Oktober 2016
AZAM NAIB CANSELOR USM MENJAYAKAN AGENDA APEX
“Kita perlu berubah dan merealisasikan semua usaha yang dirancang dalam konteks negara dan dunia, menjadi pemimpin yang terbaik yang melibatkan seluruh warga dan sentiasa bekerja bersamasama dengan semua pihak lain, kita perlu keluar dan membangunkan kerjasama, mendapat pengalaman baharu, membina jaringan baharu dan bergerak pantas
dalam dunia yang memerlukan kepantasan kita membuat keputusan dan mendapatkan fakta,” kata Asma. T ambahnya lagi, inilah universiti kita bersama dan yang perlu bergerak bersamasama dengan mengukuhkan kekuatan yang ada dengan mencapai kejayaan bukan sekadar memberikan arahan tetapi berusaha untuk saling menyokong dalam menjayakan hasrat yang kita inginkan. “Saya percaya kita mempunyai semua kekuatan dan kepakaran yang diperlukan untuk mara ke hadapan dengan jayanya,” kata Asma. Beliau berkata demikian ketika bertemu ketua-ketua jabatan di USM. Sebelum itu, Asma bertemu Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) setelah melapor diri hari ini.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
2
Terdahulu, berlangsung upacara menyerah tugas daripada mantan Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Omar Osman kepada Asma. Omar menyandang tugas Naib Canselor sejak September 2011.
“
Saya percaya kita mempunyai semua kekuatan dan kepakaran yang diperlukan untuk mara ke hadapan dengan jayanya,
“
PULAU PINANG, 4 Oktober 2016 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Haji Ismail bertekad untuk memastikan USM menjayakan sepenuhnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) dan agenda Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) dengan memastikan seluruh warga memahami aspirasi tersebut.
Oktober 2016
JADI GRADUAN HOLISTIK, BERCIRI KEUSAHAWANAN DAN SEIMBANG DI PERINGKAT GLOBAL, SERU NC USM PULAU PINANG, 4 Oktober 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Profesor Dr. Asma Hj. Ismail berhasrat memperkukuhkan usaha membawa pelajar kepada “next level” dengan mengajak semua pihak secara holistik untuk membangunkan pelajar dalam semua aspek iaitu seimbang di antara perwatakan, dengan ilmu yang cintakan ilmu dan memanfaatkan untuk melakukan perubahan dan transformasi. “Saya ingin memastikan usaha pembangunan pelajar secara terancang (by design) bukan berlaku begitu saya (by chance),” kata Asma. Bercakap ketika bertemu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) beliau mencabar pelajar-pelajar untuk menjadi pemain global dengan melakukan sesuatu yang lebih dari apa yang dilakukan kini dan membawa nama pelajarpelajar USM ke satu tahap yang lebih membanggakan.
“Melalui penghakupayaan bakat pula, pelajar diseru menjadi seorang yang membawa manfaat kepada masyarakat, bukan sahaja den ga n penca ria n ilmu semata-mata,” katanya. Tambahnya, selain pelajar ijazah pertama, pelajar pasca siswazah USM juga diseru bersatu antara satu sama lain dalam menjalankan aktiviti dan perkara yang berkaitan di peringkat universiti kerana para pemimpin masa hadapan negara kelak dicorak dari golongan ini. “Saya mengharapkan para pelajar terutama pemimpin persatuan untuk lebih kreatif dalam mencari sumber untuk melakukan aktiviti tanpa bergantung hanya kepada sumber sedia ada, malah mereka perlu belajar dari rakan-rakan di universiti swasta dengan bekerja bersama-sama dan keluar dari sikap bekerja bersendirian dalam kalangan kelompok sendiri sahaja atau silo,” tegasnya lagi. 3
Pelajar USM juga disaran untuk menjadi seorang graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang dalam diri masing-masing selari dengan lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20152025 (Pendidikan Tinggi). Naib Canselor turut mendengar pandangan dan cadangan pelajar tentang pelbagai perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan kebajikan pelajar. Ya n g t u r u t h a d i r i a l a h Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein; Pengarah Pembangunan Pelajar Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr. Nazarudin Zainun; Timbalan Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Saad Din dan ahliahli MPPUSM dari ketiga-tiga kampus.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
PACU KECEMERLANGAN ‘CARA USM’ di Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuka satu dimensi baru untuk beliau melihat dengan lebih jelas senario pendidikan tinggi dalam konteks lebih luas dan mengajarnya tentang kombinasi ilmu pengetahuan dengan karakter serta ilmu pengetahuan dengan nilainilai universal. “Saya gembira diberi peluang ini dan akan meneraju USM dengan mengukuhkan nilai-nilai fundamental yang selari dengan agenda Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX). Kita akan melaksanakannya melalui strategi know-how dan ia juga akan dipastikan bergerak seiringan dengan PPPM (PT) supaya usaha yang dijalankan mencapai objektif secara menyeluruh dan mengikut hasrat dan keperluan yang diinginkan oleh kerajaan.
PULAU PINANG, 7 Oktober 2016 – Aspirasinya cukup tinggi, ingin memimpin satu organisasi yang dapat menggerakkan revolusi yang mana pengajian tinggi memainkan peranannya memacu pembangunan negara melalui pembentukan generasi masa hadapan yang bercirikan value-based learned, value-driven talents, bukan sekadar bersandarkan kepada kemampuan akademik semata-mata. Naib Canselor (NC) baharu Universiti Sains Malaysia (USM) yang mula menjalankan tugas secara rasmi memimpin
warga USM pada 4 Oktober lalu, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail bertekad mahu mengemudi USM melalui strategi-strategi yang telah dirangka dan selari dengan hasrat yang ingin dicapai oleh kerajaan melalu cetak biru pendidikan tinggi iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPPM (PT)]. Penghijrahannya selama lebih kurang lima tahun, dilantik menjadi NC Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 2012 dan kemudiannya menjadi Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
4
“PPPM (PT) diwujudkan hanya sebagai satu kerangka untuk institusi pengajian tinggi bergerak, namun setiap universiti diberi kebebasan mengikut inovasi dan kreativiti untuk merekabentuk formula masing-masing bagi memacu kecemerlangan dan berdaya saing secara global,” katanya. Tambah beliau, perancangan operasi USM telah diteliti dan kali ini yang pasti, kecemerlangan akan dipacu dengan cara USM yang unik. Beliau akan memastikan keseluruhan organisasi bergerak sebagai satu entiti dan tahu arah tuju yang ingin dicapai atau dalam erti kata lain mengaplikasikan kaedah memimpin ber dasarkan konsep purpose-driven organisation. “Arah tuju yang jelas ini penting dalam usaha USM menjadi
Oktober 2016
sebuah universiti role model yang dapat merencanakan kecemerlangannya mengikut aspirasi kerajaan terhadap pendidikan tinggi namun dengan cara USM. Cara USM yang dimaksudkan adalah menggerakkan agenda APEX yang sememangnya telah pun selari dengan teras PPPM (PT) khususnya dalam membudayakan learned, value-based talent.
KOMITED JAYAKAN PEMBELAJARAN SECARA FLEKSIBEL
“Hal ini pada akhirnya akan membolehkan universiti membariskan warganya khususnya ketua-ketua jabatan yang mempunyai akauntabiliti untuk merangka tindakan yang ingin mereka laksanakan melalui satu motivasi hakiki untuk menggerakkan Universiti. Ini kemudiannya akan diikuti dengan passion dan kehendak untuk menggerakkan agenda kecemerlangan. Justeru yang ingin tekankan di sini matlamat kecemerlangan kini direkabentuk melalui kaedah terancang (planned), bukan secara peluang (not by chance).
“Negara sedang beralih daripada pembelajaran secara konvensional kepada pendidikan fleksibel dan USM mempunyai pelbagai idea kreatif ke arah menjayakan aspirasi ini. Kita sedang berhadapan dengan generasi Z yang mana golongan ini mempunyai cara baharu dan tersendiri untuk belajar dan cara baharu mereka ingin proses pengajaran dan pembelajaran itu dilaksanakan.
“USM mempunyai kemampuan dan kapasiti untuk cemerlang dan Universiti ini tidak pernah terputus dari dibarisi oleh pemimpin yang unggul yang mana hanya menunggu peluang untuk menyerlahkan potensi mereka untuk membawa universiti ke tahap tertinggi. USM bukan sekadar mahu menjadi nombor satu dalam negara sebaliknya diiktiraf dan disegani dalam senario global,” ujar beliau.
Ditanya pandangannya mengenai pembaharuan yang ingin dibuat, beliau dengan yakin menegaskan USM perlu menggerakkan program akademik yang inovatif baik di peringkat ijazah pertama mahupun pasca siswazah.
“Justeru Universiti harus menyahut cabaran ini untuk memastikan kita dapat memenuhi kehendak generasi millenia ini. Pendidikan fleksibel adalah antara langkah yang telah pun diperkenalkan dan perlu diperkasakan. Generasi ini sudah tidak mahu lagi dengan amalan biasa masuk ke dewan kuliah dan mendengar kuliah. Mereka mahukan interaksi dan kaedah teradun yang membolehkan penjanaan pemikiran kritis dan pemikiran analisis, yang pada akhirnya boleh diaplikasikan untuk
5
menyelesaikan masalah dalam dunia sebenar,” ujar beliau. Justeru katanya, kerangka sedia dalam pendidikan fleksibel termasuk program 2U2I (dua tahun di universiti dan dua tahun di industri), ijazah fleksibel, ijazah b e r k e m b a r, d w i - i j a z a h , pembelajaran teradun, Massive Open Online Courses (MOOCS) dan sebagainya akan digerakkan dengan sebaik mungkin untuk menyerlahkan kemampuan pelajar secara optimum dan mampu melangkah keluar dari Universiti dengan jati diri yang kukuh dan berupaya menjadi job creator, bukan sekadar job seeker. “Kita sedia maklum pelajar masa kini mempunyai kemampuan akademik yang luar biasa namun di pihak industri, pandangan yang disuarakan menyentuh kepada kemampuan mereka menjadi pemikir dan penyelesai masalah. Oleh kerana itu program seperti 2U2I penting bagi memastikan pelajar tahu situasi sebenar dan kepentingan berfikir secara kritis. Tempoh latihan industri selama tiga hingga enam bulan kini sudah tidak relevan kerana pelajar perlu tahu apa yang industri mahukan dan harapkan dari mereka,” katanya.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
LIHAT ISU GENDER SECARA LEBIH SERIUS Ketegasan wanita yang berasal dari Jitra, Kedah ini cukup menyerlah ketika diajukan pertanyaan mengenai komennya mencipta nama menjadi NC ketujuh dan wanita pertama USM. “Saya lebih gemar dilihat berdasarkan merit, kebolehan dan kemampuan saya untuk menguruskan organisasi berbanding isu gender. Menjadi wanita pertama adalah satu bonus namun saya adalah jenis wanita yang menjalankan tugas mengikut merit. “Justeru, secara tidak langsung keberadaan saya di USM adalah untuk memastikan wujud kesamarataan dan sensitiviti gender dalam kampus. Data yang dihasilkan dalam kampus perlu mempunyai pecahan kepada lelaki dan wanita kerana kadangkala data disediakan tidak melihat kepada perkara tersebut. Ia memberi kesan khususnya ketika ingin membuat keputusan. Paling tidak sebagai permulaan apabila ada data berkaitan USM kita mempunyai pecahan lelaki dan wanita untuk membolehkan proses membuat keputusan menjadi lebih baik dan menyeluruh mengikut konsep informed decision-based dan evidencebased,” jelasnya. Beliau turut menyuarakan hasrat untuk melihat lebih ramai saintis wanita tampil untuk menyerlahkan potensi masing-masing dan Universiti akan membantu seadanya kerana bagi wanita yang terkenal dengan hasil penyelidikan yang telah dikomersialkan melalui geran lebih RM19 juta ini, setiap perkara ada jalan untuk rundingan.
