INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1069
USLUB DAKWAH MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN
FARIZA HANAN MUHAMAD, FAKULTI AKADEMI ISLAM, PROF. MADYA DR. KALTHOM HUSAIN, FAKULTI PENDIDIKAN, PUZIAH ABDUL WAHAB, PUSAT PENGAJIAN TERAS, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR ( KUIS )
[email protected],
ABSTRAK
Uslub dakwah adalah signifikan bagi mempastikan mesej dakwah sampai kepada mad’u (yang diseru) dengan lebih berkesan. Tahap kesukaran bagi seseorang pendakwah dalam menyampaikan dakwahnya adalah bergantung kepada Uslub dakwah yang digunakan. Jika betul Uslubnya, maka mudahlah tercapai matlamatnya dan begitulah sebaliknya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji Uslub dakwah menurut perspektif al-Quran. Penelitian bagi tajuk kajian ini dijalankan atas dasar permasalahan ketidaktepatan penggunaan uslub dakwah dalam menyampaikan ilmu dakwah disamping memilih penggunaan Uslub yang tepat dan betul dalam menyampaikan dakwah. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu; 1) untuk mengkaji konsep Uslub dakwah dan yang ke 2) adalah untuk mengenalpasti bentuk-bentuk Uslub dalam berdakwah yang terkandung dalam alQuran. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah perpustakaan bertujuan untuk mendapatkan maklumat melalui rujukan ke atas kitab suci Al-Quran dan bahan-bahan seperti buku, kertas kerja seminar dan sumber lain yang dapat membantu untuk mendapatkan sumber maklumat dengan cepat, dan benar. Hasil kajian ini mendapati bahawa pemilihan penggunaan Uslub yang betul dalam berdakwah memainkan peranan yang penting dalam memastikan mesej dakwah itu sampai dengan betul. Kajian ini mendapati terdapat tiga bentuk Uslub yang boleh digunakan dalam berdakwah sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran iaitu Bilhikmah, Bilmaw’izah al-Hasanah, dan Mujadalah Billati Hiya Ahsan. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan membantu para pendakwah khususnya dan individu lain secara umumnya untuk dapat memilih penggunaan Uslub dakwah yang tepat bagi memastikan mesej dakwah atau nasihat yang ingin disampaikan itu diterima dengan baik oleh pendengar atau mad’u (yang diseru).
Kata Kunci: Uslub, Berdakwah, Perspektif Al-Quran.
1.
PENDAHULUAN
Di dalam Islam, dakwah telah bermula sebagai suatu profesion para rasul sejak zaman Nabi Nuh ‘Alaihissalam lagi sehingga kepada Nabi Muhammad S.A.W.. Mereka adalah da’i (pendakwah) ulung yang diutus Allah kepada manusia untuk menunjukkan jalan yang patut dilalui oleh umat Baginda. “Dan bahawa inilah jalanKu yang lurus maka ikutlah jalan tersebut dan jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain kelak kamu akan berpecah menyeleweng dari jalan. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa. ” (QS.al-An’am: 153)
869
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Di dalam Islam, dakwah adalah sesuatu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, maka ia merupakan suatu perbuatan yang sangat murni yang perlu dilaksanakan dengan cara yang terbaik, jujur dan ikhlas, sesuai dengan maksud firman Allah: “Dan siapakah lagi yang paling elok percakapannya daripada mereka yang berdakwah kepada Allah dan beramal soleh serta berkata: Sesungguhnya aku termasuk di dalam golongan yang berserah diri kepada Allah.” (QS.Fussilat: 33) Seseorang pendakwah amat perlu untuk mengetahui cara, teknik atau metode ( uslub ) dalam berdakwah. Ianya merupakan satu ilmu yang mengajar pendakwah tentang cara untuk menyampaikan dakwah secara tepat dan sesuai pada setiap keadaan dan masa. Tanpanya masyarakat yang menjadi sasaran dakwah akan menolak dan menerima secara negatif. Oleh kerana itu, metode dakwah adalah satu kaedah atau cara untuk mengajak manusia mendekatkan diri dengan mentauhidkan Allah secara benar dan sempurna. Secara tidak langsung ianya mengajar pendakwah mengetahui bagaimana keadaan subjeknya atau mad’unya. Akhirnya pendakwah dapat merancangkan cara atau teknik yang berkesan lagi tepat yang difikirkan berkesan untuk mempengaruhi mad’unya apabila ia menyampaikan dakwah.
Dakwah memerlukan kepada Uslub (kaedah) yang baik. Uslub yang terbaik adalah Uslub yang bersifat rabbani sesuai dengan Islam sendiri yang bersifat ‘Rabbaniy al-masdar’. Dimaksudkan dengan ‘jalan’ di dalam maksud firman Allah di atas ialah agama Islam yang lurus dan sempurna untuk dijadikan panduan hidup yang lengkap. Tidak ada lagi agama atau cara hidup lain yang boleh menandingi Islam dalam apa jua aspek sekalipun. Oleh hal yang demikian, dakwah Islam pada hari ini memerlukan kepada Uslub yang terbaik dan tepat sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dalam berhadapan dengan masalah umat kini.
