Norazida Binti Mat Piah (A144800)
Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat Sesungguhnya solat termasuk rukun Islam yang paling tinggi kedudukannya setelah syahadatain. Apabila mereka meninggalkan solat karena meremehkan dan malas menjalankannya, maka pendapat yang kuat dan rajih berdasarkan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah dari perbedaan para ulama’ , mereka telah menghukumkan, golongan tersebut keluar dari agama Islam (kafir) dan telah murtad. Meninggalkan solat bukan suatu perkara yang remeh, orang yang telah kafir dan murtad tidak akan diterima puasa, sedekah dan amalanamalan yang lainnya. Dalilnya adalah firman Allah (yang artinya): “Dan yang menghalang-halangi infak mereka untuk diterima adalah karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sholat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menginfakkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan (terpaksa)” (Q.S. At-Taubah : 54). Dalam ayat ini Allah menerangkan bahwa infak-infak mereka yang memberikan manfa’at kepada sesama mereka tertolak dan tidak diterima karena disebabkan kekafiran mereka. Mereka yang menjalankan puasa tetapi tidak melaksanakan solat, maka puasanya tertolak dan tidak diterima selama kita mengikuti pendapat yang kuat berdasarkan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah yang menghukumi mereka telah kafir dan murtad. Jaminan yang dapat diberikan kepada mereka yang mendirikan solat pasti mereka akan mendapatkan dirinya dalam keadaan kuat azamnya untuk beramal dibulan Ramadhan dan diluar bulan Ramadhan, demikian juga dalam memelihara solat tepat pada waktunya dengan berjama’ah bersama kaum muslimin. Karena sesungguhnya orang yang kembali kepada Allah dengan taubat Nashuha (taubat yang benar dengan menjalankan syarat-syaratnya), dia
Norazida Binti Mat Piah (A144800) akan mendapatkan dirinya lebih baik dari keadaan sebelumnya. Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an tentang keadaan Nabi Adam setelah melanggar perintah Allah untuk tidak memakan salah satu tanaman di surga. Allah
berfirman
(yang
artinya)
:”Kemudian
Robbnya
memilihnya
(mensucikannya untuk kenabian dan dekat dekat dengan-Nya), maka Dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk” (Q.S. Thoha : 122). (http://pa nggilakuabubakar.blogspot.com/2010/08/fatwa-ulama-seputar-puasaramadhan.html#.VXqKmPmqqko) http://salafypomalaa.wordpress.com/2008/08/30/fatwa-ulama-seputarpuasa-ramadhan/ http://www.darussalaf.or.id) Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji. Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalamnya menjadi gugur" (hadith riwayat Al-Bukhaari #520) Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan
Solat,
maka
segala
kebaikan
yang
dilakukan
tidak
dapat
memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka. Menurut Sheikh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) “Barangsiapa yg meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman :
Norazida Binti Mat Piah (A144800) "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama" (Al-Taubah: ayat-11)" Didalam Fataawa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya: "Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir. Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140]. (http://halaqah.net/v10/index.php ?topic=2947.60) Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa. Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
Norazida Binti Mat Piah (A144800) 1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir. 2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar. Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198). Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti
puasanya.
Namun
perlu
dipersoalkan;
adakah
puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukunrukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti alAzhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai
Norazida Binti Mat Piah (A144800) lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu. (http://halaqah.n et/v10/index.php?topic=2947.60)
Norazida Binti Mat Piah (A144800) Kesimpulan Begitulah sedikit penjelasan mengenai hukum berpuasa bagi seseorang yang tidak menunaikan solat. solat ibarat tiang agama, manakala amalan sampingan seperti puasa, zakat, haji, sedekah, menghidupkan amalan sunat dan lain-lain adalah atap, tangga serta dindingnya. Sekiranya runtuh tiang itu maka runtuhlah seisi rumah tersebut. Dan barangsiapa yang mengerjakan dan melaksanakan solat maka utuhlah iman kuatlah jasad dan sihat lah fizikal serta jasmani seseorang. Kerana solat mampu melawan hawa nafsu, maksiat kepada Allah dan menyeru kepada kebaikkan. Jagalah solat pasti Allah akan menjagamu. Sempena kedatangan Ramadhan yang bakal menyinari, membersihkan, menghidupkan rohani dan jasmani diri. Ucapan syukur dan rendah hati memanjatkan doa semoga Ramadhan kali ini tidak lagi disia-siakan pergi. Antara buku-buku yang membincangkan permasalahan ini: Travelog Haji Mengusik Hati By Muhd Kamil Ibrahim, Roza Roslan M/s:380
Bahagianya apabila Puasamu Diterima Allah By Fahrur Muis.
M/s: 40