Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen") 1.
Tempoh Kempen 1.1 Kempen ini dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad ("Bank" atau " CIMB Bank ") dan bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2012, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ("Tempoh Kempen"). Bank berhak membuat perubahan dengan memberikan notis yang munasabah akan tempoh, tarikh mula berkuatkuasa dan atau tarikh tamat Tempoh Kempen tersebut.
2.
Kelayakan 2.1 Kempen ini terbuka kepada semua pengguna berdaftar CIMB Clicks yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ("Pelanggan (Pelanggan-pelanggan)") yang mempunyai akaun unit amanah denagn Bank. 2.2 Kakitangan CIMB Group tidak layak atau berhak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. Bagi maksud Terma-terma dan Syarat-syarat ini, CIMB Group hendaklah bermaksud kumpulan syarikat-syarikat / entiti-entiti yang diperbadankan di Malaysia yang mana CIMB Group Holdings Berhad, sebagai syarikat induk CIMB Group Sdn Bhd mempunyai kepentingan mengawal, secara langsung atau tidak langsung, sama ada dengan sendirinya atau melalui anak-anak syarikatnya. 2.3 Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan-pelanggan mestilah melabur dalam Tempoh Kempen dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai melalui saluran CIMB Clicks ("Pelanggan (Pelanggan-pelanggan) yang Layak"). Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai bermaksud dana-dana unit amanah terpilih daripada syarikat-syarikat pengurusan unit amanah terpilih yang ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai ini boleh didapati di http://www.cimbclicks.com.my/unitrust_intro.htm dan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya sebaik memberikan notis yang secukupnya terlebih dahulu.
3.
Kempen Kempen ini terdiri dari 3 bahagian: 3.1 Hadiah Premium 3.2 Hadiah Bulanan 3.3 Hadiah Penghargaan
4.
Hadiah Premium 4.1 Pelanggan yang Layak yang melabur sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000.00) berdasarkan gabungan pelaburan yang terkumpul di dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai semasa Tempoh Kempen berhak menerima „Gold Art Premium Collection Auspicious Wealth Frame‟ (“Hadiah Premium”). 4.2 Setiap Pelanggan yang Layak berhak menerima maksimum satu (1) Hadiah Premium sepanjang Tempoh Kempen. 4.3 Bagi pelaburan melalui akaun unit amanah yang dibuka secara bersama, Pelanggan yang Layak dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Hadiah Premium akan dialamatkan dan dihantar kepada pemegang akaun unit amanah utama. 4.4 Hadiah Premium akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akauan unit amanah utama melalui perkhidmatan kurier atau dalam sebarang cara lain yang dianggap wajar oleh Bank dalam masa 60 hari bekerja dari penghujung Tempoh Kempen.
5.
Hadiah Bulanan 5.1 Agar berpeluang memenangi „Royal Selangor Gold Fish Plaque‟ (“Hadiah Bulanan”), Pelanggan yang Layak hendaklah :a)
melabur sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000.00) berdasarkan gabungan pelaburan terkumpul dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai; dan
b)
merupakan antara dua puluh lima (25) Pelanggan yang Layak teratas dengan jumlah pelaburan tertinggi dalam mana-mana bulan tertentu sepanjang Tempoh Kempen.
5.2 Dua puluh lima (25) Hadiah Bulanan akan dihadiahkan setiap bulan sepanjang Tempoh Kempen. 5.3 Sekiranya terdapat jumlah pelaburan yang sama antara Pelanggan-pelanggan yang Layak, pemenang Hadiah Bulanan adalah Pelanggan yang Layak yang terlebih dahulu melabur dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai pada bulan tersebut.
Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen") 5.4 Setiap Pelanggan yang Layak berhak menerima maksimum satu (1) Hadiah Bulanan bagi setiap bulan Tempoh Kempen. 5.5 Bagi pelaburan melalui akaun unit amanah yang dibuka secara bersama, Pelanggan yang Layak dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Hadiah Bulanan akan dialamatkan dan dihantar kepada pemegang akaun unit amanah utama. 5.6 Hadiah Bulanan akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akauan unit amanah utama melalui perkhidmatan kurier atau dalam sebarang cara lain yang dianggap wajar oleh Bank dalam masa 60 hari bekerja selepas hari terakhir setiap bulan Tempoh Kempen.
