Giro Takaful Pelindung Pelan perlindungan kemalangan KOMPREHENSIF yang MEMENUHI KEPERLUAN anda
1300-88-1900
www.mybsn.com.my
BSNMalaysia
Pastikan Anda DILINDUNGI SETIAP MASA Kita seringkali mengambil mudah dalam perkaraperkara yang remeh dalam kehidupan. Apa yang kelihatan remeh sekarang boleh bertukar menjadi sesuatu yang besar dan serius jika kita tidak cukup bersedia. Malahan, orang yang tersayang juga akan terlibat sama. Dalam kehidupan harian kita, kemalangan paling biasa berlaku di luar jangkaan. Sebab itulah penting bagi diri kita dilindungi pada setiap masa walaupun untuk keperluan yang paling asas dalam kehidupan kita.
Dapatkan yang terbaik dari yang terbaik Pelan Giro Takaful Pelindung kami mempunyai perlindungan yang terbaik untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada sebarang malapetaka. Pelan ini menawarkan lebih daripada perlindungan asas seperti kehilangan nyawa dan hilang upaya akibat kemalangan. Ia juga menyediakan perlindungan komprehensif di seluruh dunia dan perlindungan untuk peristiwa-peristiwa bukan kemalangan. Tambahan pula, anda boleh memilih pelan perlindungan yang paling sesuai mengikut keperluan anda dan keluarga anda dalam satu pelan. Giro Takaful Pelindung. Pelan yang perlu dimiliki setiap keluarga. Bagaimana Giro Takaful Pelindung membantu anda Perlindungan Asas Kematian dan Hilang Perlindungan 24 jam seluruh dunia untuk Upaya Kekal anda dan/atau pasangan anda dan/atau anak-anak anda. Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran balik bil perubatan anda akibat kemalangan, tertakluk kepada amaun maksimum pelan yang anda pilih.
Elaun Khairat Kematian
Pembayaran sekali sahaja sebanyak RM2,000 apabila berlakunya kehilangan nyawa akibat kemalangan untuk membantu keluarga anda menguruskan perbelanjaan pengkebumian.
Perbelanjaan Penghantaran Jenazah
Pembayaran balik kos yang perlu ditanggung sehingga RM5,000 untuk membawa balik jenazah orang yang dilindungi kembali ke Malaysia jika kehilangan nyawa akibat kemalangan berlaku di luar negara.
Perlindungan Tambahan Perlindungan Peristiwa Bukan Kemalangan
• Perbelanjaan perubatan untuk setiap ahli keluarga jika berlakunya kes denggi atau malaria; • Pembunuhan dan serangan tanpa provokasi; • Keracunan makanan dan minuman; • Bencana semula jadi seperti tsunami, gempa bumi, ribut angin, banjir atau tanah runtuh; • Lemas akibat asap/gas beracun;
Pilih pakej Giro Takaful Pelindung yang terbaik untuk anda dengan mudah Pilih pelan mengikut keperluan dan kemampuan anda dari serendah 70 sen sehari dan yakinlah bahawa anda dan keluarga anda dilindungi dengan baik. Jumlah Perlindungan (RM) Kematian Perbelanjaan dan Hilang Elaun Perbelanjaan Khairat Penghantaran Pakej Upaya Kekal Perubatan Akibat Kematian Jenazah Kemalangan A
35,000
350
B
60,000
600
C
100,000
1,000
2,000
5,000
Sumbangan Bulanan (RM) Sendiri dan Sendiri dan Sendiri dan Pasangan Anak(-anak) Keluarga
Pakej
Sendiri
A
9.90
14.90
17.90
20.90
B
14.90
21.90
26.90
30.90
C
19.90
29.90
35.90
41.90
Nota-nota: 1. Manfaat-manfaat untuk anak: a. Manfaat Kematian dan Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan adalah 20% daripada jumlah perlindungan dewasa dan 100% bagi manfaat lain. b. Tiada had bilangan anak. 2. Manfaat untuk pasangan adalah 100% daripada amaun anda.
