INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
HUKUM PEMBATALAN HIBAH DARI PERSPEKTIF AL-SYAFI’I MENERUSI KARYANYA AL-UMM: SATU ANALISIS
1058
NOOR SYAHIDA ABDUL RAHMAN PROF. DR. MOHAMAD SABRI HARON DR. MOHD MUSA SARIP AZIZAH MAT RASHID
[email protected] ABSTRAK Pembatalan hibah (al-ruju’ fi al-hibah atau revocation of hibah) merujuk kepada tindakan penghibah menarik balik pemberiannya daripada penerima hibah sebelum atau selepas berlakunya pindah milikan (qabd). Artikel ini akan mengetengahkan pemikiran Imam al-Syafi’i dalam isu pembatalan hibah sebagaimana yang terdapat di dalam karyanya al-Umm. Imam al-Syafi’i merupakan seorang tokoh pemikiran Islam yang tersohor dan terkemuka dalam sejarah Islam. Kitabnya al-Umm adalah antara karya Imam al-Syafi’i yang mengandungi hampir ke semua topik perbincangan utama dalam bidang fiqh termasuklah dalam fiqh al-mu‘amalat. Metodologi yang digunakan ialah kajian perpustakaan (library research) dan analisis kandungan (content analysis). Dapatan kajian ini secara deskriptif mendapati Kekuatan yang ada pada pandangan Imam alSyafi’i dalam karya al-Umm menerusi perbincangan tajuk pembatalan hibah ini adalah berpaksikan kepada hadis yang menjadi rujukan istinbatnya dalam pengambilan hukum. Penulisan beliau mengenai konsep pembatalan hibah khasnya dan karya al-Umm amnya adalah masih lagi relevan dan praktikal serta mampu menjadi asas yag kukuh dalam memenuhi keperluan umat Islam. Daripada hasil analisis didapati pemberi hibah berhak membatalkan hibahnya sekiranya tidak berlaku qabd kecuali pemberian bapa kepada anak. Oleh itu, qabd merupakan syarat yang sempurna dan berkuat kuasanya hibah dan ia menentukan hak penarikan balik atau pembatalan hibah oleh pemberi hibah.
Kata Kunci: Imam al-Syafi’i, al-Umm, Hibah.
1.0
PENDAHULUAN
Artikel ini akan menganalisis sumbangan pemikiran Imam al-Syafi’i dalam muamalah dengan tumpuan pada akad hibah sebagaimana yang terdapat di dalam Kitabnya al-Umm. Imam alSyafi’i adalah seorang Ulama Fiqh yang tersohor dan terkemuka dalam sejarah Islam. Kelahiran di Ghazzah, Palestin tahun 150H/767M dan wafat pada tahun 204H/819M di Mesir ketika berusia 54 tahun. Karya al-Umm hasil buah fikiran beliau ini merupakan antara kitab fiqh utama yang begitu bernilai dalam pengajian Islam. Analisis pemikiran beliau ini akan tertumpu kepada penulisan muamalahnya dalam kitab tersebut yang diterbitkan oleh Dar al-Wafa’ Mansurah Mesir pada tahun 1422H./2001M dan dirujuk secara khusus pada kitab al-Hibah dan kitab Ikhtilaf al-‘iraqiyyin daripada halaman 259 hingga ke halaman 263 dalam Jilid 8. Penulis 732
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mengetengahkan pemikiran Imam al-Syafi’i berkaitan pembatalan hibah dalam silah zawjiyyah (hubungan perkahwinan), dalam isu marad al-mawt al-wahib (kematin penghibah), penarikan balik hibah bapa kepada anak dan hukum pembatalan hibah menurut fuqaha. Analisis terhadap pemikiran Imam al-Syafi’i dalam akad hibah adalah amat penting kerana walaupun beliau berada di abad ke 3H./9M, tetapi pemikiran dan penyelesaiannya terhadap persoalan hibah adalah penting dalam amalan semasa terutamanya kepada Umat Islam di Malaysia pada milenium ke 3 ini. 2.0
BIOGRAFI RINGKAS IMAM AL-SYAFI’I
Secara ringkasnya nama Imam al-Syafi’i ialah Muhammad bin Idris bin al-`Abbas bin ‘Uthman bin Syafi'i bin al-Sa’ib bin ‘Ubayd bin ‘Abd Yazid bin Hasyim bin al-Muttalib bin ‘Abd alManaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luay al-Qurasyi al-Muttallabi al-Syafi’i al-Makki1. Beliau memiliki pertalian nasab dengan Rasulullah SAW melalui ‘Abdul Manaf Bin Qusay. Menurut riwayat Imam al-Bayhaqi, Imam al-Shafi’i dilahirkan di Ghazzah, Palestin tahun 150H/767M dan wafat pada bulan Rajab tahun 204H/819M di Mesir ketika berusia 54 tahun2. Imam al-Syafi’i hidup pada zaman khalifah Harun al-Rasyid, al-Amin dan al-Makmun dari dinasti ‘Abbasiyyah3. Menurut al-Suyuti (t.t) Imam al-Syafi’ adalah dikenali sebagai mujtahid mutlaq mustaqil.4 Imam al-Syafi’i adalah ahli fiqh Islam yang terkemuka dalam sejarah Islam. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafi’i, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam. Beliau adalah salah seorang ulama yang pandangan fiqhnya menjadi rujukan utama majoriti umat Islam. Karya-karya penulisan Imam Syafi’i dalam