6. Hadiah Penghargaan 6.1 Lima puluh (50) Pelanggan-pelanggan yang Layak pertama yang baru membuka akaun CIMB Clicks eInvest dan melabur sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000) dalam satu transaksi dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai semasa Tempoh Kempen berhak menerima satu (1) Payung Golf (“Hadiah Penghargaan”). 6.2 Tiada pengumpulan atau gabungan jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai yang berlainan dibenarkan bagi maksud pengiraan jumlah pelaburan minimum yang dinyatakan dalam Klausa 6.1. 6.3 Setiap Pelanggan yang Layak berhak menerima maksimum satu (1) Hadiah Penghargaan sepanjang Tempoh Kempen. 6.4 Bagi pelaburan melalui akaun unit amanah yang dibuka secara bersama, Pelanggan yang Layak dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Hadiah Penghargaan akan dialamatkan dan dihantar kepada pemegang akaun unit amanah utama. 6.5 Hadiah Penghargaan akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akauan unit amanah utama melalui perkhidmatan kurier atau dalam sebarang cara lain yang dianggap wajar oleh Bank dalam masa 60 hari bekerja dari penghujung Tempoh Kempen.
7.
Am 7.1 Dengan menyertai dalam Kempen ini, semua Pelanggan yang Layak adalah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju bahawa keputusan Bank berhubung dengan semua aspek Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang Menyertai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain bagi Dana Unit Amanah Ekuiti dan syarikat-syarikat pengurusan unit amanah masing-masing yang mana adalah berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat ini. 7.2 Bank berhak setelah memberikan notis yang secukupnya untuk menggantikan Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan dengan barangan lain yang sama nilainya. Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan tersebut tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau apa jua jenis kredit. Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan di bawah Kempen ini tidak termasuk apa-apa aksesori atau barangan yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan dan / atau bahan-bahan promosi yang mana ia adalah untuk tujuan fotografi sahaja. 7.3 Bank menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti terhadap apa-apa kerosakan, kerugian atau apa jua kecederaan yang timbul daripada Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan tersebut. 7.4 Sebarang aduan, pampasan atau permintaan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan hendaklah difailkan terhadap pedagang dan / atau pengeluar terbabit. 7.5 Pemenang-pemenang tidak boleh memohon untuk menukar warna produk atau spesifikasi produk atau nilai Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan. 7.6 Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan yang Layak bagi memastikan bahawa alamat dan nombor telefon yang diberikan dan dikekalkan dalam rekod Bank adalah terkini dan dikemaskini. 7.7 Penghantaran Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan dibuat atas risiko Pelanggan yang Layak dan sekiranya Bank mengkehendaki Pelanggan yang Layak untuk mengambil Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan pada suatu masa dan di suatu tempat yang dimaklumkan oleh Bank, Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan hendaklah diambil pada kos, perbelanjaan dan risiko Pelanggan yang Layak sendiri. Sekiranya Pelanggan yang Layak gagal menuntut Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau
Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen")
Hadiah Penghargaan dalam masa 30 hari dari tarikh makluman oleh Bank, Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan akan dirampas dan tiada tuntutan pun jua boleh dibuat terhadap Bank oleh Pelanggan yang Layak. 7.8 Bank mempunyai hak untuk merampas Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan sekiranya Pelanggan yang Layak tidak dapat dihubungi disebabkan alamat, alamat e-mel dan/atau nombor hubungan yang diberikan kepada Bank adalah tidak sah atau tidak tepat. 7.9 Sehingga had yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi, waranti atau endorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang waranti berkenaan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan tersebut. 7.10 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, secara tidak sengaja, berhubung dengan, sebagai contoh, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak-pihak ketiga) walaubagaimana sekalipun timbul sama ada melalui kontrak, tort, kecuaian, atau sebaliknya, berkaitan dengan Kempen ini, walaupun Bank telah dinasihatkan akan kemungkinan berlakunya kerosakan yang dimaksudkan terlebih dahulu, dan kesemua kerugian tersebut adalah dengan ini secara nyatanya dikecualikan. 7.11 Bank mempunyai hak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan Kempen ini selepas memberi notis yang secukupnya. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penangguhan Kempen ini tidak membolehkan mana-mana Pelanggan yang Layak untuk membuat apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap Bank terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami atau yang ditanggung oleh Pelanggan-pelanggan yang Layak akibat daripada kesan secara langsung atau tidak langsung tindakan pembatalan, penamatan atau penangguhan tersebut. 7.12 Bank mempunyai hak setelah memberikan notis yang secukupnya untuk mengubah (sama ada melalui penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan, atau bagaimana sekalipun) ("Pindaan") mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini. Pemberitahuan kepada Pelanggan yang Layak berkenaan Pindaan hendaklah dilaksanakan atas budi bicara mutlak Bank melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui pos biasa ke alamat terakhir Pelanggan yang Layak yang diketahui atau dengan menampal satu notis mengenai Pindaan pada setiap cawangan Bank atau dengan mengiklankan berkenaan Pindaan tersebut dalam satu akhbar pilihan Bank atau melalui laman web Bank dan Pindaan tersebut hendaklah disifatkan sebagai mengikat Pelanggan yang Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan tersebut atau dari tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam pemberitahuan itu. 7.13 Terma-terma dan Syarat-syarat ini, sepertimana ia mungkin boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 7.12, akan diutamakan berbanding mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 7.14 Bank atas budi bicara tunggal dan mutlaknya boleh membatalkan dan / atau menolak mana-mana Pelanggan yang Layak yang ia dapati akan mengganggu proses atau operasi Kempen ini, atau melakukan keingkaran atau berpotensi melakukan keingkaran terhadap Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 7.15 Untuk sebarang maklumat, pertanyaan, maklum balas dan / atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan yang Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan Bank pada alamat, e-mel, nombor telefon dan faksimili berikut (atau alamat, nombor telefon dan faksimili lain yang mungkin diubah oleh Bank melalui pemberitahuan kepada Pelanggan-pelanggan yang Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur; e-mail:
[email protected]; Tel: 1-300- 880- 900; Faks: 603- 26913248. 7.16 Pelaburan-pelaburan dalam unit amanah bukanlah obligasi-obligasi, deposit, dijamin atau diinsuranskan oleh Bank dan adalah tertakluk kepada risiko-risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan jumlah prinsipal yang dilaburkan. Pelanggan-pelanggan yang Layak adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus utama dan tambahan prospektus utamanya yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur. Pelanggan-pelanggan yang
Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad berkaitan Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen") Layak boleh melihat prospektus di http://www.cimbclicks.com.my/unitrust_intro.htm. Harga-harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin naik atau turun. Pelanggan-pelanggan yang Layak juga harus mempertimbangkan semua yuran dan caj yang terlibat sebelum melabur. Unit-unit akan diterbitkan setelah pengesahan pembelian dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat. Rekod prestasi dana masa lalu tidak seharusnya dijadikan panduan untuk mengukur prestasi pelaburan pada masa akan datang dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin. Pelanggan-pelanggan yang Layak harus bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit-merit dan risiko-risiko akan sebarang pelaburan. Pelanggan-pelanggan yang Layak yang berada dalam keraguan tentang tindakan yang akan diambil oleh mereka harus berunding dengan penasihat-penasihat profesional mereka dengan serta-merta. 7.17 Pelanggan-pelanggan yang Layak adalah tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Dana pampasan tidak meliputi Pelanggan yang Layak yang mengalami kerugian kewangan akibat daripada penggelapan atau penipuan penyalahgunaan wang atau lain-lain harta, oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil Bank. Jika Pelanggan yang Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan-keadaan di atas berhubung dengan tindakan kakitangan-kakitangan Bank, Pelanggan yang Layak boleh membuat aduan dengan Unit Resolusi Pelanggan (CRU) kami seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7.15. Pelanggan yang Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU kami boleh merujuk kes itu kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan keputusan akhir daripada CRU. Aduan Pelanggan yang Layak hanya akan diuruskan melalui salah satu daripada saluran di atas yang Pelanggan yang Layak pilih untuk merujuk kes tersebut.
Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen") Terma-terma dan Syarat-syarat
1.
Tempoh Promosi 1.1 Promosi ini dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad ("Bank" atau " CIMB Islamic Bank ") dan bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2012, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ("Tempoh Kempen). Bank berhak membuat perubahan dengan memberikan notis yang munasabah akan tempoh, tarikh mula berkuatkuasa dan atau tarikh tamat Tempoh Kempen tersebut.
2.
