Hasil Kerja Murid Dapatan kajian bagi pembolehubah tahap penyeliaan keatas hasil kerja murid pula menunjukkan penyelia memberi penekanan kepada hasil kerja pelajar semasa penyeliaan P&P dijalankan, dengan nilai purata min 4.14 dan sisihan piawai 0.63. Terdapat 6 item yang mengukur pembolehubah kajian ini. Semua sub pembolehubah bagi item-item ini menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi iaitu memberi tugasan kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran (min=4.26), memberi tugasan yang sesuai dengan tahap kefahaman pelajar (min=4.26), memberi beban kerja yang berpatutan kepada pelajar (min= 3.88), memastikan pelajar menyiapkan tugasan dalam masa yang tetapkan (min=4.14), tugasan yang diberikan dapat menarik minat pelajar (min=4.13), tugasan yang berperingkat iaitu dari mudah kepada yang sukar (min=4.07) dan tugasan yang berikan dapat mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan aktiviti harian pelajar (min=4.21). Dapatan kajian ini menunjukkan penyelia menggalakkan guru-guru memberi beban kerja yang berpatutan kepada pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dan memastikan pelajar menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Ini bertepatan dengan dapatan kajian Shamsudin dan Kamarul (2011) berhubung dengan tugas seorang guru iaitu memeriksa kerja bertulis pelajar dari segi kuantiti dan kualiti sama ada guru memberi latihan yang mencukupi, berkualiti dan bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar. 3.4
Penyeliaan Perancangan dan Persediaan Guru
Dapatan kajian bagi tahap penyeliaan keatas perancangan dan persediaan guru adalah tinggi dengan nilai min 4.13 dan sisihan piawai 0.65. Sebelas item yang mengukur pembolehubah kajian ini menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi iaitu objektif pengajaran mengandungi perlakuan yang boleh diukur (min=4.20), isi pelajaran yang disediakan mengandungi konsep dan kemahiran yang sesuai dengan keupayaan kognitif pelajar (min=4.16), objektif pengajaran boleh dicapai dalam masa yang diperuntukkan (min=4.07), objektif pengajaran disediakan mengikut turutan dari mudah kepada sukar (min=4.20), pengenalan atau set induksi yang sediakan bersesuaian dengan tajuk pengajaran (min=4.15), aktiviti pelajar melibatkan semua pelajar secara aktif (min=4.27), susunan penyampaian isi pelajaran yang disediakan mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain (min=4.12), alat bantu mengajar yang disediakan dapat meningkatkan kefahaman pelajar (min=4.25), alat bantu mengajar yang disediakan sesuai untuk semua pelajar (min=3.90), guru dapat mengaitkan isi pelajaran yang hendak disampaikan dengan pelajaran yang lepas (min=4.25) dan memastikan alat bantu mengajar yang disediakan selamat digunakan (min=3.84). Dapatan kajian ini menunjukkan penyelia memastikan guru membuat perancangan dan persediaan yang baik sebelum proses P&P dijalankan dan ini selaras dengan Rosini dan Ramlah (1998) yang berpendapat penyediaan rancangan yang teratur khususnya dalam menentukan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang hendak diajar adalah penting bagi pengajaran seorang guru bagi mengelakkan mereka menyeleweng daripada tajuk yang hendak disampaikan dan mengurangkan pembaziran masa. Hawabi (1998) juga mempunyai pandangan yang sama, iaitu melalui penyeliaan, pengetua dapat membantu guru-guru membina kemahiran dalam merancang pengajaran mereka dengan baik. Walau bagaimanapun dapatan kajian Subaidah (2001) mendapati ramai guru yang menampakkan kelemahan yang ketara dalam perancangan dan kaedah pengajaran mereka seperti teknik dan strategi digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran, kurang melibatkan pelajar secara aktif dan membimbing mereka kearah perkembangan intelek. 3.5
