MREPC 2009 INSENTIF
PRAKATA T
atkala MREPC memandang ke hadapan, apa yang jelas adalah ekonomi global yang penuh dengan cabaran, di mana saingan bukan sahaja di dorong oleh inisiatif sektor swasta tetapi juga sokongan sektor awam. Oleh yang demikian, MREPC percaya bahawa ini adalah masa yang tepat untuk mengukuhkan insentif yang sedia ada dan memperkenalkan pakej-pakej baru yang menarik untuk membolehkan ahli-ahli industri meneruskan aktiviti-aktiviti promosi dan menambah nilai untuk pembangunan dan pengembangan pasaran eksport. Pakej-pakej insentif disemak semula dengan tujuan untuk menawarkan bantuan kewangan bagi menyokong pengeluar-pengeluar barangan getah untuk mengukuhkan kehadiran mereka di arena antarabangsa. Walaupun penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa memberi ruang kepada ahli-ahli industri meninjau peluang-peluang di pasaran global, namun pendedahan seperti ini adalah tidak mencukupi. Untuk bersaing dengan efektif, terutamanya dengan pengeluar-pengeluar kos rendah di pasaranpasaran yang baru muncul, pengeluar-pengeluar barangan getah di Malaysia haruslah mengutamakan penyelidikan dan pembangunan, kualiti, piawaian, penjenamaan dan inovasi. Dengan mangambil kira perkara-perkara ini, MREPC telah mengukuhkan lagi insentifinsentif yang sedia ada dan memperkenalkan pakej-pakej baru. Pakej-pakej baru merangkumi spektrum yang luas seperti insentif untuk Projek A6, akreditasi makmal, penghasilan bahan-bahan promosi dan penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa yang diadakan di Malaysia. Insentif-insentif khas juga ditawarkan untuk syarikat-syarikat pengeluaran sarung tangan getah yang diiktiraf SMG untuk meningkatkan usaha mereka dalam mempromosi SMG di peringkat global. Buku panduan insentif ini mengandungi senarai dan informasi yang komprehensif mengenai insentif yang ditawarkan oleh MREPC. Ahli-ahli industri terutamanya pengeksport-pengeksport bersaiz kecil dan sederhana adalah digalakkan untuk menggunakan pakej-pakej ini dan meneruskan inisiatif mengeksport ke peringkat yang boleh dibanggakan. MREPC berharap agar buku panduan insentif ini akan meningkatkan tahap kesedaran, penyertaan dan pelaburan ahli-ahli industri dan membolehkan mereka mencapai sasaran dan wawasan masing-masing.
Dato’ Teo Suat Cheng Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Rubber Export Promotion Council MREPC 2009 Insentif
1
KANDUNGAN muka surat 5
Insentif bagi Penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa Anjuran MREPC (SBIM1) Insentif bagi Penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa (SBIM2)
11
Insentif untuk Misi Pemasaran / Misi Pemasaran Khusus dan Lawatan Kerja Anjuran MREPC (SBIM3)
17
Insentif untuk Memperolehi Pensijilan Produk yang Diiktiraf di Peringkat Antarabangsa (SBIM4)
23
Insentif bagi Memperolehi Laporan Informasi Pasaran (SBIM5)
29
Insentif untuk Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti Menerusi Projek A6 Lembaga Getah Malaysia (SBIM6)
35
Insentif untuk Akreditasi Makmal (SBIM7)
41
Insentif untuk Penghasilan Bahan-bahan Promosi (SBIM8)
47
Insentif untuk Penyertaan dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa di Malaysia (SBIM9)
53
Insentif untuk Promosi Pemasaran SMG (SMPG1-5)
59
Insentif untuk Laman Web SMG (SMPG6)
69
Insentif untuk Skim Pensijilan SMG (SMPG7)
73
MREPC 2009 Insentif
3
INSENTIF BAGI PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA ANJURAN MREPC (SBIM1)
MREPC 2009 Insentif
5
SBIM1
INSENTIF BAGI PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA ANJURAN MREPC 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan penyertaan di dalam pameran perdagangan anjuran MREPC.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • Kos tiket penerbangan kelas ekonomi untuk seorang; kos tiket penerbangan secara terus dari KL ke destinasi akan ditentukan oleh MREPC, tidak termasuk yuran visa, caj lebihan bagasi dan caj insurans. • 50% kos penginapan bagi satu bilik biasa tidak melebihi RM500 semalam sepanjang tempoh pameran termasuk sehari sebelum dan selepas pameran. • 70% kos penterjemah, tidak melebihi RM1,000 untuk satu pameran perdagangan (bagi negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan). • Peratus tuntutan untuk kos ruang pameran. Syarikat-syarikat layak membuat tuntutan untuk peratusan kos ruang pameran. Jadual di bawah menunjukkan peratus kos yang perlu ditanggung pihak syarikat tertakluk sama ada ianya untuk penyertaan kali pertama atau seterusnya. Definisi skema asas ruang pameran merujuk kepada ruang pameran yang berukuran sehingga maksimum 18 meter persegi termasuk: perabut asas (terdiri daripada meja perbincangan dan 2 buah kerusi); lain-lain kos mandatori yang ditetapkan penganjur pameran, tertakluk kepada kelulusan MREPC.