Apakah Giro Takaful Pelindung? Giro Takaful Pelindung merupakan pelan kemalangan diri yang boleh diperbaharui setiap tahun dengan sumbangan secara bulanan yang memberikan perlindungan takaful yang komprehensif terhadap kehilangan nyawa atau kecederaan tubuh badan akibat kemalangan. Siapakah yang boleh menyertai Giro Takaful Pelindung? Pelan ini boleh disertai oleh individu berikut: Diri sendiri atau pasangan
Berumur di antara 19 dan 65 tahun dengan Kelas Pekerjaan1 1 dan 2 dan akan diperbaharui secara automatik sehingga umur tamat tempoh maksimum 70 tahun.
Anak(-anak)
Berumur di antara 12 bulan dan 18 tahun.
Kelas Pekerjaan Kelas 1:
1
Kelas 2:
Semua kerjaya, pekerjaan dan kegiatan yang melibatkan kerja-kerja pentadbiran di dalam pejabat sahaja atau tempat-tempat yang tidak merbahaya yang serupa. Semua kerjaya, pekerjaan dan kegiatan yang melibatkan kerja-kerja yang bersifat penyeliaan atau perjalanan tetapi tidak terlibat dalam kerja manual.
Kelas Yang Ditolak: Selain dari yang di atas.
Apakah caj-caj yang dikenakan dalam Giro Takaful Pelindung? Giro Takaful Pelindung adalah berlandaskan model Wakalah Bil Ajr di mana kami meletakkan sumbangan anda ke dalam Dana Tabarru’ selepas kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan yang kami sediakan. Butiran caj wakalah dan caj-caj lain disenaraikan dalam jadual di bawah: Jenis caj
Butiran caj
Caj wakalah pendahuluan
Caj ini digunakan untuk membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta untuk menguruskan dan melabur Dana Tabarru’. Caj tersebut adalah 50% daripada sumbangan anda.
Duti Setem
Terdapat caj Duti Setem sekali bayar sebanyak RM10.
Tabarru’
Kami menolak suatu amaun berdasarkan pekerjaan dan pelan yang anda pilih sepanjang tempoh perlindungan dan akan ditempatkan ke dalam Dana Tabarru’. Perlindungan takaful adalah daripada Dana Tabarru’.
Adakah saya akan menerima sebarang lebihan dari pelan ini? Anda layak untuk menerima sekurang-kurangnya 50% lebihan yang boleh diberikan (jika ada) daripada Dana Tabarru’ pada setiap tahun dengan syarat anda tidak pernah membuat tuntutan di bawah Giro Takaful Pelindung bagi tahun sijil berkenaan. Bakinya, sehingga 50% akan diberikan kepada kami sebagai insentif menguruskan Dana Tabarru’. Bahagian anda dalam lebihan yang boleh diberikan akan dibayar kepada anda. Walau bagaimanapun, jika amaun tersebut adalah kurang daripada RM10, ianya akan didermakan secara automatik kepada organisasi-organisasi kebajikan seperti yang dinasihatkan oleh Jawatankuasa Syariah kami.
