INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
1060
FENOMENA DAN KESAN ALIRAN PEMIKIRAN PADA SYARIAT ISLAM ZAIDUL AMIN SUFFIAN BIN AHMAD Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected] DR. MUHAMMAD YOSEF NITEH Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
[email protected]
ABSTRAK Kajian ini adalah untuk memberi gambaran fenomena dan kesan aliran pemikiran masa kini yang menjadi amalan masyarakat Islam. Ini tidak terhad kepada bilangan besar fenomena ini, tetapi untuk berdiri di atasnya dan mengetahui pandangan hukum Islam berkaitannya. Jauh dari statistik dan nombor, ideologi-ideologi ini mempunyai aspek dan konotasi untuk menilai bahawa tingkah laku dan pemikiran ini bukan salah satu daripada ciri-ciri undang-undang Islam, tetapi ia adalah pemikiran luar yang memasuki negara Islam dan memberi kesan kepada umat Islam sehingga membawa kepada ketidakseimbangan moral dan mempengaruhi pemahaman yang betul berkenaan undang-undang Islam. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan dua pendekatan, iaitu induktif dengan mengambil pandangan para ulama sarjana dan sastera yang berkaitan dengan subjek ini dengan merujuk kepada bukti dari al-Quran dan Sunnah, dan pendekatan analisis dari segi merujuk kepada bahasa dan makna dengan menganalisis pandangan cendekiawan dan ulama.
Kata kunci: Fenomena, kesan, aliran pemikiran, syariat Islam.
1. Pengenalan Perbezaan antara tamadun Islam dan tamadun lain ialah, tamadun Islam bertujuan untuk membina peribadi individu secara menyeluruh, kemudian berpindah kepada pembinaan fizikal. Tamadun Islam adalah tamadun yang diasaskan dari segi emosi, nilai dan etika, termasuk keindahan dan ketinggian peribadi. Adapun tamadun lain menumpukan kepada pembinaan material dan kemewahan kehidupan dengan mengabaikan pembinaan peribadi, emosi, dan juga gagal sepenuhnya untuk memenuhi peranan seperti keunikan Islam iaitu agama naluri.
Tamadun asing ini diasaskan dari budaya yang samar-samar dan tidak mempunyai asas yang kukuh. Ianya dapat dilihat dari tatacara pakaian, tingkah laku dan cara berbicara mereka yang tiada aturan dan sempadan
766
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
s.a.w., yang dihidupkan oleh orang-orang Arab, melalui pendidikan iman yang menjadi asas kepada perubahan dan perbezaan tamadun. Kajian ini akan memberi gambaran fenomena dan kesan aliran pemikiran masa kini yang menjadi amalan masyarakat Islam. Ini tidak terhad kepada bilangan besar fenomena ini, tetapi untuk berdiri di atasnya dan mengetahui pandangan hukum Islam berkaitannya. Jauh dari statistik dan nombor, ideologi-ideologi ini mempunyai aspek dan konotasi untuk menilai bahawa tingkah laku dan pemikiran ini bukan salah satu daripada ciri-ciri undang-undang Islam, tetapi ia adalah pemikiran luar yang memasuki negara Islam dan memberi kesan kepada umat Islam sehingga membawa kepada ketidakseimbangan moral dan mempengaruhi pemahaman yang betul berkenaan undang-undang Islam.
Sebagai contoh, peragaan pakaian separuh terdedah mengikut jenama Yahudi dan Barat, bermegah-megah di hadapan antara satu sama lain, pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan, menggemari hidangan atau makanan segera, membawa generasi ini jauh daripada adat dan tradisi yang diketahui dari ajaran Islam. Ikutan ini mempengaruhi anakanak muda ke arah negatif dengan menjauhkan mereka daripada adab dan akhlak mulia. Ia juga menjauhkan mereka dari seruan kehidupan yang lebih baik, bermakna dan bahagia di dunia dan akhirat.
Pengaruh budaya Barat yang disebarkan melalui media massa, berterusan menjejaskan corak pemikiran masyarakat Islam. Samada secara sedar atau tidak, umat Islam telah mula diheret untuk mengikuti budaya ini sehingga akhirnya meninggalkan etika, akhlak dan ajaran Islam. Kesannya boleh dilihat pada masa kini ketika berleluasanya zina, arak, riba dan judi di negara-negara umat Islam, sedangnya semuanya bukan dari ajaran agama Islam. Allah s.w.t. hanya memerintahkan hambaNya untuk mencari kehidupan yang mendapat keredhaanNya dan seterusnya memperoleh ganjaran syurga dan dijauhkan dari azab api neraka.
