LAMPIRAN A
BORANG PENYERTAAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)
1.
Nama Organisasi: Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia
2.
Nama Projek/Sistem/Inisiatif OSS Yang Dicalonkan:
i-Care2x (Total Hospital Information System) 3.
Tarikh (bulan & tahun) projek/sistem/inisiatif yang dicalonkan mula beroperasi: Februari 2011
4.
Maklumat pegawai yang membuat pencalonan: Nama:
Adnan bin Hamid
Jawatan:
Pengurus Bio-ICT
Agensi:
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia
Alamat:
No. 1-8, Persiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam, 13200, Kepala Batas, Pulau Pinang
5.
Telefon:
012-4560356
Faks:
04-5622481
E-mel:
[email protected]
Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut: Nama:
Salmiza binti Zakaria / Nurulhuda Abdul Jais
Jawatan:
Pegawai Teknologi Maklumat
Telefon:
019-5759726 / 019-5270755
Faks:
04-5622481
E-mel:
[email protected] /
[email protected]
1
LAPORAN PENYERTAAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE 2012 (MyGOSS 2012)
1. Nama Projek/Sistem/Inisiatif
i-Care2x (Total Hospital Information System) 2. Profil Kementerian/Jabatan/Institusi (maksimum 200 patah perkataan) Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 16hb Oktober 2002 telah meluluskan memorandum daripada Menteri Pendidikan (Memorandum No. 650/2343/2002) untuk menubuhkan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) di Bertam, Kepala Batas. Buat masa ini, sudah wujud 3 buah Pusat Pengajian iaitu Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan di Kampus Kesihatan, USM Kubang Kerian, Kelantan yang memberi tumpuan kepada latihan calon pra-siswazah. Walaupun begitu, sebuah lagi institusi yang menumpukan kepada latihan pascasiswazah di dalam bidang sains kehidupan ini amat diperlukan. Keperluan dirasakan lebih mendesak memandangkan ketidakseimbangan yang amat ketara di antara keperluan pakar-pakar dalam bidang ini dengan ketidakmampuan pusat-pusat pengajian yang sedia ada dalam negara mengeluarkan graduan-graduan yang mencukupi. Ianya adalah berdasarkan keperluan negara yang sedang mengorak langkah menjadi Negara Maju menjelang 2020 yang memerlukan lebih ramai pakar-pakar perubatan, pergigian dan kesihatan dalam beberapa bidang dan sub-bidang pengkhususan. Penubuhan IPPT juga bertujuan memacu penyelidikan termaju di dalam bidang perubatan, pergigian dan kesihatan bukan hanya untuk keperluan Malaysia bahkan keperluan negara-negara serantau dan juga global. IPPT merupakan sebuah institut penyelidikan dan pasca siswazah dalam sebelas kluster bidang-bidang terpilih perubatan, pergigian dan kesihatan. 3 aktiviti utama IPPT adalah perkhidmatan klinikal, penyelidikan dan program pengajian siswazah. Objektif IPPT adalah untuk melahirkan pakar-pakar klinikal dan saintis tempatan disamping menghasilkan produk berkomersial ubat-ubatan dan perawatan dari sumber tempatan. Perkhidmatan klinikal terkini dan penyelidikan makmal tercanggih adalah asas untuk menghasilkan produk-produk perawatan yang diuji rapi di peringkat haiwan dan manusia. 3 elemen penting yang terdapat di IPPT adalah makmal2
makmal asas dan khusus yang serba lengkap, makmal penyelidikan kajian haiwan yang serba canggih dan sebuah pusat ujian klinikal yang terkini dan selesa. IPPT berganding bahu dengan industri luar dalam menghasilkan produk perawatan ini. IPPT menyediakan keperluan penyelidikan dan ujian dan industri luar menyediakan keperluan pasaran dan perkongsian kos. Fungsi dan aktiviti IPPT ini adalah satu-satu yang sepertinya beroperasi di negara ini.
3. Sinopsis Projek (maksimum 150 patah perkataan) Projek penyelidikan dan pembangunan sistem maklumat hospital IPPT bermula pada penghujung tahun 2008 dan daripada penyelidikan yang dilakukan, Perisian Sumber Terbuka Care2x (www.care2x.org) telah dikenalpasti sebagai Perisian Sumber Terbuka yang terbaik untuk diadaptasikan penggunaannya di IPPT (Lampiran 1). Hasil daripada komitmen kepakaran dalaman IPPT iaitu Team i-Care2x (Lampiran 2) yang berterusan, maka terhasillah i-Care2x, Care2x versi IPPT (Lampiran 3) .
Pelaksanaan i-Care2x bermula pada Februari 2011 sebaik sahaja siapnya Kompleks Penyelidikan Klinikal yang menempatkan hospital IPPT (Lampiran 4).
i-Care2x
merupakan aplikasi berasaskan web yang menyokong perkhidmatan-perkhidmatan di hospital IPPT dengan ciri-ciri yang memudahkan pengguna-pengguna sistem mengikut fungsi masing-masing. Pelaksanaan i-Care2x juga telah memberikan impak yang besar dalam kecekapan dan keberkesanan pengurusan hospital merangkumi semakan sejarah pesakit, pertindihan data pesakit, keselamatan data pesakit dan kebolehpercayaan terhadap capaian rekod setiap pesakit. Semua ciri-ciri ini telah diambilkira semasa proses pembangunan bagi memastikan fungsi sebenar i-Care2x menepati keperluan dan ciri-ciri sebenar sistem maklumat hospital. Sistem i-Care2x amat sesuai untuk diperkenalkan di mana-mana hospital terutamanya hospital kerajaan dimana ianya akan menjimatkan banyak kos pembangunan,
3
penyelenggaraan dan perlaksanaan. Penggunaan sepenuhnya Perisian Sumber Terbuka dan kebolehannya untuk diintegrasi dengan mana-mana sistem lain yang berkaitan dengan sistem maklumat hospital menjadikan i-Care2x satu sistem yang boleh dijadikan panduan untuk semua hospital di Malaysia. Kejayaan menghasilkan produk berinovasi ini melayakkan IPPT untuk memenangi Anugerah MyGOSS.