Kelayakan 2.1 Kempen ini terbuka kepada semua pengguna berdaftar CIMB Clicks yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ("Pelanggan (Pelanggan-pelanggan)") yang mempunyai akaun unit amanah denagn Bank. 2.2 Kakitangan CIMB Group tidak layak atau berhak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini. Bagi maksud Terma-terma dan Syarat-syarat ini, CIMB Group hendaklah bermaksud kumpulan syarikat-syarikat / entiti-entiti yang diperbadankan di Malaysia yang mana CIMB Group Holdings Berhad, sebagai syarikat induk CIMB Group Sdn Bhd mempunyai kepentingan mengawal, secara langsung atau tidak langsung, sama ada dengan sendirinya atau melalui anak-anak syarikatnya. 2.3 Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan-pelanggan mestilah melabur dalam Tempoh Kempen dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai melalui saluran CIMB Clicks ("Pelanggan (Pelanggan-pelanggan) yang Layak"). Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai bermaksud dana-dana unit amanah terpilih daripada syarikat-syarikat pengurusan unit amanah terpilih yang ditentukan oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Senarai Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai ini boleh didapati di http://www.cimbclicks.com.my/unitrust_intro.htm dan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya sebaik memberikan notis yang secukupnya terlebih dahulu.
3.
Kempen Kempen ini terdiri dari 3 bahagian: 3.1 Hadiah Premium 3.2 Hadiah Bulanan 3.3 Hadiah Penghargaan
4.
Hadiah Premium 4.1 Pelanggan yang Layak yang melabur sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000.00) berdasarkan gabungan pelaburan yang terkumpul di dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai semasa Tempoh Kempen berhak menerima „Gold Art Premium Collection Auspicious Wealth Frame‟ (“Hadiah Premium”). 4.2 Setiap Pelanggan yang Layak berhak menerima maksimum satu (1) Hadiah Premium sepanjang Tempoh Kempen. 4.3 Bagi pelaburan melalui akaun unit amanah yang dibuka secara bersama, Pelanggan yang Layak dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Hadiah Premium akan dialamatkan dan dihantar kepada pemegang akaun unit amanah utama. 4.4 Hadiah Premium akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akauan unit amanah utama melalui perkhidmatan kurier atau dalam sebarang cara lain yang dianggap wajar oleh Bank dalam masa 60 hari bekerja dari penghujung Tempoh Kempen.
5.
Hadiah Bulanan 5.1 Agar berpeluang memenangi „Royal Selangor Gold Fish Plaque‟ (“Hadiah Bulanan”), Pelanggan yang Layak hendaklah :a)
melabur sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu (RM20,000.00) berdasarkan gabungan pelaburan terkumpul dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai; dan
b)
merupakan antara dua puluh lima (25) Pelanggan yang Layak teratas dengan jumlah pelaburan tertinggi dalam mana-mana bulan tertentu sepanjang Tempoh Kempen.
Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen") 5.2 Dua puluh lima (25) Hadiah Bulanan akan dihadiahkan setiap bulan sepanjang Tempoh Kempen. 5.3 Sekiranya terdapat jumlah pelaburan yang sama antara Pelanggan-pelanggan yang Layak, pemenang Hadiah Bulanan adalah Pelanggan yang Layak yang terlebih dahulu melabur dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai pada bulan tersebut. 5.4 Setiap Pelanggan yang Layak berhak menerima maksimum satu (1) Hadiah Bulanan bagi setiap bulan Tempoh Kempen. 5.5 Bagi pelaburan melalui akaun unit amanah yang dibuka secara bersama, Pelanggan yang Layak dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Hadiah Bulanan akan dialamatkan dan dihantar kepada pemegang akaun unit amanah utama. 5.6 Hadiah Bulanan akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akauan unit amanah utama melalui perkhidmatan kurier atau dalam sebarang cara lain yang dianggap wajar oleh Bank dalam masa 60 hari bekerja selepas hari terakhir setiap bulan Tempoh Kempen.
6. Hadiah Penghargaan 6.1
Lima puluh (50) Pelanggan-pelanggan yang Layak pertama yang baru membuka akaun CIMB Clicks eInvest dan melabur sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000) dalam satu transaksi dalam mana-mana Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai semasa Tempoh Kempen berhak menerima satu (1) Payung Golf (“Hadiah Penghargaan”).
6.2
Tiada pengumpulan atau gabungan jumlah pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai yang berlainan dibenarkan bagi maksud pengiraan jumlah pelaburan minimum yang dinyatakan dalam Klausa 6.1.
