JADUAL YURAN DAN BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEMUA SEMESTER TERMASUK TANGGUH LI SESI: JUN 2014 JADUAL 1: YURAN PENGAJIAN BIL
PERKARA
RM
1
Yuran Pengajian
200.00
2
Yuran Asrama (Kolej Kediaman) *** Jika ditawarkan Kolej Kediaman
60.00
Jumlah
CARA BAYARAN Rujuk Lampiran A: Tatacara pembayaran yuran Pengajian dan Asrama .
260.00
JADUAL 2: BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR
Kini bayaran pendaftaran adalah melalui Bank Islam BIL 3
PERKARA Bayaran Pendaftaran Jumlah
RM 150.00 150.00
CARA BAYARAN Rujuk Lampiran B: Tatacara pembayaran Bayaran Pendaftaran Pelajar.
PERINGATAN ! 1. Pelajar diwajibkan berpakaian kemas semasa mendaftar sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan am dan tatatertib (akta 174). 2. Pembayaran yuran HANYA boleh dibuat setelah keputusan rasmi Peperiksaan Akhir keluar dan anda LULUS. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya anda telah membuat pembayaran dan didapati Gagal Berhenti (GB). 3. Buat pembayaran yuran pengajian /asrama di BIMB terlebih dahulu sebelum melapor diri. Bayaran tunai tidak akan diterima!
LAMPIRAN A : TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) MAKLUMAT PENTING 1. Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad yang memiliki Auto Teller Machine (ATM) dan Cash Deposit Machine (CDM) sahaja.
2. Pembayaran secara Inter-Bank daripada bank selain Bank Islam adalah TIDAK DITERIMA. Hanya pembayaran melalui mesin ATM/CDM/Internet Banking Bank Islam sahaja yang diterima. 3. Jika di kawasan anda TIADA cawangan BANK ISLAM, anda dinasihatkan membuat pembayaran yuran dan asrama di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK ISLAM cawangan Kuching. 4. Pembayaran Yuran Pengajian RM200 perlu dibuat di dalam satu transaksi dan pembayaran Yuran Asrama (yang menolak boleh abaikan) RM60 di dalam transaksi yang berlainan. 5. Sila buat salinan/fotokopi resit pembayaran dan bawa semasa pendaftaran. 6. Kutipan bayaran melalui kaunter BIMB telah dihentikan bermula 15 Ogos 2013.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut: a. Auto Teller Machine (ATM) – Hanya kad ATM BIMB sahaja diterima. b. Cash Deposit Machine (CDM) c. Internet Banking – Bank Islam sahaja. ARAHAN KEPADA PELAJAR BARU DAN PELAJAR SENIOR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK:
Sila jelaskan bayaran : 1. Yuran Pengajian dan Asrama di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan; 2. Bayaran Pendaftaran
LAMPIRAN A : TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) terlebih dahulu sebelum datang mendaftar / melapor diri di Politeknik Kuching Sarawak pada tarikh yang telah ditetapkan.
BAYARAN SECARA TUNAI TIDAK AKAN DITERIMA! A. PEMBAYARAN MELALUI AUTO TELLER MACHINE (ATM): Hanya kad ATM BIMB sahaja diterima untuk pembayaran melalui ATM.
1. Pilih menu LAIN-LAIN 2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURANIPT 3. Pilih menu YURANIPT 4. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebit) 5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar (Pastikan No KP betul) 6. Pilih Bil yang ingin dibayar (Yuran Pengajian atau Yuran Asrama) 7. Sahkan amaun yang ingin dibayar 8. Transaksi selesai dan ambil Resit (Jangan hilang dan buat salinan)
(BAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA DIBUAT DALAM DUA TRANSAKSI YANG BERBEZA. RESIT YANG BERASINGAN AKAN DIBERIKAN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN.SILA BAWA BERSAMA SEMASA PENDAFTARAN) B. PEMBAYARAN MELALUI CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) Pastikan jumlah wang yang dimasukkan adalah betul dan secukupnya kerana lebihan bayaran tidak akan diberikan semula. Yuran Pengajian : RM 200.00 Yuran Asrama : RM 60.00
1. Pilih menu YURAN IPT. 2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar. 3. Pilih POLITEKNIK KPT. 4. Sahkan data dan masukkan wang. 5. Sahkan jumlah kemasukkan wang. 6. Transaksi selesai dan ambil Resit.
LAMPIRAN A : TATACARA PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) (SILA SIMPAN SLIP PEMBAYARAN DAN BAWA SEMASA PENDAFTARAN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN)
C. PEMBAYARAN MELALUI PERBANKKAN INTERNET/INTERNET BANKING Anda perlu memiliki akaun BIMB dan akses ke BIMB Internet Banking untuk menggunakan kaedah pembayaran ini.
1. Layari www.bankislam.biz/ 2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan untuk masuk ke sistem Perbankkan Internet Bank Islam 3. Pilih “Bill Presentment” pada bahagian “Bill Payment”. 4. Pilih POLITEKNIK KPT pada bahagian senarai Universiti. 5. Masukkan No Kad Pengenalan pada ruang Kad Pengenalan dan klik “next”. 6. Senarai bil akan dipaparkan. Pillih bil yang hendak dibayar dan klik “pay”. 7. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih ”source account’ yang hendak didebitkan dan sahkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik ”pay”. 8. Skrin berikutnya akan menyenaraikan maklumat bayaran yang perlu disahkan. 9. Klik ”Confirm” untuk meneruskan pembayaran atau sebaliknya.
(SILA CETAK SLIP PEMBAYARAN DAN BAWA SEMASA PENDAFTARAN SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN)
LAMPIRAN B : TATACARA PEMBAYARAN BAYARAN PENDAFTARAN DI BIMB BANK MAKLUMAT PENTING
1. Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baharu dan senior) diwajibkan membuat pembayaran Bayaran Pendaftaran terus ke akaun koperasi melalui BIMB. 2. Pembayaran secara Inter-Bank daripada bank selain BIMB juga diterima. (Pastikan resit disimpan untuk tujuan pengesahan) 3. Pastikan jumlah yang dibayar adalah betul mengikut semester pelajar. 4. Pastikan no akaun dan nama akaun adalah betul sebelum mengesahkan pembayaran 5. Sila buat salinan/fotokopi resit pembayaran dan bawa semasa pendaftaran.
KAEDAH PEMBAYARAN
Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut: a. Kaunter Bank BIMB b. Cash Deposit Machine (CDM) - BIMB c. Internet Banking – BIMB
ARAHAN KEPADA PELAJAR BARU DAN PELAJAR SENIOR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK:
Nama akaun No. Akaun
: TAP KOPERASI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BERHAD : 1101-3010-0905-41
Perhatian! Tulis Nama, No KP dan No Pendaftaran anda di Resit BIMB.