4. Teknologi yang digunakan (maksimum 150 patah perkataan) Teknologi-teknologi yang digunapakai dalam pembangunan i-Care2x adalah :a. Linux Ubuntu Server Edition
➢
Sistem pengoperasian.
➢
Antaramuka pengguna mesra pengguna dan mudah.
➢
Mempunyai sokongan komuniti yang tinggi.
b. MySQL
➢
Pelayan pangkalan data, sumber terbuka.
➢
Berprestasi/keutuhan tinggi, dan mudah digunakan.
4
c. Apache Web Server
➢
Pelayan web, sumber terbuka.
➢
Mudah untuk dikonfigurasi dan berprestasi pantas.
d. PHP (Hypertext Preprocessor)
➢
Bahasa pengaturcaraan web bahagian pelayan.
➢
Menyokong pelbagai pangkalan data.
e. CSS + JavaScript + Ajax + JQuery + Java Applet
➢
Merupakan bahasa pengaturcaraan web bahagian pengguna.
➢
Membolehkan arahan pengaturcaraan dijalankan pada bahagian pengguna.
5
f. MirthConnect
➢
Perisian Sumber Terbuka yang membolehkan sistem-sistem perubatan berbeza berkomunikasi antara satu sama lain.
➢
Membolehkan komunikasi data melalui protokol HL7.
g. Notepad++
➢
Editor kod pengaturcaraan, sumber terbuka.
➢
Menyokong pelbagai bahasa pengaturcaraan.
h. GIMP
➢
Editor imej, sumber terbuka.
➢
Membolehkan imej dimanipulasikan.
6
5. Kelebihan/Keunikan (maksimum 350 patah perkataan) Projek
i-Care2x bergerak seiring dengan Program Transformasi Sektor Awam yang
menetapkan piawaian perkhidmatan bertaraf kelas pertama berdasarkan petunjuk serta amalan terbaik bertaraf dunia sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan. Ianya boleh menjadi pemangkin dan peneraju kecemerlangan ke arah
pemodenan Sektor
Awam dalam bidang perubatan. i-Care2x memberi pelbagai faedah kepada orang awam terutamanya dalam peningkatan mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan di mana proses rawatan menjadi lebih cekap dan cepat. Integrasi dan perkongsian maklumat antara
modul-modul
memudahkan
proses
rawatan
kepada
pesakit.
i-Care2x
menyumbang kepada pihak kerajaan dari segi penjimatan kos dalam pembangunan, penambahbaikan dan penyelenggaraan di mana kebergantungan kepada pembekal dapat dielakkan. Atas faktor-faktor ini,
i-Care2x mula mendapat perhatian dari pelbagai
pihak untuk membuat kajian dan lawatan.
i-Care2x dibangunkan oleh pakar dalaman menggunakan Perisian Sumber Terbuka sepenuhnya bermula dari pembangunan aplikasi, pangkalan data, konfigurasi pelayan dan lain-lain. Ianya berasaskan web menjadikan sistem ini lebih mudah untuk diguna dan diselenggarakan tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.
i-Care2x juga menyokong
mana-mana pelantar sistem pengoperasian dan pelayar web. Kekuatan
i-Care2x
berbanding sistem lain juga dilihat dari segi kemampuannya untuk diintegrasikan dengan pelbagai sistem antaranya Radiology Information System (RIS), Laboratory Information System (LIS) dan Picture Archiving and Communication System (PACS).
i-Care2x dibangunkan dengan konsep dan idea yang berani beserta iltizam dan komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat bermula dari bawah. Sebagai titik permulaan
penyelidikan
dan
pembangunan
i-Care2x, IPPT memberanikan diri
menganjurkan persidangan antarabangsa iaitu International Conference On Open Source Software In Healthcare 2008 (INCOSSH2008) pada 23-25 November 2008
7
sebagai langkah pemantapan pengetahuan berkaitan perisian sumber terbuka dalam perubatan (Lampiran 5). Hasil dari persidangan tersebut, Care2x dikenalpasti sebagai perisian sumber terbuka terbaik untuk diadaptasikan di IPPT. Manakala staf-staf diberikan latihan yang secukupnya dari peringkat asas, pertengahan dan lanjutan dalam memastikan pembangunan i-Care2x berjalan dengan lancar.