MREPC 2009 Insentif
7
SBIM1 Bilangan penyertaan1
Kos yang ditanggung oleh syarikat (% kos ruang pameran)
Penyertaan kali pertama
1%
Penyertaan seterusnya Ke-2
15%
Ke-3
20%
Ke-4
25%
Ke-5
30%
Ke-6 dan seterusnya
40%
Nota1: Definisi bilangan penyertaan merujuk kepada bilangan penyertaan syarikat dalam pameran/pesta perdagangan anjuran MREPC. Peratusan kos ruang pameran yang ditanggung oleh syarikat adalah tertakluk kepada rekod bilangan tuntutan di bawah insentif ini daripada 12 Julai 2007.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Borang pra-kelulusan SBIM1 yang telah dilengkapkan berserta risalah syarikat/ produk. b. Bukti pembayaran (resit dan invois asal daripada pihak pengeluar). c. Direktori pameran yang mengandungi senarai peserta-peserta pameran (akan dipulangkan kepada syarikat). d. Foto berwarna ruang pameran syarikat (nombor ruang pameran mestilah tertera dengan jelas di dalam foto). e. Borang permohonan SBIM1 yang telah dilengkapkan. f. Senarai semak SBIM1 yang telah dilengkapkan.
8
MREPC 2009 Insentif
SBIM1 Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: g. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). h. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Borang pra-kelulusan yang telah dilengkapkan mesti dikemukakan ke MREPC tidak lewat dari satu (1) bulan sebelum tarikh pameran untuk mendapatkan kebenaran bertulis. b. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas tarikh akhir pameran. c. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. d. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Borang pra-kelulusan SBIM1, senarai semak dan borang permohonan boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim1_preapproval_ form.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim1_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim1_form.pdf e. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
MREPC 2009 Insentif
9
SBIM1
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
10
MREPC 2009 Insentif
INSENTIF BAGI PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA (SBIM2)
MREPC 2009 Insentif
11
SBIM2
INSENTIF BAGI PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan penyertaan di dalam pameran perdagangan antarabangsa, selain daripada pameran anjuran MREPC.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • Kos tiket penerbangan kelas ekonomi untuk seorang: kos tiket penerbangan secara terus dari KL ke destinasi akan ditentukan oleh MREPC, tidak termasuk yuran visa, caj lebihan bagasi dan caj insurans. • 50% kos penginapan bagi satu bilik biasa tidak melebihi RM500 semalam sepanjang tempoh pameran termasuk sehari sebelum dan selepas pameran. • 70% kos penterjemah, tidak melebihi RM1,000 untuk satu pameran perdagangan (bagi negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan). • 50% kos ruang pameran tidak melebihi RM6,000 bagi satu pameran perdagangan. Nota:
Definisi skema asas ruang pameran merujuk kepada ruang pameran yang berukuran sehingga maksimum 18 meter persegi termasuk: perabut asas (terdiri daripada meja perbincangan dan 2 buah kerusi); • lain-lain kos mandatori yang ditetapkan penganjur pameran, tertakluk kepada kelulusan MREPC. Tuntutan terhad untuk penyertaan dalam empat (4) pameran perdagangan antarabangsa bagi setiap syarikat, setiap tahun.
MREPC 2009 Insentif
13
SBIM2
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Borang pra-kelulusan SBIM2 yang telah dilengkapkan berserta risalah syarikat/ produk. b. Bukti pembayaran (resit dan invois asal daripada pihak pengeluar). c. Direktori pameran yang mengandungi senarai peserta-peserta pameran (akan dipulangkan kepada syarikat). d. Foto berwarna ruang pameran syarikat (nombor ruang pameran mestilah tertera dengan jelas di dalam foto). e. Borang permohonan SBIM2 yang telah dilengkapkan. f. Borang Penilaian SBIM2 - pasca pameran yang telah dilengkapkan. g. Senarai semak SBIM2 yang telah dilengkapkan. Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: h. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). i. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Borang pra-kelulusan yang telah dilengkapkan mesti dikemukakan ke MREPC tidak lewat dari satu (1) bulan sebelum tarikh pameran untuk mendapatkan kebenaran bertulis. b. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas tarikh akhir pameran.
14
MREPC 2009 Insentif
SBIM2 c. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. d. Semua maklumat di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Borang pra-kelulusan SBIM2, senarai semak, borang permohonan dan borang penilaian pasca pameran boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/guideline/sbim2_ preapproval.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim2_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim2_form.pdf) • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim2_ postshowevaluation_form.pdf e. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
MREPC 2009 Insentif
15
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas.
Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
16
MREPC 2009 Insentif
INSENTIF UNTUK MISI PEMASARAN / MISI PEMASARAN KHUSUS DAN LAWATAN KERJA ANJURAN MREPC (SBIM3)
MREPC 2009 Insentif
17
SBIM3
INSENTIF UNTUK MISI PEMASARAN / MISI PEMASARAN KHUSUS DAN LAWATAN KERJA ANJURAN MREPC 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan penyertaan di dalam misi pemasaran, misi pemasaran khusus dan/atau lawatan kerja anjuran MREPC.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • Kos tiket penerbangan kelas ekonomi untuk seorang: kos tiket penerbangan secara terus dari KL ke destinasi akan ditentukan oleh MREPC, tidak termasuk yuran visa, caj lebihan bagasi dan caj insurans. • 50% kos penginapan untuk seorang, bagi satu bilik biasa tidak melebihi RM500 semalam sepanjang tempoh misi dan/atau lawatan kerja termasuk sehari sebelum dan selepas pameran.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Risalah syarikat/produk. b. Bukti pembayaran (resit dan invois asal daripada pihak pengeluar). c. Borang permohonan SBIM3 yang telah dilengkapkan. d. Senarai semak SBIM3 yang telah dilengkapkan. e. Borang penilaian SBIM3 - pasca misi yang telah dilengkapkan.
MREPC 2009 Insentif
19
SBIM3 Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: f. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). g. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas tarikh akhir aktiviti anjuran MREPC. b. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. c. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Senarai semak SBIM3, borang permohonan dan borang penilaian pasca misi boleh di dapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim3_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim3_form.pdf • http:// www.mrepc.com /incentives/forms/SBIM/forms/sbim3_ postshowevaluation_form.pdf d. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
20
MREPC 2009 Insentif
SBIM3
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
21
INSENTIF UNTUK MEMPEROLEHI PENSIJILAN PRODUK YANG DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA (SBIM4)
SBIM4
INSENTIF UNTUK MEMPEROLEHI PENSIJILAN PRODUK YANG DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan pengeluar-pengeluar produk getah memperolehi pensijilan produk yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • 50% yuran setelah mendapatkan pensijilan produk untuk pertama kali bagi sesuatu produk. Jumlah tuntutan maksimum bagi setiap syarikat adalah RM30,000. Nota:
Tuntutan adalah berdasarkan penganugerahan sijil daripada institusi yang diakreditasi di bawah piawaian ISO Guide 65.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Risalah syarikat/produk. b. Bukti pembayaran (resit dan invois asal daripada institusi penganugerahan sijil yang diiktiraf). c. Salinan sijil produk yang telah disahkan. d. Borang permohonan SBIM4 yang telah dilengkapkan. e. Senarai semak SBIM4 yang telah dilengkapkan. MREPC 2009 Insentif
25
SBIM4 Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: a. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). b. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. b. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas menerima pensijilan produk . c. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Senarai semak SBIM4 dan borang permohonan boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim4_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim4_form.pdf d. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
26
MREPC 2009 Insentif
SBIM4
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
27
INSENTIF BAGI MEMPEROLEHI LAPORAN INFORMASI PASARAN (SBIM5)
SBIM5
INSENTIF BAGI MEMPEROLEHI LAPORAN INFORMASI PASARAN 1. OBJEKTIF Untuk membantu syarikat-syarikat mendapatkan maklumat berkenaan potensi pasaran bagi produk getah.
2. INSENTIF MREPC akan memperoleh laporan-laporan penyelidikan pasaran yang terkini mengikut permintaan pengilang dan/atau peniaga/pengeskport produk getah di Malaysia. Nota:
Syarikat-syarikat digalakkan untuk mengesyorkan laporan dan penerbitan yang berkaitan dengan produk getah dan/atau pasaran produk getah. Laporan-laporan tersebut akan disimpan di Pusat Sumber MREPC sebagai bahan rujukan.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Risalah syarikat / produk. b. Borang permohonan SBIM5 yang telah dilengkapkan. c. Senarai semak SBIM5 yang telah dilengkapkan.
MREPC 2009 Insentif
31
SBIM5 Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: d. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). e. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Senarai semak dan borang permohonan SBIM5, boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim5_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim5_form.pdf b. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
32
MREPC 2009 Insentif
SBIM5
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
33
INSENTIF UNTUK MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENERUSI PROJEK A6 LEMBAGA GETAH MALAYSIA (SBIM6)
SBIM6
INSENTIF UNTUK MENINGKATKAN KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENERUSI PROJEK A6 LEMBAGA GETAH MALAYSIA 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan pengeluar-pengeluar produk getah menyertai Projek A6 yang dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM).
