Interaksi Al-Quran Mengikut Tahap Kita Ditulis: Shahrul Ifwat Disusun: Fazrul Ismail www.akademisinergi.com
Soalan
25:32 dan 17:106 menyatakan ayat al-Quran al-Quran turun berperingkat pada Nabi untuk menguatkan Nabi. Bagi kita yang ada sekarang, adakah ‘interaksi’ kita dengan al-Quran itu Allah akan tunjukkan berperingkat-peringkat juga walaupun sudah ada mushaf lengkap?
Quran sudah lengkap Saya yakin ramai yang rasa kecewa al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat zaman Nabi, tetapi sekaligus sudah ada zaman kini. Zaman dulu, segala perkara berlaku dengan suluh wahyu Namun zaman kini, kita ‘dibiarkan’ begitu sahaja? Tidak, malah kefahaman bahawa wahyu tetap akan menyuluh kita seperti GPS yang akan mengikut saat kita di jalan lurus atau sesat amat memainkan peranan memberi semangat kepada kita. Lantas, mari kita ikuti penjelasan ulama bagaimana al-Quran akan ‘menyerap’ dalam diri kita – biarpun ia sudah lengkap penurunannya.
Ibn Katheer berkata Pandangan 2 ahli tafsir terhadap ayat 25 : 32 1.
Ibnu Kathir
كما نزلت الكتب قبله جملة واحدة كالتوراة واإلنجيل والزبور وغيرها من الكتب،أي هال أنزل عليه هذا الكتاب الذي أوحي إليه جملة واحدة اإللهية؟ فأجابهم ه اّلل تعالى عن ذلك بأنه إنما نزل منجماً في ثالث وعشرين سنة بحسب الوقائع والحوادث وما يحتاج إليه من األحكام } { لنثبت به فؤادك ورتلناه ترتيال: ولهذا قال، { وقرآنا فرقناه} اآلية:ليثبت قلوب المؤمنين به كقوله ( terjemahan kefahaman bukannya harfi 100% ) mengapakah tidak diturunkan kitab ini kepadanya dalam keadaan yang satu ( sekaligus ) seperti taurat, injil dan selain drp kitab2 ilahi yang lain? Maka Allah telah menjawab ia diturunkan secara berperingkat dalam tempoh 20 tahun berdasarkan realiti semasa, peristiwa yang berlaku dan apa yang diperlukan dari sudut hukum untuk menguatkan hati orang2 mukmin ( dalam beramal )
Syeikh Mutawalli Sya’rowi berkata 2.
Sheikh Mutawali Sya’rowi
ْ فكلما تعر،أنك ستتعرض على مدى ثالث وعشرين سنة لمواقف تزلزل َ ض صل ًة ِ ت لموقف من هذه المواقف نزل القرآن تسلي ًة لك وتثبيتاً َو َّ وال شك أن الصلة بالسماء، ثم تأتي بقية األحداث بدون تثبيت، ولو نزل القرآن مرة واحدة لكان التثبيت مرة واحدة.بالسماء ال تنقطع .تُق ِوهي المنهج وتُق ِوهي اإليمان ْ كيف يتسنى لهم،كما أن القرآن لو نزل مرة واحدة . إلخ.. يسألونك عن كذا، يسألونك عن كذا:أن يسألوا عما سألوا عنه مما حكاه القرآن ً جما اقتضاء لحكمة الحق سبحانه ل ُيع ِه نزوله ُمن ه:إذن لتعدد مواقف اإليذاء لك،د َد مواقف تثبيتك Hikmah yang disebut oleh Sheikh Mutawali Sya’rawi secara ringkas:-
1.
Agar dapat menghiburkan hati ummat islam.
2.
Supaya hubungan antara langit dan bumi tidak putus berbanding jika diturunkan sekaligus.
3.
Ayat Al-Quran yang turun berdasarkan peristiwa akan menguatkan iman ummat islam.
4. Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat memudahkan kefahaman terhadap jawapan yang ditanya berdasarkan peristiwa yang berlaku.
Berperingkat-peringkat Berperingkat-peringkat ( Tadarruj )
1. Antara ciri-ciri agama islam perundangannya ( selain akidah dan akhlak ) diturunkan secara berperingkat2 – Madkhal Ila syariah islamiyyah, Dr Abdul Karim Zaidan. 2.
Secara umumnya berperingkat ( Tadaruj ) ini boleh dibahagikan kepada dua :-
a.
Tadarruj fi tasyri’ ( Berperingkat dari sudut perundangan )
b.
