KANDUNGAN 1.0
PENGENALAN. 1.1
Pengenalan
1.2
Tujuan
2.0 LATIHANPENGUSIAN BANGUNAN 3.0 BEDAH SIASAT BERSAMA BOMBA. 4.0 KESIMPULAN. 5.0
LAPORAN BERGAMBAR.
1 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA LAPORAN AKTIVITI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN 1.0
PENGENALAN 1.1
Pengenalan. Pada 23 Oktober 2015, Pejabat Keselamatan UTeM dengan kerjasama Balai Bomba Ayer Keroh dan Balai Bomba Bukit Katil telah mengadakan satu latihan pengusian bangunan di kampus Teknologii Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) UTeM iaitu dengan mengosongkan penghuni dari Bangunan Pentadbiran, Makmal 1 dan Makmal 2. Seramai lebih kurang 500 orang peserta yang terlibat dari kalangan staf dan pelajar di UTeM telah hadir ke latihan tersebut.
. 1.2 Tujuan Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk melatih para peserta mengenai
tindakan kecemasan yang perlu diambil apabila berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di tempat kerja seperti kejadian kebakaran atau gempa bumi. Selain itu, latihan juga diberikan berkenaan penggunaan alat pemadam api sekiranya berlaku kecemasan kebakaran di FTK. 2 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
”. 2.0
LATIHAN PENGUSIAN BANGUNAN. Senario kebakaran ini adalah bermula dari kebakaran dan melibatkan dua orang mangsa. di makmal 2. Apabila kebakaran bermula, keadaan makmal mula bergelap, (Manuall Call Point) diaktifkan dan loceng berbunyi di makmal 2. Pengusian bangunan bermula dimana pegawai pengusian pergi ke semua tempat untuk memastikan tiada lagi penghuni yang tertinggal. Pensyarah dan pelajar mula meninggalkan kelas secara berbaris ke tempat berkumpul. Kesemua penghuni di bangunan pentadbiran dan makmal 1 juga keluar ke tempat berkumpul. “Head Count” dijalankan untuk memastikan tiada lagi penghuni yang tertinggal di dalam bangunan. Pasukan pemadam OSH UTeM dan pasukan penyeamat mula memasuki makmal dan mencari tempat berlaku kebakaran dengan melihat panel kawalan. Lokasi kebakaran telah dikenalpasti di makmal kawalan industri. Pasukan pemadam menarik kabel hos dan hos bomba ungtuk memadamkan kebakaran. Pasukan penyelamat menyelamat mangsa yang cedera untuk dibawa ke tempat berkumpul untuk dirawat oleh pasukan pertolongan cemas. Kejadian menyelamat dan memadam dilaporkan kepada ketua komander dan didapati juga ada mangsa tertinggal dimana ketua komander telah melaporkan kepada pihak bomba. Pihak bomba dengan segera memasuki bangunan untuk memadam dan menyelamatkan mangsa yang tertinggal. Selepas mangsa diselamatkan dan api kebakaran dipadamkan oleh pihak Bomba, pihak bomba dan komander telah mengistiharkan latihan pengusian telah selesai. Selepas latihan pengusian, pihak bomba telah menjalankan latihan cara‐cara memadam api bersama pelajar dan staf untuk memastikan mereka dapat menggunakan alat pemadam api dengan baik. Pihak bomba menunjukkan keberkesanan alat pemadam api jenis ABC berbanding dengan alat pemadam api menggunakan air dan karbon dioksida.
3 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
3.0 BEDAH SIASAT BERSAMA BOMBA Pihak Bomba bersama jawatankuasa OSH FTK, jawatankuasa OSH UTeM, Pejabat pembangunan, pengawal keselamatan dan pihak Neraca Sdn Bhd selaku pemunya bangunan berbincang tentang kebaikan dan kelemahan. Pihak bomba memaklumkan masa diantara kebakaran dan panggilan telefon ke bomba melebihi 4 minit yang mana ia agak lama dalam situasi kebakaran yang sebenar kerana loceng di makmal 2 tidak berhubung dengan panel kawalan di bangunan pejabat pentadbiran. Pihak bomba menasihatkan pihak pentadbiran FTK untuk mengadakan panel kawalan berpusat untuk memastikan masa untuk mengadakan pengusian dapat dikurangkan dan dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa penghuni. Walaup bagaimanapun pihak bomba memuji latihan pengusian di bangunan FTK ini kerana peserta yang ramai dan dapat dikawal dan mengistiharkannya sebagai Berjaya. 4.0 KESIMPULAN Latihan ini adalah latihan pertama UTeM yang dijalankan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) bersama PELAJAR dan BOMBA. Latihan ini banyak memberi faedah kepada staf dan pelajar terutamanya untuk mengendalikan situasi yang cemas atau kebakaran semasa kuliah dijalankan . Pihak Neraca Sdn Bhd mesti memainkan peranannya sebagai pemunya bangunan untuk memastikan Keselamatan penghuni bagunan FTK ini selamat.
4 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
5.0 LAPORAN BERGAMBAR
Gambar 1: Para peserta sedang berkumpul di tempat berkumpul.
Gambar 2: Pasukan “First Aid” sedang merawat mangsa.
5 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Gambar 3:Ketua Balai Bomba Ayer Keroh sedang memberi taklimat kebakaran kepada pelajar dan kakitangan FTK.
Gambar 4: Kakitangan bomba sedang berbincang strategi memadam Api dan menyelamatkan mangsa.
6 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Gambar 5: Para pensyarah sedang berkumpul di tempat berkumpul.
Gambar 6: Pegawai Bomba sedang menunjukkan cara memadam Api menggunakan karbon dioksida.
7 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Gambar 7: Pegawai Bomba sedang menunjukkan cara-cara memadam Api kepada pelajar perempuan.
Gambar 8: Pegawai Bomba sedang menunjukkan cara-cara menggunakan alat pemadam Api pelajar lelaki.
8 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA