INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1050
SUMBANGAN AL-SUMAIT DALAM BIDANG DAKWAH
DR.HAYATI BINTI HUSSIN(KUIS) DR.ABDUL RAHIM BIN AHMAD(IKMAS UKM) ROHANA ZAKARIA(KUIS) AHMAD SHAHIR MASDAN(KUIS)
ABSTRAK Kertas kerja ini merupakan suatu kajian terhadap al-Marhum Dr. Abdul Rahman Humaid al-Sumait, seorang tokoh dakwah Islam yang berasal dari Kuwait. Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya berdakwah kepada agama Allah s.w.t. Hasilnya, berjuta-juta orang Afrika memeluk Islam. Kajian ini memfokuskan pada pengenalan dan sumbangannya dalam bidang dakwah. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif dengan bersumberkan maklumat dan data daripada buku-buku dan laman sesawang. Bentuk kajian pula merupakan kajian biografi. Hasil kajian mendapati al-Sumait merupakan seorang tokoh dakwah Islam yang begitu unggul di zaman moden ini. Ini berdasarkan kepada tiga faktor, Pertama: Kejayaan alSumait mengislamkan sekitar 11 juta orang yang merupakan bukti bahawa beliau merupakan seorang pendakwah semasa yang disegani dan dicontohi oleh dunia Islam. Kedua: Penubuhan sekolah-sekolah untuk anak-anak warga Afrika lebih daripada setengah juta orang. Ketiga: Beliau menginfakkan seluruh harta dan tenaga kepada agama dalam keadaan uzur semasa hayatnya. Implikasi kajian ini adalah bersifat kesedaran dan cabaran kepada para pendakwah, khususnya di negara kita dalam merangka jalan dakwah serta kesediaan pengorbanan mereka secara perbandingan dan ibrah dengan al-Sumait. Kata kunci: Al-Sumait, Dakwah Afrika.
PENDAHULUAN
Dakwah pada asalnya bukanlah bicara lisan semata-mata, tetapi ia merupakan satu gerak kerja yang tersusun hasil dari tuntutan yang telah ditujukan kepada orang-orang beriman untuk melaksanakannya dalam menyeru manusia supaya menyembah akan Allah s.w.t dan mentaati segala suruhan dan menjauhi laranganNya. Tuntutan itu berlaku sama ada pada peringkat individu, kumpulan dan negara.
Apabila seseorang itu telah melafazkan kalimah syahadah, maka dia telah membuat pengakuan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dan mentaati RasulNya. Mereka mestilah berusaha melaksanakan segala tuntutan syahadah tersebut. Salah satu daripada tuntutannya ialah untuk menyeru dan mengajak manusia kepada jalan Allah s.w.t serta menyampaikan dakwah islamiyah. Firman Allah s.w.t:
608
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
ُٱدۡعُ إَِلىٰ سَبِيلِ رَّبِكَ ّبِٱلۡحِكۡمَةِ َوٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَٰدِلۡهُم ّبِٱلَتِي ِهيَ َأحۡسَنُۚ إِّنَ رَّبَكَ هُوَ أَعۡلَم ٥٢١ َل عَن سَبِيلِهِۦ وَهُ َو أَعۡلَ ُم ّبِٱلۡمُهۡتَدِين َض َ ّبِمَن Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Al-Nahl: 16:125) Dakwah adalah kalimah Arab yang merupakan “masdar” (kata terbitan), berasal dari perkataan “da’a”,” yad’u”, “da’watan” yang memberi maksud seruan, panggilan atau undangan. (Abdul Karim Zaidan. 2009)
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِي فَإِّنِي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَاعِ إِذَا دَعَاّنِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ ّبِي ٥٨١ ّن َ لَعَلَ ُهمۡ يَرۡشُدُو Maksudnya:“Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawaplah) bahawasanya Aku adalah dekat,Aku menjawap seruan hambaKu yang menyeru (berdoa) apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar merekasentiasa berada di dalam kebenaran”. (Al-Baqarah.2:186)
Tugas dakwah merupakan kerja asasi Nabi s.a.w. Malahan ia merupakan salah satu sifat Baginda. Sifat tabligh yang dimiliki oleh Baginda bermaksud tanggungjawab dakwah mesti dipikul selagi hayat dikandung badan. Hakikat ini difahami oleh sebahagian para sahabat ketika turunnya surah al-Nasr yang menandakan dekatnya kewafatan Baginda berikutan tugas dakwah telah selesai dengan pengislaman berbondong-bondong manusia. Firman Allah s.w.t:
609
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