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • pembayaran RM1,000 (sekali) untuk setiap syarikat yang mengambil bahagian. Nota:
MREPC akan membuat bayaran setelah projek berjaya dilaksanakan.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar-pengeluar produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah; • hanya syarikat-syarikat yang dikenalpasti oleh LGM untuk mara ke projek A6 layak untuk memohon.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Bukti pembayaran (resit dan invois asal daripada pihak pengeluar). b. Salinan surat dari LGM yang telah disahkan atau dokumen-dokumen lain yang setara sebagai bukti projek telah dilengkapkan. c. Laporan (satu muka surat) daripada syarikat mengenai faedah yang diperolehi daripada projek A6.
MREPC 2009 Insentif
37
SBIM6 d. Risalah produk/syarikat. e. Borang permohonan SBIM6 yang telah dilengkapkan. f. Senarai semak SBIM6 yang telah dilengkapkan. Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: a. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). b. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. b. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas tarikh akhir projek. c. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Senarai semak SBIM6 dan borang permohonan boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim6_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim6_form_ A6Project.pdf d. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
38
MREPC 2009 Insentif
SBIM6
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
39
INSENTIF UNTUK AKREDITASI MAKMAL (SBIM7)
SBIM7
INSENTIF UNTUK AKREDITASI MAKMAL 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan syarikat-syarikat mendapatkan akreditasi ISO 17025 untuk makmal.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • 50% geran secara bayar balik (matching grant) atas perbelanjaan untuk mendapatkan akreditasi dengan syarat jumlah maksimum tidak melebihi RM5,000.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Risalah produk/syarikat. b. Bukti pembayaran (resit dan invois asal daripada pihak pengeluar). c. Salinan sijil daripada badan akreditasi yang telah disahkan benar. d. Borang permohonan SBIM7 yang telah dilengkapkan. e. Senarai semak SBIM7 yang telah dilengkapkan.
MREPC 2009 Insentif
43
SBIM7 Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: a. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). b. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. b. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas tarikh akhir pameran. c. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Senarai semak SBIM7 dan borang permohonan boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim7_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim7_form_ LabAccrdt.pdf d. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
44
MREPC 2009 Insentif
SBIM7
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
45
INSENTIF UNTUK PENGHASILAN BAHAN-BAHAN PROMOSI (SBIM8)
SBIM8
INSENTIF UNTUK PENGHASILAN BAHAN-BAHAN PROMOSI 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan pengilang-pengilang meningkatkan usaha pemasaran mereka menerusi pengeluaran bahan bahan promosi yang terkini.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • 50% geran secara bayar balik (matching grant) atas perbelanjaan di mana jumlah maksimum tidak melebihi RM3,000 bagi setiap syarikat, setiap tahun.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat yang berdaftar di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Bukti pembayaran (salinan asal resit dan invois daripada pengeluar). b. Salinan bahan-bahan promosi. c. Risalah syarikat/produk. d. Borang permohonan SBIM8 yang telah dilengkapkan. e. Senarai semak SBIM8 yang telah dilengkapkan.
MREPC 2009 Insentif
49
SBIM8 Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: f. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 & Borang 20 sekiranya perlu). g. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. b. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas penghasilan bahan-bahan promosi. c. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Senarai semak SBIM8 dan borang permohonan boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim8_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim8_form_ PromoMat.pdf d. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
50
MREPC 2009 Insentif
SBIM8
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat syarat baru yang mungkin akan diperkenalkan dari masa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
51
INSENTIF UNTUK PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DI MALAYSIA (SBIM9)
SBIM9
INSENTIF UNTUK PENYERTAAN DALAM PAMERAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DI MALAYSIA 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan penyertaan di dalam pameran perdagangan antarabangsa yang diadakan di Malaysia.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • 50% kos ruang pameran tidak melebihi RM5,000 bagi satu pameran perdagangan. Nota:
Definisi skema asas ruang pameran merujuk kepada ruang pameran yang berukuran sehingga maksimum 18 meter persegi termasuk: • perabut asas (terdiri daripada meja perbincangan dan 2 buah kerusi); • lain-lain kos mandatori yang ditetapkan penganjur pameran, tertakluk kepada kelulusan MREPC. Tuntutan terhad untuk penyertaan di dalam dua (2) pameran perdagangan antarabangsa bagi setiap syarikat, setiap tahun.
