EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 SYMBIOSIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TARIKH: 19 & 20 OKTOBER 2013
TEMPAT: GUNUNG LEDANG, JOHOR
ANJURAN: SOCIETY OF UTM BIOSCIENCES STUDENT (SymBIOSiS) dan BIOMEDICAL STUDENT SOCIETY (BIOMEHS) FAKULTI BIOSAINS DAN KEJURUTERAAN PERUBATAN (FBME) dengan kerjasama
SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU
SENARAI ISI KANDUNGAN 1.0
Senarai Komuniti Pengurusan 1.1
Bidang Tugas Komuniti Pelaksana
1.2
Laporan Penuh Setiausaha
1.3
Laporan Ketua-Ketua Unit
1.4
1.3.1
Laporan Unit Makanan
1.3.2
Laporan Unit Pengangkutan
1.3.3
Laporan Unit Peralatan Dan Penempatan
1.3.4
Laporan Unit Pendaftaran
Lampiran 1.4.1
Minit-Minit Mesyuarat
1.4.2
Laporan Kewangan
1.4.3
Gambar-Gambar Ketika Program Berlangsung
1.4.4
Salinan Kertas Kerja
1.4.5
Salina Surat Kelulusan
1.0 SENARAI KOMUNITI PENGURUSAN
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 PENAUNG Yg. Bhg. Prof. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), UTM PENASIHAT Prof. Dr. Jasmy Bin Yunus Dekan Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, UTM PENASIHAT PERSATUAN PELAJAR Professor Madya Dr. Fahrul Zaman Bin Huyop Timbalan Dekan Akademik Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan,UTM PRESIDEN SymBIOSiS Ahmad Ridhzuan Bin Siam 012-3552676
[email protected]
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 PENGARAH PROGRAM Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki 014-6168691 TIMBALAN PENGARAH Nur Fatien Atieqa Binti Mohd Jamal 013-4834968 SETIAUSAHA Fateh Nasoha Binti Ayob BENDAHARI Nurul Atiqah Binti Othman AJK PERALATAN DAN PENEMPATAN Mohamad Zadil Hayat Bin Rusli AJK PENGANGKUTAN Noor Asyraf Bin Noor Azman AJK MAKANAN Wan Fatin Amira Binti Wan Mohd Zawawi AJK PENDAFTARAN Muhammad Saifullah Bin Osman
1.1 BIDANG TUGAS KOMUNITI PELAKSANA
Pengarah Program
Menyelia secara keseluruhan.
Menyiapkan kertas kerja.
Mendapatkan kelulusan dari pihak atasan.
Timbalan Pengarah
Membantu Pengarah Program.
Memastikan setiap unit melaksanakan tugasan yang diberikan.
Setiausaha
Penyediaan laporan selepas program.
Menyediakan surat-surat rasmi.
Mencatat minit mesyuarat setiap mesyuarat.
Bendahari
Menyiapkan anggaran belanjawan.
Menguruskan urusan keluaran tunai.
Menguruskan bil-bil atau resit rasmi.
Menyediakan akaun belanjawan setelah tamat program.
Unit Makanan
Mengurus keperluan makanan dan minuman sepanjang tempoh program dijalankan.
Menyelenggarakan makanan dan minuman mengikut masa yang ditetapkan kepada peserta.
Membuat tempahan makanan.
Unit Pendaftaran
Menyiapkan borang penyertaan.
Menguruskan penyertaan peserta.
Unit Teknikal
Menyenaraikan peralatan yang diperlukan oleh unit-unit lain.
Menyediakan peralatan yang diperlukan.
Unit Pengangkutan
Mengambil senarai peserta, surat kelulusan dan tentatif.
Mengisi permohonan tempahan bas secara online.
Berada di waktu yang ditetapkan untuk menguruskan perjalanan bas.