َ فَسَبِحۡ ّبِحَمۡ ِد رَّبِك٢ ن ٱللَهِ أَفۡوَاجٗا ِ ت ٱلنَاسَ يَدۡخُلُوّنَ فِي دِي َ ۡ َورََأي٥ ُإِذَا جَآ َء ّنَصۡ ُر ٱللَهِ َوٱلۡفَتۡح ٣ َوٱسۡ َتغۡفِرۡهُۚ إِّنَهُۥ كَاّنَ تَوَاّبَۢا Maksudnya: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Al-Nars.110:1-3)
Di setiap zaman dan tempat, terdapat tokoh-tokoh dakwah yang menyambung legasi perjuangan Rasulullah s.a.w. Islam terus berkembang ke serata pelusuk dunia. Di zaman moden ini juga terdapat tokoh-tokoh dakwah yang mewarnai dengan pelbagai uslub dan cara yang tersendiri. Ada di kalangan mereka yang berasal daripada bangsa Arab seperti al-Sumait yang akan diperkatakan. Ada pula berlatarbelakangkan bangsa lain seperti Ahmad Didad, Zakir Naik dan ramai lagi.
LATARBELAKANG KAJIAN
Biodata al-Sumait
Nama beliau ialah Abdul Rahman Bin Hamud al-Sumait. Dilahirkan di Kuwait pada 15 Oktober 1957. Semenjak kecil beliau minat membaca. Setiap kali ke pasar bersama ayahnya al-Sumait akan mengutip cebisan-cebisan suratkhabar di jalanan lalu membacanya. Ketika berumur enam tahun dia merupakan seorang yang menjaga solatnya. Al-Sumait selalu mendirikan solat berjemaah di masjid termasuklah pada waktu subuh. Akhlaknya itu menjadikan dia dianggap seorang yang sangat rajin oleh penduduk setempat. Dia telah mula menyertai pasukan pengakap ketika berumur tujuh tahun. Aktif di dalam pasukan ini menjadikan dia seorang yang berdisplin dan bersabar dalam kesusuhan hidup. Al-Sumait telah dipenjarakan dua kali dalam hidupnya. Pertama di Baghdad pada 1970 dan kali kedua pada 1990 apabila beliau telah ditangkap oleh pasukan perisikan Iraq semasa pencerobohan Iraq ke atas Kuwait. Beliau telah dihantar ke Baghdad dan diseksa dengan teruk. (Fahad Tuwaijiriy.2011).
610
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Walaupun sibuk berdakwah al-Sumait juga sempat menghasilkan beberapa buah karya yang kebanyakannya menyentuh berkaitan dengan Afrika. Di antara buku-buku yang dihasilkan ialah Labbaika Afrikiyya, Kitab Damcatu Afrikiyya, Kitab Rihlah Khaiyr Fi Afrikiyya Risalah Ila Waladi, Kitab Qabail al-Antimur fi Madagascar dan Kitab Malamih alTansir Dirasatun cIlmiyyatun.
Al-Sumait telah menerima pelbagai anugerah di antaranya ialah anugerah pengerusi Majlis Kerjasama Teluk diadakan di Muscat, 1986, hadiah raja Faisal Bin Abdul Aziz 1996, anugerah majlis kerjasama teluk untuk berkhidmat pergerakan pengakap, penganugerahan dua sungai kelas pertama yang disediakan oleh republik Sudan 1999, hadiah utama Sheikh Rashid al-Naumi, gabenor Ajman Emirate 2001, anugerah Fars dari presiden republik Benin 2004, hadiah utama Sheikh Hamdan Bin Rashid al-Maktum untuk perubatan dan manusia sciences Dubai Emirates, Disember 2006, Anugerah fars for charity work from al-Sharikah Emirate 2010. Terdapat pelbagai lagi anugerah yang diperolehi ketika hayatnya. Pada 15 Ogos 2013 al-Sumait telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Pendidikan Al-Sumait
611
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Al-Sumait pada mulanya mendapat pendidikan di negaranya sendiri iaitu di Kuwait. Beliau memulakan pengajian di peringkat menengah kemudian menyambung di peringkat ijazah pada bulan julai 1972 di Universiti Baghdad, Iraq dalam bidang kedoktoran. Al-Sumait adalah seorang doktor dalam bidang perubatan dalaman dan gastroenterologi sebelum terlibat dalam kerja-kerja amal. Al-Sumait meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam bidang perubatan juga dengan mengkhususkan penyakit iklim tropika dari University of Liverpool, UK pada tahun 1974. Setelah tamat pengajian di Liverpol beliau berkelana pula ke McGill University, Kanada untuk menyambung dalam ilmu perubatan yang fokusnya lebih kepada bidang perubatan dalaman dan sistem penghadaman (Fahad Tuwaijiriy.2011)
Kecintaan beliau terhadap ilmu terus dikembangkan melalui pembacaan sehingga mencakupi pelbagai bidang ilmu seperti ilmu agama, Perbandingan Agama, politik, ekonomi dan lainlain. Ada ketika beliau pergi ke perpustakaan pada awal waktu sebelum dibuka dan menjadi orang yang terakhir keluar dari perpustakaan tersebut.