1
Al-Daqr, ‘Abd al-Ghani. 2005. Al-Imam al-Syafi’i Faqih al-Sunnah al-Akbar. Damsyiq: Dar al-Qalam. ‘Abd alMu’ti, Faruq. 1992. ‘A’lam al-Fuqaha wa al-Muhaddithin al-Imam al-Syafi’i. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Lihat: Tabaqat al-Mufassirin li al-Dawudi 3/98. Jamharah Ansab al-‘Arab li Ibn Hazm 73. 2 Al-Baihaqi. Manaqib al-Syafi’i. tahqiq Ahmad Saqar, al-Qahirah: Dar al-Turas, .t.t. 3 Abdul Karim, M.Ag. 2012. Pola Pemikiran Imam Syafi’i dalam Menetapkan Hukum Islam. Jurnal Adabiyyah Vol XIII (2) (2013). 4 Imam empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali dikenali sebagai mujtahid mutlaq mustaqil, hampir boleh dikatakan tidak ada lagi mana-mana ulama yang mampu membina metode ataupun kaedah tersendiri dalam pembinaan hukum melainkan dengan kehendak Allah SWT. Ibn Burhan dalam menjelaskan situasi tersebut menegaskan bahawa metode mazhab dan kaedah-kaedah dalil telah diambil dari golongan terdahulu (salaf). Oleh itu tidak harus bagi generasi kemudiannya melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya.13 ‘Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Suyuti (t.t.), al-Radd ‘ala man Akhlada ila al-Ard wa jahila an al-Ijtihad.(t.t.p.):Maktabat al-Thaqafah al-Diniyyah, h. 39. 733
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
bidang fiqh serta disiplin ilmu yang berkaitan dengannya cukup untuk menempatkannya di barisan ulama fiqh yang terbilang hingga kini. Nama Imam al-Syafi’i merupakan satu nama besar sebagai tokoh pemikiran Islam dan intelektual yang hebat dan dikagumi terutamanya dalam mencetus idea dan menjana pemikiran kepada perkembangan fiqh Islam termasuk muamalat. Melihat kepada sumbangan pemikiran Imam al-Syafi’i yang besar terhadap dunia Islam, para sejarawan bersetuju meletakkan al-Syafi’i sebagai pengasas prinsip perundangan Islam (The founder of the sciene of jurisprudence)5.
3.0
KITAB AL-UMM KARYA IMAM AL-SYAFI’I
Al-Umm merupakan kitab induk dalam mazhab al-Syafi’i. Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafi’i berasal daripada kitab ini. Kitab alUmm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahaskan pelbagai permasalahan hukum, lengkap dengan dalil-dalilnya, sama ada daripada al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas. Isi kandungan kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu Imam al-Syafi’i dalam bidang fiqh. Sedangkan dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadith kerana dalil-dalil hadith yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadith. Dalam menghuraikan sesuatu bab ataupun permasalahan hukum, Imam al-Syafi‘i kadang-kadang menggunakan metode hiwar (soal-jawab), dalam ertikata menghuraikan pendapat pihak lain yang diadukan kepadanya sebagai pertanyaan, kemudian dibalasnya dalam bentuk jawapan. Hal itu jelas dilihat, umpamanya ketika ia menolak penggunaan al-istihsan. Dan dalam sesetengah kes yang lain beliau menggunakan metode bayan (eskplan) dalam ertikata menghuraikan secara panjang lebar suatu masalah dengan memberikan penetapan hukumnya berdasarkan prinsip-prinsip yang dianutinya tanpa ada pertanyaan. Hal seperti ini terbukti dalam penjelasannya mengenai persoalan muamalat, munakahat dan lai-lain persoalan fiqh. 4.0
HUKUM PEMBATALAN ATAU PENARIKAN BALIK HIBAH MENURUT FUQAHA.
4.1
Penarikan Balik Hibah Sebelum Qabd
5
Esler, Anthony. 1992. The Human Venture; A word History. Prentice Hall, New Jersey (Edisi ke 3).