1.2 LAPORAN PENUH SETIAUSAHA
LAPORAN PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 Tarikh
:
19 & 20 Oktober 2013
Tempat
:
Gunung Ledang, Johor
Anjuran
:
Symbiosis dan Biomehs dengan kerjasama Sekretriat Rakan Muda
Laporan oleh
:
Fateh Nasoha Binti Ayob
Society of UTM Biosciences Student (SymBIOSiS) dan Biomedical Student Society (BIOMEHS) dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda (SRM) telah menganjurkan program berteraskan aktiviti mendaki iaitu Ekspedisi Gunung Ledang FBME 2013 pada 19 dan 20 Oktober 2013 yang bertempat di Gunung Ledang, Johor.
Tambahan pula, objektif utama program ini adalah untuk menerapkan semangat kerjasama berpasukan dan interaksi menyeluruh. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih ketahanan mental dan fizikal bagi menempuhi segala cabaran kerjaya hidup kelak. Sebelum aktiviti mendaki ini berlangsung, pelbagai persediaan diambil kira termasuk penyediaan latihan fizikal, peralatan perkhemahan serta pengangkutan ke Gunung Ledang.
Jumlah peserta yang mengikuti program Ekspedisi Gunung Ledang ini adalah seramai 17 orang yang terdiri daripada pelbagai fakulti dan tahun bagi setiap bidang. Sepanjang program ini berjalan, tiada masalah atau halangan yang dihadapi kecuali hujan lebat buat berapa ketika. Walaubagaimanapun, tentatif berjalan mengikut aktiviti yang ditetapkan dan yang paling penting kami tiba di puncak Gunung Ledang untuk melihat matahari terbit. Kegembiraan yang terbit daripada wajah peserta sukar digambarkan dan sememangnya menjadi satu pengalaman unik untuk berjaya mendaki Gunung Ledang apatah lagi sebagai pelajar UTM semestinya tidak mahu melepaskan peluang ini.
Secara keseluruhan, dapat dilihat bahawa kerjasama amat penting bagi menjalankan program yang mencabar daya ketahanan mental dan fizikal seperti ini. Tanpa kerjasama dan sikap saling tolong-menolong yang mapan, program seperti ini tidak akan berjaya dan mencapai objektif yang dikehendaki.
1.3 LAPORAN PENUH KETUA UNIT
UNIT MAKANAN LAPORAN GERAK KERJA Bil Tarikh Sebelum 1. 15 Oktober 2013
2.
18 Oktober 2013
Perkara
Berbincang tentang menu makanan yang sesuai berserta kuantiti. Menyediakan bajet makanan. Membeli makanan dan minuman pek. Mengagihkan makanan kepada peserta.
Semasa 1. 19 dan 20 Oktober 2013
Penyediaan makanan untuk peserta. Mengemas sampah dan sisa-sisa makanan minuman.
Selepas 1. 23 Oktober 2013
Membuat laporan khas unit
Tindakan Unit makanan
Unit makanan dan peserta
Unit makanan
PERMASALAHAN Unit makanan tidak mengalami begitu banyak masalah. Cuma apabila tiba masa untuk memasak makan, cuaca hujan lebat sedikit mengganggu keteraturan penyediaan makanan untuk setiap peserta. Walaubagaimanapun, makanan dan minuman cukup diagihkan kepada setiap peserta malah melebihi untuk para peserta menambah lagi makanan. Secara ringkas, perancangan unit makanan berjalan dengan lancer sepanjang program berlangsung.
CADANGAN Menyediakan stove dan bekas makanan yang lebih supaya mudah untuk para peserta makan dan mempunyai bekalan stove yang banyak untuk bersedia daripada stove basah serta kehabisan gas.
UNIT PENGANGKUTAN LAPORAN GERAK KERJA Bil. Tarikh Sebelum 1. 12 Oktober 2013
2.
17 Oktober 2013
Semasa 1. 19 & 20 Oktober 2013 Selepas 1. 27 Oktober 2013
Perkara
Tindakan
Meminta Surat Kelulusan, Tentatif dan Senarai Peserta dalam bentuk soft copy. Memohon penempahan bas melalui system online.