Nota-Nota Penting • Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). Sila rujuk Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini. Terma-terma dan syarat-syarat lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel terma-terma dan syarat-syarat jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai pelan tersebut. • Dalam risalah ini, umur merujuk kepada umur pada tarikh lahir akan datang, melainkan dinyatakan sebaliknya. • Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan bahawa anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya. • Giro Takaful Pelindung tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru’ pada tamat tempoh atau kematangan sijil. • Anda mesti memaklumkan PruBSN sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pekerjaan anda kerana ia mungkin memberi kesan kepada sumbangan, terma, syarat-syarat dan manfaat. • Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan bertulis kepada kami dalam tempoh 15 hari daripada penghantaran do kumen sijil, yang m a na k a mi a k a n me mula ngk a n semua sumbangan yang telah kami terima daripada anda. • Wakalah Bil Ajr adalah persetujuan di mana kami dilantik untuk menguruskan perkhidmatan keseluruhan yang disediakan di bawah sijil. • Tabarru’ adalah persetujuan di mana sebahagian daripada sumbangan anda didermakan ke dalam dana untuk membantu mana-mana peserta yang memerlukan menerusi manfaat kepada mereka yang layak. • Amaun sebenar lebihan yang boleh diberikan (jika ada) akan ditentukan setiap tahun dan tertakluk kepada kelulusan daripada kedua-dua Jawatan kuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.
Pengecualian Giro Takaful Pelindung tidak melindungi kehilangan nyawa dan hilang upaya kekal yang disebabkan oleh kejadian-kejadian berikut: • Perang dan risiko berkaitan dengannya; • Nuklear dan bahan berkaitan dengannya; • Sukan yang berbahaya; • Bunuh diri, kecederaan yang disengajakan dan gangguan mental; • Kelahiran anak, keguguran, kehamilan atau sebarang komplikasi berkaitan yang lain; • AIDS, kerumitan yang berhubung dengan AIDS atau penyakit yang dijangkiti melalui hubungan kelamin; • Penerbangan kecuali sebagai penumpang berbayar di dalam penerbangan komersial; • Terorisme; • Pembunuhan atau serangan yang diprovokasi; • Semasa melakukan atau cubaan melakukan sebarang perbuatan yang di luar batas undang-undang termasuk menentang daripada ditahan; dan • Semasa memandu atau menunggang kenderaan bermotor jika tahap alkohol di dalam darah melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua pengecualian dan had di atas adalah tidak terhad dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.
Ketahuilah bagaimana untuk melindungi diri dan keluarga anda melalui satu pelan yang menyeluruh dan sesuai dengan menghubungi mana-mana wakil kami atau kunjungi cawangan BSN yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan dapatkan perlindungan yang sesuai untuk diri anda hari ini.
Lampiran Panduan umum untuk membuat penyerahan tuntutan • Sila sertakan Borang Tuntutan PruBSN bagi setiap penyerahan dan nyatakan jenis tuntutan hendak dibuat. • Sila jawab semua soalan-soalan sepenuhnya dan mengisi sendiri butiran yang tepat di dalam Borang Tuntutan melainkan bagi situasi tertentu. • Sila pastikan tandatangan di dalam Borang Tuntutan dan/atau bagi sebarang pengisytiharan dan kebenaran adalah jelas dan sama seperti yang terdapat di dalam borang cadangan. • Sila serahkan resit-resit asal melainkan anda telah menyertakannya kepada syarikat insurans/pengendali takaful lain bagi tuntutan yang sama, di mana salinan resit dan surat penyelesaian tersebut diperlukan. • Sila serahkan resit individu bagi setiap rundingan/rawatan. • Sila serahkan bukti kecederaan bagi kecederaan yang teruk(seperti filem & laporan X-ray, gambar dan sijil sakit). • Tidak menggunakan borang tuntutan syarikat insurans/ pengendali takaful lain. • Tidak menconteng atau menggunakan tulisan bersambung yang sukar untuk dibaca. • Tidak meniru tandatangan peserta atau orang yang dilindungi.
Giro Takaful Pelindung adalah produk yang berasaskan Syariah. Pelan ini ditaja jamin oleh:
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia. Untuk keterangan lanjut/pertanyaan, sila hubungi: Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H) Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: (03) 2053 7188 Faks: (03) 2072 6188 E-mel:
[email protected] www.prubsn.com.my
Bank Simpanan Nasional Wisma BSN, 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 1 300 88 1900 www.mybsn.com.my
Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.
Semua maklumat adalah betul semasa percetakan. Dicetak 1 April 2016.