Satu khidmat pendidikan yang dibawakan kepada anda oleh Kumpulan Kerja Risiko Penyakit Vascular NHG
Sebuah Buku Pendidikan untuk
Hidup dengan Hiperlipidaemia
Untuk maklumat lanjut, sila layari lelaman: www.nhg.com.sg
Menambahkan usia Sihat kepada penduduk Singapura Anggota-Anggota National Healthcare Group Hospital Alexandra • Hospital Universiti Nasional Hospital Tan Tock Seng • Institut Kesihatan Mental/Hospital Woodbridge Pusat Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins – NUH Pusat Kulit Nasional • Poliklinik Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional Institut Barah • Institut Mata • Institut Jantung • Maktab NHG • Diagnostik NHG Farmasi NHG • Perkhidmatan Internet NetCare
Kumpulan Kerja Risiko Penyakit Vascular NHG
6 Commonwealth Lane, Tingkat 6, GMTI Building, Singapura 149547 Tel: 6471 8900 Fax: 6471 2129
National Healthcare Group Adding years of healthy life
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
1
Pendahuluan Hiperlipidaemia (paras kandungan lemak yang tinggi dalam darah) adalah salah satu punca utama menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar di Singapura. Penyakit jantung merupakan penyakit kedua selepas barah yang menyebabkan paling banyak kematian di Singapura. Maka hiperlipidaemia adalah satu risiko yang perlu kita fahami dan berusaha untuk mengawalnya.
1
Pendahuluan
2
Apa itu lipid? Apa itu kolesterol? Kolesterol datang dari mana?
3
Risiko Kesihatan Dari Kolesterol
4
Jenis-Jenis Kolesterol
5
Paras Kolesterol Normal Apakah yang mempengaruhi paras kolesterol?
6
Bagaimana pemakanan anda mempengaruhi paras kolesterol?
7
Apa yang harus anda lakukan untuk mengawal paras kolesterol?
2
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
(sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin) tidak mengandungi kolesterol.
Apa itu lipid?
Bahagian-bahagian berisiko
Angin ahmar thrombotic (saluran darah yang tersumbat)
Kadar kolestrol yang tinggi meningkatkan risiko anda menghidapi angin ahmar
Lipid adalah unsur-unsur lemak di dalam tubuh kita yang memainkan peranan penting dalam semua sel hidup. Ia termasuklah kolesterol, triglycerides, phospholipids dan asid-asid lemak. Tetapi jika terlalu banyak kolesterol dan/atau triglycerides, kita menghadapi risiko terkena beberapa jenis penyakit. Paras triglycerides yang tinggi meningkatkan risiko kita mendapat penyakit jantung koronari. Ia juga berkaitan dengan kencing manis. Kolesterol juga memainkan peranan penting menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar. Oleh kerana kolesterol merupakan faktor utama, maka kita akan lihat apakah yang dimaksudkan dengan kolesterol dan bagaimana kita boleh mengawal paras kolesterol di dalam darah kita.
Risiko Kesihatan Dari Kolesterol Kandungan kolesterol yang terlalu tinggi di dalam tubuh menyebabkan lemak terkumpul pada dinding-dinding saluran darah (arterosklerotik plak). Ini menyebabkan saluran darah tersumbat, lantas kurang darah mengalir di dalam saluran-saluran darah kita. Bila keadaan ini berlaku di dalam arteri koronari yang membekalkan darah ke otot-otot jantung, kekurangan bekalan darah (termasuk juga oksigen dan lain-lain zat) menyebabkan otototot jantung rosak atau mati. Keadaan ini dipanggil sebagai penyakit koronari jantung. Dalam keadaan keterlaluan, ia akan menyebabkan serangan jantung. Jika keadaan ini berlaku pada otak maka orang berkenaan akan mengalami angin ahmar.
Apa itu kolesterol? Kolesterol ialah sejenis unsur semacam ‘lemak’ bersifat seperti lilin yang dihasilkan secara semulajadi oleh hati kita. Ia juga diserap dari makanan yang kita makan. Kita perlukan kolesterol untuk membina lapisan-lapisan sel, membuat Vitamin D dalam kulit serta beberapa jenis hormon seperti hormon seks lelaki dan wanita. Ia juga membentuk asid hempedu (bile) untuk membantu menghadamkan lemak di dalam makanan kita agar ia mudah diserap.