i-Care2x memberikan peningkatan keberkesanan dalam pengurusan hospital serta mengurangkan birokrasi dalam mendapatkan rawatan di mana maklumat pesakit boleh dicapai dan disalur terus ke mana sahaja mengikut keperluan dengan lebih cepat, tepat dan selamat. Perkongsian maklumat juga dilakukan dengan kampus-kampus cawangan USM iaitu Pusat Kesihatan USM Kampus Induk, Pusat Kesihatan USM Kampus Kejuruteraan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan melibatkan kes temujanji dan imejan. 6. Inovasi (maksimum 350 patah perkataan)
i-Care2x dibangunkan berasaskan konsep Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh (Total Hospital Information System) dan menjadikan ia antara sistem maklumat hospital terawal di Malaysia dengan pembangunannya berasaskan Perisian Sumber Terbuka yang mampu diintegrasi dengan sistem-sistem perubatan lain seperti Radiology Information System (RIS) dan Laboratory Information System (LIS). Pada masa sekarang, integrasi dengan RIS telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya, manakala integrasi dengan LIS kini berada pada tahap 60% dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012. Proses integrasi ini dilakukan dengan menggunakan piawaian antarabangsa HL7 melalui perisian Mirth-Connect. Integrasi juga berlaku di antara
i-Care2x dengan Sistem e-
Taksiran, iaitu sebuah sistem yang dibangunkan secara menyeluruh untuk pengurusan bil bayaran perubatan pesakit bagi memenuhi keperluan pengurusan kewangan di hospital IPPT. Memandangkan wujudnya perbezaan keperluan dan aliran kerja hospital IPPT khasnya dan Malaysia amnya dengan apa yang terdapat dalam sistem asal, pengubahsuaian dan
8
penambahbaikan pada modul-modul
i-Care2x adalah diperlukan. Antara modul yang
dibuat penambahbaikan adalah Modul Pendaftaran, Modul Doktor dan Modul Jururawat. Modul-modul baru yang telah dibangunkan sendiri oleh Team i-Care2x adalah Modul Pergigian, Modul Makmal, Modul Radiologi, Modul Rehabilitasi, Modul Farmasi dan Sistem e-Taksiran. Ianya dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklum balas daripada pengguna melalui bengkel-bengkel dan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa.
Pengimbas Kod Bar
Pencetak Slip Pesakit
Pencetak Kod Bar
Pembaca MyKad/MyKid
PC Tablet
9
i-Care2x juga telah mengaplikasikan beberapa teknologi secara inovatif dengan adanya penggunaan PC Tablet, pengimbas/pencetak kod bar (barcode scanner/printer), pencetak slip
pesakit
dan
pembaca
MyKad/MyKid.
Ianya
adalah
bagi
memudah
dan
mempercepatkan perkhidmatan dan mengelakkan kesilapan terutamanya ketika proses pendaftaran, pemindahan dan rawatan pesakit. PC Tablet digunakan dalam persekitaran wifi oleh doktor/jururawat semasa lawatan di wad bagi menggantikan cara lama iaitu menggunakan fail biasa. Melalui penggunaan PC Tablet ini, doktor/jururawat boleh terus mencapai maklumat pesakit, imej x-ray pesakit dan sebagainya serta mengemaskini rekod-rekod rawatan/perubatan pesakit secara on-line. Secara keseluruhannya, inovasi-inovasi ini menjurus kepada inisiatif pengurusan hospital secara paperless dan filmless, iaitu mengurangkan penggunaan kertas (paperless) dan imej x-ray tidak dicetak (filmless) tetapi dipapar secara atas talian melalui
i-Care2x
(integrasi dengan sistem PACS) dan hanya dicetak apabila ada permintaan. Bagi dokumen-dokumen dalam bentuk cetakan, ianya akan diimbas dan disimpan dalam bentuk digital ke dalam i-Care2x dan boleh dicapai pada bila-bila masa secara on-line. Segala inovasi berkaitan dengan projek
i-Care2x ini juga dikongsi bersama dengan
masyarakat luar di dalam beberapa siri pameran (Lampiran 6). 7. Kualiti / Pengiktirafan (maksimum 350 patah perkataan) Kualiti i-Care2x adalah lebih terjamin dengan adanya kepakaran dalaman yang terlatih dan berkemahiran tinggi. Ini terbukti dengan beberapa pengiktirafan dan anugerah di peringkat kebangsaan yang telah diterima oleh IPPT dalam perisian sumber terbuka (Lampiran 7). Pelbagai latihan telah diikuti untuk pengukuhan dan pemantapan ilmu serta kemahiran untuk pembangunan i-Care2x antaranya adalah kursus HL7, MySQL, jQuery, PHP, Java dan sebagainya. Team i-Care2x juga telah mengadakan lawatan ke beberapa hospital/pusat perubatan seperti PPUKM, Hospital Sultan Abdul Halim dan Hospital Putrajaya bagi mengkaji proses sebenar sesebuah hospital bagi menghasilkan sistem maklumat hospital yang terbaik.
10
i-Care2x menggunakan piawaian antarabangsa, Health Level Seven International (HL7) yang menyediakan kerangka kerja untuk pertukaran, integrasi, perkongsian dan capaian maklumat berkaitan aplikasi hospital. i-Care2x yang bermula sebagai projek penyelidikan pada tahun 2008 sehingga 2012, secara keseluruhannya hanya melibatkan kos sebanyak lebih kurang RM80,000.00 (untuk pembelian pelayan, peranti sokongan dan menghadiri kursus-kursus latihan kepakaran) berbanding hospital lain yang melibatkan jutaan ringgit bagi kos pembangunan, penyelenggaraan operasi dan sokongan. Ini menunjukkan bahawa dari segi keberkesanan kos adalah amat menjimatkan. Kejayaan perlaksanaan i-Care2x boleh diukur dengan statistik yang telah direkodkan sehingga 18 September 2012 iaitu jumlah pesakit seramai 20,467 orang dan jumlah lawatan pesakit adalah 40,645 kunjungan.
i-Care2x telah mendapat pengiktirafan daripada pengguna-pengguna sistem seramai 199 orang di IPPT antaranya Jururawat, Juru X-Ray, Penolong Akauntan dan Doktor melalui edaran Borang Persepsi Kepuasan Pengguna (Lampiran 8). Pengiktirafan daripada pihak media juga diperoleh dengan liputan semasa permulaan inisiatif membangunkan
sistem
ini
dengan
penganjuran
persidangan
untuk
antarabangsa
INCOSSH2008 (Lampiran 9). Ianya telah dihadiri ramai penceramah/peserta tempatan dan antarabangsa.
i-Care2x juga mendapat pengiktirafan daripada universiti lain antaranya seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah mengadakan lawatan ke IPPT bagi melihat sendiri sistem pengurusan rekod pesakit yang digunakan di IPPT dan berkongsi maklumat dalam membangunkan perkhidmatan pergigian. Selain itu, pelajar sarjana dari Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia juga berminat untuk melakukan soal selidik berkaitan i-Care2x bertajuk “Study on Hospital Information System (HIS)” (Lampiran 10).
Sistem i-Care2x adalah sistem beridentitikan Malaysia kerana ianya telah diubahsuai sepenuhnya mengikut kesesuaian sistem maklumat hospital di Malaysia. Ianya amat 11
sesuai digunakan di hospital-hospital di Malaysia samada di hospital-hospital kerajaan atau swasta.
8. Potensi (maksimum 350 patah perkataan)
i-Care2x berpotensi untuk meningkatkan ekonomi melalui pengurusan kerja yang lebih cepat dan sistematik. Secara tidak langsung, perkhidmatan yang lebih cekap dapat diberikan kepada lebih ramai lagi pesakit dan ini boleh meningkatkan pungutan hasil bagi setiap perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam samada di hospital kerajaan atau swasta. Selain daripada itu juga, perlaksanaan sistem ini mampu memberikan peluang pekerjaan dalam sektor teknologi maklumat kerana sistem ini boleh diselenggara sendiri oleh staf-staf teknikal hospital masing-masing. Dari segi kos pula, oleh kerana kos perlaksanaan adalah amat minimum, banyak peruntukan yang sepatutnya dihabiskan kepada perolehan dan penyelenggaraan sistem maklumat hospital yang biasanya mencecah
kos
jutaan
ringgit
boleh
disalurkan
kepada
perolehan
peralatan
perubatan/perkakasan ICT atau perkara-perkara lain yang lebih penting.
i-Care2x berpotensi untuk dilaksanakan secara meluas di kebanyakan hospital-hospital di Malaysia samada hospital kerajaan atau pun hospital swasta kerana ia merupakan perisian yang sangat mudah untuk diintegrasi dengan pelbagai sistem maklumat berkaitan perubatan yang lain melalui penggunaan HL7 menjadikan sistem ini amat efisyen. Malahan, sekiranya ada perkongsian data/maklumat secara berpusat melalui penggunaan sistem ini antara hospital-hospital yang mempunyai rangkaian/cawangan seperti
hospital-hospital
di
bawah
Kementerian
Kesihatan
Malaysia
atau
rangkaian/cawangan hospital-hospital swasta di bawah pengurusan yang sama, maklumat dan sejarah rawatan pesakit dapat dicapai di mana-mana rangkaian/cawangan hospital terlibat dengan lebih pantas dan ini mempercepatkan proses rawatan oleh doktor/pakar ke arah mewujudkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada pesakit.
i-Care2x dapat menyumbang pelbagai faedah kepada industri-industri lain. Contohnya, dalam industri pembangunan teknologi peralatan perubatan di mana kemampuan dan 12
keupayaan
i-Care2x untuk diintegrasikan dengan kebanyakan peralatan perubatan
membolehkan hospital membuat perolehan peralatan perubatan yang canggih dan berteknologi tinggi. Manakala dalam bidang pendidikan dan penyelidikan perubatan pula, maklumat-maklumat di dalam i-Care2x dapat digunakan oleh pensyarah-pensyarah dan penyelidik-penyelidik untuk pengajaran dan penyelidikan mereka. Strategi utama pembangunan i-Care2x secara khusus adalah bagi memenuhi keperluan pengguna-pengguna di hospital IPPT dan secara amnya bagi memenuhi kesemua ciri-ciri yang perlu ada dalam mana-mana sistem maklumat hospital. Strategi yang paling penting juga adalah i-Care2x mampu untuk diintegrasikan dengan mana-mana sistem yang lain agar menghasilkan satu sistem yang mantap dan menyeluruh. Contohnya, integrasi yang telah pun dilakukan dengan RIS, LIS, Sistem e-Taksiran dan lain-lain. Bagi menerajui persaingan, usaha-usaha sedang dilakukan secara berterusan agar
i-Care2x boleh
diintegrasikan terus dengan peralatan-peralatan perubatan seperti B.Braun Space Infusion Pump System, Philips Intellivue Patient Monitor dan sebagainya. Dengan keistimewaan-keistimewaan seperti ini, i-Care2x mampu untuk menjadi aplikasi sumber terbuka sistem maklumat hospital yang boleh diketengahkan bagi kegunaan hospitalhospital di seluruh Malaysia terutamanya hospital-hospital kerajaan.
