Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
ESTETIKA DAN KEINDAHAN SONGKET MELAYU Othman Mohd Yatim Zainal Abidin Borhan Mohammad Nazzri Ahmad Mohamad Anis Abdul Samad Ka/au tuan naik ke bukit Singgah di bawah pohon terap Tuan umpama benang emas songket Terang cahqya merelap-relap Dalam membicarakan tentang seni tekstil Melayu kita tidak dapat lari daripada memperkatakan juga tentang songket Melayu. Dari itu ada baiknya kita mengenali terlebih dahulu seni Tekstil Melayu. U mum mengetahui bahawa seni tekstil ialah salah satu seni rupa Melayu yang merupakan bahan asas sebelum menjadi busana Melayu iaitu berasaskan kepada benang hingga menjadi kain. Busana pula berasaskan daripada kain hinggalah menjadi pakaian atau kostum. Seni tekstil Melayu merujuk kepada seni kraf tangan penghasilan kain itu sendiri yang menggunakan pelbagai bahan, peralatan dan sehinggalah terhasilnya pelbagai jenis tekstil Melayu. Di antara tekstil tersebut seperti kain batik, kain gerus, kain perada, kain tenun pua, kain
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
panjang, kain bujang, kain kampuh, kain pelekat, kain cindai, kain songket clan pelbagai jenis lagi. Songket merupakan antara warisan tamadun Melayu Serumpun yang penting clan menyedari hakikat kepentingannyalah kami telah melakukan penyelidikan di Batu Bara clan di Palembang, Indonesia selain mengkaji songket Malaysia. Pada masa dahulu pengetahuan untuk membuat pelbagai jenis tekstil merupakan pengetahuan yang penting untuk seseorang, ini kerana mereka perlu membuatnya untuk kegunaan sendiri. Dalam penciptaan tekstil tersebut tidak dapat dipisahkan dari aspek rupa bentuk yang menekankan nilai formalismenya, aspek utilitinya iaitu kegunaannya secara praktikal clan aspek maknanya iaitu nilai ritual clan estetikanya yang menyentuh kandungan isi yang wujud di sebalik rupanya yang tersurat serta rasa keindahan yang dicetuskan oleh emosi manusia semasa melihatnya.
1ru
Membicarakan estetika seni tekstil Melayu bermakna kita tidak boleh lari dari membicarakan hiasan atau dekorasinya. Dalam konteks seni tekstil Melayu, hiasan tersebut diwakili oleh motifnya yang diberikan pelbagai nama clan rupa. Dari aspek falsafah, setiap motifnya memberikan pelbagai mesej yang kebiasaannya mengandungi nilai jati diri, kemasyarakatan clan nilai kepercayaan yang turut menerima nilai-nilai mistik Falsafah yang terdapat di dalamnya sangat mendalam, ia bukan sekadar penutup tubuh tetapi di dalamnya ada unsur keselamatan untuk si pemakai, menegaskan tentang status sosial si pemakai sama ada dari golongan kebanyakan atau golongan atasan, bercerita tentang adat, mengetengahkan harga diri clan tradisi serta kepercayaan clan agama yang dianuti. Pada penggunaan motif-motifnya pula ia berfungsi menaikkan seri wajah, memelihara akhlak si pemakainya dengan unsur kesedaran diri
2
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu
yang mendalam menerusi maksud yang dalam di kandungnya, mendoakan si pemakai dengan kebahagiaan, kesejahteraan, kemakmuran, kesuburan, kerukunan hidup, clan dijauhi dari kesusahan.
