Kehamilan Ektopi Pengenalan Kehamilan Ektopi berlaku apabila embrio atau telur yang telah disuburkan tertanam dengan sendirinya di bahagian luar rahim/uterus. Kehamilan Ektopi biasanya berlaku di dalam tiub Fallopio dan mungkin juga boleh berlaku di dalam abdomen . Kehamilan Ektopi boleh mengancam nyawa si ibu dan bayinya. Jika kehamilan Ektopi tidak dikesan di peringkat awal kahamilan ia boleh mengancam nyawa ibu. Tiub Fallopio merupakan tempat yang biasa terbentuknya embrio baru, tetapi ia juga boleh terjadi dalam ovari, di abdomen, dalam pangkal rahim yang boleh menyebabkan berlakunya pendarahan faraj. Pendarahan dalaman selanjutnya boleh terjadi jika tiub pecah menyebabkan sakit abdomen yang amat sangat. Asas Saintifik Kehamilan Ektopi biasanya berlaku di dalam tiub Fallopio. Tiub Fallopio kelihatan seolah-olah seperti paip yang berongga yang ditumbuhi bulubulu kecil pada dindingnya (dipanggil silia). Silia ini bergerak seperti deruan ombak untuk menolak telur-telur ke dalam rahim. Tiub Fallopio bolehlah dianggap seperti jalan raya utama untuk telur bergerak ke rahim. Jika tiub tersebut tersumbat atau silia mengalami kerosakan, maka ini akan menggalakkan telur-telur tersebut terlekat dan tertanam pada dinding tiub. Penyebab Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kebanyakan kes kehamilan Ektopi ini dikaitkan dengan parut yang terjadi hasil dari jangkitan pada tiub. Setengah dari penyebab kehamilan Ektopi termasuk: •
Mempunyai sejarah perubatan menghidap Salpingitis atau penyakit keradangan pelvis (PID)
•
Wanita yang memiliki abnormality pada tiubnya sejak lahir (Congenital Tubal Abnormalities)
•
Endometriosis
•
Tiub berparut dan terpintal disebabkan oleh penbedahan tiub di masa lalu atau pernah mengalami kepecahan apendiks
•
Mendapat rawatan hormon terutamanya Estrogen dan Progestron yang boleh mengubah pergerakan biasa silia dari epitelium tiub. Ini boleh memperlahankan pergerakan telur yang subur dalam tiub Fallopio yang boleh menyebabkan ianya tertanam pada tiub tersebut.
1
Faktor-faktor risiko Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko pembentukan kehamilan ektopi ialah : •
Penyakit keradangan pelvis (PID)
•
Pembedahan pada tiub
•
Mengalami kehamilan ektopi di masa lalu
•
Penyuburan secara `in-vitro’ (IVF) dan ovulasi yang diaruhkan.
•
Wanita yang hamil ketika mengambil pil perancang keluarga
•
Merokok
Setengah dari faktor-faktor risiko yang boleh menyumbang kepada kehamilan Ektopi ini termasuklah: •
Penyakit keradangan pelvis (PID) seperti Gonorea atau Klamidia di masa lalu
•
Bagi wanita yang pernah menghidap Salphingitis dan/atau penyakit keradangan pelvis risikonya meningkat 7 kali ganda. Ini menyebabkan tisu parut itu melekat di dalam tiub dan boleh merosakkan silia.
•
Pembedahan tiub: Parut hasil dari pembedahan yang lalu akan meningkatkan risiko kehamilan Ektopi.
•
Sejarah kehamilan Ektopi : Peluang untuk mendapat kehamilan Ektopi ini adalah tinggi di kalangan wanita yang pernah mendapat kehamilan jenis ini di masa yang lalu.
•
Kesuburan `in-vitro’ atau bayi tabung uji dan ovulasi cetusan.
•
Wanita yang mengandung ketika mengambil pil perancang keluarga
Mengambil Progestron walaupun melalui mulut akan meningkatkan risikonya 5 kali ganda .
Mengguna Alat Dalam Rahim (IUD) yang mengandungi Progestron akan meningkatkan risiko antara 5 - 15%.
'Morning after pill' meingkatkan risiko 10 kali ganda.
Insidens Lebih kurang 10 - 20% dari wanita berkemungkinan mengalami kehamilan Ektopi yang berulang jika mereka mempunyai sejarah kelahiran Ektopi di masa yang lalu. Insidensnya lebih kurang 1 bagi setiap 40 hingga 100 kelahiran
2
Komplikasi Komplikasi biasa yang berlaku termasuk: •
Pecah
•
Kemandulan
Pecah Komplikasi yang selalunya berlaku ialah pecah yang menyebabkan berdarah dan pendarahan dalaman. Keadaan ini boleh membawa kepada renjatan dan mungkin boleh membawa maut. Kemandulan Komplikasi lain ialah kemandulan yang berlaku kepada lebih dari 50% wanita yang mempunyai sejarah mendapat kehamilan Ektopi yang dirawat melalui pembedahan. Ujian - Ujian Ujian-ujian berikut mungkin dilakukan bagi mendiagnoskan kehamilan Ektopi: •
Ujian kehamilan melalui air kencing
•
Imbasan ultarsound
•
Ujian serum B-hCG
•
Ujian Hematokrat
•
Ujian sel darah putih
•
Laparoskopi
Beberapa ujian berikut dilakukan bagi mendiagnoskan kehamilan ektopi: •
Ujian kehamilan melalui air kencing: Menggunakan teknik ELISA. Jika ujian ini negatif ianya bermakna wanita berkenaan tidak menghidap kehamilan Ektopi.
•
Imbasan Ultrasound: Imbasan Transvaginal Ultrasound boleh mengesan sesuatu kehamilan Ektopi.
•
Ujian serum B-hCG bersiri (untuk memeriksa paras hormon kehamilan hCG) . Bagi kehamilan yang normal kadar B-hCG meningkat dalam serum. Walau bagaimanapun bagi kes kehamilan Ektopi terdapatnya gangguan pada pengeluaran hCG di mana peningkatan serum B-hCG adalah kurang dari 66% dalam masa 2 hari. Ini bermnakna kadarnya adalah rendah atau telah sampai ke paras mendatar.
3
•
Ujian Hematokrat : Keputusannya mungkin normal atau menurun.
•
Ujian kiraan sel darah putih: Kiraan mungkin normal atau meningkat. Apabila sahaja anda didiagnoskan mendapat kehamilan Ektopi, doktor mungkin meminta anda menjalani satu prosedur pembedahan yang dipanggil Laparoskopi (pembedahan yang jalankan mengguna alat teleskop yang nipis dan di bantuan oleh kamera video). Alat Laparoskopi ini dimasukkan ke dalam abdomen untuk mengesan kelahiran Ektopi. Prosedur ini dilakukan di bawah pengaruh bius am.
Rawatan Farmakologi Dadah yang digunakan ialah Methotrexate. Jika kehamilan Ektopi dikesan awal, doktor mungkin merawat menggunakan dadah yang bernama Methotrexate dari melakukan pembedahan. Dadah tersebut akan diberi melalui suntikan. Dadah ini akan menghentikan sel darah dari membiak, menyebabkan kehamilan Ektopi akan kecut. Walau bagaimanapun, hanya sedikit sahaja dari kes kehamilan Ektopi ini boleh dirawat kerana ia terpaksa memenuhi beberapa kriteria seperti memiliki paras hormon hCG yang rendah sebelum dadah ini dapat digunakan. Rawatan bukan farmakologi Pesakit akan dirawat jika mengalami renjatan. Kehamilan Ektopi yang pecah merupakan kes kecemasan perubatan. Walaupun kehamilan itu gagal, si ibu masih boleh diselamatkan melalui pembedahan yang selalunya memerlukan pembuangan tiub Fallopio. Keadaan Kecemasan Lazimnya, rawatan awal yang diberi ialah memanaskan tubuh wanita berkenaan, mengangkat kakinya ke atas dan memberinya oksigen. Pemindahan darah akan dilakukan secepat mungkin jika pendarahan semakin teruk. Pembedahan Ada 2 pilihan: pertama ialah pembedahan Laparoskopi di mana tiub akan dibuang (Salpingektomi). Keduanya ialah pembedahan terbuka (Laparotomi) dilakukan bagi menghentikan segera kehilangan darah. Satu insisi sepanjang 5 sm akan dibuat pada bahagian pubik (tiub akan diperiksa dan dibuang keluar jika ianya telah pecah) untuk memastikan diagnosis kehamilan Ektopi. Pemantauan Jika anda secara tiba-tiba mendapat sakit abdomen yang teramat sangat di awal kehamilan, sama ada berdarah ataupun tidak, dapatkan nasihat doktor segera bagi memastikan kehamilan Ektopi.
4
Prognosis Prognosis kehamilan Ektopi bergantung kepada beberapa faktor terutamanya, berapa cepatkah diagnosisnya dibuat, jenis pembedahan yang dijalankan atau wujudnya kerosakan di tiub Fallopio selepas pembedahan. Selepas pembedahan doktor mungkin meminta anda melalui ujian darah bagi memastikan tidak ada tisu embrionik yang tertinggal. Seseorang itu boleh mendapat kehamilan normal di masa hadapan. Walau bagaimanapun, anda perlu sekurang-kurangnya melalui 2 kali waktu haid biasa sebelum mengandung. Telah didapati bahawa risiko mendapat kehamilan Ektopi berulang ialah lebih kurang 9% sahaja, jika ianya tidak dibuang dan 12% jika tiub ditinggalkan. Tidak ada sebarang perbezaan tentang kesannya. Sama ada ianya satu pembedahan terbuka atau Laparoskopi. Walau bagaimanapun penyembuhannya adalah lebih cepat jika Laparoskop dijalankan. Kadar kehamilan normal mungkin meningkat jika tiub dikekalkan. Bagi mereka yang menghadapi kesukaran untuk mengandung, kadar kehamilan ialah antara 70 - 85% tanpa dilakukan Salpingktomi atau Salpinggotomi. Walau bagaimanapun, bagi wanita yang menghadapi kesukaran ini, kadarnya ialah 10% jika tiub dibuang keluar dan 25% jika tiub dikekalkan. Sesetengah wanita gagal untuk hamil semula dan yang lainnya menggugurkanya secara spontan dalam masa 3 bulan pertama.
Pencegahan Langkah yang boleh diambil bagi mengelak kehamilan ektopi ialah: •
Elakkan diri dari faktor risiko penyakit Keradangan Pelvis (PID) seperti mengadakan hubungan seks secara rambang dengan berbilang pasangan.
•
Ubah gaya hidup : Berhenti merokok kerana ia boleh meningkatkan risiko kehamilan Ektopi.
5