Asma yang memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Selular dan Molekular Biologi dari Universiti of Nevada, Amerika Syarikat memulakan kariernya sebagai pensyarah dalam bidang Mikrobiologi Perubatan di USM pada tahun 1986. Bidang kepakarannya adalah dalam Mikrobiologi Perubatan, Mikrobiologi Klinikal dan Bioteknologi Perubatan.
JADIKAN RANKING SEBAGAI INDIKATOR Asma turut mempunyai pandangan yang jelas berkenaan isu ranking namun permainan global itu tidak dilihat secara taksub sehingga perlu menggadaikan etika dan integriti dalam mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang diinginkan. Katanya, ranking telah lama wujud dan Universiti tidak boleh lari darinya. Ranking perlu diambil secara positif sebagai indikator untuk Universiti melihat sama ada fundamentalnya berada di landasan yang betul atau sebaliknya. “Jika ada mana-mana bahagian yang lemah kita perbaiki. Ada sesetengah perkara dalam ranking yang kita tidak menyerlah pun namun ada juga yang cemerlang. Justeru kita perlu cari jalan pintar untuk memacu kecemerlangan, bukan taksub kepada ranking. Kita perlu memastikan ranking itu sendiri selari dengan fundamental Universiti, bukan fundamental Universiti yang perlu berubah kerana ranking. “Fundamental Universiti termasuk meletakkan integriti dan etika dalam penyelidikan, memastikan penerbitan kita tidak tergolong dalam plagiarisme, menghasilkan penyelidikan secara profesional serta berkualiti dan sebagainya. Semua hal ini penting kerana dalam keghairahan kita mengejar ranking dan mencapai KPI
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
6
khususnya dalam penerbitan, ada di antara akademia yang sanggup melakukan perkara yang tidak beretika dalam penyelidikan,” jelasnya. Asma yang mempraktikkan konsep evidence-based management akan mentadbir Universiti dengan cara yang tersendiri. Tambahnya, bidang yang menunjukkan potensi untuk terbang lebih tinggi akan diperkasakan kepada tahap seterusnya dan sudah tentunya akan dilonjakkan ke tahap par excellence. Bagi yang telah cemerlang dan mendahului, Universiti akan memastikannya terus terbang ke peringkat platinum. Dalam situasi USM, dua bidang nic yang sudah pasti akan diperkasakan dengan lebih cemerlang adalah Sains Persekitaran dan Kejuruteraan Kimia. Beliau turut menegaskan, USM dan empat lagi universiti penyelidikan perlu terus menunjukkan prestasi cemerlang yang luar biasa dan menjadi pendahulu untuk terus menarik lebih ramai pelajar antarabangsa memilih Malaysia sebagai destinasi menuntut ilmu, sekaligus membanggakan negara.
Oktober 2016
MOHD HAZIM TEKAD JAYAKAN APEX USM
USM, PULAU PINANG, 19 Oktober 2016 - Hasratnya ialah untuk mencurah bakti kepada orang lain sebagai satu kepuasan diri hasil didikan universiti yang menjalani Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (APEX) ini.
BARISAN MPPUSM DISERU SUPAYA JADI YANG TERBAIK DAN TERKEHADAPAN USM, PULAU PINANG, 19 Oktober 2016 – Barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) bagi sidang akademik 2016/2017 diseru supaya sentiasa menjadi yang terbaik dan terkehadapan dalam pelbagai aspek. Demikian jelas Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail ketika memberi amanatnya dalam Majlis Penyerahan Watikah dan Lafaz Ikrar MPPUSM sidang 2016/2017 di sini, hari ini. Katanya, sebagai sebuah universiti yang pertama mendapat gelaran APEX dan juga yang pertama di negara ini dikenali dengan jenama kelestariannya, pelajar dan warga USM khususnya perlu sentiasa terkehadapan dan berada pada kedudukan yang pertama.
Demikian cita-cita peribadi pelajar Pusat Pengajian Sains Fizik, 21, Mohd Hazim Abdul Manaf yang dipilih sebagai Yang Di-Pertua baharu Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) bagi sidang akademik 2016/2017. “Yang utama dalam hidup ialah berbakti kepada orang lain kerana itulah kepuasan yang tidak ternilai bila dapat berkhidmat dan membantu masyarakat melalui pelbagai cara dan pendekatan yang berbeza,” kata Hazim, anak bongsu daripada dua beradik yang dilahirkan di Kulim, Kedah dan dibesarkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bekas pelajar Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam sebelum melanjutkan pengajian di Matrikulasi Changlun bertekad untuk membawa Majlis Perwakilan Pelajar USM pada sidang kali ini untuk berusaha menzahirkan hasrat universiti melahirkan mahasiswa HEBAT
“Salah satu agenda masa hadapan USM dalam mencapai APEX 2020 ialah pembangunan bakat dan menzahirkan Universiti Global dengan para pelajar yang berjiwa dan berbudaya global. Para pemimpin pelajar ini hendaklah tidak membataskan diri dengan apa yang ada di dalam negara tetapi perlu bersedia untuk mengambil peluang dalam pelbagai bidang dari seluruh pelosok dunia,” tambahnya. Jelas Asma, pemimpin pelajar yang telah diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan, mereka haruslah mempunyai visi dan misi yang jelas di samping perlu ketepikan perbezaan ideologi dan persengketaan. “Semua barisan MPPUSM perlulah bersatu hati dan menggembleng tenaga bersama-sama tanpa mengira latar belakang bidang pendidikan demi membangunkan nama universiti yang kita cintai ini,” katanya.