3. KELAYAKAN Kriteria-kriteria yang tertera di bawah wajib dipenuhi: • syarikat berdaftar yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965; • pengeluar dan/atau peniaga/pengeksport produk-produk getah yang tertakluk kepada ses eksport produk getah.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Borang pra-kelulusan SBIM9 yang telah dilengkapkan berserta risalah syarikat/produk. MREPC 2009 Insentif
55
SBIM9 b. Bukti pembayaran (resit dan invois asal daripada pihak pengeluar). c. Direktori pameran yang mengandungi senarai peserta-peserta pameran (akan dipulangkan kepada syarikat). d. Foto berwarna ruang pameran syarikat (nombor ruang pameran mestilah tertera dengan jelas di dalam foto). e. Borang permohonan SBIM9 yang telah dilengkapkan. f. Borang penilaian SBIM9 - pasca pameran yang telah dilengkapkan. g. Senarai semak SBIM9 yang telah dilengkapkan. Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: h. Salinan sijil perbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 dan Borang 20, sekiranya perlu). i. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Borang pra-kelulusan yang telah dilengkapkan mesti dikemukakan ke MREPC tidak lewat dari satu (1) bulan sebelum tarikh pameran untuk mendapatkan kebenaran bertulis. b. Semua permohonan mesti dikemukakan kepada MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas tarikh akhir pameran. c. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. d. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Borang pra-kelulusan SBIM9, senarai semak, borang permohonan dan borang penilaian pasca pameran boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim9_preapproval_ form.pdf 56
MREPC 2009 Insentif
SBIM9 • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/checklist/sbim9_checklist.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim9_form_ITEIM.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SBIM/forms/sbim9_ postshowevaluation form_ ITEIM.pdf e. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas. Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
57
®
POWDERED
®
POWDER FREE
INSENTIF UNTUK PROMOSI PEMASARAN SMG (SMPG1-5)
SMPG1-5
INSENTIF UNTUK PROMOSI PEMASARAN SMG 1. OBJEKTIF Untuk memberi insentif kepada pengilang sarung tangan getah yang diperakui SMG supaya aktif dalam mempromosikan sarung tangan getah SMG.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • 50% geran secara bayar balik (matching grant) atas perbelanjaan yang telah diluluskan untuk setiap syarikat setiap tahun, dengan syarat jumlah tuntutan maksimum tidak melebihi RM20,000 setahun.
3. KELAYAKAN Hanya pengilang-pengilang yang diperakui SMG layak untuk memohon.
4. AKTIVITI-AKTIVITI YANG LAYAK DIPOHON Geran secara bayar balik (matching grant) ini boleh digunakan bagi aktiviti promosi yang berikut: a. SMPG1: Penyertaan dalam antarabangsa.
pesta
perdagangan/pameran
perdagangan
b. SMPG2: Penganjuran seminar-seminar berkaitan SMG di luar negara di atas inisiatif syarikat. c. SMPG3: Penyertaan dalam seminar dan/atau misi berkaitan dengan SMG di luar negara anjuran MREPC. d. SMPG4: Penghasilan bahan-bahan promosi SMG. e. SMPG5: Promosi jenama SMG melalui pengiklanan. a. SMPG1 - Penyertaan dalam Pesta Perdagangan/Pameran Perdagangan Antarabangsa Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: i. Kos ruang pameran. MREPC 2009 Insentif
61
SMPG1-5 Nota:
Definisi skema asas ruang pameran merujuk kepada ruang pameran yang berukuran sehingga maksimum 18 meter persegi termasuk lain-lain kos mandatori yang ditetapkan oleh penganjur, tertakluk kepada kelulusan MREPC. ii. Sewa perabot asas, seperti yang dispesifikasikan di bawah skema asas ruang pameran: • satu meja perbincangan; • dua buah kerusi; • satu kabinet pameran/rak majalah. iii. Pengiklanan yang berkaitan dengan penyertaan dalam pesta/pameran perdagangan. (contoh: pengiklanan dalam direktori atau penerbitan pameran dan lain-lain). • iklan haruslah menyerlahkan ciri-ciri penting SMG dan mempamerkan logo SMG dengan jelas. iv. Kos tiket penerbangan kelas ekonomi untuk seorang: • kos tiket penerbangan