Masyarakat pada hari ini adalah masyarakat yang dipengaruhi oleh perkembangan ilmu yang berteraskan kebendaan. Ilmu yang dikejar hanyalah ilmu yang bersifat duniawi yang menjanjikan pulangan kebendaan segera dan yang tidak menjana ketaqwaan sedangkan Allah berfirman yang bermaksud:
870
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nanti kamu kamu akan dianugerahkan pengetahuan yang berguna oleh Allah dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(QS.al-Baqarah: 282)
Kajian ini dilakukan kerana terdapat permasalahan ketidaktepatan penggunaan uslub dakwah dalam menyampaikan ilmu dakwah dikalangan pendakwah. Oleh sebab itu berlakulah ketidaksampaian mesej secara sempurna dik kerana kejahilan dalam penggunaan uslub dakwah yang betul sebagaimana yang telah digarispandukan oleh kitab suci Al-Quran. Oleh kerana penggunaan Uslub yang tidak tepat dan betul inilah akan menyebabkan kegagalan dalam berdakwah dan dalam menyampaikan dakwah itu sendiri. Oleh itu, pemahaman uslub yang betul dan tepat untuk digunakan di sesuatu masa tertentu amatlah dititikberatkan. Pengaruh yang tidak sihat itu telah mempengaruhi para pendakwah sehingga menyebabkan mereka gagal untuk memikirkan akan kepentingan pemilihan penggunaan bentuk Uslub yang terbaik dalam penyampaian dakwah mereka kerana hanya mengejar kebendaan tanpa mengambil endah kesan penyampaian tersebut berkesan atau tidak terhadap mad’u (yang diseru). Ianya menunjukkan tajuk dakwah dan Uslub dakwah adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ini adalah kerana kejayaan dakwah bergantung kepada beberapa faktor dan antara yang utamanya ialah berkaitan Uslub dakwah itu sendiri.
Sedemikian pentingnya penggunaan Uslub dakwah yang betul dalam berdakwah sehingga alQuran telah mensyariatkan kepada manusia tentang penggunaan Uslub dakwah yang tepat dalam surah an-Nahl ayat ke 125 iaitu: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS.an-Nahl: 125) 2.
LATAR BELAKANG KAJIAN
2.1 Permasalahan Kajian Kajian ini dilakukan kerana disana terdapat permasalahan ketidaktepatan penggunaan uslub dakwah dalam menyampaikan ilmu dakwah. Oleh sebab itu berlakulah ketidaksampaian
871
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mesej secara sempurna disebabkan kejahilan dalam penggunaan uslub dakwah yang betul sebagaimana yang telah digarispandukan oleh kitab suci Al-Quran. Oleh kerana penggunaan Uslub yang tidak tepat dan betul inilah akan menyebabkan kegagalan dalam berdakwah dan dalam menyampaikan dakwah itu sendiri. Oleh itu, pemahaman uslub yang betul untuk digunakan di sesuatu masa tertentu amatlah dititikberatkan.
2.2 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep Uslub dakwah mengikut perspektif alQuran dan mengenalpasti bentuk-bentuk Uslub dalam berdakwah yang terkandung dalam alQuran.
3.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
3.1 Pengertian Uslub Dakwah “Uslub” adalah perkataan Arab yang bermaksud jalan atau seni dalam percakapan atau pekerjaan. Ia juga bermaksud cara melakukan sesuatu dan turut membawa maksud sistem melaksanakan sesuatu. Manakala dakwah pula ialah satu program (barnamij) yang lengkap; yang kesemua peringkatnya mengandungi semua cabang ilmu pengetahuan yang menjadi satu keperluan buat manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup serta bagi menyingkap panduan atau jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka. Dalam bahasa Melayu, Uslub membawa erti yang sama dengan pendekatan. Pendekatan berasal daripada perkataan dekat. Pendekatan membawa maksud kaedah; cara; langkahlangkah yang diambil dalam memulakan atau menjalankan kerja atau mengatasi masalah. Dalam bahasa Inggeris, pendekatan membawa erti yang sama dengan perkataan approach yang membawa maksud erti; cara atau kaedah melaksanakan sesuatu atau yang berkaitan dengan masalah.
Manakala dakwah pula membawa maksud suatu perbuatan yang mengajak kepada kebaikan dalam bentuk lisan; tulisan; tingkah laku dan sebagainya yang dilakukan dalam sedar mahupun berperingkat dalam usaha mempengaruhi orang lain sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan supaya timbul suatu impak atau pengertian; kesedaran; sikap penghayatan atau pengamalan terhadap ajaran Islam sebagai mesej yang sampai dalam diri sasaran atau mad’u (yang diseru) tanpa unsur paksaan.