9. Kandungan Tempatan (maksimum 350 patah perkataan)
i-Care2x mengandungi 40% kandungan tempatan melibatkan penambahbaikan yang telah dibuat terhadap sistem asal (antaranya adalah Modul Pendaftaran, Modul Doktor dan Modul Jururawat) dan pembangunan modul/sistem baru iaitu Modul Pergigian, Modul Farmasi, Sistem e-Taksiran, Modul Radiologi, Modul Makmal dan Modul Rehabilitasi menggunakan kepakaran dalaman IPPT. Modul
Pendaftaran
- penambahbaikan dibuat dengan
menggunakan
pembaca
MyKad/MyKid untuk mempercepatkan proses pendaftaran pesakit di mana maklumat dan gambar pesakit diambil terus dari MyKad/MyKid. Pembaca MyKad/MyKid beserta
13
Software Development Kit (SDK) diperoleh daripada pembekal yang disyorkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara bagi memudahkan proses integrasi. Penambahbaikan juga dilakukan untuk membolehkan integrasi dengan Sistem e-Taksiran bagi proses pembayaran. Modul Doktor - penambahbaikan dibuat pada preskripsi ubat untuk capaian terus di Modul Farmasi, perekodan perihal pesakit mengikut konsep SOAP (Subjective, Objective, Assessment, and Planning), sejarah rawatan pesakit, proses permohonan dan status/laporan prosedur radiologi/ujian sampel makmal melalui integrasi i-Care2x dan RIS/LIS serta maklumat rekod lawatan dan rawatan pesakit. Modul Jururawat - penambahbaikan dibuat pada bahagian chart folder yang mengandungi Vital Sign Chart, Input Output Chart, Nursing Report dan Census Chart. Modul Pergigian – dibangunkan sepenuhnya mengikut keperluan Klinik Kesihatan Oral dan merupakan salah satu modul baru dalam
i-Care2x. Antara fungsi modul yang
menarik adalah proses pencartaan gigi. Modul Farmasi - dibangunkan semula sepenuhnya kerana modul asal tidak memenuhi spesifikasi Unit Farmasi. Digunakan dalam penyediaan ubat-ubatan mengikut preskripsi doktor kepada pesakit. Ia memaparkan maklumat terperinci seperti dos, durasi dan arahan penggunaan ubat. Sistem e-Taksiran - dibangunkan sepenuhnya berdasarkan keperluan Unit Taksiran meliputi kadar caj dikenakan kepada pesakit-pesakit seperti ubat-ubatan, khidmat kepakaran, prosedur dan perkhidmatan klinikal yang lain. Maklumat rekod-rekod taksiran seperti pembayaran, keberhutangan, tanggungan dan lain-lain boleh diperolehi dengan mudah dan cepat melalui modul ini. Modul Radiologi - dibangunkan sepenuhnya untuk memudahkan doktor membuat permohonan prosedur radiologi seperti ultrasound, general X-Ray, mammogram dan
14
MRI. Integrasi antara i-Care2x dan RIS membolehkan perkongsian data dan capaian maklumat. Modul Makmal - dibangunkan sepenuhnya untuk memudahkan doktor membuat permohonan ujian ke atas sampel yang diambil daripada pesakit bagi tujuan rawatan selanjutnya. Integrasi antara i-Care2x dan LIS juga membolehkan perkongsian data dan capaian maklumat. Modul Rehabilitasi - dibangunkan sepenuhnya untuk merekodkan rawatan perkhidmatan pemulihan carakerja, pemulihan anggota serta perkhidmatan prostetik dan ortotik setelah disyorkan oleh doktor.
15
LAMPIRAN 1
16
Perisian Sumber Terbuka Sistem Maklumat Hospital Care2x Care2x adalah Perisian Sumber Terbuka Sistem Maklumat Hospital yang telah dibangunkan oleh Elpidio Latorilla bermula tahun 2002. Idea ini adalah untuk membangunkan satu rangka kerja sumber terbuka untuk sistem maklumat hospital berdasarkan sumber kod terbuka. Sistem yang datangnya daripada Jerman, telah diadaptasikan di IPPT menggunakan kepakaran dalaman supaya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa sistem maklumat hospital di IPPT dan dikenali sebagai i-Care2x.
Logo Asal Sistem Care2x – Keluaran Jerman
Logo Sistem i-Care2x (Versi IPPT)
17
LAMPIRAN 2
18
Team i-Care2x
19
LAMPIRAN 3
20
Sistem i-Care2x (Total Hospital Information System) Sistem
i-Care2x merupakan sistem yang merangkumi semua aktiviti dan urusan di
Hospital IPPT di Kompleks Penyelidikan Klinikal. Bermula daripada pendaftaran maklumat pesakit, kemasukan maklumat penyakit yang dihidapi dan rawatan, pengeluaran deskripsi maklumat ubat-ubatan di bahagian farmasi sehingga ke proses pembayaran. Berikut merupakan perjalanan keseluruhan sistem yang sebenar di IPPT. a) Proses Kemasukan dan Pendaftaran Pesakit di IPPT
Bangunan Kompleks Penyelidikan Klinikal IPPT yang menempatkan Hospital IPPT menjadi tempat kunjungan para pesakit yang ingin mendapatkan rawatan
21
Kaunter Informasi terletak berhadapan pintu masuk Kompleks Penyelidikan Klinikal
Pendaftaran dan pembayaran dibuat melalui Sistem i-Care2x di Kaunter Setempat Pendaftaran dan Pembayaran 22
Pendaftaran Maklumat Pesakit
Pendaftaran maklumat pesakit baru menggunakan pembaca MyKad/MyKid 23
Antaramuka Carian Maklumat Pesakit semasa di kaunter pendaftaran
Antaramuka Pendaftaran Pesakit Baru 24
b) Proses Mendapatkan Rawatan i.
Klinik Pesakit Luar (Out-Patient)
Klinik pesakit luar sedia ada adalah Klinik Rawatan Keluarga, Pediatrik, Onkologi, Kardiologi, Wanita Sejahtera, Pakar Pembedahan, Pakar ENT dan Pakar Ortopedik.
