SOALAN-SOALAN LAZIM PROGRAM PENEBUSAN BEG CERIA MILO® S1: J:
Cara untuk menebus: Langkah 1: Beli mana-mana produk MILO® UHT yang turut serta dan dapatkan Borang Penebusan dari pasaraya dan kedai yang turut serta atau dari laman web MILO ®. Langkah 2: Kutip mata yang diperlukan seperti yang ternyata pada Borang Penebusan (sila rujuk Jadual Bukti Pembelian & Mata).
Jadual Bukti Pembelian & Mata:
Langkah 3: Lengkapkan Borang Penebusan
Langkah 4: Lampirkan resit-resit yang diperlukan sebagai Bukti Pembelian dalam satu sampul surat dan hantarkan melalui sebarang kaedah yang dijamin tiba ke alamat yang diberikan dalam Borang Penebusan.
S2: J:
Di manakah boleh saya dapatkan Borang Penebusan? 1) Di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar raya mini, kedai stesen minyak, dan mini markets, petrol marts dan kedai 7-Eleven yang turut serta. 2) Laman web MILO®: http://www.milo.com.my
S3: A:
Apakah cara untuk mengumpul mata bagi menebus Beg Ceria MILO®? Beli mana-mana produk MILO® UHT yang turut serta dan kumpulkan Resit Pembelian Asal. Setiap RM4 akan diberikan 1 mata. Anda boleh mengumpul resit-resit pembelian asal bagi mencukupkan mata untuk penebusan Beg Ceria MILO®.
S4: A:
Adakah terdapat had kepada jumlah resit pembelian yang boleh dikumpulkan? TIDAK ada had ditetapkan. Anda boleh mengumpul seberapa banyak resit pembelian untuk mencukupkan mata untuk membuat penebusan. Tetapi hanya resit pembelian asal akan diterima.
S5:
Boleh saya kirimkan / hantarkan Borang Penebusan saya ke pejabat, peniaga atau pejabat cawangan Nestlé? TIDAK. Anda hanya boleh kirimkan / hantarkan Borang Penebusan anda ke alamat yang dinyatakan sahaja melalui kurier, POS Laju dan/atau khidmat penghantaran tangan. Anda juga boleh menghantar Borang Penebusan sendiri ke alamat yang diberikan tetapi anda tidak boleh mendapatkan barangan penebusan anda dengan serta-merta.
J:
S6: J:
Boleh saya hantarkan Borang Penebusan saya menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POS Laju dan / atau sebarang kaedah kiriman? BOLEH. Semua Borang Penebusan yang diterima menerusi penghantaran dengan tangan, khidmat kiriman cepat, POS Laju dan/atau sebarang kaedah kiriman yang lain akan diterima. Tetapi, bukti pos Borang tidak bermakna bukti penerimaan Penganjur.
S7: J:
Boleh saya menghantar lebih daripada 1 Borang Penebusan? BOLEH, tetapi setiap Borang Penebusan hanya boleh menebus maksimum 2 Beg Ceria MILO® sahaja dan setiap Borang Penebusan mesti dilengkapi dengan semua maklumat yang diperlukan dan Mata yang diperlukan untuk penebusan. Sekiranya anda ingin menebus lebih daripada 2 beg, anda dinasihatkan untuk meletakkan setiap borang penebusan dan bukti pembelian ke dalam satu sampul surat kecil dan masukkan kesemua sampul surat kecil ke dalam satu sampul surat besar untuk diposkan.
S8:
Saya mempunyai satu resit pembelian yang membolehkan saya untuk menebus lebih daripada 2 beg bagi program penebusan ini. Bagaimanakah cara yang betul untuk menebus jika saya hanya boleh menebus untuk 2 beg dalam satu borang sahaja? Jika jumlah resit pembelian membolehkan anda untuk menebus lebih untuk daripada 2 beg, anda harus mengisi lebih daripada 1 borang penebusan untuk menebus kerana 1 borang penebusan hanya layak untuk 2 beg sahaja. Sila kepilkan borang-borang penebusan anda bersama dengan resit pembelian asal anda dan kirimkan.