872
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Berdasarkan pengertian-pengertian di atas, dapat disimpulkan Uslub dakwah itu bermaksud metode atau cara yang terdekat yang dapat digunakan dalam menyampaikan mesej dakwah untuk menarik dan mempengaruhi sasaran supaya menerima ajaran Islam yang disampaikan dan kemudiannya mengamalkannya.
Menurut Ab. Aziz Mohd Zin (1993), pengertian bagi perkataan metode; Uslub; minhaj; pendekatan; approach; cara dan kaedah yang dikaitkan dengan dakwah adalah sama pengertiannya dengan metodologi dakwah. Oleh kerana itu, Uslub; minhaj; pendekatan; approach; cara; kaedah dan metodologi termasuk dalam kumpulan yang sama dari sudut pengertiannya apabila dikaitkan dengan dakwah.
Pengertian Uslub dakwah juga dapat dibahagikan kepada 2 pengertian iaitu Uslub dakwah dengan makna khusus dan umum. Menurut al-Sayyid Nawfal, Uslub dakwah dengan makna khusus bermaksud menyampaikan pengertian, pemikiran dan asas hukum-hukum (mesej dakwah) dengan ibarat dan bentuk yang tertentu. Manakala Uslub dakwah dengan makna umum menurut Ab. Aziz Mohd Zin ialah cara dakwah yang melibatkan pemilihan isi untuk disesuaikan dengan sasaran, pemilihan saluran dan media untuk disesuaikan dengan sasaran dan pemilihan bentuk penyampaian yang lebih menarik sasaran.
Kesimpulannya, Uslub dakwah mempunyai pengertian yang sama dengan pendekatan dakwah. Uslub dakwah bermaksud metode atau cara yang terdekat digunakan dalam dakwah bagi menarik sasaran (mad’u) supaya menerima ajaran Islam yang disampaikan dan mengamalkannya. Secara umumnya pula, Uslub dakwah melibatkan pemilihan isi dakwah; pemilihan pemilihan bentuk gaya persembahan; pemilihan sudut strategi; pemilihan bentuk tarikan dan pemilihan saluran mengikut kesesuaian konteks sasaran (mad’u). Justeru itu, sekiranya pendekatan yang digunakan dalam dakwah itu adalah tidak mengikut kesesuaian konteks sasaran (mad’u), dakwah yang disampaikan itu tidak akan berkesan bahkan mengakibatkan kesan negatif kepada sasaran (mad’u) atau sasaran (mad’u) lari daripada matlamat asal seruan itu disampaikan.
3.2 Kepentingan Uslub Dakwah ‘Abd al-Karim Zaydan (1993) menerangkan dengan membawa perumpamaan pendakwah sebagai doktor; Uslub dakwah sebagai cara rawatan; isi dakwah sebagai ubat yang
873
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
menyembuhkan penyakit dan sasaran (mad’u) adalah pesakit. Beliau menjelaskan seorang doktor akan terlebih dahulu mengenalpasti penyakit bagi membolehkan rawatan dijalankan. Ini adalah pendekatan yang betul dalam merawat penyakit. Bukan setakat melihat simptom penyakit dan terus merawat simptom tersebut tanpa mengambil kira punca sebenar penyakit. Pendekatan yang sama juga perlulah digunapakai di dalam berdakwah. Manakala menurut ‘Abd al-Aziz Barghus (2005) menerangkan Uslub dakwah memberi pertolongan dan menjamin kehendak asas pendakwah dengan dua sebab. Pertamanya adalah disebabkan dakwah yang dijalankan tanpa Uslub dakwah yang sebenarakan menyukarkan pendakwah untuk mencapai tujuan dakwah. Selain itu, ajaran Islam juga akan gagal disampaikan oleh pendakwah kepada sasaran (mad’u) sama ada orang Islam mahupun bukan orang Islam. Keduanya adalah disebabkan dakwah dapat diorganisasikan dengan sistematik; dakwah yang strategic dapat dirancang; dan rancangan dakwah yang telah dirancang iaitu dengan mengenal pasti konteks sasaran (mad’u) yang sangat kompleks dapat dilaksanakan. Tambahan pula menurut Muhammad Khayr Ramadan Yusuf, beliau menjelaskan Uslub dakwah merupakan unsur yang penting dan memainkan peranan yang besar dalam memberi impak kepada sasaran (mad’u) sehingga dapat memastikan keberkesanan sesuatu dakwah. Metode adalah satu perkara yang penting dalam berdakwah kerana ianya merupakan cara yang dapat mempengaruhi sasaran (mad’u) untuk menerima pengajaran yang disampaikan. Sesuatu mesej yang baik, susah untuk diterima oleh sasaran (mad’u) sekiranya cara penyampaian yang digunakan adalah tidak betul.