Kain Songket Kain songket adalah hasil tenunan tradisional masyarakat Melayu yang sangat bernilai. Kebiasaannya pembuatan songket ini diketuai oleh kaum perempuan. Ia banyak dihasilkan di Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur Semenanjung clan di negeri Sarawak. Sejarah bermulanya penggunaan songket ini tidaklah diketahui dengan pasti, tetapi dipercayai ia merupakan satu warisan yang berasal daripada istana atau ada kaitannya dengan kesultanan Melayu, khususnya sebelum sistem pemerintahan tradisional beraja, kecuali di Malaysia, dihapuskan oleh penjajah Barat. Istilah songket adalah berasal daripada perkataan Melayu, menyungkit menggunakan benang gimpal (emas clan perak). Ia bukanlah kaedah membuat kain atau kain secara sulam kerana penghasilan motif dibuat sebagai hiasan pada kain dilakukan semasa proses tenun. Proses menghasilkan kain songket melibatkan proses menyungkit benang gimpal pada benang loseng. Ini bermakna benang pakan emas diselitkan pada benang biasa (kapas clan sutera) bagi menghasilkan motif pada songket (Haziyah Hussin, 2004: 33) Proses menenun kain songket bermula dengan gerak kerja untuk menenun kain daripada benang. Benang yang sudah sedia dicelup dengan warna-warna tertentu clan sudah dilerai dari bundalannya ke dalam cuban akan dialani kepada kek, iaitu digulung ke pasung clan dimasukkan ke gigi jentera tenunan benang kekuntuk menjadi kain. Proses tenunan untuk menenun benang menjadi kain itu dipanggil mengarat. Sambil mengarat benang itu tukang tenun akan menyungkit susunan benang pada
3
Jumal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
bahagian-bahagian yang telah dipastikan terlebih dahulu dan melancarkan benang emas bagi mencipta motif tertentu dalam pembikinan songket. Dalam konteks tradisi agung Melayu (fhe Malay great tradition) pemakaian songket melibatkan status pemakainya dan pemakaiannya pula penuh simbolik sebagai simbol adat istiadat dan pantang larang. Melalui catatan daripada himpunan teks sastera Melayu lama, kita boleh menemui kelangsungan tamadun berpakaian dan reka bentuk pakaian tradisional Melayu. Misalnya di dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Misa Melayu dan beberapa teks lain. Di dalam teks tersebut terdapat catatan tentang kisah atau ruang lingkup kehidupan di istana, perhubungan diplomatik dan perdagangan, perkembangan kebudayaan dan adat istiadat yang dilambangkan melalui penganugerahan persalinan kepada mereka yang berjasa dalam bentuk kain songket yang lengkap. Sesungguhnya kemasukan pelbagai budaya mengayakan songket Melayu dan kemasukan Islam mengemaskan lagi keindahannya itu. Pada awal perkembangan songket ini, berdasarkan maklumat yang didapati daripada hikayat-hikayat lama tadi ia adalah pakaian golongan bangsawan, golongan istana ini menggunakan songket untuk menunjukkan kedudukan dan kebesarannya. Pihak istana sahaja yang dikatakan mampu dan dibenarkan memiliki songket dan mengupah penenun tempatan dan Sumatera bagi menghasilkan corak pilihannya (Selvayagam, 1990). Rata-rata penggunaan songket ini dikaitkan dengan upacara adat dan perayaan tertentu, paling utamanya ialah pada majlis perkahwinan. Selain itu, ia turut dipakai di majlis atau keraian lain seperti majlis berendoi, berkhatan, dan khatam Al-Quran. Apabila seni telah merakyat, khususnya istana hilang fungsinya sebagai penaung seni, rakyat biasa dibenarkan memakai songket sewaktu majlis perkahwinan, namun fungsi simboliknya
4
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu
masih kekal, lantaran itu pasangan yang berkahwin itu dipanggil Raja sehari.
Nilai Keindahan Songket Melayu Dalam memahami tentang betapa pentingnya kain songket kepada orang Melayu adalah bermanfaat seseorang itu memahami tentang keindahannya. Songket Melayu merupakan hasil kraf tangan Melayu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, ini dapat dilihat daripada proses awal pembuatan hinggalah apabila ianya dipakai. Ia menampilkan kejelitaan dan keanggunan si pemakai selain menegaskan sifat-sifat tertentu. Kami mengambil gabungan pendekatan Ku Zam Zam Ku Idris (1984) dan Zakaria Ali (1989) dalam melihat keindahan songket Melayu 101.
Menurut Ku Zam Zam keindahan dalam seni rupa Melayu terbahagi kepada tiga nilai iaitu nilai kehalusan, kesesuaian, dan keaslian. Manakala bagi Zakaria Ali, keindahan seni rupa Melayu berdasarkan kepada enam prinsip iaitu halus, berguna, bersatu, berlawan, berlambang, dan bermakna. Berdasarkan pendekatan-pendekatan ini, kami merumuskan bahawa dalam melihat keindahan seni songket Melayu secara keseluruhannya dapat dilihat daripada tiga prinsip utama iaitu prinsip bijak, baik, dan benar.