734
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Fuqaha berselisih pendapat tentang hukum penarikan balik hibah sebelum qabd iaitu: Pendapat pertama yang merupakan pendapat Mazhab Hanafi, Syafi’i, Imamiyyah, Zaiydiyyah dan satu riwayat daripada mazhab Hanbali mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd.6 Mereka berhujah berdasarkan ijmak para sahabat Rasulullah SAW yang mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd7 dan ia dikuatkan lagi dengan hujah-hujah yang telah dikemukakan dalam masalah keperluan qabd dalam akad hibah.
Pendapat kedua pula merupakan pendapat Mazhab Maliki dan Zahiri tidak mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd. Mereka berhujah berdasarkan firman Allah SWT :
Terjemahan: “Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjianperjanjian...” (Surah al-Maidah, ayat 1)
Akad hibah berkuat kuasa dengan lafaz ijab dan qabul dari pemberi dan penerima sehingga memberi kesan kewajipan menunaikan janji yang telah diakad tanpa perlu kepada qabd. Mereka juga berhujah dengan logik akal dengan mengatakan bahawa akad hibah adalah seperti akadakad lain yang tidak perlu kepada qabd sebagai syarat sah sesuatu akad.8
Dan Pendapat ketiga merupakan pendapat Mazhab Hanbali daripada riwayat yang lain mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd sekiranya barang yang dihibahkan itu berbentuk barang yang disukat atau ditimbang. Namun sekiranya barang yang dihibah itu tidak
6
Hasan Muhammad Buda. 2004. Mawani’ al-Ruju’ fi al-Hibah fi al-Fiqh al-Islamiy wa al-Qanun al-Wad’i. Iskandariyyah: Dar al-Jami’ah al-Jadidah li al-Nasyr. 7 Ibn Qudāmah, ‘Abd Allah bin Ahmad. t.th. al-Mughni. Juz. 6. Beirut: Dār al-Kitāb al-’Arabi. 8 Hasan 2004, hlm 72. Noor Lizza Binti Mohamed Said, Mohd Ridzuan Bin Awang & Amir Husin Bin Mohd Nor. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 735
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
boleh disukat atau ditimbang, tidak harus menarik balik hibah tersebut sebelum berlakunya qabd.9
4.2
Penarikan Balik Hibah Selepas Qabd
Penarikan balik hibah yang telah sempurna dengan qabd oleh penerima hibah selain dari hibah seorang bapa kepada anaknya juga telah menjadi perselisihan fuqaha tentang keharusan. Perselisihan tersebut terbahagi kepada tiga pendapat iaitu: Pendapat pertama yang merupakan pendapat mazhab Syafi’i10, Hanbali, Abu Thawri, Ibn Hazm, Daud al-Zahiry dan sahabatsahabatnya. Mereka berpendapat bahawa hibah yang telah sempurna11 tidak harus bagi pemberi hibah menarik balik hibahnya.3812 Mereka berhujah dengan dalil-dalil berikut: i. Firman Allah SWT :
... Terjemahan: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjianperjanjian ...” (Surah al-Maidah : 1)
Hibah merupakan akad yang wajib ditunaikan dan tidak harus ditarik balik.
ii. Sabda Rasulullah SAW: ... Maksud: Orang yang menarik balik hibahnya seperti anjing yang muntah kemudian memakan muntahnya kembali. 9
Ibid.
10
Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 263. Hibah yang sempurna menurut mazhab Syafi’i dan Hanbali ialah barang yang dihibah telah diterima oleh penerima hibah (qabd) dan menjadi miliknya. Manakala menurut mazhab Zahiri, hibah dikira sempurna dengan sempurnanya akad. 12 Ibn Qudamah t.t., hlm 290. 11
736
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
iii. Sabda Rasulullah SAW lagi sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Umar:
Maksud: Tidak halal bagi seseorang yang memberi hibah menarik balik hibahnya kecuali hibah bapa kepada anaknya. (Al-Qazwini t.th.: 2:295)
Rasulullah SAW menyamakan penarikan balik hibah dengan satu gambaran yang teruk yang di luar tabiat semula jadi manusia yang baik iaitu gambaran seperti anjing yang menelan semula muntahnya.
