ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
Kata-Kata Aluan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka
2
Sekapur Sirih Tim Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka
3
Selayang Pandang
4
Objektif Kolej Universiti Islam Melaka
5
Pendahuluan
6
Unit Kokurikulum Dan Aktiviti Mahasiswa
7
Pendaftaran Subjek Kokurikulum
8
Syarat Pendaftaran Subjek Kokurikulum
9
Senarai Subjek Yang Ditawarkan
9-11
Pelaksanaan Subjek Kokurikulum
12-13
Sinopsis Subjek Kokurikulum
14-20
Carta Alir Pendaftaran Subjek Kokurikulum
21
Prosedur Pendaftaran Subjek Kokurikulum
22-23
Penyelaras Subjek Kokurikulum
24-27
Lampiran
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
KATA-KATA ALUAN NAIB CANSELOR, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA, Mahasiswa yang dikasihi sekalian, Subjek Kokurikulum berkredit merupakan satu subjek wajib bagi setiap mahasiswa. Diharap dengan wujudnya buku panduan kokurikulum ini dapat membantu mahasiswa membuat pilihan tepat subjek yang diminati untuk memudahkan pendaftaran sepanjang pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
Di antara tujuan utama subjek
kokurikulum ialah untuk memberi ilmu sebagai nilai tambah kepada seseorang mahasiswa, di samping membina kemahiran insaniah ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berfikitan matang. Melalui penglibatan dalam subjek-subjek kokurikulum yang ditawarkan, diharap mahasiswa dapat meningkatkan minat dan bakat yang ada ke tahap yang lebih tinggi. Kolej Universiti Islam Melaka amat mengalakkan mahasiswa sentiasa aktif dan bersifat terbuka, bersemangat sukarelawan dan berpasukan. Pihak Kolej Universiti Islam Melaka juga mengalu-alukan cadangan-cadangan mahasiswa demi mempertingkatkan perkhidmatan dan penawaran Subjek Kokurikulum oleh Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa (HEM). Saya juga berharap agar mahasiswa akan memanfaatkan segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Unit Kokurukulum dan Aktiviti Mahasiswa, Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan sahsiah diri masingmasing. Sekian dan Selamat Maju Jaya,
PROF. EMERITUS DATUK WIRA DR. MOHD YUSOFF BIN HAJI HASHIM Naib Canselor, Kolej Universiti Islam Melaka.
-2-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
SEKAPUR SIRIH TIM. NAIB CANSELOR, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM) ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA, Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA Buku Panduan Kokurikulum ini berjaya dilaksanakan. Setinggi-tinggi syabas di atas usaha dan kegigihan warga kerja di Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa (HEM) terutamanya Unit Kokurikulim dan Aktiviti Mahasiswa sehingga berjaya menerbitkan satu buku panduan yang berguna untuk rujukan mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Buku panduan ini adalah untuk memudahkan mahasiswa membuat pilihan terhadap subjek-subjek kokurikulum berkredit yang ditawarkan oleh pihak Kolej Universiti Islam Melaka. Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti terancang dan berstruktur di dalam bidang akademik yang disertai oleh mahasiswa sebagai sebahagian daripada subjek wajib kolej universiti bagi melengkapkan Program Pengajian Diploma dan Pengajian Ijazah Sarjana Muda bagi memenuhi syarat bergraduat. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum merupakan agen penerapan Kemahiran Insaniah. Mahasiswa akan didedahkan dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi, pembentukan sahsiah diri, serta kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan. Selaras dengan matlamat Kolej Universiti Islam Melaka, kegiatan kokurikulum mampu mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan bukan akedemik. Akhir kata, saya menyeru mahasiswa untuk merebut peluang yang disediakan di Kolej Universiti Islam Melaka ini bagi melengkapkan diri sebagai pemimpin yang bukan sahaja hebat dalam akademik malah kaya dengan kemahiran insaniah yang diperlukan oleh majikan pada masa ini. Sekian Wassalam, PROF. MADYA DATUK DR. BAHARUDIN BIN HJ. PUTEH Timbalan Naib Canselor, Kolej Universiti Islam Melaka. -3-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
SELAYANG PANDANG KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Telah mula beroperasi sejak 1994 dengan nama Kolej Islam Melaka (KIM) , pada tahun 2001 Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka bil.29/2001 yang bersidang pada 3 Oktober 2001 dan di sahkan pada 10 Oktober 2001 telah bersetuju mengubah nama Kolej Islam Melaka kepada Kolej Teknologi Islam Melaka (KTIM). Pada tarikh 7 Oktober 2005 dengan kelulusan daripada Pendafdar Institut Pengajian Tinggi Swasta telah meluluskan pertukaran nama kepada Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka.