1. Prinsip bijak Melihat kepada permaknaan yang diberikan melalui Kamus Dewan, bijak didefinisikan sebagai sangat pandai, cerdik, pintar, arif, dan berakal budi. Dalam seni songket Melayu, kebijaksanaan ini dapat dilihat melalui kemahiran yang dimiliki oleh penenun Melayu dalam menghasilkan songket. Hanya dengan kemahiran yang tinggi penenun dapat menghasilkan songket yang halus. Kehalusan dalam seni pula adalah satu
5
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
perkara yang semestinya. Dalam penghasilan seni Melayu perkara ini menjadi asas utama. Dalam sejarah seni juga menegaskan bahawa tanpa kemahiran ticlak mungkin clapat menciptakan sesuatu yang halus. Menurut Zakaria Ali (1989), kehalusan clalam penghasilan seni clapat dilihat melalui clua faktor, pertamanya cara pembuatan clan kecluanya kejujuran pacla bahan yang digunakan. Manakala menurut Ku Zam Zam (1984) halus bermaksucl ticlak besar, ticlak kasar, lembut, clan licin sifat fizikalnya clan clihasilkan clengan cermat clan teliti serta bersungguhsungguh. lni bermakna clalam menghasilkan sesuatu yang halus ia memerlukan ketekunan clan kesabaran. Sebagai contohnya clalam pembuatan kain songket yang kaclangkala mengambil masa berbulan-bulan untuk menenunnya, clengan kesabaran inilah mereka clapat menghasilkan kainkain yang halus jalinannya bila dipegang seperti kain cinclai, kain tenunan benang sutera, clan kain sutera Bugis. Kehalusan songket Melayu acla digambarkan clalam Hikayat Awang Sulung yang berbunyi jika clikembang selebar alam, jika dilipat sebesar kuku. Manakala halus yang merujuk kepacla kejujuran bahan aclalah clilihat claripacla penggunaan benang clan warna yang tulen clan berkualiti tanpa menukar atau mencampurkannya clengan bahan-bahan asing. Kehalusan ini juga dilihat menerusi proses pembuatannya seperti clalam tenunan Melayu, kain songket tekat tiga lebih halus nilainya berbanding kain songket tekat lima. Teknik tekat tiga agak rumit untuk clitenun tetapi kainnya agak ringan berbanding tekat lima yang muclah clitenun tetapi agak berat clan tebal. Kehalusan clalam songket juga clapat dilihat melalui garapan motif terhaclap kain tersebut. Penenun menjaclikan alam sebagai pancluan menghasilkan motif, tetapi objek sebenar akan digarap atau diolah untuk menjadi sesuatu yang baru clan ticlak menirunya secara 'total'.
6
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu
Selain aspek kehalusan, prinsip bijak juga melihat bahawa dalam pemikiran masyarakat Melayu setiap barangan seni yang dihasilkan haruslah mempunyai fungsi kegunaannya. Malahan berdasarkan sejarah awal perkembangan seni didapati bahawa mereka menciptakan sesuatu peralatan untuk tujuan guna kemudian barulah ianya dihiasi untuk mencantikkannya. Sebagaimana penciptaan songket yang asasnya bertujuan menutupi dan melindungi tubuh dari panas dan kecederaan. Sebagai objek yang berfungsi, penghasilan songket tidak dapat dipisahkan daripada aspek pemaknaannya. Simbolisme pemakaian songket juga dapat dilihat melalui penggunaan motif, pelbagai motif yang diletakkan pada songket mengandungi maknanya yang tersendiri. Songket juga dalam masyarakat Melayu membawa perlambangan tertentu, misalnya songket ini dikaitkan dengan lambang kemewahan. Dalam masyarakat Melayu Palembang, Indonesia misalnya, dalam sesebuah majlis perkahwinan, masyarakat dapat mengetahui jumlah hantaran melalui penggunaan songket. Semakin tinggi jumlah hantarannya bermakna semakin banyaklah penggunaan songket. Selain itu, kebijaksanaan penenun Melayu juga dilihat dari aspek penghasilan songket yang asli. Menurut Kamus Dewan keaslian ialah ketulenan, kejatian, dan kemuliaan. Ini bermakna bahawa faktor pengaruh asing tidaklah ditolak bahkan terjadinya proses penyaringan atau penapisan, iaitu penafsiran semula makna dan menyaring serta menggubah dan meninggalkan mana-mana unsur yang dirasakan tidak sesuai dengan budaya Melayu. Sebagai contohnya kain songket ini dikatakan berasal daripada pengaruh negara India dan China tetapi telah dimasukkan unsur-unsur tempatan dengan meletakkan motif dari alam Melayu seperti pucuk rehung, bunga padi, daun inai, bunga pecah empat, bunga kekwa, cengkih, melur, dan bunga cempaka.