Penjelasan-penjelasan di atas jelas menyatakan Uslub dakwah memainkan peranan yang sangat besar dalam dakwah. Ia merupakan teknik yang diaplikasikan bagi menyampaikan dakwah kepada sasaran (mad’u) secara lebih dekat dan bersesuaian dengan konteks sasaran (mad’u) bagi menarik perhatian dan mempengaruhi mereka untuk menerima ajaran Islam yang disampaikan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana itu, pendakwah atau organisasi dakwah yang bergerak mengikut kemahuan sendiri tanpa menggunakan Uslub dakwah akan mengakibatkan kesan yang negative kepada sasaran (mad’u). Dalam masa yang sama, matlamat yang telah digariskan tidak akan dapat dicapai bahkan berkemungkinan lari daripada matlamat yang ditetapkan. Selain itu, ianya merugikan masa, tenaga dan material yang digunakan oleh para pendakwah.
874
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
4.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk diskriptif bertujuan untuk mengenalpasti strategi uslub dalam berdakwah. Metodologi yang digunakan oleh pengkaji adalah berdasarkan kepada kaedah perpustakaan bertujuan untuk mendapatkan fakta, data, maklumat, dan bukti melalui rujukan ke atas bahan-bahan seperti buku, majalah, surat khabar, kertas kerja seminar dan pelbagai sumber lain yang dapat membantu untuk mendapatkan sumber maklumat dengan mudah, cepat, tepat dan benar. Metode pengumpulan data ini diaplikasikan untuk memahami konsep, mencari “literature review” dan digunakan dalam memahamkan teori-teori yang berkaitan.
5.
DAPATAN KAJIAN
5.1 Bentuk-Bentuk Uslub Dakwah Di Dalam Al-Quran Islam adalah agama yang syumul iaitu menyeluruh sebagai satu cara hidup yang seiring dengan fitrah manusia. Allah menurunkan agama Islam ke atas Nabi S.A.W. yang merupakan utusanNya untuk menyampaikan agama Islam kepada seluruh manusia di seluruh pelusuk alam ini. Oleh kerana itu, sudah semestinya Allah telah mengajarkan cara kepada Nabi S.A.W. untuk menyampaikan dan menyebarkan dakwah kepada sasarannya (mad’u)nya yang terdiri daripada pelbagai kaum; bangsa; status hidup; pemikiran; keturunan dan kemahuan yang berbeza-beza.
Allah S.W.T telah mengajarkan kepada Nabi S.A.W Uslub dakwah melalui pelbagai pelbagai Uslub kerana menjadi suatu kepentingan buat pendakwah menggunakan teknik atau pendekatan dakwah yang tepat dalam menyesuaikan diri dengan keadaan mad’u (yang diseru) supaya dakwah yang disampaikan itu lebih berkesan. Firman Allah yang menceritakan tentang bentuk Uslub dakwah yang menjadi asas bagi segala bentuk Uslub dakwah telah disebut di dalam al-Quran di dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang bathil) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS.an-Nahl: 125) 875
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Sayyid Qutb (2005) menerangkan bahawa ayat tersebut merupakan asas utama yang meletakkan dakwah dan kaedah-kaedahnya; menentukan saranan-saranan dan cara-cara perjuangannya; serta menggariskan peraturan dakwah buat Rasulullah S.A.W dan kepada para pendakwah selepasnya dalam rangka usaha menyebarkan dan menyampaikan agama Allah S.W.T yang suci dan lurus.
M. Quraish Shihab kemudiannya menjelaskan bahawa di dalam ayat Quran tersebut mengandungi tiga gaya atau metode atau Uslub dakwah yang terbaik dan perlu dimiliki oleh setiap individu yang bergelar pendakwah agar dakwah yang dibawa dapat disesuaikan mengikut konteks sasaran (mad’u) atau dapat diterima dengan baik oleh para mad’u (yang diseru). 5.1.1 Bilhikmah Perkataan al-hikmah adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud yang pelbagai iaitu ilmu dan kefahaman; pengetahuan tentang kelebihan sesuatu perkara dengan ilmu yang paling baik; keadilan; sebab; percakapan yang sedikit tetapi memberi maksud yang tinggi; kebijaksanaan; tahan marah; kenabian; sesuatu yang tidak memperlihatkan kejahilan; setiap perkataan bertepatan dengan kebenaran; meletakkan sesuatu kena pada tempatnya; perkataan yang betul dan tepat; dan sesuatu yang menegah daripada berlakunya kerosakan.
Terdapat pelbagai pengertian yang diberikan oleh para ulama menurut istilah antaranya adalah percakapan yang benar seiring dengan keadaan jiwa pada masa itu; al-Quran dan asSunnah; kebenaran yang diterangkan menggunakan dalil dan menyebabkan hilangnya keraguan; perkataan dan perbuatan serta meletakkan sesuatu pada tempatnya; segala usaha dan
cara,
tindakan
yang
sesuai
bijaksana;
dan
berdasarkan
kesesuaian
untuk
mempengaruhinya.