Pada 1 Julai 2009 Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka telah di naiktaraf menjadi sebuah Kolej Universiti dengan nama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kolej Universiti Islam Melaka mempunyai institusi Pengajian Siswazah, Akademi Pengajian Islam, dan lima buah fakulti yang mana kesemuanya ditempatkan di sebuah kampus di Kuala Sg. Baru Melaka. Kolej Universiti Islam Melaka menawarkan program pengajian diperingkat Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
VISI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA Untuk menjadi sebuah Pusat Pengajian Tinggi yang unggul dan cemerlang dalam pengajian yang berteraskan Islam.
MISI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA Melaksanakan usaha pendidikan dan pegembangan jalinan ilmu duniawi dan ukhrawi, latihan dan kemahiran berteknologi serta penyelidikan dan pembangunan sumber manusia berwadahkan Islam. -4-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
OBJEKTIF KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA 1. Melahirkan generasi muslim yang berilmu dan bertaqwa dalam menyebarkan ajaran Islam berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah 2. Melaksanakan dan mentarbiyyahkan pelbagai ilmu berteraskan Islam. 3. Melahirkan generasi yang mempunyai pengatahuan dan kebolehan dalam pelbagai bidang pengajian Islam, Sains Teknologi, Sains Sosial dan ilmu-ilmu terkini. 4. Membina generasi yang memeliki daya ketahanan diri dalam menangani cabaran semasa dan peka terhadap realiti zaman mendatang. 5. Mewujudkan golongan ilmuan beribawa yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah. 6. Menyokong dan membantu negara dalam melaksanakan dan merealisasikan dasar pendidikan neagara.
FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM Penilaian kegiatan kokurikulum mahasiswa yang dibuat oleh Kolej Universiti Islam Melaka adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjejaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pembahagian markah kepada mahasiswa. Kemungkinan ada mahasiswa yang memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaiaan dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaiaan yang standard unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.
Penilaian kegiatan kokurikulum boleh merangsang mahasiswa untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Mahasiswa mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaiaan yang dibuat adalah setara.
-5-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
PENDAHULUAN Kegiatan kokurikulum Kolej Universiti Islam Melaka yang merangkumi aktiviti pasukan badan beruniform, kelab, persatuan, serta sukan merupakan aktiviti luar bilik kuliah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di Kolej Universiti Islam Melaka. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik kuliah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa ini Kolej Universiti Islam Melaka menawarkan pelbagai jenis kegiatan badan beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Setiap mahasiswa diwajibkan menganggotai satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.
Berdasarkan tinjauan ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta yang dilakukan oleh Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa, pihak Kolej Universiti Islam Melaka turut membuat penilaian kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh mahasiswa. Namun setiap penilaian yang di buat di beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah IPT.
-6-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
UNIT KOKURIKULUM DAN AKTIVITI MAHASISWA Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa berusaha mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan aktiviti bukan akademik, agar dapat melahirkan mahasiswa yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Aktivitiaktiviti kokurikulum selain memberi pengetahuan luar bidang pengkhususan akademik, juga dapat melatih mahasiswa dalam aspek kepimpinan, pengurusan organisasi dan sikap mahasiswa supaya sentiasa aktif dan inovatif terhadap kecergasan fizikal dan mental.