Penyeliaan Kaedah Penyampaian Dapatan bagi pembolehubah kajian ini menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi kepada kaedah penyampaian guru semasa P&P dijalankan dengan nilai min 4.16 dan sisihan piawai 0.62. Sebelas item dibawah pembolehubah ini menunjukkan nilai min berada pada tahap tinggi adalah penyelia memastikan guru menggunakan kaedah pengajaran bersesuaian dengan objektif pengajaran (min=4.27), menggalakkan kreativiti dalam pengajaran (min=4.19), menggalakkan guru mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat pelajar (min=4.28), memastikan kaedah penyampaian mengikut hiraki dari yang konkrit kepada abstrak (min=4.24), menggalakkan inovasi dalam kaedah pengajaran (min=4.20), memastikan interaksi guru dengan pelajar berlaku dua hala (min=4.22), sesuai dengan tahap penguasaan pelajar (min=4.14), idea dan konsep isi pelajaran disampaikan dengan jelas dan mudah difahami (min=4.25), menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman hidup pelajar, masyarakat dan alam pekerjaan (min=4.07), menggunakan papan tulis secara sistematik (min=3.82) dan memastikan penyampaian pengajaran memudahkan kefahaman pelajar (min=4.12). Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perubahan yang jelas bagi ciri-ciri yang baik dalam kaedah penyampaian pengajaran dalam bilik darjah pada masa kini berbanding penyampaian pengajaran pada tahun 80an. Contohnya, Fatimah (1980) mendapati
sebahagian besar guru-guru masih menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan papan hitam sahaja dalam proses P&P. Fonseka (1987) pula mengatakan terlalu kurang guru-guru menggunakan media eletronik dalam proses P&P. 3.6 Penyeliaan Kemahiran Komunikasi Berkesan Dapatan kajian bagi pembolehubah ini menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi kepada kemahiran komunikasi guru dalam P&P. Nilai min bagi pembolehubah ini ialah 4.15 dan nilai sisihan piawai adalah 0.55. Semua sub pembolehubah yang dikaji menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi seperti menggunakan "body language" dalam penyampaikan isi pelajaran (min=4.02), menggalakkan guru mempunyai hubungan yang mesra dengan pelajar (4.20), menggalakkan guru menggunakan bahasa, suara dan intonasi yang sesuai (min=4.25) dan memastikan tulisan guru kemas (min=4.14). Land (1987) mengatakan pengajaran guru dianggap berkesan apabila mereka menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami pelajar. Subaidah (2001) juga mengakui yang kemahiran ini penting kepada guru-guru kerana papan tulis adalah antara alat bantu mengajar yang penting, mudah didapati dan paling banyak digunakan oleh guru-guru. Dapatan kajian Hamidah (1991) juga menunjukkan alat bantu mengajar yang paling banyak digunakan ialah papan tulis. Oleh itu, penggunaan papan tulis dengan cara yang betul dapat membantu guruguru menyampaikan pengajaran dengan teratur, tepat, pantas dan secara tidak langsung mewujudkan komunikasi berkesan antara guru dengan pelajar (Musa, 1992). 3.7 Penyeliaan Penggunaan Sumber Pendidikan Hasil kajian ini mendapati penyelia memastikan guru menggunakan sumber pendidikan yang sesuai dan berkesan untuk menarik perhatian pelajar dan menimbulkan rasa minat mereka untuk belajar. Ini dapat dibuktikan melalui purata bagi pembolehubah ini yang berada di tahap tinggi dengan nilai 4.06 dan sisihan piawai 0.71. Item-item tersebut seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat membantu mencapai objektif pengajaran (min=4.05), penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar (min=4.17), penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat menarik perhatian pelajar (min=4.09) dan menggalakkan guru memaksimakan penggunaan pusat sumber dan bengkel sekolah (min=3.83). Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Rosini dan Ramlah (1998) yang telah membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan dapat meningkatkan hasil pembelajaran kerana penggunaan alat bantu mengajar melibatkan banyak deria yang secara langsung boleh meningkatkan kefahaman dan maklumat yang diperolehi akan lebih kekal dalam ingatan mereka. 3.8 Penyeliaan Penilaian Tahap penyeliaan pembolehubah kajian ini adalah tinggi dengan nilai min 4.19 dan sisihan piawai ialah 0.55 yang menunjukkan penyelia memberi penekanan kepada penilaian guru keatas pelajar semasa proses P&P dijalankan. Lima item yang menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi ialah guru mengenalpasti tahap penguasaan pembelajaran setiap pelajar (min=4.15), membuat penilaian keatas pelajar dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti tahap kefahaman mereka (min=4.19), membuat penilaian yang adil keatas semua pelajar (min=4.24), mengenalpasti kelemahan pelajar melalui tugasan yang diberi (min=4.19) dan menilai keberkesanan P&P melalui tugasan yang diberi kepada pelajar (min=4.18). Shamsudin dan Kamarul, (2011) telah menyenaraikan ciri-ciri guru yang baik