Pendapat kedua pula merupakan pendapat mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaydiyyah 13
bahawa sekiranya hibah itu diberikan kepada ajnabi14 dan telah sempurna pemberian hibah
dengan qabd oleh penerima hibah, maka tidak terhalang pemberi hibah daripada menarik balik hibah yang telah diberikan kecuali jika terdapat salah satu daripada perkara yang menghalang penarikan balik hibah.15 Sungguhpun begitu, menurut fuqaha mazhab Hanafi ia makruh dan tidak digalakkan.16
Pendapat ketiga merupakan pendapat al-Nakhaie, al-Thawri dan Ishak bahawa hibah boleh ditarik balik sekiranya diberikan kepada selain dari kaum kerabat dan hibah yang tiada syarat
13
Hasan 2004, hlm 73. Sesiapa yang bukan tergolong daripada kaum kerabat yang menjadi mahram kepada pemberi hibah 15 Muhammad Husni 1994, hlm 100. 16 Al-Qadiri 1997, 7 hlm 494. 14
737
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
balasan walaupun telah sempurna penyerahan hibah tersebut.17 Mereka berhujah dengan athar saidina Umar:
,
Maksud: Sesiapa yang memberi hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya adalah harus, dan sesiapa yang memberi hibah kepada selain daripada yang mempunyai hubungan keluarga dengannya dia lebih berhak ke atas hibah tersebut kerana tidak mendapat apa-apa ganjaran daripadanya.18
Berdasarkan athar di atas, tidak harus menarik balik pemberian hibah kepada seseorang yang mempunyai hubungan kekeluargaan sama ada boleh dikahwini atau pun tidak dengan tidak mengkhususkan kepada keluarga yang boleh dikahwini sahaja seperti pendapat mazhab Hanafi.
5.0
PANDANGAN IMAM AL-SYAFI’I TENTANG PEMBATALAN HIBAH
Di antara pandangan Imam al-Syafi’i tentang isu-isu pembatalan hibah adalah seperti berikut;
5.1
Penarikan Balik Atau Pembatalan Hibah Dalam Silah al-Zawjiyyah (Hubungan
Perkahwinan)
Dalam silah zawjiyyah apabila suami atau isteri menghibahkan sesuatu kepada pasangannya, maka penghibah tidak diharuskan untuk meruju’ hibahnya. Asas kepada larangan ruju’ ini ialah hibah yang dilakukan semasa tempoh perkahwinan bermaksud untuk menguatkan ikatan kasih sayang antara suami dan isteri. Dengan demikian, keutuhan kasih sayang antara mereka dianggap sebagai balasan kepada penghibah. Oleh itu, penghibah dihalang daripada melakukan ruju’.19 Selain itu, menurut al-Kasani dan al-Zuhaily pertalian suami isteri adalah sama dengan pertalian 17
Muhammad Husni 1994, hlm 100. Ibn Qudamah t.t. hlm, 290 19 ‘Ali Haydar. tt. Durar Al-Hukkam Sharh Majallah Al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jld. 2. hlm 408. 18
738
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kekeluargaan (silah al-qarabah) dari sudut suami isteri boleh mewarisi antara satu sama lain. Oleh sebab hubungan kekeluargaan juga merupakan mawani’ (sekatan) kepada ruju’, maka begitulah halnya dengan hubungan suami isteri.20 Dalam Mazhab Hanafi, larangan ruju’ atas dasar hubungan suami isteri ini mestilah hibah tersebut dilakukan dalam tempoh perkahwinan. Oleh yang demikian, hibah yang dilakukan sebelum perkahwinan boleh diruju’ selagi tidak terdapat mawani’ yang lain. Sebaliknya, penghibah tidak berhak meruju’ pemberiannya jika perceraian berlaku selepasa hibah yang dilakukan dalam perkahwinan tersebut. Selain demikian, Imam Abu Hanifah memberi penekanan bahawa ruju’ juga tidak dibenarkan sekiranya isteri membuat dakwaan bahawa hibahya kepada suami diluar kerelaannya iaitu dengan paksaan suami.21 Sebaliknya Imam alSyafi’i mensyaratkan semestinya untuk melaksanakan hibah adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan.22 Dalam menghuraikan tentang isu ini, melalui karyanya al-Umm, Imam alSyafi’i menegaskan dengan kenyataan bahawa:
Maksud: Apabila seseorang wanita menydekahkan/menghibahkan sesuatu, mahar atau hutang kepada suaminya, kemudian dia mendakwa bahawa hibah tersebut berlaku di atas paksaan suaminya dengan dia mengemukakan bayyinah (keterangan) yang menyatakan bahawa suami memaksanya atas yang demikian. Kata Imam al-Syafi’i aku batalkan hibah tersebut.23
Jika dianalisis dapatlah disimpulkan bahawa pandangan Imam al-Syafi’i di atas ternyata kerelaan pemberi hibah merupakan syarat penting kepada kesahan hibah. Pandangan Imam al-Syafi’i ini sememangnya ada asasnya kerana sesuatu hibah itu daripada satu pihak kepada pihak yang lain 20
Al-Kasani. 2003: 8/133. Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 259 22 Ibid. 23 Ibid 21
739
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
biarpun suami isteri yang wujud hubungan zawjiyyah tidak harus berlaku kecuali dengan kerelaan kedua-dua pihak.