serta membentuk mahasiswa USM yang mempunyai identiti tersendiri di samping meneruskan usaha menjaga kebajikan mahasiswa. “Saya dan rakan-rakan di dalam MPPUSM sidang ini akan terus berusaha bergerak seiring dengan universiti dalam menjayakan setiap usaha yang dibuat dalam menjayakan misi kelestarian yang menjadi semangat APEX selama ini dalam memacu kecemerlangan masa hadapan,” kata pelajar Fizik tahun 3 Fizik Gunaan tersebut. Dalam barisan kepimpinan MPPUSM kali ini, jawatan NYDP 1 pula disandang oleh Mohd Uzair Ahmad, NYDP 2 Tan Kar Yap, NYDP 3 Sutarsan A/L Chandran, Setiausaha Agung Farah Aniis Azeera Azeman dan Bendahari Tan Chun Yung. Kira-kira 8,220 orang pelajar USM telah membuat pemilihan MPP baharu bagi ketiga-tiga kampus dengan menggunakan rangkaian elektronik e-Pilih buat kali pertama pada 13 Oktober lalu melibatkan 29 kerusi iaitu 6 kerusi umum dan 23 kerusi Pusat Pengajian.
dianjurkan supaya dengan keberadaan mereka juga boleh memberikan sumbangan dalam sesuatu program yang dijayakan. “Saya mengharapkan barisan MPPUSM sidang ini akan menganjurkan programprogram yang berimpak tinggi dan berkualiti kepada para pelajar contohnya program-program flagship seperti Novel Research and Innovation Competition (NRIC) yang menunjukkan salah satu program yang dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar USM,” jelasnya lagi. Barisan MPPUSM bagi sidang 2016/2017 terdiri daripada 45 orang ahli termasuk lapan orang Exco daripada Kampus Kejuruteraan USM dan tujuh orang dari Kampus Kesihatan USM dan seorang yang mewakili Kampus KLE-USM di India.
Di samping itu, Asma turut menyeru supaya melibatkan sama pelajar-pelajar antarabangsa dalam program yang
7
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
HASILKAN INOVASI SELESAI MASALAH MASYARAKAT KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2016 - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau hari ini menyeru semua pihak untuk melibatkan diri dalam penyelidikan dan inovasi yang bertumpu kepada penyelesaian masalah pelbagai peringkat dan pihak. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2016 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diadakan di sini hari ini. “MOSTI akan terus menjadi pemangkin serta peneraju inovasi negara yang terus memberikan dorongan dan galakan yang bersepadu bagi pengembangan inovasi tempatan,” kata Madius. Penganjuran AIN buat kali ke11 ini adalah acara kemuncak MOSTI dalam usaha untuk memberikan pengiktirafan kepada perekacipta negara yang sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai agenda nasional menjelang 2020. Tiga pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai finalis antara lebih 500 penyertaan bagi 4 kategori iaitu Produk, Perkhidmatan, Akar Umbi dan Sekolah. Finalis ini adalah termasuk dua dalam kategori Produk iaitu “Bal Ex Stroke - Modul latihan strok untuk panduan di rumah” oleh pensyarah
Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Dr. Zuraida Zainon dan “Nano-TIO2 towards hygienic environment and good indoor air quality” oleh pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan manakala “Medi Bike Exerciser: Penambahbaikan teknik terapi senaman pesakit yang mengalami masalah menggerakkan anggota atas dan bawah” adalah finalis bagi kategori Perkhidmatan. Menurut Ketua Setiausaha MOSTI, Dato’ Dr. Mohd Azhar Yahaya pada tahun ini diperkenalkan dua kategori baharu iaitu Anugerah Saintis Muda Negara dan Anugerah Juruteknologi Negara serta penghargaan kepada media cetak dan media elektronik. “Kesemua finalis bagi setiap kategori telah dua hari mempamer pr oduk dan perkhidmatan masing-masing bermula Isnin lalu serta melalui proses penjurian,” kata Mohd Azhar. Turut hadir adalah Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Panglima Dr. Abu Bakar Md Diah dan isteri.Penerima anugerah AIN bagi kategori Produk dan Perkhidmatan masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi dan sijil, RM20,000 bagi kategori Akar Umbi dan bagi tiga kategori lain membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta
USM TEKAD BERUSAHA TINGKAT KERJASAMA UNTUK IMPAK TINGGI PENDIDIKAN TINGGI
PULAU PINANG, 22 Oktober 2016 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail menyifatkan bajet yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri sebagai mesra pendidikan tinggi. “Bajet ini menunjukkan keprihatinan dan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan pendidikan tinggi negara berupaya mencapai kedudukan yang tinggi pada peringkat global untuk ‘soaring upwards’ dalam memacu kecemerlangannya,” kata Asma. Tegasnya, dengan keyakinanan ini juga USM berhasrat untuk memberikan komitmen yang tinggi dan terus berusaha gigih untuk bekerjasama dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak untuk memberi impak besar melalui pemerkasaan hubungan kerajaanuniversiti-industri-komuniti (quadruple helix) dan kemanusiaan. “Perjalanan kita masih jauh dan kita perlu terus berusaha untuk memastikan rakyat mendapat pendidikan yang terbaik,” tambah Asma.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
8
Oktober 2016 Tambah beliau, projek ini telah memberi impak besar kepada kumpulan sasaran dan pada masa yang sama ia membentuk “experiential learning” yang bermakna kepada pelajar untuk memahami keperluan komuniti setempat, meningkatkan kemahiran pencarian sumber, kemahiran merancang dan mengorganisasi, mengasah kemahiran interpersonal dan pengembangan kreativiti pelajarpelajar.
