KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI RUU355 Keputusan kajiselidik yang disertai 43,030 orang pengundi Melayu/ Bumiputra Islam mengenai pengaruh RUU355 ke atas pilihan undi
23 Mac 2017
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kandungan Latar belakang Kajiselidik RUU355
Kaedah digunapakai dalam menjalankan Kajiselidik RUU355 Keputusan Kajiselidik RUU355 Kesimpulan
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Latar belakang Kajiselidik RUU355 Polemik politik mengenai usul Rang Undang-undang 355 (RUU355) untuk menaikkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah telah menjadi isu politik nasional Banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya berkisar kepada pendirian menyokong/tidak menyokong RUU355 Kajiselidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu/ Bumiputra Islam dalam pilihanraya umum akan datang (PRU14) © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kaedah digunapakai Seramai 1.1 juta pengundi Melayu/Islam Bumiputra ditelefon secara rawak menggunakan sistem interaktif suara (lebih dikenali sebagai “Interactive Voice Response” sistem atau IVR) yang dibangunkan sendiri oleh I-CPI Responden akan ditanya soalan dan pengundi akan menekan butang telefon untuk merekodkan jawapan. Contoh – “Tekan 1 untuk “Ya”, Tekan 2 untuk “Tidak”. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan terus oleh sistem IVR di dalam server ICPI
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kaedah digunapakai Sistem IVR telah diprogram untuk menelefon pengundi yang melambangkan pecahan pengundi di setiap negeri. Sekiranya kadar jawapan di satu negeri itu rendah, sistem IVR akan mendail lebih banyak pengundi di negeri itu agar jumlah responden dari negeri itu sama dengan peratusan pengundi keseluruhan di negeri itu
Keputusan yang telah direkodkan oleh server I-CPI kemudian boleh dianalisa dari data awal seperti yang berikut:
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kaedah digunapakai
Responden turut memasukkan maklumat seperti jantina, umur dan poskod kawasan. Keseluruhan kajiselidik mengambil masa satu setengah minit © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kaedah digunapakai Soalan-soalan berikut ditanyakan kepada responden yang menjawab dan mengambil bahagian dalam Kajiselidik RUU355 ini: SOALAN 1 (ditanyakan kepada semua responden) Adakah anda tahu mengenai RUU355?
Tekan “1” jika “Tahu” Tekan “2” jika “Tidak Tahu” Jika jawapan “Tidak Tahu”, responden akan terus ditanya soalan-soalan maklumat peribadi seperti kecenderongan mengundi, jantina, umur dan poskod. © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kaedah digunapakai SOALAN 2 (ditanyakan hanya kepada responden yang menjawab “Tahu” dalam Soalan 1) Adakah RUU355 isu paling penting dalam menentukan undi anda dalam pilihanraya umum akan datang? Tekan “1” jika “Ya”
Tekan “2” jika “Tidak”
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kaedah digunapakai SOALAN 3 (ditanyakan hanya kepada responden yang menjawab “Tahu” dalam Soalan 1) Pada pendapat anda: Tekan “1” jika “Isu ekonomi seperti GST dan harga barang naik lebih penting dari RUU355” Tekan “2” jika “RUU355 lebih penting dari isu ekonomi seperti GST dan harga barang naik” Responden kemudian ditanya soalan-soalan maklumat peribadi seperti kecenderongan mengundi, jantina, umur dan poskod. © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 Seramai 1.1 juta orang pengundi ditelefon secara rawak di seluruh negara dalam tempoh seminggu di antara jam 1 petang 16 Mac 2017 ke jam 1 petang 22 Mac 2017 Daripada 1.1 juta orang pengundi yang ditelefon, seramai 43,030 orang pengundi menjawab soalan-soalan Jumlah responden adalah menepati demografi pengundi Melayu/ Bumiputra Islam di seluruh negara
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 12,857 29.9%
Hanya 29.9% dari 43,030 pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang tahu mengenai RUU355
30,173 70.1%
Tahu
Tidak Tahu
Soalan 1: Adakah anda tahu mengenai RUU355? © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 Daripada 29.9% pengundi Melayu/ Bumiputra Islam yang tahu mengenai RUU355, hanya 44.4% merasakan ia isu paling penting
3,909 30.4% 5,708 44.4%
3,240 25.2%
Paling penting
Bukan paling penting
Tidak jawab
Soalan 2: Adakah RUU355 isu paling penting dalam menentukan undi anda dalam pilihanraya umum akan datang?
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 Pengundi Melayu/ Bumiputra Islam yang tahu mengenai RUU355 dan kekal berpendapat RUU355 paling penting adalah 34.9% dari 12,857 responden
4,484 34.9%
4,890 38.0%
3,483 27.1%
RUU355 lebih penting
Ekonomi rakyat lebih penting
Tidak jawab
Soalan 3: Mana lebih penting: Isu ekonomi rakyat atau RUU355? © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 Kaedah kuantitatif menentukan peratusan pengundi Melayu/ Bumiputra Islam yang akan mengundi berdasarkan isu RUU355 adalah: i.
Kenalpasti pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang tahu mengenai RUU355 (jika tidak tahu, tidak mungkin akan mengundi berdasarkan RUU355)
ii.
Dari jumlah itu, kenalpasti pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang kekal mempertahankan isu RUU355 sebagai isu paling penting dari soalan 2 dan 3 (tidak menukar jawapan atau tidak menjawab)
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 4,484 10.4%
38,546 89.6%
Hanya 4,484 orang atau 10.4% dari 43,030 pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang berpendirian RUU355 isu penentu undi mereka dalam PRU14
Undi berdasarkan RUU355 RUU355 bukan penentu undi © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 Berdasarkan rekod dari Kajiselidik PRU14 yang dijalankan dalam bulan Januari 2017, I-CPI boleh mengkaji keputusan kajiselidik kali ini yang dipecahkan mengikut pengundi setiap parti Keputusan Kajiselidik RUU355 mengikut pengundi parti-parti politik adalah seperti yang ditunjukkan di mukasurat seterusnya
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Keputusan Kajiselidik RUU355 Pengundi BN
Pengundi PH
Pengundi PAS
24.7% 38.0%
45.7% 54.3%
62.0% 75.3%
Tahu
Tidak Tahu
Tahu
Tidak Tahu
Tahu
Tidak Tahu
54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang berhasrat mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU355 © INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Kesimpulan Hanya 10.4% pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan RUU355 54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputra Islam yang berhasrat mengundi PAS tidak tahu mengenai RUU355 70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputra Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355
19.5% pengundi Melayu/Bumiputra Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)
Terima kasih Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
[email protected]
© INVOKE Centre for Policy Initiatives (I-CPI)