Program Penulis Bersama oleh ZAMRI MOHAMAD penulis di bawah PTS Publishing & Distributor Sdn Bhd
Pendahuluan
S
ecara psikologi, pembaca mempunyai persepsi tersendiri apabila membeli buku-buku di kedai buku. Apabila penulis tersebut mempunyai empat hingga lebih daripada satu buah buku yang disusun di rak-rak buku, ia memberi keyakinan kepada pembaca bahawa penulis itu mempunyai kredibiliti dan pengalaman berkarya. Jika saudara hanya mempunyai sebuah buku, buku itu akan berhadapan dengan keadaan hilang di celah-celah ratusan nama penulis tunggal lain. Pekedai juga mempunyai kesulitan membuat book display jika hanya ada satu nama dan satu buku tulisan sahaja. Bagi tujuan promosi melalui penghasilan poster dan bunting, ia akan merugikan penerbit jika hanya satu buku sahaja dicetak. Mereka memerlukan beberapa buah buku dicetak dalam poster dan bunting yang sama pada kos yang sama sebagai cara pemasaran karya yang efektif. Sebagai contoh poster di bawah menggabung beberapa buah buku penulis dalam satu poster.
Program penulis bersama untuk saudara. Penulis-penulis bestseller menggunakan formula ini bagi membantu penulis-penulis baru sebagai usaha memudahkan karya mereka diterima segera dengan gabungan formula menangmenang. Khusus kepada mereka yang berminat menulis buku pengurusan pejabat, bisnes dan motivasi bisnes. Program Penulis Bersama membantu menyediakan bakal penulis ke pasaran buku yang dikehendaki pembaca. Dikendalikan oleh saudara Zamri Mohamad bagi membantu penjenamaan penulis baru dalam pasaran di negara ini. Penulis-penulis baru didedahkan dengan kaedah KJ Method dan teknik penulisan buku sesuai bagi mereka yang sibuk. Zamri Mohamad telah menghasilkan empat buah buku dan telah memasuki pasaran Asia Tenggara melibatkan negara-negara seperti Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Buku yang ditulis dalam pelbagai bidang yang mendapat ulasan di akhbar-akhbar nasional dan televisyen tempatan.
Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama. Beliau muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademia, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.
Beberapa buku Zamri Mohamad menjadi bestseller bulanan mengikut data jualan bulanan penerbit. Antaranya:
● ● ●
Memahami Bahasa Cinta Lelaki bestseller PTS Millennia Mei dan Jun 2006 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki bestseller PTS Millennia Jun 2006 Magnet Cinta bestseller PTS Millennia Mac 2007 Penjenamaan Penulis Baru
Program mentor-mente bertujuan meletakkan penulis baru ke dalam pasaran buku dan sebagai cara penjenamaan penulis melalui penulisan. Melalui program ini penulis di bawah mentor akan diketengahkan kaedah menulis, teknik berkarya cara KJ Method dan pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak pembaca. Program penulis baru ini digerakkan sebagai penjenamaan penulis baru bersama Zamri Mohamad. Sesuai bagi penulis-penulis baru yang sibuk. Cadangan Tajuk buku Mencari penulis-penulis baru berbakat dalam penulisan berbentuk non fiksyen iaitu bisnes, komunikasi, motivasi, perhubungan, kekeluargaan dan cinta. Tajuk buku hendak dihasilkan berdasarkan mana-mana kategori berikut:
● ● ●
Tajuk yang dicadangkan oleh mentor. Tajuk serahan pihak penerbit kepada mentor. Tajuk cadangan penulis baru.
Hanya bagi tajuk dicadangkan oleh penulis baru, ia mesti disertakan dengan proposal buku mengikut format yang diberikan (rujuk lampiran). Bagi kategori lain, sertakan contoh penulisan saudara sebagai penilaian sebelum perkaraperkara lain diambil kira. Senarai penulis bersama Senarai buku terbitan PTS pada tahun 2008 ● ● ● ● ● ● ● ●
Rahsia Bisnes Mamak bersama Muhammad Faisal Sharbuddin. Tip Urus Masa untuk Wanita Moden bersama Nadzirah Ahmad Basri. Tip Karier untuk Wanita Moden bersama Abdulah Hassan. Bagaimana Menghadapi Kegagalan bersama Mohd Izwan Mohd Nor. Tip Bahagia disayang Suami Setiap Masa bersama Imran Yusof. Sederhana Tetapi Menawan bersama Shamsuddin Ab Kadir. Pengaruh Bos Gaya Streetsmart bersama Firdaus Hamsin. Bagaimana Menghadapi Kekecewaan bersama Mohd Shukri Abdullah Kaedah kerja
Dari masa ke semasa, mentor bertindak menerima hasil penulisan dan menyunting atau menambah berdasarkan keperluan pembaca dan penerbit. Penulis baru akan mengemel secara berperingkat sehingga manuskrip selesai sepenuhnya. Agihan Royalti Peratusan royalti jualan (7%-11%) dari pihak penerbit dipecahkan sesama penulis kepada 70:30 iaitu: ● ●
70 peratus royalti kepada penulis baru. 30 peratus royalti kepada penulis senior.
