Bonus - Format Penulisan Artikel Format ini akan membantu kita untuk menulis artikel dengan pantas. Minima masa yang diambil untuk menghasilkan artikel ini adalah kurang daripada 10 minit. Setiap perenggan mempunyai peranan yang tersendiri. Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini. Format penulisan artikel ini terbahagi kepada 5 kategori: 1. Tajuk. 2. Pendahuluan. 3. 3 Isi kandungan. 4. Penutup. 5. CTA (Call to action). #1 - Tajuk Tajuk adalah kunci emas. Ia menentukan sama ada artikel kita akan dibaca atau sebaliknya. Justeru itu, ambil masa untuk menghasilkan tajuk yang menarik perhatian. Antara tajuk yang menarik adalah: 1. Top list (Contoh: 7 Cara..., 101 Teknik... dan sebagainya). 2. Rahsia... (Contoh: Rahsia Pemasaran..., Rahsia Saya Menghasilkan...). 3. Nama produk (Contoh: Sabun Pencuci XYZ). 4. Nama individu autoriti (Contoh: Suhaimy Wangcyber.com). 5. Kontroversi (Contoh: Kenapa Saya Benci Dr. Azizan Osman). #2 - Pendahuluan Biasakan bermula dengan perenggan yang memberikan fakta penting terhadap topik yang ditulis. Pendahuluan adalah bahagian kedua paling penting selepas tajuk. Ia akan menentukan sama ada artikel kita berbaloi untuk dibaca sehingga habis atau sebaliknya. Sebagai contoh, pendahuluan yang dimulakan dengan ayat seperti:
"Dalam buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan, karya Tuan Shah Othman, beliau menyatakan fotografi perkahwinan adalah lubuk emas bagi penggemar lensa kamera." Adalah lebih baik berbanding, "Buat duit dengan fotografi perkahwinan adalah perkara yang tidak asing lagi. Ramai yang sudah buat duit dengan cara ini." #3 - 3 Isi Kandungan Luangkan masa sekurang-kurangnya 3 minit untuk mencari 3 isi kandungan daripada sumber yang berbeza. Antara sumber yang boleh digunakan adalah:
Buku.
Akhbar.
Majalah.
Laman web.
Perkongsian individu autoriti di ruangan social media (Facebook atau Twitter).
Setiap satu isi kandungan diolah sekurang-kurangnya 3 perenggan. Bermakna kita akan mempunyai 9 perenggan untuk isi kandungan (3 isi kandungan x 3 perenggan). Ini secara tidak langsung dapat mendorong kita menulis lebih 350 patah kata untuk bahagian isi kandungan sahaja. #4 - Penutup Gunakan penutup sebagai ruangan untuk kita menyatakan pendapat kita terhadap topik yang diolah. #5 - CTA (Call to Action) Apabila menggunakan CTA, kita sebenarnya mendorong para pembaca untuk melakukan aktiviti yang kita mahukan. Sebagai contoh, mengajak mereka untuk ke laman web bagi melihat produk yang dicadangkan.
Atau kita boleh sarankan mereka untuk memberikan pendapat menerusi ruangan komen yang wujud di blog. Penting untuk kita kenal pasti terlebih dahulu tujuan utama menghasilkan artikel. Jika ia dihasilkan untuk menarik prospek membeli produk, maka gunakan CTA yang berkaitan. Contohnya:
Sekiranya anda mahu maklumat lanjut mengenai XYZ, sila klik di sini.
Sertai Seminar XYZ sekarang sementara tempahan masih dibuka.
Hanya 10 orang sahaja yang dibenarkan untuk membeli produk ini. Lakukannya sekarang.
Boleh rujuk halaman seterusnya untuk melihat contoh penggunaan format artikel ini.