SUMBANGAN AL-SUMAIT DALAM BIDANG PERUBATAN, PENDIDIKAN DAN DAKWAH
Pertama: Perubatan Al-Sumait sebenarnya menyumbang dalam bidang perubatan menerusi dua jenis peninggalan iaitu peninggalan bersifat penyelidikan dan juga institusi kesihatan. Sumbangan beliau dalam kedua-dua bidang ini sememangnya mewakili aspek pemikiran dan juga aplikasi. Ini terbukti apabila beliau merupakan seorang tokoh perubatan berjaya menjalankan beberapa kajian yang berkaitan perubatan secara umumnya dan juga bidang menubuhkan beberapa institusi. Al-Sumait telah menjalankan tugas di Hospital Awam Montreal 1974-1978. Ketika bertugas sebagai seorang doktor kajian-kajian yang ditulis berkaitan perubatan ialah: Pertama: The open between pancreas and colon. Disiarkan dalam Medical Society Magazine Kanada. Kedua: Cancer of the remains of stomach after the good ulcer surgery. Satu kajian yang dikemukakan dalam persidangan Diraja Physicians College Di Kanada Bandar Raya Quebec pada Februari 1979. 612
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ketiga: Examination by telescope for checking amoebic swelling in Colon. Diterbitkan dalam Digestive System Teleskop Magazine - Edisi 3/1985 di Amerika Syarikat. Keempat: Studying the importance of the emergent telescope in the cases of digestive system bleeding (applications on 150 cases). Satu penyelidikan yang telah dibentangkan dalam Persidangan Sistem Penghadaman , Hospital Awam Montreal pada tahun 1978. Kelima: Vitamin (B12) as a factor to cure. ( https://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Al-Sumait)
Ketokohan al-Sumait dalam bidang perubatan bukan sahaja dilihat dari hasil kajiannya sahaja, tetapi beliau dikenali sebagai penggerak perubatan menerusi
saluran lain juga.
Kesinambungan ilmunya itu membuahkan hasil dengan tertubuhnya beberapa buah institusi yang masih bergiat aktif serta mempunyai kaitan langsung dengan beliau. Sebagai contoh beliau telah membina 150 kem perubatan khusus untuk menyembuhkan penyakit oftalmologi itu. Beliau juga membina dan mengendalikan 256 klinik serta mengendalikan 4 hospital.