Pihak Kolej Universiti Islam Melaka juga menetapkan bahawa subjek kokurikulum berkredit merupakan sebahagian daripada komponen wajib bagi pengajian dan bergraduan. Beberapa pembaharuan dan penambahbaikan telah dipratikkan sebagai usaha untuk memantapkan lagi pelaksanaannya supaya ia dapat benar-benar memainkan peranan memupuk, mengasah dan mempertajamkan bakat mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka.
-7-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM 1. Subjek kokurikulum berkredit adalah merupakan satu subjek wajib Kolej Universiti Islam Melaka. 2. Mahasiswa wajib mendaftar subjek kokurikulum berkredit untuk memenuhi struktur pengajian mengikut syarat-syarat pengajian. 3. Struktur subjek kokurikulum berkredit Kolej Universiti Islam Melaka adalah seperti berikut.
• PERINGKAT DIPLOMA NAMA SUBJEK
JUMLAH JAM KREDIT
Badan Beruniform
1
Badan Tidak Beruniform
1
Sukan dan Permainan
1
Persatuan dan Kelab
1
• PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA NAMA SUBJEK
JUMLAH JAM KREDIT
Badan Beruniform
2
Badan Tidak Beruniform
2
Sukan dan Permainan
2
Persatuan dan Kelab
2
-8-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
SYARAT PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM 1. Kokurikulum adalah kegiatan wajib dalam setiap pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka sebagai mahasiswa yang berdaftar kecuali mahasiswa Institut Pengajian Siswazah. 2. Untuk mendaftar sesuatu subjek kokurikulum mahasiswa hendaklah memenuhi semua keperluan atau syarat-syarat kelayakan pendaftaran. 3. Mahasiswa tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada 1 unit subjek kokurikulum (mengikut syarat-syarat setiap subjek). 4. Sekiranya mahasiswa ingin mengikuti lebih dari satu unit subjek kokurikulum, Unit Kokurikulum tiada halangan tetapi hanya subjek kokurikulum yang didaftarkan oleh mahasiswa di Unit Kokurikulum sahaja yang akan diambil kira pendaftarannya pada daftar subjek Semester 3. 5. Mahasiswa yang ingin menyertai subjek kokurikulum mesti mendaftar kegiatan tersebut mengikut syarat-syarat pendaftaran. 6. Bagi subjek kokurikulum yang dijalankan sepanjang Dua Semester, mahasiswa tidak dibenarkan mengugur subjek yang didaftar pada semester kedua. Pengguguran dibenarkan dengan mendapat kelulusan Unit Kokurikulum Hal Ehwal Mahasiswa (HEM).
SENARAI SUBJEK YANG DITAWARKAN Sehingga kini, Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa telah menawarkan subjek Kokurikulum Berkredit kepada mahasiswa yang meliputi badan beruniform, badan tidak beruniform, sukan, permainan, kelab dan persatuan yang ditempatkan di bawah Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa di bawah pemantauan Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa sepeti berikut.