Contoh Artikel (Menggunakan Format Penulisan Artikel Seperti yang Dikongsikan) Tajuk: 3 Sebab Perlu Memiliki Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan Pendahuluan: "Perniagaan fotografi perkahwinan tidak akan mengalami kemerosotan teruk." Ini adalah ayat yang disebut oleh penulis buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan, Tuan Shah Othman berkenaan dengan potensi perniagaan fotografi perkahwinan. Katanya, perniagaan ini kebal ekonomi. Kerana setiap bulan pasti akan ada pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Bagi yang mempunyai obsesi terhadap lensa kamera, bidang perniagaan ini adalah sangat sesuai untuk diceburi. Kerana kosnya adalah kamera kita sahaja. Yang lain itu cuma bonus dan item sampingan sahaja. Dalam masa sama, minat terhadap bidang fotografi perkahwinan sahaja tidak mencukupi. Tanpa ilmu, kita akan lebih mudah untuk gagal berkali-kali. 3 Sebab Memiliki Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan ini memberikan 3 sebab utama kenapa jurufoto yang ingin berniaga perlu memiliki buku ini. 3 sebab itu adalah:
Buku ini menjelaskan konsep dan potensi keseluruhan perniagaan fotografi perkahwinan.
Buku ini memberikan nilai ilmu yang tertumpu terhadap perniagaan fotografi perkahwinan.
Buku ini memberikan idea dan strategi-strategi berkesan untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan.
Konsep dan Potensi Keseluruhan Perniagaan Fotografi Perkahwinan Dalam buku ini, penulisnya Tuan Shah Othman menyebut, "Sikap segelintir masyarakat yang memandang tinggi profesion sebagai jurufoto perkahwinan, membuka lebih banyak peluang kepada anda." Kerjaya sebagai jurufoto perkahwinan ini bukan kerja sebarangan. Tugas utama kita adalah membahagiakan pasangan pengantin menerusi gambar-gambar sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung. Pentingnya untuk kita jelas dengan konsep dan potensi keseluruhan perniagaan ini. Supaya kita lebih komited dan bertenaga untuk membantu pasangan-pasangan pengantin di luar sana mengecapi kebahagiaan pada hari berlangsungnya perkahwinan. Nilai Ilmu yang Tertumpu Terhadap Fotografi Perkahwinan Buku ini bukan buku yang menceritakan tentang jenis kamera yang perlu digunakan, lensa jenis apa yang sesuai dan apa sahaja yang berkait mengenai perkakas fotografi. Buku ini membawa kita ke satu dimensi yang khusus terhadap mereka yang ingin menceburi bidang fotografi perkahwinan. Maksudnya, ia adalah untuk pembaca yang benar-benar berminat untuk menjalankan perniagaan ini. Setiap perkongsian daripada Tuan Shah Othman ini adalah berdasarkan pengalaman beliau dalam industri ini. Memiliki buku ini ibarat memperoleh ilmu emas berkenaan perniagaan fotografi yang sukar diperoleh dengan harga serendah RM20 sahaja. Idea dan Strategi Berkesan Mendapatkan Lebih Ramai Pelanggan Satu strategi yang dikongsikan dalam buku ini sahaja sudah cukup untuk meledakkan perniagaan fotografi perkahwinan kita. Ia dipanggil skrip menjawab panggilan telefon daripada pelanggan. Contohnya (Diambil dalam muka surat 62): Saudara: Selamat tengah hari. Studio Indah Pandang. Boleh saya bantu?
Pemanggil: Saya Zaid, hendak bertanya mengenai pakej fotografi perkahwinan. Anda: Kami mempunyai pilihan pakej bermula daripada harga RM1,200 hingga RM4,000. Pemanggil: Boleh saya tahu pakej RM1,200? Penutup + CTA (Call to Action): Perniagaan fotografi perkahwinan jelas mempunyai lubuk emasnya yang tersendiri. Untuk berjaya dalam bidang ini, lengkapkan diri dengan ilmu yang betul dan berkesan. Ia boleh diambil daripada setiap perkongsian daripada individu yang berpengalaman. Buku Kaya Sebagai Fotografi Perkahwinan ini adalah buku yang ditulis oleh Tuan Shah Othman, pakar dan berpengalaman dalam bidang ini. Untuk membeli buku ini secara online, klik di sini.