Manakala menurut M. Quraish Shihab, beliau menjelaskan bahawa makna hikmah adalah yang paling utama daripada segala sesuatu sama ada dari segi pengetahuan mahupun perbuatan. Ianya adalah merupakan tindakan atau pengetahuan yang bebas daripada kesalahan mahupun kekeliruan. Hikmah juga turut diertikan oleh beliau sebagai suatu yang apabila digunakan atau diperhatikan dapat mendatangkan kemaslahatan atau kemudahan
876
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
yang besar atau lebih besar serta dapat menghalang daripada terjadinya mudharat atau kesulitan yang besar atau lebih besar. Selain itu, terdapat penakrifan lain menurut beberapa ulama, antaranya: Abu Ja’far bin Ya’qub mentakrifkan bilhikmah adalah “Setiap kebaikan dari perkataan yang menghasilkan perbuatan yang tepat adalah hikmah”. Menurut al - Jurjani: “Setiap tutur kata yang menepati kebenaran adalah hikmah”. Manakala menurut Ibn Zaid: “Semua perkataan yang memberi pengajaran atau menyeru kepada kemuliaan atau menegah kamu dari keburukan adalah hikmah”.
Menurut Wan Hussein Azmi pula, Uslub al-hikmah dalam berdakwah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: a) Al-Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah. Pendakwah perlulah bersifat menurut sifat-sifat para nabi seperti benar; cerdik; amanah dan tabligh; adil; sabra; mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas. b) Al-Hikmah yang berkait dengan isi kandungan dakwah iaitu penerangan yang diberikan adalah sewajarnya dengan mengambil is kandungan daripada al-Quran dan bertepatan dengan dalil-dalil yang kuat dan tepat yang dapat menerangkan kebenaran sekaligus menghilangkan keraguan. c) Al-Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah haruslah digunakan mengikut kesesuaian konteks bagi mengelakkan berlakunya kerosakan dalam gerakan dakwah. Firman Allah SWT: “Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya”. (QS.al-Baqarah: 269) Di dalam ayat di atas, Allah mengaitkan hikmah itu dengan kebaikan yang banyak. Oleh itu, al-Hikmah menjadi Uslub terpenting dalam berdakwah. Uslub al-Hikmah adalah Uslub yang amat luas dan boleh dipecahkan kepada beberapa cabang seperti berikut:
877
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
a) Uslub al-‘ilm wa al-ma’rifah (Pendekatan ‘ilmu dan pengetahuan) Uslub ini lebih mengutamakan pendekatan akademik yang berteraskan ‘ilmu pengetahuan yang mendalam dengan merujuk kepada sumber utama kenyataan yang diutarakan. Bahan dakwah yang digunakan bagi tujuan Uslub ini adalah bersifat jitu dan tepat. Bentuk Uslub ini biasanya digunakan oleh para ahli akademik kerana lebih cenderung menggunakan fakta dan ulasan dalam menyampaikan mesej. Contoh Uslub ini dapat dilihat dalam kisah ketika para pendakwah awal Islam berhijrah ke Habsyah. Mereka terdiri daripada 83 orang sahabat r.a termasuklah Uthman bin ‘Affan, isterinya Ruqayyah binti Rasulullah S.A.W., Az-Zubair bin Al-Awwam, Ja’far bin Abdul Mutholib. Apabila golongan ini berhadapan dengan An-Najasyi (Raja Habsyah), maka peluang berdakwah terbuka luas untuk menyeru beliau serta masyarakat kuffar di Habsyah untuk memeluk Islam. An-Najasyi telah terlebih dahulu dimomokkan dengan maklumat yang negatif tentang Islam. Maka terjadilah salah faham dalam pemahaman beliau tentang Islam. Keadaan sebegini memerlukan kepada Uslub yang sesuai untuk berdakwah mempertahankan yang hak dan menolak yang batil. Jika tidak, maka mesej Islam yang sebenar tidak dapat disampaikan. Kemudian ketika An-Najasyi bertanya tentang pandangan Islam terhadap ‘Isa, Ja’far menjelaskan dengan membaca surah Maryam yang menerangkan di dalamnya perihal kelahiran ‘Isa tanpa bapa dan dipertikaikan oleh kaumnya. Setelah mendengar penjelasan yang begitu tepat lagi menusuk hati, an-Najasyi menangis sehingga basah janggutnya dan tidak lagi memerangi Islam.