-9-
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
• PERINGKAT DIPLOMA SUBJEK KOKURIKULUM
KOD SUBJEK KOKURIKULUM
Pasukan Simpanan Tentera Darat
KUR 1011
Pasukan Bulan Sabit Merah
KUR 1021
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
KUR 1031
Persatuan Taekwondo
KUR 1041
Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia
KUR 1051
Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia
KUR 1061
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
KUR 1071
Kelab Kaunselor Rakan Sebaya
KUR 1081
Kelab Keusahawanan
KUR 1091
Kelab Kebudayaan
KUR 1101
Kelab Bola Sepak
KUR 1111
Kelab Bola Jaring
KUR 1121
Persatuan Pengakap Kelana Siswa
KUR 1131
Kelab Sepak Takraw
KUR 1141
Kelab Petanque
KUR 1151
Kelab Bola Tampar
KUR 1161
Kelab Futsal
KUR 1171
Kelab Olahraga
KUR 1181
Kelab Ping Pong
KUR 1191
- 10 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
• PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA SUBJEK KOKURIKULUM
KOD SUBJEK KOKURIKULUM
Pasukan Simpanan Tentera Darat
KUR 2012
Pasukan Bulan Sabit Merah
KUR 2022
Pergerakan Puteri Islam Malaysia
KUR 2032
Persatuan Taekwondo
KUR 2042
Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia
KUR 2052
Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia
KUR 2062
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
KUR 2072
Kelab Kaunselor Rakan Sebaya
KUR 2082
Kelab Keusahawanan
KUR 2092
Kelab Kebudayaan
KUR 2102
Kelab Bola Sepak
KUR 2112
Kelab Bola Jaring
KUR 2122
Persatuan Pengakap Kelana Siswa
KUR 2132
Kelab Sepak Takraw
KUR 2142
Kelab Petanque
KUR 2152
Kelab Bola Tampar
KUR 2162
Kelab Futsal
KUR 2172
Kelab Olahraga
KUR 2182
Kelab Ping Pong
KUR 2192
- 11 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
PELAKSANAAN SUBJEK KOKURIKULUM 1. Mahasiswa yang menyertai subjek kokurikulum berkredit mestilah mendaftar subjek tersebut melalui sistem mengikut syarat pendaftaran subjek pendaftaran subjek Kolej Universiti Islam Melaka. 2. Pendaftaran di Unit Kokurikulum pada SEMESTER 1 dan pendaftaran di dalam borang daftar subjek pada SEMESTER 3. 3. Mahasiswa yang ingin menggugurkan subjek kokurikulum berkredit yang telah didaftarkan adalah mengikut kepada prosedur menggugurkan subjek sama seperti yang lain di Hal Ehwal Akademik (HEA), mahasiswa perlu mendapat pengesahan dari penyelaras subjek kokurikulum untuk tujuan tersebut. 4. Mahasiswa WAJIB menghadiri kelas subjek kokurikulum, mahasiswa yang tidak hadir sebanyak 3 KALI tanpa sebab munasabah akan diberikan gred GAGAL. 5. Subjek kokurikulum berkredit dijalankan selama 4 jam pada setiap hari SABTU MINGGU PERTAMA dan KETIGA pada jam 8.00 PAGI sehingga 12.00 TENGAHARI serta dijalankan di Kolej Universiti Islam Melaka yang telah ditetapkan oleh Unit Kokurikulum dan Aktiviti Mahasiswa.(Tertakluk pada perubahan)
- 12 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
SKEMA PERMARKAHAN MARKAH 0 29
GRED F
NILAI 0.00
TARAF GAGAL
30
39
E
0.67
GAGAL
40
43
D
1.00
LULUS(bersyarat)
44
46
D+
1.33
LULUS(bersyarat)
47
49
C-
1.67
LULUS(bersyarat)
50
54
C
2.00
LULUS
55
59
C+
2.33
LULUS
60
64
B-
2.67
KEPUJIAN
65
69
B
3.00
KEPUJIAN
70
74
B+
3.33
KEPUJIAN
75
79
A-
3.67
CEMERLANG
80
89
A
4.00
CEMERLANG
90
100
A+
4.00
CEMERLANG
PENILAIAAN KOKURIKULUM Penilaiaan markah kokurikulum mahasiswa dalam setiap jenis aktiviti yang sertai adalah berdasarkan kepada aspek berikut:-
ASPEK PENILAIAN
% MARKAH
Kehadiran
10%
Program/aktiviti
40 %
Kerja kursus/kuiz/latihan
20 %
Peperiksaan akhir semester
30 %
JUMLAH
100 %
- 13 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
SINOPSIS SUBJEK KOKURIKULUM Subjek ini adalah wajib untuk mahasiswa secara teori dan amali dalam pengurusan kokurikulum di peringkat Kolej Universiti Islam Melaka mahupun di peringkat IPT lain. Mahasiswa akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengelola dan mengurus kokurikulum di Kolej Universiti Islam Melaka.
PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT KUR 1011 / KUR 2012 Subjek ini adalah merupakan subjek awalan / asas tentera darat. Melalui subjek ini, mahasiswa akan diperkenalkan kepada organisasi simpanan tentera darat, sejarah serta kepentingannya dalam pembangunan negara. Di peringkat awalnya, mahasiswa akan dilatih asas berkawat sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin.
PASUKAN BULAN SABIT MERAH KUR 1021 / KUR 2022 Subjek ini akan mendedahkan kepada mahasiswa berkaitan sejarah penubuhan Palang Merah Antarabangsa dan sejarah penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia serta undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Disamping itu, pengenalan Pertolongan Cemas Asas diberikan sebagai pengenalan memberi rawatan bagi situasi kecemasan yang ringan.
- 14 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA KUR 1031 / KUR 2032 Subjek ini bertujuan untuk mendidik dan membimbing puteri-puteri kearah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Allah S.W.T. Subjek yang ditawarkan ini diharap dapat melahirkan puteri-puteri sebagai barisan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T, Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara, menguasai pelbagai bidang ilmu, dan berakhlak mulia serta mampu berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan.
PERSATUAN TAEKWONDO KUR 1041 / KUR 2042 Subjek ini melibatkan aspek fizikal (cara membuat tumbukan, tendangan dan sebagainya) dan juga aspek mental (moral, disiplin dan sebagainya). Pertandingan pada pelbagai peringkat diadakan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pertubuhan Taekwando Antarabangsa Malaysia (ITFM) dan ujian diadakan untuk menentukan tahap perkembangan mahasiswa.
PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG MALAYSIA KUR 1051 / KUR 2052 Pengenalan tentang Penubuhan Silat Seni Gayung Malaysia (PSSGM), sistem Pentadbiran PSSGM, cara dan adab membuka / menutup gelanggang serta adat istiadat dalam PSSGM, cara-cara memanaskan badan dan asas silat, sistem pelajaran senjata (seperti pisau, keris, lembing, parang, dan lain-lain). Selain dari itu pengisian kebatinan termasuklah mandi minyak dan mandi seni juga diperkenalkan. Mahasiswa - 15 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
akan dilatih dari aspek kesopanan, keselamatan, keyakinan, kepimpinan serta larangan-larangan dalam mempelajari disiplin bela diri ini.
PERSATUAN SENI SILAT GAYUNG FATANI MALAYSIA KUR 1061 / KUR 2062 PSSGFM di rancang berdasarkan falsafah untuk memperluaskan dan mendalami skop pengalaman dalam bidang seni bela diri sebagai salah satu cabang budaya. Pendedahan yang akan diterima kelak akan memperingatkan kesedaran terhadap nilainilai agama, moral dan disiplin yang disokong oleh seni silat gayung fatani iaitu dengan menggabungkan keunggulan jasmani yang sihat, terlatih, fikiran yang waras serta jiwa yang tenang untuk mempertahankan diri.
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KUR 1071 / KUR 2072 Subjek ini adalah merupakan subjek awalan /asas Pertahanan Awam. Melalui subjek ini, mahasiswa akan diperkenalkan kepada organisasi Pertahanan Awam, sejarah serta kepentingannya dalam pembangunan negara. Di peringkat awalnya, mahasiswa akan dilatih asas berkawat sebagai salah satu bentuk pembinaan dan pemantapan disiplin. Kursus ini juga akan melatih dan membekalkan mahasiswa dengan Asas Pertolongan Cemas, Asas Menyelamat dan Kimia Kebakaran sebagai pengetahuan dan pengalaman yang membolehkan mereka menguasai asas ilmu Pertahanan Awam.
