Akaun-i Labbaik ( ) merupakan Akaun Simpanan Mudharabah yang memberikan kemudahan pelan Perlindungan Takaful. Pelan simpanan ini membolehkan anda mengerjakan fardhu Haji1 apabila sampai tempoh matang atau Badal Haji jika berlaku kematian atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal (KMK). Pelan simpanan ini bersandarkan kepada kontrak Mudharabah, di mana konsep perkongsian untung diutamakan. Anda akan mendapat keuntungan daripada pelaburan mengikut nisbah yang telah dipersetujui. PANGGILAN KE TANAH SUCI Merupakan rukun Islam ke-5, di mana semua umat Islam dijemput untuk mengunjungi Baitullah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Akaun-i Labbaik ( ) memberi anda peluang untuk menyahut seruan Allah SWT dengan simpanan bulanan yang minima. PENGENALAN KEPADA AKAUN-i LABBAIK (
)
Pelan produk Akaun-i Labbaik ( ) merupakan pelan 2 dalam 1 yang membolehkan anda menyimpan serta dilindungi sekiranya berlaku kematian atau KMK2. Bagi menikmati manfaat di bawah pelan ini, anda hanya perlu mendeposit simpanan bulanan minimum ke dalam Akaun-i Labbaik ( ) dan bayaran sekali untuk Perlindungan Takaful. Tempoh Perlindungan yang Fleksibel Akaun-i Labbaik ( ) memberikan anda kelebihan fleksibel dalam merancang keperluan kewangan anda. Anda boleh memilih pelan yang sesuai dengan keperluan anda daripada minimum 5 tahun atau sehingga maksimum 15 tahun seperti di dalam Jadual 1. JADUAL SIMPANAN BULANAN AKAUN-i LABBAIK ( PAKEJ A RM30,000
PAKEJ B RM40,000
) (JADUAL 1) PAKEJ C RM50,000
5 thn
10 thn
15 thn
5 thn
10 thn
15 thn
5 thn
10 thn
15 thn
RM 534
RM 284
RM 210
RM 700
RM 367
RM 256
RM 867
RM 450
RM 312
Nota : Jumlah simpanan bulanan adalah berdasarkan kepada harga semasa pakej Haji dan tertakluk kepada perubahan semasa [akan diumumkan oleh pihak TH Travel & Services (THTS)] Manfaat a. Keuntungan (jika ada) daripada pelaburan Mudharabah; b. Badal Haji akan diatur bagi pihak anda jika berlaku kematian atau KMK; c. Pakej Umrah untuk dimenangi3 (lebih lama dan konsisten anda menyimpan, lebih tinggi peluang untuk mengerjakan Umrah. Tertakluk kepada terma dan syarat); d. Sebagai pelanggan Bank Islam, anda akan menikmati keistimewaan eksklusif bersama Tabung Haji Travel Services (THTS), satu badan yang terkenal & mempunyai reputasi yang baik dalam pengurusan Haji & Umrah selama 40 tahun. 1Tertakluk kepada kuota yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun tersebut serta keutamaan kepada pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar Haji terlebih dahulu. 2untuk umur 65 tahun ke bawah dan tertakluk kepada tempoh pelan. 3semua pakej Umrah disediakan oleh bank.