Kaunter Klinik Pesakit Luar
Antaramuka untuk menghantar pesakit ke bilik-bilik doktor yang tertentu 25
Bahagian Screening – pengambilan tekanan darah, berat badan dan tinggi pesakit diambil sebelum berjumpa doktor
Proses perekodan maklumat pesakit di Bahagian Screening ke dalam Sistem
i-Care2x 26
Antaramuka Bahagian Screening
Proses rawatan pesakit oleh doktor
27
Capaian maklumat pesakit dan perekodan maklumat rawatan serta ubat-ubatan oleh doktor di dalam Sistem i-Care2x
Antaramuka Bahagian Doktor 28
Antaramuka pesakit yang mendapatkan rawatan dengan doktor
Bahagian kemasukan maklumat diagnosis,masalah,simptom dan rawatan oleh doktor.
29
Bahagian kemasukan maklumat ubat-ubatan oleh doktor
Antaramuka proses discaj pesakit
30
ii.
Klinik Rawatan Harian (Day-Care)
Pesakit mendapatkan rawatan di Klinik Rawatan Harian iii.
Unit Imejan
Unit ini berfungsi untuk melakukan prosedur X-ray, ultra-sound, mammogram dan MRI ke atas pesakit.
Kaunter Unit Pengimejan X-Ray 31
Staf Unit Imejan sedang melihat maklumat permintaan prosedur ultra-sound yang telah dibuat oleh doktor melalui Sistem i-Care2x, dimana sistem ini berkeupayaan untuk berintegrasi dengan Radiology Information System (RIS)
Antaramuka Radiology Request 32
iv.
Klinik Pesakit Dalam (In-Patient) - selain Pesakit Kanser
Klinik Pesakit Dalam adalah khas untuk pesakit selain daripada pesakit kanser.
Kaunter Jururawat di Klinik Pesakit Dalam
Rawatan yang diberikan di Klinik Pesakit Dalam 33
Antaramuka untuk membuat Lab Request seperti ujian darah
34
v.
Hospis Fatimah Az-Zahra
Ianya khusus untuk pesakit kanser yang terletak di bangunan berasingan (lot rumah kedai) di Lot 42, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas.
Hospis Fatimah Az-Zahra
Skrin Kaunter Pendaftaran Hospis yang menggunakan Sistem i-Care2x 35
Wad Hospis Fatimah Az-Zahra vi.
Klinik Kesihatan Oral
Klinik Kesihatan Oral adalah klinik pergigian IPPT yang terletak di bangunan berasingan (lot rumah kedai) di Lot 10, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas.
Kaunter Pendaftaran Klinik Kesihatan Oral
36
Proses Pendaftaran Pesakit di Klinik Kesihatan Oral menggunakan Sistem i-Care2x
Untuk pesakit yang tidak membawa kad rawatan harian, mereka akan diberi slip sementara seperti di dalam gambar dibawah.
Penggunaan pencetak slip sementara menggunakan Sistem i-Care2x 37
Antaramuka borang keizinan rawatan pergigian
Antaramuka senarai menunggu di Klinik Kesihatan Oral
38
Antaramuka maklumat pesakit Klinik Kesihatan Oral
Antaramuka Senarai Pesakit Klinik Kesihatan Oral
39
Antaramuka Maklumat Pesakit Klinik Kesihatan Oral
Proses rawatan gigi dan paparan maklumat carta gigi pesakit di dalam Sistem i-Care2x 40
Antaramuka Carta Gigi Pesakit dalam Sistem i-Care2x
Proses mencatat kerosakan gigi dengan menggunakan Sistem i-Care2x 41
Antaramuka proses mencarta dan merekodkan kerosakan gigi dengan menggunakan Sistem i-Care2x
c) Kaunter Farmasi Selepas mendapatkan rawatan daripada doktor, pesakit perlu mengambil ubat di kaunter Farmasi.
Pesakit mendapatkan ubat di kaunter Farmasi 42
Antaramuka Modul Farmasi
Staf di kaunter Farmasi sedang menerangkan ubat-ubatan yang perlu diambil oleh pesakit berpandukan Sistem i-Care2x. 43
d)
Kaunter Pembayaran
Proses pembayaran dilakukan dikaunter pembayaran yang telah disediakan. Proses pembayaran menjadi lebih mudah dengan penggunaan pengimbas kod bar nombor pesakit yang terdapat pada setiap kad pesakit. Proses carian pesakit untuk pembayaran menjadi lebih mudah dan cepat.
Kaunter Pembayaran
Cetakan resit untuk diberi kepada pesakit 44
Modul-Modul i-Care2x
i-Care2x terdiri daripada modul-modul yang ditambahbaik daripada modul asal Care2x, modul-modul belum wujud di dalam Care2x dan baru dibangunkan serta modul-modul yang diguna tanpa sebarang penambahbaikan. i) Modul-modul yang dibuat penambahbaikan a) Modul Pendaftaran (Patient Registration)
Penggunaan MyKad/MyKid mempercepatkan proses pendaftaran pesakit dimana maklumat dan gambar pesakit diperolehi terus dari MyKad/MyKid pesakit tanpa perlu memasukkan secara manual kedalam sistem. Ruangan Surat Jaminan Perubatan (GL) adalah bagi kakitangan kerajaan dan tanggungan mereka yang layak mendapat kemudahan perubatan secara percuma. Fungsi pencarian juga telah ditambahbaik dengan lebih terperinci antaranya carian melalui no. kad pengenalan, tarikh lahir, nama pesakit, no. pesakit dan lain-lain. 45
Bahagian ini adalah untuk pendaftaran rawatan untuk pesakit luar yang ingin mendapatkan rawatan di klinik-klinik tertentu mengambil kira jenis kes pesakit dan samada pesakit baru atau pesakit berulang.