- 16 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
KELAB KAUNSELOR RAKAN SEBAYA KUR 1081 / KUR 2082 Subjek ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa berkaitan menolong diri dan individu lain menggunakan kaedah menolong yang formal. Subjek ini akan memberikan penekanan kepada teori dan kemahiran asas kaunseling dan komunikasi perorangan dalam usaha memberi bantuan. Aspek asas kaunseling, mengenali diri dan persekitaran, pasukan menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan ciri-ciri penolong yang baik akan diterapkan dalam diri mahasiswa.
KELAB KEUSAHAWANAN KUR 1091 / KUR 2092 Subjek ini akan menekankan kefahaman mahasiswa tentang aspek-aspek penting dunia perniagaan dari segi pentadbiran dan pengurusan. Pada peringkat awal mahasiswa akan didedahkan dengan sejarah dan prinsip-prinsip keusahawanan. Kemudian, mahasiswa di latih pelbagai kemahiran pentadbiran dan pengurusan usahawan dari aspek urus hingga kepada aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
KELAB KEBUDAYAAN KUR 1101 / KUR 2102 Mahasiswa akan didedahkan seni kebudayaan Islam seperti seni rupa dan taranum serta lain-lain. Mahasiswa akan didedahkan dengan cara bacaan dan dilatih untuk membentuk kepelbagaian bunyi dari segi nada, rentak dan irama yang tertentu. Ini kerana sesuatu bunyi (bacaan) tanpa mengandungi ciri-ciri tersebut, maka ianya tidak dinamakan taranum.
- 17 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
KELAB BOLA SEPAK KUR 1111 / KUR 2112 Melalui subjek ini mahasiswa akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola sepak secara teori dan praktikal. Memahami dan mengikuti undang-undang
permainan,
pertandingan
serta
dapat
melaksanakan
sesuatu
kejohanan bola sepak dan menyertai kejurulatihan dan kepengadilan.
KELAB BOLA JARING KUR 1121 / KUR 2122 Melalui subjek ini mahasiswa akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam sukan bola jaring secara teori dan praktikal bagi menimbulkan minat, memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan, mengaplikasikan dan pengurusan serta dapat melaksanakan sesuatu kejohanan dengan jayanya.
PERSATUAN PENGAKAP KELANA SISWA KUR 1131 / KUR 2132 Sebagai mahasiswa yang akan berinteraksi dalam masyarakat. Justeru mereka memerlukan kemahiran bersosial untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Pengakap merupakan suatu gerakan yang mendedahkan mahasiswa kepada ciri-cri kepimpinan dalam organisasi sukarela. Subjek akan memberi latihan kepada mahasiswa mengenai kemahiran-kemahiran ilmu berpengakap. Pelbagai aspek latihan diberikan yang merangkumi kepimpinan dan kemahiran seperti pengurusan organisasi, ikatan, kawad, ikhtiar hidup, perkhemahan dan sebagianya.
- 18 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
KELAB SEPAK TAKRAW KUR 1141 / KUR 2142 Memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai undang-undang dan peraturan permainan untuk sesuatu pertandingan dan kejohanan serta langkah-langkah dan pembentukan sesuatu pasukan. Penekanan kepada aspek teori mengenai falsafah, motivasi, dan pengurusan sesuatu pasukan serta kaedah-kaedah pengendalian latihan yang sistematik.
KELAB PETANQUE KUR 1151 / KUR 2152 Mendedahkan kepada mahasiswa mengenai undang-undang dan peraturan permainan. Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.
KELAB BOLA TAMPAR KUR 1161 / KUR 2162 Subjek ini memfokuskan pada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola tampar. Subjek ini memerlukan mahasiswa mengaplikasi teori, prinsip, dan undangundang permainan serta strategi dalam permainan bola tampar.