yang di antaranya ialah membuat penilaian dalam pengajarannya bagi mengukur setakat mana pelajar dapat menerima, memahami, dan mempraktikkan isi pelajaran yang telah guru sampaikan. 3.9
Penyeliaan Teknik Menyoal Dapatan kajian bagi pembolehubah ini menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi kepada cara guru menyoal semasa proses P&P dijalankan dengan nilai min 4.17 dan sisihan piawai 0.60. Enam item yang mengukur pembolehubah kajian ini juga berada pada tahap tinggi iaitu kepelbagaikan teknik menyoal (min=4.12), soalan berperingkat dari mudah kepada yang sukar (min=4.12), soalan yang berkaitan dengan topik pelajaran (min=4.21), mengemukakan soalan untuk menilai tahap kefahaman pelajar (min=4.18), soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran (min=4.25) dan soalan sesuai dengan tahap kefahaman pelajar (min=4.14). Musa (1992) mengatakan menyoal adalah cara yang penting untuk merangsangkan pembelajaran dan pemikiran pelajar. Oleh itu, penyeliaan pengetua penting untuk memastikan guru-guru berusaha mengaplikasikan teknik penyoalan yang betul sebagai pendekatan penilaian dalam pengajaran mereka. 3.10
Penyeliaan Penguasaan Isi Kandungan Dapatan kajian menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi kepada guru dalam menguasai isi kandungan dengan nilai min 4.20 dan sisihan piawai 0.57. Lapan item yang mengukur pembolehubah kajian ini juga menunjukkan nilai min berada pada tahap tinggi bagi penguasaan isi kandungan pelajaran (min=4.19), P&P yang sampaikan berhubung kait dengan isi pelajaran (min=4.25), dapat menyampaikan isi pelajaran dalam masa yang ditentukan (min=4.13), isi pelajaran yang disampaikan mengikut perancangan mengajar (min=4.22), isi pelajaran yang sampaikan dapat menarik perhatian pelajar (min=4.17), menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan isi pelajaran yang disampaikan (min=4.27), isi pelajaran disampaikan dari mudah kepada yang sukar (min=4.12) dan memastikan isi pelajaran yang disampaikan sesuai dengan tahap penguasaan pelajar (min=4.23). Dapatan kajian ini bertepatan dengan pendapat Yoakam dan Simpson (1957) yang mengatakan seseorang guru tidak akan dapat mengambarkan unit yang diajar dengan baik jika tidak memahami benar-benar bidang pelajaran yang diajarnya. Manakala bagi guru yang memahami bidang pelajaran yang akan diajar, dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. 3.11
Penyeliaan Pengurusan Kelas Dapatan bagi pembolehubah kajian ini juga menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi kepada pengurusan kelas oleh guru-guru yang diselia dengan nilai min 4.08 dan sisihan piawai 0.70. Lapan item yang mengukur pembolehubah kajian ini juga berada pada tahap tinggi iaitu menjaga keselamatan pelajar dalam bilik darjah (min=4.19), mencatat kehadiran pelajar (min=4.12), mewujudkan keadaan bilik darjah yang selesa (min=4.27), mengawal tingkah laku pelajar (min=4.20), memastikan pelajar mematuhi peraturan bilik darjah (min=4.02), menjaga kelengkapan dalam bilik darjah supaya berada dalam keadaan yang baik (min=3.93), mengarah pelajar menjalankan tugas harian (min=4.01) dan menjaga ruang bilik darjah dalam keadaan yang kemas (min=3.93). Dapatan kajian ini menyokong pernyataan Mohd Salleh (2000) yang menjelaskan melalui penyeliaan
pengajaran dapat membantu guru mengawal tingkah laku pelajar dan dapat membantu guru mengurus bilik darjah dengan cekap. 3.12 Penyeliaan Amalan Profesionalisme Keguruan Dapatan kajian bagi pembolehubah penyeliaan amalan profesionalisme keguruan menunjukkan penyelia memberi penekanan yang tinggi keatas pembolehubah ini semasa penyeliaan P&P guru-guru teknikal dijalankan dengan nilai min 4.22 dan sisihan piawai 0.54. Semua sub pembolehubah bagi 9 item yang disediakan menunjukkan nilai min yang juga berada pada tahap tinggi iaitu menerima perbezaan tahap pembelajaran setiap pelajar (min=4.20), sentiasa bersifat matang (min=4.14), mengamalkan tingkah laku yang baik supaya menjadi teladan kepada pelajar (min=4.12), mengembangankan potensi pelajar dari segi JERI (min=4.22), bersikap jujur dalam menjalankan semua tugas (min= 4.21), bersikap adil terhadap semua pelajar (min=4.24), bertutur dengan sopan (min=4.25), memotivasikan pelajar untuk berjaya dalam pelajaran (min=4.32) dan berpakaian kemas (min=4.17). Mok (1995) mengatakan guru-guru yang mempunyai tingkah laku yang baik dan pertuturan yang sopan berjaya memotivasikan pelajar-pelajar dan dapat menarik perhatian mereka untuk bersedia mengikuti pengajaran guru dengan penuh minat. Selain itu, penyeliaan yang berkesan dapat membantu guru membentuk sikap yang sihat tentang pembanguna profesional berterusan (Abu Bakar, 1995). 4.0