7
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
Keaslian penghasilan songket Melayu sebenarnya bermula dari proses mencelup benang hinggalah menenun kain. Keaslian songket Melayu paling terserlah pada pemilihan motif dan kehalusan tenunannya. Di sinilah terserlah kebijaksanaan penenun Melayu dalam menghasilkan keaslian dalam songket Melayu.
2. Prinsip baik Kamus Dewan mendefinisikan baik sebagai sesuatu yang memberi faedah dan memuaskan hati. Dalam seni Songket Melayu prinsip atau nilai baik ini dapat dilihat melalui penghasilan songket yang bersesuaian dengan kehendak dan nilai dalam masyarakat. Maksud kesesuaian ialah berpadanan, berpatutan, serasi, secocok, dan tidak membazir. Kesesuaian merujuk kepada kesesuaian reka bentuk dengan fungsinya, kesesuaian reka bentuk dengan nilai kepercayaan dan sosial, kesesuaian motif dan corak dengan bentuk serta kesesuaian pemilihan warna kain dan motif yang ditonjolkan. Songket Melayu dikatakan baik kerana dalam penghasilan corak atau reka bentuk songket ia bersesuaian dengan fungsinya. Berfungsi bermaksud dalam penghasilan karya seni seperti songket ini, ia bukanlah sekadar hiasan untuk tatapan mata sahaja. Songket digunakan untuk menutupi tubuh si pemakai. Sebagai objek yang berfungsi juga ia bukan sekadar dipakai oleh seseorang tetapi oleh keseluruhan ahli keluarga dan masyarakat. Melalui pemakaiannya jua ia dapat mencerita tentang seseorang individu, sebagai contohnya kain songket dan kain limar mempunyai corak-corak dan motif-motif yang bersesuaian dengan fungsinya untuk menegaskan status sosial seseorang pemakai. Selain itu penghasilan corak dan reka bentuk songket Melayu juga bersesuaian dengan kepercayaan, nilai, dan norma masyarakat. Bagi masyarakat Melayu setiap motif hiasan mengandungi makna tertentu.
8
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu
Tidak kira sama ada ia berunsurkan geometri, flora atau fauna. Dalam ungkapan adat ada menyatakan kalau baju memakai bunga, tengoktengok pada maknanya. Dengan kedatangan Islam corak fauna tadi telah diabstrakkan agar memenuhi tuntutan agama. Terdapat pelbagai motif haiwan yang diabstrakkan antaranya motif burung merak, kupu-kupu, unduk-unduk laut, siku kluang, gigi yu, kuda laut dan pelbagai lagi. Berdasarkan puisi di bawah penyesuaian motif dengan nilai masyarakat dapat dilihat daripada contoh motif itik malu dan itik bersabung dua:
"Memakai hiasan Itik Malu Tanda jodoh akan bersatu Lepas/ah beban dari bahu Jauh/ah segala aib dan ma/u" "Memakai Itik Bersabung Dua Tanda berpadu kasih sqyang'!)a Tanda keka/ tali darah'!)a Tanda berbudi berhati mu/ia." Berdasarkan puisi di atas ia menggambarkan bahawa motif itik malu hanya dipakai oleh orang yang masih bujang iaitu anak dara ataupun yang telah bertunang. Manakala motif Itik Bersabung Dua menggambarkan si pemakainya telah pun bernikah. Oleh kerana itu, dilihat bahawa motif mempunyai perkaitan dengan nilai sosial Melayu. Selain itu, penghasilan kain songket yang tidak mp1s dan pemakaiannya yang tidak ketat sesuai dengan ajaran Islam. Melalui pemakaian secara ini ia dapat menutup aurat si pemakai dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Bagi golongan lelaki yang memakai kain songket sebagai kain samping menjelaskan bahawa masyarakat Melayu memperkukuhkan lagi aurat yang perlu ditutupi oleh mereka. Masyarakat Melayu menyatakan dalam pantun berbunyi:
9
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
Pasang kubu berlapis-lapis Kubu berlapis kuat diserang Pantang Melqyu berbaju nipis Berbaju nipis adattrya hilang Jarang berguru ilmu tak dapat Kalaupun tamat tidaklah mudah Pantang Melqyu berbqju ketat Berbqju ketat mer!fatuhkan maruah. (fenas Effendy: 2004)