- 19 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
KELAB FUTSAL KUR 1171 / KUR 2172 Subjek ini akan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk menguasai kemahiran permainan futsal. Ia juga melibatkan teknik serta taktik dalam permainan. Mahasiswa juga akan didedahkan dengan undang-undang permainan yang digunakan di peringkat antarabangsa. Subjek ini juga akan mendedahkan kepada mahasiswa pengurusan pasukan dan bagaimana untuk mengendalikan sesuatu kejohanan.
KELAB OLAHRAGA KUR 1181 / KUR 2182 Melalui subjek ini mahasiswa akan didedahkan dengan kemahiran asas dalam acara olahraga secara teori dan pratikal bagi menimbulkan minat, memahami dan mengikuti undang-undang permainan serta pertandingan, mengaplikasikan kepegawaian dan pengurusan serta dapat melaksanakan sesuatu kejohanan olahraga dengan jayanya.
KELAB PING PONG KUR 1191 / KUR 2192 Subjek ini menekankan kemahiran asas berkaitan permainan Ping Pong. Penguasaan tentang peraturan-peraturan dalam pertandingan seperti yang ditetapkan oleh International Tennis Federation (ITTF) adalah dititikberatkan. Pengetahuan tentang cara-cara mengendalikan sesuatu pertandingan juga akan didedahkan. Mahasiswa juga akan didedahkan dengan teknik memanaskan badan sebelum sesuatu perlawanan bermula.
- 20 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
CARTA ALIR PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM TANGGUNGJAWAB
PROSES
REKOD
MULA
Mahasiswa HEM
Mahasiswa
Mahasiswa HEM
MOHON IKUTI KOKURIKULUM (Semester 1)
IKUTI KOKURIKULUM (Semester 2 WAJIB)
DAFTAR KOKURIKULUM
-Rekod pendaftaran -Rekod kehadiran (BL01-01) -Borang Pendaftaran kursus di AKADEMIK
(Semester 3)
Mahasiswa KOKURIKULUM HEA
PENILAIAN PRESTASI PELAJAR
Mahasiswa HEA
PEPERIKSAAN KOKURIKULUM
- Borang BL01-02
(Semester 3)
(Semester 3)
LULUS
GAGAL
TAMAT
- 21 -
-Borang pendaftaran kursus -senarai nama calon
-Keputusan peperiksaan
KEPUTUSAN
HEA
Mahasiswa KOKURIKULUM HEA
-Borang BL01-1
-LULUS -masuk dalam slip peperiksaan sem 3 -GAGAL-ulang semula langkah(3)
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
PROSEDUR PENDAFTARAN SUBJEK KOKURIKULUM BIL
1
TINDAKAN
Mahasiswa
perlu
memohon
TANGGUNGJAWAB
untuk
mengikuti
Kokurikulum pada semester satu (1) pengajian mereka
di
Kolej
Universiti
Islam
Mahasiswa HEM
Melaka.
Permohonan dibuat dengan mengisi borang BL01-1 yang akan dikeluarkan oleh Unit Koku.
2
Mahasiswa akan mula mengikuti latihan/aktiviti
Mahasiswa
kokurikulum bermula pada semester dua (2) pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Melaka. Ini
penting
bagi
memastikan
mahasiswa
memperolehi 64 jam kontak untuk melayakkan mereka menduduki peperiksaan akhir kokurikulum.
3
Mahasiswa perlu mendaftar kokurikulum semasa pendaftaran kursus di semester 3.
4
Mahasiswa HEA
Mahasiswa akan mengisi borang BL01-02 iaitu
Mahasiswa
Borang Penilaian Prestasi Pelajar. Borang yang
HEM
telah lengkap diisi perlu di serahkan kepada penyelaras
persatuan/kelab
untuk
disahkan
sebelum dihantar kepada Unit Kokurikulum untuk tindakan lanjut.
