KERTAS KERJA 1 : CADANGAN BAGI MELAKSANAKAN KAEDAH DAN SISTEM KENAIKAN PANGKAT / GRED BERDASARKAN TEMPOH PERKHIDMATAN (TIME-BASE PROMOTIONAL SYSTEM) BAGI SKIM PERKHIDMATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA DI MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN 1.1
TUJUAN Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar melaksanakan kaedah pemberian kenaikan pangkat secara tempoh perkhidmatan (Time Based) kepada Penjawat Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) khususnya yang berkhidmat dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Malaysia yang sedang berkhidmat disemua Jabatan dan Agensi Kerajaan terutama bagi pegawai di dalam gred atau kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) iaitu yang berada di gred 41 ke atas.
1.2
LATAR BELAKANG BIDANG PERANCANGAN BANDAR Dalam menuju arus pemodenan, pembukaan dan pembangunan sesuatu kawasan seperti bandar-bandar baru dan kawasan penempatan amat memerlukan perancangan, susun atur serta pelan yang bersistematik. Ini bertujuan mengelakkan sesebuah kawasan yang dibangunkan itu tidak mendatangkan masalah jangka panjang seperti kesesakan, pencemaran serta pembangunan persekitaran yang tidak teratur. Tambahan, bidang sebegini mencabar kerana sebarang pelan yang bakal dilakukan akan mempengaruhi perasaan, sikap dan tindakan manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Dengan itu, matlamat mengurangkan jurang perbezaan dan memajukan antara bandar dan wilayah adalah intipati rangka pelannya. Sekiranya arkitek memerlukan kreativiti untuk merekabentuk bangunan begitu juga mereka yang bergelumang di dalam profesion perancang bandar dan desa ini khususnya bagi mereka yang berkhidmat di sektor Kerajaan yang sentiasa tertakluk kepada kehendak perundangan dan juga prosedur kerja yang tertentu. Selain mempunyai latar belakang dunia perancangan, kemahiran komunikasi dan kreativiti diperlukan. Pengetahuan terhadap penggunaan alat bantuan atau alat sokongan dalam membuat keputusan seperti perisian AutoCAD dan GIS (Sistem Maklumat Geografi) merupakan satu kelebihan kepada pegawai yang berkenaan. Ia berguna dalam menganalisis kependudukan, kegunaan tanah, ramalan iklim, pengurusan hutan dan sebagainya. Profesion perancangan bandar dan desa samada di sektor Kerajaan mahupun di sektor swasta sejak 1990-an telah mengalami banyak perubahan terutamanya dalam bidang dan penghasilan tugas.
Di sektor swasta contohnya kerjaya ini merangkumi penyediaan pelan susun atur pembangunan juga meliputi dalam menghasilkan laporan seperti Laporan Cadangan Pembangunan (LCP) selain mungkin juga terlibat didalam penyediaan kajian-kajian tertentu yang kebiasaanya firma-firma ini dilantik menjadi pakar runding kepada pihak Kerajaan melalui peranan Jabatan dan Agensi Teknikal khususnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung (JPBDSM) mahupun Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ada menjalankan kajiankajian yang berkiat rapat dengan perancangan bandar. Dalam erti kata lain, profesion perancangan bandar di sektor swasta ini bersama-sama Agensi Kerajaan bertanggungjawab dalam menjemahkan dasar dan aspirasi Kerajaan ke dalam bentuk pembangunan supaya selesa didiami rakyat. Sekiranya arkitek memerlukan kreativiti untuk mereka bentuk bangunan, begitu juga perancang bandar. Walaupun kerja sebagai perancang bandar tidak gah seperti arkitek atau jurutera, namun peranan mereka amat penting dalam mencorakkan kawasan pembangunan. Pelan yang dihasilkan bukan sahaja harus menarik malah perlu mengambil kira penerapan elemen-elemen penting terutama melibatkan kepentingan sosial dan alam sekitar. Ini bersesuaian dengan matlamat asas sebagai perancang bagi memastikan setiap pembangunan yang dipacu mampu meningkatkan taraf sosial masyarakat secara keseluruhannya. Dengan itu perancang perlu sentiasa peka terhadap isu-isu semasa dan keperluan semasa masyarakat. Secara tidak langsung melahirkan mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Begitu juga halnya di sektor Kerajaan, sekiranya sebut sahaja perancang bandar orang mesti berfikiran kerjanya hanya merancang bandar. Tetapi ramai yang kurang sedar, tugasnya meliputi perancangan dan pengurusan jangka masa panjang dari pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi, alam sekitar, pelancongan, pengangkutan begitu juga kemudahan awam. Namun misi utamanya adalah menghasilkan satu pembangunan yang mampan untuk kemajuan bersama bagi generasi sekarang dan generasi akan datang. Dari aspek tanggungjawab dan peranan dan juga beban tugas profesion ini di sektor Kerajaan, telah banyak dilihat peningkatan dan pengupayaan yang dilakukan khsususnya dari aspek bidang tugas yang semakin luas dan lebih menonjol sehingga diberikan pengiktirafan diperingkat Kerajaan Persekutuan dengan adanya bahagian khas yang diwujudkan bagi membantu pihak Kerajaan Persekutuan didalam menguruskan hal-hal Negara seperti Bahagian Rancangan Fizikal Negara, Unit NKRA Bandar Selamat dan sebagainya yang berperanan memberikan maklumbalas berhubung perkara-perkara pembangunan fizikal dan sosial negara kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Pegawai-pegawai Perancang Bandar dan Desa juga kini mempunyai ruang yang lebih luas untuk turut serta didalam pelbagai agensi pelaksana pembangunan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Landskap Negara (JLN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) yang menempatkan pegawai-pegawai di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