2. Fenomena Berkaitan Akidah dan Syariat Islam
Usaha melemahkan umat Islam dari sudut akidah dan pegangan ini dapat dilihat dari katakata menteri luar Britain, Lord Curzon: “Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati 767
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (iaitu) Islam dan Khilafah”.(Darren Dahl: 1957).
Tidak syak lagi bahawa kekuatan umat Islam
adalah bergantung pada keutuhan akidah, dari sudut ketaatan dan kepatuhan pada perintah dan larangan Allah s.w.t. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayat ke55 bermaksud: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orangorang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)”. Begitu juga firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Taubah ayat ke 71 bermaksud: “Dan orangorang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ali Imran ayat ke-28 bermaksud: “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali”.
Wujudnya perbezaan antara tingkah laku dan sikap dalam individu Muslim atau keluarga adalah akibat daripada kelemahan iman dan sisihan dari persepsi akidah yang sebenar. Mereka percaya bahawa iman adalah keyakinan dalam hati tanpa membabitkan tingkah laku dan sikap yang ditonjolkan. Hasilnya, sangat biasa dilihat bahawa individu itu walaupun sentiasa berdoa, berpuasa dan telah selesai melakukan ibadat haji, namun pada masa yang sama tidak peduli untuk melangsaikan hutangnya kepada rakan-rakannya. Ada juga yang berani bersumpah bohong dan menipu dalam urusan jual beli, memakan riba dan selepas semua itu apabila tiba waktu solat mereka akan solat dan kadangkala menyampaikan ceramah agama. Malangnya, pada masa yang sama mereka tidak jujur mengamalkan ajaran Islam. Sikap ini, kita dapati ia seolah-olah mempersendakan agama Islam. Para ulama dan ahli 768
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
perundangan Islam bersetuju sesiapa yang mempersendakan atau mengejek agama, dia adalah seorang yang murtad dan keluar dari Islam. Tersebarnya amalan bid’ah, khurafat dan sihir di kalangan umat Islam telah menjadikan mereka jauh dari akidah yang sebenar. Amalan meminta pertolongan dari ahli sihir dan kubur-kubur masih membelenggu umat Islam.
Mereka lupa bahawa perkara ini boleh
membawa kepada mensyirikkan Allah s.w.t. dan mengeluarkan mereka dari landasan kebenaran. Apabila diingatkan mereka akan perkara ini, mereka akan menjawab dengan alasan darurat atau ramai orang Islam yang melakukannya. Seorang mubaligh William Gifford Palgrave mengatakan, “Apabila al-Quran dan kota Makkah telah ditinggalkan dari negera-negera Arab, ketika itulah kita akan dapat melihat bangsa Arab masuk ke dalam peradaban Barat dan menjauhkan diri dari Muhammad dan kitabnya”.(Baker Carl: 1948). Berkata editor akhbar Keizel Uzbekistan pada tahun 1952, "Adalah
mustahil
untuk
menyebarkan
komunis
sebelum
menghancurkan
Islam
keseluruhannya”(Jalal Alam: 2009).
Seorang pemimpin yang telah dipengaruhi ideologi sekular atau liberal tidak akan mendapati sesuatu yang boleh membuatnya kembali mengikuti ajaran agama dalam apa jua keadaan. Samada kerana kejahilan dalam agama, atau persengketaan yang wujud antara pandangan agama dan golongan intelektual sekular yang mengatakan, kebahagiaan yang sebenar akan dikecapi oleh bangsa itu apabila meninggalkan agama secara total dan melaksanakan undangundang mereka sendiri, jauh dari pengaruh agama. Seorang mubaligh, Takaly mengatakan, “Kita harus menggunakan al-Quran. Sebab, al-Quran adalah sebuah sejata yang paling ampuh yang ada di dalam Islam untuk melawan Islam itu sendiri, sehingga kita benar-benar mampu menghancurkan Islam. Kita harus menjelaskan kepada kaum Muslim bahawa sesungguhnya kebenaran yang ada di dalam al-Quran bukan perkara baru, sementara, perkara baru yang ada di dalam al-Quran sesungguhnya bukan perkara yang benar”.(Younus Stefer: 2000). Berkata seorang ahli pemikir Barat: “ Sesiapa yang mengikuti syariat Islam, mereka ini golongan yang berfikiran ke belakang dan jumud. Manakala sesiapa yang menjauhi syariat 769
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Islam, mereka adalah golongan yang berfikiran moden dan kehadapan, begitu juga negara.(Victor Marsden: 2012)
Fenomena inilah yang sedang berlaku di kalangan negara umat Islam kerana mereka lupa firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Maidah ayt ke-3: “Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
Bagi menjelaskan kepada mereka yang telah menutup pandangan mereka terhadap perlaksanaan hukum syariat Islam, hukuman bunuh balas bagi pembunuh adalah untuk menjamin keselamatan nyawa, begitu juga memotong tangan pencuri adalah supaya harta benda dan pemiliknya terpelihara keamanannya. Manakala pengharaman riba dan rasuah pula adalah kebanggaan Islam. Ketika mana Islam mengharamkan arak, ia adalah bagi memelihara kewarasan akal dan minda manusia. Rejam bagi penzina yang muhsan pula adalah bagi membendung gejala ini, di samping memelihara keturunan dan menjauhkan diri dari penyakit berbahaya agar kesihatan terjamin. Ini adalah pendekatan syariat Islam yang mementingkan kebaikan dan kesejahteraan semua manusia, malangnya undang-undang Islam ini ditolak.