Perjanjian buku yang dikeluarkan oleh penerbit akan ditandatangani secara bersama. Susulan Penulis baru bebas menulis secara sendiri selepas terlibat dalam projek penulisan bersama ini atau terus dengan program ini bagi penjenamaan beberapa karya. Hubungi penulis Mereka yang berminat bolehlah menghubungi
[email protected] dengan cadangan tajuk buku yang hendak ditulis atau ingin menerima sebarang tajuk yang dikehendaki.
Lampiran Dipetik daripada Akademi Penulis Apa yang perlu ada dalam kertas cadangan anda? 1. Judul buku 2. Ringkasan buku 3. Rangka kandungan 4. Analisa pasaran 5. Persaingan 6. Promosi 7. Faedah buku kepada pembaca 8. Penyerahan manuskrip 9. Bab contoh 1. JUDUL BUKU ● ● ● ●
Judul utama seharusnya tidak lebih daripada 5 patah perkataan. Untuk penerangan lanjut kepada judul utama, bolehlah ditambah judul kecil. Judul hendaklah mudah difahami dan elakkan mengguna perkataan negatif. Judul hendaklah dapat memberi gambaran tentang buku tersebut ke dalam minda pembeli dan seterusnya memotivasi dia untuk membeli.
2. RINGKASAN BUKU ● ● ● ● ●
Sediakan ringkasan buku anda. Anggaran muka surat buku anda (langkau dua baris). Adakah buku anda mempunyai sebarang ilustrasi, gambar atau rajah? Bagaimana perancangan anda untuk menulis? Kenapa anda adalah orang yang terbaik untuk menulis buku tersebut?
3. RANGKA KANDUNGAN ●
Sediakan rangka kandungan buku anda (senarai bab).
4. ANALISA PASARAN ● ● ●
Siapakah yang akan membeli dan membaca buku anda? Berapa ramai yang memerlukan buku anda? Dimana boleh dipasarkan buku anda?
5. PERSAINGAN ● ● ●
Berapa banyak buku di pasaran (dalam bahasa Melayu) yang sama dengan buku yang bakal anda tulis? (senaraikan 3-6 judul jika ada) Bagaimanakah jualan buku-buku tersebut? Apakah kelebihan buku anda jika dibandingkan dengan buku lain yang sedia ada?
6. PROMOSI ● ●
Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu menjual buku anda? Contoh: ● Sekiranya anda seorang penceramah/jurulatih, berapa banyak ceramah/ bengkel dalam setahun yang anda kendalikan dan berapa banyak buku boleh dijual. ● Sekiranya anda mengenali individu/ pertubuhan (network) yang boleh membantu menjual buku anda, sila senaraikan. ● Sekiranya anda seorang pensyarah dan mengajar subjek yang berkaitan dengan buku yang ditulis, berapa ramai pelajar dalam satu semester yang akan beli buku tersebut. ● Anda mungkin mempunyai idea-idea menarik bagaimana untuk meningkat jualan buku anda seperti mengadakan peraduan yang berkaitan dan mempengaruhi syarikat-syarikat besar untuk membeli buku anda sebagai hadiah kepada pekerja atau pelanggan. Sila nyatakan.
7. FAEDAH BUKU KEPADA PEMBACA ●
Sila nyatakan apakah faedah buku anda kepada pembaca.
8. PENYERAHAN MANUSKRIP ●
Sila berikan tarikh akhir manuskrip boleh diserah kepada Penerbit.
9. BAB CONTOH ●
Sila sertakan satu bab contoh (lebih kurang 20-30 muka surat/ langkau dua baris) untuk tujuan penilaian. BUTIR-BUTIR DIRI
●
Sertakan nama, nama institusi, telefon pejabat, H/P