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan penekanan yang tinggi diberikan keatas semua kriteria atau komponen penyeliaan yang dijalankan oleh pengetua sekolah sepanjang proses P&P guru-guru teknikal dalam bilik darjah. Ini bercanggah dengan latarbelakang masalah yang menunjukkan kebanyakkan penyeliaan P&P guru-guru dilakukan oleh guru penolong kanan, ketua bidang dan ketua panitia sementara komponen P&P yang diselia pula tidak menyeluruh, lebih menumpu kepada penulisan buku persediaan mengajar dan penyediaan alat bantu mengajar. Ini mungkin ada kaitan dengan sifat komited yang ditunjukkan pengetua di sekolah teknik yang dikaji selaras dengan anugerah yang disandang sebagai pengetua cemerlang bagi melahirkan sekolah teknik cemerlang menerusi guru yang cemerlang. 5.0 CADANGAN Di antara cadangan berdasarkan dapatan kajian ini ialah: i. Model penyeliaan P&P perlu disediakan untuk membuat kawalan, arahan, penyeliaan dan penilaian keatas proses P&P bagi menjamin keberkesanan penyeliaan P&P di sekolah di samping dapat membantu mengenalpasti ciri-ciri penyeliaan yang baik dan boleh diterima dengan mudah oleh semua pihak. ii. Pengetua sekolah perlu menyediakan perancangan yang sistematik supaya penyeliaan ke atas pengajaran semua guru-guru dapat dijalankan secara berterusan. Oleh itu, pengetua harus bijak dalam pengurusan dan penggunaan masa supaya dapat memberi tumpuan kepada pelaksanaan kurikulum dalam proses P&P. iii. Seseorang penyelia itu perlu berusaha memiliki pengetahuan, kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal yang tinggi di samping mempunyai pengalaman sebelum bersedia untuk menjadi seorang penyelia pengajaran.
iv. Guru-guru juga perlu diberi pendedahan tentang konsep dan objektif penyeliaan melalui kursus, seminar dan bengkel agar dapat memberikan kerjasama dan bersifat terbuka kepada pengetua sebagai penyelia agar dapat mengatasi kelemahan pengajaran mereka dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan baik antara pengetua dan guru-guru.
RUJUKAN Abdul Shukur Abdullah. (1988). Pengurusan Penyeliaan Dalam Suasana Sekolah- Isu Dan Strategi. Jurnal kementerian pendidikan, 32 (7); 33-39. Christenson . C, Johnson. T.W dan Stinson. J.E. (1982). Supervising. Addison-Wesley Publishing Company. Habawi Hashim (1998). Persepsi Guru-guru Maktab Rendah Sains Mara Terhadap Tingkah Laku Kepimpinan Pengajaran Pengetua. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Salleh Lebar (1998). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan. Petaling Jaya: Thinker’s Library And Bhd. Mohd Salleh Lebar (2000). Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan Di Malaysia. Jaya : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Petaling
Sapon Ibrahim (2001). Persepsi Pensyarah Politeknik Di Semanjung Malaysia Terhadap Amalan Penyeliaan. UTM: Kertas Kerja Seminar Pendidikan. Sergit Singh sb Gur Baksh Singh (1974). The Leadership Role In Education Of Federal Inspector Of School. Tesis Sarjana Pendidikan: Universiti Malaya. Sharifah Md. Nor dan Azizah Abd. Rahman (1989). Penyeliaan Pengajaran Sebagai Satu Ciri Kepimpinan Profesional. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 33.20.39. Shamsudin Mohamad dan Kamarul Azmi (2011). Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran & Pembelajaran. Penerbit UTM Press. Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti MS ISO 9001: 2008 Subaidah Haleed (2001). Persepsi Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru Terhadap Kesan Penyeliaan Pengetua Keatas Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru. Tesis Sufean Husin. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Universiti Malaya : PTS Professional. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987. Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / Guru Besar. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Syed Alwi Al- Junid (1989). Konsep dan Peranan Guru Dalam Pencerapan. Jurnal Maktab Perguruan Sri Pinang.8.30-36.