secara terus dari KL ke destinasi akan ditentukan oleh MREPC, tidak termasuk yuran visa, caj lebihan bagasi dan caj insurans. v. Kos penginapan untuk satu bilik hotel biasa, tidak melebihi RM1,000 untuk satu malam sepanjang tempoh pameran termasuk sehari sebelum dan selepas pameran. Dokumen Sokongan • Foto berwarna ruang pameran yang jelas menunjukkan bahan-bahan promosi SMG. • Foto berwarna mesti menunjukkan sepanduk/poster atau bahan-bahan promosi SMG yang lain ditempatkan di bahagian hadapan ruang pameran; • Foto berwarna untuk setiap hari sepanjang pameran berlangsung (nombor ruang pameran mestilah tertera dengan jelas di dalam fotog); • Salinan asal iklan, jika ada. Syarat-syarat Tambahan i. Pemohon juga dikehendaki menyertakan direktori pameran (akan dikembalikan kepada syarikat). ii. MREPC akan menyediakan sepanduk dan risalah SMG secara percuma untuk dipamerkan dan diedarkan oleh syarikat sepanjang pameran perdagangan. 62
MREPC 2009 Insentif
SMPG1-5 • sepanduk SMG mesti dipamerkan dengan jelas dan ketara dalam setiap aktiviti; • risalah SMG mesti dipamer dan diedarkan dalam setiap aktiviti. iii. Sarung tangan SMG berserta logo SMG mestilah dipamerkan dengan jelas dan ketara dalam setiap aktiviti. Nota:
Bahan-bahan promosi SMG hendaklah dipamerkan dengan jelas, mengikut kriteria berikut: • sarung tangan mesti dipamerkan di kaunter hadapan. Jenis dan saiz tulisan yang digunakan bagi logo dan perkataan SMG mestilah sekurangkurangnya “Arial 72”; • sepanduk dan risalah SMG mesti dipamerkan di bahagian hadapan ruang pameran. b. SMPG2 - Penganjuran Seminar-seminar Berkaitan SMG di Luar Negara di atas Inisiatif Syarikat Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: i. Sewa tempat seminar dan peralatan-peralatan lain yang perlu. ii. Kos pengangkutan dan pemasangan peralatan. iii. Kos pencetakan bahan-bahan seminar. iv. Kos rakaman prosiding seminar, terjemahan dan transkripsi. v. Kos penerbitan dan penyebaran prosiding seminar. vi. Yuran/saguhati untuk penceramah-penceramah jemputan. vii. Kos tiket penerbangan kelas ekonomi untuk dua orang: • kos tiket penerbangan secara terus dari KL ke destinasi akan ditentukan oleh MREPC, tidak termasuk yuran visa, caj lebihan bagasi dan caj insurans. viii. Kos penginapan dua bilik hotel biasa untuk dua orang, tidak melebihi RM1,000 untuk satu malam sepanjang tempoh seminar termasuk sehari sebelum dan selepas seminar. Pemberitahuan Awal Pemohon dikehendaki menghantar kertas cadangan ke MREPC sekurangkurangnya satu (1) bulan sebelum menganjurkan seminar untuk mendapatkan kebenaran bertulis.
MREPC 2009 Insentif
63
SMPG1-5 Kertas cadangan tersebut harus mengandungi perkara-perkara berikut: i. Objektif seminar, termasuk bagaimana ia akan membantu dalam mempromosi SMG berserta dengan hasil yang dijangkakan. ii. Program seminar dan penceramah-penceramah. iii. Peserta-peserta sasaran. iv. Cadangan bajet dan jangkaan pendapatan untuk seminar. Dokumen Sokongan i. Perbelanjaan bersih seminar, jika ada (senarai lengkap perbelanjaan dan pendapatan). ii. Foto berwarna dari seminar yang dianjurkan yang jelas memaparkan bahawa seminar berkenaan adalah berkaitan SMG. Foto-foto tersebut mesti menunjukkan: • risalah SMG (percuma daripada MREPC) dipamerkan dan diedarkan dalam setiap aktiviti; • sarung tangan SMG berserta logo SMG dipamerkan dengan jelas dan ketara dalam setiap aktiviti; • sepanduk SMG (percuma daripada MREPC) dipamerkan dengan jelas dan ketara dalam setiap aktiviti. iii. Satu set bahan-bahan/prosiding seminar. Nota:
Bahan-bahan promosi SMG hendaklah dipamerkan dengan jelas dan ketara seperti berikut: • sarung tangan mesti dipamerkan di kaunter hadapan. Jenis dan saiz tulisan yang digunakan bagi logo dan perkataan SMG mestilah sekurangkurangnya “Arial 72”; • sepanduk SMG mesti dipamerkan di lokasi-lokasi yang relevan (contoh: kaunter pendaftaran, kaunter maklumat, berhampiran podium, pintu masuk dewan seminar dan sebagainya); • risalah SMG mesti dipamerkan di lokasi-lokasi yang relevan (contoh: kaunter pendaftaran, kaunter maklumat dan sebagainya).