Penghasilan songket Melayu juga menekankan kepada aspek kesesuaian corak dan motif dengan hentuk Ini termasuklah keseimbangan dengan hentuknya iaitu pada hahagian kepala kain, badan kain, dan tepi atau kaki kain. Sebagai contohnya motif pucuk rehung menempati bahagian kepala kain songket kerana bentuk pucuk rehung terutamanya motif Pucuk Rehung Lawi Ayam adalah yang paling digemari kerana ia holeh dihuat menegak dan mengiring dengan hertemu di puncak sesuai dengan tempatnya di kepala kain, Selain itu, motif pucuk rehung yang hanyak digunakan ialah motif pucuk rehung herjuang, putu, kendung, dan gigi hota. Manakala motif-motif seperti unduk-unduk (kuda) laut dan gigi hota pula sesuai diletakkan di hahagian tepi kain kerana sifatnya yang sesuai menjadi bingkai manakala motif-motif teluk herantai seperti jari lipan, unduk-unduk laut, hunga cengkih, tampuk manggis, dan hunga hintang sesuai diletakkan pada hadan kain kerana sifatnya yang merangkaikan motif sehingga memenuhkan keseluruhan kain tersehut. Motif tersehut herbeza saiz mengikut kesesuaian atau keluasan ruang yang perlu diisi. Bagi songket yang haik, motif yang lehih kecil atau halus akan diletakkan pada ruang-ruang yang terhad. Songket Melayu turut menekankan kepada kesesuaian warna dasar
10
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu
Oleh itu, dalam pemilihan warna selain dari aspek kecantikan ia perlu melihat dari aspek sosialnya. Bagi melahirkan songket yang menarik pewarnaan motif akan dibezakan dengan warna pada kain dasarnya ini kerana perbezaan itu dapat menimbulkan kesan visual yang menarik, kebiasaannya warna latarnya lebih gelap daripada warna motifnya. Walau bagaimanapun, kain songket yang berwarna kuning di Raja dan bermotifkan bunga berbenang emas masih menimbulkan keindahan meskipun hampir dengan warna latar kain. Penonjolan motif berlaku apabila benang emas itu sendiri berkilau. Sebenarnya untuk menilai mana-mana kain songket sekalipun, ia perlu dipandang secara mengiring dan bukannya tepat clan menegak ini kerana kilauan benang emas akan lebih kelihatan sekiranya dipandang secara mengiring. Selain itu, kesesuaian warna pula berdasarkan kepada si pemakainya, iaitu songket berwarna kuning keemasan untuk di Raja, songket berwarna hijau dan biru untuk orang besar, golongan bangsawan dan berkedudukan tinggi, songket berwarna putih untuk ulama dan songket berwarna hitam atau gelap untuk pahlawan dan pendekar. Ini ada disebut dalam pantun di bawah:
Bukan kuning sebarang kuning Kuning melata ada hqjaf1!Jla Bukan kuning sebarang kuning Kuning rqja ada daulaf1!J!a. Bukan bertih sebarang bertih Bertih pe1!J!emah tanda sqjian Bukan putih sebarangputih Putih ulama tanda beriman Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang dipohon tinggi
11
Jurnaf Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006
Bukan merah sebarang merah Merah terbilang tanda berani. (Tenas Effendr. 2004)
Walau bagaimanapun pada masa sekarang terdapat kebebasan penggunaan warna pada pemakaian songket. Dari pemerhatian kami kebanyakan songket yang dihasilkan di Terengganu dan Kelantan banyak menggunakan warna yang cerah manakala songket Pahang lebih cenderung menggunakan warna yang lembut seperti merah jambu, ungu muda, biru muda, dan sebagainya. Pada masa ini pengguna bebas menentukan pemilihan warna yang diingini. Selain itu, kesesuaian penggunaan songket ini akan lebih terserlah sekiranya pemakaian songket dan pemilihan warna yang sesuai dipakai sewajarnya mengikut suasana, majlis, waktu, tempat, dan musim.