2.0 CADANGAN MELAKSANAKAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT / GRED BERASASKAN TEMPOH PERKHIDMATAN BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) SKIM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA Perjawatan di dalam sesuatu skim perkhidmatan awam di Negara ini dibuat melalui peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan dibuat melalui waran perjawatan yang diwujudkan. Waran Perjawatan ialah satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 [Seksyen 15(3)] bagi tujuan untuk meluluskan sesuatu perubahan kepada Senarai Perjawatan Tahunan yang digunakan oleh semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan. Bagi Kerajaan Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri menurunkan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk mengeluarkan waran perjawatan. Waran Perjawatan Persekutuan atau Negeri, antara lain mengandungimaklumat-maklumat berikut :
Maksud Perbelanjaan; Butiran / Program / Aktiviti / Jawatan; Gred Jawatan;Kod Gaji;Kod Skim; Bilangan Jawatan; Taraf / Jenis Jawatan; dan Butir-butir Perubahan.
Dalam konteks sesuatu skim perkhidmatan awam Rajah 1 menjelaskan secara ringkas berkaitan struktur dan kedudukan sesuatu jawatan di dalam sesuatu skim perkhidmatan awam. Rajah 1 : Struktur Perjawatan Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia
Sumber : Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya.
2.1
SISTEM SEMASA KENAIKAN PANGKAT / GRED PERANCANG BANDAR DAN DESA DI SEKTOR KERAJAAN
PEGAWAI
Umumnya terdapat beberapa sistem dan kaedah yang diamalkan didalam Perkhidmatan Awam di Malaysia dalam urusan kenaikan pangkat / gred bagi sesuatu perjawatan. Sistem yang diamalkan adalah tertakluk kepada badanbadan suruhanjya perkhidmatan yang berkenaan dengan sesuatu kumpulan skim perkhidmatan dibawah naungannya seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP). Bagi SPA, sistem dan kaedah kenaikan pangkat atau gred yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kelayakan seseorang penjawat awam untuk dipertimbangkan bagi tujuan kenaikan pangkat berdasarkan syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan juga berdasarkan kepada kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya. Dan menurut pekeliling yang dikeluarkan bagi maksud tersebut (PeraturanPeraturan Pegawai Awam-Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005 – P.U(A)176/2005), faktor untuk seseorang penjawat awam itu sesuai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu; Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu; Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; Kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat; Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat
Kenaikan pangkat dan gred dikalangan penjawat awam khususnya bagi profesion perancangan bandar dan desa adalah tertakluk kepada sistem dan kaedah kenaikan pangkat yang tertakluk kepada waran yang diperuntukkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia kerana skim perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa ini terletak dibawah naungan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berbeza dengan skim perkhidmatan pendidikan yang diletakkan dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Di dalam skim perkhidmatan perancang bandar ini, kaedah kenaikan pangkat antaranya tertakluk kepada beberapa senario seperti wujudnya kekosongan perjawatan yang sediada samada disebabkan oleh jawatan belum diisi, pegawai telah bersara ataupun jawatan telah dikosongkan atas beberapa faktor. Disebabkan oleh keadaan ini, kebanyakan pegawai yang dilantik di gred lantikan J41 mengambil masa yang lama untuk dinaikkan ke satu pangkat atau gred yang lebih tinggi iaitu gred J44 dan seterusnya memandangkan pegawai yang berada di gred yang lebih tinggi itu masih berkhidmat dan tiada sebarang kekosongan gred yang boleh menaikkan gred seseorang pegawai di gred lantikan untuk dinaikkan pangkatnya. Melainkan jawatan tersebut diwujudkan melalui penyediaan kertas kerja bagi pengwujudan jawatan dan melalui keputusan pihak JPA/SPA.