Unit Pengangkutan, Unit Pendaftaran, Pengarah Program
Mengumumkan masa dan tempat untuk menaiki bas.
Unit Pengangkutan
Memastikan jumlah peserta cukup untuk menaiki bas. Bersedian di tempat menunggu bas.
Unit Pengangkutan
Membuat laporan unit.
Unit Pengangkutan
PERMASALAHAN Unit Pengangkutan tidak mengalami sebarang masalah berkenaan permohonan bas dari Unit Harta Bina UTM. Cuma kelewatan sesetengah peserta menjadikan masa untuk sampai di Gunung Ledang terlebih sedikit berbanding di dalam tentatif asal. Secara keseluruhan, perjalanan unit pengangkutan berjalan dengan lancar walaupun terlewat sedikit daripada jadual asal.
CADANGAN Peserta sepatutnya tiba awal di tempat berkumpul bas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum bertolak. Hal ini perlu ditegaskan untuk mengelakkan jadual pergerakan program terganggu dan peserta telah diingatkan akan perjalanan program pada hari tersebut dengan lebih jelas.
UNIT PERALATAN DAN PENEMPATAN LAPORAN GERAK KERJA Bil Tarikh Sebelum 1. 15 Oktober 2013
2.
17 Oktober 2013
Perkara
Menyenaraikan barang dan peralatan yang diperlukan.
Peminjaman barang dari Sekretariat Rakan Muda. Membeli barang yang diperlukan dari unit lain.
Semasa 1. 19 & 20 Oktober 2013 Selepas 1. 23 Oktober 2013
Tindakan Unit Peralatan dan Penempatan
Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik untuk diguna semasa program dijalankan. Mengemas peralatan selepas digunakan.
Unit Peralatan dan Penempatan
Pemulangan barang-barang yang dipinjam kepada Sekretariat Rakan Muda. Membuat laporan unit.
Unit Peralatan dan Penempatan
PERMASALAHAN Unit Peralatan dan Penempatan mengalami masalah semasa program dijalankan di Kem Kolam Gajah, Gunung Ledang. Masalah utama adalah kekurangan ground dan flyer (tempat berteduh) yang tidak mencukupi. Ini kerana hujan yang lebat menyebabkan peserta terpaksa duduk di bawah teduhan yang sempit dan sukar untuk unit makanan untuk memasak di dalam ruang yang kecil dan tidak efisien. Permasalahan ini boleh dibaiki untuk kebaikan program berbentuk ini pada masa hadapan.
CADANGAN Kami mencadangkan agar penambahan ground dan flyer yang mencukupi serta tali yang kuat untuk mengikat ground dan flyer dengan lebih stabil. Khemah juga disarankan untuk dibawa untuk menyimpan barang yang tidak kalis air.
UNIT PENDAFTARAN LAPORAN GERAK KERJA Bil Tarikh Sebelum 1. 28 September 2013
Perkara Borang penyertaan dibuat.
2.
2 Oktober 2013
Hebahan dibuat berkenaan program Mula mengambil nama peserta yang berminat.
3.
18 Oktober 2013
Merumuskan senarai nama peserta buat kali terakhir.
Semasa 1. 19 & 20 Oktober 2013 Selepas 1. 24 Oktober 2013
Tindakan Unit pendaftaran
Pendaftaran peserta. Mengutip yuran penyertaan.
Unit pendaftaran
Membuat laporan khas unit
Unit pendaftaran
PERMASALAHAN Penyertaan amat kurang memberangsangkan kerana jangkaan peserta adalah 30 orang tetapi hanya 17 orang peserta yang mengikuti program ini. Ini kerana mungkin kurangnya pendedahan dengan jelas tentang program ini serta tiada unit multimedia dan unit publisiti untuk membuat hebahan secara meluas. Di samping itu, kebanyakan mereka yang berminat menarik diri di saat terakhir kerana masalah kewangan dan hal peribadi walaupun angkanya sudah hampir mencecah 30 orang yang mahu pergi. Secara ringkas, penyertaan peserta tidak seperti yang diharapkan.