Hakikatnya pada hari ini, manusia perlu menghadapi perkara sebaliknya. Amalan zina yang berleluasa, riba yang menguasai ekonomi negara sehingga bank-bank Islam juga tidak terlepas, arak dijual dan mudah didapati dikebanyakan kedai dan pasaraya, kes kecurian yang sering berlaku tanpa mengira waktu, begitu juga khidmat pelacuran secara terang-terangan siang dan malam.
Semua jenayah ini kerap berlaku kerana kekurangan sekatan yang sesuai bagi menghalang sesiapa sahaja daripada melakukan jenayah ini. Tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis 770
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
apa-apa keterangan atau teks yang menyokong dan membuktikan perbezaan di antara agama dan politik atau tadbir urus, begitu juga tidak terdapat penyataan atau pendapat daripada ulama-ulama mujtahid dan ahli tafsir. Adalah tidak syar’ie apabila pemerintah tidak menggunakan manhaj agama Islam dalam urusan hariannya, kerana tidak didapati salah seorang daripada khalifah-khalifah al-Rasyidin yang memerintah, bersumberkan hukum selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. Bahkan mereka menganggap peraturan yang bertentangan dengan apa yang diturunkan oleh Allah, adalah hukum Jahiliah. Manhaj ini diteruskan oleh generasi Tabi’ dan Tabi’in sehingga kejatuhan daulah Islam akibat dijajah oleh tentera salib Barat kemudian dipecahkan menjadi negara-negara Islam yang kecil. (Ali Abdul Halim 2005).
Pesuruhjaya Perancis di Algeria pernah membuat kenyataan sempena 100 tahun jajahan mereka: “Al-Quran wajib dipisahkan dari orang Arab, begitu juga bercakap dengan bahasa Arab, barulah kita dapat menguasai mereka”. (Jalal Alam: 2009)
Perkara yang sama turut dikempen dan ditekankan oleh Barat, sesungguhnya dengan perlaksanaan syariat Islam ia membawa kepada kemunduran dan kejumudan, bertentangan dengan konsep kemajuan dan kemodenan Barat. Maka lahirlah golongan-golongan yang mengikut jejak langkah Barat ini dan dilabel sebagai golongan pembaharuan. Sedangkan bagi golongan yang tidak mengikuti Barat ini dilabel sebagai penentang pembaharuan. (Bustanuddin Agus: 2011).
3.