Berdasarkan kepada faktor-faktor yang tertera diatas, bagi kebanyakan skim perkhidmatan awam terutama di skim perkhidmatan perancangan bandar dan desa, kemungkinan untuk seseorang penjawat awam itu berada pada gred lantikan dan gred semasa adalah tidak terikat kepada mana-mana tempoh tertentu dan berkemungkinan seseorang penjawat awam itu akan berada pada gred lantikan atau gred semasa pada satu tempoh yang agak lama. Malahan tidak dinafikan berkemungkinan seseorang penjawat awam itu akan berada pada gred lantikan atau gred semasa sehingga mencapai umur berpencen wajib samada pada umur 58 tahun mahupun 60 tahun tanpa mendapat sebarang kenaikan baru. Keadaan ini dilihat amat berbeza dengan skim perkhidmatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) yang mana skim perkhidmatan mereka telah ditetapkan kenaikan pangkat berasaskan kepada tempoh masa perkhidmatan minimum bagi satu-satu gred. Sebagai contoh, bagi seseorang guru siswazah di bawah lantikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilantik pada gred lantikan DG41 akan berada pada gred kenaikan DG44 selepas 8 tahun berkhidmatan selain tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan oleh skim perkhidmatan tersebut. Sistem kenaikan pangkat / gred yang diamalkan dalam skim perkhidmatan perguruan ini dilihat sebagai satu sistem yang amat baik dan menjurus kepada kebajikan penjawat awam secara keseluruhannya tanpa berpihak kepada satusatu skim perkhidmatan tertentu selain mengatasi isu peluang kenaikan pangkat amat terhad kerana kekosongan jawatan hanya akan berlaku apabila ada pegawai bersara dan berhenti selain berusaha menyediakan kertas kerja bagi mewujudkan sesuatu jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
2.2
CADANGAN MELAKSANAKAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT / GRED BERASASKAN TEMPOH PERKHIDMATAN BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (P&P) SKIM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang ditubuhkan sejak 22hb. Ogos 1934 adalah berperanan dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia sektor awam meliputi menggubal dasar pembangunan organisasi dan perkhidmatan; kerjaya dan latihan; saraan dan perhubungan pekerja-majikan; pengurusan maklumat sumber manusia; perkhidmatan kaunseling dan pengurusan faedah persaraan. Sejak penubuhan itu, sehingga kini kaedah kenaikan pangkat / gred bagi penjawat awam khususnya pegawai-pegawai di dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) skim perkhidmatan perancangan bandar dan desa tidak mengalami sebarang perubahan berbanding penjawat awam dalam kumpulan Sokongan yang telah diberikan nafas baru dalam kaedah kenaikan pangkat secara ‘automatik’ bagi manamana penjawat awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan keatas dan masih berada di gred lantikan atau gred semasa diberikan kenaikan satu gred lebih tinggi sepertimana keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertarikh 14hb. Mei 2009 (ruj.JPA(S)NP.134/1 Klt. 19/s. K 2 (11).
