KEMPEN CERIA BERAYA 2017 PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017 Terma dan Syarat A. Tempoh Kempen 1.
Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 adalah sah bermula pada 15 Mei 2017 hingga 12 Ogos 2017. Bank Rakyat berhak meminda tempoh dan tarikh tamat program sekiranya perlu.
B. Tarikh Program 1.
Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 akan dilancarkan serentak di 17 lokasi terpilih seluruh Malaysia pada 12 Ogos 2017.
C. Yuran Peserta 1.
Peserta Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 tidak dikenakan sebarang yuran penyertaan.
2.
Pra-pendaftaran untuk Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 akan dilakukan di cawangan-cawangan Bank Rakyat yang terlibat, tertakluk pada terma dan syarat.
D. Kelayakan Peserta 1.
Terbuka kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 12 tahun dan ke bawah.
2.
Oleh kerana peserta terdiri daripada kanak-kanak di bawah umur, penyertaan peserta memerlukan persetujuan ibu, bapa atau penjaga dengan mengisi borang persetujuan dan pelepasan tanggungan bagi pihak peserta.
3.
Peserta yang berminat hendaklah menghantar borang penyertaan kepada pihak urusetia sebelum 12 Ogos 2017.
4.
Peserta dikehendaki membawa sekurang-kurangnya satu (1) tabung bagi menyertai Program Pecah Tabung dan satu (1) tabung bagi menyertai Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 dan peserta boleh menyertai kedua-dua program.
5.
Anak warga kerja Bank Rakyat dibenarkan menyertai program dan layak memenangi hadiah.
6.
Bank Rakyat berhak membatalkan penyertaan peserta tanpa perlu memberikan sebarang alasan.
E. Pelaksanaan Program 1.
Program terbahagi kepada dua (2) iaitu: 1.1. Program Pecah Tabung Semua jenis tabung (termasuklah botol) adalah dibenarkan kecuali beg plastik, guni dan yang sama jenis dengannya. Peserta dikira layak menyertai sekiranya membawa tabung berisi duit syiling dan wang kertas. Resit sementara diberikan kepada pelanggan selepas pengiraan dibuat. Pelanggan perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank Rakyat pada hari berikutnya dalam tempoh dua (2) minggu dengan membawa resit bagi menuntut semula wang tabungan. Bagi memudahkan pengiraan dan penyimpanan wang tabungan, peserta digalakkan untuk membuka Akaun Simpanan-i Nuri. 1.2. Peraduan Mewarna Peserta hanya dibenarkan menggunakan peralatan yang disediakan. Peralatan mewarna yang lain seperti crayon, water colour dan magic colour adalah tidak dibenarkan. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan untuk menunjuk ajar peserta Peraduan Mewarna akan dibahagikan kepada 2 kategori seperti di bawah: Peraduan Mewarna Kategori A B
Umur 7 tahun hingga 9 tahun 10 tahun hingga 12 tahun
Juri yang akan mengadili Peraduan Mewarna adalah terdiri daripada 3 orang wakil guru sekolah bersama-sama dengan wakil Bank Rakyat sebagai pemantau. Keputusan juri adalah muktamad.
2.
Ibu, bapa atau penjaga diminta menyediakan dokumen untuk pembukaan Akaun Simpanan-i Nuri seperti salinan surat beranak dan MyKid serta salinan Kad Pengenalan ibu, bapa atau penjaga.
3.
Bank Rakyat berhak menentukan jumlah peserta bagi setiap pertandingan yang dilangsungkan.
4.
Selain daripada terma dan syarat dinyatakan di sini peserta juga tertakluk pada syarat pemilik lokasi peraduan.
F. Hadiah Kempen 1.
Program Pecah Tabung : 1.1. Pemberian hadiah adalah kepada peserta yang mempunyai tabungan tertinggi seperti berikut bagi setiap lokasi: Individu – Program Pecah Tabung (Simpanan Tertinggi) Pemenang Hadiah Pertama RM1,000.00 Kedua RM500.00 Ketiga RM400.00 Keempat RM300.00 Kelima RM200.00 1.2. Pemberian hadiah kepada sekolah yang mempunyai penyertaan tertinggi berdasarkan jumlah kutipan simpanan tertinggi bagi setiap lokasi pada hari program: Sekolah – Program Pecah Tabung (Penyertaan Tertinggi) Pemenang Hadiah Tertinggi RM1,000.00 1.3 Pemberian hadiah bagi Peraduan Mewarna: Peraduan Mewarna Kategori A (7 tahun hingga 9 tahun) Kategori B (10 tahun hingga 12 tahun) 10 pemenang x RM100.00 10 pemenang x RM100.00 1.4 Tempoh masa yang akan diambil bagi mengkreditkan hadiah wang tunai yang bakal dimenangi oleh peserta yang menyertai Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 adalah sebulan dari
tarikh program. Hadiah wang tunai tersebut akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan-i Nuri peserta yang berjaya memenangi pertandingan tersebut. G. Syarat-syarat Lain 1.
Selain daripada syarat yang dinyatakan di atas, peserta juga adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik lokasi pertandingan.
2.
PENAFIAN: TERTAKLUK KEPADA APA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, BANK TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PESERTA/PEMOHON UNTUK KEROSAKAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, KHAS, SAMPINGAN, GANTI RUGI TAULADAN ATAU AKIBAT KEROSAKAN (TERMASUK KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN ATAU KEUNTUNGAN) YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PENYERTAAN ANDA DALAM PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017 INI, SAMA ADA LIABILITI TERSEBUT BERLAKU BERPUNCA DARIPADA APA-APA TUNTUTAN BERASASKAN KEPADA KONTRAK, JAMINAN,TORT (TERMASUK KECUAIAN), LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, DAN SAMA ADA PESERTA/PEMOHON TELAH DINASIHATKAN ATAU TIDAK KEMUNGKINAN KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG BOLEH BERLAKU.
3.
Bank Rakyat berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menolak atau membatalkan atau menamatkan penyertaan mana-mana peserta dalam Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 pada bila– bila masa tanpa perlu mengemukakan sebarang alasan.
4.
Sekiranya terdapat keraguan, pembatalan penamatan atau penggantungan Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 oleh Bank Rakyat, ia tidak memberikan hak kepada peserta atau wakilnya untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Bank Rakyat bagi mana-mana atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh pendeposit/peserta atau wakil peserta secara langsung atau tidak langsung hasil daripada perubahan dalam tempoh atau tarikh luput atau tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
5.
Melainkan diperuntukkan secara khusus atau sebaliknya, Bank Rakyat mempunyai hak dan budi bicara secara mutlak untuk meminda, membatalkan atau menambah terma dan syarat ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu di laman sesawang Bank atau medium komunikasi
yang bersesuaian. Pelanggan adalah dianggap bersetuju untuk terikat dengan sebarang pindaan, pemotongan atau penambahan tersebut. 6.
Terma dan syarat ini terikat dengan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454; atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat; atau layari www.irakyat.com.my atau laman sesawang bank www.bankrakyat.com.my