Fenomena Berkaitan Kerosakan Akhlak dan Tingkah Laku
Telah berkata Samuel Zwimmer, ketua organisasi mubaligh dalam sebuah muktamar mubaligh di al-Qusd pada tahun 1935 M, mengatakan “Tugas mubaligh yang ditekankan kepada kalian oleh negara-negara Kristian adalah untuk dijalankan di negara-negara Muhammad (Islam) bukan memasukkan kaum Muslim ke dalam agama Kristian. Kerana, itu memberikan petunjuk dan penghormatan kepada mereka. Akan tetapi, tugas kalian adalah mengeluarkan kaum Muslim dari Islamnya, sehingga ia tidak memiliki hubungan lagi dengan Allah. Dengan demikian, mereka tidak akan ada lagi hubungan dengan akhlak yang menjadi tonggak berdirinya umat dalam kehidupannya. Oleh itu, dengan gerakan ini, kalian akan menjadi kunci terbukanya penjajahan di kerajaan-kerajaan Islam. Sebab, kalian telah 771
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mempersiapkan semua fikiran mereka untuk mengikuti serta berjalan di jalan yang kalian tempuh; iaitu agar tidak kenal lagi hubungannya dengan Allah dan tidak memiliki keinginan lagi untuk mengenalinya. Dengan demikian, kalian telah mengeluarkan kaum Muslim dari Islam, akan tetapi kalian tidak memasukkannya ke dalam agama Kristian. Dan pada saat itulah, lahir generasi Islam yang sesuai dengan apa yang diinginkan oleh kaum penjajah; tidak pernah memperhatikan hal-hal yang besar, gemar bersenang-senang, bermalas-malasan dan selalu ingin menuruti syahwatnya dengan berbagai cara, sehingga syahwat itulah yang menjadi tujuan dalam kehidupannya. Jadi, jika mereka belajar, tak lain adalah kerana syahwat, jika mereka mengumpulkan harta juga kerana syahwat dan jika menempati posisi yang tinggi lagi-lagi dalam jalan syahwat, mereka menjadi orang-orang yang setia untuk mengorbankan segalanya demi tercapainya syahwat. Wahai para mubaligh, tugas kalian akan benar-benar sampurna jika kalian mampu melaksanakan semua ini”. (Abdullah Altul: 2008)
Aliran pemikiran Barat telah berusaha menghancurkan perkara yang paling berharga dan dipelihara oleh Islam iaitu nilai dan akhlak. Kita juga mengetahui bahawa Islam telah membezakan tingkah laku antara manusia dengan haiwan.
Ini dibuktikan dari sejarah
lampau, umat Islam telah menjadi contoh dari sudut akhlak yang mulia dan etika yang sangat tinggi.
Pemikiran Barat ini mempengaruhi corak
pemikiran umat Islam dengan cara
merosakkan fitrah manusia iaitu mengutamakan perintah Allah s.w.t., digantikan dengan keutamaan memenuhi tuntutan hawa nafsu. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A’raf ayat ke 179 bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”.
Serangan ke atas negara umat Islam ini berlaku tanpa disedari dan berleluasa. Ini dapat dibuktikan dengan munculnya kedai arak bertaburan di mana-mana dan boleh dibeli pada bila-bila masa.
Merebaknya zina dan maksiat, yang membawa kepada kemunculan
sebilangan besar anak-anak luar nikah, terutamanya isu bayi dibunuh secara zalim dan kemudian dibuang di tepian jalan, sungai dan tong-tong sampah. Tiada perbezaan antara apa yang kita dapati sekarang dan tersebar luas di kalangan umat Islam dengan tingkah laku pada 772
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
masa jahiliyah sebelum Islam. Penzinaan, minum arak dan membunuh gadis-gadis kerana takut malu dan membunuh anak-anak kerana takut kemiskinan.
Adapun riba, tidak dicegah dan dihalang dari terus diamalkan. Didapati hampir tidak ada bank-bank di negara umat Islam yang meninggalkan riba, kerana menurut mereka tanpa riba tiada keuntungan akan diperolehi. Maka syarikat-syarikat kewangan ini mengaburi mata para pelanggan Islam mereka dengan nama-nama yang indah, seolah-olah urusan kewangan mereka jauh dari riba. Akibatnya, masyarakat Islam tidak dapat membezakan antara sistem kewangan Islam yang sebenar dengan sistem kewangan yang berasaskan riba. Janganlah dilupai hadis baginda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Akan datang sekelompok (dari umatku) yang menghalalkan arak, sutera (bagi lelaki) dan alat muzik; dan menamakannya dengan nama yang lain”. Inilah yang sedang berlaku pada masa kini, helah untuk memintas syariat Islam dengan mengambil kesempatan atas sangkaan umat Islam bahawa ia diharuskan syara’. Begitu juga percambahan fenomena keji seperti rasuah, penipuan dan ketamakan. Mubaligh Kristian Samuel Zwimmer pernah berkata: “Tugas utama mubaligh perlu dinisbahkan kepada dua ciri Tamadun Barat, pertama roboh dan kedua bina. Adapun yang dimaksudkan roboh ialah menjauhkan Muslim dari agamanya, walaupun perlu membawa kepada tidak mempercayai Tuhan. Adapun yang dimaksudkan bina ialah membantu Muslim yang menyokong Tamadun Barat menentang kaumnya sendiri”. Jelaslah di sini bahawa pemikir Barat dan Kristian mengetahui sepenuhnya bahawa akhlak yang rosak dan pegangan yang rapuh boleh membawa kepada keretakan ikatan hubungan masyarakat dan keluarga. Maka apabila tersebarnya amalan keji dan tidak bermoral, akan membawa kepada kemerosotan akhlak masyarakat dengan tersebarnya amalan rasuah, penipuan yang berleluasa, kebencian dan permusuhan di kalangan orang awam, hilangnya sifat amanah dan kepercayaan sesama Islam dan sebagainya. (Muhammad Qutb: 2000)
Para pemikir Barat telah menggunakan beberapa kaedah untuk memecahkan dan merosakkan Islam dan umat Islam, antaranya mereka menggunakan wanita sebagai senjata. Mereka mengetengahkan wanita-wanita yang fasiq dan berpakaian seperti pelacur untuk menarik orang muda dan kemudiannya perlahan-lahan membawa pada kesesatan. Namun pada masa yang sama mereka mendakwa bahawa mereka penentang rasuah, penyeludupan manusia, dan pada masa yang sama juga mereka mengaut keuntungan berjuta-juta.(Jalal Alam: 2009) 773
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Propaganda ini juga bertujuan agar wanita Islam hilang rasa malu dan kesopanan dengan mengeluarkan fesyen pakaian yang berlawanan dengan ajaran Islam. Mereka cuba untuk memanipulasi pemikiran anak-anak perempuan Islam agar mengikut cara pemakaian mereka dengan alasan akan dikagumi banyak lelaki. Mereka juga memperkenalkan alat-alat solek dan kosmetik agar menjadi perhiasan harian wanita Islam. Mereka sanggup berbelanja berjuta-juta dolar Amerika bagi memastikan industri fesyen dan kosmetik ini menjadi ikutan umat Islam. Pendapat ini disokong dengan kata-kata mubaligh Kristian Takaly: “Kita perlu menggalakkan penubuhan sekolah gaya Barat sekular, kerana ramai orang Islam telah dilemahkan kepercayaan mereka terhadap Islam dan al-Quran apabila mereka belajar buku teks Barat dan belajar bahasa asing".(Syatilih: 2009)
Barat berusaha melahirkan pelajar Muslimah yang mengikuti metodologi pendidikan Barat sehingga ke satu tahap akan terkeluar dari landasan akidah yang benar, dengan cara meninggalkan kurikulum pendidikan Islam. Mereka akan menekankan pendidikan yang tidak memberi manfaat bagi agama dan dunianya. Sebagai contoh, penumpuan wanita Islam pada masa kini lebih tertumpu kepada bidang seni, fesyen dan kosmetik agar menyerlah dan menarik perhatian lelaki.(Ghalib A’waji: 2007)
Fenomena ini kita dapati sedang berleluasa di kalangan anak-anak orang Islam. Mereka merasakan bukan menjadi suatu kesalahan apabila meninggalkan amalan harian yang dianjurkan oleh Islam. Secara perlahan-perlahan, mereka mula mengamalkan cara kehidupan bukan Islam khususnya Yahudi dan berbangga dengannya. Situasi ini pernah dinyatakan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sahihnya, dalam kitab Ahadith Al-Anbiya’, bab “Apa yang Dinyatakan Berkenaan Bani Israel”, hadis bernombor 4356, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”.
Sahabat
bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi s.a.w. menjawb, “Siapa lagi kalau bukan mereka”.
774
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat ke 156 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga, atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): “Kalau mereka tinggal bersamasama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh”. (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: penyesalan dalam hati mereka. Dan (ingatlah), Allah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Allah sentiasa melihat akan segala yang kamu lakukan”.
Berkata al-Allamah Abdul Rahman dalam kitabnya Taisir al-Rahman:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang hambaNya yang mukmin menyerupai orang-orang kafir yang tidak beriman supaya tidak dinisbahkan kepada golongan munafik dan kafir. Berkata mubaligh Kristian Samuel Zwimmer: “Ketika mana orang-orang Islam menjauhi dari memasuki sekolah aliran Kristian, maka kita akan memudahkan mereka memasuki sekolah aliran sekular. Sekolah ini akan membantu kita memadamkan ruh Islam dalam diri pelajarpelajar”. (Syatilih: 2009)
Bukanlah menjadi tujuan utama para pemikir Barat dan Yahudi ini disebalik perancangan mereka ini supaya orang Islam menganuti ajaran Nasrani, ini adalah mustahil.
Tetapi
cukuplah sekadar dapat menggugat kepercayaan dan keyakinan orang-orang Islam akan ajaran Islam itu sendiri. Keraguan tentang kesahihan ajaran Islam ini ditanam agar masyarakat Islam mula menerima kehidupan moden dan menjadikan negara Barat sebagai ikutan. Pada masa yang sama mereka mencemarkan imej undang-undang, tamadun dan sejarah Islam di mata pemuda pemudi Muslim, mereka diasingkan dari budaya Islam yang tulen dengan ditonjolkan wajah tamadun Barat yang digambarkan bebas, menarik dan sempurna. (Muhammad Qutb: 2002) Gibb (tokoh mubaligh di Britain) mengatakan, “Islam telah kehilangan dominasinya atas kehidupan sosial kaum Muslim. Sementara, wilayah kekuasaannya semakin menyempit sedikit demi sedikit hingga tinggal ritual-ritual yang amat sempit. Semua ini semakin beranjak sampurna tanpa adanya sebuah kesedaran sedikitpun. Perkembangan ini telah benarbenar jauh dan tidak mungkin akan kembali lagi. Akan tetapi, kejayaan perkembangan ini sangat tergantung dengan para tokoh dan pemimpin kaum Muslim, selebihnya para 775
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
pemudanya. Semua itu tidak lain adalah hasil kegiatan pendidikan dan kebudayaan sekular”. (Victor Marsden: 2012)
Dalam bidang pendidikan, terdapat perbezaan di antara pendidikan agama dan pensijilan. Perbezaan ini adalah dari segi nilai sijil dan pusat-pusat pengajian, serta guru-guru, para pensyarah, kurikulum pendidikan dan juga dari segi penerimaan sijil. Ia seolah-olah belajar agama tetapi diperbaharui agar nampak ada kemajuan dan pembaharuan. Perkara ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi dirancang. Para pelajar pendidikan gaya baru ini mendapat semua kemudahan dan biasiswa termasuk biasiswa ke luar negara. Mereka juga mendapat hak keistimewaan daripada kerajaan terutamanya Eropah. Harapan mereka adalah supaya pelajar-pelajar ini akan mengadaptasi kebudayaan Barat dari segi cara berjalan, berpakaian, makan dan sebagainya, kemudian menjadi ikutan dan tradisi baru. Propaganda ini sangat berpengaruh dan telah membawa masyarakat Islam melihat ke masa lalu dan memandang hina sekolah-sekolah aliran agama, seterusnya menerima pendidikan yang dibawa oleh Barat ke dalam negara-negara Islam untuk mengajar dan menyampaikan ideologi mereka. (Ghalib A’waji: 2007).
4.
Kesan Aliran Pemikiran Barat Pada Keluarga Muslim
Isu kesaksamaan antara lelaki dan wanita adalah satu perkara yang tidak kurang penting daripada yang lain. Ia dibincangkan oleh para pemikir dan sarjana, diadakan persidangan mengenai beberapa isu tentang wanita dan lelaki. Isu perbezaan antara lelaki dan wanita bukan berkaitan perkara jasmani atau struktur fizikal kedua-dua pihak. Para pengikut aliran pemikiran Barat mendakwa perbezaan antara lelaki dan wanita hanya berkaitan kehamilan, kitaran haid, bersalin dan kemaluan. Adapun perkara-perkara yang membezakan antara lelaki dan wanita dari sudut hak, hak seorang lelaki telah menjadi hak wanita pada masa yang sama. Jika lelaki berhak menerima harta pusaka begitu juga wanita, jika seorang lelaki berhak keluar dari rumah tanpa izin begitu juga wanita, dan jika lelaki tidak menutup rambut beliau begitu juga wanita.(Bustanuddin Agus 2011).
Sesungguhnya agama Islam dan undang-undang Islam tidak menafikan sama sekali apa-apa perbezaan atau kelainan antara manusia, samada bagi lelaki atau wanita kerana ia adalah realistik. Akan tetapi undang-undang Islam sebenarnya telah menyusun dan menguruskan 776
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
perbezaan ini untuk menepati dan selaras dengan akal dan hakikat, jauh dari kebanggaan dan fanatik, kerana asas untuk semua penduduk alam semesta ini adalah keadilan. (Ghalib A’waji: 2007). Allah s.w.t. juga berfirman dalam Surah al-Nisa ayat pertama yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.
Islam mengiktiraf sepenuhnya kewujudan perbezaan antara manusia. Perbezaan ini terletak dalam pelbagai cara, antaranya dari segi kewangan, kaya dan miskin.
Terdapat juga
perbezaan dari segi kuasa, kuat dan lemah, bijak dan bodoh. Tetapi Islam pada masa yang sama benar-benar menafikan bahawa perbezaan ini adalah penyebab di kalangan manusia untuk menjadi angkuh sesama mereka. Perbezaan ini datang dan terjadi kerana Allah s.w.t. bukan ada campur tangan makhluk. Allah s.w.t. menjadikan semua manusia dan manusia ini ada kekurangan dan kelebihan mengikut kehendakNya.(Muhammad Qutb 1997).
Terdapat beberapa perkara yang mustahil untuk disamakan antara lelaki dan wanita: 1. Adalah mustahil untuk menyamakan manusia pada semua perkara, seperti tidak mungkin sama orang yang rajin dengan yang malas. 2. Seruan kesetaraan antara lelaki dan wanita ini tidak melihat secara teliti akibatnya apabila berlawanan dengan fitrah kejadian manusia. 3. Lelaki secara lahiriahnya fizikalnya ditugaskan untuk berperang sedang wanita tugasnya melahirkan dan menjaga anak. 4. Kesamarataan ini akan membawa kepada terabainya hak pemberian nafkah bagi suami kepada isterinya, bahkan akan menyebabkan suami boleh menuntut nafkah dari isteri. 5. Isteri akan menuntut haknya untuk bekerja dan keluar rumah tanpa perlu izin dari suami dan berlakunya pengabaian waktu bersama anak dan keluarga.
777
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
6. Hak kesamarataan ini akan membuatkan wanita memasuki tentera dan mendapat layanan yang sama seperti lelaki.
Ini adalah kekeliruan dan kecelaruan yang dialami oleh mereka yang mempunyai pemikiran dan ideologi sesat.
Pendekatan ini jauh menyimpang dari undang-undang Islam dan
membawa kepada berlebih-lebihan, ia tidak selari dengan sikap kesederhanaan dan akhlak juga etika yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Manusia perlu menjalani kehidupan mengikut landasan yang betul supaya terhindar dari kerosakan dan penyakit.(Bashir al-Bashir: 2004) Seperti firman Allah s.w.t dalam Surah al-Nisa ayat ke 27 yang bermaksud: “Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya”.
Sesiapa yang dipengaruhi oleh pemikiran Barat ini akan terdorong untuk menurutinya secara buta kerana mereka ni diberi gelaran sebagai pejuang kebebasan wanita dan diberi publisiti kerana berani menanggalkan hijab. Maka hilanglah sifat kesopanan dan malu, sehingga berani bergaul tanpa batasan dan berpakaian gaya Barat.(Safar al-Hawali: 2011)
5.
Kekeliruan dan Konflik Antara Lama dan Baru
Seorang mubaligh, Takaly mengatakan, “Kita harus menggunakan al-Quran. Sebab, al-Quran adalah sebuah sejata yang paling ampuh yang ada di dalam Islam untuk melawan Islam itu sendiri, sehingga kita benar-benar mampu menghancurkan Islam. Kita harus menjelaskan kepada kaum Muslim bahawa sesungguhnya kebenaran yang ada di dalam al-Quran bukan perkara baru, sementara, perkara baru yang ada di dalam al-Quran sesungguhnya bukan perkara yang benar”.(Syatilih 2009)
Akibat terkesan dengan pemikiran Barat, terdapat orang-orang Islam yang menyeru untuk mengubah cara hidup Islam dalam setiap perkara atas nama pembaharuan, pembebasan, kemajuan dan ketamadunan.
Kesemua ini berlaku tanpa disedari kerana gelombang 778
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
pembaharuan ini merangkumi kepercayaan akidah dan agama, warisan dan sejarah. Di sinilah bermulanya konflik antara yang lama dan yang baru dan dieksploitasi oleh kuasakuasa yang memusuhi Islam.(Malik Bin Nabi 2002)
Maka terbahagi umat Islam kepada tiga kategori. Pertama, golongan yang menyeru cara hidup Islam yang sahih. Kedua, golongan yang menyeru memelihara kehidupan yang biasa sahaja, termasuk adat dan tradisi. Ketiga, orang biasa yang suka hidup beragama dengan tradisi dan adat resam yang diwarisi. Mereka juga suka untuk mengekalkan adab dan saling menghormati. (Muhammad Qutb 2012)
Kesan daripada wujudnya golongan-golongan ini akan menyebabkan umat Islam semakin berpecah dan tidak bersatu sehingga orang-orang kafir mengambil kesempatan atas perpecahan ini.
6.
Seruan Kebebasan dan Pemberontakan
Tidak syak lagi bahawa kebebasan adalah apa yang sedang dicari oleh ramai orang pada hari ini.
Pada masa yang sama, syaitan juga menggunakan kebebasan ini untuk menggoda
manusia melakukan kejahatan, kerosakan, kezaliman dan kemaksiatan. Ditanam di dalam minda dan pemikiran generasi muda Islam agar menuruti fantasi mereka sehingga mereka keliru antara perkara baik dan buruk.
Atas nama kebebasan, tiada halangan untuk
melepaskan keinginan dan dorongan seperti rasuah, jenayah, zina, liwat, homoseksual dan dan semua gejala yang mungkin berlaku. (Ghalib A’waji: 2007).
Musuh-musuh Islam telah mendapat idea dan mengembangkan ideologi kebebasan ini dalam minda belia Islam. Apabila terputusnya hubungan dengan pendidikan Islam ia menjadi bom psikologi dan intelektual, terutama selepas kegagalan tentera kafir mengatasi tentera Islam.
Isu murtad dalam undang-undang Islam dikecam tanpa henti, atas nama kebebasan dan melanggar privasi. Gejala-gejala yang datang atas nama kebebasan dan meninggalkan ajaran Islam ini akan membiarkan manusia melakukan apa sahaja yang mereka mahu bagi memuaskan nafsu dan keinginan mereka. Ia juga menafikan hukum Allah s.w.t. atas nama kebebasan dan kesaksamaan. Telah muncul di kalangan penyelidik, cendekiawan dan sarjana 779
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
yang terpengaruh dengan pemikiran orientalis dan intelektual kafir mengatakan perlunya kajian semula dalam bidang sejarah, sastera dan warisan negara tanpa ada kaitan dengan agama. Adapun pandangan orang kafir ini tidak salah kerana kepercayaan mereka datang dari Barat yang didakwa sempurna dari kesilapan. Telah banyak kajian-kajian yang dibuat tentang sejarah Islam dari segi warisan, peradaban dan sasteranya, malangnya kebanyakannya telah diputarbelitkan dan ditulis dari perspektif Barat. Mereka melakukannya atas nama kebebasan dan kesaksamaan tanpa menyebut nama Allah sebagai pemilik kebebasan mutlak. Bagi Barat, semua tulisan-tulisan mereka adalah bukti kesaksamaan dan kebebasan berpandukan doktrin dan ideologi yang mereka perjuangkan.(Mustafa Bahu: 2012)
7.
Kemunduran Daya Intelek
Musibah yang melanda umat Islam adalah hilangnya hasil intelektual dan kurangnya pembabitan berkaitannya di kalangan Muslim.
Ini adalah kerana penyakit yang telah
menimpa umat Islam iaitu terpengaruh dan terikut-ikut dengan ideologi dan pemikiran bukan Islam, yang sesat dari segala segi. Dunia Islam telah menjadi pusat pemikiran yang rosak diimport dari Barat, sehingga mengakibatkan hilangnya keaslian daya intelektual kreatif dan terpaksa mengambil dari negara-negara bukan Islam. Malangnya, daya intelektual ini telah dibunuh dan dilumpuhkan.(Muhammad Qutb 2012)
Dunia Islam tidak sedar bahaya besar akibat kelemahan pemikiran Barat yang ditiru dan diimport dari orang-orang kafir. Lebih malang apabila ia berterusan bergantung dan berharap dengannya tanpa ada usaha untuk bangkit dari cengkaman pemikiran kafir ini, walaupun Allah s.w.t. telah memerintahkan untuk kembali pada Islam.(Muhammad Hilal: 2000).
Apabila ini berlaku, umat Islam telah melakukan suatu kesalahan besar kerana mereka menyokong, bersikap pasif dan mengalah dalam mewakili Islam. Sikap berdiam diri dalam isu global, seolah-olah redha dengan apa yang berlaku pada dunia Islam dan sikap tidak peduli akan kemusnahannya, telah menjadikan Muslim global tidak dapat mewakili ajaran Islam yang sebenar. Jangan kita lupakan usaha-usaha gerakan Islam dan kumpulan Islam yang ikhlas dalam menaikkan kembali daya intelektual Islam.
780
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
8.
Penutup
Kerosakan akhlak yang berlaku di kalangan masyarakat Barat telah membuktikan kegagalan pemikiran dan ideologi yang mereka perkenalkan. Amat malang bagi umat Islam yang masih berpegang dengannya dan meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana mungkin masyarakat yang telah dipandu oleh al-Quran dan sunnah, memilih jalan selainnya. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Hud ayat 113 bermaksud: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”. Syariat Islam menolak aliran pemikiran yang mempunyai kelemahan, lebih banyak keburukan daripada kebaikan dan membawa kepada kekufuran.
Rujukan :
.
8
8491 9004 9000 .
. 8 .
9089 9002 . . .
8
. . .
8441 8442 9080 8441 9088
.
9009 9089
. 781
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
9000 . 9002 Jahabera Islam and Globalisasi
782
9088