Dengan keputusan baik yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada penjawat awam kumpulan Sokongan, pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) memohon pertimbangan pihak Kerajaan supaya kaedah pemberian kenaikan pangkat secara „time-based‟ tersebut diperluaskan perlaksanaannya kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan tempoh minimum bagi seseorang pegawai berada pada satu-satu gred juga dikaji semula dengan menggunakan kaedah yang diamalkan di dalam kaedah pemberian kenaikan pangkat sistem perkhidmatan pendidikan dan perubatan. Bagi yang sedang berada di dalam gred lantikan hendaklah dinaikkan pangkat selepas tempoh 8 tahun berkhidmat dengan prestasi yang baik dan selepas itu dinaikkan ke gred kenaikkan pangkat seterusnya setelah tempoh 8 tahun. Ini bermakna selepas 16 tahun berkhidmat (iaitu 8 Tahun + 8 Tahun), seorang penjawat awam berkenaan telah berada dalam jawatan tertinggi dalam skim perkhidmatan masing – masing. Sebagai contoh, jika seorang pegawai yang mula berkhidmat di gred lantikan 41 pada 2007 berumur 27 tahun, selepas 8 tahun berkhidmat secara automatik pegawai tersebut akan berada di gred J 44 pada tahun 2015 berumur 35 tahun dan selepas 8 tahun berada di gred J 44, pegawai tersebut secara automatik akan berada di gred J 48 pada tahun 2023 berumur 45 tahun dan sekiranya pegawai berpencen pada umur 60 tahun, bermakna pegawai berpeluang untuk berpencen pada gred maksimum J 52 atau J 54 sekurang-kurangnya. Apabila kerajaan menaikkan umur paksa pesaraan ke 60 tahun, maka timbul pula isu berkaitan dengan peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang telah lama berkhidmat tetapi tidak berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi. Ini memandangkan pegawai yang menjawat jawatan kenaikkan pangkat masih lagi berkhidmat dan ini telah melambatkan tempoh kenaikan pangkat bagi lain-lain penjawat dibawahnya di dalam skim perkhidmatan yang sama dan keadaan ini sedikir sebanyak akan memberikan kesan kepada peningkatan prestasi dikalangan pegawai yang merasakan „demoralised‟ sekiranya tiada peluang untuk kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat secara „time-based‟ yang telah diberikan kepada warga pendidik/guru perlu dan wajar dipanjangkan juga kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa memandangkan mereka juga telah memberikan perkhidmatan dan melaksanakan skop fungsi tugas yang khusus berdasarkan kepada pengalaman dan bakat-bakat bersesuaian dengan tugastugas hakiki yang dipikul. Selain itu, kaedah kenaikan pangkat ini juga perlu mengambilkira kelebihan yang dimiliki oleh pegawai yang telah lulus dengan cemerlang di dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang kini telah ditambah baik dengan kaedah lain. Prinsip Kenaikan Gaji Tahunan tidak mengambil kira kelebihan Pegawai yang telah lulus dengan Aras 4 (Cemerlang). Penghargaan keatas pegawai yang terlibat telah dinafikan. Oleh itu, Penjawat Awam berkenaan hendaklah diberikan dua (2) Hadiah Kenaikan Gaji. Tujuan kenaikan pangkat ‘time-based‟ ini adalah untuk mengekalkan bakat, dan kecemerlangan perkhidmatan. Namun, kenaikan pangkat secara biasa berdasarkan merit hendaklah dikekalkan untuk mengisi kekosongan jawatan kenaikan pangkat yang kosong.
