TEKNOLOGI ANIMASI
TEKNIK ASAS MENGHASILKAN ANIMASI (TRADISIONAL VS DIGITAL)
Jabatan Multimedia Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
TEKNIK-TEKNIK ANIMASI
Secara amnya terdapat empat teknik asas yang sering dijadikan panduan dalam menghasilkan animasi. Teknik-teknik tersebut ialah :
Animasi berasaskan lukisan (Drawn animation) Animasi berasaskan potongan (Cut-out animation) Animasi berasaskan model atau animasi mainberhenti (Model animation or stop motion animation) Animasi berkomputer atau animasi digital 2
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
Merujuk kepada semua bentuk animasi yang dihasilkan daripada lukisan yang ditindih silih berganti secara berjujukan.
Setiap lukisan yang disediakan pada sesuatu bingkai adalah berbeza sedikit dengan lukisan-lukisan diantaranya (sebelum dan selepas).
3
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
Dalam menghasilkan animasi yang kompleks (untuk filem misalnya) memerlukan ribuan lukisan yang kemudiannya dipersembahkan di atas skrin silih berganti dengan pantas.
4
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN
Juga dikenali sebagai animasi sel kerana ianya melibatkan penggunaan sel (singkatan dari perkataan seluloid) dalam proses menghasilkanya.
Contoh dua sel yang digunakan dalam penerbitan filem animasi (kartun) 5
ANIMASI BERASASKAN LUKISAN Kelebihan
cantik dan menarik. Kesan animasi yang dihasilkan juga adalah mengikut penetapan serta dibawah kuasa kawalan pelukis atau juru animasi sepenuhnya.
Kelemahan
ia memerlukan tenaga kerja yang ramai dan masa yang panjang untuk disiapkan. Kos juga menjadi tinggi akibat keperluan tenaga kerja yang ramai tadi.
6
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
Juga dikenali sebagai animasi kolaj (collage) atau animasi silhouette
Merujuk kepada semua bentuk animasi yang dihasilkan menerusi konsep potongan objek atau bentuk yang kemudiannya digerak atau digantikan dengan potongan objek atau bentuk yang lain.
Objek-objek asas seperti butang, mancis api atau tali juga boleh digunakan bagi menghasilkan animasi sebegini. 7
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
Animasi potongan juga boleh dihasilkan dengan meletak atau menindih potongan objek di atas lukisan yang telah disediakan.
8
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
Animasi potongan juga boleh dihasilkan dengan sokongan teknologi komputer.
Angela Anaconda dan South Park merupakan contoh animasi potongan yang dihasilkan dengan sokongan teknologi komputer.
9
ANIMASI POTONGAN (CUT-OUT ANIMATION)
Kelebihan Mudah dan boleh dihasilkan dengan pantas dan tidak memerlukan peralatan yang canggih atau berteknologi tinggi
Kelemahan Sukar untuk menyediakan lebih dari satu atau dua potongan untuk digerakkan dalam satu masa yang sama. Animasi potongan ini juga kurang menarik kerana setiap pergerakan atau kesan yang diperolehi kelihatan agak janggal. 10
ANIMASI BERASASKAN MODEL ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
Animasi ini melibatkan proses merakamkan patung (puppet) atau objek-objek tiga dimensi yang lain.
Sumber atau alatan yang digunakan boleh dalam bentuk tanah liat, plastesin, wayar dan sebagainya.
11
ANIMASI BERASASKAN MODEL ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
Bagaimana animasi model dihasilkan…..? Terangkan secara ringkas.
12
ANIMASI BERASASKAN MODEL ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
Objek-objek tersebut akan ditentukan kedudukannya sebelum dirakamkan.
Seterusnya ia akan digerakkan sedikit demi sedikit dengan setiap pergerakan tersebut dirakamkan satu persatu.
Keseluruhan rakaman ini kemudiannya digabungkan bagi membentuk filem animasi yang mampu memperlihatkan seolah-oleh objek-objek statik tersebut benar-benar bergerak sendiri. 13
ANIMASI BERASASKAN MODEL ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI
14
ANIMASI BERASASKAN MODEL ATAU ANIMASI MAIN-BERHENTI Kebaikan Model yang disediakan boleh digunakan berulangulang kali. Salinan model juga boleh disediakan dengan mudah bagi membolehkan proses rakaman beberapa babak boleh dilakukan secara serentak bagi menjimatkan masa dan juga kos. Kelemahan Memerlukan masa yang panjang dan melibatkan banyak kerja. Contoh : Penghasilan animasi 'James and the Giant Peach' memerlukan kira-kira satu minggu hanya untuk merakamkan babak yang dipersembahkan selama 45 saat. 15
ANIMASI BERKOMPUTER
Melibatkan proses menghasilkan menggunakan komputer.
Masih menggunakan konsep atau teknik animasi yang tradisi tetapi dipermudahkan oleh teknologi komputer.
Akan dibincangkan seterusnya…….
di
dalam
animasi
bahagian
16
RUJUKAN
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Konsep dan Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Animasi: Dari Helaian Kertas ke Skrin Digital, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
17