64
MREPC 2009 Insentif
SMPG1-5 c. SMPG3 - Penyertaan dalam Seminar dan/atau Misi Berkaitan dengan SMG di Luar Negara Anjuran MREPC Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: i. Kos tiket penerbangan kelas ekonomi untuk seorang: • kos tiket penerbangan secara terus dari KL ke destinasi akan ditentukan oleh MREPC, tidak termasuk yuran visa, caj lebihan bagasi dan caj insurans. ii. Kos penginapan untuk seorang bagi satu bilik hotel biasa, tidak melebihi RM1,000 untuk satu malam sepanjang tempoh seminar/misi termasuk sehari sebelum dan selepas seminar/misi. iii. Foto berwarna dari seminar/misi berkaitan SMG yang dianjurkan: • risalah SMG (percuma daripada MREPC) wajib dipamerkan dan diedarkan dalam setiap aktiviti; • sarung tangan SMG berserta logo SMG wajib dipamerkan dengan jelas dan ketara dalam setiap aktiviti; • SMG banner (percuma daripada MREPC) wajib dipamerkan dan diedarkan dalam setiap aktiviti. Nota:
Bahan-bahan promosi SMG hendaklah dipamerkan dengan jelas dan ketara seperti berikut: • sarung tangan mesti dipamerkan di kaunter hadapan. Jenis dan saiz tulisan yang digunakan bagi logo dan perkataan SMG mestilah sekurangkurangnya “Arial 72”; • sepanduk dan risalah SMG (percuma daripada MREPC) wajib dipamerkan dan diedarkan dalam setiap aktiviti. d. SMPG4 - Penghasilan Bahan-bahan Promosi SMG Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: i. Kos penghasilan bahan-bahan promosi SMG seperti risalah, lembaran iklan, katalog, buku kecil, kain rentang dan sepanduk. ii. Kos salinan DVD/VCD dan kaset video promosi. Dokumen Sokongan i. Kos penghasilan bahan-bahan promosi SMG seperti risalah, lembaran iklan, katalog, buku kecil, kain rentang dan sepanduk.
MREPC 2009 Insentif
65
SMPG1-5 Nota:
Bagi sepanduk dan kain rentang sertakan bukti dalam bentuk foto berwarna atau imej fail (contoh: jpeg, bitmap dll).
Syarat Tambahan Bahan-bahan promosi mestilah memberi keutamaan kepada ciri-ciri SMG dan logo SMG mestilah dipamerkan dengan jelas dan ketara. e. SMPG5 - Promosi Jenama SMG melalui Pengiklanan Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: Perbelanjaan pengiklanan untuk mempromosi jenama SMG di media cetak, media elektronik dan internet di dalam dan/atau luar negara. Dokumen Sokongan Salinan iklan yang telah diiklankan. Syarat Tambahan Iklan mestilah memberi keutamaan kepada ciri-ciri SMG dan logo SMG mestilah dipamerkan dengan jelas dan ketara.
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Borang pra-kelulusan berserta risalah syarikat/produk (jika perlu) haruslah sampai ke MREPC tidak lewat dari satu (1) bulan sebelum menjalankan aktiviti untuk mendapatkan kelulusan bertulis. b. Tuntutan perbelanjaaan yang lengkap berserta laporan dan dokumen-dokumen lain yang dinyatakan dalam syarat-syarat permohonan harus sampai ke MREPC tidak lewat dari dua (2) bulan selepas menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan SMG. c. Semua dokumen-dokumen yang relevan hendaklah dihantar bersama: i. Senarai semak yang lengkap. ii. Borang permohonan yang telah dilengkapkan. iii. Borang pasca-penilaian yang telah dilengkapkan, jika perlu.
66
MREPC 2009 Insentif
SMPG1-5 iv. Invois dan resit rasmi perbelanjaan. v. Senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. vi. Dokumen-dokumen sokongan lain seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat setiap aktiviti. d. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang yang lengkap sahaja akan diproses. Borang-borang permohonan yang relevan boleh didapati dari pejabat MREPC atau dimuat turun dari laman web MREPC: • Borang Pra-Kelulusan SMPG : Permintaan untuk mendapatkan kelulusan awal bagi Promosi Pemasaran SMG.
http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/smpg_preapproval_form.pdf
• SMPG1: Penyertaan dalam antarabangsa
pesta
perdagangan/pameran
perdagangan
http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/checklist/smpg1_checklist.pdf http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg1_form.pdf http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg1_ postshowevaluation_form.pdf • SMPG2: Penganjuran seminar-seminar berkaitan SMG di luar negara di atas inisiatif syarikat http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/checklist/smpg2_checklist.pdf http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg2_form.pdf • SMPG3: Penyertaan dalam seminar dan/atau misi berkaitan dengan SMG di luar negara anjuran MREPC http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/checklist/smpg3_checklist.pdf http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg3_form.pdf http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg3_ postmissionevaluation_form.pdf
MREPC 2009 Insentif
67
SMPG1-5 • SMPG4: Penghasilan bahan-bahan promosi SMG http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/checklist/smpg4_checklist.pdf http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg4_form.pdf • SMPG5: Promosi jenama SMG melalui pengiklanan http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/checklist/smpg5_checklist.pdf http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg5_form.pdf e. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas.
Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected] 68
MREPC 2009 Insentif
®
POWDERED
®
POWDER FREE
INSENTIF UNTUK LAMAN WEB SMG (SMPG6)
SMPG6
INSENTIF UNTUK LAMAN WEB SMG 1. OBJEKTIF Untuk memberi insentif kepada pengilang sarung tangan yang disahkan SMG untuk menyisipkan satu laman web (webpage) berkaitan SMG di tapak web (website) syarikat.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • bayaran RM1,000 (sekali) untuk menyisipkan ulasan/penerangan berkaitan SMG dengan jelas di tapak web (website) syarikat secara tetap (bahan-bahan akan disediakan oleh MREPC).