3.0 CADANGAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA „TIME-BASED‟ BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PENJAWAT AWAM KHUSUSNYA DALAM SKIM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA. Kaedah dan kriteria yang disyorkan untuk dipertimbangkan bagi cadangan untuk melaksanakan kaedah pemberian kenaikan pangkat secara ‘time-based’ kepada penjawat awam khususnya pegawai dalam kumpulan Profesional dan Pengurusan (P&P) di Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah sama sepertimana kaedah dan kriteria yang digunapakai di dalam skim Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia yang dinaungi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Pemakaian Kriteria Kecemerlangan tersebut adalah bagi urusan kenaikan pangkat secara ‘Time-Based‟ berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi semua pegawai seperti berikut :Jadual 1: Contoh Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Berdasarkan „Time-Based‟ SKIM PERKHIDMATAN
PEGAWAI KUMPULAN P&P DI BAWAH SKIM PERKHIDMATAN AWAM (SPA) (Skim Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa)
TEMPOH
Pegawai Di Bawah Skim Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
Gred J 52 ke Gred J 54
3
(Gred DG52 ke Gred DG54)
Gred J 48 ke Gred J 52
6
(Gred DG48 ke Gred DG52)
Gred J 44 ke Gred J 48
8
(Gred DG44 ke Gred DG48)
Gred J 41 ke Gred J 44
8
(Gred DG41 ke Gred DG44)
Jumlah Tahun
25
Sumber Rujukan: http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php
Syarat umum dan syarat khusus kenaikan pangkat secara TBBK seperti berikut : Syarat Umum
Disahkan dalam perkhidmatan; Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti jadual di bawah dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013 ;
GRED
MARKAH MINIMUM LNPT
J 54 (DG54) J 52 (DG52) J 48 (DG48) J 44 (DG44)
80%
78%
Sumber Rujukan : http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php
Bebas daripada tindkan tatatertib dan mahkamah; Telah mengisytiharkan harta; Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya PencegahanR asuah Malaysia (SPRM); Menjadi Ahli dalam Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) atau Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) Diperakui oleh Ketua Jabatan
Syarat Khusus
Tempoh perkhidmatan yang ditetapkan seperti berikut ; URUSAN
TEMPOH PERKHIDMATAN
PEGAWAI KUMPULAN P&P DI BAWAH SKIM PERKHIDMATAN AWAM (SPA) SKIM PERKHIDMATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (CONTOH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH -PPPS) Gred J 52 ke Gred J 54 (Gred DG52 ke Gred DG54)
3
Gred J 48 ke Gred J 52 (Gred DG48 ke Gred DG52)
6
Gred J 44 ke Gred J 48 (Gred DG44 ke Gred DG48)
8
Gred J 41 ke Gred J4 4 (Gred DG41 ke Gred DG44)
8
Tempoh Perkhidmatan Ke Gred J 54 (Tempoh Perkhidmatan Ke Gred DGA54) Sumber Rujukan : http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php
25 TAHUN
Mencapai markah minimum kriteria kecemerlangan (KC) dan markah minimum keseluruhan yang ditetapkan iaitu 80% dan ke atas seperti jadual berikut : GRED
J 54 (DG54) J 52 (DG52) J 48 (DG48) J 44 (DG44) J 41 (DG41)
MARKAH MINIMUM LNPT
MARKAH MINIMUM KC
80%
80%
MARKAH MINIMUM KESELURUHAN (LNPT=60%+KRITERIA KECEMERLANGAN=40%
80% 78%
80%
80%
80%
Sumber Rujukan : http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php
Pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus adalah layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat ini termasuklah pegawai-pegawai berikut :
Pegawai pinjaman atau kader; Pegawai sedang cuti belajar, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji; Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; Pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walaubagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga; dan Pegawai yang telah layak sebelum bersara atau meninggal dunia.
4.0 PENUTUP Pihak PERSADA melihat adalah tidak wajar Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang masih dan telah berkhidmat melebihi 30 tahun tidak dapat menikmati kenaikan pangkat walaupun mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan di dalam bidang Perancangan Bandar. Pegawai Perancang Bandar dan Desa berasa tidak puas hati kerana kekosongan jawatan Gred yang lebih tinggi adalah terhad. Maka peluang kenaikan pangkat ke Gred yang lebih tinggi tidak dapat dinikmati oleh kebanyakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa berbanding profesion Guru yang telah berkhidmat melebihi 20 tahun ke 30 tahun. Dengan terlaksananya sistem kenaikan pangkat dan gred yang dicadangkan ini, merupakan satu pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan dan dapat menaikkan dan meningkatkan prestasi kerja dan moral mereka yang sentiasa taat setia serta telah berkhidmat begitu lama dengan Kerajaan.Jika Kenaikan Pangkat secara “Time Based” di luluskan ianya merupakan satu pengiktirafan kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa sebelum bersara dan memberi peluang kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang mencapai tahap 3 maksimum bergerak ke Gred Gaji yang lebih tinggi sebelum bersara. Pihak PERSADA memohon kepada Kerajaan agar cadangan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya serta dapat diwujudkan sistem kenaikan pangkat secara “Time Based” terutamanya bagi mereka yang telah berkhidmat lebih 8 tahun dan masih berada pada gred lantikan atau gred yang sedang disandang.