CADANGAN Kami mencadangkan agar diwujudkan unit multimedia dan unit publisiti supaya dapat menarik lebih lagi jumlah peserta untuk menyertai program berbentuk outdoor ini. Tambahan pula, hebahan perlulah menggunakan pelbagai jenis media dan perlu dihebahkan lebih awal sebelum tarikh program berlangsung supaya mereka dapat mengatur jadual aktiviti dengan lebih awal.
1.4.1 MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT BERTULIS MAJLIS TERTINGGI/BIRO/PERSATUAN/PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 MESYUARAT(MEETING) BIRO(BUREAU)/PERSATUAN (SOCIETY)/PROGRAM (PROGRAMME) TARIKH(DATE)/ HARI(DAY) MASA(TIME) LOKASI(VENUE) AGENDA MESYUARAT (MEETING AGENDA)
Mesyuarat Akhir EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
PERBINCANGAN (DISCUSSION)
AGENDA 1 : TAKLIMAT RINGKAS
18/10/2013 Jumaat 8.30 malam Arked K9
Taklimat ringkas perjalanan program Pembahagian barang
1. Pengarah Program Oleh: Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki 2.
Perjalanan program disebut semula mengikut tentative yang ditetapkan.
3.
Sesi perkenalan dengan peserta yang bakal terlibat dan pencerahan program bagi yang kurang jelas.
AGENDA 2 : PEMBAHAGIAN BARANG
1.
Barang diagihkan dengan sama rata kepada setiap peserta.
2.
Barang yang diagihkan termasuk makanan dan peralatan yang akan digunakan nanti.
3. KESIMPULAN (CONCLUSION)
Sesi terakhir sebelum bertolak pada esok pagi. Setiap unit berkumpul dan rumusan terakhir untuk perjalanan program esok hari. Segala peralatan dan makanan diyakini cukup sebelum program berlansung.
1.4.2 LAPORAN KEWANGAN
Wang Masuk
Wang Keluar
Pendapatan
RM
Peruntukan HEMA
Tiada
Tabung Persatuan
0.00
Perbelanjaan
RM
Baju Makanan Minuman Peralatan
Penajaan
-
Sumbangan
-
USR
-
Jumlah Pendapatan Untung
1360.00 0.00
Jumlah Perbelanjaan
1360.00
1.4.3 GAMBAR SEPANJANG PROGRAM BERLANGSUNG
Pemandangan awan di puncak Gunung Ledang
Wajah gembira saudara Bad di atas puncak Gunung Ledang
Pemandangan hutan dari puncak Gunung Ledang
Keakraban saudara Costas dan Jack di puncak
Wajah penat bercampur gembira peserta
Para peserta bergambar bersama bunting yang dilukis
Batu penanda aras tinggi di puncak Gunung Ledang
Peserta bergambar di batu penanda aras tinggi
Saudara Zaid berselera menjamah snek di atas puncak
Para peserta berehat selepas penat mendaki
Saudara Adan dan Ikmal yang banyak membantu program
1.4.4 SALINAN KERTAS KERJA
KERTAS KERJA EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 (TANPA PERUNTUKAN) TARIKH 19 & 20 OKTOBER 2013 TEMPAT GUNUNG LEDANG, JOHOR ANJURAN SOCIETY OF UTM BIOSCIENCES STUDENT (SymBIOSiS) dan BIOMEDICAL STUDENT SOCIETY (BIOMEHS) FAKULTI BIOSAINS DAN KEJURUTERAAN PERUBATAN (FBME) dengan kerjasama
SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KELULUSAN
MAKLUMAN
KERTAS KERJA EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013
Disediakan oleh
Disahkan oleh
Diluluskan oleh
Nama
Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki
Professor Madya Dr. Fahrul Zaman Bin Huyop
Prof. Dr.Mohd Ismail Bin Abd Aziz
Jawatan
Pengarah Program
Timbalan Dekan Akademik Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan
Timbalan Naib Canselor
Tandatangan
Tarikh
(Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA)
IPTA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NAMA PROGRAM
EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG
JENIS PROGRAM
MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM
ANJURAN
TARIKH DAN TEMPAT ANGGARAN KOS
1. MENERAPKAN SEMANGAT KERJASAMA BERPASUKAN DAN INTERAKSI MENYELURUH 2. MELATIH KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL BAGI MENEMPUHI SEGALA CABARAN KERJAYA HIDUP KELAK SOCIETY OF UTM BIOSCIENCES STUDENT (SYMBIOSIS), DAN BIOMEDICAL STUDENT SOCIETY (BIOMEHS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DENGAN KERJASAMA SEKRETARIAT RAKAN MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU 19 & 20 OKTOBER 2013 GUNUNG LEDANG JOHOR TANPA PERUNTUKAN
1.0
PENDAHULUAN
Aktiviti mendaki gunung bukan perkara asing dalam penglibatan mahasiswa mahasiswi di UTM khususnya. Program yang memperlihatkan pelbagai nilai kerjasama banyak diterapkan dalam ekspedisi mendaki gunung sekaligus mengupas kemahiran kendiri dan mengasah ketajaman mental serta kekuatan fizikal bagi mengharungi segala cabaran yang bakal ditempuhi.
Bagi mencapai visi dan misi UTM , kami sedaya upaya cuba membantu para mahasiswa untuk keluar daripada kepompong pemikiran yang kurang menyelami aktiviti kelab mahupun kolej supaya turut sama menyertai program bertunjangkan ilmu kendiri dan pemantapan mahasiswa holistik. Selain itu, program ini juga dapat mengembangkan tahap pemikiran dan pandangan mahasiswa di samping mengaplikasikan teori yang telah dipelajari terutamanya apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang berada di luar jangkaan.
Tambahan pula, program ini memberi peluang kepada mahasiswa UTM supaya dapat menyelami keindahan alam sekitar dengan lebih dekat dan meningkatkan motivasi diri untuk keluar dari zon selesa mahasiswa seterusnya melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dalam pelbagai aspek.
1.0
TUJUAN
Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan bagi menjalankan program ini dengan jayanya. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk memberitahu pihak atasan fakulti tentang aktiviti baharu yang dijalankan pihak kelab.
2.0
NAMA PROGRAM “EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013”
3.0
TEMA PROGRAM
MENCABAR JATI DIRI MELENGKAP PERSONALITI KENDIRI
4.0
OBJEKTIF
i)
Menerapkan semangat kerjasama berpasukan dan interaksi menyeluruh
ii)
Melahirkan mahasiswa yang matang dalam mengetahui mengendalikan pembelajaran dan penyelidikan
iii)
Melatih ketahanan mental dan fizikal bagi menempuhi segala cabaran kerjaya hidup kelak
iv)
Melahirkan mahasiswa yang berfikiran terbuka dan peka kepada keadaan persekitaran
v)
5.0
Meningkatkan motivasi diri untuk keluar daripada zon selesa mahasiswa
PENGANJUR Society Of Utm Biosciences Student (SymBIOSiS), dan Biomedical Student Society (BIOMEHS), Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru., Universiti Teknologi Malaysia.
6.0
TEMPAT DAN TARIKH PROGRAM
Tarikh
: 19 & 20 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad)
Tempat
: Gunung Ledang, Johor
PENYERTAAN
Seramai 20 orang mahasiswa yang akan menyertai program ini. Mereka terdiri daripada mahasiswa Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan (FBME), Universiti Teknologi Malaysia
7.0
BENTUK PROGRAM
Program ini berbentuk ekspedisi mendaki gunung yang dapat melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya tahan diri yang mantap serta melahirkan mahasiswa yang berkeyakinan tinggi dalam menghadapi kehidupan.