NIKMATI MANFAAT PERLINDUNGAN TAKAFUL Di bawah pelan simpanan ini, anda akan menikmati Perlindungan Takaful jika berlaku kematian atau KMK seperti pada Jadual 2. JADUAL JUMLAH PERLINDUNGAN (Jadual 2) Pakej
Jumlah Perlindungan4
Badal Haji
Perbelanjaan Pengebumian
A
RM30,000
RM3,000
RM1,000
B
RM40,000
RM3,000
RM1,000
C
RM50,000
RM3,000
RM1,000
4Jumlah yang dilindungi akan berkurangan sepanjang tempoh perlindungan. JADUAL CARUMAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL (Jadual 3) Umur (thn)
Pakej A (RM)
Pakej B (RM)
Pakej C (RM)
5 thn
10 thn
15 thn
5 thn
10 thn
15 thn
5 thn
10 thn
15 thn
18-30
150
260
385
195
330
485
235
400
590
31-35
170
330
535
220
420
680
265
510
820
36-40
260
540
895
335
685
1130
405
830
1360
41-45
460
940
1525
590
1190
1925
720
1445
2325
46-50
790
1570
2465
1005
1995
3115
1225
2415
3765
51-55
1280
2455
3780
1635
3120
4785
1990
3780
5790
56-60
1895
3635
N/A
2420
4615
N/A
2945
5595
N/A
Nota : Kos perlindungan Takaful adalah berdasarkan umur penyertaan penyumbang, tempoh dan pakej pelan. Sila rujuk Helaian Keterangan Produk (HKP) Takaful myGroup Badal Haji untuk ‘Jadual Jumlah Perlindungan Berkurangan’
Soalan-Soalan Lazim 1.
Siapa yang layak untuk membuka akaun ini? Semua pelanggan Islam Bank Islam yang berumur diantara 18 tahun dan 60 tahun adalah layak untuk membuka akaun ini.
2.
Bilakah perlindungan saya bermula? Setelah anda membayar jumlah seperti Jadual 1 dan Jadual 3 dan setelah kami menerima dan meluluskan deklarasi kesihatan anda, perlindungan anda akan bermula.
3.
Berapakah yang perlu saya bayar untuk permulaan dan seterusnya? Di bawah pelan ini, anda perlu mendeposit simpanan bulanan minima ke dalam Akaun-i Labbaik ( ) dan bayaran sekali bagi perlindungan Takaful. Pembukaan akaun
Bulan ke-2
Bulan ke-3
Bulan ke-4 dan ke atas
Simpanan
RM534
RM534
RM534
RM534
Sumbangan Takaful
RM150
-
-
-
Kad Debit (Pilihan)
RM20
-
-
-
RM704
RM534
RM534
RM534
Jumlah
Andaian : Umur 25 tahun, Pakej A, 5 tahun. 4.
Bagaimanakah cara pembayaran dibuat? Bayaran permulaan boleh dibuat melalui : a. tunai di kaunter; b. debit daripada akaun semasa/simpanan anda di Bank Islam. Simpanan berikutnya boleh dibuat melalui : a. tunai di kaunter; b. debit daripada akaun semasa/simpanan anda di Bank Islam; c. arahan tetap daripada institusi kewangan yang lain; d. Terminal Layan Diri, Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih-i (TAP).
5.
Bolehkah saya melakukan pengeluaran daripada akaun saya? Jika dibenarkan, adakah Perlindungan Takaful saya akan tamat? Pengeluaran hanya boleh dibuat melalui Akaun-i Labbaik ( ) apabila jumlah simpanan mencapai RM1,500 dan baki simpanan mestilah tidak kurang daripada RM1,500 pada setiap masa. Bagi keadaan tersebut, Perlindungan Takaful anda masih berkuat kuasa. Simpanan
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
RM534
RM534
RM534
RM534
RM534
RM534
✓
✓
✓
✓
✓
✓
Pengeluaran
X
X
✓*
Perlindungan Takaful
✓
✓
✓
*Jumlah pengeluaran ialah RM102. Tertakluk kepada baki minima RM1,500. 6.
Apakah yang akan saya perolehi apabila pelan Takaful ini matang? Pelan ini melindungi dan memberi persediaan kepada anda sekiranya berlaku kematian atau KMK. Apabila tiba tempoh matang, baki bagi Akaun Peserta (PA) dan jumlah pengagihan pelaburan akan dibayar terus kepada anda. Tambahan pula, peserta juga akan menerima jumlah terkumpul di dalam akaun simpanannya (sila rujuk HKP Akaun-i Labbaik ( ) untuk ilustrasi).
7.
Jika berlaku kematian atau KMK, apa yang akan saya perolehi? a. Kematian Waris anda akan menerima: i. Baki dalam akaun simpanan; ii. Perbelanjaan pengebumian sebanyak RM3,000; dan iii. Jumlah Perlindungan Berkurangan dan baki Akaun Peserta (PA) (jika ada). Takaful Malaysia akan mengeluarkan cek berjumlah RM3,000 yang akan dibayar terus kepada THTS selepas mendapat arahan daripada Bank Islam untuk memastikan Badal Haji dijalankan dengan sempurna (tertakluk kepada kekosongan tempat dalam tempoh Haji tersebut seperti termaktub dalam Kalendar Islam). b. KMK Apabila proses tuntutan bagi KMK telah selesai, anda akan menerima: i. Baki dalam akaun simpanan; ii. Jumlah Perlindungan Berkurangan dan baki Akaun Peserta (PA) (jika ada); dan iii. Untuk Badal Haji, keadaan fizikal anda akan dinilai sepenuhnya untuk menentukan sama ada anda boleh menunaikan Haji seperti yang terkandung dalam garis panduan Tabung Haji. Sekiranya anda MAMPU untuk menunaikan haji, kami akan memulangkan semula RM3,000 ke dalam akaun anda. (sila rujuk HKP Akaun-i Labbaik (
) untuk ilustrasi).
8.
Adakah saya dapat menunaikan Haji dengan segera selepas tiba tempoh matang? Bank Islam menasihatkan bakal Haji untuk merancang dan mendaftar Haji mereka dengan lebih awal di Lembaga Tabung Haji kerana tempat bagi menunaikan Haji adalah tertakluk kepada kuota yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi tahun tersebut serta keutamaan kepada pendeposit Tabung Haji yang telah mendaftar Haji terlebih dahulu.
9.
Bolehkah saya membatalkan pelan Takaful di bawah Akaun-i Labbaik ( )? Ya, anda boleh membatalkan dan menyerahkan balik pelan ini. Baki yang terdapat di dalam akaun anda boleh dikeluarkan dan jumlah baki dalam Akaun Peserta (PA) daripada caruman Takaful akan dibayar, tertakluk kepada RM40 caj serahan.
10. Bagaimana Akaun-i Labbaik ( ) ini membantu simpanan saya di Tabung Haji? Akaun-i Labbaik ( ) bukanlah satu alternatif bagi menggantikan simpanan Tabung Haji anda. Ianya berfungsi untuk menambah simpanan Tabung Haji anda disamping mendapatkan Perlindungan Takaful. 11. Apakah langkah yang perlu diambil untuk membuat tuntutan ke atas Perlindungan Takaful? Waris anda perlu memberitahu pihak kami mengenai sebarang tuntutan di mana-mana cawangan terdekat kami. 12. Bagaimana untuk membuka akaun ini? Anda boleh menghubungi kami di 03-26 900 900 atau ke cawangan kami yang terdekat di seluruh negara. Nota penting: • Untuk maklumat lanjut mengenai Perlindungan Takaful, sila rujuk HKP Takaful myGroup Badal Haji. • Tempoh penelitian selama 15 hari diberikan kepada anda untuk meneliti terma-terma dan syarat-syarat pelan ini selepas penerimaan sijil Takaful.
Pelan ini telah diunderait oleh: Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) Tingkat 26, Blok Annex, Menara Takaful Malaysia, No.4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur.
Produk oleh : Bank Islam Malaysia Berhad (No. 98127-X), Tingkat 32, Menara Bank Islam, No.22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur.
Bank berhak menambah,memansuh,meminda atau mengubah mana-mana Syarat dan Peraturan termasuklah nisbah pembahagian keuntungan pada bilabila masa. Perubahan tersebut akan berkuat kuasa apabila ianya dipamerkan diperkarangan Bank atau melalui mana-mana cara penyampaian lain yang difikirkan sesuai oleh Bank.