3
Risiko ini bertambah apabila lain-lain faktor risiko seperti merokok, darah tinggi, kencing manis, gemuk, gaya hidup kurang aktif dan keturunan, turut wujud pada diri orang tersebut.
Koronori arteri normal
Aterosklerosis
Angina
Serangan jantung
Kolesterol datang dari mana? Hati kita menghasilkan 80% kolesterol di dalam tubuh kita. Sebanyak 20% lagi datang dari makanan yang kita makan. Kolesterol terdapat di dalam makanan yang berasal dari haiwan (kuning telur, berbagai jenis daging, makanan laut dan produk-produk tenusu penuh lemak). Makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan
Lapisan yang dijangkiti
Simpanan lemak
Plak (plaque)
Formasi wabak-wabak ateroskleotik di-dinding-dinding saluran darah
Sumbat
4
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Jenis-Jenis Kolesterol Kolesterol tidak mudah larut di dalam air dan perlu dibawa dalam saluran darah oleh kompleks lipid-protein yang dipanggil sebagai lipoprotein. Lipoprotein terdiri dari berbagai saiz dan kepadatan. Dua daripadanya – lipoprotein kurang padat (LDL) dan lipoprotein kepadatan tinggi (HDL), memainkan peranan utama dalam menjadikan penyakit jantung koronari.
Makanan-makanan yang mengandungi kolestrol
5
Paras Kolesterol Normal Kolestrol Jumlah kolesterol
HDL
Diingini
Pinggiran
< 5.2 mmol/dl
5.2 – < 6.2 mmol/dl
≥ 6.2 mmol/dL
(< 200 mg/dl)
(200 – 240 mg/dl)
(≥240 mg/dl)
≥ 0.9 mmol/dl
—
(≥ 35 mg/dl) LDL
< 3.4 mmol/dl (< 130 mg/dl)
LDL membawa kolesterol dari hati ke pelbagai bahagian tubuh di mana ia diperlukan. Sebab LDL berkecenderungan menyebabkan kolesterol melekat pada dinding-dinding saluran darah hingga menyebabkan berlakunya plak ateroskleosis, lantas LDL dikenali sebagai ‘kolesterol tidak baik’. Oleh itu jika kita dapat mengurangkan paras kolesterol LDL maka kita boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
Risiko Tinggi
< 0.9 mmol/dl (< 35 mg/dl)
—
≥ 3.4 mmol/dl (≥ 130 mg/dl)
Apakah yang mempengaruhi paras kolesterol? • Gangguan metabolik keturunan • Banyak makan makanan berkoleterol dan berlemak • Beberapa jenis penyakit • Terlalu gemuk • Kurang kegiatan fizikal, gaya hidup tidak aktif
HDL membawa kolesterol berlebihan dari berbagai bahagian tubuh ke hati lantas dikenali sebagai ‘kolesterol baik’. Paras HDL yang tinggi boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung atau angin ahmar.
Berhenti Merokok! kurangkan berat badan yang berlebihan
6
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Bagaimana pemakanan anda mempengaruhi paras kolesterol?
7
Apa yang harus anda lakukan untuk mengawal paras kolesterol?
Ada 3 aspek pemakanan anda yang boleh mempengaruhi paras kolesterol. Jumlah dan jenis lemak di dalam pemakanan anda Lemak tepu (saturated fat) meningkatkan paras kolesterol sementara lemak monotak tepu (monounsaturated) dan politaktepu (polyunsaturated) mengurangkan paras kolesterol. Jumlah kolesterol di dalam pemakanan anda Makanan yang tinggi kandungan kolesterolnya juga boleh mempengaruhi paras kolesterol di dalam darah anda jika anda makan terlalu banyak makanan jenis ini. Jumlah serat dalam pemakanan anda Serat yang mudah larut mengurangkan paras kolesterol anda. Ingat untuk membuang kulit sebelum makan
Ubah pemakanan anda Kurangkan makan makanan berlemak • Secara umumnya kurangkan jumlah lemak di dalam pemakanan anda • Kurangkan makan lemak tepu. Lemak jenis ini kebanyakannya terdapat di dalam produk haiwan seperti lemak daging, kulit ayam atau itik, susu penuh krim dan produk susu, mentega dan minyak sapi, dan di dalam produk tumbuh-tumbuhan seperti santan, minyak kelapa, minyak sawit dan beberapa jenis krimer bukan tenusu. • Baca label makanan untuk mengesan lemak tepu di dalam ramuannya • Buang kulit ayam atau itik, makan ikan, daging yang sudah dibuang lemaknya dan produk tenusu rendah lemak • Gunakan minyak jenis monotaktepu seperti minyak zaiton, minyak canola, minyak kacang atau minyak jenis politaktepu seperti minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kacang soya untuk memasak