Kedua: Pendidikan dan Kemanusiaan
Dalam hal pendidikan dan kemanusiaan al-Sumait telah memberi sumbangan yang besar terhadap pembinaan sekolah, kolej dan Universiti. Dr.Abdul Rahman al-Sumait telah membelanjakan seluruh harta yang diinfaqkan dengan katanya: "Harta-harta manusia yang mereka sumbangkan untuk amal kebajikan tidak mungkin bagiku membazirkannya walaupun seriyal."Beliau menubuhkan sekolah-sekolah pembelajaran dan pendidikan untuk anak-anak afrika lebih daripada setengah juta orang. Beliau juga telah menubuhkan 860 buah sekolah, Pusat Latihan Wanita 200, dua kolej di Kenya dan Zanzibar. Beliau turut membayar yuran akademik lebih daripada 150 ribu pelajar yang memerlukan serta mengekalkan lebih daripada 3000 mahasiswa. Menyediakan lebih daripada 700 biasiswa bagi pengajian pasca siswazah dan menterjemah dan mencetak 9 juta buku dalam 22 bahasa. Beliau menubuhkan 5 buah Universiti di Afrika. Beliau menggali lebih daripada 12000 telaga untuk menyediakan air bersih bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan miskin dan kampung-kampung. (Zulkifli al-Bakri.2014) 613
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Pada tahun 1981, al-Sumait mengasaskan Agency Muslim Afrika, yang kemudiannya dikenali sebagai "Bantuan Langsung" masyarakat. masyarakat ini menyediakan bantuan kemanusiaan yang luas kepada umat Islam yang miskin di seluruh Afrika. Bantuan langsung ini mempunyai pejabat-pejabatnya di 29 negara-negara Afrika . Selain itu, ia dianggap sebagai Perunding Am di Lembaga Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1998. Beliau juga adalah pengasas Kuwait Relief Agency dan bekerja sebagai CEO daripada 1987 sehingga 2013 dan penyelaras Kesihatan atase untuk kedutaan Kuwait di Kenya.
Berikut adalah senarai institusi amal dan kebajikan yang diasaskan oleh Al-Sumait: Pertama: Ahli pengasas cawangan Montreal daripada Pelajar Society, 1974-1976 Muslim. Kedua: Ahli pengasas, Jawatankuasa Malawi Islam - Kuwait 1980. Ketiga: Ahli pengasas, Jawatankuasa Bantuan Kuwait. Keempat: Ahli pengasas, Lembaga Kebajikan Islam Antarabangsa – Kuwait. Kelima: Ahli pengasas, majlis Islam Antarabangsa untuk Call dan Bantuan – Kuwait. Keenam: Ahli Charity Rescue Society – Kuwait. Ketujuh: Setiausaha Agung Jawatankuasa Afrika Muslim, 1981-1999. Kelapan: Pengerusi Direct Aid, 1999-2008 Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Kuwait – Kuwait. Kesembilan: Editor -in- Chief of Al Kawther Magazine , 1984 sehingga kematiannya. Kesepuluh: Ahli Majlis pemegang amanah Pertubuhan Call Islam- Sudan. Kesebelas: Ahli Majlis pemegang amanah Universiti Sains dan Teknologi-Yaman. Kedua belas: Pengerusi lembaga Fakulti Pendidikan- Zangbar. Ketiga belas: Pengerusi lembaga Fakulti Syariah dan Pengajian Islam – Kenya. Keempat belas: Pengerusi Amal Pusat Kajian Kerja-Kuwait. (http://direct-aid.org/cms/aboutus/public-strategy/). 614
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ketiga : Dakwah
Dr.Abdul Rahman al-Sumait, merupakan salah seorang pendakwah yang terkenal di Kuwait. Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya kepada Allah s.w.t dan menyeru berjutajuta orang Afrika datang ke Islam dengan rahmat Allah. Beliau telah membina lebih 4396 buah masjid, Beliau juga turut menubuhkan Pusat Islam sebanyak 102 buah. Beliau menyediakan lebih daripada 4000 pendakwah, guru dan pemikir untuk meneruskan dakwah Islamiyyah. Al-Sumait telah mencetak dan mengedarkan sekitar 20 juta salinan al-Quran dalam bahasa-bahasa Afrika dan bahasa Arab. Dakwahnya melibatkan 30 buah negara di Afrika. Di antara-antara negara yang terlibat dalam misi dakwahnya ialah Mozambique, Somalia, Chad, Niger, Mauritania, Burkina Faso, Comoros, Mali, Malawi, Ghana, Madagascar, Uganda, Benin, Ethiopia, Kenya, Central African Republic, Gambia, Togo, Guinea Bissau, Rwanda, Guinea, Zambia, Sudan, Sierra Leone, Tanzania, South Africa, Zingabar, Zimbabwe dan Senegal. (http://direct-aid.org/cms/about-us/public-strategy/.)