5.2
Pembatalan Hibah Dalam Isu Marad Mawt al-Wahib (Kematian Penghibah)
Dalam persoalan ini, menurut Imam al-Syafi’i apabila penghibah sakit lalu meninggal dunia, ahli warisnya tidak diberi hak untuk meruju’ hibah tersebut daripada penerima hibah. Hal demikian kerana hak ruju’ merupakan hak ekslusif penghibah sahaja. Oleh itu, hak tersebut tidak boleh dipindahkan kepada ahli waris penghibah selepas kematiannya kerana ahli waris dianggap sebagai orang luar dalam akad hibah melainkan sekiranya mawhub (harta yang dihibah) tersebut belum dipindah milik, dalam ertikata lain tidak berlaku qabd (serahan). Imam al-Syafi’i berpendapat bahawa qabd ialah syarat untuk menguatkuasakan akad hibah. Menurutnya, hibah yang berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul antara penghibah dan penerima hibah belum berkuatkuasa. Dengan demikian mawhub tersebut menjadi hak perwarisan. Dalam menghuraikan persoalan tersebut, Imam al-Syafi’i menjelaskan pandangannya dengan menyatakan bahawa:
Maksud: Apabila seseorang menghibahkan masa sakitnya suatu hibah, lalu belum diterima oleh penerima hibah sesuatu yang dihibahkan sehingga penghibah meninggal, maka tidaklah bagi yang dihibahkan itu sesuatu dan hibah tersebut bagi para waris penghibah.24
Merujuk kepada pandangan Imam al-Syafi’i ini menunjukan bahawa perlunya qabd dalam hibah dan tidak sabit berlakunya pemilikan melainkan dengan qabd.
24
Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 263. 740
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
5.3
Penarikan Balik Hibah Bapa Kepada Anak
Jumhur fuqaha daripada mazhab Maliki, Syafi’i25, Hanbali dan Zahiri berpendapat bahawa bapa diharuskan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak 26 dengan beberapa syarat tertentu sama ada tujuan penarikan balik tersebut untuk memberi kesamarataan pemberian di kalangan anak-anak atau tanpa tujuan tersebut.27 Namun menurut mazhab Syafi’i, sekiranya pemberian tersebut telah diberikan secara adil antara anak-anak dan tiada apa-apa keuzuran yang menyebabkan bapa menarik balik hibahnya seperti anak telah derhaka atau pemberian tersebut menyumbang kepada kemaksiatan yang dilakukan oleh anak, maka hukum bapa menarik balik hibahnya adalah makruh.28 Jumhur fuqaha mengharuskan penarikan balik hibah bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Umar:
Maksud: Tidak halal bagi seseorang yang memberi pemberian atau hibah menarik balik hibahnya kecuali hibah bapa kepada anaknya, dan diumpamakan orang yang menarik balik hibahnya seperti anjing yang makan apabila telah kenyang dia memuntahkannya kemudian dia kembali memakan muntahnya. (Al-Hakim 1990, 2:53)
Mazhab Hanafi, al-Thawuri dan satu riwayat lain daripada Imam Ahmad berbeza pendapat dengan jumhur fuqaha dengan tidak mengharuskan penarikan balik hibah bapa kepada anaknya.29 Mereka berhujah berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
25
Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. al-Umm. Mansurah Mesir: Dar al-Wafa’. J uz 8, hlm 260. Al-Zuhaily, Wahbah. 1997. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatih. Beirut: Dar al-Fikr. Juz 5. Hlm 4005. Al-Damiri 2004, hlm 556-557 27 Ibn Qudamah t.t hlm 252; Inas 1993, hlm 90-91 28 Inas 1993, hlm 92 26
29
Ibn Qudamah t.t. hlm 270. 741
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
(Riwayat al-Bukhari)
Terjemahan: Orang yang menarik balik hibahnya seperti anjing yang muntah kemudian memakan muntahnya kembali. Saidina ‘Umar pula telah berkata: “Sesiapa menghibahkan sesuatu dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim atau bertujuan untuk bersedekah maka tidak harus menarik balik hibahnya.”30
Jumhur fuqaha telah berselisih pendapat tentang siapakah selain bapa yang dikira hukumnya sebagai bapa yang diharuskan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak:
Pendapat pertama yang merupakan pendapat Mazhab Maliki berpendapat bahawa keharusan menarik balik hibah hanya diberikan kepada bapa sahaja31 sama ada anak tersebut lelaki ataupun perempuan, kanak-kanak atau dewasa, kaya atau miskin dengan syarat harta yang dihibah masih menjadi milik anak dan tidak terikat dengan hak orang lain.32 Namun ibu juga berhak menarik balik hibah daripada anaknya yang masih mempunyai bapa tidak kira anak tersebut masih kecil atau telah dewasa. Tetapi sekiranya anak tersebut masih kecil dan telah kematian bapa, ibu tidak diharuskan menarik balik hibah walaupun pemberian itu sebelum kematian bapanya kerana anak kecil yang kematian bapa dikira sebagai anak yatim yang dilarang menarik balik hibah daripadanya seperti hukum sedekah.33 Pendapat kedua pula merupakan pendapat Mazhab Syafi’i dan Hanbali yang berpendapat penarikan balik hibah diharuskan kepada bapa dan usulnya iaitu datuk dan nenek, begitu juga 30