KELAB PENYAYANG USM JUARA PIALA SUKARELAWAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA 2016 BANGI, 23 Oktober 2016 Kelab Penyayang Universiti Sains Malaysia (USM) telah dinobatkan sebagai Juara Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia 2016 buat kali ke-2 (juara bertahan) sejak pertandingan ini dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang pada tahun 2014 dan meraih geran pembangunan komuniti berjumlah RM25,000 selepas berjaya menandingi dengan 11 Universiti Awam dan Universiti Swasta yang lain. Kemenangan yang diraih ini bersandarkan kepada idea projek komuniti yang dicadangkan oleh Kelab Penyayang USM yang menfokus kepada keperluan semasa komuniti yang dipilih iaitu golongan anak-anak yatim yang berada di Wisma Yatim Perempuan Persekutuan Pulau Pinang yang merupakan “rumah angkat” kepada kelab itu. Projek yang diberi tajuk “Transformasi Permata Penyayang” telah mengenengahkan keperluan dan kepentingan aktiviti rekreasi, pertanian dan pendidikan ke arah pembangunan anak-anak yatim di rumah yatim tersebut. Tiga sub-projek utama yang
disasarkan menfokus kepada penyediaan taman permainan mini, aktiviti penanaman hidroponik serta penyediaan dan penyelenggaran kelas tuisyen untuk anak-anak yatim di rumah tersebut. Menurut Penasihat Kelab Penyayang USM, Pr ofesor Dr. Azlinda Azman yang juga Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, ahli-ahli Kelab Penyayang USM ini telah menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam menyumbang kepada komuniti dan Wisma Yatim ini adalah rumah angkat kelab di mana hampir setiap minggu pelajar telah bergilir-gilir berkunjung untuk memberi bimbingan pembelajaran dan berinteraksi dengan anak-anak yatim yang ada di sana. “Hasil daripada kunjungan dan interaksi yang berterusan ini telah mencetuskan idea dalam k a la n g a n a h li- a h li kelab membantu membentuk program dan aktiviti yang dapat meningkatkan lagi keyakinan, sokongan sosial dan pembangunan menyeluruh anakanak yatim ini,” katanya.
9
“Yang paling utama, pelajar telah menimba pengalaman untuk belajar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain, terutamanya dalam menggembleng idea dan kemahiran kerana Kelab Penyayang USM terdiri daripada pelajar pelbagai disiplin seperti Sains Kemasyarakatan, Ekonomi, Sains Kajihayat, Pengurusan, Perumahan, Bangunan & Perancangan, Seni, Sains Fizik, Ilmu Pendidikan dan sebagainya. “Pengetahuan dan kemahiran pelbagai disiplin inilah yang telah diaplikasikan dalam merealisasikan projek yang lebih berkesan dan pengalaman ini semestinya dapat melatih pelajar untuk mengiktiraf kekuatan disiplin lain dan kepentingan untuk bekerjasama dalam menjayakan apa jua projek demi pembangunan komuniti yang bermakna,” jelas lanjutnya. Sementara itu, Yang DiPertua Kelab Penyayang USM, Mohammad Rusydi bin Abdul Samat yang turut berbangga dengan sumbangan idea, masa dan tenaga dalam melaksanakan projek komuniti ini dengan jayanya berkata, ini adalah satu pengalaman yang unik buat kami di Kelab Penyayang dan pastinya menyemarakkan lagi usaha kami untuk pembangunan komuniti setempat di samping melonjakkan lagi nama USM. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Kamel bin Mohamed. Turut sama mengiringi Kelab Penyayang USM menerima anugerah tersebut adalah Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Dr. Syazwani Drani.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
Upacara Konvokesyen ke-54
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
10
Oktober 2016
11
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
PRESIDEN TORAY INDUSTRIES TERIMA IJAZAH KEHORMAT UPACARA KONVOKESYEN KE-54 USM PULAU PINANG, 23 Oktober 2016 – Presiden yang juga Ketua Pegawai Operasi Toray Industries, Dato’ Akihiro Nikkaku adalah penerima Ijazah Kehor mat Doktor Kejuruteraan sempena Upacara Konvokesyen ke54 Universiti Sains Malaysia (USM) yang akan bermula esok. Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, penganugerahan itu bagi menghargai sumbangan beliau dalam mengukuhkan hubungan USM dengan industri selama ini. “Beliau banyak memberikan sumbangan melalui pelaburan besar yang dibuat dan sumbangan untuk pelbagai tujuan termasuk pembinaan bangunan Toray USM Knowledge Transfer Centre,” tambah Asma.
Katanya, istiadat penganugerahan sidang pertama akan disempurnakan oleh Raja Perlis merangkap Tuanku Canselor USM, D . Y. M . M T u a n k u S y e d Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dengan pengijazahan kepada 276 graduan, manakala Sidang 2 hingga Sidang 8 oleh tiga Pro Canselor USM iaitu Tan Sri Razali Ismail, Tan Sri Dr. M. Jegathesan dan Tan Sri Datuk Mustafa Mansur. Sehingga kini, USM telah mempunyai seramai 159,423 orang alumni meliputi 26,199 graduan ijazah tinggi dan 133,235 orang graduan ijazah pertama. “Untuk tahun ini USM bakal menganugerahkan ijazah kepada sejumlah 5,941 graduan dan jumlah itu termasuk Ijazah Kehormat seorang, Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 275 orang, Ijazah Sarjana (1,000), Ijazah Sarjana Muda (4,579), dan Diploma Kejururawatan (87),” katanya dalam satu sidang media khas sempena Upacara Konvokesyen
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
12
ke-54 USM, serentak memperkenalkan graduangraduan cemerlang dan istimewa USM, di sini hari ini. Ya n g h a d i r s a m a i a l a h T imbalan-T imbalan Naib Canselor USM dan Pendaftar, Profesor Dato’ Dr. Abdul Aziz Tajuddin. Antara graduan yang turut hadir ialah penerima Hadiah Pingat Emas Canselor bagi pelajar tahun akhir terbaik dalam segala lapangan, Lim Yen Ruen – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik). Selain itu, turut hadir dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-raja Malaysia (Pelajar terbaik dalam segala lapangan), masing-masing Mohd Hijan Mohd Razali – Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik bagi kategori Bumiputera dan Benedict Weerasena A/L Samarasena – Ijazah Sarjana Muda Ekonomi bagi kategori Bukan Bumiputera. Sementara itu, penerima Anugerah Pingat Emas USM untuk Pelajar Kelainan Upaya (PKU) Terbaik, Norhamizah Idros – Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Elektronik) turut sama hadir dalam majlis hari ini.
