INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1015
KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA : SATU SOROTAN MAFFUZA SALLEH
[email protected] AZIZAH MAT RASHID NOOR SYAHIDA ABDUL RAHMAN Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Setiap individu muslim adalah bertanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan agama Islam daripada sebarang bentuk penghinaan dan pencerobohan. Perlakuan menghina agama Islam dan institusinya kerap dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan mutakhir ini. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Islam. Kesalahan ini merupakan satu ancaman besar kepada agama Islam dan institusinya dan ia perlu ditangani berdasarkan keadaan semasa demi menjaga maqasid syariah iaitu menjaga agama Islam itu sendiri agar tidak dipandang rendah oleh agama lain mahupun penganut agama Islam itu sendiri. Oleh itu kajian ini akan mengkaji peruntukan undang-undang syariah yang digunapakai di beberapa negeri untuk melihat sejauh mana undang-undang yang ada dapat membendung dan mengatasi jenayah ini. Kertas kerja ini juga akan mengenalpasti cabaran dan kekangan yang wujud dalam menguatkuasakan jenayah ini. Metode kajian ini adalah metode kajian kepustakaan dan metode dokumentasi yang dilakukan melalui buku-buku ilmiah, artikel , jurnal dan statut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa undang-undang dan penguatkuasaan di bawah undang-undang jenayah syariah di Malaysia adalah berkonsep kenegerian dan ini menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam menguatkuasakan jenayah ini. Terdapat juga statut sivil yang berbidangkuasa dalam penguatkuasaan jenayah ini. Justeru penulis berpendapat bahawa langkah penyeragaman dan penilaian semula terhadap peruntukan undang-undang syariah bagi kesalahan ini perlu dilakukan demi menegakkan maqasid syariah iaitu hifz al-din.
Kata kunci: Jenayah syariah, kesalahan yang berhubungan kesucian agama Islam dan institusinya penguatkuasaan, maqasid syariah
1.0 PENGENALAN Islam merupakan agama yang syumul dan mempunyai kedudukan yang tinggi. Mempersenda dan menghina kesucian agama islam dan juga institusinya merupakan satu kesalahan besar di sisi syarak. Mempersendakan agama bermaksud memperlihatkan kepercayaan atau perbuatan atau perkataan dengan sengaja yang menunjukkan penghinaan terhadap agama Islam, merendah-rendahkannya dan menghina Allah serta Rasulnya (al-Qurasyi 2005:79). Ulamak tidak menetapkan perbuatan yang khusus sebagai perlakuan yang dianggap menghina agama Islam dan institusinya kerana tafsiran terhadap perlakuan tersebut adalah tertakluk kepada adat dan budaya sesuatu masyarakat (al-‘Abd Latif 1415H:163). Sesuatu perbuatan dianggap menghina jika masyarakat memahaminya sebagai satu penghinaan. Sekiranya masyarakat
165
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
menganggap perbuatan tersebut bukan satu penghinaan, maka syarak juga tidak menganggapnya sebagai penghinaan. (al-Qurasyi 2005:78). Namun begitu terdapat beberapa jenis perlakuan yang telah diakui oleh ulamak sebagi perbuatan mempersenda agama walaupun ia dilakukan secara bergurau dan tanpa niat. Ini berdasarkan dalil di dalam surah al-Taubah :65-66 yang bermaksud: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab “sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”.katakanlah:”patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”. Antara bentuk perbuatan mencela, mempersenda dan menghina agama Islam adalah: 1. Mencela Allah. 2 Mencela pertukaran malam dan siang. 3. Mempersenda dan mencela Rasulullah,sunnah, keperibadian dan ajarannya. 4. Mengaku sebagai Nabi atau Rasul dan mengakui mempunyai kelebihan dan mukjizat seperti mereka. 5. Mempersenda ayat al-Quran dan al-Sunnah melalui perkataan, perbuatan dan tulisan. (alQurasyi 2005:2014) 6. Menghina sahabat Rasullah. 7 Mencela ulamak dan orang-orang soleh. (Amir Husin Mohd Nor, Amir Fazlim Yusoff, Muhammad Nazir Alias : 2010) Di Malaysia Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan institusinya sering dilaporkan di akhbar-akhbar tempatan mutakhir ini. Perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak semakin tegar menghina kesucian agama Islam dan institusinya. Apa yang dikesali pelakunya adalah penganut agama Islam itu sendiri dan juga orang bukan Islam. Perbuatan ini telah dilakukan melalui pelbagai cara seperti melalui lisan, perbuatan, tulisan ,gambar dan sebagainya. Kemajuan teknologi maklumat seperti media baru yang wujud pada masa kini menjadikan modus operandi jenayah ini lebih mudah dan cepat dilaksanakan.(Maffuza Salleh :2015) Penghinaan terhadap agama Islam boleh mengundang rasa marah dan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, agama Islam hendaklah sentiasa dihormati dan dimuliakan kedudukannya. (Shamrahayu A.Aziz.: 2007:100) Hanya peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan yang tegas dan mantap sahaja mampu menjamin kesucian Agama Islam dan 166