Ibn Qudamah t.t. hlm 271 Al-Zuhayli 2007 hlm 154 32 Inas 1993, hlm 91. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 33 Hasan 2004, hlm 80. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 31
742
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
kepada ibu dan usulnya34 walaupun berlainan agama menurut pendapat yang masyhur. Keharusan tersebut tanpa melihat kepada kedudukan anak sama ada ia miskin atau kaya dan sama ada ia masih kecil ataupun telah dewasa dan juga sama ada sebelum atau selepas qabd 35. berdasarkan sabda Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Umar yang mengharuskan penarikan balik hibah daripada seorang bapa kepada anaknya.36 Keharusan datuk atau nenek menarik balik hibah yang telah diberikan kepada cucunya adalah dengan bersandarkan ayatayat Allah SWT yang menggunakan lafaz bapa untuk datuk seperti firman Allah SWT:
...
...
(Surah Yusuf, ayat 38)
Maksud: ... dan aku menurut agama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub ... Lafaz آبَائِيyang bermaksud bapa-bapaku telah digunakan untuk Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak yang merupakan datuk kepada Nabi Yusuf a.s. Oleh itu, kedudukan datuk dan nenek adalah sama dengan kedudukan bapa yang diberi keharusan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada cucunya sebagaimana keharusan yang diberikan kepada bapa dan ibu.37
Syarat-syarat yang mengharuskan penarikan balik hibah mengikut pendapat fuqaha:
i.
Harta yang dihibahkan masih menjadi milik anak yang menerima hibah. Sekiranya harta atau barang yang dihibah itu telah menjadi milik orang lain sama ada telah dijual, telah diwakafkan atau telah dihibahkan dan telah berlaku qabd maka bapa
34
Al-Syarbini, Mughni al-Muhtaj 401/2. Al-Muhazzab 447/1. Al-Damiri 2004, 154. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 35 Al-Sharbini t.t. hlm173 36 Al-Sharbini 1994, hlm 568 37 Hasan 2004, hlm 82. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 743
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
tidak harus menarik kembali hibahnya. Ia merupakan syarat yang ditetapkan oleh mazhab Maliki, Shafi’i dan Hanbali.38 ii.
Harta atau barang yang dihibahkan masih berada di dalam jagaan atau urusan anak yang menerima hibah. Sekiranya anak telah menggadaikan barang yang dihibahkan oleh bapanya atau pun dia telah muflis dan ditegah daripada menguruskan hartanya, maka bapa tidak boleh menarik balik hibah tersebut bagi menjaga kepentingan pemiutang atau orang yang memegang barang gadaian tersebut. Namun sekiranya barang yang dicagarkan tadi telah menjadi milik anak yang menerima hibah kerana telah diselesaikan hutangnya, maka bapa berhak menarik balik hibah tersebut. Ia merupakan pendapat mazhab Hanbali.39 Namun begitu, fuqaha mazhab Shafi’i tidak menjadikan gadaian dan pinjaman atas tanah yang dihibah sebagai halangan untuk bapa menarik balik hibahnya kerana barang yang dihibah masih di bawah penguasaan anak. Dikecualikan dalam masalah ini, sekiranya bapa telah gila, maka dia atau walinya tidak boleh menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak walaupun harta tersebut masih di bawah penguasaan anak kerana tidak sah penarikan balik ketika dalam keadaan gila sehinggalah dia telah sihat.40
iii.
Hibah yang diberikan bukan menjadi sebab orang menyukai anak yang menerima hibah atau mendapat kedudukan dalam masyarakat. Sebagai contoh, disebabkan pemberian hibah seorang bapa kepada anaknya masyarakat sekeliling ingin bermuamalah, berhutang atau memberi hutang atau berkahwin dengan anak yang menerima hibah tersebut. Dalam masalah ini, bapa tidak diharuskan menarik balik hibah menurut pendapat mazhab Maliki dan juga menurut satu riwayat daripada Imam Ahmad kerana hibah tersebut berkait dengan hak orang lain selain anak yang menerima hibah. Penarikan balik hibah tersebut akan mendatangkan kemudaratan ke atas orang lain dan ia dilarang dalam Islam41 sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
38
Al-Damiri 2004, hlm 558. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 39
Muhammad Husni 1994, hlm 113. Noor Lizza Binti Mohamed Said et.al. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010. 40 Al-Sharbini t.t., hlm173 41 Ibn Qudamah t.t. hlm 278; Muhammad Husni 1994, hlm 114 744
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
iv.