b) Uslub al-Latf wa al-Layn (Pendekatan lembut dan lunak) Ada waktunya dakwah itu memerlukan Uslub yang lembut dan lunak. Pandai menyesuaikan nada suara juga adalah bukti kebijaksanaan pendakwah. Uslub ini diasaskan di atas firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s dan nabi Harun a.s ketika mereka diperintahkan menyeru Fir’aun kepada agama Allah: "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan katakata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (QS.Thoha: 43-44) Uslub ini juga dikenali sebagai Uslub al-Maddarah. Menurut Ibn Battol: “Al-Maddarah adalah dari akhlaq mukminin iaitu bersopan dengan manusia, berlemah-lembut dalam
878
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
percakapan, jauhkan dari kekerasan, yang demikian itu salah satu kekuatan untuk menambat kasih-sayang bersama manusia”. Contoh Uslub ini dapat dilihat ketika Rasulullah S.A.W. pernah dikasari oleh ‘Aarab Badwi untuk meminta bantuan daripada Baginda, dengan menarik baju najrani yang dipakai Baginda sehingga ia menyakiti tubuh Baginda. Apabila para sahabat cuba untuk mempertahankan Rasulullah dengan kekerasan, Rasulullah segera mencelah mententeramkan keadaan. Kemudian meminta para sahabat menunaikan kehendak Badwi tersebut dalam keadaan tersenyum.
c) Uslub al-Quwwah wa as-Shiddah (Pendekatan kekuatan dan kekerasan) Hikmah tidak hanya bererti lemah-lembut. Ada masanya kuat dan kasar itu juga hikmah. Contohnya dapat dilihat pada tugas merobohkan sebuah bangunan lama. “Robohkanlah bangunan itu dengan hikmah.” Jika diertikan dengan lemah - lembut, maka bilakah bangunan itu dapat dirobohkan. Adalah termasuk dalam hikmah juga jika dapat menggunakan kekuatan bom misalnya bagi merobohkannya dalam jangka masa yang singkat, mudah, cepat dan selamat. Pendekatan ini tetap dikira berhikmah jika tepat dengan kaedahnya. Pendekatan Uslub ini dapat dilihat apabila Allah SWT menurunkan ayat: “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)” (QS.al-Hajj: 39)
Uslub seperti yang disebutkan di atas kebiasaannya hanya digunakan ketika perlu. Walaupun demikian, adalah lebih baik jika tidak keterlaluan. Cukup hanya sekadarnya kerana kita sebagai umat Islam adalah umat yang sederhana dan bencikan sikap ghulu (melampau).
5.1.2 Bilmaw’izah al-Hasanah Perkataan al-maw’izah al-hasanah adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang terbina daripada dua perkataan iaitu al-maw’izah yang membawa maksud nasihat; peringatan dan pengajaran sama ada dari segi perkataan ataupun perbuatan. Al-Hasanah pula membawa maksud kebaikan. Maka, al-maw’izah al-hasanah diertikan sebagai nasihat yang baik.
879
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Terdapat pelbagai pengertian lain diberikan oleh para ulama. Antaranya adalah menurut AlAlusi, al-maw’izah al-hasanah adalah kata-kata yang memberi kepuasan dan pengajaran yang berfaedah yang tidak tersembunyi kepada sasaran dakwah (mad’u). Menurut al-Qasimi pula, al-maw’izah al-hasanah membawa maksud memberi pengajaran dengan lemah lembut dan mengingatkan kejadian-kejadian buruk supaya dapat menimbulkan rasa takut kepada sasaran (mad’u) untuk mengingatkan mereka kepada balasan Allah S.W.T. Manakala menurut Ahmad Abd Zayd, al-maw’izah al-hasanah merupakan teknik yang berkesan yang dapat memuaskan perasaan sasaran (mad’u) dan mencetuskan rasa ingin tahu dalam jiwanya bagi mengikuti jalan yang benar dan berbuat kebaikan serta mencegah diri daripada melakukan kemungkaran; kerosakan dan kejahatan. Firman Allah SWT: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (QS.al-Ahzab: 21) Menurut Ibn ‘Athiyyah, Maw’izah hasanah itu merupakan suatu usaha untuk memberikan manusia rasa takut dan mengharap serta melunakkan manusia agar menjadikan ceria dan bersedia untuk menerima nilai-nilai murni”. Manakala Al-Zamakhsyari pula menyebut: “Sesungguhnya mau’izoh hasanah itu ialah suatu yang tidak asing kepada mereka bahawa kamu menasihati mereka dengan tekad untuk memberi sesuatu yang bermanfa’at kepada mereka”. Dalam Uslub ini, perkara utama yang perlu bagi pendakwah adalah mencontohi Rasulullah S.A.W. dalam setiap aspek sama ada perkataan, perbuatan, taqrir (persetujuan), sifat dan tatacara hidup Baginda S.A.W. mengikut kemampuan. Baginda S.A.W. bersabda: “Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu perkara, maka lakukanlah perkara itu sekadar yang termampu”. Terdapat banyak persamaaan antara Uswatun Hasanah dan Maw’izah Hasanah. Pendakwah perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh mad’u. Contoh yang baik ini termasuklah dari segi kata-kata; tingkah laku dan air muka. Kebanyakan dakwah menerusi teladan adalah lebih mendatangkan kesan daripada dakwah dengan pendekatan yang lain.