3. KELAYAKAN Hanya pengilang–pengilang yang disahkan SMG layak untuk memohon.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Borang permohonan SMPG6 yang telah dilengkapkan. b. Senarai semak SMPG6 yang telah dilengkapkan. c. Salinan laman utama (homepage) syarikat. d. Salinan laman web (webpage) syarikat yang mengandungi logo dan ulasan berkaitan SMG.
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses.
MREPC 2009 Insentif
71
SMPG6 Senarai semak SMPG 6 dan borang permohonan boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/checklist/smpg6_guideline_ SMG.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg6_form_SMG_ Webpage.pdf b. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas.
Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
72
MREPC 2009 Insentif
®
POWDERED
®
POWDER FREE
INSENTIF UNTUK SKIM PENSIJILAN SMG (SMPG7)
SMPG7
INSENTIF UNTUK SKIM PENSIJILAN SMG 1. OBJEKTIF Untuk menggalakkan pengilang-pengilang sarung tangan getah menjadi syarikat yang disahkan SMG serta membantu syarikat-syarikat yang telah pun disahkan SMG.
2. INSENTIF Perbelanjaan berikut layak dituntut di bawah insentif ini: • 90% daripada jumlah kos pengujian untuk mendapatkan pensijilan SMG; • 50% daripada jumlah kos ujian pemantauan bagi syarikat-syarikat SMG yang sedia ada.
3. KELAYAKAN Syarikat-syarikat yang telah berjaya melalui proses pensijilan SMG.
4. DOKUMEN SOKONGAN Pemohon-pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Bukti pembayaran (resit dan invois rasmi yang asal daripada Lembaga Getah Malaysia). b. Sijil SMG atau laporan ujian pemantauan daripada Lembaga Getah Malaysia yang telah disahkan. c. Risalah syarikat/produk. d. Borang permohonan SMPG7 yang telah dilengkapkan. e. Senarai semak SMPG7 yang telah dilengkapkan
MREPC 2009 Insentif
75
SMPG7 Permohonan kali pertama juga hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: f. Salinan sijil pendaftaran syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 - Borang 9 (dan/atau Borang 13 & Borang 20, sekiranya perlu). g. Salinan lesen pengilangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan/atau lesen pengilangan lain yang setara yang dikeluarkan oleh badan kawal selia (negeri atau majlis perbandaran).
5. PROSEDUR PERMOHONAN a. Bukti-bukti pembayaran mesti disertakan bersama permohonan: • resit dan invois rasmi yang asal daripada pihak pengeluar; • senarai lengkap perbelanjaan dalam menjalankan aktiviti. b. Semua butiran di dalam borang mestilah dilengkapkan. Nota:
Hanya borang-borang yang lengkap sahaja akan diproses. Senarai semak SMPG7 dan borang permohonan boleh didapati di pejabat MREPC atau dimuat-turun daripada laman web MREPC: • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/checklist/smpg7_checklist_ SMGCert.pdf • http://www.mrepc.com/incentives/forms/SMPG/forms/smpg7_form_ SMGCert.pdf c. Semua permohonan hendaklah dihantar kepada: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur.
76
MREPC 2009 Insentif
SMPG7
6. SYARAT- SYARAT a. Kelulusan tertakluk kepada dana yang mencukupi. b. Syarat-syarat baru mungkin akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. c. MREPC tidak akan melayan tuntutan sekiranya terdapat tuntutan sama yang telah dikemukakan oleh syarikat kepada agensi lain. d. MREPC berhak menolak permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas Untuk pertanyaan, sila hubungi MREPC di: Jawatankuasa Skim Bantuan Industri Malaysian Rubber Export Promotion Council (MREPC) Block 2A, Level 13A-1, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-2780 5888 Fax: 03-2780 5088 Email:
[email protected]
MREPC 2009 Insentif
77
HEAD OFFICE Malaysian Rubber Export Promotion Council Block 2A, Level 13A-1 Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Malaysia Tel Fax Email
: +(603) 2780 5888 : +(603) 2780 5088 :
[email protected] (General Enquiries)
[email protected] (Incentives Enquiries)
[email protected] (Trade Enquiries) Website : www.mrepc.com www.latexglove.info www.smg-online.biz
US OFFICE Malaysian Rubber Export Promotion Council 3516 International Court, NW Washington, DC 20008 USA Tel : +(202) 572 9771 / 9721 Fax : +(202) 572 9787 Email :
[email protected] /
[email protected] Contact person: Dr Esah Yip
EUROPE OFFICE Malaysian Rubber Export Promotion Council Brickendonbury Hertford SG13 8NL United Kingdom Tel : +(44) 1992 551377 Fax : +(44) 1992 581377 Email :
[email protected] /
[email protected] Contact person: Mr Roland Newell