()رواه الحاكم
Terjemahan: “Tidak boleh mudarat dan memudaratkan.” (Al-Hakim 1990, 2:66)
Namun Imam Ahmad dalam riwayat lain berpendapat bahawa dalam situasi tersebut bapa diharuskan menarik balik hibahnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Maksud: Tidak halal bagi seseorang memberi sesuatu pemberian kemudian dia menarik balik pemberian tersebut kecuali apa yang diberi oleh bapa kepada anaknya. (Al-Qazwini t.th.: 2:295) iv. Tidak berlaku pertambahan yang tidak boleh diasingkan atau dipisahkan pada barang yang dihibah seperti lemak atau gemuk. Ia merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad yang tidak mengharuskan bapa menarik balik hibah daripada anaknya yang telah berlaku pertambahan yang tidak boleh diasingkan. Menurut mazhab Maliki pertambahan atau pengurangan yang berlaku ke atas barang yang dihibahkan kepada anak dihalang daripada ditarik balik oleh bapa.42 Namun terdapat riwayat lain daripada beliau dan juga pendapat mazhab Syafi’i yang mengharuskan bapa menarik balik hibah jika berlaku pertambahan yang tidak boleh diasingkan daripada barang yang dihibah. Begitu juga pertambahan yang boleh diasingkan atau dipisahkan daripada barang yang dihibah seperti buah-buahan dari kebun yang telah dihibah, bapa diharuskan menarik balik hibahnya menurut mazhab Syafi’i.43 42 43
Al-Zuhayli 1989, hlm 27 Al-Damiri 2004, hlm 561 745
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
v. Tidak bertujuan untuk mendapat balasan atau ganjaran di akhirat atau untuk mengeratkan hubungan silatur rahim dan kasih sayang antara mereka menurut pendapat mazhab Maliki. 6.0
ANALISIS DAN KESIMPULAN
Dari paparan ringkas di atas dapat disimpulkan bahwa Imam al-Syafi’i dalam kapasitinya sebagai seorang ulama ensiklopedis yang disegani, telah memberikan sumbangan pemikiran yang amat besar terhadap bidang muamalat. Utamanya dalam bab yang sedang diperbincangkan, iaitu pembatalan atau penarikan hibah secara khusus dan kajian fiqh muamalah secara umum. Sebagaimana terdapat dalam kitabnya al-Umm. Sumbangan pemikiran dan kontribusi Imam alSyafi’i ini sangat penting bagi perkembangan dan pertumbuhan muamalah Islam secara umum, utamanya jika dikaitkan dengan implementasinya di Malaysia. Perselisihan fuqaha berkaitan hukum penarikan balik hibah ini adalah berhubung kait dengan pendapat fuqaha serta hujah mereka berkaitan dengan keperluan qabd dalam akad hibah. Golongan yang berpendapat bahawa hibah tidak berkuat kuasa tanpa qabd, mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd. Sebaliknya golongan yang berpendapat bahawa qabd bukan syarat berkuat kuasanya hibah dan hibah berlaku hanya dengan akad, tidak mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd. Namun dalam masalah penarikan balik hibah selepas qabd jumhur fuqaha kecuali mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaidiyah berpendapat tidak harus menarik balik hibah setelah sempurna akad dan qabd. Mereka berpendapat, akad hibah sempurna dan berkuat kuasa dengan sempurnanya qabd oleh penerima hibah. Manakala mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaidiyyah mengharuskan penarikan balik hibah yang telah sempurna qabd daripada penerima hibah yang bukan tergolong daripada kaum kerabat yang tidak boleh dikahwini. Pemberi hibah lebih berhak ke atas harta yang dihibah namun hubungan kekeluargaan atas dasar pertalian darah dan kasih sayang perlu dipelihara agar ia tidak musnah dengan penarikan balik hibah. Oleh itu, golongan ini tidak mengharuskan penarikan balik hibah seorang bapa kepada anaknya bertentangan dengan pendapat jumhur fuqaha yang mengharuskannya. Mazhab Hanafi juga tidak mengharuskan penarikan balik hibah yang dibuat dengan syarat balasan. Keperluan qabd dalam hibah adalah bertujuan bagi memastikan kesungguhan pemberi hibah menghibahkan barang yang dihibah kepada penerima dan membuktikan kerelaan penerima hibah menerima hibah yang diberikan sama ada ia berbentuk harta alih atau pun harta tak alih. Ini kerana, penerima hibah
746
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mempunyai pilihan sama ada menerima atau menolak pemberian tersebut. Begitu juga dengan pemberi hibah, dia berhak menarik balik pemberiannya sekiranya dia berhajat kembali kepada barang yang dihibah selagi tidak diterima milik atau diqabd oleh penerima hibah. Antara bentuk qabd yang perlu dilaksanakan oleh penerima hibah adalah sama ada dengan mengambil terus barang yang dihibahkan, mengambil milik surat hak milik (geran tanah), menyelesaikan pertukaran hak milik, mengerjakan atau menduduki tanah ataupun rumah yang dihibah, mengambil kunci rumah ataupun menandatangani borang-borang berkaitan sebagai tanda penerimaan44. Hasil analisis pemikiran Imam al-Syafi’i jelas menunujukan bahawa kedudukan qabd dalam hibah adalah berhubung kait dengan hukum penarikan balik hibah. Hibah sempurna dan berkuat kuasa dengan sempurnanya qabd oleh penerima hibah. Akad yang telah sempurna tidak diharuskan untuk ditarik balik atau dibatalkan oleh pemberi hibah kecuali dalam masalah pemberian hibah seorang bapa kepada anaknya.