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
institusinya. Mereka yang melakukan perbuatan ini sewajarnya diambil tindakan demi menjaga kemaslahatan masyarakat Islam kerana perbuatan ini melibatkan perbuatan yang boleh mencemar salah satu maqasid syariah iaitu memelihara agama (hifzu al-din). Hukuman yang wajar perlu diambil sebagai langkah membendung jenayah ini dari terus berleluasa dan memberikan ta’dib kepada pelaku dan juga masyarakat. 1.1 Konteks Jenayah syariah di Malaysia Dalam konteks jenayah syariah di Malaysia, kesalahan adalah merujuk kepada apa-apa perbuatan atau peninggalan yang boleh dihukum oleh mana-mana undang-undang bertulis yang telah menetapkan kesalahan-kesalahan tertentu yang mana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa keatasnya. Secara khususnya, kesalahan jenayah syariah di Malaysia merujuk kepada kesalahan-kesalahan yang menyalahi akidah, institusi agama, moral, kesusilaan dan matrimoni yang membabitkan pelaku jenayah beragama Islam sahaja. Institusi Syariah pula merujuk kepada mana-mana institusi yang menguruskan hal yang berhubung dengan hukum hakam di Malaysia. Institusi-institusi agama banyak ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO).Terdapat beberapa institusi sahaja yang menyelidik dan menguruskan perkara berkaitan syariah di Malaysia seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM) Mahkamah Syariah negerinegeri, Jabatan Agama Islam negeri-negeri (JAIN), Majlis Agama Islam negeri-negeri (MAIN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Seksyen Syariah Jabatan Peguam Negara, Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis Fatwa negeri-negeri dan lain-lain. (Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman: 2009: 171-172) Berdasarkan kes-kes penghinaan terhadap agama Islam dan Institusinya di Malaysia, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 sangat kecewa terhadap perlakuan pihak-pihak yang sengaja menimbulkan isu-isu bagi mencetuskan kemarahan umat Islam dan sekaligus menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang agama dan bangsa di Negara ini. Perbuatan yang dilakukan oleh golongan ini telah melampaui batas kesabaran umat Islam 2. Muzakarah Khas berpandangan siri-siri penghinaan yang dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggung jawab ini semacam sudah dirancang dan sengaja dilakukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang amat mulia bagi Umat Islam. Dengan berbagai penghinaan yang dilakukan sebelum ini, kita tidak mahu lagi kata-kata atau perlakuan yang biadap dan tidak
167
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
bertamadun oleh rakyat Malaysia atau pun oleh mana-mana warga asing dipandang sebelah mata tanpa diambil tindakan yang tegas dan hukuman yang maksimum mengikut undangundang yang sedia ada. Tindakan tegas dan segera oleh pihak berkuasa perlu dilaksanakan supaya ianya tidak terus berulang dan menjadi pengajaran kepada semua pihak. 3. Muzakarah Khas juga melihat perbuatan menghina dan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Islam, kemudian mengeluarkan pula kenyataan memohon maaf, sudah menjadi mainan pihak-pihak berkaitan, dan ia tidak sepatutnya dibiarkan oleh pihak berkuasa. 4. Dalam hal ini, Muzakarah Khas menyeru seluruh umat Islam supaya bersatu padu dalam menghadapi niat jahat pihak-pihak yang biadap ini demi mempertahankan kesucian Agama Islam dan maruah umat Islam di negara ini. (Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Bin Hj. Husin: 2013)
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dan dokumentasi. Analisis dilakukan ke atas bahan –bahan berkaitan seperti buku ilmiah, kertas kerja seminar, dan statut. Analisis mendalam dilakukan ke atas peruntukan dalam enakmen jenayah syariah negeri yang diguna pakai di lima buah negeri sahaja iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka untuk melihat adakah peruntukan yang telah ada ini mencukupi dan mantap dalam membanteras jenayah ini.