3. Prinsip benar Selepas kehadiran Islam ke Tanah Melayu, songket telah dihasilkan dengan nilai yang lebih tinggi dan teliti. Ini dapat dilihat dari proses awal penghasilannya lagi. Seseorang penenun songket itu dikatakan perlu berada dalam keadaan tenang sebelum menenun, ini kerana kerja-kerja menenun memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, bagi mereka yang menjalankan kerja tenunan ini sebagai kerja sampingan perlulah melaksanakan tugas-tugas utama terlebih dahulu. Penghasilan songket Melayu juga dilihat memenuhi kehendak Islam. Cara pemakaian songket dilihat memenuhi kehendak Islam untuk menutup aurat. Malahan kain songket tidak dihasilkan dalam keadaan nipis dan pakaian yang diperbuat daripada songket kebiasaannya tidak ketat. Manakala songket yang dijadikan kain samping oleh orang lelaki mempertegaskan lagi aurat yang perlu ditutup oleh mereka iaitu dari aras pusat ke lutut. Pemakaian songket yang bersopan ini secara tidak langsung
12
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu
dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan. Melalui pemakaian yang bersopan yakni yang tidak ketat, tidak nipis clan menutup aurat juga sebenarnya boleh memelihara hubungan sesama manusia. Pemakaian yang sopan ini dapat menghindari diri daripada perkara-perkara yang negatif. Jarang berguru zlmu tak dapat, Kalaupun tamat tidakkan mudah, Pantang Melqyu berbqju ketat, Bqju ketat me'!)atuhkan maruah. (Tenas Effendy: 2004)
Dalam penghasilan motifnya pula, tidak ada menggunakan motif makhluk bernyawa secara terang atau langsung. Setiap motif akan diabstrakkan terlebih dahulu. Alam hanya dijadikan sumber inspirasi dalam mengkayakan lagi songket Melayu. Secara keseluruhannya ia menjelaskan bahawa dalam penghasilan pemakaian songket Melayu ia secara tidak langsung sentiasa mengingat kita kepada kebesaran Tuhan.
Kesimpulan Songket adalah sejenis kain yang menjadi lambang identiti clan daya kreativiti masyarakat Melayu. Nilai keindahannya sangatlah tinggi clan perlu dihargai. Idea kesepaduan ketiga-tiga prinsip ini merupakan kekuatan yang utama kepada songket. Penggunaan songket ini boleh diperluaskan clan dihidupkan kembali. Kepada mereka yang dalam usaha memberikan nafas baru kepada songket janganlah sampai menghilangkan tradisinya. Pemakaian songket boleh diperluaskan, jika pemakaian batik mula diberikan perhatian mengapa songket harus diketepikan. Sesungguhnya songket bukanlah
13
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006
sekadar kain tradisi, pembuatannya hams dengan keihkalasan, setiap susunan emas dan benang kapasnya menceritakan sejuta perasaan dan kenangan. Bercerita tentang tradisi dan jati diri untuk panduan generasi ke satu generasi.
Motif ditenun penuh mesra Tampok Manggis diberi nama Jangan di canggung songketpusaka Kelak merana generasi kita
Nota Kertas kerja ini disediakan untuk Seminar Songket Serumpun Me/aka 2004. di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
Rujukan Haziyah Hussin, 2004. "Peranan Songket Dalam Perkahwinan Melayu". JurnalikatanAhliArkeologiMalaysia, Bil. 17, hlm. 33-50. Ku Zam Zam Ku Idris, 1984. "Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan Melayu". Dewan Budaya, hlm. 4-43. Norwani Mohd. Nawawi, 2002. Songket Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Selvanayagam, Grace lnpam, 1990. Songket Malaysia's Woven Treasure. Singapore: Oxford University Press. Si ti Zainon Ismail, 1986. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
14
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu
_ _ _ _ _ _ _ , 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. _ _ _ _ _ _ _, 1997. Tekstil Tenunan Melqyu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tenas Effendy, 2004. 'Etika berpakaian Melayu' dalam Busana Me/aka. Institut Seni Malaysia Melaka. Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
15