Tadarruj fi tatbiq ( Berperingkat dari sudut aplikasi )
3. Tadaruuj fi tasyri’ merujuk kepada fasal penurunan Al-Quran dan Al-Hadith secara berperingkat dan ia hanya berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Selepas itu perundangan islam adalah sempurna. 4.
Manakala tadarruj fi tatbib boleh berlaku pada zaman rasul SAW dan juga selepas baginda SAW
5. Dalam perbahasan fiqh Waqi’ ( fiqh realiti ) Fiqh Maalat ( fiqh memahami kesan ) dan Fiqh Al-Aulawiyat ( Fiqh keutamaan ) kita akan bertemu dengan kalimah tadaruj ini. Ini menunjukkan aplikasi hukum secara tadaruj adalah berdasarkan ketiga2 fiqh tadi.
Berperingkat-peringkat 2 6. Antara bentuk tadaruj ini ( tadaruj fi tatbiq ) iaitu mengaplikasikan agama secara perperingkat mengikut :a.
Apa yang lebih mudah diamalkan.
b.
Menguatkuasakan hukum hakam islam.
c.
Menukarkan perundangan bukan islam kepada islam
-
Dr Muhammad Mustofa Zuhaili, tadaruj fi tasyri’ wa tatbiq fi syariah islamiyyah.
7.
Sebab perlunya tadarruj
a.
Keperluan pada masa kini dari sudut suasana yang jauh daripada pegangan agama.
b. Terlalu banyak mafsadah ( keburukan ) yang muncul dalam kehidupan manusia spt akidah, kewangan, kemasyarakatan, akhlak yang mana mustahil dapat diaplikasikan islam secara keseluruhan dan serentak. -
Dr Muhammad Hummam, Ta’sil Fiqh Al-Aulawiyat.
Anda diperhatikan Allah secara eksklusif
Peringkat-peringkat bagi setiap individu berbeza Antara satu sama lain Allah menjaga setiap insan dengan penuh perhatian, kerana Allah Maha Berkuasa Lantas, al-Quran itu akan berinteraksi dengan manusia secara praktikal tahap demi tahap -asalkan keimanan dibina terlebih dahulu, barulah Allah akan menambah iman dan meneguhkan seseorang itu (rujuk Surah al-Kahf 18: 13-14) Jangan berkeluh atau rasa diri lambat. Di sisi manusia anda akan dianggap kurang bijak atau tidak matang. Namun di sisi Allah, semua usaha itu akan dikira.
Quran lengkap, kita ambil bertahaptahap Quran memang lengkap Kita sendiri perlu bertahap-tahap dalam berinteraksi dengannya Apabila ada seruan untuk mengikuti sesuatu ayat, itu adalah hidayah dari Allah Jika tidak mampu, kita berdoa kepada Allah dimudahkan
Kita berazam dan beriman bahawa semua ayat itu adalah untuk KITA, bukan hanya menuding kepada orang lain Kita yakin Quran akan berinteraksi dengan kita, syaratnya kita ingin membaca surat ini setiap masa dan ingin mengambil manfaatnya.
Apakah ayat yang anda ambil manfaat hari ini?
Buka al-Quran Apakah ayat yang anda ambil manfaat hari ini? Jika ada, tahniah
Jika belum, masih belum terlambat Apabila anda memberi izin diri anda mengambil manfaat dari al-Quran, barulah al-Quran menjadi syafaat, bukan hujah yang akan menyusahkan kehidupan kita
Kesimpulan Kesimpulan. 1.
Agama telah sempurna penurunannya, maka tiada lagi istilah ‘cukup atau tidak’.
2. Agama bertujuan mendidik hati manusia. Ini kerana perbuatan manusia terhasil daripada hatinya. Maka atas tujuan itu prinsip tadaruj ( berperingkat ) ini agar mudah menjinak dan mendekatkan manusia dengan amalan agama. 3. Kata2 daripada Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala ditanya oleh anaknya mengapa tidak melaksanakan seluruh hukum islam jawab baginda ي؛ فإ ه ن هللا ذ ه وأنا أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة،م الخمر في القرآن مرتين وحرهمها في الثالثة “ال تعجل يا بن ه ."فيدفعونه جملة ويكون من ذلك فتنة Jangan terburu2 wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mencela arak dalam Al-Quran sebanyak 2 kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku takut membawa kebenaran ke atas manusia secara keseluruhan dan mereka menolaknya keseluruhan dan ia akan menjadi fitnah- rujukan Imam Syatibi, Al-Muawafaqat