Hakikatnya keberkesanan dakwah al-Sumait berlaku disebabkan gabungan usaha kemanusiaan yang dijalankan oleh beliau. Dakwah yang berkesan bukan sekadar seruan dan ungkapan dibibir (bi-al-Maqal) bahkan ia perlu diterjemahkan melalui perlakuan (bi al-Hal). Kelebihan beliau pada aspek perubatan telah dijalinkan dengan pendidikan serta kebajikan dan akhirnya membuahkan hasil keimanan masyarakat Afrika. Ini bermaksud ceramah dan kuliah akan menjadi lebih efektif dengan perlaksaan tuntutan kemanusiaan dapat dilihat di hadapan mata oleh sasaran dakwah. 615
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Hal ini menuntut para pendakwah untuk mengenalpasti apakah asas-asas dakwah yang dimiliki oleh al-Sumait sehingga menjadikan dakwahnya begitu berkesan. Antara lain dakwah beliau bertunjangkan kepada faktor-faktor berikut:
Pertama: Pendakwah sebenar telah disediakan semenjak kecil. Kata al-Sumait: “ Semenjak usiaku lima tahun aku sentiasa berkhayal diriku berada di Afrika dan hutan belantara. Aku memiliki sebatang tongkat yang diletakkan disisiku ketika tidur. Tongkat itu sebenarnya tongkat pengakap yang digunakan untuk menangani ular yang berbisa”.
Kedua: Sifat Tawaduk adalah pakaian pendakwah Ketika ditemuramah oleh wartawan al-Sumait berang apabila digelar ‘tokoh pendakwah’ dan ‘tuan Syeikh’. Beliau membantah dengan keras. Gelaran yang disukainya adalah ‘khadam orang fakir dan anak yatim’. Kata beliau: “Aku lebih rendah untuk dipanggil pendakwah. Aku masih belajar sedangkan dakwah itu lebih besar daripada diriku.”
Ketiga: Pendakwah sentiasa mengembangkan bakat dan keupayaan Al-Sumait sebenarnya memulakan kerja sukarela dan dakwah semenjak dibangku sekolah. Ketika itu dia dan kawan-kawan berhasrat membantu para buruh yang tidak mempunyai kenderaan ke tempat kerja. Mereka telah mengumpulkan duit membelikan kereta. Caranya adalah setiap orang menyumbangkan kewangan dengan memotong duit belanja harian. Khidmat yang diberikan adalah secara percuma.
Keempat: Pendakwah mesti mempunyai azam yang tinggi Kata al-Sumait: “Bukanlah kebiasaanku untuk membatalkan perjalanan ke sebuah kampung (untuk berdakwah) sekiranya aku telah merancang untuk ke sana”.
Kelima: Pendakwah mestilah tabah dan konsisten Apabila ditanya bilakah tuan akan pulang ke kampung halaman? al-Sumait menjawab: “Aku akan pulang hanya pada ketika syurga telah terjamin buat diriku. Selagi tiada jaminan maka aku akan terus merantau sehingga maut datang menjemputku”.
616
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Keenam: Kesusahan dan penderitaan adalah rutin pendakwah Kata al-Sumait: “Aku pernah tinggal di sebuah kampung yang terputus bekalan air dan apinya setiap hari. Ia sebenarnya masalah besar bagiku kerana aku mengidap kencing manis. Aku terpaksa menyuntik insulin sebanyak lima kali sehari. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang perlu diletakkan di dalam peti sejuk”.
Ketujuh: Peranan keluarga dalam membantu usaha dakwah Aku tinggal di Afrika sehingga kini selama 26 tahun. Keluargaku di Kuwait. Ketika musim cuti mereka akan datang ke sini. Sebabnya adalah kerana untuk memastikan anak-anakku mengenaliku. Pernah sekali aku pulang ke Kuwait anak-anakku bertempiaran lari apabila aku masuk ke rumah. Mereka tidak mengenali ayah mereka.
Kelapan: Pendakwah perlu tabah ketika sakit Kata al-Sumait: “Aku menghidap pelbagai penyakit antaranya adalah saluran jantung dan otak tersekat, tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit lutut sehingga terpaksa menunaikan solat secara duduk. Aku juga mempunyai kolestrol tinggi, mata berair dan lain-lain. Namun siapakah yang boleh menyelamatkanku ketika hisab nanti sekiranya manusia Afrika mengadu aku tidak ke sana untuk menyelamatkan mereka”.
Kesembilan: Pendakwah perlu bekerja sepenuh masa Kata al-Sumait: “Aku tidak memiliki televisyen walaupun boleh sahaja aku membelinya. Begitu juga radio walhal suratkhabar. Hasratku adalah untuk hidup demi mereka sahaja. Tiada impian lain selain itu”.