Oktober 2016
SUBURKAN BUDAYA MEMBERI, TITAH CANSELOR USM “Dengan usaha dan perancangan yang betul, saya yakin Yayasan USM mampu mengumpul dana yang lebih besar untuk mengisi pelbagai tabung yang ada. “Begitu juga dengan warga kerja dan mereka yang telah mengukir kejayaan di USM selama ini yang jika setiap seorang daripada mereka kembali membantu dan memberikan sumbangan walaupun dengan jumlah yang kecil, akhirnya jumlah yang terkumpul adalah besar dan ber makna untuk kegunaan Yayasan USM,” titah baginda.
PULAU PINANG, 24 Oktober 2016 – Di samping berusaha dalam pembangunan akademik dan penyelidikan, perhatian perlu diberi kepada rakyat yang dalam kesusahan. “Masing-masing ada bermacammacam kesusahan tersendiri sama ada masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah keluarga atau sebagainya yang semuanya memerlukan bantuan daripada pihak yang lain yang lebih malang lagi, jika mereka ini tidak tahu arah tuju hendak meminta bantuan,” titah Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dalam Majlis Santapan Malam Amal Yayasan USM di sini malam tadi. Kerana itu baginda menekankan terhadap betapa pentingnya menyuburkan budaya memberi atau berkongsi dalam kalangan masyarakat. “Saya menyeru semua pihak mengambil bahagian dan tanggungjawab ini sama ada melalui USM, persatuan atau pertubuhan sukarela (NGO)
atau secara persendirian untuk mendekati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. “Saya percaya jika budaya ini dapat disuburkan seawal mungkin, sejak kanak-kanak, remaja dan ke peringkat yang lebih tinggi, maka kita mampu lakukan sesuatu perubahan apatah lagi budaya memberi dan berkongsi ini adalah lambang kesyukuran terhadap nikmat yang diperolehi selama ini,” tegas DYMM Raja Perlis itu. Tambah baginda, Yayasan USM berupaya menjana kewangan yang lebih besar jika lebih banyak pihak membantu terutamanya para alumni d e n g a n bilangannya yang besar termasuk yang telah berjaya serta melalui rangkaian hubungan yang luas serta kepakaran yang pelbagai u n t u k dimanfaatkan.
13
Yang berangkat sama pada majlis tersebut ialah Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid. Antara kenamaan yang turut hadir dalam majlis yang bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan USM itu ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Haji Abbas, isteri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor Shariff, Speaker Dewan Undangan Perlis Dato’ Hamdan Bahari, Pro Canselor USM Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Tan Sri Dr. M. Jegathesan, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan dan Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
CANSELOR TITAH WARGA USM KREATIF HADAPI MASA HADAPAN USM, PULAU PINANG, 23 Oktober 2016 – Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah menyeru agar warga USM berfikir secara kreatif dan tidak jumud dalam mencari jalan baharu untuk mengatasi apa jua halangan yang ada. ”Langkah pertama harus dimulakan bagi merintis percubaan demi percubaan sehinggalah berjaya dan saya yakin bahawa seluruh ahli akademik dan warga USM memiliki semangat dan iltizam yang tinggi untuk menghadapi perubahan dan persaingan global demi meningkatkan kualiti dan keberkesanan produk USM,” titah baginda semasa Majlis Anugerah Sanggar Sanjung di sini. Baginda juga percaya bahawa USM akan terus meneroka teknologi yang
lebih maju, selamat dan efisyen bagi penciptaan alat dan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat. “Sesungguhnya, inilah nilai terpenting keberadaan kita di sini iaitu menunaikan tanggungjawab kepada bangsa dan negara dengan memastikan kelestarian hari esok melalui usaha-usaha yang diambil pada hari ini yang akan membolehkan ekonomi negara terus berdaya saing serta membawa manfaat yang maksimum kepada manusia sejagat,” tegas baginda lagi. Sementara itu, Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, semua pihak perlu menggembleng tenaga bersama-sama, menggunakan segenap kekuatan keilmuan yang ada untuk menghadapi cabaran masa hadapan dengan lebih realistik menterjemahkan kepakaran dan kekuatan yang ada melalui quadruple helix
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
14
yang melibatkan hubungan kukuh kerajaan-industriuniversiti-komuniti. “Ini bermakna kita bukan sahaja perlu memperkasakan usaha-usaha dalam penyelidikan dan penerbitan serta sitasi yang dirujuk dan diguna dalam konteks keilmuan tetapi juga mentransfor masi usaha dalam bentuk yang dapat menghasilkan kekayaan baharu negara terutamanya yang dapat menarik industri dan agensi luar untuk melabur dalam kerja-kerja akademik kita serta meningkatkan kolaborasi dan kekuatan bersama-sama pelbagai pihak lain selain dari hanya bergantung kepada dana awam. “Hasil pemikiran dan keilmuan yang ada mestilah diterjemahkan dalam bentuk menjana pendapatan dan membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi
Oktober 2016
kita dikomersilkan dengan merancang, menstrategi dan bertindak terus, belajar daripada orang lain dan bekerja dengan mereka lain di seluruh dunia,” kata Asma.