6.3 Setiap Pelanggan yang Layak berhak menerima maksimum satu (1) Hadiah Penghargaan sepanjang Tempoh Kempen. 6.4 Bagi pelaburan melalui akaun unit amanah yang dibuka secara bersama, Pelanggan yang Layak dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa Hadiah Penghargaan akan dialamatkan dan dihantar kepada pemegang akaun unit amanah utama. 6.5 Hadiah Penghargaan akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemegang akauan unit amanah utama melalui perkhidmatan kurier atau dalam sebarang cara lain yang dianggap wajar oleh Bank dalam masa 60 hari bekerja dari penghujung Tempoh Kempen.
7. Am 7.1 Dengan menyertai dalam Kempen ini, semua Pelanggan yang Layak adalah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini dan bersetuju bahawa keputusan Bank berhubung dengan semua aspek Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Pelaburan dalam Dana Unit Amanah Ekuiti yang mematuhi undang-undang Syariah yang Menyertai adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat lain bagi Dana Unit Amanah Ekuiti dan syarikat-syarikat pengurusan unit amanah masing-masing yang mana adalah berasingan daripada terma-terma dan syarat-syarat ini. 7.2 Bank berhak setelah memberikan notis yang secukupnya untuk menggantikan Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan dengan barangan lain yang sama nilainya. Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan tersebut tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau apa jua jenis kredit. Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan di bawah Kempen ini tidak termasuk apa-apa aksesori atau barangan yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan dan / atau bahan-bahan promosi yang mana ia adalah untuk tujuan fotografi sahaja. 7.3 Bank menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti terhadap apa-apa kerosakan, kerugian atau apa jua kecederaan yang timbul daripada Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan tersebut. 7.4 Sebarang aduan, pampasan atau permintaan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan hendaklah difailkan terhadap pedagang dan / atau pengeluar terbabit. 7.5 Pemenang-pemenang tidak boleh memohon untuk menukar warna produk atau spesifikasi produk atau nilai Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan.
Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen") 7.6 Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan yang Layak bagi memastikan bahawa alamat dan nombor telefon yang diberikan dan dikekalkan dalam rekod Bank adalah terkini dan dikemaskini. 7.7 Penghantaran Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan dibuat atas risiko Pelanggan yang Layak dan sekiranya Bank mengkehendaki Pelanggan yang Layak untuk mengambil Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan pada suatu masa dan di suatu tempat yang dimaklumkan oleh Bank, Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan hendaklah diambil pada kos, perbelanjaan dan risiko Pelanggan yang Layak sendiri. Sekiranya Pelanggan yang Layak gagal menuntut Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan dalam masa 30 hari dari tarikh makluman oleh Bank, Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan akan dirampas dan tiada tuntutan pun jua boleh dibuat terhadap Bank oleh Pelanggan yang Layak. 7.8 Bank mempunyai hak untuk merampas Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan sekiranya Pelanggan yang Layak tidak dapat dihubungi disebabkan alamat, alamat e-mel dan/atau nombor hubungan yang diberikan kepada Bank adalah tidak sah atau tidak tepat. 7.9 Sehingga had yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank dengan nyata mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi, waranti atau endorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang waranti berkenaan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu berkenaan dengan Hadiah Premium dan/atau Hadiah Bulanan dan/atau Hadiah Penghargaan tersebut. 7.10 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, secara tidak sengaja, berhubung dengan, sebagai contoh, punitif atau ganti rugi khas mana-mana pihak termasuk pihak-pihak ketiga) walaubagaimana sekalipun timbul sama ada melalui kontrak, tort, kecuaian, atau sebaliknya, berkaitan dengan Kempen ini, walaupun Bank telah dinasihatkan akan kemungkinan berlakunya kerosakan yang dimaksudkan terlebih dahulu, dan kesemua kerugian tersebut adalah dengan ini secara nyatanya dikecualikan. 7.11 Bank mempunyai hak untuk membatalkan, menamatkan atau menangguhkan Kempen ini selepas memberi notis yang secukupnya. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan atau penangguhan Kempen ini tidak membolehkan mana-mana Pelanggan yang Layak untuk membuat apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap Bank terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami atau yang ditanggung oleh Pelanggan-pelanggan yang Layak akibat daripada kesan secara langsung atau tidak langsung tindakan pembatalan, penamatan atau penangguhan tersebut. 7.12 Bank mempunyai hak setelah memberikan notis yang secukupnya untuk mengubah (sama ada melalui penambahan, pemadaman, pengubahsuaian, pindaan, atau bagaimana sekalipun) ("Pindaan") mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini. Pemberitahuan kepada Pelanggan yang Layak berkenaan Pindaan hendaklah dilaksanakan atas budi bicara mutlak Bank melalui mana-mana satu kaedah komunikasi berikut, iaitu, melalui pos biasa ke alamat terakhir Pelanggan yang Layak yang diketahui atau dengan menampal satu notis mengenai Pindaan pada setiap cawangan Bank atau dengan mengiklankan berkenaan Pindaan tersebut dalam satu akhbar pilihan Bank atau melalui laman web Bank dan Pindaan tersebut hendaklah disifatkan sebagai mengikat Pelanggan yang Layak dari tarikh pemberitahuan Pindaan tersebut atau dari tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dalam pemberitahuan itu. 7.13 Terma-terma dan Syarat-syarat ini, sepertimana ia mungkin boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut Klausa 7.12, akan diutamakan berbanding mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 7.14 Bank atas budi bicara tunggal dan mutlaknya boleh membatalkan dan / atau menolak mana-mana Pelanggan yang Layak yang ia dapati akan mengganggu proses atau operasi Kempen ini, atau melakukan keingkaran atau berpotensi melakukan keingkaran terhadap Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 7.15 Untuk sebarang maklumat, pertanyaan, maklum balas dan / atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan yang Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan Bank pada alamat, e-mel, nombor telefon dan faksimili berikut (atau alamat,
Kempen CIMB Clicks eInvest ("Kempen") nombor telefon dan faksimili lain yang mungkin diubah oleh Bank melalui pemberitahuan kepada Pelanggan-pelanggan yang Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Tingkat 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur; e-mail:
[email protected]; Tel: 1-300- 880- 900; Faks: 603- 26913248. 7.16 Pelaburan-pelaburan dalam unit amanah yang mematuhi undang-undang Syariah bukanlah obligasi-obligasi, deposit, dijamin atau diinsuranskan oleh Bank dan adalah tertakluk kepada risiko-risiko pelaburan, termasuk kemungkinan kehilangan jumlah prinsipal yang dilaburkan. Pelanggan-pelanggan yang Layak adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami prospektus utama dan tambahan prospektus utamanya yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur. Pelanggan-pelanggan yang Layak boleh melihat prospektus di http://www.cimbclicks.com.my/unitrust_intro.htm. Harga-harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin naik atau turun. Pelanggan-pelanggan yang Layak juga harus mempertimbangkan semua yuran dan caj yang terlibat sebelum melabur. Unit-unit akan diterbitkan setelah pengesahan pembelian dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat. Rekod prestasi dana masa lalu tidak seharusnya dijadikan panduan untuk mengukur prestasi pelaburan pada masa akan datang dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin. Pelanggan-pelanggan yang Layak harus bergantung kepada penilaian mereka sendiri untuk menilai merit-merit dan risiko-risiko akan sebarang pelaburan. Pelanggan-pelanggan yang Layak yang berada dalam keraguan tentang tindakan yang akan diambil oleh mereka harus berunding dengan penasihat-penasihat profesional mereka dengan serta-merta. 7.17 Pelanggan-pelanggan yang Layak adalah tidak dilindungi oleh dana pampasan di bawah seksyen 152 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Dana pampasan tidak meliputi Pelanggan yang Layak yang mengalami kerugian kewangan akibat daripada penggelapan atau penipuan penyalahgunaan wang atau lain-lain harta, oleh pengarah, pegawai, pekerja atau wakil Bank. Jika Pelanggan yang Layak mengalami kerugian kewangan dalam keadaan-keadaan di atas berhubung dengan tindakan kakitangan-kakitangan Bank, Pelanggan yang Layak boleh membuat aduan dengan Unit Resolusi Pelanggan (CRU) kami seperti yang dinyatakan dalam Klausa 7.15. Pelanggan yang Layak yang tidak berpuas hati dengan keputusan CRU kami boleh merujuk kes itu kepada Biro Pengantaraan Kewangan atau Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh penerimaan keputusan akhir daripada CRU. Aduan Pelanggan yang Layak hanya akan diuruskan melalui salah satu daripada saluran di atas yang Pelanggan yang Layak pilih untuk merujuk kes tersebut.