5.0 LAMPIRAN LAMPIRAN 1:-
Cuepacs setuju kenaikan pangkat time-based diperluas 21 November 2012 ALOR SETAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara 'timed-based', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain. "Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka. "Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu. Ali berkata kerajaan sedang meneliti secara terperinci pelaksanaannya termasuk menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum perluasan terbabit dilakukan. Omar berkata penjawat awam tidak memerlukan lagi sistem kenaikan pangkat melalui kaedah temu duga. "Buat apa nak temu duga kalau dah kerja 30 tahun. Yang menjadi penemu duga pula baru kerja lima tahun tapi yang ditemu duga dah kerja 30 tahun. Masa temu duga pula 15 minit saja, kemudian tanya pula yang bukan-bukan... ," katanya. Beliau juga berkata kenaikan pangkat melalui kaedah time-based akan dinilai melalui kompetensi, produktiviti dan sumbangan kerja. "Kalau kerja bagus tapi tak ada sumbangan, tak kreatif, tak berintegriti dan tidak mempunyai sahsiah yang baik, jangan naikkan pangkat dia," katanya. - Bernama
LAMPIRAN 2:-
Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara “Time Base” Selepas Ini? by Staff Agenda Semasa on November 21, 2012 · 0 comments
Kenaikan Pangkat Penjawat Awam Secara Time Base: Sebelum ini, kenaikan pangkat secara time base tidak melibatkan semua sektor dalam pentadbiran kakitangan awam dan ianya hanya terhad kepada kakitangan awam dalam sektor perguruan dan juga kesihatan. Tetapi, kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa semalam menyatakan bahawa besar kemungkinan kenaikan pangkat secara time base akan diperluaskan ke semua perkhidmatan sektor awam yang lain. Dengan kapasiti seramai 1.42 juta kakitangan awam di Malaysia, 430,000 kakitangan awam dalam sektor perguruan sedang menikmati kaedah kenaikan pangkat secara time base ini.Jumlah yang agak ramai juga bagi kami. Datuk Seri Dr Ali Hamsa mengatakan cadangan ini kenaikan pangkat secara time base ini sedang diteliti secara terperinci oleh kerajaan termasuk mengambil kira keseimbangan hasil dan perbelanjaan negara & menunggu laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam sebelum perluasan terbabit dilakukan. Namun, faktor lain yang perlu diambil adalah, samada keputusan ini akan memberi kesan besar kepada kantung kerajaan bagi menanggung emolumen, harus diperhalusi dahulu.Secara amnya, kami menganggap cadangan daripada Datuk Seri Dr Ali Hamsa ini adalah “adil” terhadap semua kakitangan awam, tetapi pada pendapat kami, lebih baik sekiranya skim kenaikan pangkat secara time base ini diperhalusi dan diterapkan dalam semua kakitangan awam. Sepatutnya, kaedah kenaikan pangkat secara time base ini diberi kepada penjawat awam yang benar-benar “berkualiti”, bukan sekadar dah keje 8 tahun atau 15 tahun, kemudian boleh naik pangkat walaupun mutu kerja sekadar “biasa” sahaja. Antara cadangan kami ialah:
Kakitangan awam yang ingin menikmati kenaikan pangkat secara time base ini perlu mendapat markah LNPT purata untuk 3 tahun minimum 85%. Ini adalah untuk memastikan hanya yang layak sahaja mendapat kenaikan pangkat. Diadakan satu peperiksaan khas untuk memastikan yang kakitangan awam yang dipilih tersebut, mempunyai kelayakan untuk menjawat jawatan kenaikan pangkat. Sekiranya kakitangan awam yang menikmati skim kenaikan pangkat secara time base melakukan kesalahan tatatertib, kenaikan pangkat beliau wajar dibatalkan dan menjawat semula jawatan lama sebelum kenaikan pangkat.
Cadangan kami ini adalah sebagai pandangan dan juga pendapat untuk memajukan lagi sektor perkhidmatan dan servis kakitangan awam. Kami berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya membuang duit dan masa kepada orang yang tidak layak.Biarlah jawatan kenaikan pangkat secara time base ini merupakan satu hak eksklusif dan hanya diberikan kepada kakitangan awam yang benarbenar berkebolehan. Read more: http://agendasemasa.com/kenaikan-pangkat-time-base#ixzz2prvrHB8A