PELIHARA NILAI-NILAI MURNI UNTUK PEMBANGUNAN MASA HADAPAN
Pada majlis tersebut DYMM Raja Perlis itu turut menyampaikan Anugerah Sanggar Sanjung Kategori Ketokohan kepada Profesor Dr. Aileen Tan Shau Hwai. Turut berangkat ke majlis ini ialah DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis. Majlis yang memberikan penganugerahan kepada lebih 200 orang warga USM ini turut dihadiri oleh Pro Canselor T an Sri Datuk Mustafa Mansur, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan Speaker Dewan Undangan Perlis Dato’ Hamdan Bahari. Naib Canselor turut menyampaikan anugerahanugerah Sijil Penghargaan Khas, Anugerah Pentadbir Sanjungan Kategori Pengurusan dan Profesional di samping Anugerah Pendidik Sanjungan dan Anugerah Sanjungan Industri dan Khidmat Masyarakat. Anugerah-anugerah lain termasuklah Anugerah Sanggar Sanjung untuk Kategori Penerbitan Jurnal dan Penerbitan Buku yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Gabenor USM T an Sri Dr. Zulkefli A. Hassan serta Anugerah Sanggar Sanjung Kategori Paten dan Kategori Geran Penyelidikan Antarabangsa yang disampaikan oleh Pro Canselor Tan Sri Datuk Mustafa Mansur.
USM, PULAU PINANG, 24 Oktober 2016 - Graduan diminta untuk sentiasa berpegang teguh kepada nilai-nilai murni masyarakat untuk memastikan kesejahteraan negara pada masa hadapan. Pro Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Razali Ismail berkata, yang utama ialah para graduan yang terdiri daripada anak-anak muda yang berilmu pengetahuan perlu sentiasa berpegang kepada nilai-nilai murni masyarakat yang diwarisi sejak lama dahulu terutamanya saling hormat menghormati di antara satu sama lain. “Ini termasuklah menghormati pegangan hidup, kepercayaan dan cara hidup yang berbeza-beza serta pandangan yang pelbagai, menghormati institusi yang ada termasuk institusi kekeluargaan serta menghormati kepelbagaian
15
budaya hidup di negara ini mahu pun di mana sahaja negara kita berada,” kata Razali yang juga Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) itu. Beliau menyeru dan meminta agar para siswazah sentiasa memelihara nilai-nilai hidup mur ni ini terutamanya dengan menghormati hak orang lain seperti mana seseorang itu mengharapkan orang lain menghormati haknya apatah lagi inilah juga antara peranan utama para siswazah untuk menjadi contoh tauladan yang boleh diikuti dalam menjalankan tugas profesional mahu pun kehidupan peribadi dengan integriti yang tinggi. Terdahulu Razali menyampaikan ijazah kepada 872 orang graduan dalam Sidang Kedua Upacara Konvokesyen Ke-54 USM.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
YAYASAN USM UNTUK KEMAJUAN USM PULAU PINANG, 24 Oktober 2016 - Yayasan USM ditubuhkan dengan niat yang sangat murni iaitu mengumpulkan dana bagi membantu universiti dalam melaksanakan pelbagai usaha yang dilakukannya. Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur ketika berucap di Majlis Santapan Malam Amal Yayasan USM, banyak yang perlu dilakukan untuk melestarikan pendapatan dan dana yang ada, di samping mendorong lebih banyak pihak untuk memberikan sumbangan terutamanya dalam kalangan alumni kita yang telah berjaya dalam hidupnya. Berangkat pada majlis tersebut ialah Canselor USM DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Tuanku
Tengku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis. Menurut Pro Canselor USM itu, pihaknya akan berusaha bersama-sama memastikan pelan perniagaan Yayasan USM akan dapat dimantapkan dalam jangka panjang agar Yayasan USM akan benar-benar berdikari dan diuruskan secara berasingan daripada Universiti. “Kemungkinan juga kita boleh fikirkan kedudukannya dalam lokasi yang lebih visible dalam meningkatkan usaha penjenamaan dan kedudukannya agar lebih dikenali serta saya melihat potensi besarnya pada masa hadapan,” katanya lagi. Pada majlis yang sama, Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail turut memberi penghargaan kepada mantan
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
16
Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Dato’ Dr. See Ching Mey yang banyak terlibat dalam penubuhan Yayasan USM yang telah bersara pada 7 Oktober lalu. Yang turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan Toh Puan Dato’ Seri Hajah Majimor Shariff, Pro Canselor USM Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan dan isteri Puan Sri Tan Lee Hong, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Dato’ Hamdan bin Bahari dan isteri Datin Hasmah Mustafa, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan isteri Puan Sri Norida Nachara Hamat, isteri Mustafa Puan Sri Datin Anita Aqeela Hiong, ahli-ahli Lembaga Gabenor USM dan Pengurusan Tertinggi USM.
Oktober 2016
SISWAZAH PERLU JUNJUNG INTEGRITI DAN AKAUNTABILITI
HARGAI PERANAN WANITA – PRO CANSELOR PULAU PINANG, 28 Oktober 2016 – Masyarakat diseru untuk menghargai dan memahami kehebatan wanita khususnya ketika golongan ini memainkan dua peranan di antara amanah dan bidang tugas kerjaya profesional dengan tanggungjawab kepada keluarga. Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Mustafa Mansur berkata, setiap dari kita mempunyai ibu dan ia adalah antara contoh paling dekat yang jelas menunjukkan kehebatan sebagai seorang wanita. “Tentu sahaja yang pertama ialah ibu yang melahirkan kita. Kita melihat betapa kental dan hebatnya kasih sayang ibu dalam menjaga dan membesarkan kita. Kita lihat juga air mata dan pengorbanan, dalam memastikan anak-anaknya beroleh kejayaan. “Ada kalanya pengorbanan mereka merentasi apa jua kesukaran dan kesusahannya,
sesetengahnya secara bersendirian membesarkan anak-anak dan memastikan masa hadapannya yang lebih baik dan sempurna,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 878 orang siswazah Sains dan Sains Kemasyarakatan dalam sidang keenam Upacara Konvokesyen Ke-54 USM di sini baru-baru ini.Mustafa menzahirkan dedikasinya dan rasa kagum kepada wanita yang turut disifatkan sebagai insan hebat dan mulia yang kaya kasih sayang, mewah dengan kecintaan, hebat dalam pertimbangan dan tabah dalam kehidupan. Beliau dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah kepada Naib Canselor wanita pertama USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang mula memimpin Universiti sebagai Naib Canselor yang ketujuh bermula 4 Oktober lalu.