Apa yang anda makan akan menjejas kadar kolestrol
Pilih minyak jenis monotaktepu atau politaktepu
8
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Jaga bilangan telur yang dimakan
Kurangkan makanan berkolesterol tinggi • Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang terdapat di dalam makanan yang dibuat dari haiwan • Elakkan makan daging-daging organ (hati, ginjal, otak, usus, jantung dan sebagainya) atau makan dalam jumlah yang kecil kerana makanan begini tinggi kandungan kolesterolnya • Gantikan daging dengan tauhu, kacang peas dan kekacang, beberapa hari dalam seminggu • Kurangkan pengambilan makanan laut seperti sotong • Hadkan pengambilan kuning telur kepada 3 – 5 biji seminggu jika paras kolesterol anda biasa. Jika parasnya tinggi, anda tidak harus makan lebih dari 3 biji kuning telur seminggu Makan Lebih Banyak Serat • Lebihkan makanan seperti buah-buahan, kekacang, bijirin dan “legumes” • Makanan yang mengandungi serat yang mudah larut seperti oat, barli, kekacang dan peas baik untuk mengurangkan kolesterol
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
9
Tanya pakar pemakanan anda jika anda perlu membuat perancangan pemakanan yang lebih teliti.
Minyak/Lemak/Gula/Garam
Kurangkan makan Daging dan alternatifnya
Lebihkan makan
Buah-buahan
sayur-sayuran
Nasi dan alternatifnya
Makan lebih banyak serat
Pemakanan seimbang – Cara Piramida
Gambar ihsan Bayer
10
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Bersenamlah Secara Kerap • Senaman dapat meningkatkan kolesterol HDL yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari anda • Tingkatkan paras kegiatan anda dengan memasukkan senaman dalam aktiviti harian anda seberapa yang boleh • Mulakan program senaman aerobik
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
11
Jika Perlu Makan Ubat Jika paras kolesterol dalam darah anda tinggi dan mengubah pemakanan tidak juga boleh mengurangkan parasnya, doktor mungkin akan memutuskan untuk memulakan anda makan ubat yang boleh mengurangkan lipid. Ubat ini terbahagi kepada 4 kumpulan utama: • “Statin” seperti simvastatin dan lovastatin yang bertindak ke atas enzim untuk menghentikan hati menghasilkan kolesterol • Sequestrant asid hempedu seperti cholestyramine yang membalut asid hempedu di dalam usus • “Fibrates” seperti gemfibrozil yang mendorong pemecahan lipoprotein • Niacin seperti nicotinic yang mengurangkan pembentukan kolesterol LDL di dalam hati Ubat-ubat ini sesuai untuk berlahan orang dan mempunyai perbagai kesan sampingan. Doktor anda akan memberi anda ubat yang sesuai dengan keperluan anda.
12
Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Hiperlipidaemia
Untuk maklumat lanjut Harap hubungi:
Nama Doktor
Tel
Nama Jururawat
Tel
Paras lipid yang tinggi di dalam darah boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit jantung. Jika anda berusia 40 tahun dan ke atas serta mempunyai keturunan yang mengalami paras lipid tinggi, jumpalah doktor hari ini untuk mendapatkan ujian darah. Jika anda memang tahu bahawa paras lipid anda tinggi, pastikan anda buat pertemuan susulan dengan doktor dan ikutlah nasihatnya tentang perubahan pemakanan dan ubat-ubatan jika perlu.
Nama Pengurus Kes/Penjagaan
Tel
NOTA Buku ini diterbitkan untuk tujuan pendidikan sahaja. Oleh sebab keadaan kesihatan setiap orang adalah unik, anda tidak harus menjadikan maklumat yang terkandung dalam buku ini sebagai ganti kepada pemeriksaan kesihatan, diagnosis atau rawatan peribadi anda. Sekiranya anda prihatin terhadap kesihatan anda, harap hubungi doktor keluarga atau profesional perkhidmatan kesihatan dengan segera. Sikap teliti dan berhati-hati telah diamalkan dalam penerbitan buku ini. NHG, agensi-agensi, editor dan semua pekerja tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kesilapan yang wujud.