3.0 ANALISA KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA MENURUT ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI
Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia dikuatkuasakan di bawah bidangkuasa negeri-negeri dan dibicarakan di mahkamah syariah. Secara umumnya, kebanyakan enakmen negeri mengkategorikan jenis-jenis jenayah syariah seperti berikut: 1. Kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan aqidah. 2. Kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya. 3. Kesalahan yang berhubungan dengan moral dan kesusilaan 4. Kesalahan pelbagai. 168
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
5. Kecualian am 6. Penyubahatan. Penulis menganalisis Kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya yang diperuntukkan dalam kelima-lima enakmen jenayah syariah seperti berikut: PERTAMA, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) dan wilayah persekutuan memperuntukkan Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya di dalam bahagian III –seksyen 7 hingga seksyen19. Kedua-dua enakmen ini mempunyai peruntukan kesalahan, hukuman dengan perkataan dan seksyen yang sama seperti berikut. Seksyen 7. Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam. Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina; (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan yang berhubungan dengan agama Islam. adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 8. Mempersendakan, dll. ayat Al-Quran atau Hadith. Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Seksyen 9. Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan
169
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya Seksyen 10. Mengingkari perintah Mahkamah. Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, mempertikaikan, mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina apa-apa perintah Hakim atau Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 11. Mengajar agama tanpa tauliah. (1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi(a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 98 Akta Pentadbiran; atau (b) mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.
Seksyen 12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 13. Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak. (1) Manamana orang yang(a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan, mengedarkan atau dengan apa-apa cara lain menyebarkan apa-apa buku, risalah, dokumen atau apa-apa bentuk rakaman yang mengandungi apa-apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syarak; atau (b) ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah, dokumen atau rakaman sedemikian, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mahkamah 170
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, risalah, dokumen atau rakaman yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, risalah, dokumen atau rakaman itu.
Seksyen 14. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat. Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Seksyen 15. Tidak menghormati Ramadhan. Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan(a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau (b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Seksyen 16. Tidak membayar zakat atau fitrah. Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi(a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau (b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberikuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 17. Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama. (1) Mana-mana orang yang menghasut atau mendorong mana-mana orang Islam supaya tidak menghadiri masjid atau pengajaran agama atau apa-apa upacara agama adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang dengan 171
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
apa-apa cara mencegah orang yang lain daripada membayar zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Seksyen 18. Berjudi. (1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud perjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapatkan wang atau nilai wang. Seksyen 19. Minuman yang memabukkan. (1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. KEDUA, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Bahagian III Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya seksyen 9 Hingga Seksyen 21 Seksyen 9. Mempersendakan, dll., ayat Al-Quran dan Hadith. Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat AI-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Seksyen 10. Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam Manamana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain:(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina; (b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang 172
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
berhubungan dengan agama Islam; atau (c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Seksyen 11. Memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat. Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat untuk menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan manamana kombinasi hukuman itu. Seksyen 12. Menghina pihak berkuasa agama. Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan:- (a) Duli Yang Maha Mulia Sultan atas sifat Baginda sebagai Ketua agama Islam; (b) Majlis; (c) Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 13. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa. (1) Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau Hukum Syara' yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau bahan antara lain yang mengandungi pendapat yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan yang berkaitan dengan pendapat itu. Seksyen 14. Mengajar tanpa tauliah. (1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah subseksyen 79(3) Enakmen Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau 173
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di kediamannya sendiri dan dengan kehadiran anggota keluarganya sendiri sahaja Seksyen 15. Mengingkari perintah Mahkamah. Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina apa-apa perintah Hakim atau Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Seksyen 16. Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara'.(1) Manamana orang yang:(a) mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan atau menyebarkan dengan apa-apa cara apa-apa buku atau dokumen atau apa-apa bentuk lain rakaman yang mengandungi apa-apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syara'; atau (b) ada dalam miliknya apaapa buku, dokumen atau bentuk lain rakaman sedemikian untuk dijual atau bagi maksud untuk disebarkan dengan apa-apa cara lain, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, dokumen atau bentuk lain rakaman yang disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, dokumen atau bentuk lain rakaman itu.
Seksyen 17. Berjudi. (1) Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. (2) Tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan di bawah seksyen ini kerana didapati berada di tempat yang merupakan rumah judi jika dia memuaskan hati Mahkamah bahawa dia tidak tahu dan tidak mungkin tahu bahawa tempat itu ialah rumah judi. (3) Dalam seksyen ini, "rumah judi" ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan
174
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang. Seksyen 18. Minuman yang memabukkan (1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Seksyen 19. Tidak menghormati Ramadhan. Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan:(a) menjual kepada mana-mana orang Islam atau membeli apa-apa makanan atau
minuman atau rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu; (b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau apa-apa benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 20. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat. Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturutturut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Seksyen 21. Tidak membayar zakat atau fitrah. Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi- (a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu; atau (b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana pihak lain yang diberikuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,
175
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
KETIGA, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dalam bahagian IV: KESALAHAN, bab Darihal Kesalahan Mengenai Pencelaan Agama Dan Institusinyaseksyen 49-seksyen 59
Seksyen 49. Mempermainkan dsb. ayat al-Quran atau Hadith. Mana-mana orang yang mempermainkan, mencela, mengejek-ejek atau menghina sama ada dengan perkataan atau perbuatan akan ayat-ayat al-Quran atau Hadith adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 50. Mencela, menghina, dsb. agama Islam. Mana-mana orang yang dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat, atau dengan penyertaan zahir, atau dengan apa-apa perbuatan, aktiviti atau kelakuan, atau dengan apa cara lain sekalipun(i) mencela atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencela atau menghina Agama Islam; atau (ii) mempermainkan, mengajuk atau mengejek-ejek akan amalan atau upacara yang berkaitan dengan Agama Islam; atau(iii) perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar; atau (iv) mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya.
Seksyen 51. Fatwa yang berlawanan. Mana-mana orang yang memberi, menghebahkan atau mengembangkan apa-apa fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai apa-apa soalan, ajaran Islam atau Hukum Syarak, berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya dan fatwa itu jika bertulis hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang
176
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
diarah oleh mahkamah dan segala penerbitannya, penjualannya, dan pengedarannya hendaklah dilarang.
Seksyen 52. Perbuatan atau ajaran salah.Mana-mana orang yang mengajar Agama Islam atau menghuraikan perkara yang sama kepada seseorang atau sekumpulan orang di tempat awam atau sebaliknya atau menjalankan sesuatu upacara atau sesuatu perbuatan yang berlawanan dengan Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan segala dokumen dan peralatan yang berkaitan dengan sabitan itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah.
Seksyen 53. Mengajar Agama tanpa tauliah. (1) Mana-mana orang yang mengajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama Islam tanpa tauliah daripada Majlis di bawah seksyen 94 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 atau melainkan dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 91 Enakmen yang sama, kecuali kepada ahli-ahli keluarganya di tempat kediamannya sahaja, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Tauliah yang ditarikbalik di bawah subseksyen (3) seksyen 94 Enakmen yang sama hendaklah dikembalikan kepada Majlis. Sesiapa yang gagal mengembalikannya adalah bersalah atas satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 54. Penerbitan agama yang berlawanan dengan Hukum Syarak. Mana-mana orang yang mencetak, menerbit atau membahagi untuk jualan atau dengan jalan yang lain, atau sesiapa yang ada dalam possessi sesuatu buku, risalah atau dokumen yang memberi atau dimaksudkan memberi pengajaran atau mana-mana fatwa mengenai apa-apa perkara Hukum Syarak, jika buku atau dokumen itu mengandungi sesuatu perkara yang berlawanan atau bersalahan kepada qaul-qaul Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki atau Hambali atau kepada sesuatu fatwa yang sah dikeluarkan oleh Mufti di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan segala buku, risalah, dokumen atau 177
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
alat-alat percetakan, penerbitan, penjualan dan tiap-tiap perkara yang mengenainya itu hendaklah
dirampas
dan
dimusnahkan
sebagaimana
diarahkan
oleh
Mahkamah:
Dengan syarat bahawa buku, risalah, dokumen atau penerbitan tersebut telah diharamkan percetakan, penerbitan atau pengedarannya untuk jualan atau pemilikannya oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
Seksyen 55. Mendirikan masjid atau surau tanpa kebenaran.Mana-mana orang yang mendirikan sesebuah masjid atau surau atau dengan jalan yang lain menggunakan sesebuah bangunan yang ada sebagai atau kerana tujuan sesebuah masjid atau surau dengan tiada mendapat kebenaran bertulis dari Majlis adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah itu boleh, tertakluk kepada sesuatu hak pihak ketiga, memerintahkan orang yang didapati bersalah itu meruntuhkan bangunan itu.
Seksyen 56. Membinasakan atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mencela Agama Islam. Mana-mana orang yang membinasakan, merosakkan, atau mencemarkan mana-mana tempat sembahyang, masjid atau surau, atau apa-apa peralatannya, dengan niat dengan jalan demikian itu hendak mencela Agama Islam atau untuk apa niat atau tujuan sekalipun adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 57. Mengganggu perhimpunan atau upacara agama. Mana-mana orang yang dengan sengaja menyebabkan gangguan kepada mana-mana perhimpunan atau upacara agama adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 58. Pencerobohan di tanah perkuburan, dsb. Mana-mana orang yang dengan niat hendak melukakan perasaan seseorang, atau mencela Agama Islam, atau dengan mengetahui bahawa perasaan seseorang mungkin dilukakan, atau bahawa Agama Islam akan mungkin tercela dengan jalan demikian itu atau untuk apa tujuan sekalipun, melakukan apa-apa pencerobohan di mana-mana tanah perkuburan orang-orang Islam adalah melakukan satu 178
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seksyen 59. Mengingkari arahan Pihak Berkuasa Agama. Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, membantah atau mencela kewibawaan dan titah perintah daripada Yang di-Pertuan Besar sebagai Ketua Agama Islam, arahan Majlis atau fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Keempat, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 Bahagian IV - KesalahanKesalahan Lain seksyen 46-94. Enakmen negeri Melaka tidak meletakkan Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya dalam bab yang khusus. Bahagian ini menggabungkan semua kesalahan kesusilaan, kesalahan aqidah, Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya dan kesalahan pelbagai Penulis hanya memilih seksyen yang berkaitan sahaja seperti berikut: Seksyen 61. Mempermainkan ayat al-Quran atau Hadith. Sesiapa yang mempermainkan, mencela, mengejek-ejek dengan perkataan atau perbuatan atau menghina al-Quran atau Hadith Nabi atau perkataan yang berkaitan dengan Agama Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali. Seksyen 62. Mempersendakan Agama Islam. Sesiapa yang mengolok-olok, mengajuk atau mengejek-ejek akan Agama Islam, dengan perkataan atau perbuatan atau amalan atau upacara yang berkaitan dengan Agama Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 63. Menghina agama Islam. (1) Sesiapa dengan secara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau disifatkan sebagai menghina atau cuba mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana mazhab yang muktabar, pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik dengan
179
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
sahnya menurut undang-undang, mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau Mufti di bawah peruntukan Enakmen ini, adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-duanya sekali. (2) Seseorang Islam yang mendakwa dirinya sebagai seorang bukan Islam adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan mengikut subseksyen (1) seksyen ini kerana mempersendakan Agama Islam dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalamnya.
4.0 DAPATAN KAJIAN Secara umumnya, kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan dalam enakmenenakmen jenayah syariah negeri-negeri berdasarkan bidangkuasa yang diberikan oleh Senarai negeri iaitu senarai 2 jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa Jenayah) pindaan 1984. Hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah hanyalah hukuman takzir iaitu adalah hukuman denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau kombinasi hukuman tersebut. Penguatkuasaan enakmen jenayah syariah negeri-negeri adalah hanya ke atas orang Islam sahaja berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Daripada Analisa penulis terhadap kelima-lima enakmen tersebut adalah:
Pertama, wujudnya ketidakseragaman Peruntukan tentang kesalahan. Terdapat ketidakseragaman dari sudut peruntukan kesalahan dan peruntukan hukuman bagi kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya dalam Enakmen Jenayah Syariah kelima-lima buah negeri yang dianalisa. Enakmen negeri Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan menamakan kesalahan tersebut sebagai Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya dan ketiga-tiga negeri meletakkannya di dalam Bahagian III. Enakmen jenayah syariah bagi negeri Johor dan Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan kesalahan, hukuman yang sama di dalam seksyen yang sama. Manakala Enakmen negeri selangor memperuntukkan dalam seksyen yang berbeza.Enakmen negeri Sembilan pula menamakan kesalahan tersebut sebagai kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya manakala negeri melaka meletakkan kesalahan ini di bahagian IV - kesalahankesalahan lain dimana di bawah bahagian ini memperuntukkan semua kesalahan berkaitan
180
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
moral dan kesusilaan, kesalahan aqidah dan kesalahan pelbagai yang dikategorikan oleh enakmen negeri Johor, Wilayah Persekutuan dan Selangor
Kedua, wujudnya ketidakseragaman dari aspek hukuman yang diperuntukkan.:
Jadual 1: contoh ketidakseragaman hukuman bagi kesalahan menghina agama Islam dalam enakmen jenayah syariah Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
NEGERI Enakmen
Jenayah
Syariah
SEKSYEN
HUKUMAN
Seksyen 10
…denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
(Selangor) 1995
penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduaduanya
Akta Jenayah Syariah (Wilayah
Seksyen 7
...didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
Persekutuan) 1997
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Enakmen
Kesalahan
Jenayah
…didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
Seksyen 7.
Syariah 1997 Negeri Johor
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
Enakmen Jenayah Syariah Negeri
Seksyen 50
...denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
Sembilan 1992
penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Enakmen
Kesalahan
Syariah
Seksyen 62 & 63
(Negeri Melaka) 1991
S 62 ...denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga puluh enam bulan Atau kedua-duanya sekali.
s63 ... denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi tiga puluh enam bulan Atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Enakmen Jenayah syariah Negeri-negeri.
Daripada peruntukan kelima-lima negeri di atas, penulis mendapati negeri Johor dan wilayah persekutuan mempunyai peruntukan kesalahan dan hukuman yang seragam dari sudut seksyen, peruntukan kesalahan dan hukuman seperti berikut: 181
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Denda RM 5000 diperuntukkan oleh enakmen negeri Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan Denda RM 3000 diperuntukkan oleh enakmen Negeri Johor dan Wilayah Persekutuan. Penjara tidak lebih 3 tahun diperuntukkan oleh enakmen negeri Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan Penjara tidak lebih 2 tahun diperuntukkan oleh enakmen Negeri Johor dan Wilayah Persekutuan. Didapati negeri Selangor, Melaka , Negeri Sembilan memperuntukkan hukuman yang maksima yang diperuntukkan bagi hukuman denda dan pemenjaraan di dalam perlembagaan. Namun kesemua negeri tidak memperuntukkan hukuman sebatan. Penulis berpendapat aplikasi hukuman maksima hukuman 3 tahun penjara, denda tidak melebihi RM5000 dan sebatan tidak melebihi 6 sebatan patut dan wajar diaplikasi bagi jenayah yang menjadi ancaman besar kepada agama Islam ini.