USM, PULAU PINANG, 28 Oktober 2016 – Para siswazah yang telah berjaya mengecap kejayaan di menara ilmu diharap terus cemerlang dan menjunjung tinggi integriti dan akauntabiliti, amanah serta tanggungjawab yang dipikul. Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Datuk Mustafa Mansur berkata, dalam membina masa hadapan, perkara yang paling utama ialah membangunkan strategi yang betul untuk mengorak langkah dan mencapai kejayaan seterusnya. “Rancang dan rebutlah peluang, terus belajar dan terus berusaha serta jauhi nilai-nilai buruk yang boleh merosakkan masa hadapan. Saya fikir, satu persamaan dalam kalangan semua yang berjaya ialah kesungguhan mereka untuk mencapainya dengan melihat peluang yang terbuka luas dalam dunia merentasi sempadan. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 773 orang siswazah Kejuruteraan, Sains dan Sastera dalam sidang ketujuh Upacara Konvokesyen Ke-54 USM di sini baru-baru ini. Beliau turut menyarankan agar siswazah merantau merentasi sempadan negara untuk menimba pengalaman, selain menyemai sifat suka membaca untuk menjadi individu yang hebat. “Para siswazah wajar banyak membaca buku yang dapat membantu membuka set minda untuk menghadapi cabaran masa hadapan, di samping menghadapi pengalaman dalam kerjaya dengan kekuatan semangat yang tinggi. “Antaranya termasuklah buku klasik seperti The Art of War oleh Sun Tzu yang terdapat banyak dalam pasaran, terutamanya sebagai menghadapi persediaan dalam dunia ekonomi global yang sering berubah,” katanya lagi.
17
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
Oktober 2016
AWESOME NIGHT IMBAU KEMBALI KENANGAN ALUMNI USM KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2016 - Kampus Minden 45 tahun lalu banyak mencipta tradisinya tersendiri, sesetengah dilupai dini hari dengan antara kepelbagaian serta kemesraan antara satu sama lain serta alam sekitarnya.
erat persahabatan tanpa mengira kaum, budaya, agama dan pendek kata Kampus USM adalah tapak benih yang memupuk dan memberi makna kepada apa itu USM, yang sebelum itu dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.
Demikian kata Presiden Persatuan Alumni USM, Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dalam Majlis Makan Malam Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia – AUSM Awesome Night malam tadi.
“Pada malam ini kita mengenang kembali semua ini bukan semata-mata satu nostalgia; lebih penting lagi sebagai satu detik persaudaraan yang berkongsi nilai dan pengharapan untuk masa hadapan yang lebih cemerlang,” jelasnya.
Katanya, Kampus USM bukan sahaja mesra dengan kehijauannya, tetapi mesra juga dengan insan, dengan jalinan
Dzulkifli juga berharap semua cerita dan pengalaman lama yang gembira akan menjelma semula dalam memupuk ikatan mesra
berpanjangan dalam kalangan semua alumni tidak kira di mana mereka berada. Sementara itu, Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Asma Ismail pula memberitahu, kembalilah ke USM kerana USM mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama alumni untuk bersama-sama membangunkan Universiti sebagai rakan kongsi dan pemegang taruh (stakeholders) yang boleh memberi nilai tambah kepada USM. “Saya gembira kerana dapat bertemu muka dengan para alumni sekalian, yang sangat awesome dan berharap agar kita akan dapat bersamasama membawa USM terus ke hadapan menjadi yang tersohor dalam tradisi Kami Memimpin,” katanya. Tambah Asma, pihak USM terbuka untuk menerima sumbangsaran, buah fikiran dan kritikan membina daripada alumni demi pembangunan universiti. Kepimpinan dan perubahan yang dilakukan bukan hanya untuk kejayaan individu tetapi perlulah bermanfaat untuk bangsa, agama dan negara kita.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok
18
Oktober 2016
dengan idea-idea yang segar perlu memainkan peranan bersama-sama menggerakkan Persatuan Alumni ke arah mencapai visi dan misi dan seterusnya menyumbang kepada universiti. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail, Canselor USM dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis berangkat dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 500 orang alumni USM ini.
“Saya juga percaya penganjuran aktiviti-aktiviti yang relevan dalam Persatuan Alumni USM dapat merapatkan hubungan sesama alumni dan juga menguatkan rasa sayang antara alumni dengan USM. “Antara peranan penting Persatuan Alumni ialah sebagai platform untuk saling
bekerjasama dan saling melengkapi antara generasi dan alumni senior boleh membantu berkongsi pengalaman dan ilmu, menjadi mentor dan membuka peluang kepada alumni junior untuk maju dalam kerjaya,” jelas lanjutnya. Tegasnya, alumni muda yang bertenaga muda dan penuh 19
Yang turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh dan To’ Puan Seri Hajah Che Kamariah binti Zakaria yang kedua-duanya adalah alumni USM, Pro Canselor USM dan Penaung Persatuan Alumni USM Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Puan Sri Datin Anita Aqeela Hiong, Pengerusi Lembaga Gabenor USM Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan dan Puan Sri Norida Nachara Hamat, isteri Dzulkifli Puan Sri Masrah Haji Abidin dan suami Asma Profesor Dr. Ahmad Zakaria.
Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok