KELUARAN NO. 4 2014
Exercise Golden Shield Melindungi reputasi Brunei
Tiga Juruterbang Kadet Brunei sertai SAV
SKD Pelaut – Terbaik di Dalam Kelasnya
Hari Keselamatan 2014
SALAM
Meja MD
MAKLUMAT LANJUT Sekiranya awda ingin mendapatkan maklumat lanjut, memberi sebarang komen atau menyumbang artikel, hantar e-mel yang mengandungi nama awda, alamat, nama syarikat serta jawatan awda kepada:
[email protected] Untuk membaca lebih banyak bahan berita, sila kunjungi https://www.bsp. com.bn/main/mediacentre/ media_centre.asp LANGGANAN Bagi mengubah atau membatalkan langganan ini, sila hantar e-mel kepada
[email protected] dengan menyatakan nama, jawatan, syarikat/ organisasi dan alamat awda DITERBITKAN OLEH Jabatan Perhubungan dan Hal Ehwal Luar Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd Jalan Utara Panaga Seria KB3534 Brunei Darussalam PENYUNTING Ayla Abdullah Sharif Ibrahim TATA SUSUN DAN REKABENTUK Hajah Fauziah Jahis CETAKAN Asia Printers
Sebuah terbitan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad © Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (1952), kecuali dinyatakan sebaliknya. Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau menyimpan melalui apa juga sistem atau cara (elektronik, reprograpic, rakaman dan sebagainya) keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana mukasurat majalah/terbitan ini sebelum mendapat izin bertulis daripada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad.
Salam sejahtera rakan sejawat, Operasi kami di Syarikat Minyak Brunei Shell, terus dengan satu fikiran: Menyampaikan Tenaga untuk Sepanjang Zaman ... Menjana Masa Depan Brunei. Kita berada di suku ketiga tahun ini dengan beberapa kejayaan dan cabaran. Ini adalah masa yang baik untuk merenung dan berfikir secara mendalam bagaimana kita akan menyampaikan prestasi kita dan menyoal diri mengapa kita berada di sini. Kita perlu mengambil pengajaran dari masa lalu - bukannya untuk berpegang kepada masa lalu, tetapi untuk bergerak ke hadapan. Kita hanya dapat mengawal masa sekarang, jadi masa untuk bertindak juga adalah sekarang. Bersama-sama, sebagai satu pasukan, kita perlu memberi tumpuan dan bekerja dengan selamat dan bijak untuk menyampaikan janji-janji kita.
bagaimana usaha-usaha kita, kesemuanya memberi kesan ke atas negara.
Kita semua berkongsi satu pandangan - keperluan untuk kita semua untuk melangkah keatas. Kita mesti memanfaatkan dan memaksimumkan keupayaan dalam organisasi ini untuk menyumbang secara berkesan kepada negara. Kita semua bertanggungjawab untuk kesan kita: kesan terhadap penyampaian kita, kesan terhadap keselamatan dan
Bersama Semua orang Mencapai Lebih banyak.
Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan bagi BSP dan untuk kekal selamat kita perlu sedar dan berhatihati untuk ketidak adanya yang lazim dan terjadi adanya yang ganjil. Kita perlu memberi perhatian kepada tanda-tanda kecil, isyarat yang lemah dan membuat tindak balas yang kuat. Mari kita semua mengambil langkah ke belakang dan melihat beberapa perkara yang kita semua harus memikirkan untuk memastikan kita boleh pulang ke rumah untuk keluarga kita, selamat, setiap hari. Ingatlah bahawa keluarga kita bergantung kepada kita, jadi mari kita menyampaikan kerja dengan selamat!
Terima Kasih.
Ken Marnoch Pengarah Urusan BSP
KANDUNGAN 04 Tiga Juruterbang Kadet Brunei sertai SAV 06 Ampa Raikan 6 Tahun Tanpa Kecederaan 08 Pengeluaran Gannet Pulih 10 SKD Pelaut – Terbaik Di Dalam Kelasnya
6
12 Exercise Golden Shield: Melindungi Reputasi Brunei 14 Telaga T-201 ke-100 Di Brunei - Dan Yang Seterusnya… 16 Perjalanan Akreditasi Pusat Kesihatan Panaga 17 Taklimat Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 bagi BSJV
8
12
18 Penyerahan Tugas Jawatankuasa Generate 2013/2014 19 Penghargaan Calon-calon Anugerah UI Impact 2013 20 Hari Keselamatan 2014
14
20
22 BSM Menang Anugerah Platinum
WARGA KERJA
Tiga Juruterbang Kadet Brunei sertai SAV
Z
ainul Arham Embran, Ahmad Haziq Ahmad Jawawi dan Anand Perumal adalah tiga pemuda Brunei yang terbaru menyertai kumpulan Penerbangan (SAV) Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) yang semakin ramai dianggotai oleh Juruterbang Kadet berpangkat Pegawai Pertama daripada kalangan generasi muda Brunei. Mencapai tahap Pegawai Pertama adalah detik penting yang pertama di dalam kerjaya seseorang juruterbang helikopter.
04
Dari kiri: Ahmad Haziq, Zainul dan Anand adalah tiga daripada pemuda Brunei terkini yang menyertai pasukan SAV
“Terpilih untuk menyertai sebuah syarikat berkelas antarabangsa seperti BSP sebagai juruterbang helikopter adalah satu saat yang merubah kehidupan saya. Penglibatan saya dengan Komitmen SAV kepada keselamatan di tempat kerja, di daratan serta udara, berserta dengan usahausaha Syarikat yang lain untuk melabur bagi rakyat Brunei dan masa hadapan mereka, adalah laluan kehidupan terbaik yang telah saya pilih. Pada September 2012 saya dan rakan-rakan yang bercita-cita menjadi juruterbang telah memulakan latihan intensif di Florida, Amerika Syarikat, di mana saya telah berpeluang belajar di samping mereka yang sama-sama berazam untuk berjaya di salah sebuah akademi latihan yang terbaik. Latihan yang dilalui amat intensif dan mencabar, tetapi amat memuaskan hati apabila saya menerima Lesen Jururterbang Komersil. Daripada iklim yang panas saya telah pergi pula ke Gloucester, UK bagi menjalani fasa terakhir latihan di satu tempat di mana suhunya yang amat dingin boleh membentuk ais di badan pesawat. Sememangnya kepuasan dapat dirasai kerana berjaya menempuh fasa kelulusan Instrument Rating ini. Kini saya telah kembali dan bersedia untuk menumpukan usaha saya menyumbang kepada syarikat dan seterusnya kepada sasaran PemBruneian. Saya menggalakkan rakyat Brunei yang mempunyai azam serta kemahiran yang bersesuaian untuk mencapai cita-cita, sasaran dan menjadi yang terbaik di dalam bidang diminati.”
“Menyertai BSP sebagai juruterbang adalah satu penghargaan bagi saya kerana dapat melibatkan diri dengan industri teras Brunei Darussalam dan pada masa yang sama saya dapat melalui kehidupan impian saya. Saya telah tidak teragak-agak untuk memohon untuk bekerja dengan BSP dan sangat bersyukur kerana telah diberikan peluang ini. Sebagai rakyat tempatan saya merasa amat gembira berpeluang bekerja sebagai seorang professional di tempat di mana saya dilahirkan. Saya menerima segala ini sebagai peluang untuk berbakti kepada negara dan saya ingin melihat lain-lain rakyat tempatan menyertai BSP. Sememangnya memulakan karier saya sebagai Pegawai Pertama di Anduki adalah sesuatu yang ideal. Saya gembira berada di sini untuk menyumbang serta menjadi sebahagian daripada masa hadapan Jabatan Penerbangan Syarikat Brunei Shell. Latihan penerbangan bagi mendapatkan lesen juruterbang telah diadakan di Florida, Amerika Syarikat untuk 12 bulan, diikuti dengan kursus lapan minggu di Gloucester, United Kingdom di mana saya diuji dengan penerbangan solo serta menjalani ujian Instrument Rating atau proses pengadaran alatan bagi . Kursus ini meliputi pembelajaran di dalam kelas serta latihan kemahiran praktikal. Pembelajaran adalah amat intensif tetapi ia memberi satu gambaran yang jelas tentang kerjaya yang akan kami lalui.”
Zainul Arham Embran SAV/211
Ahmad Haziq Ahmad Jawawi SAV/211
Pegawai Pertama tersebut akan menerbangi helikopter AW139 BSP yang terbaru
“Untuk pemuda Brunei yang lain, Brunei kini menuju kearah ekonomi berdikari. Ia membanggakan untuk memainkan peranan dalam menyumbang kepada itu. Anda perlu komited, berdisiplin, mempunyai sikap yang betul dan bekerja keras untuk mencapainya kerana ianya sangat mencabar. Anda akan berbangga untuk mencapai komersial lesen pada akhirnya. “ Anand Perumal, SAV/211
AW139 adalah helikopter tercanggih BSP yang memiliki dua enjin turboshaft Pratt & Whitney Kanada PT6C-67C dengan kawalan FADEC
Kadet tersebut bersemangat untuk menyumbang kepada masa depan SAV dan BSP
PENGHASILAN
Suntikan Kimia Pertama ke Dalam Takungan di Magpie Oleh: Yen Peng Lim, AEO/221 & D Pratihar (DP), AEO/22 – Kumpulan SWAT
K
umpulan SWAT telah berjaya menjalankan Penyuntikan Kimia ke Dalam Lubang Telaga Platform Penggerudian Magpie (MGDP02) pada 2013 dan telah menyumbang besar kepada penghasilan minyak yang baru setelah telaga-telaga terlibat disambungkan dengan rangkaian pengeluaran. Cabaran-cabaran yang kami hadapi Kumpulan Eksplorasi telah mengesan bahawa dengan tiub pengeluaran yang tersumbat, takungan perlu disuntik dengan bahan naftalena terlebih dahulu bagi mempastikan pengeluaran yang selamat daripada telaga-telaga baru. Kumpulan SWAT telah menyahut cabaran untuk melaksanakan proses ini menjelang September 2013. Kumpulan ini telah mengatasi berbagai-bagai cabaran dan telah mencatat banyak kejayaan. Antara lain, mereka telah berjaya menghasilkan rekabentuk konsep No; memperkenalkan proses penyuntikan takungan buat pertama kalinya; falsafah “Tiada Suntikan, Tiada Pengeluaran” bagi perlindungan tiub pengeluaran dan juga “Tiada Pengeluaran Tiada Suntikan” bagi mengelakkan pencemaran takungan; Pematuhan Amalan-amalan Rekabentuk dan Kejuruteraan (DEP) dan juga Injap Kawalan Back Pressure. Bagaimana kami mencapai kejayaan Kumpulan SWAT telah menjalankan
Tiga Skid Suntikan Kimia Takungan
Dari kiri: Muhd. Ali Zalludden Abd. Latif, AED/154, Dwijapada Pratihar, AEO/22, Ken Marnoch, BSP Managing Director, Lim Yen Peng, AEO/221, Unang Bundan, AEO/222, and Sanjiv Naik, AED/5534X Tiada dalam gambar: Chisomaga Ezeocha, AEO/2, Bert Breukel, EPE/33, Bohari Kadun, OPM/632, Edcel Nene, AEO/15X, Meling Anton, AEO/151X
kerja ini sebagai satu keutamaan di bawah inisiatif Penghasilan Keputusan Terfokus (FRD). Sebagai contoh, mereka telah menggunakan kepakaran dalaman bagi menghasilkan rekabentuk terperinci, menjalankan pemerolehan, menyelesaikan segala isu teknikal yang timbul, selari dengan pemerolehan skid-skid serta bahan-bahan dengan kadar segera dan menggunakan kemudahan-kemudahan alternatif. Kumpulan ini terdiri daripada ahli-ahli berpengalaman yang bermotivasi dan berdedikasi yang disokong oleh disiplin-disiplin yang berkaitan. Mereka bersikap positif terhadap tuntutan masa bagi
Injap kawalan Back Pressure (BPV) mempastikan proses penyuntikan yang lancar ke dalam takungan
pelaksanaan dengan berpegang kepada cogankata “Sasaran Boleh Dicapai, Usahakannya” dan telah mengotakan janji lebih awal untuk menghasilkan minyak yang pertama. Dwijapada Pratihar, Ketua Jurutera Projek, AEO/22 dan Lim Yen Peng, Jurutera Projek Kanan, AEO/221 telah berkongsi pembelajaran dengan berkata, “Kami dapati bahawa adalah penting sumber-sumber utama dikenalpasti terlebih dahulu, seperti yang diperlukan untuk proses rekabentuk, pemerolehan, kemudahan dan sebagainya. Sama pentingnya adalah keterlibatan, persetujuan dan penerimaan para pemegang hak.” “Turut membantu usaha kami adalah proses membuat keputusan yang pantas, di samping menjalankan penyemakan semula, perbincangan dan mendapatkan persetujuan semua pihak. Kami juga menyedari yang kejayaan sememangnya bergantung penuh kepada dedikasi serta pengalaman relevan semua pihak terlibat – daripada bidang kejuruteraan dan rekabentuk sehinggalah motivasi di kalangan ahli-ahli kumpulan projek dan para pemegang hak yang lain.” 05
KESELAMATAN
Ampa Raikan 6 Tahun Tanpa Kecederaan
T
arikh 26 April, 2014 telah menandakan pencapaian tempoh enam tahun tanpa kecederaan yang menyebabkan kehilangan masa (LTI) di padang minyak Ampa milik Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) yang telah menjadi satu bukti kepada usaha pihak syarikat untuk mewujudkan tempat kerja yang bebas insiden serta kecederaan. Di dalam satu perutusan tahniah beliau Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP, berkata, “Tahap keselamatan yang bagus berkait rapat dengan perincian butir-butir di dalam perancangan kerja, komunikasi yang bagus, sesi-sesi tool box yang berkualiti, tentang peluang untuk setiap orang memberikan pendapat, tentang bagaimana setiap perkara (walau sekecil mana sekalipun) harus dilaporkan serta diambil tindakan – (pendek kata) semuanya adalah tentang menjadi seorang yang kompeten serta sentiasa membimbangi apa yang berpotensi berlaku pada setiap minit.” Pencapaian status bebas LTI adalah sesatu yang dibanggakan tentang kebolehan untuk menguruskan keselamatan bagi sebuah bidang yang terdedah kepada (risiko) berbagai-
Haji Jaafar Bakar, WM, menyerahkan plak enam tahun bebas kecederaan kepada Pasukan Kepimpinan Ampa. Dari kiri: Muhammad Zawawi Zaini, WOP / 114, Hj Jaafar, Alan Syme, WOP / 1, Wahid Ahad, WOP / 112 dan Pg Zulaihi Besar, WOP / 111
bagai aktiviti operasi serta penyelenggaraan, projek-projek besar dan kecil, dan melakukannya tanpa berlakunya sebarang insiden. Di dalam kenyataan oleh Hj Jaafar Bakar, Pengurus Aset Barat BSP, beliau berkata, “Tahniah dan syabas kepada kumpulan Ampa dan juga rakan-rakan
perniagaan kami di atas kejayaan cemerlang mereka. Sepanjang tempoh enam tahun ini yang dipenuhi tahap aktiviti yang tinggi, kumpulan Ampa telah berjaya menguruskan keselamatan peribadi dan juga keselamatan proses pada setiap hari bagi mencapai detik penting kejayaan ini. Usaha-usaha yang
Pasukan Ampa meraikan ulang tahun ke- 50 pelantar mereka
06
Pemandangan udara ikonik Ampa-9 - salah satu platform luar pesisir prolifik BSP yang paling lama berkhidmat
dijalankan ke arah ini telah mempastikan yang semua orang dapat pulang dalam keadaan selamat.” Kata Hj Jaafar Bakar lagi, “Alhamdullilah, ini adalah satu pencapaian yang besar maknanya. Ini adalah bukti bahawa semua orang sentiasa memikirkan tentang keselamatan. Saya berharap kejayaan ini akan terus menekankan lagi bahawa adalah menjadi hak serta tanggungjawab kita untuk Pulang ke Rumah dari Tempat Kerja Dengan Selamat Setiap Hari.” Kejayaan ini lebih bermakna memandangkan Ampa adalah sebuah Persekitaran Operasi matang dan kompleks yang baru sahaja meraikan pengeluaran minyak ke-sebilion tong dan juga acara sambutan Ulangtahun
ke-50 Pengeluaran Ampa pada 2013. Di antara berbagai-bagai pencapaian Ampa adalah pencapaian tahap “Status Kalkulatif” pada Februari 2014, bagi Integriti Operasi mengikut sembilan keperluan minimum Bilahan 24 Operasi di Lapangan. Detik penting ini hanya telah berjaya dicapai melalui penelitian terhadap butir-butir yang diperlukan, kepimpinan ampuh, kewaspadaan berterusan serta tahap kesedaran keselamatan yang tinggi, dedikasi peribadi dan komitmen kakitangan semua peringkat dan juga semua rakan-rakan perniagaan yang terlibat. Kewaspadaan serta penumpuan terhadap keselamatan akan terus menjadi keutamaan bagi semua kakitangan Ampa sebagai asas untuk
Seorang kakitangan Ampa berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan rakan-rakannya
mereka memperkukuhkan lagi budaya serta prestasi keselamatan di luar pantai. Ini bersesuaian dengan kesibukan berterusan di 2014 yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti utama seperti dua aktiviti Turnaround atau kerja-kerja pembaikpulihan yang penting, aktivitiaktiviti Operasi Serentak (SIMOPS) yang besar, pentauliahan HP 98 & 99 dan sejumlah projek-projek kecil yang dirancang bagi Ampa. Sebagai menyokong Wawasan BSP untuk Menjana Tenaga Sepanjang Zaman… Menjana Masa Hadapan Brunei, aset seperti Ampa akan sentiasa berusaha mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada insiden dan kecederaan untuk mempastikan semua orang dapat pulang dengan selamat.
Memasang modul HP98-99 yang besar (tengah) ke AMCP-09 (kanan) adalah salah satu daripada aktiviti di pelantar Ampa 07
PENGHASILAN
Pengeluaran Gannet Pulih
Platform Gannet telah berjaya di pulih kembali oleh pasukan Aset Barat
S
etelah dua tahun operasinya dihentikan serta berbagaibagai cabaran berkaitan dengannya dapat diatasi, kumpulan Aset Barat Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah berjaya menghidupkan semula platform luar pantai Gannet pada Disember 2013, yang telah disusuli oleh hasil pengeluaran gas yang pertama. Haji Mohd Jaafar Hj Awang Bakar, Pengurus Aset Barat BSP Manager berkata, “Hasil usaha penuh keazaman kumpulan Aset Barat menghidupkan kembali Gannet setelah dua tahun (tidak beroperasi), platform itu kini akan terus menyumbang semula kepada usaha menjana masa hadapan Brunei. Ucapan terima kasih istimewa kepada kumpulan yang telah berpenat lelah menyudahkan projek ini melalui usaha serta sumbangan yang tiada batasnya!” Latarbelakang Pada Disember 2011, Gannet telah beroperasi dalam mod Tekanan Tinggi (HP). Walaubagaimanapun, operasinya telah dihentikan ekoran masalah isu-isu integriti talian paip penaik yang mengalir masuk daripada platform Fairley, FACP-04, serta kebocoran paip di platform gas Fairley,
08
FAGP-04. Lain-lain bentuk ketidakselarasan juga telah dikenalpasti di sepanjang talian paip penyambung FACP-04/ FAGP-04. Oleh kerana kerja-kerja pembaikpulihan atau langkah-langkah pembetulan sementara tidak dapat dijalankan bagi menjamin platform tersebut selamat untuk beroperasi, kumpulan projek telah bertindak menutup serta mengasingkan taliantalian paip masuk dan memberhentikan
Pemulihan Gannet ini menyumbang kepada pengeluaran BSP dan terus menjana masa depan Brunei
operasi Gannet. Sepanjang tempoh Turnaround atau penyudahan aktiviti-aktiviti utama Jun/ Julai 2012, semua ketidakselarasan yang dikenalpasti telah diperbetulkan, dengan kejayaan dicatat oleh kumpulan Kejuruteraan Luar Pantai BSP, AEO/2, dalam menghasilkan Fasa 1 projek Gannet Cascade. Mereka telah memasang sambungan paip baru di antara FACP-04/FAGP-04 yang telah membolehkan hasil pengeluaran Gannet disalurkan ke dalam sistem Tekanan Rendah (LP). Cabaran-cabaran dihadapi Stephanie Koh, Jurutera Sokongan Pengeluaran, WOP/33, telah berkongsi pengalaman melalui cabaran-cabaran yang dihadapi. Kata Stephanie, “Tanpa Fasa 2 projek tersebut, Gannet terpaksa dihidupkan semula di dalam mod HP. Kami telah mengesan bahawa telaga-telaga yang disambungkan ke dalam sistem pengeluaran tidak mengalir dengan lancar kerana tekanannya lebih rendah daripada tekanan sistem yang disambungkan dengannya. Dengan tiadanya sumber tetap bekalan gas bagi kegunaan peralatan (untuk proses penyuntikan gas ke dalam takungan), platform Gannet terpaksa dihentikan operasinya. Sebelum kami dapat menggerakkan semula pengeluaran Gannet di dalam mod LP, tiga perkara telah diberi keutamaan iaitu jaminan integriti rekabentuk, pemulihan integriti teknikal dan kepastian bahawa semua keperluan integriti operasi telah dipenuhi.” Apa yang mereka lakukan Kumpulan Pengurusan Takungan dan Kemudahan Telaga (WRFM) telah dapat mengenalpasti sebuah telaga yang boleh membekalkan gas bagi kegunaan peralatan untuk platform Gannet. Satu Nota Tindakan Pengubahan (CIN) telah dikeluarkan bagi menjalankan pengubahsuaian yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Teknikal bagi mengubah saliran gas daripada telaga yang dikenalpasti kepada loji pembersihan gas peralatan.
FACP-04/FAGP-04 bridge
Gannet
FACP-04
V-210 HP sep
FACP-04
V-8400 LP sep Ketidakselarasan yang diperbetulkan
Gannet Cascade Phase 1 Project Anomali telah dikenal pasti dan dibaiki untuk memulih semula Gannet
Seterusnya semua talian paip dan sistem-sistem perlindungan platform telah disemak semula bagi disesuaikan dengan operasi di dalam mod LP. Berdasarkan data rekabentuk LP, satu CIN telah diluluskan bagi loji untuk membolehkan kumpulan luar pantai mengganti suis-suis kawalan tekanan di setiap saluran paip, untuk mempastikan yang telaga-telaga akan terhenti secara automatik dan selamat jika tekanannya jatuh atau naik melampaui tahap terendah atau tertinggi yang telah ditentukan. Integriti teknikal Peralatan yang tidak berfungsi dengan betul, seperti injap Penutupan Kecemasan (ESD) paip keluar dan
Pasukan Aset Barat bekerja keras untuk memastikan semuanya sesuai untuk penggunaan perkhidmatan
injap Blowdown (injap tiup-turun atau cuci alir), telah digantikan kerana telah tidak lagi memenuhi standard-standard prestasi. Sebuah penjana kuasa disel yang merupakan satu-satunya sumber kuasa platform tersebut juga telah dibaikpulih. Satu Pemeriksaan Dalam Operasi (OSI) telah menerima keutamaan untuk dijalankan ke atas Gannet secara lengkap, bagi mengenal pasti sebarang ketidakselarasan yang kemudiannya telah diasingkan, dibaiki sepenuhnya atau diperbaiki untuk sementara waktu melalui kerja clockspring atau strongback. Melalui kerjasama bersepadu, kumpulan di daratan dan luar pantai telah dapat mempastikan langkahlangkah mitigasi tersedia bagi setiap pembaikan sementara dan perubahanperubahan dilakukan untuk disesuaikan dengan operasi. Integriti telaga Pemeriksaan sepenuhnya telah dijalankan bagi mempastikan injapinjap di dalam saluran sub-permukaan lubang telaga dan juga injap-injap kepala telaga berada dalam keadaan yang baik. Integriti Operasi Kumpulan projek telah menggunakan data daripada satu Penilaian Pengoptimaan Sistem Pengeluaran (PSO) yang baru dijalankan dengan perincian operasi yang telah dikemaskini, bagi memahami lagi kemampuan kemudahan-kemudahan proses hiliran di Fairley-4 serta mengenalpasti tahap pengeluaran maksima Gannet.
Pemeriksaan Ready for Start up (RFSU) atau ketersediaan untuk memulakan operasi turut diadakan, bersama-sama pemeriksaan penuh bagi menjamin keselamatan dan juga ujian ESD. Hasil-hasil keputusan telah direkodkan dan dibentang kepada Pihak Berkuasa Teknikal sebelum operasi dimulakan. Kumpulan Operasi Barat (WOP) telah mengambil pendekatan sistematik dan berdisiplin dengan menyempurnakan kesemua pemeriksaan yang diperlukan untuk memulakan operasi Gannet dengan selamat, selain memenuhi keperluan proses Pengurusan Perubahan (MOC) dan juga Panel Penyemakan Keselamatan Aktiviti. Skop pembaikpulihan dan persediaan ini telah melibatkan kumpulan sokongan Aset dan juga sokongan Pihak Berkuasa Teknikal (TA2) daripada bidang Proses, Operasi, Instrumentasi dan Keselamatan Operasi. Skop ini bertindak ini sebagai langkah sementara sebelum bermulanya Fasa 2 Projek Gannet Cascade yang akan dilaksanakan pada 2015. Penghidupan semula Gannet, bersama-sama dengan kejayaan eksplorasi baru-baru ini di Gannet Timur, menunjukkan masa hadapan yang cerah semula bagi padang Gannet, bersesuaian dengan peranannya menyumbang kepada wawasan BSP untuk “Menjana Tenaga Sepanjang Zaman… Menjana Masa Hadapan Brunei”.
09
PRESTASI
SKD Pelaut – Terbaik di Dalam Kelasnya Penjualan West Pelaut kepada SapuraKencana Drilling (SKD) telah diumumkan pada November 2012 dan telah disempurnakan pada April 2013. Dinamakan semula sebagai SKD Pelaut, rig ini adalah jenis tender penggerudian termaju yang boleh tegak sendiri kelas 10K. Walaubagaimanapun, pertukaran hakmilik tersebut telah menimbulkan persoalan tentang risiko-risiko utama yang merangkumi perubahan pengurusan dan hakmilik, pengekalan kakitangan, motivasi dan pemedulian tenaga kerja, perubahan sistem pengurusan, jaminan dan peralihan kepada sistem-sistem baru. Sebuah kumpulan campuran SKD dan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah melaksanakan beberapa tindakan untuk menangani risikorisiko tersebut dengan mengadakan perbincangan berterusan dengan pihak pengurusan masing-masing, di samping menjalankan audit ke atas sistem-sistem serta kelengkapan rig tersebut. Hasil tindakan-tindakan yang diambil dan juga selepas menghadapi risiko-risiko yang wujud,
SKD Pelaut memenangi Platform Rig of the Year Award sekali lagi pada tahun 2013. Dari kiri: Michael Collins, Pengurus Am Telaga BSP, TW, Dave Christiansen, SKD Pelaut dan Shaji Ibrahim, Jurutera Kana Telaga, TWD / 11
Rig ini telah dibina khusus bagi operasi BSP pada 1994
10
kumpulan terlibat telah berjaya mencapai Sasaran Sifar. Tiada ancaman bahaya, mahupun kebocoran telah dicatatkan sepanjang 2014 dan proses peralihan yang lancar telah dihasilkan. SKD Pelaut tidak mempunyai sebarang insiden yang direkodkan (TRCF), atau pun kes kehilangan masa akibat kecederaan (LTI) selama lebih 1,000 days. Usaha-usaha yang dijalankan turut berjaya menghadkan kehilangan tenaga kerja. SKD Pelaut juga mencatat hanya 30 jam Masa Tidak Produktif sepanjang 2013 yang telah menyumbang kepada pencapaiannya sebagai “Terbaik Dalam Kelas” dan kejayaannya memenangi anugerah Shell bagi “Rig Platform Terbaik 2013”. Rig berprestasi tinggi ini juga telah mencapai anugerah “Rig Terbaik” sebanyak enam kali di antara 2004 dan 2013. Rig ini telah dibina khusus bagi operasi BSP pada 1994 dan telah beroperasi selama lebih 19 tahun. Sepanjang tempoh itu, ia telah ditegakkan dan diturunkan sebanyak
Gambar sekumpulan kakitangan dan kontraktor berprestasi tinggi di SKD Pelaut
150 kali, menurunkan atau memasang semula 62 dek helikopter, membantu memasang lima platform HL dan menghasilkan lebih kurang 300 telaga. Antara kejayaan rig ini adalah penghasilan telaga-telaga di Ampa 11 dengan selamat, mengikut jadual dan mengikut perbelanjaan ditetapkan. Ini termasuklah penggerudian telaga fish-hook yang pertama di luar pantai dan juga proses penutupan sebuah telaga yang
telah mendap. Selain di Ampa, SKD Pelaut turut menghasilkan telaga dengan selamat, mengikut jadual dan mengikut perbelanjaan ditetapkan bagi Shell dan BSP, di samping mencatat kejayaan-kejayaan yang pertama seumpamanya di dalam banyak bidang. Shell Global telah menggunakan perkhidmatan rig ini, dengan satu proses PAM Open Hole Stand Alone Screen dirancangkan. Antara kerja teknikal lain yang
dijalankan termasuklah Enhanced Single Trip Multi Zone Frac and Pack pertama Shell dan sub-mudline slot recovery yang pertama BSP. BSP berusaha mewujudkan Perkongsian Berjaya serta Operasi Cemerlang bersama-sama dengan rakan-rakan perniagaannya, selain menjadi rakan kongsi pilihan semua pihak, ke arah mencapai wawasannya Menghasilkan Tenaga Sepanjang Zaman … Menjana Masa Hadapan Brunei.
Pelaut telah ditegakkan dan diturunkan sebanyak 150 kali, menurunkan atau memasang semula 62 dek helikopter, membantu memasang lima platform HL dan menghasilkan lebih kurang 300 telaga. Pelaut telah memenangi Platform Rig of the Year award dari Shell sebanyak enam kali antara tahun 2004 dan 2013 11
KESELAMATAN
Exercise Golden Shield: Melindungi reputasi Brunei
S
atu Latihan Tindakbalas Tumpahan Minyak Peringkat 3 Merentas Sempadantelah dianjurkan bersama oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan Shell Malaysia Exploration and Production (SMEP), dengan disokong oleh Shell Oil Spill Expert Centre (OSEC) dan Global Response Support Network (GRSN). Latihan ini yang berlangsung selama tiga hari dari 6 sehingga 8 Mei 2014, telah diberi nama ‘Exercise Golden Shield 2014’. Disebabkan tahap serius “tumpahan”, ianya telah ditangani sebagai satu bencana negara yang telah memerlukan penglibatan Jawatankuasa Pengurusan Pelan Kontingensi Tumpahan Minyak Kebangsaan Brunei Darussalam (NOSCOP MC) untuk mengetuai pengendalian insiden tersebut. Satu Struktur Pengarahan Bersepadu telah diwujudkan, di mana Kumpulan Pengurusan Insiden daripada BSP dan agensi-agensi kerajaan telah digerakkan menggunakan Sistem Pengarahan Insiden 300 (ICS 300). Di bawah Perintah Pencegahan Pencemaran Laut 2005 yang menyekat pembuangan minyak, NOSCOP MC mempunyai mandat bagi
Foto kumpulan wakil-wakil daripada pihak kerajaan dan sektor swasta yang mengambil bahagian dalam EGS di Royal Berkshire Hall
mengendalikan insiden tumpahan minyak di perairan Brunei Darussalam. Objektif keseluruhan latihan tersebut adalah untuk menguji dan menilai kemantapan tindakbalas tumpahan minyak Brunei serta kebolehan yang ada di dalam negara berkaitan dengan pendekatan C4I (command, control, coordination, communication, information atau pengarahan, pengawalan, koordinasi, komunikasi dan maklumat) melalui kolaborasi dan integrasi dengan Struktur Pengarahan
Bersepadu. Senario Latihan Pada awal pagi 6 Mei 2014, satu kebocoran besar telah dilaporkan berlaku di talian paip eskport minyak 18” dari Gumusut-Kakap (GK) ke Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, Sabah. GK terletak lebih kurang 50 batu nautika ke utara Padang Champion. Jumlah tumpahan telah dianggarkan mencecah 150,000 tong. Penilaian laporan Tinjauan Udara daripada BSP bersama-sama dengan
“Objektif keseluruhan latihan tersebut adalah untuk menguji dan menilai kemantapan tindakbalas tumpahan minyak Brunei serta kebolehan yang ada di dalam negara.” Peserta EGS diberi taklimat mengenai jadual latihan pada 6 Mei
12
Lebih daripada 500 petugas telah digerakkan oleh BSP dan agensiagensi kerajaan serta pihak GRSN dan Oil Spill Response Limited (OSRL)
laporan Kumpulan Geomatik telah menunjukkan bahawa arah hanyutan tumpahan menghala ke Labuan dan pesisiran pantai Brunei, serta berpotensi melibatkan kawasan pantai Sabah. BSP telah dimaklumkan oleh Jabatan Marin melalui Stesen Isyarat Muara yang telah menerima maklumat bahawa tumpahan dari Malaysia tersebut akan hanyut ke perairan Brunei. BSP telah dengan segera menggerakkan Kumpulan Pengurusan Insiden bagi menyokong NOSCOP MC. Memandangkan saiz besar tumpahan tersebut, kawasan pantai Brunei dari Muara sehingga Hutan Simpan Berakas (sepanjang lebih kurang 20 kilometer) dijangka menerima impak. Kumpulan Pengurusan Krisis BSP turut digerakkan untuk bekerjasama dengan Shell Malaysia bagi melindungi jenama serta reputasi Shell, selain menguruskan para pemegang hak yang berkenaan di dalam insiden merentasi sempadan negara ini. Walaupun segala usaha telah dijalankan, pada 8 Mei 2014, tumpahan minyak itu telah melanda pantai Brunei dan Kumpulan
Respons tumpahan minyak telah “beraksi” di tapak kejadian untuk aktiviti pembersihan
Tindakbalas Kawasan Pantai telah digerakkan ke kawasan terjejas di Pantai Maragang. Satu Pengkalan Operasi Hadapan telah dibuka bagi berperanan sebagai Pusat Pengarahan untuk Kumpulan Tindakbalas di dalam membuat penilaian dan menjalankan pembersihan pantai. Secara keseluruhannya, lebih daripada 500 petugas telah digerakkan oleh BSP dan agensi-agensi kerajaan serta pihak GRSN dan Oil Spill Response Limited (OSRL) untuk mengendalikan Pusat Pengarahan Insiden di Jerudong dan Pengkalan Operasi Hadapan untuk usaha pembersihan pantai. Pembelajaran daripada latihan Latihan tersebut adalah satu peluang bagi memantapkan lagi keselarasan dan membina kemahiran di dalam BSP dan NOSCOP MC serta agensi-agensi lain yang bertanggungjawab menguruskan insiden tumpahan minyak. Di dalam sesuatu insiden yang sebenarnya, cabaran hebat akan dihadapi untuk memahami sepenuhnya tumpahan yang berlaku, termasuklah impak serta sumber dan peralatan yang perlu digunakan. Haji Matnor Haji Mohd Salleh, Pengarah Marin selaku Pengerusi NOSCOP MC berkata, “Semuanya telah dilakukan bagi melindungi imej dan reputasi Brunei Darussalam.” “Latihan ini juga turut menguji kebolehan serta Prosedur Operasi Standard bagi setiap agensi yang terlibat dan juga dokumentasi NOSCOP yang telah disemak semula pada 2012. Ini jugalah masanya bagi
kami untuk mengenalpasti dan juga memperelokkan sebarang kekurangan di dalam (pelan) kontingensi.” Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP telah bersetuju dengan pandangan Haji Matnor dengan berkata, “Apa yang terbaik sekali tentang sesuatu latihan itu adalah pembelajaran yang dapat dikumpul.” “Latihan Golden Shield sebenarnya adalah masa bagi Brunei bersatu hati. Peranan BSP adalah untuk bekerjasama dengan NOSCOP sekiranya berlaku tumpahan minyak, tanpa mengira dari mana sekalipun punca ianya berlaku. Kita harus bersatu hati sebagai sebuah negara untuk menangani insiden seperti ini. Inilah sebenarnya maksud tujuan latihan ini dijalankan.” Dia turut menambah, “Ini adalah pertama kali kami menjalankan latihan seumpamanya, dan memandangkan ini adalah kali pertama (latihan ini dijalankan merentasi sempadan), kami telah berjaya menghasil keputusan yang bagus. Bagi saya, apa yang perlu dipelajari adalah pandangan khalayak ramai, selain daripada tanggapan serta realiti berkaitan situasi ini. Di dalam dunia masakini yang ada ruang media sosial seperti WhatsApp dan Facebook, kami harus sentiasa bersiap-sedia. Komunikasi dan kepantasan tindakbalas adalah bidang-bidang penting pembelajaran bagi kami semua. Kami perlu mempastikan bagaimana sebenarnya kami harus menggunakan serta menguruskan maklumat bagi komunikasi dan reputasi berkaitan yang berkisar di sekeliling isu yang timbul.”
13
PENCAPAIAN
Telaga T-201 ke-100 di Brunei – Dan Yang Seterusnya…
P
ada Disember 2013, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) dan KCADeutag telah meraikan satu pencapaian yang istimewa. Pencapaian ini adalah penggerudian telaga ke-100 oleh kumpulan rig daratan T-201, termasuklah lubang-lubang sampingan dan juga kerja-kerja pemulihan semula yang diperlukan. Kumpulan tersebut kini bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan mereka dengan bakatbakat tempatan. Latarbelakang Padang Seria adalah padang minyak pengeluaran yang tertua di Brunei Darussalam dan telah memulakan pengeluaran komersilnya yang pertama pada 1929. Padang ini telah menghasilkan lebih satu billion tong minyak menjelang 1991. Pada 2006, Seria telah membuka lembaran baru apabila memulakan pembangunan Seria North Flank (SNF) yang baru ditemui pada masa itu di bahagian luar pantai padang tersebut. Secara kebiasaannya, telagatelaga yang disasarkan ke dalam takungan-takungan seumpama ini akan digerudi menggunakan unit-unit luar
pantai yang mahal dan memerlukan pemasangan jaket-jaket telaga dan juga talian-talian paip. Sebaliknya penggerudian telaga-telaga ini daripada daratan dengan menggunakan rig daratan membantu mengurangkan kos bagi membangunkan takungan-takungan tersebut. Telaga Fishhook Disebabkan kecetekan takungantakungan yang disasarkan dan juga kerana rekahan-rekahan di dalam takungan tersebut menjunam ke arah kawasan pantai, telaga-telaga yang digerudi perlu mempunyai bentuk seperti mata kail atau “fishhook”, supaya takungan ini dapat ditembusi dari arah daratan. Telaga fishhook mempunyai laluan yang istimewa dengan laluannya dibentuk melebihi sudut 90 darjah. Walaupun banyak contoh seumpamanya di lain-lain tempat, telaga fishhook di BSP adalah unik di dalam dunia. Dengan kecondongan sehingga sudut 145 darjah dan kedalaman lubang sehingga 4,385 meter, telagatelaga fishhook ini mencecah had-had maksimum rekabentuk yang boleh dicapai.
T-201 telah menggerudi telaga di pelbagai lokasi sepanjang Seria sejak beberapa tahun yang lalu
14
Jangkauan ke masa hadapan Rig KCA Deutag T-201 ini telah menjalankan kerja-kerja penggerudian untuk BSP semenjak 2006, dengan kebanyakan telaga digerudi dalam bentuk telaga fishhook. Pada Disember 2013, rig T-201 telah meraikan penggerudian telaga ke-100 untuk BSP setakat ini. Walaupun padang ini mempunyai sejarah yang panjang, adalah dijangkakan masih banyak lagi telaga-telaga yang akan digerudi sepanjang tahun-tahun yang akan datang. Michael Collins, Pengurus Besar Telaga Teknikal BSP, TW, berkata, “Bagi mengekalkan tekanan di dalam takungan, kami sekarang telah mula menggerudi telaga pengeluaran bersebelahan dengan telaga penyuntik di padang Seria. Pendekatan ini berjalan lancer dan padang Seria kini berada pada tahap pengeluaran tertingginya di dalam tempoh 30 tahun.” Pengurus Telaga ini menambah, “Ada banyak lagi skop kerja yang boleh dijalankan oleh rig T-201 di Brunei di masa hadapan. Telaga yang kami gerudi dan perlengkapkan terus
T-201 adalah rig tanah yang menggunakan ’fishhooks’ inovatif untuk menyasarkan takungan yang mencabar di kawasan hampir luar pantai Seria
Pasukan T-201 Telaga BSP dan rakan perniagaan mereka bergambar ramai selepas memenangi Anugerah Shell ‘Rig of the Year’ pada tahun 2012
menyumbang besar kepada ekonomi Brunei. Bakat-bakat Tempatan Menyentuh tentang pembangunan tenaga kerja mahir rakyat Brunei di dalam bidang Telaga, Michael Collins berkata, “Saya amat berbangga semakin ramai kakitangan Brunei yang berkebolehan melakukan kerja-kerja sebegini. Pada 2013, nisbah kakitangan tempatan yang bertugas di rig ini telah mencapai tahap tertinggi pada kadar 35% dengan rakyat Brunei menjadi penyelia penggerudian dan perlengkapan. Kumpulan pelaksanaan yang bertugas di pejabat kebanyakannya juga adalah rakyat Brunei.” Rekod Cemerlang Kelebihan rig T-201 adalah peranannya sebagai satu-satunya unit rig di dalam dunia yang menjalankan penggerudian telaga fishhook secara rutin. “Pencapaian kumpulan rig T201
Rig T-201 telah menggerudi telaga ke-100 dan ada banyak lagi yang akan datang
yang melibatkan keseluruhan jentera BSP dan semua kontraktor perkhidmatan kami sememangnya menakjubkan”, tambah Michael. Senarai rekod-rekod dan juga contohcontoh prestasi tahap ‘Lebih Baik Kepada yang Terbaik’ adalah satu gambaran luarbiasa. Rig ini telah empat kali dinamakan sebagai rig terbaik bagi tahun 2008, 2009, 2011 dan 2012, di samping menjadi kedua terbaik bagi tahun 2010 dan 2013. Rig T201 turut juga mencatat beberapa rekod dunia dan berjaya menjadi yang pertama mewujudkan telaga-telaga unik seperti mencapai sudut penggerudian pada kecondongan tertinggi sebanyak 145 darjah, selain menjalankan operasi pengisian batu kerikil pengukuh dinding lubang telaga yang terpanjang pada 1,041 meter dan juga pemasangan tiub bersambung diperkukuh dengan kerikil yang terpanjang pada 745 meter. Rob Grauwmans, Jurutera Kanan Telaga bagi projek tersebut menjelaskan bahawa, “Hanya ada beberapa syarikat sahaja yang mampu melakukan kerja-kerja penggerudian dan pelengkapan telaga yang condong laluan lubangnya, dan kami amat unik kerana dapat melakukannya pada kecondongan 145 darjah. Kami telah berjaya menggerudi lubang telaga pada tahap kecondongan yang ekstrim”. Ahli-ahli kumpulan rig T-201 bukan sahaja telah berjaya menghasilkan kejayaan teknikal yang
mengkagumkan tetapi mereka juga ternyata mampu bekerja dengan pantas dan selamat. Sebagai contoh, mereka telah berjaya menggerudi serta melengkapkan sebuah telaga fishhook yang terpantas pernah dihasilkan dalam tempoh hanya 19 hari. Rig T-201 pernah mencatat perjalanan operasi selama 6 tahun tanpa sebarang LTI sehinggalah ke penghujung 2013, apabila sebuah insiden telah dicatatkan. Sebagai langkah mempertingkatkan prestasi, kumpulan rig T-201 sentiasa berusaha meringkaskan serta menseragamkan lagi proses penggerudian dan pelengkapan dengan sebaik mungkin. Selain itu, teknologi-teknologi dan kelengkapan baru sentiasa diperkenalkan sebagai langkah mempertingkatkan prestasi dan keselamatan. Apabila ditanya adakah mereka telah sampai ke tahap tertinggi yang boleh dicapai, Michael Collins yakin bahawa perjalanan untuk melakukan peningkatan masih lagi berterusan. Katanya, “Kami melihat kepada penggerudian berkelompok sebagai satu cara untuk mengurangkan lagi kos dan menimbangkan untuk membawa rekabentuk telaga fishhook ke bawah permukaan bumi yang lebih dalam ke arah lapisan yang bertekanan tinggi.” Oleh itu, pastikan awda terus mengikuti perkembangan yang akan berlaku seterusnya di Brunei!
15
PENCAPAIAN
Perjalanan Akreditasi Pusat Kesihatan Panaga
S
ebelum keluaran ini, awda berpeluang membaca tentang majlis akreditasi Pusat Kesihatan Panaga(PHC) pada April 2014. Liputan acara tersebut merupakan artikel pertama bagi satu siri tiga liputan Salam bagi PHC tentang bagaimana kemudahan perubatan Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) ini sedang mengorak langkah ke
arahtahap lebih tinggi bagi industri kesihatan Brunei secara amnya. Ikuti temubual berikut di PHC Lounge dengan tiga ahli kumpulan projek akreditasi, iaitu Dr Murali RaoKetua Bahagian Pergigian, HML/2; Siti Rozaimah Ibrahim, Ketua Farmasi, HML/13; danRosetta MinorAbsah, Pengurus Jaminan Kualiti, HML/18.
Dari kiri: Azmi Rajap, HML / 131 dan Fatmah Abd Rahman, HML / 131 menyediakan ubat-ubatan di kaunter Farmasi PHC
Temubual dengan ahli-ahli kumpulan Salam: Sila kongsi pandangan awda tentang proses akreditasi yang dicapai. Rao: PHC telah mula berunding dengan Malaysian Society for Quality Health (MSQH) beberapa tahun yang lalu. Pihak MSQH mempunyai banyak panduan dan standard yang harus kami penuhi dan kami telah menjalankan beberapa prosedur pelaksanaan daripada segi infrastruktur, pentadbiran klinik dan korporat serta beberapa bidang lain. Kami mulakan dengan membentuk tujuh kumpulan bagi projek ini. Ahli-ahli kumpulan tersebut telah berusaha dengan konsisten bagi menjayakan rancangan dan telah melalui beberapa sesi audit sepanjang setahun setengah yang lalu. Salam: Apakah makna usaha ini bagi awda dan kumpulan PHC? Rao: Ini adalah kali pertama projek seumpamanya dijalankan di Brunei. Kami mewakili kemudahan penjagaan kesihatan Brunei yang pertama mencapai pengiktirafan proses akreditasi antarabangsa sepanjang empat tahun dengan pencapaian markah lebih daripada 94%. Sememangnya in adalah detik yang membanggakan bagi PHC, BSP dan Brunei. Salam: Baik! Siti – sila ceritakan tentang perjalanan ke
16
arah transformasi Bahagian Farmasi. Siti Rozaimah: Pencapaian akreditasi telah membolehkan kumpulan Farmasi menghasilkan tahap prestasi tinggi yang konsisten bagi para pelanggan kami. Mustahak sekali bagi kakitangan Farmasi mengetahui teliti undang-undang farmaseutikal dan kepiawaian pengurusan ubat-ubatan. Sebelum penilaian dijalankan untuk akreditasi, kami terlebih dahulu menjalankan penilaian sendiri diselaraskan dengan kepiawaian jabatan-jabatan BSP yang lain seperti Kawalan Kewangan (FAC). Melalui ini, kami menyediakan satu pelan tindakan terperinci. Salam: Apakah cabarancabaran utama yang awda hadapi sepanjang perjalanan ini? Siti Rozaimah: Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi di dalam perjalanan ke arah akreditasi adalah penyesuaian terhadap perubahan. Namun begitu, akreditasi telah memberi kami peluang untuk menilai semula proses-proses kami, di samping meringkaskan atau memperelokkannya lagi. Kami telah mampu mengenalpasti kekurangan yang ada dan juga ruangruang untuk melakukan peningkatan. Hasilnya, para kakitangan kami telah menjadi lebih faham tentang peranan, tanggungjawab dan juga batasanbatasan mereka.
Cabaran seterusnya untuk melaksanakan proses-proses baru yang diperlukan adalah mendapatkan kepastian semua kakitangan berpengetahuan tentang standardstandard yang ada bagi mencapai pematuhan yang berterusan. Salah satu bidang yang menjadi tumpuan di dalam perjalanan kea rah akreditasi adalah jaminan keselamatan bagi para pesakit daripada segi penggunaan ubat-ubatan. Kami telah menjalankan beberapa inisiatif pelaksanaan kualiti bagi mengurangkan risiko kesilapan pengagihan ubat-ubatan melalui farmasi PHC. Sebagai contoh, kami telah memperkenalkan pendekatan yang dikenali sebagai LASA (Look Alike Sound Alike). Ianya merupakan satu senarai ubat-ubatan yang kelihatan sama dan mempunyai nama yang serupa. Kami mengajar dan melatih para kakitangan kami bagi tujuan ini supaya mereka tidak tersilap mengagihkan ubat-ubatan yang kelihatan sama dan mempunyai nama yang serupa. Kami berbangga kerana menjadi salah satu farmasi di Brunei yang telah menggunakan pendekatan ini. Tambahan lagi, selain daripada pendekatan ini menyumbang kepada kejayaan mencapai akreditasi, ianya juga telah diiktiraf dengan memenangi pingat perak Peningkatan Perniagaan (bersambung ke muka surat 17)
WARGA KERJA
Taklimat Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 bagi BSJV
S
yarikat Minyak Brunei Shell (BSP) telah menganjurkan beberapa sesi taklimat berkenaan pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 pada April 2014, di Dewan Komuniti Pusat Insani, Seria dan Dewan Indera Kayangan, Empire Hotel and Country Club di Jerudong untuk para kakitangan yang bekerja di Daerah Brunei-Muara. Taklimat telah dibuka kepada semua kakitangan syarikat-syarikat BSJV dan dipersembahkan bagi kefahaman bagi pendengar Islam dan bukan Islam. Selepas taklimat yang disampaikan oleh wakil-wakil pihak berkuasa yang berkaitan, para kakitangan BSJV telah mengajukan soalan-soalan serta
(bersambung dari muka surat 16)
Pengarah Urusan BSP! Salam: Sungguh membanggakan! Dr. Rao, adakah peningkatan lain di PHC yang ingin dikongsi bersama? Rao: Kesemuanya berkait rapat dengan penambahan nilai perkhidmatan untuk para pelanggan. Misalnya, ada sebuah poster besar dengan soalan ‘Adakah awda perlukan rawatan segera?’ Mereka yang memerlukan perhatian serta merta seperti sakit dada tidak perlu beratur dan boleh mendapat rawatan di bilik kecemasan (ER). Semua kakitangan
Poster besar berhampiran kaunter depan memaklumkan pesakit tertentu untuk pergi terus ke ER
meminta penjelasan tentang undangundang baru tersebut.
Lima penceramah kerajaan telah hadir untuk taklimat dan sesi soaljawab bagi pegawai BSJV
kami dilatih untuk mengesan pesakit seumpama ini supaya mereka boleh terus dibawa ke ER. Kini kami juga ada sebuah Bilik Kaum Ibu yang selesa bagi kegunaan ibu-ibu untuk menyusu atau menjaga bayi dan kanak-kanak, sementara mereka menunggu giliran mendapatkan rawatan. Satu lagi ialah Bilik Kaunseling Farmasi yang berhampiran farmasi dan boleh digunakan untuk perbincangan secara peribadi dan sulit, bersama ahli farmasi. Rao: Di samping itu, kami perlu mempastikan semua orang – daripada doktor, jururawat sehinggalah para pembantu - harus dilindungi daripada sebarang jangkitan berpunca daripada jarum terpakai dan darah. Oleh itu, kami telah mengumpul senarai semua kakitangan berserta dengan rekod vaksinasi masing-masing, dan diikuti dengan suntikan yang diperlukan dan melatih mereka. Rosetta: Satu lagi inisiatif ialah setiap tiga bulan, kami memantau pertumbuhan bakteria yang mungkin menjadi agen jangkitan, melalui pemeriksaan makmal ke atas tempat lazim para pesakit dan pelawat. Kami dapat memastikan
Simon van Oortmerssen, Jurutera Kebolehpercayaan, EOP / 41 (berdiri) adalah salah satu daripada kakitangan BSJV yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perintah tersebut
kesemua pesakit selamat berada di pusat kesihatan ini dan juga mempastikan mereka tidak mengalami sebarang jangkitan lain. Selain pesakit biasa, ramai yang datang ke PHC untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi keperluan pekerjaan. Bagi melindungi mereka yang sihat ini daripada sebarang jangkitan, kami menyediakan ruang pemeriksaan berasingan di Jabatan Kesihatan Pekerjaan supaya mereka tidak perlu menunggu bersama-sama pesakit lain. Mungkin tidak faedah penambahbaikan yang dilakukan dapat dilihat dengan segera, tetapi kesemuanya menambah nilai perkhidmatan kepada para pesakit kerana ianya diterapkan menjadi sebahagian pendekatan pengurusan kami. Dalam keluaran Salam seterusnya, kami akan menemubual Rosetta tentang Peranan dan bagaimana Roda Kemajuan membawa perubahan ke arah akreditasi.
17
WARGA KERJA
Penyerahan Tugas Jawatankuasa Generate 2013/2014
P
ada April 2014, Rangkaian Profesional Muda Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) yang dikenali sebagai Generate, telah mengadakan majlis penyerahan tugas kepada jawatankuasa baru. Hadir pada majlis itu adalah Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP yang telah menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada mereka yang telah menjadi ahli-ahli jawatankuasa 2013, serta surat-surat perlantikan kepada ahli-ahli jawatankuasa baru. Ketua baru jawatankuasa Generate adalah Ash-Shazly Ali, seorang Jurutera Takungan bidang Pengurusan Takungan dan Kemudahan Telaga (WRFM), CRE/11, yang bertugas di Champion Main Deep. Jawatankuasa Generate sebelum ini, yang diketuai oleh Emma Rosli, Penyelia Syif Kompleks yang bertugas di Operasi Pengeluaran (POP/111), bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa yang bertugas sebelum ini, telah berkongsi berbagai-bagai pengalaman serta nasihat dengan ahli-ahli jawatankuasa baru.
18
PENGIKTIRAFAN
Penghargaan Calon-calon Anugerah UI Impact 2013
330 individu dari 28 pasukan yang cemerlang yang terdiri daripada kakitangan BSJV dan rakan kongsi perniagaan, telah dianugerahkan sijil penghargaan
P
ada 23 Jun, 2014, seramai 330 kakitangan Syarikatsyarikat Usahasama Brunei Shell (BSJV) dan juga rakanrakan perniagaan daripada 28 kumpulan cemerlang telah menerima sijil-sijil penghargaan di Atrium Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), bagi mengiktiraf pencalonan projek-projek mereka untuk mendapatkan Anugerah Shell Upstream International Impact 2013 pada lewat tahun lepas. Ken Marnoch, Pengarah Urusan BSP, telah menyampaikan sijil-sijil tersebut di dalam satu acara yang dihadiri oleh kumpulan kepimpinan kanan BSP, wakil-wakil kumpulan dan lain-lain kakitangan staff. Acara ini telah diadakan bagi menghargai kumpulan-kumpulan serta individu-individu berkenaan yang telah mempamerkan komitmen luarbiasa untuk mencari kaedah melakukan kerja dengan lebih selamat, murah dan lebih berkesan dalam usaha mereka untuk mempertingkatkan lagi hasil keputusan yang membawa kejayaan kepada syarikat-syarikat BSJV. Di dalam satu pencapaian yang pertama seumpamanya bagi pihak
syarikat, satu kumpulan campuran di antara kumpulan Eksplorasi BSP (XM) dan kumpulan Geofisik (TSG) telah memenangi kategori “Nilai Portfolio” dan seterusnya muncul sebagai johan Bidang Eksplorasi di peringkat akhir (UIX). Sementara itu, kumpulan campuran di antara kakitangan BSP dan BLNG telah menang di dalam kategori “Keberkesanan Tenaga Kerja” hasil sokongan mereka kepada Rangka Kerja Kekompetenan Industri Tenaga di Brunei. Lain-lain projek membawa impak yang dicalonkan daripada BSP adalah Pemaksimuman Nilai Perancangan Aktiviti Bersepadu; The Flying Dragons; Hati dan Minda Kesejahteraan; Pemerosesan Data Persekitaran; Kepimpinan Sasaran Sifar Luar Pantai Timur; Penerangan Kewangan; Kejayaan 100% Pembangunan Latihan dan Kekompetenan di BSP; Jaminan Keselamatan Proses Bagi Telagatelaga; Pemampatan Tekanan Tinggi AMPA 9; RIGS – Variasi Kontrak Pembangunan Perniagaan Tempatan; Portfolio Rig BSP; Perjalanan Penrasionalan dan Pelaksanaan Penggera PSBR9 BSP; Pengurusan Bahan-bahan; Bekalan Gas HHP
(dimaksimakan) Bagi Loji Gas Tungku Oleh Aset Timur BSP; Eksplorasi Padang Jarak Dekat Iron Duke; dan Mencapai Status Kalkulatif Bagi Integriti Operasi di Aset Darat. Turut disenaraikan sebagai projekprojek yang diiktiraf adalah Pasukan Tindakan Cepat Timur BSP, Inisiatif Menghalang Keletihan Pemandu, Kempen Penggerudian Telaga Infill Berinovasi dan Berjaya South West Ampa, Perkhidmatan Bas Komuter Ramadhan, Pelaksanaan PINTAR TIMUR & BARAT, Talian Paip Umbilikal dan Kabel Pembanjiran Air Champion, Strategi Penggantian Kapal Marin, Pembangunan Perniagaan Tempatan Brunei, Kumpulan Lojistik Bersepadu dan OilandGasCareerKu.com. Kumpulan-kumpulan serta para individu di dalam syarikat-syarikat BSJV berbangga dengan kecemerlangan hasil kerja yang ditunjukkan dengan menjadi rakan kongsi pilihan semua pihak dan bersikap responsif serta menyesuaikan diri dengan keadaan, ke arah mencapai Wawasan BSP untuk “Menjana Tenaga Sepanjang Zaman … Menjana Masa Hadapan Brunei”.
19
KESELAMATAN
Hari Keselamatan 2014 BSP
Haji Idris Haji Jaafar, Ketua Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar BSP menyampaikan kuliah 12 Peraturan Penyelamat Nyawa
T
ema-tema Hari Keselamatan 2014 kali ini adalah pencapaian Sasaran Sifar dan memperkasa 12 Peraturan Melindungi Nyawa. Sebab tema-tema ini dipilih boleh dilihat dengan jelas daripada gambarajah di bawah. Pada 2013, Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) mencatatkan 54 pelanggaran Peraturan Melindungi Nyawa yang merupakan satu pertambahan mendadak berbanding dengan 11 pelanggaran pada 2012. Soalan penting yang perlu ditanyakan adalah - kenapa? BSP kini sedang menyiasat persoalan kepada situasi yang sama sekali tidak boleh diterima ini. Ekoran itu, sebagai sebahagian daripada pengungkayahan inisiatif Hari Keselamatan 2014 daripada 4 Jumlah Pelanggaran Peraturan 120 100 80 60 40 20 0
2009 2010
2011 2012 2013 2014
Jumlah Pelanggaran Peraturan
20
Total
Hj Amit Abdul Razak, Ketua Bruneianisation & Sumber Tenaga Kerja, HRB, adalah salah seorang pemimpin BSP yang mengetuai acara Hari Keselamatan di seluruh BSP
sehingga 6 Jun, lebih daripada 50 pemimpin-pemimpin BSP telah melawat lebih daripada 100 kemudahan syarikat di daratan dan luar pantai bagi mendengar, membincangkan, mengenengahkan persoalan dan berbicara dengan para kakitangan serta rakan-rakan perniagaan. Dengan menekankan bahawa Hari Keselamatan 2014 bukan semata-mata terbatas kepada 4, 5 atau 6 Jun, Carlo Hugo Parrado Curros, daripada Jabatan HSE BSP berkata,“Pemimpinpemimpin kami telah menjadikan lokasi-lokasi lawatan mereka sebagai ‘kemudahan angkat’. Mereka akan terus melawat kemudahan-kemudahan yang serupa bagi memantau sebarang kemajuan yang dibuat terhadap keselamatan. Mereka juga telah menyatakan komitmen untuk menyokong segala usaha untuk menjadikan tempat-tempat tersebut lebih selamat. Ini adalah halatuju ke arah kemajuan yang sedang kami usahakan. Ini adalah juga cara kami untuk mencapai Sasaran Sifar.” Para pemimpin yang berkenaan juga telah menggunakan kesempatan tersebut untuk berkongsi pengalaman peribadi masing-masing tentang betapa pentingnya keselamatan dan Peraturan Melindungi Nyawa di dalam hidup mereka sendiri. Mereka turut berkongsi video Hari Keselamatan Shell dan juga video yang mengajak
semua orang bersama-sama merenungkan Peraturan Melindungi Nyawa. Ini diikuti dengan perbincangan terbuka tentang berapa banyak daripada Peraturan Melindungi Nyawa yang benar-benar diketahui oleh semua orang, bagaimana untuk mengingati kesemuanya dan juga cara terbaik untuk menyampaikan teguran terhadap sebarang pelanggaran peraturan. Kakitangan serta rakan-rakan perniagaan turut digalakkan untuk menyatakan ikrar komitmen masingmasing tentang bagaimana mereka akan merealisasikan Sasaran Sifar dan berkongsi ikrar ini di ‘The Wall’. Secara keseluruhannya maklumbalas daripada para pemimpin, kakitangan dan rakan-rakan perniagaan adalah positif.
Georges Menane, Pengarah Kewangan BSP memberi ucapannya pada Hari Keselamatan
BSM
Oleh: Huwaida Moksin
P
rogram Sasaran Sifar Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) pada tahun ini telah merangkumi sebuah rancangan keselamatan enam bulan yang membantu memperkukuhkan lagi Budaya Keselamatan di pejabat serta di kalangan rakan-rakan perniagaan yang berkenaan. Rancangan ini telah melibatkan pengendalian latihanlatihan yang menajamkan lagi fokus terhadap pematuhan serta usaha menangani isu-isu perilaku yang boleh membawa kepada perbuatanperbuatan yang tidak selamat. Pada 4 Jun, BSM telah melancarkan Hari Keselamatan Shell 2014 di kesemua kawsan-kawasan operasinya, dalam usaha memperkukuhkan lagi kesedaran tentang 12 Peraturan Melindungi Nyawa di kalangan kakitangan di tempat kerja dan juga sebelum, semasa atau pun selepas pelaksanaan sesuatu kerja. Stesen-stesen minyak BSM juga turut melancarkan sebuah kempen bertajuk‘Fill Safe, Feel Safe’ pada 12 Jun di 14 stesen minyak utamanya di empat daerah Brunei. Acara pelancaran telah disertai lebih 50 pengusaha dan para kontraktor. Acara telah dimulakan dengan sesi dialog toolbox yang menekankan semula 12 Peraturan Melindungi Nyawa serta mengadakan perkongsian Learning From Incidents (LFI), atau pembelajaran daripada insiden di stesen-stesen yang berpunca
BSM komited untuk membina budaya Matlamat Sifar untuk semua orang daripada mana-mana kebocoran dan bahaya dan menghormati kejiranan
daripada kegagalan mematuhi arahan-arahan yang ditetapkan. Kemuncak Kempen ‘Fill Safe, Feel Safe’ telah diadakan di Stesen Mar’azmala, di mana Jabatan Bomba dan Penyelamat telah didatangkan khas bagi menyebarkan pembelajaran tentang kemahiran asas melawan kebakaran pengusaha-pengusaha, orang ramai dan juga nelayan-nelayan yang melanggan stesen-stesen tersebut. Mereka yang hadir telah dijemput untuk mencuba menggunakan berbagaibagai alat pemadam kebakaran dan selimut pemadam api dengan cara yang betul. Acara pada hari itu telah dimulakan dengan lawatan keselamatan di presmis acara diadakan dan pengagihan risalah maklumat Kempen ‘Fill Safe, Feel Safe’ kepada pengguna-pengguna jalanraya yang singgah menggunakan stesenstesen minyak. Jalanraya Pengangkutan darat yang diuruskan oleh BSM setiap tahun meliputi jarak perjalanan lebih kurang 3 juta kilometer. Pada Ahad, 15 Jun, BSM telah menganjurkan Hari Keselamatan bagi para pemandu lori tangki dan treler LPG BSM. Seramai 60 pemandu telah menyertai acara tersebut bersama-sama dengan Pg Shamhary Pg Dato Paduka Haji Mustapha, Pengarah Urusan BSM. Antara aktiviti Hari Keselamatan tersebut adalah penayangan video bertajuk‘Mencapai Sasaran Sifar’ dan juga sesi
Memperkasa Peraturan Melindungi Nyawa bagi Pengangkutan Jalanraya. Aktiviti setengah hari tersebut telah diakhiri dengan satu majlis penghargaan bagi menyampaikan Anugerah Pemandu Terbaik dan hadiah untuk Kuzi Keselamatan Jalanraya. Anugerah Pemandu Terbaik adalah pengiktirafan bagi para pemandu yang tidak mempunyai rekod kesalahan jalanraya dan diwujudkan sebagai satu standard pemanduan selamat. Memperkasakan keselamatan Usaha meningkatkan kesedaran ke arah keselamatan di jalanraya dan stesen-stesen minyak turut dikongsi bersama melalui saluran radio dan televisyen serta telah diketengahkan di Pesta Pengguna yang telah berlangsung pada 25-29 Jun. Aspek keselamatan yang akan diketengahkan pada minggu hadapan adalah Kesedaran Keselamatan LPG diikuti dengan sesi-sesi Walkabout yang dirancang sepanjang tahun. Salah satu perkara yang akan diberi perhatian adalah gerai-gerai makanan yang dibuka semasa acara-acara sambutan peringkat kebangsaan, di sekolah-sekolah dan juga kawasankawasan perindustrian. BSM adalah komited terhadap usaha membudayakan Sasaran Sifar bagi semua orang dan juga melindungi orang ramai daripada kebocoran dan bahaya. 21
KESELAMATAN
BSM Menang Anugerah Platinum
Pg Shamhary (duduk ke-lima dari kiri) dan Pasukan Terminal Penerbangan BSM gembira selepas memenangi anugerah global yang berprestij tersebut
Terminal Penerbangan BSM yang dikendalikan oleh Jabatan Pembekalan dan Pengagihan telah mencapai satu lagi detik penting dengan memenangi Anugerah Platinum Sasaran Sifar HSSE Penerbangan Shell 2013. Anugerah berprestij ini adalah pengiktirafan peringkat global daripada Penerbangan Shell bagi pihak-pihak yang telah mempamerkan pemikiran HSSE proaktif serta mencapai prestasi HSSE yang tinggi. Pada 31 Mac Pg Shamhary Bin Pg DP Haji Mustapha, Pengarah Urusan BSM, telah menyampaikan anugerah tersebut berserta sijil pengiktirafan
kepada Kumpulan Penerbangan dengan disaksikan oleh Kumpulan Kepimpinan BSM, wakil-wakil Jabtan Penerbangan Awam dan operatoroperator penerbangan. Haji Zainie Bin Haji Suhaili, Superintenden Penerbangan BSM, berkata bahawa pencapaian tersebut adalah bukti bagi semua usaha serta komitmen yang ditunjukkan oleh mereka yang terlibat. Dia percaya ini adalah permulaan suatu perjalanan yang menurutnya adalah berdasarkan, “Semangat Kerja Berkumpulan + Sikap Positif = Formula Kejayaan”.
Pasukan Penerbangan terus melaksanakan aktiviti mengisi dengan selamat bagi syarikat penerbangan dan kapal penerbangan di Brunei 22
Terminal Penerbangan BSM telah dengan konsisten mencapai status jalur Hijau bagi Audit Penerbangan Shell serta tahap Baik bagi Audit Sistem Kualiti Operator Penerbangan utama. Anugerah-anugerah Sasaran Sifar HSSE yang dicapai oleh Terminal Penerbangan BSM termasuklah: 2007 - Gangsa 2009 - Gangsa 2010 - Perak 2011 - Emas 2012 - Emas 2013 - Platinum
Seorang kakitangan Terminal Penerbangan memeriksa pantau untuk memastikan pengisian bahan bakar adalah selamat
TEKA-TEKI
Teka-teki Keluaran No. 3 Jawapan terbaik bagi Teka-teki daripada Keluaran No. 3 adalah “Jalan Pretty di Kuala Belait”. Dan seperti juga Calgary dan Aberdeen, pertumbuhan Kuala Belait berhubung rapat dengan kerancakan industri minyak dan gas di persekitarannya. Gambar ini telah diambil pada awal tahun 1970an sebelum Jalan Pretty dibina semula pada tahun 1990an. Besar kemungkinan awda masih boleh lagi melihat kedai-kedai di dalam gambar ini apabila bersiar-siar di KB! Pemenang jawapan bagi teka-teki ini adalah Mohd Khiari Yakob, daripada bahagian Pengawalan dan Automasi di bawah Rekabentuk Kejuruteraan Aset, BSP AED/554. Tahniah Khiari!
v
Teka-teki kenangan sejarah Keluaran No. 4 Dia sudah bertahun-tahun berkhidmat kepada BSP, Dibakar panas mentari dan badai angin laut yang mengkakis, Kulitnya sekukuh besi, tetapi dalamnya ampuh dan melindungi Dia veteran Perang Dunia Kedua – tetapi bukanlah sepertimana yang awda andaikan. Siapakah “dia”?
Hantarkan kepada kami nama sebenar “dia”, lokasinya dan peranannya! Ketahui jawapannya di dalam keluaran Salam akan datang. Emelkan jawapan awda ke:
[email protected] Jawapan terbaik yang pertama diterima daripada mana-mana kakitangan BSJV akan memenangi hadiah! 23