J:
S9: J:
Kenapa saya hanya boleh menebus maksimum 2 beg dalam 1 Borang Penebusan? Anda hanya boleh menebus maksimum 2 beg dalam 1 Borang Penebusan kerana kami telah menyediakan pakej penghantaran yang hanya boleh memasukkan 2 beg sahaja untuk setiap penghantaran. Ini adalah untuk memastikan beg anda dipekkan dalam 1 pakej serta untuk memudahkan penghantaran kepada anda.
S10: Umur peserta yang layak? J: Program Penebusan Beg Ceria MILO® dibuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 01 Oktober 2017. Peserta mesti menyertakan alamat di Malaysia di Borang Penebusan untuk layak.
S11: Boleh saya menghantar salinan borang penyertaan? J: BOLEH. Salinan Borang Penebusan diterima, dengan syarat setiap satu mesti diisi secara individu & original, lengkap dengan maklumat yang diperlukan serta Bukti Pembelian yang sama nilai dengan mata yang diperlukan untuk menebus. S12: Apa yang akan berlaku sekiranya saya menyertakan mata yang berlebihan? J: Semua mata yang berlebihan tidak akan dipulangkan kepada peserta. S13: Apa yang akan berlaku sekiranya saya menyertakan mata yang kurang/tidak mencukupi? J: Borang Penebusan tidak akan dilayan dan akan dibatalkan. Peserta perlu menyertakan mata yang sama nilai atau melebihi jumlah mata penebusan yang diperlukan untuk mengelakkan sebarang kekecewaan. S14: J:
Apakah barangan penebusan yang boleh ditebus? Terdapat sejumlah 2 corak Beg Thermal MILO® dan 2 corak Beg Galas MILO® sepanjang tempoh penebusan 01 Oktober – 31 Disember 2017
S15: Saya telah berpindah; bolehkah saya menukar alamat penghantaran? J: BOLEH, sila berikan maklumat terbaru anda dan kami akan mengemaskinikan maklumat anda. Tetapi, kami tidak dapat menukar alamat penghantaran baru sekiranya Beg Ceria MILO® telah dihantar. S16: Bolehkah saya menukar fikiran ke atas corak Beg Ceria MILO® yang saya tetapkan pada Borang Penyertaan selepas penghantaran borang? J: TIDAK BOLEH. Penukaran Beg Ceria MILO® selepas penghantaran borang adalah tidak dibenarkan. Semasa Borang Penebusan diterima, Beg Ceria MILO® akan ditempah khas untuk anda dan akan diatur untuk penghantaran. Selepas proses itu telah berlaku, maka, ia adalah sukar untuk menarik balik. Oleh itu, kami ingin menyarankan supaya peserta mengumpul lebih banyak mata dan menghantar Borang Penebusan untuk Beg Ceria MILO® lain yang anda kehendaki. S17: Bagaimana untuk mendapatkan Beg Ceria MILO® yang telah ditebus? J. Beg yang ditebus akan dihantar dalam masa 6 – 8 minggu selepas tarikh tutup 31/12/2017. Borang Penebusan yang diterima selepas 31/12/2017 tidak akan dilayan. Penganjur akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghantar beg tetapi Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya kiriman tidak diterima, lambat diterima atau beg yang diterima oleh Peserta rosak.
Q18: Adakah terdapat mana-mana lokasi yang boleh saya tebus Beg Ceria MILO® dengan SEGERA? A: TIDAK. Penebusan segera tidak dijalankan bagi program ini. Semua beg akan dihantar terus kepada Peserta dalam masa 6 – 8 minggu selepas tarikh tutup 31/12/2017. Q19: Apakah saiz Beg Ceria MILO®? A: Beg Thermal: 23cm (P) x 17.5cm (L) x 8cm (D) Beg Galas: 39cm (P) x 28.5cm (L) x 11cm (D) S20: Bilakah tarikh tutup untuk Penebusan ini? A: Tempoh PROGRAM PENEBUSAN BEG CERIA MILO® ini adalah antara 01/10/2017 hingga 31/12/2017. S21: Siapa yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut? J: Anda boleh hubungi talian Khidmat Pengguna Nestlé: 1-800-88-3433 untuk sebarang bantuan yang diperlukan.