Kesepuluh: Pendakwah perlu mengkaderkan pelapis dakwah setempat Al-Sumait menjelaskan kami memiliki seorang pendakwah. Namanya Abdul Rahman Banjoro. Dulunya dia seorang usahawan yang sangat kaya. Namun beliau telah meninggalkan perniagaannya. Sesiapa yang masuk Islam ditangannya boleh tinggal secara percuma di kediaman beliau selama tiga bulan. Di situ Abdul Rahman mengajar al-Quran dan asas-asas agama. Pelbagai bangsa menjadi tetamunya.
617
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Kesebelas: Pendakwah perlu fokus kepada aktiviti pembelajaran Ketika ditanya apakah sebenarnya strategi terancang untuk dakwah Afrika? Al-Sumait menjawab: “Pelajaran, pelajaran dan pelajaran”.
Kedua belas: Pendakwah perlu telus dalam hal kewangan Kata al-Sumait: ”Jaminan ketulusan kami amat tinggi. Kami memiliki enam peringkat pengawasan kewangan bermula dari lapangan. Diikuti dengan audit lapangan di ibupejabat di Kuwait, audit am, audit dalaman dan audit luar”.
Ketiga belas: Pendakwah perlu mengatur strategi kewangan Kata al-Sumait: “Kami menfokuskan golongan berpendapatan sederhana bahkan sebenarnya wanita merupakan penyumbang utama berbanding lelaki. Golongan ini yang berusia di antara 25 hingga 45 tahun dengan bekerja sebagai guru, jururawat, doktor dan lain-lain. Setiap mereka menyumbang secara bulanan sebanyak 100, 200 atau 500 riyal”.
Keempat belas: Pendakwah perlu menghormati adat setempat Kata al-Sumait: “ Banyak yang aku pelajari dari Afrika. Terima kasih buat teman-teman di sini. Pelajaran pertama adalah kita mesti menghormati adat dan budaya orang lain selagi tidak bercanggah dengan agama”.
Kelima belas: Pendakwah perlu bersifat warak Al-Sumait sering dipuji oleh rakyat dan pemimpin tempatan walhal ada di kalangan pemimpin mereka yang menawarkan anak gadis untuk dijadikan isteri. Namun jawab beliau: “Aku telahpun berkahwin dengan dakwah. Sesiapa yang memperisterikan dakwah maka dia tidak akan berkahwin lagi”. (https://m.facebook.com/alsumait01/?tsid=0.3025326943956316&source=typeahea)
KESIMPULAN
Dr.Abdul Rahman al-Sumait adalah manusia luar biasa yang berdedikasi hidupnya untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang baik. Orang ini patut diakui dan dikenali dengan kesan utama beliau pada berjuta-juta nyawa, bukan sahaja di tempat asalnya tetapi juga di seluruh dunia . 618
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Dakwah al-Sumait amat besar jasanya dalam bidang dakwah. Jika dilihat pada bilangan mereka yang memeluk agama Islam usaha beliau sebenarnya mengatasi usaha sebuah negara di dalam mengislamkan manusia. Malahan usaha pakatan negara-negara Islam sebesar OIC pun belum tentu mampu menyainginya. Kejayaan dakwah beliau adalah berdasarkan kepada faktor kebajikan dan kemanusiaan ssebelum ajakan untuk menganut Islam diajukan. Beliau juga telah meninggalkan pelbagai tips bagi para pendakwah untuk diaplikasikan dalam gerak kerja mereka.
RUJUKAN
Al-Quran. Abdullah Basmeih. 2000. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam, Kuala Lumpur. Abdul Karim Zaidan. 2009. Usul al-Dakwah. Muassasah al-Risalah. Beirut. Fahad Tuwaijiriy. 2011. Al-Syeikh al-Doktor cAbd al-Rahman bin Hamod al-Sumait. Maktabah al-Elektroni. Zulkifli al-Bakri. 2014. Tokoh Pendakwah Islam : Dr Abdul Rahman Humaid al-Sumaith. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. http://direct-aid.org/cms/about-us/public-strategy/.
(https://m.facebook.com/alsumait01/?tsid=0.3025326943956316&source=typeahea).
https://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Al-Sumait.
619