46
b) Modul Doktor
Modul Doktor mengandungi maklumat preskripsi pesakit dan maklumat berkaitan pesakit seperti ukuran fizikal pada menu “Measurement” serta simptom, masalah, diagnosis dan keperluan rawatan pada menu “Clinical Features” yang mengikut konsep SOAP (Subjective, Objective, Assessment, and Planning). Pada menu “Perscriptions”, doktor akan mengesyorkan ubat-ubatan yang diperlukan pesakit untuk dicapai terus oleh kaunter Farmasi melalui Modul Farmasi. Penambahbaikan pada sejarah rawatan pesakit yang berkaitan simptom, masalah, diagnosis, keperluan rawatan dan ubat-ubatan pesakit juga dibuat pada menu “Past Encounter Summary”. Modul ini juga terdapat penambahbaikan pada menu “RIS Status” dan “RIS Report” untuk doktor mengetahui keputusan hasil prosedur radiologi yang dipohon melalui integrasi dengan sistem RIS. Selain itu, semua rekod kedatangan dan rawatan setiap lawatan pesakit yang terdahulu boleh dicapai pada menu “Encounter's List”.
47
c) Modul Jururawat
Modul Jururawat yang terdiri daripada beberapa bahagian yang ditambahbaik pada menu Chart Folder yang mengandungi Vital Sign Chart, Input Output Chart, Nursing Report dan Census Chart.
48
ii) Modul-modul Baru a) Modul Pergigian
Digunakan di Klinik Kesihatan Oral dimana terdapat beberapa perbezaan menu-menu yang digunakan oleh klinik-klinik IPPT yang lain. Antara menu-menu lain yang digunakan dalam Modul Pergigian adalah “Charting Deciduous” dan “Charting Permanent” bagi pencartaan gigi, “Patient Complain”, “On Examination” dan “Procedure & Sub-Procedure”.
49
b) Modul Farmasi
Modul ini menyenaraikan ubat-ubatan yang disarankan oleh Doktor kepada pesakit untuk disediakan oleh kaunter Farmasi berdasarkan dos, durasi dan arahan penggunaan ubat yang di maklumkan. Modul ini akan menyenaraikan pesakit yang telah dan belum mengambil ubat-ubatan.
50
c) Modul Makmal
Modul
Makmal
terdiri
daripada
beberapa
kategori
iaitu
“Chemical
Pathology”,
“Haematology” dan “Histopathology” dimana setiap kategori dipecahkan kepada beberapa jenis ujian yang dijalankan. Pemilihan jenis ujian makmal berdasarkan kategori, tarikh masa sampel diambil dan diagnosis akan dimasukkan oleh doktor sebelum menghantar ujian makmal ke LIS.
51
d) Modul Radiologi
Modul Radiologi terdiri daripada pelbagai jenis prosedur seperti ultrasound, general X-Ray, mammogram dan MRI untuk dipohon oleh Doktor. Melalui modul ini permohonan prosedur akan dihantar ke Unit Imejan dengan adanya integrasi antara i-Care2x dan RIS.
52
e) Sistem e-Taksiran
Sistem e-Taksiran merangkumi penjanaan invois dan pembayaran bil-bil bagi pesakit berbayar untuk caj ubat-ubatan, khidmat kepakaran, prosedur dan perkhidmatan klinikal yang lain. Sistem ini juga merangkumi rekod-rekod taksiran lain seperti keberhutangan, pengecualian bayaran, tanggungan dan lain-lain.
53
f) Modul Rehabilitasi
Modul Rehabilitasi adalah untuk merekodkan rawatan perkhidmatan pemulihan carakerja, pemulihan anggota serta perkhidmatan prostetik dan ortotik setelah disyorkan oleh doktor.
iii) Modul-modul Tanpa Penambahbaikan a) Modul Temujanji Pesakit
Modul yang membolehkan doktor atau jururawat membuat perancangan rawatan selanjutnya untuk pesakit. Capaian pada pesakit yang mempunyai temujanji setiap hari boleh didaftarkan terus melalui modul ini. 54
LAMPIRAN 4
55
Kompleks Penyelidikan Klinikal Kompleks baru yang menempatkan Hospital IPPT ini dibangunkan di bawah projek pembinaan IPPT dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi fasa pertama bersama-sama dengan bangunan Kompleks Penyelidikan Haiwan. Kompleks Penyelidikan Klinikal ini berfungsi sebagai pusat penyelidikan dalam bidang perubatan, pergigian, sains bioperubatan dan sains kesihatan. Selain itu, pelbagai perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada orang awam antaranya adalah Klinik Kesihatan Wanita, Klinik Pakar Perubatan, Klinik Pakar Pergigian, Klinik Penyelidikan Klinikal, Advanced Clinical Diagnostic Laboratory dan Klinik Kesihatan Oral. IPPT juga menyediakan perkhidmatan pengimejan seperti sinar-X, Mammogram, Ultrasound, Echo-Kardiogram dan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
Kompleks Penyelidikan Klinikal, IPPT, USM
56
LAMPIRAN 5
57
Persidangan INCOSSH2008 Dianjurkan oleh IPPT di mana menandakan bermulanya inisiatif untuk membangunkan sistem maklumat hospital dengan dihadiri penceramah-penceramah/peserta-peserta dalam dan luar negara.