880
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ianya bergantung kepada waqi’ atau keadaan yang mengizinkan sesuatu tindakan yang bakal diambil.
a) Uslub al-Murasalah (Cara menulis surat) Rasulullah S.A.W. adalah seorang “ummi” iaitu tidak tahu menulis mahupun membaca. Akan tetapi, Baginda S.A.W. tetap menggunakan kaedah pengutusan surat buat pembesarpembesar dunia pada zamannya bagi menyeru mereka menerima Islam. Baginda menyuruh para sahabat r.a untuk menulis surat bagi pihak Baginda dan kemudiannya dihantar kepada para pembesar. Uslub penulisan surat adalah salah satu cara yang masih lagi praktikal buat masa kini dan boleh dicontohi. Namun penulisan tidaklah terhad kepada surat sahaja bahkan boleh dimanfaatkan dengan teknologi terkini menerusi media cetak, media elektronik, sistem pesanan ringkas (SMS), internet, 3G dan sebagainya. Umat Islam perlu berusaha lebih memandangkan non-Muslim sudah lama mempraktikkan cara ini bagi menyebarkan dakyah batil mereka.
5.1.3 Mujadalah Billati Hiya Ahsan Istilah al-Mujadalah adalah kata nama yang diambil daripada kata dasar jadala yang membawa maksud ilmu perdebatan yang digunakan untuk menerangkan kebenaran sekaligus meruskan perbahasan untuk mengalahkan pihak lawan. Al-Mujadalah Billati Hiya Ahsan dalam bahasa Melayu membawa maksud perdebatan yang terbaik. Dari segi istilah, Al-Mujadalah Billati Hiya Ahsan ialah kata-kata yang digunakan untuk memahamkan pihak yang disasarkan serta untuk memastikan tujuan syariat dapat ditunaikan melalui perdebatan. Perdebatan yang menggunakan hujah dan dalil akal dan al-Quran untuk menerangkan kebenaran bagi memastikan sesuatu hujah itu diterima adalah merupakan perdebatan yang terbaik. Menurut Zaydan, pendekatan Al-Mujadalah Billati Hiya Ahsan bukanlah pendekatan yang berasaskan kemenangan. Pendakwah perlu berdebat dengan baik iaitu menggunakan katakata yang baik di samping berakhlak mulia; merendah diri; tenang serta menyampaikan katakata dengan penuh kasih-sayang. Di samping itu, tidak seharusnya bagi seseorang pendakwah itu untuk meninggikan suara, marah dan menghina. Bahkan seorang pendakwah itu perlulah menggunakan perkataan yang sesuai dengan kedudukannya dan mengelakkan penggunaan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pendengar. Pendakwah juga perlu menggunakan 881
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kata-kata yang meyakinkan dan dapat menerangkan kebenaran. Jika pihak yang mendengar atau mad’u masih berdegil atau dipengaruhi emosi dalam menolak kebenaran, maka sebaiknya perdebatan itu dihentikan.
Contoh aplikasi Uslub Al-Mujadalah Billati Hiya Ahsan dapat dilihat pada masa kini yang aktif digunapakai oleh Dr. Zakir Naik salah seorang pendakwah bebas yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bab perbandingan agama. Beliau menggunakan platform bersoal jawab dalam menyampaikan mesej beliau untuk membawa pendengar atau mad’u ke dalam agama Islam. Hakikat kejayaan Uslub yang digunapakai oleh beliau ini dapat dibuktikan sendiri apabila ramai pendengar yang bukan Islam terus memeluk agama Islam sejurus selesai majlis soal jawab beliau.
Kesimpulannya, pendekatan Uslub Al-Mujadalah Billati Hiya Ahsan adalah merupakan salah satu Uslub dakwah yang asas yang dapat menarik perhatian, mempengaruhi dan memberi kesan kepada sasaran. Pendebatan yang mengemukakan sesuatu kebenaran menerusi hujahhujah atau dalil-dalil yang jelas dan kuat kepada sasaran sehinggakan dapat membuatkan mereka terbuka hati dan tidak merasa ragu-ragu di hati dan fikiran adalah merupakan perdebatan yang terbaik di samping pendebatan itu tidak dipengaruhi perasaan dan emosi yang melampaui batas dalam mencapai kemenangan.
M. Quraish Shihab menyimpulkan bahawa ulama membahagikan tiga Uslub dakwah yang utama ini sesuai dengan tingkat kecerdasan sasaran dakwah (mad’u). Para cendekiawan dan ahli bijak pandai seperti ahli akademik yang memiliki kemampuan berfikir yang tinggi akan diseru dengan menggunakan kaedah hikmah. Adapun orang awam yang masih belum mencapai tingkat kesempurnaan akal; tidak terpengaruh dengan keruntuhan moral; maka mereka diseru dengan menggunakan kaedah maw’izah. Manakala penganut agama lain diseru dengan kaedah Jidal. Akan tetapi pendapat ini tidak disepakati oleh ulama oleh kerana boleh sahaja ketiga-tiga Uslub dakwah ini digunapakai dalam satu situasi atau sasaran (mad’u).