RUJUKAN ‘Abd al-Mu’ti, Faruq. 1992. ‘A’lam al-Fuqaha wa al-Muhaddithin al-Imam al-Syafi’i. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Abdul Karim, M.Ag. 2012. Pola Pemikiran Imam Syafi’i dalam Menetapkan Hukum Islam. Jurnal Adabiyyah Vol XIII (2) (2013). ‘Abd al-Rahman bin Abu Bakar al-Suyuti (t.t.), al-Radd ‘ala man Akhlada ila al-Ard wa jahila an al-Ijtihad.(t.t.p.):Maktabat al-Thaqafah al-Diniyyah. ‘Ali Haydar. tt. Durar Al-Hukkam Sharh Majallah Al-Ahkam. Beirut: Dar al-Kutub al‘Ilmiyyah.
44
Noor Lizza Binti Mohamed Said, Mohd Ridzuan Bin Awang & Amir Husin Bin Mohd Nor. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010.
747
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Al-Baihaqi. t.t. Manaqib al-Syafi’i. tahqiq Ahmad Saqar, al-Qahirah: Dar al-Turath. Al-Daqr, ‘Abd al-Ghani. 2005. Al-Imam al-Syafi’i Faqih al-Sunnah al-Akbar. Damsyiq: Dar alQalam.
Esler, Anthony. 1992. The Human Venture; A word History. Prentice Hall, New Jersey (Edisi ke 3). Al-Nawawi, Abi Zakariyya Mahy al-Din, al-Majmu‘ Sharh al-Muhadhdhab Jeddah: Maktabah al-Irsyad. Juz, 1. Al-Syafi’i, Muhammad Bin Idris. 2001. Al-Umm. Mansurah: Dar al-Wafa’. Juz. 5&8 Al-Syarbini, Syams al-Din Muhammad bin Muhammad. (2006), Mughni al-Muhtaj ‘ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj. J. 1. Kaherah : Al-Maktabah al-Tawfiqiyyah. Al-Asyqar, Muhammad Sulayman ‘Abd Allah. 1419H/1998M. Al-Mujalla. Damsyiq: Dar alQalam. Juz. 2. Al-Qaylubi, Shihab al-Din Ahmad bin Ahmad bin Salamah dan ‘Umayrah, Shihab al-Din Ahmad al-Barlisi, Hashiyatan Qalyubi wa ‘Umayrah. Dar al-Fikr. Al-Zuhaily, Wahbah. 1409H/1989M. Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i. Damsyiq: Dar al-Qalam. Juz. 3. Hasan Muhammad Buda. 2004. Mawani’ al-Ruju’ fi al-Hibah fi al-Fiqh al-Islamiy wa al-Qanun al-Wad’i. Iskandariyyah: Dar al-Jami’ah al-Jadidah li al-Nasyr.
Ibn Rusyd, Muhammad bin Ahmad. 1416H/1996M. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah alMuqtasid. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jld. 5.
748
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ibn Qudamah, Muwaffaq al-Din ‘Abd Allah bin Ahmad. t.th. al-Mughni. Beirut: Dar al-Kitab al‘Arabi. Juz. 6.
Noor Lizza Binti Mohamed Said, Mohd Ridzuan Bin Awang & Amir Husin Bin Mohd Nor. Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah. Jurnal Muamalat Bil. 3 • 2010.
749