Ketiga, wujud konflik bidang kuasa mahkamah syariah dengan mahkamah sivil . Masih terdapat ruang untuk melakukan pendakwaan terhadap kesalahan ini di bawah statut sivil terutamanya apabila pelaku tersebut adalah orang bukan Islam seperti kes Alvin Tan Terdapat beberapa statut sivil yang memperuntukkan tentang kesalahan dan hukuman bagi Jenayah terhadap kesucian agama Islam dan institusinya iaitu: a.
Akta Kanun Keseksaan (pindaan 2014), Seksyen 298A memperuntukkan hukuman penjara dua hingga lima tahun jika sabit kesalahan. Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan
tempat
sembahyang
dengan
niat
hendak
mengaibkan
agama
mana-mana
golongan.Kesalahan sedemikian membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. b.
Akta Hasutan 1948 (Akta 15) Seksyen 4(1)(c) yang memperuntukkan:mana-mana orang yang mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjara tidak selama tempoh tidak melebihi lima tahun, dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
c. Akta Komunikasi & Media 1998 Seksyen 233(1) kerana menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar-mewujudkan apa-apa 182
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
komen yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik Seksyen 233(1) Akta Komunikasi & Media 1998 memperuntukkan seperti berikut: (a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar— (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau (b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,melakukan suatu kesalahan. (3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Kewujudan peruntukan di dalam statut sivil telah memberikan bidangkuasa pendakwaan institusi yang berbeza dalam penguatkuasaan jenayah seperti Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).di bawah Akta Komunikasi & Media 1998 Ketidaktelusan bidangkuasa di antara institusi-institusi ini menyebabkan tiada tindakan tegas dapat dilakukan dan pengajaran tidak dapat diberikan kepada pelaku jenayah. Tambahan pula institusi –institusi yang berbidangkuasa di bawah akta-akta khusus bergerak in silo dan tiada ketelusan tanpa garis panduan terhadap bidangkuasa masing-masing . (Program Landskap TV1, 2015) .Walaupun ada desakan dari masyarakat dan pihak media dalam kes-kes yang berlaku, disebabkan ketidak telusan fungsi institusi-institusi yang berbidangkuasa telah menyebabkan kes yang telah dibuat pendakwaan seperti kes Alvin Tan akhirnya terlepas begitu sahaja dan pelaku jenayah kembali aktif melakukan siri jenayah seterusnya.(Maffuza Salleh :2015)
5.0 KESIMPULAN DAN SARANAN Dalam membincangkan isu ini, terlebih dahulu kita perlu mengambil perhatian peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai pembahagian bidangkuasa di antara persekutuan dan negeri. Mengikut Senarai 1, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, “criminal law” (undang-undang jenayah) terletak di bawah bidangkuasa Persekutuan dan Mahkamah Sivil. 183
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Sebaliknya “kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam” (“offences relating to precepts of Islam”) seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri dan Mahkamah Syariah. (Tun Abdul Hamid Mohamad, 7 januari 2014). Walaupun jenayah ini berkaitan dengan agama Islam, ia masih lagi boleh dibicarakan di Mahkamah Sivil disebabkan wujudnya peruntukan bagi kesalahan yang sama dalam statut sivil. Tambahan lagi sekiranya pelaku jenayah adalah bukan Islam maka Mahkamah Syariah tidak berbidangkuasa membicarakannya.