8.0
CARTA ORGANISASI PROGRAM (JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran A
9.0
ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran B
10.0
TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran C
11.0
SOKONGAN
Pihak Fakulti Biosains Dan Kejuruteraan Perubatan (FBME), Universiti Teknologi Malaysia. menyokong penuh program ini bagi memastikan agar para mahasiswa mendapat informasi dan iput yang berguna untuk diaplikasikan pada masa akan datang.
12.0
PENUTUP
Dengan wujudnya program seumpama ini,semoga para mahasiswa dapat menambah informasi yang berguna tentang konsep pembelajaran di dalam mahupun di luar UTM. Selain itu, diharapkan agar input yang diperoleh dapat digunakan secara optimum.
LAMPIRAN A
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 PENAUNG Yg. Bhg. Prof. Dr. Mohd Ismail Bin Abd Aziz Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), UTM PENASIHAT Prof. Dr. Jasmy Bin Yunus Dekan Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, UTM PENASIHAT PERSATUAN PELAJAR Professor Madya Dr. Fahrul Zaman Bin Huyop Timbalan Dekan Akademik Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan,UTM PRESIDEN SymBIOSiS Ahmad Ridhzuan Bin Siam 012-3552676
[email protected]
JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG LEDANG FBME 2013 PENGARAH PROGRAM Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki 014-6168691 TIMBALAN PENGARAH Nur Fatien Atieqa Binti Mohd Jamal 013-4834968 SETIAUSAHA Fateh Nasoha Binti Ayob BENDAHARI Nurul Atiqah Binti Othman AJK PERALATAN DAN PENEMPATAN Mohamad Zadil Hayat Bin Rusli AJK PENGANGKUTAN Noor Asyraf Bin Noor Azman AJK MAKANAN Wan Fatin Amira Binti Wan Mohd Zawawi AJK PENDAFTARAN Muhammad Saifullah Bin Osman
LAMPIRAN B ANGGARAN BELANJAWAN 1. 2. 3. 4. 5.
Yuran Peserta Makanan Peralatan dan penginapan Upah Guider Jersi
RM 1200 RM 450 RM100 RM300 RM350 JUMLAH RM 1200
LAMPIRAN C
TENTATIF PROGRAM 19 Oktober 2013 (Sabtu) 7.30 pagi
:
Berkumpul dan pendaftaran peserta di Arked K9-K10
8.00 pagi
:
Bas mula bertolak ke Gunung Ledang, Johor
10.30 pagi
:
Tiba di base camp, Gunung Ledang, Johor.
11.00 pagi
:
Taklimat mendaki oleh Guider
11.30 pagi
:
Bergerak ke Campsite Kolam Gajah, Gunung Ledang.
4.00 petang
:
Tiba di Campsite Kolam Gajah, Gunung Ledang -rehat, makan, solat dan tidur -campfire dan aktiviti kumpulan
20 Oktober 2013 (Ahad) 1.00 pagi
:
Permulaan pendakian
6.30 pagi
:
Sampai di puncak -menghayati keindahan flora dan fauna -aktiviti di atas puncak
9.00 pagi
:
Turun ke Campsite Kolam Gajah -penerangan mengenai flora dan fauna daripada pegawai campsite -aktiviti mengenai flora dan fauna
11.30 pagi
:
Sampai di Campsite Kolam Gajah -aktiviti berkumpulan 1 -aktiviti berkumpulan 2
1.30 petang
:
Persiapan diri dan solat
2.00 petang
:
Turun ke tapak perhentian bas
3.30 petang
:
Bas bertolak ke UTM
6.00 petang
:
Sampai di UTM
Disediakan oleh: ……………………………………. (Muhammad Naqib Amirul Bin Mohd Zaki) Pengarah Program Disemak oleh: ……………………………………. (Ahmad Ridhzuan Bin Siam) Presiden Persatuan SymBioSiS Disokong oleh: ……………………………………. (Professor Madya Dr. Fahrul Zaman Bin Huyop) Timbalan Dekan Akademik Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan
1.4.5 SALINAN SURAT KELULUSAN