882
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
6. KESIMPULAN
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah dan Dia telah menyempurnakan agama ini untuk dijadikan sebagai panduan atau pedoman lengkap manusia dalam menguruskan kehidupan seharian mereka.
Pendekatan dakwah merupakan suatu perkara yang amat penting dan perlu diambil kira oleh para pendakwah atau organisasi dakwah dalam menjalankan dakwah. Ianya adalah kerana, dakwah merupakan cara atau metode yang terdekat digunakan bagi melaksanakan dakwah untuk menarik perhatian dan mempengaruhi sasaran supaya menerima ajaran Islam yang disampaikan dan kemudian mempraktikkannya. Sebaliknya, pendakwah atau organisasi dakwah yang bergerak tanpa pendekatan dakwah yang sesuai akan memberi kesan yang negative kepada sasaran. Dalam masa yang sama, pendakwah gagal untuk mencapai matlamat yang telah digariskan bahkan mungkin akan tersasar daripada matlamat. Di samping itu, para pendakwah akan kerugian masa, tenaga dan material yang digunakan. Sebagaimana sebuah perumpamaan, seorang peniaga yang ingin mempromosikan barang perniagaannya akan menggunakan kaedah yang pelbagai bagi memastikan pelanggan tertarik untuk membeli barangannya. Begitu juga seorang pendakwah, perlulah bersikap dan berfikiran kreatif dalam mempelbagaikan dan memilih pendekatan atau Uslub dakwah yang sesuai buat mereka mengikut konteks sasaran atau mad’u mereka. Mereka juga hendaklah mengkaji dan mengetahui perilal sasaran atau mad’u mereka supaya tidak menggunakan Uslub yang tidak sesuai. Kesilapan dalam tidak memahami kehendak mad’u akan menyebabkan mesej Islam tidak sampai dan menjauhkan mereka daripada hakikat Islam yang sebenar. Ianya juga mengakibatkan masyarakat kekal dalam kekeliruan yang tiada kesudahan. Sabda Nabi S.A.W.: “Berbicaralah dengan manusia menurut kadar ‘aqal mereka” Ini menunjukkan kejayaan dalam menyampaikan dakwah sehingga sasaran tertarik dan terpengaruh dengan ajaran Islam itu bergantung kepada pendekatan dakwah yang asas iaitu bilhikmah; bilmaw’izah al-Hasanah; dan Al-Mujadalah Billati Hiya Ahsan. Kesimpulannya, dalam memastikan kejayaan dalam menyampaikan mesej atau dakwah dengan berkesan perlulah kepada pemahaman tuntutan berdakwah; pendekatan (Uslub) dakwah yang sesuai; betul dan tepat untuk diaplikasikan sebagaimana yang telah digariskan dalam al-Quran agar dakwah yang dibawa merangkumi setiap aspek amalan sebagaimana
883
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
yang telah ditunjuk ajar oleh Rasulullah S.A.W. dan bukan hanya sebagaimana anggapan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa Islam hanyalah sekadar syiar-syiar agama atau ibadat ritual semata-mata tetapi ianya adalah mencakupi sebuah amalan yang sempurna dan merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.
Setiap daripada kita adalah pendakwah yang perlu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran. Justeru itu, selayaknya bagi kita manusia untuk saling menasihati antara satu sama lain dalam konteks mengikut kemampuan diri kita dan juga konteks pihak yang diseru. Semoga setiap usaha kita bernilai ibadah di sisi Allah.
RUJUKAN Al-Quran al-kareem, (2014), Karya Bestari Sdn. Bhd. Abd al-Aziz Barghus, (2005). Manahij al-Da’wah fi al-Mujtama’ al-Muta’addid al-Adyan wa al-Ajnas. Kuala Lumpur: Research Centre UIAM.
Ab. Aziz Mohd Zin, (1993). Syahadah Ibadah Asabiah Dakwah. Petaling Jaya: Tempo Publishing.
Ab. Aziz Mohd Zin, (2004). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: UM Abd al-Karim Zaydan, (1993). Usul al-Da’wah. Birut: Mu’assasah al-Risalah.
M. Quraish Shihab, (2010). Khazanah Intelektual Islam. Bangi: UKM. Muhammad b. Hamid, (1999). Al-Da’wah ila Allah fi Mayadiniha al-Thalathat al-Kubra. Dar al-Tarfiyn. Muhammad Khayr RamadanYusof, (1414H). al-Da’wah al-Islamiyyah al-Wasa’il wa alAsalib. Riyadh: Dar Tawiq.
Wan Hussein Azmi, (1984). Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: DBP
884