Antara saranan Penulis dalam mengatasi masalah yang dihadapi adalah pertama, peruntukan undang-undang dalam enakmen jenayah syariah negeri-negeri perlu diseragamkan dari sudut kesalahan dan hukuman agar masyarakat mudah memahami dan tidak memandang rendah terhadap undang-undang ini. Isu ketidakseragaman undang-undang ini sepatutnya dapat diselesaikan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai permasalahan undang-undang dan juga reaksi negatif masyarakat kepada pentadbiran undang-undang Islam. Ketidakseragaman ini menyebabkan penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam kelihatan kurang mantap dan berkesan ditambah lagi dengan bidangkuasa pendakwaan hanya terhad ke atas orang Islam sahaja. Langkah penyeragaman dan penilaian semula terhadap peruntukan undang-undang syariah bagi kesalahan iniamatlah perlu dilakukan demi menegakkan maqasid syariah iaitu hifz al-din. Kedua, pihak kerajaan perlu memastikan ketelusan kuasa dan fungsi Institusi-institusi yang berbidangkuasa dalam pendakwaan dan perbicaraan bagi kesalahan terhadap kesucian agama Islam dan Institusinya agar penguatkuasaan bagi jenayah ini dapat dimantapkan dan keadilan dapat ditegakkan.
Ketiga, agama adalah perkara sensitif dan menjadi isu sentral dalam majoriti warganegara. Namun sensitiviti ini perlu diuruskan dengan baik. Dalam menghadapi kesukaran berkaitan penganut agama di negara ini, kita sering melihat cadangan untuk menambahbaik instrumen perundangan. Namun, atas alasan sensitiviti dan perasaan terhadap agama, hal berkaitan agama ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya melalui mekanisme perundangan. Kaedah penyelesaian
melalui
pendidikan
dilihat
lebih
berkesan
bagi
tempoh
jangka
panjang.penyelesaian berkaitan hubungan antara agama mahukan semua penganut agama menghayati sistem hidup bernegara seperti yang dianjurkan oleh Perlembagaan.(Shamrahayu
184
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
A. Aziz, 2016: 27). Pihak berwajib perlu mengambil tindakan proaktif dalam memberikan pendidikan kepada setiap lapisan masyarakat khususnya di peringkat kanak-kanak, remaja dan belia.
6.0 RUJUKAN:
Amir Husin Mohd Nor, Amir FazlimYusoff, Muhammad Nazir Alias (Penyunting), 2010, Kesalahan Jenayah Aqidah Menurut Kerangka Perundangan Di Malaysia, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM bangi.
Maffuza Binti Salleh, Azizah Binti Mat Rashid, Zaini Yusnita Binti Mat Jusoh,Noor Syahida Binti Abdul Rahman, 2015, Kerangka Perundangan Dalam Menangani Jenayah Terhadap Kesucian Agama Islam Dan Institusinya Di Malaysia, Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Shamrahayu A. Aziz, 2016, Sensitiviti Agama mesti diurus sebaik mungkin berita Harian, Rencana 5 April 2016, hlm. 27
Shamrahayu A.Aziz. 2007, Undang-Undang Jenayah Islam: Peruntukan Undang-Undang Mengenai Penghinaan Terhadap Agama Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tun Abdul Hamid Mohamad , 7 January 2014 , Pelaksanaan Hudud Di Brunei: Perbezaan Di Antara Brunei Dan Malaysia , Wacana Intelektual MPM-YADIM, HLM 8-10
Program Landskap TV1, Isu Akta Komunikasi dan MultiMedia 1998.29 September 2015, 9.05 malam. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Bin Hj. Husin: 2013 , Kenyataan Media , Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Penghinaan Terhadap Islam , 18 Julai.
185
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, 2009, Cabaran Institusi Syariah Dalam Menghadapi Cabaran Era Globalisasi, Jurnal Hukum, Jilid 27 Bahagian II, Februari ,JKSM. STATUT: Akta Kanun Keseksaan (pindaan 2014) Akta Hasutan 1948 Akta Komunikasi dan MultiMedia 1998(AKM) Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Enakmen 9 Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Enakmen 4 Tahun 1997, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Johor) Enakmen 4 Tahun 1992, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 Enakmen 6 Tahun 1991, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991
186