- 22 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
5
Mahasiswa yang telah berdaftar dan cukup 80 peratus
kehadiran
peperiksaan dan
layak
untuk
menduduki
Mahasiswa HEA
perlu menduduki peperiksaan
pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
6
Keputusan
akan
dikeluarkan
oleh
Bahagian
HEA
Akademik pada keputusan peperiksaan semester 3.
7
Mahasiswa yang GAGAL akan mengulang semula
Mahasiswa HEA
mengikut dalam prosedur.
HEM
- 23 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
PENYELARAS SUBJEK KOKURIKULUM KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA JAWATAN
PENYELARAS KOKURIKULUM
Penyelaras Subjek Kokurikulum KUIM
BIL
SUBJEK KOKURIKULUM
1
Pasukan Simpanan Tentera Darat
NAMA
NOMBOR TELEFON
UNIT
En Mohd Hady Bin Mazalan
012-2149976
KOKURIKULUM
NAMA
NOMBOR TELEFON
UNIT
Cil Nurul Huda Binti Adanan
012-9758960
BAHASA
Tn Hj (M) Mohd Yunus Bin Mohd Law
012-3633877
KLINIK
Pn Siti Saedah Binti Dolah
012-6188457
KAUNSELING
PENYELARAS KOKURIKULUM
(KUR 1011 / KUR 2012)
2
Pasukan Bulan Sabit Merah (KUR 1021 / KUR 2022)
3
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (KUR 1031 / KUR 2032)
- 24 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
4
Persatuan Taekwando
Cik Siti Noraini Binti Latif
016-6905052
HEM
Cik Zuraida Hanim
012-5358324
FST
En Mohd Amizan Bin Md Yusof
012-9707071
FSSS
Kapt (Bersekutu)Tn Hj Jamil Bin Muhamad
012-3872979
KESELAMATAN
Cik Sharifah Naqjihaa Binti Syed Othman
016-6912445
FSSS
Tn Hj Zamry Bin Gafar
013-6207313
FIPP
(KUR 1041 / KUR 2042)
5
Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia
Binti Zaini
(KUR 1051 / KUR 2052)
6
Persatuan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia (KUR 1061 / KUR 2062)
7
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (KUR 1071 / KUR 2072)
8
Kelab Kaunselor Rakan Sebaya (KUR 1081 / KUR 2082)
9
Kelab Keusahawanan (KUR 1091 / KUR 2092)
- 25 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
10
Kelab Kebudayaan ( KUR 1101 / KUR 2102)
11
Kelab Bola Sepak (KUR 1111 / KUR 2112)
12
Kelab Bola Jaring
En Ahmad Sabri Bin Ahmad Harnaini @ Abdullah
012-2701959
BAHASA
En Muhammad Dzarif Bin Ahmad Zahidi
019-6964123
FSSS
En Azman Bin Ripin
017-6752980
FPH
En Muhammad Syahmi Bin Md Nasir
013-3689114
HEM
En Mohd Sufiean Bin Hassan
013-2269223
PRO
Ust Azmi Bin Budin
013-2079075
API
(KUR 1121 / KUR 2122)
13
Persatuan Pengakap (KUR 1131 / KUR 2132)
14
Kelab Sepak Takraw (KUR 1141 / KUR 2142)
15
Kelab Pentanque (KUR 1151 / 2152)
- 26 -
PANDUAN SUBJEK KOKURIKULUM (UNIT KOKURIKULUM HEM)
16
Kelab Bola Tampar
En Hazril Bin Yunus
012-9255280
PEMBANGUNAN
En Yuseni Bin Abdul Wahab
017-6087941
FIPP
En Norsalman Bin Mohd Nor
012-6664240
AKA
En Mohd Yazit Bin Mohd
012-6190319
IT
(KUR 1161 / KUR 2162)
17
Kelab Futsal (KUR 1171 / KUR 2172)
18
Kelab Olahraga (KUR 1181 / KUR 2182)
19
Kelab Ping Pong (KUR 1191 / KUR 2192)
- 27 -