Majlis Perasmian INCOSSH2008
Ybhg. Dato' Dr. Nor Aliah Bt. Mohd Zahri, Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO) MAMPU, menyampaikan ucaptama semasa persidangan INCOSSH2008. 58
Kehadiran Penceramah dan Peserta dari Dalam dan Luar Negara
Pembentangan Sistem myCare2x (Care2x versi Jerman) oleh Joachim Mollin iaitu penceramah yang dijemput khas dari Jerman
59
LAMPIRAN 6
60
Penyertaan Pameran i-Care2x Pameran berkaitan dengan Sistem i-Care2x pernah diadakan dibeberapa tempat sebagai perkongsian maklumat. Berikut adalah antara pameran yang pernah dibuat :-
Pameran di MyGOSSCON 2009
Pameran di MyGOSSCON 2010
61
Pameran di OSS Day anjuran IPPT
Pameran di Malaysian Open Source Conference 2011 (MOSC2011), anjuran bersama IPPT dan OSDC 62
Pameran di Perlis Open Source Exibition 2011 (POSE2011). Kelihatan Menteri Besar Perlis, YAB Dato' Seri Dr. Md Isa Bin Sabu sedang melawat booth pameran IPPT.
63
LAMPIRAN 7
64
Pengiktirafan dan Anugerah
IPPT telah berjaya memenangi Anugerah Kajian Kes Implementasi Perisian Sumber Terbuka Terbaik Kebangsaan 2009 (Kategori IPTA) menerusi Open Source Integrated Library System (KOHA)
65
Penerima Hadiah Sanjungan 2009 dari USM yang telah diraih menerusi inovasi penyelidikan dan implementasi perisian sumber terbuka automasi Sistem Perpustakaan (KOHA)
66
Pengiktirafan Peringkat Antarabangsa apabila sebuah syarikat di Taiwan telah memohon kebenaran untuk menterjemahkan kajian kes ini ke bahasa Traditional Chinese untuk dijadikan rujukan dan panduan perlaksanaan sistem KOHA di seluruh Taiwan.
67
IPPT juga diiktiraf sebagai IPT pertama di Malaysia yang menerima Certified Training Provider MAMPU bagi Perisian Sumber Terbuka pada 23 Ogos 2010.
68
Finalis Anugerah Kajian Kes Implementasi Perisian Sumber Terbuka Kebangsaan 2010 (Kategori IPTA) menerusi Advanced DICOM Medical Imaging Software (OsiriX)
69
Pusat Bio-ICT, IPPT yang telah dilantik oleh MAMPU sebagai Pusat Latihan Bertauliah (Certified Training Provider) Perisian Sumber Terbuka 70
IPPT telah berjaya menjalankan kursus pertama sebagai Pusat Latihan Bertauliah dengan memberi latihan Introduction to OpenOffice.org. 71
IPPT dan 15 pasukan lain telah berjaya mencipta rekod baru yang telah diiktiraf dan diperakui oleh Malaysia Book of Records sebagai Longest OSS Programming Event melalui pertandingan The 36-Hour Web Application Development Contest anjuran MAMPU 72
IPPT mencatat sejarah apabila dilantik sebagai IPTA pertama di Malaysia sebagai pusat latihan bertauliah bagi Linux Professional Institute (LPI).
Majlis menandatangani perjanjian sebagai rakan kongsi akademik (Approved Academic Partner) kepada Linux Professional Institute (LPI-AAP) itu telah diadakan selepas majlis perasmian Persidangan Sumber Terbuka Malaysia (MOSC) 2011 oleh Prof.Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
73
LAMPIRAN 8
74
Borang Persepsi Kepuasan Pengguna Sistem i-Care2x Melalui agihan Borang Persepsi Kepuasan Pengguna Sistem i-Care2x, didapati terdapat pelbagai komen membina diberikan dan mengiktiraf pembangunan
i-Care2x sebagai
sistem yang sangat berguna dan berkesan dalam menguruskan maklumat atau data hospital secara menyeluruh. Berikut adalah antara lampiran persepsi para pengguna Sistem i-Care2x.
75
76
77
78
79
80
LAMPIRAN 9
81
Pengiktirafan daripada Pihak Media
Keratan akhbar Berita Harian, 26 November 2008. Usaha pembangunan perisian sumber terbuka yang giat dirancang dengan berlangsungnya penganjuran persidangan antarabangsa anjuran IPPT, International Conference On Open Source Software In Healthcare 2008 (INCOSSH2008)
Keratan akhbar StarMetro, 25 November 2008. Pengeluaran berita tentang Sistem Maklumat Hospital yang lebih murah, selepas berlangsung penganjuran INCOSSH2008
82
LAMPIRAN 10
83
Pengiktifaran Pihak Luar Terdapat ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sistem i-Care2x. Antaranya adalah daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Surat Permohonan Lawatan dari UniMAP
84
Demo Sistem i-Care2x kepada pihak UniMAP
Doktor sedang menunjukkan penggunaan Sistem i-Care2x dalam kerja seharian mereka kepada staf UniMAP. 85
Doktor sedang menunjukkan proses sebenar pemeriksaan dan penggunaan Sistem i-Care2x
Selain itu, terdapat juga permohonan pelajar sarjana daripada Pusat Pengajian Pengurusan Universiti Sains Malaysia, untuk membuat soal selidik di IPPT bagi menjalankan kajian bertajuk “Study on Hospital Information System (HIS)”. Berikut adalah lampiran surat permohonan beliau.
86
Surat Permohonan dari Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia 87